Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas

selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui,

meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan

kepada tutor saya iaitu En. Baharudin Bin Hassan di atas segala sumbangan

ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan

nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua

yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor

dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah

menyumbang ilmu yang tidak ternilaiharganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta

membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang

segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya

ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

Azman Bin Salleh


750312-02-5163
KANDUNGAN
Halaman

PENGHARGAAN i

KANDUNGAN ii

1. PENDAHULUAN

1.1 Soalan Tugasan 1-2

1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

Tahun 1 (Hanya tunjang pembelajaran yang dipilih)

TUGASAN 1

2.1 Rancangan Pengajaran Harian

2.2 Huraian Penggunaan

2.2.1 Konsep

2.2.2 Kaedah

2.2.3 Pendekatan

3. RUMUSAN

4. BIBLIOGRAFI

5. LAMPIRAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU

Tahun / Kelas : 1 Bijak


Tarikh : 28 Februari 2008
Masa : 10.35pg – 11.35 pg
Bil Murid : 32 orang
Tunjang Pembelajaran : Kesihatan Diri Dan Keluarga
Tajuk : Kesihatan Diri
Hasil Pembelajaran :
 Aras 1: Menyatakan bahagian tubuh badan.
: menyatakan cara menjaga kebersihan
gigi.
 Aras 2 :Menerangkan kepentingan menjaga
kebersihan gigi.
 Aras 3 : Menerangkan akibat kecuaian
menjaga kesihatan diri
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pemnbelajaran, murid
dapat:
1. mengenali bahagian tubuh badan dan menjaga
kebersihan mulut.
2. memahami cara melahirkan perasaan
mengikut situasi.
Pengetahuan sedia ada murid :
1. mengetahuai sebahagian nama anggota
badan.
2. mengetahui kepentingan menggosok gigi
ketika belajar di prasekolah.
Nilai Murni : Sayangi diri dan bersyukur
BBM : slaid Power Point, Lembaran kerja
KBKK : Membuat urutan
Langkah Aktiviti Strategi / Alat/
Pengajaran Perkembangan Isi Pelajaran Pengajaran Bahan / Nilai /
/ Masa dan Catatan
Pembelajaran
Set Induksi Guru bersoal jawab dengan Murid Strategi:
murid sambil menunjukkan memerhati dan pemerhatian
5 minit bahagian anggota badan: mengangkat
1. kepala tangan untuk
2. tangan menjawab
3. abdomen soalan guru.
4. kaki Kecerdasan
soalan: Pelbagai:
1. Apakah nama Verbal
bahagian yang cikgu Linguistik
tunjuk?
Jawapan murid:
Seperti di atas.
Langkah 1 Guru menayangkan slaid Guru Strategi:
Power Point yang menyediakan Pemerhatian
menunjukkan bahagian tubuh slaid Power Konstektual
10 minit badan. Point.
ABM: Slaid
Murid melihat sambil Murid Power Point.
memegang bahagian tubuh mendengar dan
mereka mengikut slaid yang melihat
dipaparkan. demngan Kecerdasan
penuh Pelbagai:
perhatian. Kinestatik

Murid mengikut
arahan guru
supaya
memegang
bahagian yang
diterangkan.
Langkah 2 -Guru menerangkan tentang Murid Pendekatan:
bahagian kepala kepada mendengar Kontekstual
20 minit murid dan menekankan dengan penuh
tentang penjagaan kebersihan minat.
mulut. Teknik: Soal
jawab
- Guru menyoal murid: Kaedah:
 Siapa yang gosok gigi Sumbangsaran
hari ini?
 Kenapa kita perlu
menggosok gigi?
 Berapa kali kita perlu
menggosok gigi dalam Murid cuba
sehari? menjawab
soalan guru.
- Contoh jawapan Murid: ABM: Laptop,

 Saya LCD, Slaid

 Supaya gigi kita Power point

bersih, sihat dan kuat.


 Dua kali sehari. Kecerdasan
Pelbagai:
Murid berdiri muzik
- Guru tayangkan lirik lagu
sambil
‘Gosok Gigi Kamu’ melalui
menyanyi lagu
slaid power point.(rujuk
bersama guru
lampiran)
dengan
perasaan
- Guru Menyanyi kemudian
diikuti oleh murid. gembira.

