Anda di halaman 1dari 1

AZAB MENINGGALKAN SOLAT

Dalam peristiwa Isra’ Mi’raj Rasulullah s.a.w. bukan sahaja diperlihatkan tentang
gambaran balasan baik tetapi juga balasan-balasan buruk. Balasan siksa akan dihadapi
oleh orang-orang yang menderhaka kepada Allah seperti meninggalkan sembahyang.

1. Mengenai balasan orang yang meninggalkan sembahyang: “Rasulullah diperlihatkan


pada suatu kaum yang menghentak kepala mereka pada batu. Setiap kali hentakan itu
menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan asal dan mereka tidak
berehat daripada melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya quot; Siapa ini wahai Jibril”?
Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepala untuk menunaikan sembahyang
fardhu”. ( Riwayat Tabrani )

1. Orang yang meninggalkan sembahyang akan dimasukkan ke dalam Neraka Saqar.


Firman Allah s.w.t. bermaksud: “(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka
berkata) quot;Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka ( Saqar ) ?”.
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: ” kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-
orang yang mengerjakan sembahyang.” ( Ayat: 42-43 Surah Al -Muddassir )

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia


dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-


tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya
siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang
Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak
hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian
dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Anda mungkin juga menyukai