Anda di halaman 1dari 12

Rahsia Bapa

“Papa, jangan bimbang! Doktor cakap Anna boleh keluar hospital dua hari

lagi,” kata Anna sambil memandang Encik David yang mukanya penuh dengan

kesayangan itu.

“Ya, papa tahu, doktor dah bagi tahu, tapi syaratnya Anna kena rehat

banyak. Dah lewat ni, Anna kena tidur sekarang,” kata Encik David dengan nada

suara yang penuh dengan kasih sayang.

“Okey, selamat malam papa”, ucap Anna dengan lembut.

Sudah dua minggu Anna terbaring di atas katil. Semenjak Anna disahkan

menghidap penyakit Anaemia, Encik David dan Puan Irene tidak pernah senang

hati. Pasangan suami isteri ini bekejar-kejar ke hospital dan sibuk mencari pakar-

pakar perubatan untuk mengubati anak tunggal mereka ini. Dua minggu selepas

dimasukkan ke wad kecemasan, akhirnya Anna menunjukkan tanda-tanda untuk

sembuh. Dia dibawa keluar dan ditempatkan di wad biasa.

Pintu bilik terbuka, Puan Irene berjalan masuk dari luar. “Anna dah tidur ?”

tanya Puan Irene secara bisikan di tepi telinga Encik David. “Ya!” “Sayang, kau

balik rehat dulu, malam ini biarku temankan Anna di sini”. Ucap Encik David sambil

memegang lengan tangan isterinya. “Baiklah bang, jaga diri bang”, ucap Puan Irene

sambil berjalan menuju ke pintu bilik.


Encik David tersandar lesu di atas sebuah sofa di tepi katil Anna sambil

memerhatikan anak perempuannya yang tidur nyenyak itu. Dalam hatinya berasa

lega setelah doktor memberitahunya bahawa Anna sembuh pada kadar yang agak

cepat. Ditatapnya wajah bujur sirih anak tunggalnya itu dengan penuh kasih saying.

Sebagai ayah, Encik David bangga mempunyai anak gadis yang pintar dan cantik.

Sememangnya Anna mempunyai wajah menarik sepasang mata jernih, hidung

mancung, berkulit putih dan berambut keperang-perangan paras bahu. Tidak

hairanlah dalam usia 16 tahun ini, dia sudah jadi siulan dan perhatian anak-anak

muda. Cuma satu yang meresahkan Encik David, wajah Anna sedikit pun tidak

mempunyai persamaaan dengan wajahnya dan isterinya. Ternyata Anna lebih mirip

pada rupa ibu kandungnya. Mengingatkan ibu kandung Anna, Encik David

terkenang peristiwa silam...

“David, aku tidak suka bermenantukan orang asing, aku hantar kau belajar

ke luar negeri itu untuk belajar, bukannya membawa pulang isteri yang tak tentu

asal keturunannya!” bentak Tok Meng, ternyata dia cukup marah dengan tindakan

Mansor berkahwin tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Hilang riangnya

menyambut kepulangan anak sulungnya itu. Mary Diana yang berada di sisi David

terpinga-pinga menerima sergahan bapa mertuanya. Walapun tidak difahami kata-

kata yang terkeluar dari Tok Meng, namun jauh di sudut hatinya, Mary Diana

mengerti, perkahwinannya dengan David tidak direstui. Titis-titis air jernih mengalir

perlahan di pipinya.
“Papa, walaupun Mary tidak sebangsa dengan kita, namun dia mejalankan

cara kehidupan yang sama dengan kita. Dia dah mula belajar cara makan dengan

penyepit, mangkuk, berpakaian cheongsam dan belajar sedikit sebanyak bahasa

mandarin,” ucap David lembut cuba memujuk Tok Meng agar menerima Mary

Diana sebagai menantu.

“Kalau tak suka, tetap tak suka. Hah! Kalau dan pandai ikut kata hati sendiri,

kau boleh keluar dari rumah ini! Bentak Tok Meng lagi. Dia tak dapat bertenang

lagi. Hancur harapannya untuk mejodohkan David dengan Lina, anak saudaranya

yang masih menuntut di universiti. Di mana dia seorang anak yatim dimana

keluarganya sudah tiada ada.

“Eh…Eh, abang ni! Janganlah kerana perkara sebegini, abang nak halau si

Mansor ni. Dia kan anak kita. Sudah jodohnya dengan Mary, kita terima

sajala,”ucap pula Mak Fong. Tersentuh juga hati seorang ibu bila melihat Mary

menangis.

“Kalau awak sukakan perempuan mat salleh ini, awak pun boleh ikut

mereka,” Tok Meng bertambah marah melihat Mak Fong cuba membela David dan

Mary Diana. Selepas pertengkaran hebat itu, David membawa Mary Diana

berpindah keluar daripada keluarganya.


