Anda di halaman 1dari 7

c:

"Kreativiti dan Inovasi


dalam Dunia Semasa:
Pendekatan Islami"
9 - 10 November2010 /2 - 3 lulhijjah 1431 H

Sesi II

Evolusi Epistemologi Sains Teras


Kreativiti dan Inovasi Barat
Oleh
YBHG. DR. AMRAN MUHAMMAD
Timbalan Pengarah, Pusat Dialog Peradaban,
Universiti Malaya (UM)

Anjuran
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (lKIM)

Bertempat di
DEWAN BESAR, IKIM,
KUALA LUMPUR
EVOLUSI EPISTEMOLOGI SAINS TERAS KREATIVITI DAN INOVASI BARAT
Dr Amran Muhammad

Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya

Pengenalan
Bermula dari Zaman Renaissance atau Kelahiran Semula Masyarakat Eropah pada abad
ke 16 di Itali, Barat telah berupaya menjayakan satu proses evolusi epistemologi sains yang

dinamik, membina pelbagai metodologi dan sistem bagi menghasilkan sains untuk jangkamasa

panjang meliputi lima kurun yang kini menguasai teori, praktis, organisasi, komuniti dan

kompleks teknologi sains dunia secara mutlak. Dengan menggunakan pelbagai metodologi dan

sistem penghasilan sains yang diasaskan oleh epistemologi-epistemologi sains mereka, Barat

bukan sahaja secara kreatif dan inovatif mencipta teori, praktis, organisasi, komuniti dan

kompleks teknologi sains tersebut malah menggunakan hasil kreativiti dan inovasi ini sebagai

cara untuk mendominasikan hal-ehwal pemikiran dan kehidupan manusia dari sudut sosial,

ekonomi dan politik di segenap peringkat lokal, nasional dan global.

Kejayaan Barat dalam menggagaskan dinamika epistemologi sains yang kemudiannya

menghasilkan pelbagai kreativiti dan inovasi yang berupaya mempengaruhi pemikiran dan

tindakan manusia ini tentu sekali wajar untuk diteliti demi diambil iktibar bagi masyarakat yang

masih mencari formula membina epistemologi sains sendiri - metodologi dan sistem sains yang

mampu berdaya-saing dalam menangani dampak besar hasil kreativiti dan inovasi sains Barat

terutamanya yang mendatangkan kesan-kesan buruk misalnya dalam soal kemusnahan

kelestarian sekeliling dan keruntuhan akhlak masyarakat dalam kehidupan semasa.

Pembentangan ini akan melakarkan elemen dan evolusi dinamika epistemologi sains Barat

sejak lima abad yang lalu dan masih terus berkembang sehingga ke saat ini.

1
Epistemologi sains teras kreativiti dan inovasi Barat

Penelitian terhadap kreativiti dan inovasi yang dihasilkan oleh sains Barat menyaksikan

bahawa bidang epistemolo~i atau bidang kajian mengenai kaedah penghasilan sains yang

meliputi metodologi dan sistem sains adalah sangat mustahak bagi Barat. Para sarjana Barat
- =-
sentiasa memberi perhatian terhadap bidang ini sebagai cara bagi mereka mengembangkan

dan memperkayakan k aedah penghasilan sains supaya menjadi lebih berkesan peranannya

dalam masyarakat. Dinamika epistemologi sains dengan cabang-cabang metodologi dan sistem

penghasilan sains telah memungkinkan Barat membina metodologi dan sistem sains yang

kukuh sehingga ke hari ini.

Sebagai contoh, Bapa pemikiran Barat Aristotle menghasilkan O~ganonyang sangat

berpengaruh lebih dari 2000 tahun. Kemudiannya datang pula Francis Bacon dengan Novum

Organon {lG20} sebagai menggantikan Organon Aristotle. Begitu juga halnya dengan Bapa

pemikiran Barat Moden Rene Descartes dengan Discours de to Methode {lG37} dan

kemudiannya Isaac Newton dengan Philosophiae Natura/is Principia Mathematica {lG87}.

Kesemua hasil karya epistemologi Bacon, Descartes dan Newton ini menjadi asas metodologi

dan sistem sains Barat pada Zaman yang kenali sebagai Revolusi Saintifik pada abad ke 17.

Seperkara lagi yang penting dalam pembinaan epistemologi sains Barat ialah peranan

imaginasi selain dari rasionalisasi dalam penghasilan kreativiti dan inovasi sains. Tidak seperti

tanggapan umum yang sering mengatakan bahawa sains Barat hanya berdasarkan kepada

rasionalisasi sebenarnya imaginasi memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan

metodologi dan sistem sains Barat. Ini terbukti dengan meluasnya satu kemahiran yang disebut

ujikaji akliah {thought experiment} yang sering digunakan oleh ahli-ahli sains Barat dalam

menguji hipotesis dan asumsi-asumsi saintifik mereka. Contoh-contoh seperti atom, graviti,

tenaga dan seumpamanya lebih memeriukan objek-objek imaginasi bukannya objek-objek

zahiriyyah membuktikan bahawa sains Barat berkembang pesat melalui proses imaginasi. Ini

juga boleh ditambah dengan peranan intuisi.

