Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS

Mengisahkan tentang kisah cerita Raja Malim Bongsu yang memerintah Selindungan Bulan
yang mempunyai orang suruhannya yang setia menurut perintah iaitu Awang pengasuh dan
Awang Selamat. Pada suatu hari, Malim Bongsu dan orang suruhannya menjala ikan,
baginda telah bertemu dengan Nenek Kebayan di bawah sepohon pokok berhampiran
sungai tersebut. Nenek Kebayan itu mengatakan bahawa ikan-ikan boleh didapati dengan
banyak di hujung rakit Siti Jagerlan. Siti Jagerlan telah melarang Malim Bongsu dan orang
suruhannya daripada menangkap ikan di situ dan menyuruh Malim Bongsu bersama orang
suruhannya pun kembali ke istana. Seberapa purnama kemudian, Malim Bongsu bersama
Awang Pengasuh pergi mengembara. Malim Bongsu bertemu dengan Siti Jagelan sekali lagi.
Mereka mengikat janji iaitu Siti Jagerlan akan bertukar menjadi Siamang Gila yang bertapa di
puncak gunung sekiranya tidak berkahwin dengan Malim Bongsu. Manakala Malim Bongsu
bertukar menjadi ular naga yang melilit gunung sekiranya dia mengkhianati Siti Jagerlan.
Seberapa lama kemudian, Malim Panjang, seorang saudagar kaya, telah mengarahkan orang
suruhannya agar pergi meminang Siti Jagerlan lalu mereka berkahwin. Namun, seperti dalam
sumpahan Puteri Jagelan menjadi Siamang Gila. Usaha beberapa orang dukun untuk
memulihkan Siti Jagelan tidak berhasil. Akhirnya Malim Bongsu menawarkan diri untuk
mengubati Siti Jagerlan. Setelah diubati, Siti Jagerlan telah berubah menjadi manusia semula
seperti sediakala. Untuk menepati janji, Dato Maha Kaya telah mengahwinkan anaknya Siti
Jagerlan dengan Malim Bongsu dan akhirnya mereka berdua hidup bahagia.

Anda mungkin juga menyukai