Tok Meng merupakan bangsawan yang ternama di pekan itu, dia berkuasa

dan berharta. Dia menyekat sumber kewangan kepada David dan mengarahkan

syarikat-syarikat besar agar tidak mengupah David untuk bekerja. David terpaksa

bekerja sebagai pekerja sampingan di gerai kecil untuk menyara kehidupan mereka

berdua. Kehidupan David bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pada awalnya rumah tangga mereka aman damai, namun keadaan

kesihatan Mary semakin hari semakin lemah akibat makanan yang kurang

berkhasiat serta tempat kediaman yang kotor. Keadaan mejadi lebih buruk lagi

apabila mengandungkan Anna, Mary sering sakit-sakit. Doktor menyarankan agar

kandungannya digugurkan atas sebab kesihatan, namun Mary tetap degil. Dalam

hati Mary, dia ingin melahirkan anak itu tidak mengira betapa susah atau seksa,

apa yang dia harapkan adalah anak lahir ini akan mengubah ibu bapa David agar

menerimanya sebagai menantu mereka dan menerima David balik ke keluarganya.

Dia mahu melahirkan anak yang dikandungkannya itu sekalipun David sendiri

menasihatinya supaya mematuhi saranan doktor, selama terlantar di hospital

hinggalah Anna selamat dilahirkan, tiada seorang pun keluarga David yang datang

menjenguk. Hancur harapan Mary untuk berbaik semula dengan keluarga David.

David sedar Mary Diana terasa hati, begitu juga kedua mertuanya yang

sanggup datang dari jauh-jauh semata-mata hendak melihat Mary Diana dan cucu

mereka. Keadaan kesihatan Mary makin teruk selepas kelahiran Anna. Ternampak

keadaan yang seksa dialami oleh anak perempuan mereka, ibu mertuanya
meminta untuk membawa anak perempuan mereka balik bersama ke tanah airnya.

Atas tujuan perubatan, walaupun tidak rela David terpaksa mengizinkan kedua

mertuanya itu membawa Mary pulang ke Russia. Mereka ingin membawa Anna

sekali tapi tidak dipersetujui oleh David. Sejak pemergiannya, Mary Diana tidak

pernah kembali ke pangkuan David, namun ibubapa David mula datang mengajak

David dan Anna untuk kembali ke keluarganya. Disebabkan tiada siapa yang boleh

diharapkan untuk menguruskan Anna yang masih kecil, David terpaksa

menghantarnya kepada kedua-dua orang tuanya di rumah.

Tok Meng dan Mak Fong cukup gembira menerima kehadiran Anna, cucu

mereka yang comel.Terubat segala kelukaan di hati mereka selama ini. Tok Meng

pun menawarkan jawatan tinggi di syarikat punyaanya kepada anak sulung ini.

Keinginan untuk melarikan diri daripada kemiskinan dan kesusahan, David pun

menerima tawaran ini dan menyandang jawatan sebagai pengurus di syarikat

pemborong milik bapanya.

Tok Meng dan Mak Fong sering kali menyarankan David agar mengahwini

sepupunya, Lina namun ditolak oleh David. Lina selalu bertandang ke rumah David

untuk menjenguk mereka, dia kelihatan sangat suka akan Anna. Anna pun selalu

menginginkan didukung dan diteman oleh Lina. Lina juga selalu membantu untuk

mengemaskan rumah mereka, mencuci lampin, membancuh susu dan lain-lain.

Walaupun dalam usia awal dua puluhan, Lina sudah kelihatan sangat pandai

menguruskan rumahtangga dan penuh dengan kasih sayang dan sifat keibuan
yang seseorang ibu atau isteri harus miliki. Lina terus datang menjenguk dan

mengemas di rumah apabila dia tidak mempunyai kelas di kampus. David

nampak segala-gala ini dalam hati…

Pada suatu hari petang, dalam perjalanan balik ke rumah, David mendapati

brek keretanya tidak berfungsi betul namun terlewat untuknya membuat apa-apa

sebab terlantang sebuah treler panjang di tengah jalan yang menghalang arah

tujunya sedangkan keretanya pada halaju 100km sejam dan jaraknya kurang

daripada 50 meter. David terbeliak mata sambil menekankan brek yang tidak

berfunsi itu menuju ke arah treler… “pam….” suatu bunyi yang kuat terdengar dan

berikutan bunyi kaca berkecai terdengar. David merasakan hentakan yang kuat di

depan dada dan terus mata menjadi gelap dan beransur-ansur tidak sedar diri…

“David…david….,” nyaring suara memangil terdengar di tepi telinga. David

beransur-ansur memejamkan matanya, dia ternampak bapanya di sisi dan ibunya

yang jelas kelihatan menangis sedangkan titisan air mata yang masih di pipi.

