Anda di halaman 1dari 23

Senaraikan jenis-jenis tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar

sekolah.

1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, zaman persekolahan merupakan suatu pengalaman yang dilalui oleh
hampir kesemua kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Dalam usia yang masih mentah,
persekolahan selalu dilihat oleh kanak-kanak dan remaja sebagai satu peluang untuk bertemu
dengan rakan sebaya, membina hubungan persahabatan dan saling berhubungan. Namun, dalam
memastikan perkembangan ini yang bersifat positif pelbagai perkara perlu digembleng agar
persekitaran sekolah dapat berkembang sama sepertimana yang diharapkan oleh semua pihak
kerana ciri-ciri pendidikan itu sendiri antara lainnya adalah belajar untuk belajar dan belajar
untuk berketerampilan.

Di sekolah, terdapat pelbagai jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar-
pelajar sekolah dan aspek ini secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga perkara iaitu
tingkah laku bermasalah kategori berat, tingkah laku bermasalah kategori berat dan tingkah laku
bermasalah kategori ringan. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-
kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah
1959. Pengertian ini juga sekaligus menerangkan bahawa kesalahan yang mana perbuatannya
membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku
curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak
dicapai.

Nilai pencapaian akademik sangat berkait rapat dengan tingkah laku pelajar-pelajar yang
berada di sekolah. Lazimnya pelajar yang memiliki nilai pencapaian akademik yang baik juga
akan memiliki tingkah laku yang baik samada berada di dalam mahupun di luar sekolah. Maka
antara salah satu cara yang terbaik dalam memastikan pengawalan kesalahan tingkah laku dalam
kalangan pelajar adalah melalui penerapan nilai-nilai murni yang terkandung dalam nilai
akademik pelajar yang diterapkan melalui teori dan praktikal pembelajaran yang terkandung.
Berpandukan kepada pelbagai sumber kajian saintifik yan dikumpulkan, Flammery dan wester
(2004) menyimpulkan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian
akademik remaja. Antara faktor tersebut adalah tahap motivasi remaja, tingkahlaku mereka,
jangkaan guru terhadap keupayaan mereka, faktor sosial di luar kawalan remaja sepoerti
sokongan ibu bapa terhadap guru sekolah dan perbezaan budaya. Kesemua faktor ini saling
berkait rapat di antara satu sama lain.

Antara beberapa jenis tingkah laku bermasalah yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar
sekolah adalah terbahagi kepada sepuluh perkara dan di antaranya merupakan jenayah, lucah,
kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan dan biadap, tingkah laku musnah, tidak
jujur dan menipu, ponteng, kenakalan, dan lain-lain kes. Perlu untuk diberi perhatian bahawa
kesemua jenis tingkah laku bermasalah ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tingkah
laku bermasalah kategori berat, tingkah laku bermasalah kategori sederhana, dan tingkah laku
bermasalah kategori ringan.

Bagi mengkaji permasalahan ini dengan lebih mendalam dan secara terperinci, kami telah
melakukan beberapa sesi temuramah bersama beberapa orang kaunselor sekoalah, guru biasa dan
juga guru disiplin untuk mengenalpasti bagaimana keadaan sebenar yang berlaku di sekolah.
selain itu, prospek kajian kami juga dijalankan berdasarkan kepada kajian perpustakaan,
temubual, dan pemerhatian.

2.0 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

2.1 Tingkah laku jenayah

Terdapat beberapa jenis kesalahan yang diletakkan di bawah kategori tingkah laku
jenayah iaitu berjudi; mencuri; lawan, ancam, pukul, dan mencederakan guru; lawan,
ancam, pukul atau mencederakan pengawas; memeras ugut; membuli; menganggotai
kumpulan haram atau kongsi gelap; menyalahgunakan dadah; membawa senjata
berbahaya; mencabuli kehormatan; mengancam, memukul atau mencederakan orang lain;
menceroboh bilik khas, berpiket dan menganggu ketenteraman sekolah; serta terlibat
dengan pertaruhan secara besar-besaran. Tingkah laku bermasalah ini dikategorikan
sebagai tingkah laku bermasalah kategori berat. Aspek ini menrangkan bahawa lebih
kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar melakukan tingkah laku
jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman yang berada di
persekitarnnya. Segala kecurangan tingkah laku yang berlaku di sekolah akan dikenakan
hukuman dan bagi sistem persekolahaan hukuman yang terberat asalah hukuman yang
melibatkan pembuangna sekoalh dan hukuman yang dikenakan harus setimpal dengan
salah lakunya. Berdasarkan kepada hasil kajian yang kami perolehi daripada kajian bahan
bacaan yang terdapat di perpustakaan kami mendapati terdapata satu kajian yang telah
dilakukan oleh Usman Ahmad Karofi (2005), UUM berjudul “Perhubungan di Antara
Penyalahgunaan Dadah dan Tingkahlaku Jenayah: Satu Kajian Kes di Dua Pusat
Pemulihan Dadah Kerajaan di Pulau Pinang, Malaysia” (PhD) mengkaji hubungkait
antara penggunaan dadah dengan salah laku jenayah pelajar sekolah. Daripada 300
responden yang terdiri daripada pengguna dadah di pusat pemulihan Pulau Pinang, kajian
mendapati: 1) Heroin dan cannabis (ganja) adalah jenis dadah utama yang disalahguna
oleh responden; 2) Penyalahgunaan dadah berkait rapat dengan jenayah harta benda; 3)
Kebanyakan responden dalam kajian bersetuju bahawa mereka melibatkan diri dalam
jenayah untuk menampung tabiat penggunaan dadah mereka; 4) Mereka juga mengakui
penglibatan mereka dalam jenayah harta benda; 5) Wujudnya hubungan yang signifikan
di antara salahlaku jenayah dan perbandaran, tekanan rakan sebaya, persekitaran dan
pendidikan awal remaja; 6) Desakan duit dan kemiskinan menjadi punca penglibatan
dalam aktiviti jenayah. Melalui hasil temubual yang kami perolehi daripada temubual
bersama guru-guru di sekolah, majoriti daripada kalangan guru di sekolah mengakui
bahawa tingkah laku jenayah sudah mulai bertambah bilangannya tidak ubah sepertimana
yang dipaparkan di media massa malah isu ini tidak hanya berlaku di sekolah Bandar
malah juga berlaku di sekolah-sekolah yang terletak di luar bandar.
2.2 Tingkah laku lucah

