Anda di halaman 1dari 2

3 pelajar IPG menang anugerah

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR


utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 12 Okt. - Usaha memperhebatkan inovasi


dalam memenuhi keperluan komuniti Islam diteruskan MUHD. Redzuan Muhammad (kiri), Abu Bakar Ramsah
(tengah) dan Mohd. Afiq Azfar Zainuddin bersama replika cek
lagi oleh sekumpulan penuntut Institut Pendidikan Guru RM3,000 dan tab mandi jenazah mudah alih ciptaan mereka
yang memenangi Anugerah Inovasi Islam 2010 kategori
(IPG) Perlis melalui penghasilan rekaan 'tab mandi prasiswazah pada Ekspo Inovasi Islam anjuran USIM di
jenazah mudah alih'. Seremban, baru-baru ini.

Rekaan inovatif itu dianggap sebagai transformasi ke


arah memudahkan serta mempercepatkan proses pengurusan jenazah khususnya di kalangan umat Islam.

Ini kerana tab berkenaan yang dilengkapi ciri mudah alih dari segi saiz dan boleh dilipat membuatkan ia amat
efisien untuk dibawa ke mana sahaja sekali gus mengatasi kelemahan tab mandi jenazah yang sedia ada.

Lebih membanggakan, rekaan kumpulan tersebut yang dianggotai Abu Bakar Ramsah, 22, Mohd. Afiq Azfar
Zainuddin, 21, dan Muhd. Redzuan Muhammad, 21, itu terpilih sebagai penerima Anugerah Inovasi Islam 2010
kategori prasiswazah pada Ekspo Inovasi Islam (i-Inova'10) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di
sini baru-baru ini.

Menerusi rekaan itu juga, kumpulan itu turut berjaya memenangi kategori sains sosial dan komuniti pada ekspo
tersebut.

Menurut ketua kumpulan projek berkenaan, Abu Bakar, idea untuk menghasilkan rekaan tersebut tercetus secara
spontan apabila dia bersama ahli kumpulannya itu menyaksikan kesulitan yang dihadapi oleh umum dalam
menguruskan jenazah.

''Idea ini tercetus apabila kami melihat terdapat beberapa kelemahan yang boleh diatasi terhadap penggunaan
tab mandi sedia ada dalam proses menguruskan jenazah.

''Maka terlintas di fikiran kami untuk menghasilkan sebuah tab mandi yang lebih kecil dan efisien untuk digunakan
umum," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Stadium Tertutup Nilai di sini baru-baru ini.

Katanya, model rekaan tersebut telah siap dihasilkan oleh ahli kumpulannya pada Februari lalu, di mana ia hanya
menelan belanja sebanyak RM500.

Jelas Abu Bakar, rekaan kumpulannya itu memberikan beberapa kelebihan dan manfaat dalam memudahkan
urusan menguruskan jenazah.

''Pertama, ia boleh dilipat dalam saiz yang lebih kecil dan ringan sekali gus ia mudah dibawa ke mana-mana
selain ia mudah disimpan dan dibersihkan.
''Selain itu, tab ini juga membolehkan jenazah dikapan dengan mudah dan ia sememangnya sesuai untuk
memandikan jenazah orang kurang upaya (OKU)," ujarnya.

Tambah Abu Bakar, rekaan tersebut turut dilengkapi dengan sistem saluran air yang baik di bahagian bawahnya
yang bertujuan menyalurkan air basuhan jenazah dibuang dengan tertib tanpa sebarang lelehan.

Bagaimanapun katanya, ahli kumpulan itu kini berhadapan dengan masalah untuk mempatenkan rekaan tersebut
sebelum ia dapat dikomersialkan ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa berikutan kekangan modal.

''Sehingga kini kami masih tidak menerima sebarang bantuan modal atau dana dalam usaha kami untuk
mempatenkan rekaan kami ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Anda mungkin juga menyukai