“David , kamu dah balik … dah balik…”ucap Mak Fong sambil memegang tapak

tangan David yang dibalut dengan pembalut plaster putih. “Mama…, papa, di mana

saya? Mengapa saya di sini?, tanya David kepada kedua-dua orang tua ini

seakan-akan tidak ingat kemalangan yang ditimpanya. “David, kamu tidak ingat

lagikah? kereta kamu melanggar dengan treler, nasib baik kamu tidak apa-apa

sekarang, kamu dah baring di sini tiga hari tiga malam,” ucap Tok Meng dengan

perlahan. David baru sedar selepas dengar kata papanya, dan gambaran
kemalangan itu terpapar lagi dalam fikirannya. Sambil memegang lengan tangan

kanan yang dibalut itu. David mengerak-gerakkan kakinya tetapi kakinya agak berat

untuk diangkat. “Tulang kaki kanan kamu patah tetapi sudah dimasukkan besi dan

akan sembuh nanti, jangan digerakan dulu sebelum pembalut itu dialih,” Tok Meng

menjelaskan lagi. “Nasib baik kamu selamat, tangan pun disambung balik, kamu

mesti berterima kasih kepada Lina, kalau bukan dia mana kami kena cari darah

untuk kau.” Tambah Mak Fong sambil mengesat air mata di pipi yang kian

menunjukkan wajah riang selepas David sedar. Baru sekarang David mengangkat

kepalanya dan ternampak seorang gadis yang berdiri terlindung oleh tubuh kedua-

dua orang tuanya, ternyata sekali itu ialah Lina mukanya nampak pucat tapi wajah

riangan dapat diperhatikan di atas mimik mukanya. “Kau kehilangan darah yang

banyak bila hantar kat hospital, darah di bank darah hospital juga tidak cukup untuk

kamu, nasib baik jenis darah Lina sesuai dengan kamu,” cerita Mak Fong kepada

anaknya. “Lina menyalurkan dua bungkus darah untuk kau sekaligus, walaupun

doktor tidak setuju sebab takut akan Lina akan kekurangan darah,” tambah Pak

Meng sambil mengalih tubuhnya untuk memberi laluan kepada Lina untuk tampil ke

tepi katil. Wajah Lina yang lemah itu ternyata merupakan kesan menyalurkan darah

kepada David. David pada ketika itu tidak terkata apa-apa tetapi menatapkan

muka Lina sekian lama sebelum seorang doktor dan jururawat mengetuk pintu dan

mengalihkan perhatian setiap orang dalam bilik. Doktor memberitahu bahawa dia

ingin menjalankan pemeriksaan ke atas David maka orang lain pun disuruh

meninggalkan bilik itu. Sambil memandang tubuh Lina yang bergerak menuju ke

pintu bilik, dalam hati David berasa dia terhutang budi ke atas gadis ini…
Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan David tiada apa-apa lagi kecualinya

kaki David hanya dapat berjalan sekurang-kurangnya selepas dua bulan. David

keluar dari hospital dua hari kemudian.

Setelah balik dari hospital, dia dijaga rapi oleh ahli keluarganya. Terutama

Lina, tidak tahu lelah menjaga Anna dan kehidupan David sebaik sahaja dia selesai

kelas di kampus. Hati David tergerak atas kesungguhan yang ditunjukkan Lina,

namun dia masih tidak dapat melupakan Mary Diana yang sudah

meninggalkannya…

Sudah dua bulan berlalu selepas kemalangan menimpa David, David sudah

sembuh sepenuhnya dan dapat berjalan semula dengan lincah. Anna pun pandai

merangkak dan seronok betul melihat Anna bergerak ke sana dan sini sambil datuk

neneknya yang mengelilingnya. Sambil, Lina pula sibuk mengawal Anna agar tidak

terlanggar benda. Memandangkan gambaran sebegini, bagaikan suatu keluarga

yang bahagia. David sudah tahu, dia sudah sedar apa yang harus buat. Dia harus

mendapatkan seorang menantu untuk orang tuanya dan seorang ibu untuk Anna…

Setelah empat tahun menuntut di universiti, akhirnya sampai juga hari

Konvekesyen Lina. Pada hari konvokesyen, sekeluarga David menghadiri majlis

penyampaian sijil Lina. Pada malam tersebut, David bersembang dengan Lina

berseorangan di halaman runahnya. “Lina, apa rancangan selepas ini?” tanya


David kepada sepupunya. “Em… tak tau lagilah , belum dapat cari kerja ni,

mungkin pergi ke Semenanjung, lagipun peluang pekerjaan kat sana lebih banyak,

jawab Lina. “Mesti pergikah, pernah fikir untuk tinggal kat sini saja?” tanya lagi

