Anda di halaman 1dari 28

10

BAB 2

PENGURUSAN ASET

2.1 Pengenalan

Peningkatan ekonomi negara sekarang ini tidak dapat dinafikan lagi. Ini dapat
disaksikan dengan peningkatan taraf hidup rakyat dan kemajuan teknologi serta
kemampuan negara dalam memenuhi kehendak rakyat. Banyak kemudahan dan
keperluan rakyat dapat disediakan. Penyediaan prasarana dan kemudahan ini adalah
dari pembinaan dan pembelian oleh kerajaan dengan menggunakan wang negara.
Ianya merupakan satu pelaburan oleh kerajaan yang perlu dijaga, dikawal,
diselenggara dengan baik agar boleh digunakan dengan selesa. Prasarana dan
keperluan ini merupakan aset kepada kerajaan dan negara.

Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan organisasi lain. Pembelian dan


pembinaan keperluan tersebut adalah untuk kepentingan rakyat dan kakitangannya. Di
mana ia merupakan aset yang perlu dikawal selia bagi memastikan ianya mampu
memberikan pulangan seperti mana yang di kehendaki. Pengurusan aset merangkumi
banyak bidang dalam sesebuah organisasi kerana ia merupakan sumber yang boleh
dijadikan panduan untuk halatuju sesebuah organisasi. Kepentingan pengurusan aset
dalam sesebuah organisasi sudah menjadi nadi bagi membolehkan ianya berkembang
dengan pesat dan mampu bersaing di peringkat dunia. Ini adalah kerana pengurusan
aset berkait rapat dengan displin profesional dan sistem pengurusan yang optimum
11

terhadap aset dan kitaran hidupnya. Ia juga merupakan kombinasi lintas-displin untuk
mencapai yang terbaik, nilai berterusan, pemilihan dan pengambilalihan operasi,
penyelenggaraan dan pembaharuan infrasturktur fizikal dan peralatan.

Di dalam organisasi seperti Universiti Teknologi Malaysia aset-aset yang


dibeli untuk keperluan pelajar merupakan sesuatu yang penting untuk dijaga,
dikawal, diselenggara dengan baik dan betul bagi memastikan ia mampu berfungsi.
Oleh itu pengurusan yang cekap dan bersistematik amat perlu dalam merealisaikan
matlamat pembelian aset tersebut. Penyimpanan rekod yang betul dan tepat mampu
mengenalpasti permasalahan yang berlaku pada aset-aset tersebut dan tindakan yang
cepat mampu dilaksanakan.

2.2 Definasi Aset dan Pengurusan Aset

Sebelum kita membincangkan pengurusan aset seharusnya kita fahami dulu


istilah aset dimana ianya bermaksud harta yang mempunyai nilai dan boleh dipindah
milik. Mengikut Perbendaharaan Malaysia (2006), aset bermaksud harta benda
kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan Kerajaan yang dibeli atau yang
disewa beli dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah
atau diperolehi melalui proses perundangan.

Manakala menurut Insitut of Asset Management (2007), pengurusan aset pula


merupakan satu seni dan ilmu membuat keputusan yang tepat dan mengoptimumkan
proses ini. Tujuan utama adalah untuk meminimumkan kos hidup seluruh aset di
samping itu mungkin faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan seperti risiko
atau kelangsungan tindakan dalam membuat keputusan.

Zainal Ali Bin Idris (2007), pula menyatakan Pengurusan Aset boleh di
definasikan sebagai proses menjaga, mengawal, meletak, memelihara, mengendali
dan menyelenggara harta berbentuk fizikal yang mempunyai nilai dan diperolehi
samaada untuk digunakan terus atau bagi masa akan datang dalam pengeluaran
barang siap atau perkhidmatan.
12

Strategy for Improving Asset Management Practice, AUSTROADS (1997),


pula menyatakan pengurusan aset adalah :
“…a comprehensive and structured approach to the long-term
management of assets as tools for the efficient and effective delivery of community
benefits.”

Secara keseluruhannya pengurusan aset merupakan satu proses dalam


merancang, mendapatkan, menjaga, mengawal, menyelia, membaik pulih serta
mengantikan yang baru sekiranya sudah tidak bersesuian lagi untuk digunakan.
Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang semasa mesyuarat Pengurusan Aset sebelum
sesuatu aset di beli. Ini bagi memastikan aset tersebut dapat digunakan secara
optimum.

