Anda di halaman 1dari 2

CONTOH PERJANJIAN TAKLIQ

Perjanjian ini dibuat pada ………. …antara…………………….…….….(selepas ini


digelar sebagai “Suami”) bagi satu pihak dan …………………………….(selepas
ini digelar “Isteri”) bagi pihak lain.

Walhal:-

1. Suami dan Isteri telah bersetuju untuk berkahwin dan mengijab kabulkan
nikah pada ……………………..

2. Suami dan Isteri telah bersetuju bahawa hak dan tanggungjawab mereka
sebagai suami isteri hendaklah tertakluk kepada syarat dan Takliq seperti
dinyatakan di bawah ini.

3. Perjanjian dan takliq yang dinyatakan di bawah ini adalah tambahan


kepada perakuan nikah dan hendaklah menjadi syarat penting dalam ijab
kabul dan pernikahan Suami dan Isteri.

Maka, kedua-dua Suami dan Isteri dengan ini bersetuju seperti berikut:-

1. Saya, …………………………….. dengan ini melafaz dan berikrar seperti


berikut:-

(a) Manakala saya merujuk akan Isteri saya tanpa redhanya,

(b) Manakala saya meninggalkan Isteri atau gagal memberi nafkah


zahir atau batin kepada Isteri selama satu (1) bulan Hijrah atau
lebih,

(c) Manakala saya menggunakan kekerasan atau kezaliman dengan


memukul atau mendera Isteri samada secara fizikal, mental atau
emosi,

(d) Manakala saya menyekat atau menahan Isteri bekerja atau


menyambung pengajiannya, atau keluar dari rumah samada untuk
bekerja atau menyambung pengajiannya,

(e) Manakala saya menahan atau menyekat Isteri dari merancang


keluarga atau saya enggan atau gagal merancang keluarga atas
permintaan Isteri,

(f) Manakala saya berkahwin sekali lagi dengan mana-mana pihak lain
semasa perkahwinan saya dengan Isteri tanpa redhanya,
(g) Manakala saya menyekat atau menahan Isteri dari keluar rumah
untuk menziarah keluarga dan kawan atau untuk perkara-perkara
yang tidak haram seperti yang dilakukan oleh Isteri sebelum ini
atau apa-apa perkara yang boleh dilakukan oleh Isteri,

(h) Manakala saya …………….(sila tambah syarat anda yang lain)


……………,

maka mengadulah Isteri kepada mana-mana Hakim Syariah dan bersabit


pengaduannya pada sisi Hakim Syariah itu, maka pada ketika itu tertalaklah
Isteri dengan satu talak;

Dengan ini Suami menurunkan )


tandatangan saya di sini )
sebagai pengakuan bahawa )
saya telah melafazkan syarat )
dan TAKLIQ di atas dengan disaksikan ) …………………………………….
oleh saksi-saksi yang juga menurunkan ) (nama)
tandatangan mereka di bawah ini ) (no. kad pengenalan)
dalam kehadiran saya dan kehadiran )
saksi-saksi tersebut serentak:- )

Dengan ini Isteri menurunkan )


tandatangan saya di sini )
sebagai pengakuan bahawa )
Suami telah melafazkan syarat ) …………………………………….
dan TAKLIQ di atas dengan disaksikan ) (nama)
oleh saksi-saksi yang juga menurunkan ) (no kad pengenalan)
tandatangan mereka di atas ini )

Disahkan oleh saksi-saksi ) …………………………………….


yang mengesahkan bahawa ) (nama)
Suami telah melafazkan syarat ) (no kad pengenalan)
dan TAKLIQ di atas dalam kehadiran )
kami berdua serentak )…… ……………………………….
Dalam kehadiran saya dan kehadiran ) (nama)
Saksi-saksi tersebut serentak:- ) (no kad pengenalan)

Anda mungkin juga menyukai