Anda di halaman 1dari 1

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN KELAB DAN

PERSATUAN

1. Guru Pemimpin Unit Beruniform adalah bertanggungjawab akan semua peraturan ,


latihan , ujian dan kemajuan pertubuhannya.
2. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukannya
daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar
keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod.
3. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun .
4. Setiap guru pemimpin mestilah mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor
pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah / Negeri / Pusat.
5. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang
ditetapkan. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah
ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar. Latihan
tambahan pada hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk dan
dimaklumkan.
6. Guru pemimpin adalah bertanggungjawab menentukan apa-apa jua keperluan
peralatan yang dikehendaki bagi penubuhannya. Sekiranya peralatan-peralatan itu
bukan hak ahli persendirian, guru pemimpin adalah bertanggungjawab untuk tujuan
rujukan dan pemeriksaan.
7. Guru pemimpin bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran /
maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan bekenaan dan salinan laporan
aktiviti hendaklah dihantar ke pejabat untuk fail sekolah.
8. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan
masing-masing.
9. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai
pemimpin atau wakil sekolah.

Anda mungkin juga menyukai