2.3 Objektif Pengurusan Aset

Dalam setiap organisasi, terdapat banyak perolehan yang dibuat dan ini amat
memerlukan Pengurusan Aset dilaksanakan bagi mencapai objektif terhadap
pengurusan tersebut. Dengan pengurusan aset yang betul dan teratur serta berdisplin
maka banyak kelebihan dan keuntungan diperolehi oleh organisasi bagi memastikan
aset yang dimiliki menepati kehendak organisasi. Antara objektif Pengurusan Aset
adalah:-

i. Memastikan aset sentiasa dalam keadaan produktif dan reliable


ii. Memelihara jangkahayat aset
iii. Meningkatkan keupayaan fungsi aset

2.4 Konsep Pengurusan Aset

Aset merupakan sesuatu yang bernilai dan penting bagi individu dan sesebuah
organisasi. Konsep yang dijalankan dalam Pengurusan Aset hendaklah selari atau
berkesinambungan dengan perkara-perkara berikut:
13

a. Objektif Strategik Syarikat


b. Bermatlamatkan misi
c. Berorientasikan Sistem
d. Perancangan jangka panjang
e. Mudah sampai dan mesra pengguna
f. Fleksibel
g. Ramalan Jualan atau Perkhidmatan
h. Perancangan Keperluan Material Dan Pelupusan

Pengurusan Aset menggabungkan pendekatan penilaian ekonomi dan juga


altenatif pilihan untuk pelaburan, baik diperingkat projek, peringkat rangkaian atau
sistem. Melalui ini ia mampu membantu organisasi dalam membuat keputusan yang
berhemat dalam pelaburan (U.S Deparment Of Tranportation, 1999).

Sistem persediaan pengurusan aset menyediakan maklumat untuk secara cekap


menguruskan aliran bahan, berkesan menggunakan orang dan peralatan, menyelaras
kegiatan dalaman dan berkomunikasi dengan pelanggan. Inventori Pengurusan tidak
membuat keputusan atau mengurus operasi, mereka menyediakan maklumat untuk
pengurus yang membuat keputusan yang lebih tepat dan tepat masa untuk
menguruskan operasi mereka. Ianya dapat ditunjukkan melalui Rajah 2.1 di bawah

Sumber: US Department Of Tranportation


Rajah 2.1: Kaedah Pengurusan Aset (US Department Of Tranportation )
14

Dalam Pengurusan aset terdapat pelbagai cara dan konsep digunakan oleh
organisasi tertentu dalam melaksanakan atau kerja mereka demi mencapai objektif
dan misi organisasi tersebut. Antara konsep-konsep yang digunakan adalah:

a) PAS 55 merupakan konsep British Standard.

Konsep ini mentafsirkan sebagai,


"Sistematik dan kegiatan terkawal dan amalan melalui mana organisasi
secara optimum menguruskan aset fizikal dan prestasi berkaitan, risiko dan
pengeluaran selama kitaran hidup mereka untuk tujuan mencapai rancangan
strategik organisasi. "

Konsep PAS 55, menyokong keperluan asas, prestasi kemampuan aset


dan unit perniagaan. Di mana level kedua merupakan kecekapan melalui
kepakaran, bantuan pembekal aset serta perkhidmatan awam mengikut
piawaian dan di tunjukkan seperti Rajah 2.2 di bawah.

Sumber: The Woodhouse Partnership Ltd 2003


Rajah 2.2: Konsep PAS 55 (British Standard)
15

b) Konsep Aktiviti Organisasi Berpusat

Konsep ini merupakan penambahbaikan dari konsep tradisional. Ianya


berorientasikan pengurusan bersepadu yang dioptimumkan kitar hidup aset
fizikal, manusia, intelektual, reputasi, kewangan dan lain-lain. Konsep ini
dapat digambarkan seperti di dalam Rajah 2.3

Sumber: The Woodhouse Partnership Ltd 2003


Rajah 2.3: Konsep Aktiviti Organisasi Berpusat

2.5 Jenis Jenis Aset

Aset bagi sesebuah organisasi juga boleh diperolehi dari pembelian,


sumbangan, rampasan, sita, lucut hak, tiada bertuan, harta karun, pembiakan dan
lain-lain lagi. Aset-aset ini telah dikategorikan kepada empat kategori yang utama
seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.4. Antara kategori aset tersebut adalah:-

2.5.1 Aset Semasa

Aset Semasa merupakan kira-kira semasa, tunai, nilai tunai semasa, belanja
dan aset yang mudah ditunaikan dan mempunyai jangka hayat kurang dari
setahun.
16

2.5.2 Aset Bukan Semasa

Aset Bukan Semasa merupakan aset yang tidak mudah dicairkan atau
ditukarkan kepada tunai dan memerlukan masa untuk dicairkan dan ianya
mempunya petensi jangka hayat melebihi setahun. Aset ini terdiri daripada
Aset berbentuk Fizikal / Ketara Dan Aset Bukan Fizikal / Tidak Ketara.