2
~~ ~
'---t
«:» I~~ /~ ~'0~'j-0-f

Lima Fasa Evolusi Epistemologi Sains Barat

(1)Dari Era Renaissance Abad ke 16: Fasa Epistemologi Tafsiran (Hermeneutics)

Hermeneutics atau epistemologi tafsir(an) atau (takwil-an) adalah metodologi dan

sistem menghasilkan sains dengan memberi dan menerangkan "makna" terhadap apa juga

objek sains termasuklah teks, artifak dan alam. Penjelasan dan penghuraian "makna" ini dibuat

dalam hubungan antara objek sains dengan skima alam dan kehidupan yang lebih luas dan

mungkin juga mendalam. Hasil kreativiti dan inovasi dari epistemologi hermeneutics ini

dimanifestasikan dalam bidang yang pad a Era Renaissance Eropah Abad ke 16 sebagai "natural

philosophy" (falsafah alam tabi'i). Epistemologi hermeneutics dalam sains ini sangat dipengaruhi

oleh tafsiran teks Kristian itu sendiri melalui biblical exegesis. Malah ahli-ahli sains Renaissance

Eropah mendapat inspirasi yang kuat dari kosmologi-kosmologi yang diperkenalkan oleh ahli

teologi Kristian seperti Thomas Aquinas, oleh sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Ibn

Rushd dan juga dari pemikir-pemikir Yunani seperti Aristotle, Plato dan Plotinus.

Dalam tradisi kosmologi silam yang mereka warisi ini, peranan dan tujuan sains adalah

untuk mencari kebenaran dan ketertiban alam semesta dalam hubungannya antara manusia,

alam dan tuhan. Di sinilah peranan "makna" sangat penting bagi ahli-ahli sains Renaissance

Eropah untuk menerangkan skima, struktur atau sistem kosmologi alam dan kehidupan.

Epistemologi tafsiran menggunakan peralatan dan kepakaran bahasa dan semantik/semiotik

untuk menjelaskan gagasan kosmos sebagai "kitab alamiyyah", konsep "microcosm-

macrocosm" dan hairaki kehidupan dari alam terendah kepada alam tertinggi. Epistemologi

tafsiran ini juga menghuraikan peranan kehidupan alam ghayb dan hubungannya dengan alam
zahir. JCA..v~ ~# ~

(2)Dari Era Revolusi Saintifik Abad ke 17: Fasa Epistemologi Klasifikasi (Natural History)

Natural History atau epistemologi sejarah tab'i adalah kaedah menghasilkan sains

dengan mengklasifikasikan objek-objek sains kepada kategori-kategori tertentu. Ahli-ahli


.::::=-

CJ&;~ (~'~ 3

--..
taksonomi dalam pelbagai disiplin seperti botani, zoologi, geologi, anatomi memainkan peranan

penting mengenalpasti dan merekacipta kategori-kategori pelbagai objek sains yang baru

ditemui. Abad ke 17 bukan sahaja dikenali dengan Era Revolusi Saintifik dengan kemunculan

para pengasas sains Barat Moden seperti Kepler, Galileo, Descartes, Bacon, Newton, Leibniz,

Boyle dan ramai lagi, malah ia juga zaman kepesatan penjajahan di dunia baru di Amerika,

Afrika dan Asia. Penerokaan dan penjajahan yang berjalan seiring telah dipandu dan dipacu

oleh pelbagai penemuan sains dalam pelbagai bidang termasuklah geografi, geologi, pelayaran,

astronomi, botani dan zoologi.

Antara institusi sains yang terpenting pada zaman ini ialah penubuhan pelbagai bentuk

muzium yang mengumpul koleksi objek-objek sains, mengenalpasti kategori, menerangkan

objek-objek tersebut dan yang lebih penting mempamirkan objek-objek tersebut untuk tatapan

masyarakat selain menjadi kebanggaan negara.

(3)Dari Era Revolusi Perindustrian Abad ke 18: Fasa Epistemologi Analisis (Analytical

Epistemology)

Analytical Epistemology atau epistemologi analisis adalah kaedah menghasilkan sains

dengan mencerakin atau menghuraikan objek sains kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan

terperinci. Abad ke 18 juga dikenali sebagai Zaman Revolusi Perindustrian yang bermula di

England khususnya di Manchester yang terkenal dengan kilang-kilang tekstilnya. Revolusi

Perindustrian sangat berkait rapat dengan analisis kecekapan pengeluaran barangan dari kilang.

Rasionalisasi pengeluaran barangan kilang diasaskan kepada analisis kecekapan mesin dan juga

buruh. Pengasas ekonomi moden Adam Smith hidup ketika Zaman Revolusi Perindustrian dan

beliau sendiri menganalisis aktiviti ekonomi mesin dan buruh ketika itu. Proses analisis menjadi

penting bagi disiplin kimia, fizik, kejuruteraan, pertanian dan juga perubatan.

