Anda di halaman 1dari 14

ROHANI BINTI YUSUF

730101117350
____________________________________________________________________________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


___________________________________________________________________________

HBMT2103

TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

ROHANI BINTI YUSUF

NO KP:
730101-11-7350

NOMBOR MATRIK:

730101117350002

NOMBOR TELEFON:

013-9992040

NAMA TUTOR:

EN. MOHAMAD BIN MAT JUNOH

PUSAT PEMBELAJARAN:

PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

KUANTAN, PAHANG.

SEMESTER SEPTEMBER 2010

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 1


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

SEKALUNG PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.

Saya memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana akhirnya saya dapat

melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada tutor En. Mohamad b Mat Junoh yang telah banyak mengajar dan

memberi bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Begitu juga rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi idea bagi menyiapkan

tugasan ini. Banyak pengalaman dapat ditimba sepanjang kami menyiapkan tugasan

HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two ini.

Tidak dilupakan buat suami, anak-anak tersayang dan keluarga yang sentiasa

memberi sokongan sepanjang saya mengikuti kursus ini. Kursus ini sangat bermakna bagi

saya warga pendidik yang sentiasa ingin meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Akhirnya, saya juga menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya terdapat

kesilapan dan kekurangan terhadap tugasan ini.Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya

dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 2


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Mukasurat

1 Pengenalan 4-5

2 Bahan Bantu Mengajar Isipadu Cecair 5-6

3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Isipadu cecair 7-12

4 Rumusan 13

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 3


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

PENGENALAN

Pengukuran ialah satu proses yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita.
Pengajaran dan pembelajaran tentang pengukuran boleh membantu murid-murid belajar
operasi nombor kerana terdapat banyak konsep-konsep dan langkah-langkah matematik yang
menjadi asas kepada kedua-dua konsep pengukuran dan nombor tersebut.

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau
muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai iaitu lebih atau kurang dan
unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik.

Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral,
teko, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang
terkandung dalam sesuatu bekas.

Guru juga boleh memperkenalkan konsep mengenai kapasiti kepada murid-murid


dengan bertanya,” Bekas manakah yang mengandungi lebih isinya?”

Guru perlu memastikan bahawa murid-murid tidak mendapat konsep yang salah
mengenai kapasiti. Perbandingan kapasiti boleh dibuat di antara dua bekas secara langsung
untuk memudahkan murid-murid memahaminya.

Semasa membuat perbandingan langsung, murid-murid diberi beberapa jenis bekas


yang berlainan saiz yang digunakan untuk mengisi air. Murid-murid boleh mengisi air ke
dalam satu bekas dan menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana
yang boleh mengisi lebih air.

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat menjadikan pengajaran dan


pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan dan dapat memperkembangkan pemahaman
konsep kapasiti dan isipadu cecair di dalam diri murid-murid.

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 4


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan bahan sebenar akan lebih
memahami apa yang dipelajari. Murid-murid juga akan dapat membina sendiri konsep
kapasiti dan isipadu cecair dengan lebih berkesan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan
pengalaman mereka.

Penguasaan konsep isipadu cecair perlu dikuasai oleh murid-murid supaya pengajaran
dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan. Guru perlu membantu murid-murid supaya
dapat menguasai konsep isipadu cecair dengan baik dan berkesan. Oleh itu penggunaan
bahan atau alat bantu mengajar perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan berkesan.

BAHAN BANTU MENGAJAR ISIPADU CECAIR

Banyak bahan atau alat bantu mengajar yang boleh digunakan untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran dalam isipadu cecair.

Bahan atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti yang dicadangkan ialah:

Pelbagai jenis bekas dan saiz

 Gelas
 Cawan
 Botol
 Teko
 Jag
 baldi
 besen.
 Air paip
 Air berwarna (mereh dan kuning)
 Silinder penyukat( 1 liter)

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 5


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

Contoh cawan, gelas, botol dan jag.

cawan cawan botol

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 6


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ISIPADU CECAIR

Kemahiran: Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair

Aktiviti 1: Menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat mengukur dan membanding
isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Pengetahuan Sedia ada :


Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek iaitu lebih atau kurang,
banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk nombor bulat.

Bahan Bantu Mengajar:

Pelbagai jenis bekas yang berlainan saiz iaitu gelas, botol, teko, jag, besen, cawan pengukur
dan sebaldi air.

Kosa kata :
lebih, kurang, sama banyak,kosong, separuh dan penuh

Langkah-langkah :

1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
2. Seorang murid diminta menjadi pencatat dalam setiap kumpulan.
3. Berikan setiap kumpulan 5 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sebiji

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 7


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

cawan kecil sebagai alat pengukur.


4. Setiap kumpulan akan mencatat bilangan cawan yang berisi air yang diperlukan untuk
memenuhi setiap bekas yang diberi dalam jadual yang disediakan.
5. Murid diminta mengisikan air ke dalam gelas yang disediakan dengan menggunakan
cawan.
6. Murid diminta mengganggar bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi
kesemua air di dalam gelas.
7. Murid mengulang langkah-langkah di atas dengan menggunakan botol,teko, jag dan
besen.

8. Murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah:

Bekas Bilangan cawan yang berisi air


Gelas 2
Botol 5
Teko 10
Jag 10
Besen 15

9. Murid dan guru bersoaljawab tentang konsep isipadu cecair.

 Isipadu cecair boleh diubah berdasarkan bekas yang digunakan.