2.5.3 Aset Fizikal / Ketara

Aset Fizikal merupakan aset yang mampu dilihat dan dipegang secara fizikal.
Dimana ianya dikelaskan kepad 3 jenis:

i) Aset Tak Alih

Aset Tak Alih merupakan aset yang tidak boleh diubah kedudukannya
dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh Aset Tak Alih adalah
seperti tanah, infrastruktur dan bangunan.

ii) Aset Alih

Aset Alih merupakan aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke
satu tempat yang lain. Ianya termasuk aset yang melekat dan tidak
melekat pada bangunan. Ini bermakna aset tersebut tidak tetap
lokasinya. Manakala Aset Alih dikelaskan kepada dua jenis pula:

a) Aset Modal yang merupakan aset yang boleh berubah lokasinya


dan memerlukan pemantauan serta selenggaraan berjadual tanpa
ketetapan harga aset tersebut. Contoh bagi Aset ini ialah
kenderaan, kelengkapan pejabat, peralatan makmal dan sebagainya.

b) Inventori pula merupakan aset yang tidak memerlukan pemantauan


dan senggaraan berjadual yang mana ianya berharga kurang dari
RM1000. Contoh aset ini ialah perabot, karpet, langsir dan
sebagainya.
17

iii) Aset Hidup

Merupakan Aset yang hidup dan bernyawa seperti ikan, sayur-


sayuran dan haiwan ternakan.

2.5.4 Aset Bukan Fizikal / Aset Tak Ketara / Harta Intelek

Aset Bukan Fizikal ialah Harta Intelek yang merupakan hasil ciptaan minda,
reka cipta industri, karya sastera dan karya seni. Contoh Harta Intelek ialah
perisian computer, penemuan kajian penyelidikan, karya penulisan dan harta
harta warisan kebudayaan.

ASET

Aset
Aset Semasa
Bukan
Bukan Semasa
Semasa

Aset Bukan Fizikal/


Aset Fizikal/ Aset
Tunai Aset Tak ketara/
Ketara Harta Intelek

Pelaburan Aset Tak Alih Aset Alih Aset Hidup

Aset
Aset Infrastruktur
Infrastruktur Aset
Aset Modal
Modal Haiwan
Haiwan

Aset Tanah Inventori Tumbuhan

Aset
Aset Bangunan
Bangunan Ikan
Ikan

Sumber: Manual Pengurusan Aset Malaysia


Rajah 2.4: Pembahagian Klasifikasi Dan Jenis Aset
18

2.6 Keperluan Terhadap Pengurusan Aset

Setiap Aset mempunyai kitaran hidupnya. Ini adalah kerana aset dicipta dan
dirancang, diguna dan diuruskan. Apabila aset tidak diperlukan lagi kerana pelbagai
faktor, maka aset ini akan dihapuskan. Kitaran hidup aset bermula daripada peringkat
perancangan pembelian. Di peringkat ini, keperluan aset di kenalpasti dan bagaimana
ia dilaksanakan.

Kemudian, aset baru di perolehi sama ada dengan kaedah dibeli atau dicipta.
Aset kemudiannya memasuki fasa operasi. Setelah beberapa tahun aset digunakan,
ianya mungkin sudah lapuk, rosak atau tidak sesuai digunakan lagi. Dengan ini suatu
keputusan perlu di buat bagi peringkat berikutnya sama ada aset tersebut diperbaiki,
dinaiktaraf atau dilupuskan. Jika aset tersebut masih diperlukan maka penyeliaan serta
baikpulih hendaklah dijalankan mengikut keperluan aset tersebut. Proses-proses ini
boleh dirujuk pada Rajah 2.5 di bawah.

Sumber: Manual Pengurusan Aset Malaysia


Rajah 2.5: Kitaran Hidup Aset
19

2.7 Tatacara Pengurusan Aset

Setiap organisasi yang ingin membeli aset semestinya mempunyai strategi


atau tujuan pembelian aset tersebut. Ini sememangnya berlaku dimana setiap jabatan
perlu menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan keperluan mereka dengan nilai
bajet yang tertentu. Pihak atasan akan mempertimbangkan permohonan tersebut sama
ada menepati keperluan jabatan dan juga kemampuan organisasi tersebut. Perkara
yang kerap berlaku di kebanyakkan jabatan adalah apabila permohonan diterima,
meraka tidak membuat perancangan penuh untuk menguruskan aset yang dipohon. Ini
menyebabkan kebanyakan aset tidak dapat diletakkan ditempat yang sesuai serta tidak
dapat diguna sepenuhnya.