Antara tingkah laku lucah yang dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah
yang terdapat di sekolah adalah bercumbu-cumbuan, berkhalwat, membawa bahan-bahan
lucah ke sekolah, mengintai murid-murid perempuan, menggunakan kata perbuatan
lucah, serta melukis kata-kata dan gambar lucah di sekolah. Aspek ini berlaku kerana
capaian laman web pornografi yang boleh diakses dengan mudah, pembukaan banyak kafe
siber dan adanya kemudahan komputer di rumah dikatakan pendorong utama kepada masalah
pornografi internet. Kajian Manique Apsara Ephranella (2006), UM berjudul “Child
Pornography on the Internet” (PhD) mengkaji tentang capaian pornografi internet oleh
kanak-kanak. Kajian tersebut bertujuan merangka satu kertas cadangan yang komprehensif
bagi pembentukkan undang-undang tentang pornografi kanak-kanak. Aspek ini pastinya
mempunyai perkaitan dengan perkembangan anak-anak didik yang berada di sekolah.

Kaunselor sekolah yang kami temui mengatakan bahawa bentuk salah laku ini
adakalanya berlaku di luar pemikiran sihat seorang guru itu sendiri. Misalnya, tingkah lucah
kini bukan hanya berlaku dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga telah mulai berlaku dalam
kalangan pelajar. Malah kes-kes seperti ini dapat ditemui melalui hasil tangkapan terhadap
telefon bimbit pelajar yang di bawa sekolah dan telefon bimbit tersebut mengandungi bahan-
bahan berunsur lucah.

2.3 Kekemasan diri

Antara tingkah laku yang yang dikategikan di bawah komponen tingkah laku
bermasalah adalah rambut panjang, rambut berfesyen yang keterlaluan; berkuku panjang;
bermisai atau berjanggut; memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan sekolah; serta
memakai barang perhiasa yang dilarang di sekolah. Kesalahan ini disenaraikan sebagai
tingkah laku bermasalah kategori ringan sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan
perbuatan salah laku ringan ini dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih
berat lagi sekiranya perlu. Bilamana kelakuan ini meningkat sebagai perlakuan salah laku
yang boleh mendatangkan masalah maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi
sehingga boleh diberi Amaran Ketiga. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah
jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya. Tinjauan melalui hasil temu bual
salah laku lebih kali tumpukan terhadap guru disiplin. Pemeriksaan terhadap pelajar
setelah tamatnya sesi perhimpunan sekolah misalnya boleh dikatakan hampir 70% pelajar
akan dikenalpasti memiliki kesalahan salah laku kekemasan diri dan melalui hasil
temubual yang kami perolehi bersama guru sekolah menunjukkan aspek kekemasan diri
sangat penting untuk diberi perhatian kerana ia selalunya memberi gambaran bahawa
pelajar tersebut juga memiliki permasalahan lain yang perlu diteroka oleh guru.

2.4 Tingkah laku tidak pentingkan masa

Terdapat lima jenis salah laku yang terkandung di bawah tingkah laku bermasalah
yang tidak mementingkan masa ini adalah berkeliaran di kawasan sekolah, datang lewat
ke sekolah, lewat ke perhimpunan, makan di kawasan kantin di luar masa rehat, dan
lewat pulang ke asrama. Kategori tingkah laku bermasalah ini juga dikategorikan sebagai
tingkah laku bermasalah ringan namun tidak harus dibiarkan kerana ia mampu mmbawa
budaya buruk dalam persekitaran sekolah dan memberi lambang yang kurang baik
terhadap sistem perkhidmatan yang wujud di sekolah. Hasil daripada temuramah yang
kami perolehi daripada guru-guru sekolah menyatakan bahawa kategori masalah ini boleh
dikatakan berlaku di hampir semua kawasan sekolah di negara ini terutama sekali apabila
ianya melibatkan pelajar asrama.

