Anda di halaman 1dari 8

BIOSIS

 
 
Jenis organisma
 
Jenis organisma Ciri
  Binaan ringkas
Virus Hidup dalam sel hidup sahaja
Berbentuk polihedral, rod, spiral dan bebola
Mengarahkan sel perumah membentuk virus baru
  Bersel tunggal
Bakteria Berbentuk rod
Mempunyai flagelum (bebenang) untuk bergerak
Hidup sebagai parasit atau saprofit
  Tidak mempunyai klorofil
Kulat Hifa – menghasilkan spora, cara utama menyerang tanaman
Saprofit
Nematod Berbentuk selinder, licin tanpa segmen atau kaki
Mencucuk dan menghisap cecair tumbuhan menggunakan spilet
  Invertebrata
Serangga Badan bersegmen – kepala, toraks dan abdomen
Mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap
Rumpai Persaingan mendapatkan cahaya, air , nutrien dan ruang
 
 
 
Takrif
 
Organisma Takrif
Parasit Organisma yang mendapat faedah daripada perumah / mendapat
makanan dari perumah.
Patogen Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus
Saprofit Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah mati /
mendapat makanan dari bahan yang reput
Vektor Organisma pembawa patogen / punca penyakit
 
 
Kepentingan ekonomi organisma
 
Kesan manfaat dan berbahaya organisma
 
Organisma Kesan manfaat Kesan berbahaya
  Agen pengawal perosak Agen penyebab penyakit
Virus Menyerang larva rama-rama,kupu-kupu, Contoh penyakit merah pada padi dan
kumbang ,belalang dan hama bintik cincin pada betik
Disebar kpd tumbuhan sihat oleh
o      Vektor spt afid, lelompat daun,
nematod dan kulat
o      Biji benih yang dijangkiti virus
o      Peralatan ladang tercemar virus
o      Pekerja yang bekerja diladang
  Penguraian bahan organik Serang/memasuki tanaman melalui
  Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang stoma, lentisel, bunga dan luka
Bakteria hidup bebas spt Azotobacter dan Dibawa oleh serangga atau disebar
Rhizobium yang bersimbiotik dengan pokok oleh biji benih
kekacang Contoh penyakit
Penitratan oleh bakteria Nitrobacter dan - Hawar daun(padi) oleh       
Nitrosomonas   Xanthomonas spp
Bakteria Bacillus thuringiensis adalah  
agen pengawal biologi
 
  Agen pengurai bahan organik Memasuki tumbuhan melalui
Kulat Kulat mikoriza bersimbiotik dengan akar luka,stoma,kutikel, dan epidermis.
pokok ru, jagung dan bawang.bantu akar Contoh penyakit – reput batang dan
tumbuhan mengambil nutrien fosforus,  cendawan angin
bantu biji benih orkid bercambah  dan  
hubungan kekal dengan akar udara orkid.
Memerangkap nematod dalam tanah
Mengawal serangga
  Membantu mengurai bahan organik Rembesan air liur mencedera tisu akar
Nematod Mengawal serangga Interaksi nematod dengan organisma
  Mengawal bakteria, kulat dan nematod lain
  lain Pembawa virus
  Contoh penyakit bengkak akar
 
 
 
 
  Membantu proses pendebungaan Merosak tanaman
Serangga Memperbaiki keadaan tanah Membawa pelbagai penyakit
Pemangsa kepada perosak Contoh perosak padi  - bena perang
dan kelapa sawit – kumbang tanduk
Jenis mulut menggigit dan mengunyah
seperti larva kupu-kupu kumbang,lalat,
kumbang dewasa dan belalang
Mulut mencucuk dan menghisap
seperti afid, bena hijau, teritip, pianggang
dan lelompat daun.
 
  Mencegah hakisan tanah Bersaing dengan tanaman untuk
Rumpai Membekalkan makanan dan tempat mendapatkan cahaya,air,ruang dan nutrien
perlindungan musuh semulajadi perosak Hasil yang bercampur dengan rumpai
dan biji benih rumpai merendah mutu hasil
Tempat perlindungan perosak dan
penyakit tanaman
 
 
 
Tanda umum penyakit dan serangan perosak
 
 
Organisma Tanda
Virus Mozek, daun kuning, corak bercincin, pertumbuhan terencat dan daun
berpilin
Bakteria Bintik, layu, reput dan mati rosak
Kulat Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan karat
Nematod Akar – bonggol, tercedera, bercabang  dan reput
Serangga Daun berlubang dan buah rosak
Rumpai Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut
 
 
Hubungan hidup
 
1.       Simbiosis  -  hubungan di antara dua organisma yang saling mendapat manfaat atau saling
bergantung antara satu sama lain.
Contoh :
                        -               nubungan kekacang dengan bakteria Rhizobium.
                        -               nodul pada akar kekacang  menjadi perumah kepada Rhizobium
                                -               bakteria terdapat dalam nodul akar kekacang.
                                -               Rhizobium mengikat nitrogen dan bekal N untuk pokok/tanah
 