Dengan itu Pengurusan Aset telah meneliti keperluan-keperluan yang harus di


lihat sebelum dan semasa aset diterima seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.6.
Keperluan-keperluan tersebut adalah:-

ii. Perancangan
iii. Menyediakan Keperluan
iv. Menjaga dan Menyelia
v. Menyelenggara dan Membaik pulih
vi. Melupuskan dan Mengganti yang baru

Sumber: Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Rajah 2.6: Keperluan Dalam Menguruskan Aset
20

2.8 Peranan Pengurus Aset

Pengurus Aset merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan


pergerakan semua aset di bawah kawalannya. Beliau harus mengikuti langkah-
langkah yang disediakan bagi memastikan aset tersebut dapat dipantau pergerakkan
dan keadaannya. Antara langkah tersebut adalah seperti berikut:-

2.8.1 Penerimaan

Aset yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti oleh


Pengurus Aset bagi memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Pemeriksaan teknikal oleh pegawai-pegawai yang bertauliah hendaklah
dilakukan apabila perlu mengikut kaedah yang bersesuaian. Langkah-langkah
berikut hendaklah dipatuhi semasa menerima aset :-

(i) Menyemak butiran di dalam dokumen yang sah bagi memastikan aset
yang diterima adalah betul;
(ii) Aset hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta
merta sebelum disahkan penerimaannya;
(iii) Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka
dokumen tersebut hendaklah dicatatkan ‘‘Diterima dengan syarat
ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur,
ditimbang atau diuji”;
(iv) Setelah disemak dan diperiksa, pegawai aset/penerima adalah
bertanggungjawab menyediakan Borang Laporan Penerimaan Aset
Alih KEW.PA-1 jika terdapat kerosakan atau perselisihan;
(v) Borang KEW.PA-1 yang telah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua
Jabatan hendaklah dihantar dengan serta merta kepada agen
penghantaran atau syarikat pembekal;
(vi) Pegawai Penerima hendaklah memastikan bahawa aset diterima
berserta dengan Surat Jaminan daripada pembekal yang mengesahkan
bahawa mutunya menepati spesifikasi seperti dalam perjanjian
pembelian; dan
21

Pegawai Penerima hendaklah memastikan aset yang diterima


disertakan manual penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada.

2.8.2 Pendaftaran Maklumat Aset

Pendaftaran Maklumat Aset merupakan proses merekodkan maklumat


berkaitan aset tersebut. Setelah aset diperolehi atau dicipta, semua proses ini harus
dilalui bagi membolehkan aset tersebut digunakan. Keperluan Pendaftaran Maklumat
Aset adalah kerana perkara-perkara berikut:

i) Menyimpan maklumat penuh, tepat dan terkini bagi aset tersebut.


ii) Semakan dan penilaian aset dapat dilaksanakan dengan menjadi mudah
iii) Pengurus Aset mampu mengetahui keadaan aset dengan mudah.
iv) Pemantauan, pelupusan dan penggantian aset akan lebih mudah.

Aset yang diterima secara hadiah bagi tujuan pameran dan


latihan/pembelajaran tidak perlu didaftarkan. Walau bagaimanapun, Pengurus Aset
hendaklah mewujudkan satu senarai daftar aset berkenaan bagi tujuan rekod. Setiap
aset hendaklah didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan
penerimaan. Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh dirujuk:-

i) Aset yang dibeli:-

(a) Pesanan Rasmi Kerajaan;


(b) Nota Serahan;
(c) Invois;
(d) Dokumen Kontrak;
(e) Kad Jaminan;
(f) Manual Pengguna; dan
(g) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
22

ii) Aset yang disewa beli:-

(a) Surat Ikatan Perjanjian; dan


(b) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

iii) Aset yang diterima daripada sumber lain:-

(a) Salinan daftar jika aset diterima secara pindahan;


(b) Surat kelulusan menerima hadiah mengikut peraturan yang sedang
berkuatkuasa berserta maklumat lengkap aset berkaitan; dan

2.8.2.1 Dokumen Pendaftaran

Bagi memudahkan urusan merekod dan mengesan sesuatu aset, dokumen yang
digunakan adalah seperti berikut:-

(a) Daftar Harta Modal KEW.PA-2; dan


(b) Daftar Inventori KEW.PA-3.