Langkah 3 - Guru menunjuk cara Murid memberi Kaedah :


20 minit memberus gigi dengan tumpuan dan Demonstrasi
betul. mengikut
- Murid mengikut guru arahan guru. KBKK:
menggayakan cara Menurut urutan
memberus gigi dengan
betul. Murid cuba ABM :
- Guru edarkan lembaran menyiapkan Lembaran kerja
kerja kepada murid. (rujuk lembaran kerja
lampiran) yang diberikan
- Murid menulis nombor oleh guru
mengikut urutan
memberus gigi secara
yang betul.

Penutup - Guru menunjukkan hasil Murid Teknik :


5 minit kerja murid yang terbaik memerhati dan ceramah
kepada kelas. mendengar
dengan penuh
- Guru memberi pujian minat.
kepada murid yang telah
berjaya menyiapkan
lembaran kerja.
Kaedah:
- Guru menerangkan sumbangsaran
kepentingan menjaga
anggota badan dan salah
satunya ialah gigi.

- Guru membuat refleksi


dan menguji pemahaman
murid dengan menyoal: Murid cuba
1. Apa akan berlaku menjawab dan
jika kita tidak memberikan
menjaga pendapat
kebersihan anggota mereka. Nilai: sayangi
badan kita? Murid dapat diri dan
2. Apa akan berlaku menghargai bersyukur.
kalau kita malas ilmu yang
gosok gigi? telahy mereka
- Contoh jawapan murid: pelajari hari ini.
1. Anggota badan kita
akan sakit, selekeh
dan berbau busuk.
2. Gigi kita akan
sakit,kuning, rosak,
berlubang dan
tertanggal.
Guru tamatkan sesi
pengajaran dan pembelajaran
hari ini dengan memberi
pujian kepada murid di atas
jawapan atau pendapat
mereka.

Refleksi Guru:
Strategi pembelajaran secara kontekstual
Konsep pembelajaran yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar ini lebih
kepada konsep pembelajaran kontekstual. John Dewey (1916) merumuskan bahawa
pelajar akan belajar dengan lebih baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang
berlaku dipersekitaran. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh John Dewey, kita
boleh menganggap bahawa pelajar menggunakan pengalaman mereka di tempat atau
situasi yang lain lalu dikaitkan dengan pembelajaran mereka.
Bermaksudnya, pelajar cuba menggabungkan isi kandungan pelajaran yang diajar
oleh guru dengan pengalaman harian mereka samada melalui pengetahuan melalui ibu
bapa, rakan – rakan atau media massa. Di dalam rancangan mengajar ini, saya cuba
mengaitkan pengalaman pelajar tentang kepentingan kita sebagai manusia untuk menjaga
kebersihan diri terutama gigi. Pelajar mungkin telah diasuh untuk menggosok gigi di
rumah dan juga mengetahui atau berpengalaman mengalami sakit gigi. Melalui cara ini,
pemahan pelajar lebih dapat dipertingkatkan dan pembelajaran akan menjadi lebih
bermakna.
Selain itu, melalui konsep konstektual ini, pelajar dapat mengukuhkan lagi
pemahaman dan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, pelajar telah mengetahui
kepentingan memberus gigi namun mereka belum mengetahui cara memberus gigi
dengan betul maka, selepas pembelajaran, pelajar telah mengetahui cara dan urutan yang
betul apabila memberus gigi.
Kesimpulannya, saya memilih konsep ini kerana pelajar yang saya pilih adalah
pelajar tahun satu. Mereka memerlukan sesuatu keadaan yang mereka pernah alami agar
dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Melalui konstektual, pelajar belajar dari
konkrit kepada yang abstrak maka, kesesuaiannya untuk pelajar tahun satu untuk diajar
menggunakan konsep konstektual.