2.5 Tingkah laku kurang sopan dan biadab

Sepuluh jenis tingkah laku bermasalah yang terkandung di bawah tingkah laku
kurang sopan dan biadab ini adalah berkelakuan kasar terhadap guru, berkelakuan kasar
terhadap pengawas, berkelakuan kasar terhadap murid, berbahasa kesat, menyimpan
rokok, menghisap rokok, mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung, tidak menghormati guru, tidak menghormati pengawas, minum minuman di
dalam kelas. Sebuah akhbar melaporkan bahawa terdapat sejumlah 10 882 kes salah laku
disiplin dalam kalangan pelajar di negeri Pahang bagi tempoh Januari hingga April 2008
(http://www.bharian.com.my/current_News/BH/Saturday/Wilayah/2008112207439/Artic
le/indexhtml). Pelajar yang terlibat dengan kes salah laku didapati mempunyai masalah
untuk memproses maklumat terutamanya dalam bacaan asas, penulisan dan pengiraan.
Kekurangan dari segi keupayaan kognitif serta masalah penumpuan dalam kalangan
remaja yang terlibat dengan salah laku menhyebabkan rendahnya pencapaian akademik
mereka. Bagi menyelesaikan masalah kelakuan pelajar, urusan pengajaran dan
pembelajaran, maka poengurusan kelas dan sekolah terpaksa dikorbankan oleh guru.
Jelasnya, tingka laku negatif pelajar menyebabkan sebahagian guru besar daripada masa
dan penumpuan guru yang sepatutnya digunakan untuk mengajar dihabiskan menangani
masalah salah laku pelajar.

2.6 Tingkah laku musnah

Merosakkan harta benda sekolah; merosakkan harta benda pengetua, guru besar,
guru-guru; merosakkan harta benda kantin serta merosakkan harta benda kantin, dan
merosakkan harta benda murid; merupakan antara perkara yang terkandung di bawah
komponen tingkahlaku musnah. Dalam tahun-tahun 50-an, kajian terpenting mengenai
sikap buruk pelajar-pelajar adalah seperti mencuri dan bersikap kasar. Sikap buruk ini
merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pihak sekolah (Lander, 1954). Pada tahun
1952, Gluek, Eleanor dan Sheldon (1968) menyenaraikan sikap buruk pelajar adalah
seperti melanggar peraturan kerana kurang diberi perhatian, kecuaian dan merokok.
Namun begitu, trendnya kini sudah berubah. Kebanyakan sekolah di merata-rata tempat,
perbuatan vandalisme menjadi isu utama yang hangat di perbincangkan oleh media
massa. Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan sebagai
salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-
pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah
undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham,
1996). Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi
fenomena lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak bertanggungjawab
ini mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar
tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang-
wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa
bersalah langsung. Persoalannya sekarang, mengapakah pelajar begitu mudah
terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat? Bukankah perbuatan menconteng
merupakan suatu kerja yang sia-sia?. Tidakkah pelajar sedar yang perbuatan mereka tidak
mendatangkan sebarang faedah? Seperti mana yang dikatakan, dunia pelajar penuh
dengan pergolakan untuk mencari identiti diri. Pada peringkat ini pelajar mengalami
krisis psikologi dan konflik batin yang hebat.

2.7 Tingkah laku tidak jujur

Bagi kategori tingkah laku tidak jujur ini terdapat dua perkara yang terkandung di
dalamnya iaitu menipu yang melibatkan wang dan menipu yang melibatkan kepercayaan
warga sekolah. Tingkah laku dikategorikan sebagai masalah berat dan apabila ia
dilakukanmaka pelajar yang berkaitan akan dikenakan dengan tindakan tatatertib yang
membolehkannya dihukum gantung sekolah atau mungkin berhenti sekolah apabila ia
dilakukan secara berulang kali setelah pemberian surat amaran dan hukuman juga
lazimnya haruslah berlandaskan kepada budi bicara. Aspek ini berlaku lazimnya kerana
faktor kecelaruan tingkah laku yang lazimnya merupakan satu gangguan utama dalam
sikap dan hubungan antara individu dengan individu lain. Individu yang mengalami
masalah ini sering menunujukkan sikap tidak berempati dengan orang lain, malah lebih
bersikap agresif. Keadaan ini mebolehkan mereka mereka sering terjebak dengan
individu yang bersikpa lebih agresif. Kecelaruan tingkah laku ini menyebabkan mereka
sering terjebak dengan individu yang bersikap negative seperti meminum arak,
mengambil dadah dan sebagainya. Ia sering dikaitkan dengan runtuhnya institusi
kekelurgaan seperti belenggu masalah pertengkaran ibu bapa, kehipan yang tidak
memuaskan dan kurangnya asuhan daripada ibu bapa boleh menjejaskan perkembangan
emosi yang dan sosial yang normal.