Sesetengah jabatan sudah mengamalkan Sistem Pendaftaran Aset dengan


berkomputer. Oleh itu Pengurus Aset harus menggunakan format yang sama dan
hendaklah dicetak serta diperakukan dan ditandatangai oleh Ketua Jabatan. Di mana
maklumat di dalam borang tersebut hendak diisi dengan lengkap dan tepat. Ianya
boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya berlaku sesuatu pada sistem berkomputer.
Di sinilah bermulanya peranan TLS dalam menyimpan maklumat 2D dan 3D bagi
aset yang direkod/rakam (scan) tadi. Contoh Borang KEW.PA-2 dan KEW.PA-3
ditunjukkan di Rajah 2.7 dibawah.
23

Sumber: Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Rajah 2.7: Borang KEW.PA-2 dan KEW.PA-3
24

2.8.2.2 Senarai Aset Di Lokasi

Setiap aset yang di terima dan di kawal oleh Pegawai Aset hendaklah dicatat
di dalam Senarai Aset menggunakan KEW.PA-7 dalam dua (2) salinan. Di mana satu
(1) disimpan oleh Pegawai Aset manakala satu (1) salinan lagi disimpan oleh
pegawai yang bertanggungjawab. Senarai tersebut hendaklah dikemaskini dari
semasa ke semasa.
Data TLS juga boleh diisikan di dalam borang ini bagi menunjukkan lokasi
aset tersebut diletakkan. Ini memudahkan Pengurus Aset untuk memantau secara
maya terhadap aset tersebut. Borang KEW.PA-7 yang dimaksudkan adalah seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.8.

Sumber: Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Rajah 2.8: Borang KEW.PA-7
25

Terdapat beberapa proses yang lain yang harus diikuti oleh Pengurus aset
dalam memantau aset yang berada dibawah kawalannya. Namun ia tidak terlibat
dalam kajian yang dijalankan. Langkah-langkah tersebut dapat ditunjukkan seperti di
dalam Rajah 2.9.

Sumber: Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Rajah 2.9: Proses Dalam Pengurusan Aset

2.9 Peraturan Dalam Pengurusan Aset

Di dalam pengurusan aset Perbendaharaan Negara telah menetapkan


peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh setiap jabatan dan organisasi untuk
menyelaraskan kaedah penyimpanan, penyelengaraan, pengawalan dan pelupusan
26

terhadap aset-aset tersebut. Ianya juga boleh dijadikan panduan dalam mengurus aset-
aset yang di diterima.

i. Pendaftaran

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1995


Penglibatan Pegawai Pengawal Dalam Pengurusan Stor dan Aset di
Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun

Arahan Pentadbiran 19 Jun 1995


Pengwujudan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Diperingkat
Kementerian/Jabatan.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1995


Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor PP-TPS

PP 2/91 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991


Penggunaan Borang-borang Baru Bagi Pengurusan Harta Modal,
Inventori dan Bekalan Pejabat

ii. Penggunaan

PP 2/80 PP 2/91 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991


Peraturan Penggunaan, Pengurusan dan Penyelenggaraan Kenderaan
Kerajaan Malaysia.

PP 7/1995 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1995 Kemalangan


yang melibatkan Kenderaan Kerajaan Malaysia

PP 2/1994 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 TAHUN 1994


Pemasangan Telefon Pejabat dan Telefon Rasmi Rumah dan
Penggunaan Telefon Bimbit

iii. Penyelenggaraan
27

SP Am Bil 1/1995 Surat Pekeliling Am Bil. 2. Tahun 1995


Pengurusan Penyelenggaraan Pengwujudan Sistem Penyelenggaraan
Dirancang

iv. Pemantauan

PP 12/95 Surat Pekeliling Am Bil. 12. Tahun 1995


Tanggungjawab Pegawai Pengawal Dalam Pengurusan aset Kerajaan di
Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun

Arahan Pentadbiran 19 Jun 1995


Pengwujudan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JWPAK)

v. Pelupusan
PUB 513
Akta Perwakilan Kuasa 1956

SPP 2/1997 Surat Pekeliling Am Bil. 2. Tahun 1997


Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan

PP 3/1990 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/1990


Arahan Mengenai Tatacara Melaporkan Kehilangan Dan Menyelenggara
Hapuskira Barang-Barang

SPP 3/2002P.U(B) 513 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun


2002
Peningkatan Amaun Pelupusan dan Hapuskira Harta Benda Kerajaan
Yang Boleh Diluluskan Oleh Kementerian/Jabatan

AP Bab C-II(314-326) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/1990


Kehilangan dan Hapuskira
28

2.10 Terrestrial Laser Scanning Sebagai Alternatif Kutipan Data

2.10.1 Pengenalan

Pengurusan Aset merangkumi berbagai displin di mana ia merangkumi


penerimaan, pendaftaran, menyimpan rekod, penggunaan, pemeriksaan,
mengemaskini rekod, penyelenggaraan dan pelupusan. Kefahaman yang tinggi dalam
menguruskan aset perlu ada bagi memastikan ianya dapat berjalan dengan lancar.