David. “Ya, saya pun tidak sampai hati nak tinggalkan tempat ni dan pergi jauh-

jauh, saya rasa… saya akan rindu sangat kat Annalah. Tapi apa boleh buat, takkan

goyang kaki di rumah saja.” Jawab Lina dengan perlahan. “Apatah kamu tinggal

saja di sini… dan… tolong jaga Anna dan saya kat rumah. Kami …kami hidup

bersama, sanggupkah Lina?” David ucap tersekat-sekat dan jelas sangat David

terasa segan sangat untuk meluangkan perkataan-perkataan itu kerana mukanya

yang kemerahan. Lina terdiam sekejap sambil memandang ke David seakan-akan

tidak percaya itulah yang David cakap dengannya dan itulah kata-kata yang sekian

lama dia menunggu. Lina berasa kegembiraan yang tidak pernah dirasai dalam

hatinya dan terus menanya balik untuk kepastian “ maksud kau”? David menarik

nafas lalu berjawab, “ sudikah Lina kahwin dengan saya dan berhidup bersama

saya dan Anna?” Lina tidak terkata apa-apa tetapi menganggukkan kepala berkali-

kali sambil titisan air mata mengalir di pipi. David mendekati Lina dan sambil

menghulurkan tangan dan memengang tangan Lina…

Tok Meng mengadakan suatu majlis perkahwinan yang besar-besaran untuk

anak dan menantu sulungnya. Kedua-dua orang tua itu sangat gembira atas

perkahwinan ini.
Sejak itu Anna beribukan Lina dan tidak pernah tahu bahawa ibu kandung

lain. David sengaja merahsiakan hal itu daripada pengetahuan Anna, kerana dia

tidak mahu Anna menjejaki ibunya yang jauh di luar negeri. Tambahan pula,

perkahwinan keduanya itu tidak dikurniakan cahaya mata. Hanya pada Annalah

tertumpahnya kasih sayang David dan Lina. Anna, mereka tatang bagai minyak

yang penuh. Segala kemahuan Anna mereka penuhi. Dengan jawatan tinggi yang

disandang masing-masing, David dan Lina membesarkan Anna dengan serba

kemewahan.

Semenjak itu, keluarga mereka terus damai dan bahagia sebelum dua bulan

yang lalu setelah Anna didapati menghidap penyakit Anaemia. Pembedahan

memerlukan tulang sumsung yang sesuai dimasukkan ke badan Anna untuk

menghasikan sel-sel darah merah. Pasangan suami isteri ini masing-masing

menawarkan tulang sumsung sendiri untuk mengubati anak mereka. Malangnya

tidak sesuai, dan tulang sumsung orang lain yang tidak terkira yang telah dicuba

pun akhirnya tidak dapat disesuaikan ke dalam tubuh Anna. David terbantut jalan

dan akhirnya terfikir seorang yang pasti dapat menyelematkan Anna, orang itu

ialah…Mary Diana, ibu kandung Anna. Mary dengan sudi mendermakan tulang

sumsungnya dan ternyata itulah yang sesuai untuk badan Anna. Setelah belasan

tahun berpisah, Mary pun sudah berkahwin lagi di tanah airnya. David meminta

Mary merahsiakan peristiwa silam ini daripada Anna dan Mary pun tidak

membantah.
“Papa…papa”, terkejut David daripada kenangannya apabila terdengar

suara Anna yang memanggil. “Papa, tolong ambilkan saya air,” Anna berjaga dan

memanggilkan papanya mengambilkannya air untuk minum. “Okey…kau tunggu

sebentar”, David jawab sambil bergerak kea rah botol air.

Dalam hatinya, masih jelas ingatan tentang peristiwa silam itu, namun dia

mengharapkan ini tidak akan diketahui oleh Anna buat selama-lamanya…

-Tamat-

Pantun Nasihat

Kalau pergi ke kedai,


Jangan lupa gunakan selipar,
Kalau ingin menjadi pandai,
Jangan kita malas belajar.

Dari mana hendak ke mana,


Dari hilir hendak ke muara,
Kalau ingin manusia berguna,
Dengarlah nasihat orang tua.

Emak Siti menanam nanas,


Petik dua dimasak kari,
Manusia hidup janganlah malas,
Jika malas orang membenci.

Hujung minggu ke rumah nyonya,


Gula-gula sebagai hadiah,
Kalau pelajar ingin berjaya,
Tuntutlah ilmu dengan tabah.

Anak ayam di dalam reban,


Anak burung di dalam sangkar,
Kita hidup harus berkorban,
Ilmu pengetahuan patut dikejar.

Pergi ke kebun dibawa raga,


Hasil tuaian sangatlah mewah,
Setiap langkah haruslah dijaga,
Supaya kita tidak tengadah.

Anda mungkin juga menyukai