2.8 Tingkah laku ponteng


Tingkah laku ponteng merupakan antara jenis kesalahan tingkah laku yang sering
berlaku di sekolah tanpa mengira status junior dan senior mahupun aspek jantina. Malah
jika ingin diikutkan terhadap tinjauan yang kami lakukan pada guru disiplin sekolah,
kuantiti pelajar perempuan yang sering ponteng juga semakin meningkat. Antara jenis
kesalahan yang terkandung di bawah tingkah laku ponteng ini adalah ponteng kelas,
ponteng sekolah, ponteng perhimpunan, ponteng kegiatan luar bilik darjah ataupun
kegiatan kokurikulum, ponteng ujian, ponteng peperiksaan, ponteng untuk ‘private study’
dan ponteng asrama. Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar,
tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat
sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah
laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua
terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa,
kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan. Berdasarkan
pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah
lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah,
vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak. Pada
tahun 2007 seramai 21 060 orang pelajar yang direkodkan melakukan masalah ponteng
dan angkanya dijangkakan lebih besar berbanding yang terkandung dalam rekod.
Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia
dianggap Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius. Rekod
Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan
ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.

2.9 Tingkah laku kenakalan

Kenakalan remaja diartikan sebagai suatu outcome dari suatu proses yang
menunjukkan penyimpangan tingkah laku atau pelanggaran terhadap norma-norma yang
ada.  Kenakalan remaja disebabkan oleh berbagai faktor baik melalui faktor pribadi,
faktor keluarga yang merupakan lingkungan utama (Willis, 1994), mahupun faktor
lingkungan sekitar yang secara potensinya dapat membentuk perilaku seorang anak
(Mulyono, 1995). Tingkah laku kenakalan atau devian juga membawa maksud orang
yang tidak mengikut peraturan atau perlakuan seperti mana yang dikehendaki oleh
kebiasaan masyarakat atau tingkah laku yang tidak selari dengan kehendak masyarakat di
mana individu itu tinggal. Menurut Mc CaGhy (1985) tingkah laku kenakalan adalah
tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat. Lemert (1972) pula menerangkan
bahawa tingkah laku kenakalan atau devian merupakan pelanggaran norma-norma
masyarakat. Walaupun para pelajar mempunyai tahap kebolehan yang hampir sama tetapi
pencapaian akademik mereka adalah berbeza. Percanggahan ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehan pembelajaran seseorang. Berdasarkan
pernyataan di atas, perbincangan tentang kecerdasan emosi pelajar-pelajar sekolah
merupakan satu isu yang amat mustahak dan perlu diberi perhatian. Selain daripada
kecerdasan akal yang boleh menjamin tempat belajar di kolej dan institut pengajian tinggi
atau memegang jawatan profesional, kemahiran mengawal dan menggunakan kecerdasan
emosi secara bijak pula boleh menjamin kesejahteraan hidup manusia. Adalah lebih baik
sekiranya kita dapat mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan pembelajaran
dan tingkah laku seseorang. Di sini, kecerdasan emosi telah dipilih untuk menguji sejauh
mana ia boleh mempengaruhi pencapaian akademik serta tingkah laku seseorang pelajar.
Kegagalan pelajar dalam bidang akademik serta berkelakuan yang tidak menepati norma
masyarakat adalah disebabkan oleh kekurangan salah satu bidang kecerdasan emosi iaitu
kecerdasan interpersonal. Hollin (1993) menyatakan bahawa salah satu kemahiran utama
yang perlu dipelajari sepanjang perkembangan seseorang kanak-kanak ialah membentuk
kemahiran komunikasi yang berkesan dengan orang lain. Kemahiran interpersonal ini
merupakan satu dimensi kecerdasan emosi yang dominan.

2.10 Lain-lain kes

Terdapat lima perkara penting yang perlu diberikan perhatian yang terkandung di
bawah jenis tingkah laku bermasalah lain-lain ini iaitu bergaduh atau berkelahi,
kenakalan atau hooliganism, kesalahan siber, membawa telefon bimbit ke sekolah, dan
terlibat dengan kegiatan politik di sekolah. sekalipun kesalahn ini sukar untuk dikesan
namun kejadinnya tetap ada dan apa yang lebih malang ia sudah menular ke kebanyakan
kawasan sekolah dan tidak hanya menumpu pada sekolah yang berada di kawasan
semata-mata.