Secara praktiknya penyimpanan data adalah secara manual dan dicatat di


dalam borang-borang tertentu. Pemeriksaan atau pengauditan terhadap aset pula
dilakukan secara fizikal yang mana ia memerlukan pengawai penyiasat pergi ke lokasi
aset untuk memastikan kebenaran maklumat di dalam borang tersebut.Perkembangan
teknologi penyimpanan data membolehkan Pemeriksa Aset dan Juruaudit memantau
aset secara 2D dan 3D. Ini akan memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja
pemantauan terhadap aset-aset yang di bawah tanggungannya.

Teknologi pengimbas laser telah diperkenalkan pada tahun 1990an. Pada


ketika itu, Terrestrial Laser Scanning diperkenalkan bagi tujuan kaji selidik dalam
bidang industri. Sejak itu, teknologi ini telah semakin berkembang dengan pesat dan
mendapat lebih perhatian dari pelbagai bidang lain. Hal ini berlaku kerana Terrestrial
Laser Scanning berkemampuan untuk mengutip berjuta-juta titik dalam jangka masa
yang singkat. Oleh kerana itu, ia mampu untuk merakam objek secara 3D dengan
lengkap dan cekap.

Terrestrial Laser scanning 3D akan menjadi alat standard pada masa depan
bagi dokumentasi yang beresolusi tinggi untuk bidang penggalian arkelogi, namun
kemapauannya masih diremehkan oleh ahli arkeologi profesional dan pembekal
perkhidmatan pengimbas.  Harris, E.C., Principles of Archaeological Stratigraphy,
2nd edition, Academic Press (1989).
29

2.10.2 Terrestrial Laser Scanning

Terrestrial Laser Scanning mengaplikasikan teknik Time of Flight (ToF) dan


Phase Shift dalam fudamental teknologi pengukurannya. Teknologi TLS memberikan
ketepatan yang tinggi dalam pengimbasan imej dan pengutipan data tiga dimensi di
mana perisian pemprosesan Cloud of Point (CoP) dalam bentuk titik berkodinit yang
sebenarnya. Rajah 2.10 menggambarkan bagaimana titik tersebut diperlihatkan.

Sumber: Spatial Resources


Rajah 2.10: Point Cloud dari pengimbasan TLS

Kelebihan teknologi TLS ini menjadikannya pilihan untuk digunakan dalam


aktiviti merekod maklumat data aset dan imej secara 2D dan 3D untuk kajian khusus
selain digunakan dalam bidang arkitek, kejuruteraan, sektor pembinaan, pengekalan
bangunan bersejarah, pengawasan terowong, penyelenggaraan binaan yang berisiko
tinggi, forensik dan hiburan.

TLS menjadi kaedah pengukuran dalam banyak bidang kerana ia mampu:


30

a) Mengurangkan masa dan kos kerana kepantasannya dalam


mengutip data.
b) Peningkatan ketepatan dan keselamatan dalam pengukuran.
c) Mengurangkan masalah tertinggal maklumat dalam kutipan data
kerana TLS merakam semua maklumat dengan tepat.
d) Persembahan dalam 3D memberi keyakinan kepada pengguna
kerana ia menggambarkan keadaan sebenar di lokasi.

2.10.2.1 Prinsip-Prinsip Pengukuran Laser

Perkembangan penggunaan TLS dalam teknik pengukuran dan pengutipan


data telah menyebabkan banyak syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan
dengannya bagi memenuhi permintaan pengguna. Oleh kerana itu, terdapat banyak
spesifikasi atau kemampuan yang ujud dari setiap peralatan yang dikeluarkan. Dengan
itu pengguna haruslah memastikan peralatan yang digunakan memenuhi spesifikasi
bagi kajian dan kerja-kerja yang hendak dilaksanakan. Di mana TLS ini boleh
dibahagikan kepada 3 kategori dalam kemampuannya membuat pengutipan data.

a) Panorama Scanner
b) Hybrid Scanner
c) Camera Scanner
Setiap kategori ini mampu memberi hasil kutipan dan pengimbasan data atau
maklumat yang berbeza. Ia dapat di gambarkan seperti di dalam Rajah 2.11
31

TERRESTRIAL LASER SCANNER

Sumber: Terresterial Laser Scanning Technology, System and Application


Rajah 2.11 Kategori Pengimbasan TLS

Dalam Pengurusan Aset keperluan maklumat penuh bagi bangunan dan aset
yang ada di dalamnya amatlah penting untuk di simpan. Oleh kerana itu TLS yang
memberi hasil Panorama Scanner merupakan kategori yang paling sesuai digunakan
dalam kajian. Ini kerana ia dapat merekod segala aset-aset yang terdapat di dalam
bangunan sama ada aset tersebut Aset Alih atau Aset Tak Alih. Ia juga dapat
membantu Pengurus Aset mengenalpasti lokasi baru yang sesuai sekiranya ada
keperluan penambahan aset dibuat.