2.       Mikoriza  -  hubungan simbiotik antara kulat dengan akar pokok ru, jagung dan bawang
Contoh :
-               kulat  -  membantu akar tumbuhan menyerap nutrien
-               akar tumbuhan  -  menyediakan nutrien untuk kulat
 
 
 
 
 
Pengawalan Organisma
Masa
Graf 1
C
B
A

Aras populasi perosak


 
                Rujuk Graf 1
 
a)         Aras keseimbangan am  ( A )
populasi perosak stabil, bilangan perosak masih berada pada paras tidak berbahaya dana
kawalan tidak diperlukan
b)         Aras ambang ekonomi  ( B )
Aras penentu untuk bertindak melakukan kawalan berdasarkan aras populasi perosak
c)          Aras kecederaan ekonomi  ( C )
Aras populasi telah mencapai tahap yang menyebabkan kerugian
Kerosakan teruk, tidak boleh dikawal lagi
 
 
Kaedah Pengawalan Perosak
 
1.       Kaedah Fizikal
a)         Penggunaan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak
 
Kaedah Ciri-ciri
Sekatan Penggunaan jaring kalis serangga
mekanik Kos rendah
Mengurang penggunaan racun – 30 hingga 70%
Cahaya dapat dikurangkan sebanyak 12%
Sesuai untuk sayuran berdaun  serta sayuran temperat
Sekatan Berdasarkan tingkahlaku perosak
tingkahlaku terangsang oleh bunyi,cahaya, atau bau bahan kimia
perangkap menggunakan bahan kimia penarik perosak dan cahaya
Perubahan Suhu ,kelembapan, atau kandungan oksigen dipersekitaran perosak diubah
Persekitaran Contoh amalan :
Perosak o         Memaksa perosak keluar dari lubang dengan mengguna air dan asap
o         Meningkatkan suhu antara 52C hingga 54C untuk membunuh
serangga perosak barang simpanan
o         Menyimpan bijirin dalam bekas kedap udara
 
 
2.       Kaedah Kultur
 
Mengawal perosak tanpa menggunakan bahan kimia
Caranya menghalang perosak mendapat makanan atau dedahkan perosak kepada keadaan
yang tidak sesuai
 
Amalan
                                     i.    Pemugaran tanah
Perosak terdedah cahaya matahari terik
Terdedah kepada pemangsa seperti burung
Perosak mati terkena alat pemugar
 
                                                        ii.         Menggilirkan tanaman
Menanam tanaman berlainan pada tapak yang sama pada musim berlainan
secara bergilir-gilir
Sesuai untuk perosak yang mempunyai perumah khusus
Perosak mati bila punca makanan terputus
 
                                                      iii.         Varieti resisten
Tanam tanaman dari baka yang tahan serangan perosak dan penyakit
Mengurangkan penggunaan racun serangga
 
                                                       iv.         Penanaman campuran
Menghadkan bekalan perosak
Menanam tanaman penolak (repellant) seperti serai wangi
Mengwujudkan banyak pemangsa
 
                                                        v.         Amalan penanaman yang baik
Penggunaan biji benih bersih dan bebas dari penyakit
Jarak penanaman yang sesuai
Kebersihan ladang
 
 
3.       Kaedah Biologi
 
Penggunaan organisma lain seperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja
untuk mengurangkan populasi perosak.
Bermula dengan pengenalan musuh semulajadi perosak dan diikuti kajian tentang
perumah musuh semulajadi
 
 
Agen Kawalan Biologi Untuk mengawal
Tebuan Cortesia plutellae Larva rama-rama Plutella xylostella di kebun sayur
Bakteria Bacillus thuringiensis Larva dan rama-rama di kebun sayur
Burung hantu dan ular senduk Tikus di ladang kelapa sawit dan sawah
Pokok bunga tahi ayam (Tagetes sp) dan Beberapa jenis nematod
rembesan asparagus
Semut hitam koko Perosak lenggai koko(kepinding nyamuk)
 
 
 
 
 
Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi
 
Kebaikan Kelemahan
Mengurang masalah Perosak tidak dapat dihapus kesemuanya
pencemaran alam sekitar Pemangsa mungkin serang organisma
Selamat digunakan oleh petani bermanfaat
Mengurangkan kos Pemangsa tidak dapat mengawal semua
pengurusan perosak untuk jangka perosak
panjang Bilangan perosak lain mungkin meningkat
Perlu pengetahuan teknik membiak musuh
semulajadi, ekosistem, ekologi dan tabiat perosak
atau pemangsa
Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan
pemangsa perlu diketahui
Kesan kawalan mengambil masa yang
lama
 
 
4.       Kawalan Kimia
 
Kelebihan Kelemahan
Mudah digunakan Mencemar alam sekitar
Berkesan dengan cepat Mencederakan tisu
Dapat digunakan bila-bila Mungkin membunuh pemangsa
masa Mengwujudkan  perosak yang resistan
Mudah didapati di pasaran       terhadap racun
Banyak perosak dapat Meninggal kesan bau dan rasa
dikawal  
 
