Anda di halaman 1dari 2

Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu.

Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor


kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita
bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.
 
Fardu Tayamum

 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas
tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis
solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali
tepukan.
 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang
bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka
kemudian tangan).

"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya


"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".

   
SAPUKAN KE MUKA SAPUKAN TANGAN 
 
Syarat-syarat Tayamum

 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh


bertayamum).
 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang
hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis
jika ada.

 
Sunat-sunat tayamum

 1. Menghadap ke arah Kiblat.


 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
 3. Menipiskan debu di tangan.

 
Perkara yang membatalkan tayamum

 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal
juga tayamum.
 2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

Anda mungkin juga menyukai