Faro Photon 120 dikeluarkan oleh syarikat FARO, beribupejabat di Lake


Mary, Florida, USA, merupakan sistem TLS 3D yang mampu mencerap dengan
kaedah Panorama Scanner. Ianya merupakan alat yang akan digunakan dalam kajian
ini. Faro Photon 120 merupakan salah satu di antara sistem TLS 3D yang terdapat di
pasaran hari ini. Rajah 2.12 menunjukkan spesifikasi bagi Faro Photon 120.
32

Sumber: Faro Technology Ltd


Rajah 2.12: Faro Photon 120

2.10.2.2 Perisian

Perisian memainkan peranan yang penting dalam menangani keberkesanan


cerapan yang telah dibuat oleh TLS. Setiap pengeluar TLS akan membangunkan satu
perisian yang mampu memproses data imbasan dan cerapan yang dibuat. Cerapan
dengan kaedah Panorama Scanner adalah menggunakan konsep Point of Cloud (CoP).
Oleh itu pengeluar TLS yang digunakan dalam kajian ini, iaitu Faron telah
membangunkan Faro Scene sebagai perisian untuk memproses data cerapan yang
dibuat oleh Faro Photon 120. Hasil dari cerapan yang di muatturun kedalam perisian
Faro Scene dapat dilihat pada Rajah 2.13.

Kemudian data Point of Cloud tersebut akan diproses dan dibuat pengukuran
dimensinya bagi mendapat nilai ukuran sebenar aset-aset tersebut di dalam perisian
CAD. Selain itu pengutipan maklumat terperinci juga boleh dilaksanakan di perisian
CAD.
33

Sumber: Terrestrial Laser Scanning – Technology, Systems and Applications


Rajah 2.13: Point Of Cloud Data

2.10.2.3 Jenis-Jenis Terrestrial Laser Scanning

Terdapat banyak pengeluar dan berbagai jenis TLS yang ada di pasaran pada
masa ini. Antara TLS yang ada di pasaran ditunjukkan di dalam Rajah 2.14. TLS ini
mempunyai spesifikasinya yang sendiri mengikut keperluan pengguna.
34

Sumber: Geometric Accuracy Investigations of the Latest Terrestrial Laser


Scanning Systems
Rajah 2.14: Jenis-Jenis TLS dan spesifikasinya

2.11 Penggunaan Terrestrial Laser Scanning dalam Pengurusan Aset

Dalam memproses data yang dicerap oleh TLS beberapa langkah perlu
diambil perhatian. Ini bagi memboleh kerja-kerja yang dilaksanakan nanti mencapai
matlamat kajian yang dijalankan.Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah
seperti berikut:

a) Perancangan

Perancangan adalah peringkat yang amat penting bagi memastikan maklumat


yang diperlukan untuk kerja-kerja pengimbasan tidak tertinggal dan menyebabkan
kerja pengimbasan terpaksa diulang. Pengkaji seharusnya memastikan objek-objek
yang perlu diutamakan dalam pengimbasan tersebut. Ketepatan dan resolusi yang
perlu digunakan untuk objek yang diimbas juga perlu dirancang.

b) Pengimbasan (Scanning)

Data pengimbasan yang terhasil adalah berbentuk titik-titik berkordinat (Point


of Cloud) dan juga imej. Oleh itu semasa proses ini pengkaji seharusnya memastikan
pengimbasan yang dijalankan tertumpu pada objek aset yang dikehendaki.

c) Pra-proses (Pre-processing)

Pada peringkat ini, data-data yang diimbas dari beberapa stesen pengimbasan
dicantumkan. Ianya bertujuan membentuk satu pengkalan data titik-titik berkodinat
dan imej yang boleh membentuk ukuran dan lokasi aset itu berada. Penggunaan
perisian Faro Scene yang disediakan oleh pengeluar TLS digunakan diperingkat ini
35

d) Proses (Post-Processing)

Proses ini dilaksanakan bagi membentuk data-data tadi kepada model sebenar
lokasi aset yang berkordinit. Ukuran tepat bagi lokasi dan aset dapat dibuat pada
peringkat ini. Model 2D dan 3D dapat ditunjukkan pada peringkat ini dalam perisian
bantuan seperti AutoCAD.

e) Analisis (Analysis)

Peringkat terakhir ini merupakan langkah di mana data-data 2D dan 3D


dipersembahkan dan dibandingkan dengan keadaan aset sebenar. Pendapat dari
Pengurus Aset juga dikutip melalui temubual yang dijalankan pada masa ini.

