Anda di halaman 1dari 7

Warisan adalah berkaitan dengan sesuatu yang diterima secara turun - temurun oleh seseorang dan sesuatu

kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu.

Ianya menggambarkan memori kepada keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa yang melambangkan
ketamadunannya.

Jenis Warisan

Warisan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu :

WARISAN KETARA (TANGIBLE HERITAGE)

 Sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang sama ada statik atau mudah alih. Ianya bolehlah dikategorikan
seperti berikut :

Statik

 merujuk kepada tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan
 Tapak tanah bersejarah (cth : Lembah Bujang, Pusat Bandar Lama Melaka, Kaw. Perlombongan
Sg.Lembing)
 Monumen / Bangunan (cth : Istana, Kubu, Makam, Menara)
 Alam Semulajadi (cth : hutan, gunung, gua, sungai, flora & fauna, geologi)

Mudah alih

 merupakan artifak-artifak bahan budaya yang boleh dipindahkan

Cth : Artifak (cth : batu nisan, tekstil, ukiran kayu, manik, manuskrip)

WARISAN TAK KETARA (INTANGIBLE HERITAGE)

 Warisan tidak nyata adalah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya,
bahasa & persuratan.

Cth : Acara perayaan, ritual & kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan dan
permainan tradisional

Senarai Warisan Budaya Ketara

 Tapak Warisan Budaya (Cultural Heritage Sites)


 Bandar / Kota Bersejarah (Historic Cities)
 Lanskap Budaya (Cultural Landscape)
 Tapak Suci Semulajadi (Natural Sacred Sites)
 Warisan Budaya Mudah Alih (The Movable Cultural Heritage)
 Muzium (Museums)
 Warisan Budaya Dalam Air (Underwater Cultural Heritage)
 Kraftangan (Handicrafts)
 Warisan Dokumentari & Digital (The Documentary & Digital Heritage)
 Warisan Sinematografi (The Cinematographic Heritage)

Senarai Warisan Budaya Takketara

 Tradisi Lisan (Oral Traditions)


 Bahasa (Languages)
 Acara Perayaan (Festive Events)
 Ritual & Kepercayaan (Rites & Beliefs)
 Muzik & Lagu (Music & Songs)
 Seni Persembahan (The Performing Arts)
 Perubatan Tradisional (Traditional Medicine)
 Sastera (Literature)
 Tradisi Makanan (Culinary traditions)
 Sukan & Permainan Tradisional (Traditional Sports & Games)

Senarai Warisan Semulajadi

 Taman Negara & Taman Negeri (National Parks & State Parks)
 Taman Laut (Marine Park)
 Kawasan Tanah Lembap (Wetlands) / RAMSAR Sites
 Hutan Simpan Paya Bakau
 Hutan Simpan
 Rezab Hidupan Liar
 Rezab Mergastua
 Rezab Orang Asli
 Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar (Wildlife Rehabilitation Centre)
 Sungai, Tasik dan Laut
Warisan Budaya
Merupakan pola-pola kehidupan kemanusiaan dalam konteks pencernaan tamadun, samada pola budaya ketara
mahupun tak ketara, dihasilkan oleh perjalanan hidup manusia dan diperwariskan dari zaman ke zaman, dari
generasi ke generasi. Menjadi citra dan jati diri sesuatu bangsa merangkumi segala bentuk ragam seni bina, tata
hias, ukiran pelbagai motif pada pakaian, bangunan, ilustrasi pada sesuatu cetakan dan sebagai penjelmaan warisan
budaya ketara atau budi bahasa, budi pekerti, tingkah laku, falsafah, pemikiran dan kreativiti dijelmakan melewati
warisan budaya tak ketara.

 http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c4=18&c3=58&click=1

kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan

Sajak “Melayu” Usman Awang


Posted by penyair cinta

December 26, 2008

Melayu itu orang yang bijaksana


Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah


Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan


Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya


Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu


Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan


Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan


Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan


Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu


Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana


Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Duit Syiling Lama Ditemui Di Sungai


Melaka
[Thursday, January 17, 2008 | 8 comments ]

MELAKA, 16 Jan

23:36pm (Bernama) -- Tebing sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini, hari ini menjadi tumpuan

orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu. Mereka sanggup

menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menggali kawasan itu menggunakan cangkul bagi mendapatkan

duit syiling dipercayai yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Seorang pencari, Mohd Adnan Abdullah, 41, berjaya menemui tujuh duit syiling lama yang digunakan pedagang

dari China dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab. "Saya yakin terdapat

banyak duit syiling lama dan barang purba lain kerana sungai ini merupakan laluan pedagang zaman dahulu,"
katanya kepada pemberita ketika mencari syiling lama di tebing sungai itu.

"Duit syiling yang tertera tulisan Cina mungkin dari zaman Dinasti Chin manakala syiling yang mempunyai tulisan

Arab tidak diketahui asal usulnya kerana tidak terdapat sebarang tarikh," katanya. Mohd Adnan berkata terdapat

juga duit syiling yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America". "Saya tidak akan

menjual syiling lama ini, saya akan simpan untuk tatapan anak cucu saya pada masa depan," katanya.

Seorang pengumpul duit syiling lama, Zulazmi Bachik, 37, pula menemui 19 keping duit syiling lama. "Kawasan ini

memang laluan utama pedagang silam dan tidak mustahil masih terdapat barangan atau artifak yang berharga

yang tersimpan dalam Sungai Melaka ini," katanya.

Kerajaan Melaka sedang melaksanakan projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka membabitkan kos

RM320 juta supaya setanding dengan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan kebersihan

serta keindahannya.

-- BERNAMA

Tarian Ceracap Inai

Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai
Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
Adalah dipercayai Tarian Ceracap Inai ini berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-
pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian.

Oleh kerana itu Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'sembah'/Ampun, merendahkan diri dan ditarikan pula
kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin. Ditarikan dengan membawa prob seperti 'Bunga-bungaan Emas'
dan berca,hayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian
ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan
boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang.

Anda mungkin juga menyukai