KAEDAH
Terdapat dua kaedah yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar
saya ini iaitu kaedah demonstrasi dan sumbangsaran. Menurut Modul OUM
HBHE1203, Pedagogi Pendidikan Kesihatan (2007), Kaedah demonstrasi
merupakan cara pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali
dijalankan di hadapan murid – murid. Ia diamalkan bertujuan untuk
menerangakan isi pelajaran kepada murid agar pemahaman mereka dapat
dipertingkatkan lagi. Kaedah ini juga bergantung kepada bagaimana guru
tersebut mampu melakukannya dengan terbaik agar murid – murid dapat
menumpukan perhatian dan dapat menarik minat mereka .
Di dalam rancangan penagajaran saya ini, saya menggunakan kaedah
demonstrasi pada waktu menunjukkan cara – cara yang betul memberus gigi. Ini
amat penting untuk menerangkan kepada murid – murid gigi yang mana perlu
diberus dahulu dan kawasan – kawasan penting yang perlu di berus. Ini bagi
mengelakkan murid – murid salah memberus dan tertinggal kawasan – kawasan
penting itu di mana ia tetap akan menyebabkan kerosakkan gigi.
Selain itu, pada peringkat tahun satu, amat penting bagi seorang guru
menggunakan kaedah ini agar murid di tahap ini dapat melihat dan
memahaminya terlebih dahulu.
Kaedah yang kedua ialah kaedah sumbangsaran. Walaupun masih di
tahun satu, guru sebenarnya boleh membantu murid tahun satu melahirkan
pendapat mereka melalu kaedah ini dengan cara penyoalan. Secara tidak
langsung guru dapat melihat murid- murid yang berpotensi dan berani
menyuarakan pendapat. Ini penting kerana di peringkat ini, murid – murid tahun
satu cukup bersemangat dan berminat menjawab soalan – soalan yang
diutarakan oleh guru.
Kesimpulannya, saya memilih kaedah ini berasarkan tahap murid – murid
saya yang terdiri daripada tahun satu. Kaedah ini amat mudah untuk mereka ikuti
dan pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan seronok.
PENDEKATAN:
Pendekatan yang saya gunakan di dalam rancangan pengajaran saya ini
ialah pendekatan Konstektual. Pemilihan pendekatan ini kerana saya konsep
pengajaran saya kali ini lebih berbentuk konstektual. Berdepan dengan pelajar
diperingkat tahun satu, pendekatan yang mudah dan bersifat pengalaman
sekeliling amat penting membantu mereka untuk belajar. Ia amat berlainan
dengan pendekatan untuk tahap dua kerana mereka dapat melihat sesuatu yang
lebih abstrak. Maka, pemilihan pendekatan ini adalah sebagai pemudah cara
untuk murid – murid tahun satu belajar melalui pengalaman mereka terutama
mengenali bahagian tubuh badan, menjada kebersihan gigi, cara menggosok
gigi dan akibat atau kesan daripada tidak menjaga kebersihan pada anggota
badan terutama gigi.
Kesimpulannya, pendekatan ini sememangnya dapat membantu guru
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Murid pula
dapat menghubungkaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Melalui cara
ini, mereka akan menemui sesuatu pelajaran yang baru dan lebih bermakna.

RUMUSAN
Secara keseluruhan membuat tugasan ini, sedikit sebanyak telah membantu saya
meningkatkan lagi kemahiran mengajar saya. Sesungguhnya walaupun telah bertahun
mengajar namun, pastinya seseorang guru itu perlu juga membuat rujukan atau ulangkaji
ketika menyediakan rancangan mengajar hariannya. Seorang guru juga perlu melihat dan
menilai keberkesanan penggunaan strategi yang digunakannya. Dalam tugasan ini strategi
yang di beri penekanan iaitu pembelajaran secara kontekstual dan kemahiran berfikir.
dimana dapat membantu guru meningkatkan kualiti kerjanya dan secara tidak langsung
menjadikan pengajarannya lebih seronok dan memahamkan pelajarnya.
Dari sudut lain pula, penghasilan bahan – bahan berbentuk elektronik ini amat
bagus dan mampu menarik minat para pelajar. Melalui cara ini, pelajar lebih teransang
untuk mengikuti pelajaran dan guru dapat memanipulasi perisian – perisian untuk
menjadikan bahan tersebut lebih menarik dan bermakna.
Secara keseluruhannya, kepentingan dua strategi yang dibincangkan ini membawa
kefahaman bukan sahaja kepada guru tetapi kepada murid itu sendiri. Dalam
menghasilkan lembaran kerja penggunaan strategi ini dapat memperjelaskan lagi
pengajaran dan pembelajaran guru
Akhir sekali, saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat mepertingkatkan lagi
mutu kerjaya saya sebagai seorang pendidik dan memberi apa yang terbaik untuk pelajar,
sekolah, masyarakat dan Negara.
BIBLIOGRAFI

Canadian Dental Assosiation, Flossing and Brushing, diperolehi pada 28


Februari 2008 dari http://www.cda-adc.ca/en/oral_health.asp

Open University Malaysia (2007) HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan.


Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan


Kesihatan Tahun 1, diperolehi pada 28 Februari 2008 dari
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pk/hsp_p_kesihatan_y123456.pdf
Lembaran Kerja:
Nama: ______________________________ Kelas: __________
Berikan nombor pada gambar di bawah mengikut urutan cara memberus gigi
yang betul

Anda mungkin juga menyukai