3.0 ULASAN SECARA KRITIS TERHADAP ISU

Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah,


strategi, dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kecemerlangan
murid serta guru. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya
bertanggungjawab untuk sama-sama mewujudkan dan melaksanakan “Polisi Sekolah Selamat”.
Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yang semakin menjadi-
jadi isu yang hangat diperkatakan. Setiap hari terdapat sahaja laporan akhbar menceritakan
tentang keselamatan pelajar. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai seorang pelajar
tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan lebam di badan
selepas di pukul oleh lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorang pelajar sekolah agama
di Kuantan (Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasah pelajar senior di asrama dan
mengalami kecederaan serius iaitu hampir lumpur akibat kecederaan di tulang belakang.
Sebanyak 40 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia 459 daripada 1560 buah
sekolah di seluruh negara menghadapi risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di
kalangan pelajarnya seperti mencuri, mencabul, mengugut, merogol, dan membunuh (Dewan
Masyarakat, Jun 2000). Sebelum ini, pelbagai laporan kes buruk sudah dilaporkan membabitkan
pelajar dan sekolah seperti guru diserang pelajar dan ibu bapa, pelajar dipukul di depan pagar
sekolah, perbuatan samseng serta lain-lain perbuatan yang dianggap mengancam keselamatan
institusi sekolah. Kes-kes keruntuhan moral dan akhlak dan insiden-insiden kemalangan yang
meragut nyawa pelajar sentiasa diberi liputan yang meluas. Kes-kes yang turut mendapat
perhatian ialah kes-kes berhubung kejadian kebakaran dan dakwaan-dakwaan jenayah atau sivil
yang dikenakan ke atas pentadbir dan guru-guru di sekolah. Pelbagai perdebatan timbul dan
masing-masing menunding jari kepada pihak lain mengenai keadaan disiplin dan keselamatan
sekolah membabitkan ibu bapa, Kementerian Pelajaran, polis, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
sedikit informasi yang harus kita ketahui mengenai dunia pendidikan kita yang wujud pada hari
ini adalah terdapat seramai 5.4 juta pelajar yang terdapat di seluruh negara dan daripada jumlah
itu indeks menunjukkan pembabitan pelajar dalam jenayah adalah sebanyak 0.03 peratus
berbanding daripada jumlah keseluruhan. Pelajar yang dikatakan sebagai pelajar yang
bermasalah ini pula merupakan anak-anak remaja yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 18
tahun. Statistik yang ditunjukkan oleh pihak polis menunjukkan pada tahun 2007 sebanyak 1837
jumlah kes jenayah telah dilakukan oleh pelajar sekolah dan pada tahun 2008 jumlah ini telah
meningkat ke angka 2218 jumlah kes. Pelbagai cadangan dan tindakan dibuat untuk mengatasi
masalah berkenaan tetapi sehingga kini masalah keselamatan sekolah dan disiplin, terutama
pelajar-pelajar sekolah masih tiada penghujungnya.
Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat
belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang
menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan
penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat
ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi
sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia
hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Menurut The National Education Association di
Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim
pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus
akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat
mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa
penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga
adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan
dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku
bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku
agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain
tingkah laku personal yang berbahaya.
Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada
keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di
mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah
yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri. Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang
selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak
diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala
gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup
selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996)
menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan
perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus
diabaikan.
Selain itu kecelaruan tingkah laku juga merupakan satu lagi isu yang penting dalam diri
pelajar yang sedang mengalami perkembangan remaja. Conduct disorders atau kecelaruan
kelakuan atau biasa dikenali sebagai salah laku merujuk kepada satu kumpulan masalah tingkah
laku yang biasa berlaku dalam kalangan remaja. Salah laku dicirikan dengan tingkah laku
langsang, suka menentang, mngamuk, mengganggu dan enggan patuh kepada peraturan (Novak
dan Pelaez, 2004). Remaja yang melakukan salah laku akan berisiko menjadi antisosial apabila
dewasa kelak.
Kes salah laku remaja biasanya dapat dikesan dengan mudah oleh guru kerana masalah
ini mempunyai kaitan rapat dengan sekolah. Pelajar remaja yang terlibat dalam salah laku kerap
ponteng sekolah, mempunyai tahap kemhiran lisan yng rendah, tidak dapat menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Oleh sebab itu pencapaian akademik mereka rendah dan
merasakan sekolah merupakan suatu tekananbagi mereka. Pelajar remaja seperti ini juga
mempunyai kecenderungan untuk membuat tanggapan yang salah terhadap orang lain. Mereka
sering menyangka yang orang lain mahu menyakiti dan bertindak ganas terhadap mereka.
Mereka bertindak langsang bukan sahaja terhadap manusia malah terhadap haiwan. Lazimnya
mereka gagal melaksanakan tenggungjawab, selalu bergaduh, merosakkan harta benda, mencuri
dan melanggar peraturan sekolah. Mereka juga kurang rasa simpati, malah suka mnyakiti orang
lain.
Selain itu, merka juga kurang kemahiran social dan kurang pandai untuk menyelesaikan
masalah dengan berkesan. Sebaliknya, mereka cenderung menyelesaikan masalah dengan cara
yang kasar dan ganas. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa dengan menjadi langsang dan
dominan sahaja yang dapat mengatasi masalah dan kekecewaan mereka. Selain itu, mereka
beranggapan bahawa dengan cara demikian mereka boleh mendapat pengiktirafan yang
diharapkan oleh mereka.
Sungguhpun demikian, ada kes pelajar menunjukkan symptom salah laku hanya di
sekolah sahaja. Sebaliknya, ketika mereka di rumah, tingkah laku mereka tidak menimbulkan
masalah kepada keluarga. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan sosialisasi semasa
kecil, kurang perhatian, kasih sayang dan pengasuhan serta mungkin juga telah didera secara
fizikal.
Remaja yang sihat tingkah lakunya atau sihat mental ialah remaja yang dapat mencapai
kesejahteraan well being), (mengalami perkembangan (fizikal, kognitif, emosi, sosial, afektif
rohani) yang sempurna, dapat mencapai cita-cita serta menjadi warganegara yang berbakti
kepada bangsa dan negara. Tingkah laku remaja yang tidak normal atau bermasalah termasuklah
tingkah laku devian atau salah laku, salah penyesuaian dan depresi. Kesihatan mental remaja
dipengaruhi oleh faktor biologi, psikologi dan sosiobudaya (Santrock, 2001).
Punca tingkah laku tidak normal remaja terdiri daripada faktor bologi, psikologi dan
sosiobudaya. Berdasarkan pendapat ahli psikobiologi, punca masalah mental ialah tubuh badan
seseorang gagal berfungsi dengan sempurna. Kegagalan tubuh badab itu termasuklah kegagalan
saraf penghantar berfungsi (neurotransmitters) dan faktor biologi atau faktor genetic. Pendekatan
ini menamakan remaja sebagai ‘pesakit mental’ dan berpendapat mereka mesti dimasukkan ke
hospital sakit jiwa dan dirawat oleh doktor atau psikiatris.
Antara faktor psikologi yang boleh menyebabkan remaja mengalami ‘sakit mental’ ialah
kecelaruan mental, gangguan emosi, pembelajaran yang membosankan dan masalah
interpersonal dengan orang yang signifikan kepada mereka.
Daripada perspektif ahli psikologi abnormal, masalah ‘sakit jiwa’ ialah fenomena biasa
dalam setiap budaya. Faktor sosiobudaya termasuklah sosioekonomi, dimana melalui kajian
Griezenko (1998, dalam Santrock, 2001), ramai remaja daripada kalangan status sosioekonomi
rendah atau miskin mengalami ‘sakit jiwa’ berbanding remaja berlatarbelakangkan sosioekonomi
tinggi.
Proses pemulihan salah laku tidak semestinya melibatkan aktiviti akademik sahaja.
Sebaiknya, kombinasi program tertentu diatur untuk membolehkan remaja bermasalah ini
mendapat kemahiran prososial. Rakan yang baik akhlak dan tingkah laku boleh bertindak
sebagai model untuk remaja bermasalah mempelajari tingkah laku yang mendapat perakuan
daripada keluarga, sekolah dan masyarakat. Peluang untuk belajar tingkah laku yang diterima
sosial boleh ditingkatkan dengan penggunaan peneguhan positif daripada ibu bapa dan guru.
Penggunaan time out dan hukuman pula digunakan untuk mengabaikan dan menghapuskan
tingkah laku buruk.
Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan
warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi,
dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek
keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan,
disiplin, dan tingkah laku.