 
Bandingbeza kaedah kawalan kimia dan kaedah kawalan kimia
 
Aspek Kawalan biologi Kawalan kimia
Kesan kawalan Lambat Cepat
Sasaran Organisma tertentu mengawal Boleh kawal banyak jenis
perosak tertentu perosak dengan satu jenis racun
kimia
Kos pengurusan perosak Kos tinggi untuk jangka pendek Kos rendah bagi jangka pendek
tetapi kos menjadi rendah untuk tetapi kos menjadi tinggi untuk
jangka panjang jangka panjang
Pengetahuan/kemahiran Petani perlu Tidak perlu
petani pengetahuan/kemahiran tinggi pengetahuan/kemahiran tinggi
Risiko kepada petani Rendah/tidak membahayakan Tinggi/berbahaya kepada
petani kesihatan petani
Kedapatan di pasaran Terhad/sukar diuruskan Mudah didapati di
pasaran/mudah di beli
Kesan pada tumbuhan/hasil Tiada kesan Ada kesan kimia/bau pada hasil
tanaman tanaman
Kesan kepada alam sekitar Tiada/tidak cemar alam sekitar Mencemar alam sekitar (udara,
air, tanah)
 
 
 
 
Pengelasan racun perosak
 
a.Racun perut
Bentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan
Digunakan sebagai umpan/sembur
Membunuh apabila dimakan oleh perosak
Contoh: Malathion (racun serangga), zink fosfida dan warfarin (racun tikus)
 
b.             Racun sentuh
Membunuh perosak apabila terkena perosak
Memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu
sistem saraf
Diguna dalam bentuk semburan kabus
Contoh :
o         Racun serangga – karbaril, heptaclor, dan BHC
o         Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa
o         Racun rumpai – parakuat
c.          Racun sistemik
racun disembur atau ditabur pada tanaman
racun meresap ke seluruh tumbuhan menyebabkan seluruh tumbuhan beracun
kepada perosak
contoh furadan( racun serangga)
Benomil (racun kulat)
 
d.                Racun pewasap
Membunuh perosak apaila tersedut masuk ke dalam respirasinya
Contoh Metil bromida dan vapam
 
 
          Maklumat yang terdapat pada label bekas racun kimia
 
Nama dagangan
Pengeluar/pengilang dan alamat
Kandungan bahan aktif
Kelas/darjah keracunan mengikut warna
 
Kelas Warna label Catatan
1a Hitam Beracun  -  amat bisa
1b Merah Beracun  -  bisa
II Kuning Beracun
III Biru Berbahaya
IV Putih Berbahaya
 
Perosak sasaran – contoh serangga / kulat / rumpai / haiwan dll
Cara guna
Kadar penggunaan / bancuhan / campuran dengan air
Tarikh pengeluaran dan tarikh luput
Langkah keselamatan – jika petani terkena racun itu
Cara penyimpanan dan melupuskan beka
 
LANGKAH KESELAMATAN APABILA MENGGUNA RACUN KIMIA
Gunakan racun kimia yang paling sesuai dengan sesuatu jenis perosak
Baca maklumat pada botol atau bungkusan racun
Sukat dengan tepat racun yang hendak digunakan
Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum digunakan
Jangan sentuh , hidu atau merasa racun kimia
Gunakan kayu atau benda lain untuk membancuh bahan kimia
Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur
Pakai pakaian pelindung yang sesuai
Bersih semua alat sebelum atau selepas digunakan
Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat
Simpan racun kimia ditempat selamat dan berkunci
Tanam semua bekas dan sisa racun
Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya berlaku kemalangan
 
 

               

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
5.       Kaedah Undang-undang
 
a.          Kuarantin
Bahan tumbuhan yang di bawa masuk dari luar negara diperiksa, diuji dan disah
bebas dari perosak atau penyakit
 
b.          Penghapusan
Tumbuhan atau bahan tanaman yang disahkan berpenyakit dimusnahkan
Contoh penyakit hawar getah
 
c.           Peraturan
Dikuatkuasakan oleh Akta Kuaranti Tumbuhan 1971 dan Peraturan Kuarantin
Tumbuhan 1981
 
d.          Pensijilan
Biji benih yang di bawa masuk perlu mendapat sijil pengesahan bebas penyakit
Akta Racun Makluk Perosak 1974- menetapkan peraturan kedai yang menjual dan
menyimpan racun
 
 
Pengurusan Perosak Bersepadu
 
1.       Melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling melengkapi seperti
 
Penggunaan varieti resisten
Pemantauan dan ramalan perosak
Kawalan biologi
Penggunaan kimia secara bijaksana
 
2.       Konsep pengurusan perosak bersepadu
 
musuh semulajadi digalak bertambah
jalankan kawalan kultur dan kimia secara terkawal
mengguna pakai prinsip ekologi
 
Pengawalan perosak bersepadu masih belum berjaya sepenuh kerana masalah
 
Kurang pengetahuan mengenai ekologi perosak
Mengoptimum penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem
Teknik membiak semulajadi masih menghadapi masalah
Kurang pengetahuan di kalangan petani

Anda mungkin juga menyukai