2.12 Kesimpulan

Dalam Pengurusan Aset banyak perkara yang perlu diikuti bagi memastikan
aset tersebut berada di dalam keadaan yang baik, terkawal serta sentiasa berfungsi.
Sekiranya ia sudah mencapai tahap yang sukar untuk diperbaiki maka aset tersebut
seharusnya dilupuskan supaya ia tidak merugikan jabatan dari segi ruangan dan juga
kos untuk memperbaikinya. Namun begitu, perkara yang penting perlu ditekankan
dalam pengurusan aset ialah tindakan awal menjaga, menyelenggara aset tersebut
supaya ia berada didalam keadaan selamat dan baik.

Kaedah pemantauan yang dilaksanakan sekarang merupakan kaedah yang


biasa dimana pegawai pemantau perlu membuat tinjauan lokasi untuk melihat
keadaan aset. Penggunaan Terrestrial Laser Scanning (TLS) membolehkan pemantau
atau audit memeriksa keadaan aset melalui imej 2D dan 3D dengan menggunakan
sistem penyimpanan rekod aset secara digital. Ini akan menjimatkan masa bagi audit
serta keberkesanan penyelnggaraan aset dilaksanakan.
36

BIBLIOGRAFI

Tesis

Hadawiah Binti Ali (2008). Analisis Pengurusan Aset Kategori Stadium oleh Majlis
Bandaraya Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Rahim Bin Haji Mohamed Saleh (2009). Penyimpanan Database Berdigit Bagi Pemulihan
Bangunan Warisan Melalui Kaedah Terrestrial Laser Scanning (TLS). Universiti Teknologi
Malaysia.

Lim Woo Wei (2010). Amalan Ejen Harta Tanah Tidak Berdaftar Dalam Industri Perejenan
Harta Tanah Di Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Sabri Bin Mat Deris (2007). Tahap Keberkesanan Pengurusan


Penyelenggaraan Fasiliti Bagunan Di Sektor Awam Malaysia. Universiti Teknologi
Malaysia.

Buku

Manual Pengurusan Aset Menyeluruh. Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2009

Laman Sesawang

Mr. J A Myburg (2005) Physical Asset Management Systems Concepts

Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. www.penerangan.gov.my


37

Faro Photon 120. www.faro.com

Institute Of Asset Management. www.iam..com

Jurnal

Rudolf Staiger, Positioning and Measurement Technologies and Practices


2nd FIG Regional Conference.Marrakech, Morocco, December 2-5, 2003

Rudolf Staiger, Terrestrial Laser Scanning – Technology, Systems and Applications


2nd FIG Regional Conference.Marrakech, Morocco, December 2-5, 2003

Wezyk P.*, Koziol K., Glista M., Pierzchalski M.


TERRESTRIAL LASER SCANNING VERSUS TRADITIONAL FOREST INVENTORY
FIRST RESULTS FROM THE POLISH FORESTS
ISPRS Workshop on Laser Scanning 2007 and SilviLaser 2007, Espoo, September 12-14,
2007, Finland

Thomas P. KERSTEN, Klaus MECHELKE,


Geometric Accuracy Investigations of the Latest Terrestrial Laser Scanning
Systems

Roshan Bhurtha and Christoph Held, Introduction to terrestrial laser scanning


African Cultural Heritage and Landscapes Project

A. Prokop and H. Panholzer, Assessing the capability of terrestrial laser scanning for
monitoring slow moving landslides
Institute of Mountain Risk Engineering, Department of Civil Engineering and Natural
Hazards, University of Natural

Fröhlich, C.; Mettenleiter, M.,TERRESTRIAL LASER SCANNING – NEW PERSPECTIVES


IN 3D SURVEYING
Wangen, Germany

Peter Canter and Andrew Stott, Applanix, with Stu Rich, Creating georeferenced indoor
maps, images and 3D models Indoor mapping for high accuracy and productivity
City of Philadelphia 20 CES June 2010

Georgeta Pop (Manea), Combining modern techniques for urban 3D modelling


First impressions of an architectural modelling project
Delft Technical University, Department of Earth Observation and Space Systems

Anda mungkin juga menyukai