4.0 KEMUKAKAN CADANGAN ATAU PENAMBAHBAIKAN

Menurut George Nicholson (1985) menyatakan bahawa adalah perlu bagi melahirkan
sebuah sekolah yang selamat dan aspek ini dapat dilahirkan melalui kawalan tingkah laku
bermaslaha pelajar di sekolah. terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat
dengan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Sekolah yang berkesan ialah mestilah selamat
dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah cara untuk menjadikan sekolah itu efektif.Howard
(1981) menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu
kepemimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum.
Manakala menurut Comer (1998), perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerja
tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. Ia
menjurus kepada aspek-aspek pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah daripada
elemen-elemen negatif seperti bebas dari dadah, keganasan, ketakutan dan keadaan yang tidak
memungkinkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Usaha mewujudkan perancangan sekolah yang selamat ini juga adalah satu proses yang
panjang, sistematik dan komprehensif. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang optimum
memerlukan penglibatan semua pihak secara sistematik. Terdapat beberapa pendekatan
pencegahan dan kesedaran harus difikirkan oleh pihak pentadbir atau pengetua supaya sekolah
itu terhindar daripada gejala-gejala berkenaan dan juga dapat menjadikan kawasan sekolah
sebagai kawasan sifar tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar di sekolah.
Sekolah yang selamat dan berkesan bukan hanya bergantung kepada guru dan pelajar
sahaja tetapi melibatkan semua pihak termasuklah ibu bapa, masyarakat dan kerajaan. Memang
tidak dinafikan bahawa pelajar itu sendiri merupakan tunggak kepada kejayaan sesebuah sekolah
namun disebalik kejayaan mereka itu diiringi dengan sokongan dan galakan dari pihak lain yang
menitikberatkan kesempurnaan pelajar. Sekiranya ibu bapa, masyarakat dan pihak kerajan tidak
memberi perhatian kepada keadaan pelajar maka perkembangan dari segi kognitif, efektif, rohani
dan jasmani tidak dapat diserap ke dalam diri pelajar. Pada usia meningkat remaja, pelajar akan
mencari identiti mereka yang sebenar. Identiti yang dicari itu banyak dipengaruhi oleh faktor
persekitaran dari segi pemerhatian terhadap budaya dalam dan luar negara, rakan sebaya,
perasaan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru dan sebagainya.