 Semakin besar bekas yang digunakan, semakin banyak kuantiti air yang boleh diisi ke
dalamnya.

10. Murid menjawab latihan bertulis berdasarkan kepada jadual.

Latihan 1.

Contoh latihan bertulis untuk murid-murid yang lemah.

Isikan jawapan yang betul di tempat kosong.

kurang sedikit lebih Sama banyak


HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 8
ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

1. Air di dalam gelas adalah paling _____________


2. Botol mengandungi air _______________ daripada air di dalam besen.
3. Air di dalam dan teko dan jag adalah _________________
4. Besen mempunyai air yang _________________ daripada teko.

Latihan 2.

Contoh latihan bertulis untuk murid-murid yang pandai.

Isikan jawapan yang betul di tempat kosong.

kurang sedikit lebih Sama banyak

1. Botol mempunyai air yang __________ daripada gelas tetapi __________ daripada
teko.
2. Gelas mempunyai air yang paling _____________ manakala besen mempunyai air
yang paling _______________
3. Jag dan teko mempunyai air yang _________________ tetapi ____________ daripada
air di dalam besen.
4. Teko mempunyai air yang _____________ daripada besen tetapi _____________
daripada air di dalam botol.

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 9


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

Aktiviti 2.

Kemahiran: Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair

Aktiviti 2: Menyukat isipadu cecair menggunakan unit piawai liter.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat mengukur dan membanding
isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai liter dengan betul.

Pengetahuan Sedia ada :


Murid-murid telah belajar bagaimana membanding isipadu cecair menggunakan unit bukan
piawai iaitu lebih atau kurang dan banyak atau sedikit.

Bahan Bantu Mengajar:

Pelbagai jenis bekas yang berlainan saiz iaitu gelas, botol, teko, jag, besen, silinder penyukat
dan sebaldi air.

Langkah-langkah :

1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
2. Seorang murid diminta menjadi pencatat dalam setiap kumpulan.
3. Berikan setiap kumpulan 5 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sebiji
silinder penyukat sebagai alat pengukur.
4. Setiap kumpulan akan mencatat sukatan air di dalam setiap bekas yang diberi
dalam jadual yang disediakan.
5. Murid diminta mengisikan air ke dalam gelas yang disediakan dengan menggunakan
silinder penyukat.

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 10


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

6. Murid diminta mengukur sukatan air di dalam gelas dengan bimbingan guru.
7. Murid mengulang langkah-langkah di atas dengan menggunakan botol,teko, jag dan
besen.

8. Murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah:

Bekas Isipadu air (liter)


Gelas 1 liter
Botol 2 liter
Teko 8 liter
Jag 8 liter
Besen 12 liter

9. Murid dan guru bersoaljawab tentang konsep isipadu cecair.

 Isipadu cecair boleh diubah berdasarkan bekas yang digunakan.


 Isipadu cecair boleh disukat menggunakan unit liter.
 Semakin besar bekas yang digunakan, semakin banyak kuantiti air yang boleh diisi ke
dalamnya.
 Semakin besar bekas yang digunakan, semakin tinggi jumlah sukatan air dalam unit
liter.

10. Murid menjawab latihan bertulis berdasarkan kepada jadual.

Contoh latihan bertulis

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

liter 12 8 kurang

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 11


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

1. Isipadu cecair boleh disukat menggunakan unit _________________


2. Isipadu air di dalam botol ialah ___________ liter.
3. Isipadu air di dalam teko ialah ____________ liter.
4. Isipadu air di dalam besen ialah ___________ liter.
5. Isipadu air di dalam teko dan jag adalah ________________
6. Isipadu air di dalam gelas adalah _______________ daripada isipadu air di dalam jag.
7. Isipadu air di dalam besen adalah ________________ daripada isipadu air di dalam
teko.

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 12


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

RUMUSAN

Penguasaan konsep isipadu cecair perlu dikuasai oleh seseorang pelajar supaya
pembelajaran mereka lebih berkesan. Guru perlu bijak memainkan peranan supaya
pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan.

Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk
mengukuhkan penguasaan konsep isipadu cecair di dalam diri murid-murid. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu berpusat kepada murid-murid agar
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan serta tidak membosankan.

Penggunaan bahan atau alat bantu mengajar yang baik boleh mengukuhkan lagi
konsep isipadu cecair yang dipelajari. Murid-murid perlu dibimbing dengan sepenuhnya
supaya tidak menerima salah konsep dalam isipadu cecair.

Penguasaan konsep isipadu cecair yang dikuasai oleh murid-murid perlu


diperkembangkan lagi supaya pembelajaran mereka lebih berkesan. Guru perlu banyak
membantu murid-murid supaya penguasaan konsep isipadu cecair yang diperolehi mereka
akan berkekalan di dalam minda mereka.

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 13


ROHANI BINTI YUSUF
730101117350
____________________________________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah binti Haji Tengah(2003). Mathematics KBSR Year 2

Textbook Part 2. Hypersurf corporation Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah binti Haji Tengah(2003). Mathematics KBSR Year 2

Activity Book Part 2. Hypersurf corporation Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat (2007). HBMT2103 Teaching Mathematics in

Year Two. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

http://maniszainee.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated

http://www.slideshare.net/amoi286/abm-matematik

HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 14

Anda mungkin juga menyukai