4.1 Kepimpinan yang berkesan


Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi,
menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para
pelajar dan kakitangan, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan
ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik (Hussein
Mahmood, 1993). Kepimpinan efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus sekolah akan
mewujudkan budaya sekolah yang harmonis.

4.2 Tumpuan kepada pencapaian akademik


Kita mesti mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh mencapai tahap
akademik yang baik dan bertingkah laku yang baik. Kebanyakan kes yang melibatkan keganasan
dilakukan oleh pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak mempunyai minat
belajar menyebabkan mereka cenderung bertingkahlaku negatif. Justeru, pengetua sebagai
pengurus, prioriti harus ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik
kepada seluruh pelajar. Pendekatan pengajaran atau kurikulum yang memberi peluang pelajar
merasai kejayaan dalam kerjanya akan membibitkan rasa minat mereka terhadap belajar dan
sekali gus mengurangkan kekecewaan yang mendorong kepada kekecewaan dan masalah disiplin
di kalangan pelajar (Howard, 1981).

4.3 Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat


Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat
atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis,
pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko
keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi
akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis,
RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari
segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau
penjaga mengenai perkembangan persekolahan.

4.4 Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf


Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai
amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa
perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan
apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar
(Watson, 1995).

4.5 Membincangkan isu keselamatan secara terbuka


Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran,
peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan
seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan
peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar
mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti
perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf,
mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga
sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.

4.6 Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada pelajar


Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada konflik di sekolah adalah kerana layanan
yang tidak adil kepada pelajar berdasarkan jantina, ras, kebolehan, kelas sosial, agama, orientasi
seks, penampilan fizikal dan lain-lain faktor oleh guru dan rakan sebaya. Oleh itu, pelajar yang
menerima layanan yang sedemikian akan menjauhkan diri dan cenderung menjadi sasaran
kepada keganasan. Oleh itu, komunikasi berkesan haruslah dipentingkan dan menganggap semua
pelajar dan guru dihormati. Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan ialah
mengimplimentasikan dan menerapkan elemen-elemen pemberian ganjaran, pemupukan dan
penyuburan nilai-nilai murni, hak untuk membela diri dalam kes-kes disiplin, rasionaliti dalam
mengambil tindakan, konsep penyayang, menganggap semua pelajar berpotensi untuk berjaya,
dan menganggap sekolah sebagai syurga kehidupan pelajar dalam semua aspek pelaksanaan
aktiviti persekolahan. Budaya “caring” perlu dijadikan sebagai satu amalan yang berterusan di
kalangan warga sekolah.

4.7 Kawalan keluar masuk sekolah


Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini
mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang
diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam
persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok keselamatan perlu
diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini. Prosedur yang spesifik ke atas pelawat juga
boleh diwujudkan untuk mengesan pelawat atau penceroboh. Tindakan ini dirasakan dapat
mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan
pihak pentadbiran sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika sesuatu
berlaku.

4.8 Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat


Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi
sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah
petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu
membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para
pelajar agar lebih terbuka dan selamat.Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah
menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan
melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan
penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan
sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan pagar di sekeliling
sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya kemalangan
akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan runtuh dan sebagainya.

4.9 Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah.


Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada
Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru,
pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu
dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan
dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal,
disiplin murid, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu
mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan
memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula
dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar.
Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah
dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh
pengetua. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang
menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan
hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank
perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling Ikhtisas
mengenainya perlu dipatuhi. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan,
pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996)
mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-
kurangnya 3 kali setahun.

4.10 Pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan keselamatan


Misi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah, pelajar dan guru
(National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan pengurusan sekolah baik
dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain mengambilkira keselamatan
sebagai indicator piawai keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK) perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah.
Justeru, tidak akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang
pelajar sekolah menengah di Raub Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita
Minggu, 1999). Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan,
undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran,
Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan
Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan, didedahkan
kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di
sekolah.

4.11 Mewujud dan memanfaatkan jawatankuasa sokongan sekolah

Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti (Necholson,1985). Oleh itu,


sekolah perlu menubuh dan menafaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan
Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancangn langkah-langkah
keselamatan pelajar. Contohnya, Briged Komuniti yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah di
Johor sejak tahun 1991 yang dianggotai oleh wakil-wakil komuniti seperti PIBG, RELA, Polis,
Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampuang (JKKK), Pemadam,
pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi antaranya untuk
membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin dan mempertingkatkan aspek keselamatan
sekolah wajar diteruskan dan diperluaskan peranannya. Melalui penubuhan kelab Pencegahan
Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah dan pihak polis dapat dijalin untuk
membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).

4.12 Mewujudkan sistem pelaporan dan aduan


Pengetua sekolah juga perlu mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan
tentang insiden atau orang-orang yang berniat jahat. Oleh itu, sistem aduan dalaman boleh
diwujudkan untuk memberi peluang kepada warga sekolah seperti guru, staf sokongan dan
pelajar selain masyarakat luar sekolah untuk membuat aduan, komen, dan pandangan-pandangan
mengenai sekolah kita. Maklumat-maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk
menambahbaikkan lagi pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah.

4.13 Mempertingkatkan mutu disiplin


Disiplin dalam darjah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Oleh itu, disiplin dalam bilik darjah yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar
berasa bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan lebih berkesan
apabila para pelajar telah menerima struktur peraturan / disiplin sekolah sebagai suatu undang-
undang dan bukannya sematamata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir
sekolah. Ketidakhadiran pelajar khususnya yang melibatkan kes ponteng yang serius juga perlu
ditangani dengan sewajarnya kerana ia boleh memberi impak langsung dalam pencapaian pelajar
dan merendahkan self-esteemnya. Bermula dengan kegagalan akademik, rasa rendah diri,
kecewa dan hilang minat terhadap belajar akan mendorong pelajar bersikap agresif dan
merosakkan harga awam (Glasser, 1969).

4.14 Administrative Guide sebagai panduan dalam pengurusan sekolah

Dalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan “administrative guide”
yang menekankan keselamatan sekolah dalam mengurus sekolah. “Administrative guide” ini
boleh diwujudkan berdasarkan peraturan-peraturan yang ada di sekolah, dokumen-dokumen
rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling
Perkhidmatan, Pekeliling Perkhidmatan, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Arahan
Perbendaharaan, surat-surat siaran dan panduan-panduan yang dikeluarkan berkaitan disiplin dan
sebagainya. Dengan cara ini pihak pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik
dan berkesan. “Administrative guide” ini bukan sahaja perlu difahami dan dihayati oleh
pengetua selaku ketua jabatan di sekolah tetapi juga oleh semua guru yang terlibat dalam tugas
mengikut bidang masingmasing. Contohnya, guru penyelaras keselamatan dan kebakaran
sekolah mempunyai administrative guide mengenai langkah-langkah keselamatan dan
pencegahan kebakaran di sekolah. Melalui cara ini, guru akan melaksanakan tugas berpandukan
kepada “administrative guide” yang ada untuk mengelakkan wujudnya masalah-masalah yang
berkaitan dengan tugasnya.
5.0 KESIMPULAN

Kenakalan remaja adalah sebuah gejala (fenomena) sosial yang muncul dan berkembang
di antaranya akibat dari suatu kondisi sosial yang kurang kondusif bagi perkembangan remaja.
Sudarsono menyatakan: “Di tengah-tengah masyarakat banyak ditemukan bukti yang
menunjukkan bahwa kerap kali terjadi peralihan hak yang melawan hukum dilakukan oleh anak
delinkuen. Di samping itu anak delinkuen sering melakukan delik penipuan dan penggelapan
terhadap barang-barang tertentu. Perbuatan-perbuatan tersebut ditambahkan lagi dengan delik-
delik kekerasan dan yang ancamannya khusus tertuju kepada nyawa dan jasmani seseorang.”
(Sudarsono, 2004: 3).
Kebanyakan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik
darjah bersifat pelbagai dimensi dan merupakan simptom-simptom masalah yang dihadapi oleh
murid-murid pada pelbagai aras. Sebagai seorang guru, kita harus boleh bezakan bila sesuatu
tingkah laku ditakrifkan sebagai yang bermasalah atau bukan bermasalah. Jika bermasalah pun,
tingkah laku atau disiplin tersebut mempunyai darjat keseriusannya. Yang tidak kurang penting
juga kita ketahui puncanya, kesan dan implikasi tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah agar
kita lebih memahami murid yang menimbulkan masalah disiplin, seterusnya bertindak ke arah
mengawasi situasi bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Zaman remaja merupakan satu zaman yang penuh dengan perubahan rencam, maka
keperluan fizikal, kognitif dan psikososial mereka mesti menjadi fokus utama dalam proses
pembelajaran. Begitu juga dengan perbezaan yang mereka bawa masuk bersama ke dalam kelas,
misalnya perbezaan dari aspek budaya, pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Jesteru, peranan
guru adalah sangat penting dalam membimbing pembelajaran remaja agar aspek fizikal, kognitif
dan psikososial mereka berkembang dengan sebaik mungkin.
 BIBLIOGRAFI

Abd. Fatah Hasan. (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd

Guilford : Brown and Benchmark Publishers. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Luttgens, K dan N. Hamilton. 1997. Kinesiology: Scientific Basic of Human Motion. Dubuque
Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Lebar. (1996). Perkembangan dan haluan kurikulum pendidikan Malaysia. Kuala
Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Omar Din Ashaari. (1996). Pengurusan sekolah: Suatu panduan lengkap. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Noordin & Nor’ Aini Dan. (2000). Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan Bersepadu. Bangi: As-Syabab Media.

Anda mungkin juga menyukai