4
(4)Dari Era Penginstitusian dan Profesionalisasi Sains Abad ke 19: Fasa Epistemologi

Eksperimen (Experimental Epistemology)

Experimental Epistemology atau epistemologi eksperlmenta] adalah kaedah


f-' ~
menghasilkan sains dengan melaksanakan lIintervensi,lerhadap objek sains supaya ia dapat

dikawal dan diubahsuai. Berbeza dengan abad ke 18 yaJ lebih menumpukan kepada persoalan

analisis objek sains, abad ke 19 mula melakukan "intervensi"

objek sains atau kita namakan eksperimen dan sintesis. Ahli-ahli


---
atau "rnanipulasi" terhadap objek-

sains dalam bidang kimia, ~,

biologi, fizik, perubatan, kajicuaca dan pertanian telah melakukan pelbagai eksperimen dan
~
sintesis dalam aktiviti-aktiviti sains mereka. Pada waktu ini penginstitusian dan profesionalisasi

sains juga telah semakin mantap dengan ahli-ahli sains mula menjadi perunding professional

dalam bidang-bidang kepakaran mereka.

(S)Dari Era Sains Besar/Mega (Segitiga Hubungan Kerajaan, Universiti dan Industri/Militer)

Abad ke 20: Fasa Epistemologi Teknosains (Technoscientijic Epistemology)

Technoscientific Epistemology atau epistemologi teknosains adalah kaedah

menghasilkan sains dengan mengkomodisasi/komersialisasikan objek sains serta

menghubungkan kepentingan-kepentingan kerajaan, universiti dan industri/militer dalam

proses penghasilan sains tersebut. {Kadang-kala ia juga disebut sebagai komplek teknosaintifik

- technoscientific complexes}. Dalam konteks semasa, pendekatan epistemologi teknosains

kelihatan mendominasikan aktiviti-aktiviti penghasilan sains khususnya di makmal dan pusat

penyelidikan kerajaan, universiti, industri/militer. Malah apa yang dinamakan sebagai kreativiti

dan inovasi pad a hari ini sebenarnya lebih menjuruskan kepada perkhidmatan, produk dan

proses saintifik yang terhasil melalui pendekatan epistemologi teknosains yang jelas

berkepentingan perniagaan dan keuntungan semata-mata.

Pendekatan epistemologi teknosains bermula di Eropah dan Amerika pada awal abad ke

20 dan menjadi lebih pesat ketika Perang Dunia Pertama (1914-18) dan terus berkembang

sehingga Perang Dunia Kedua {1941-45} melalui gagasan Sains Besar. Selepas Perang Dunia

Kedua, epistemologi teknosains telah menjadi kaedah lumrah penghasilan sains sehingga
5
membentuk pula Sains Mega menggantikan Sains Besar yang hari ini dimanifestasikan melalui

projek-projek sains leT, bioteknologi dan nanoteknologi. Projek-projek Sains Mega ini disertai

secara langsung melalui kerjasama dan kepentingan kerajaan, universiti dan industri/militer.

Dibiayai dengan dana yang besar, projek-projek Sains Mega ini biasanya bersifat nasional jika

tidak bertaraf global.

Kesimpulan
Setelah menelusuri 500 tahun evolusi epistemologi sains Barat, kita mendapati dinamika

epistemologi mereka adalah rahsia kepada penghasilan kreativiti dan inovasi Barat. Jelas sekali

Barat telah bersungguh-sungguh membina satu tradisi epistemologi yang kava dan berkembang

pad a setiap abad yang melaluinya sains mereka juga berkembang. Meskipun sebahagian besar

dari epistemologi sains Barat ini telah dianggap "universal" dan diterimapakai oleh ahli-ahli

sains semasa, ia sebenarnya adalah hasil kreativiti dan inovasi lokal di Eropah akibat dari

konteks dan persekitaran khusus mereka. Keupayaan mereka "menguniversalkan" teori,

praktis, organisasi, komuniti dan teknologi sains mereka juga menggambarkan keunggulan

mereka dalam menguasai sains tersebut. Secara umumnya Barat telah menunjukkan kepada

kita bagaimana proses penghasilan sains telah berlaku dan terpulanglah kepada kita sama ada

ingin terus menjadi pengguna sains Barat ataupun mencuba menghasilkan epistemologi sains

kita Sendiri.7'1 t;~f(j &' e fY'-' fV--' C'17


/l
qK..-L/\
/1 s=: L (l~ Q.p1"J -J.f~v 1M
UV

Dr Amran Muhammad sekarang ini ialah Timbalan Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya. Beliau juga

adalah Pensyarah polisi dan falsafah sains dan teknologi di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains,

Universiti Malaya. Memperolehi PhD (Polisi Sainsdan Teknologi) dari Centre for the History of Science, Technology

and Medlclne, University of Manchester dan MA (Falsafah Sains)dari International Institute of Islamic Thought and

Clvilisation (ISTAC).Dilantik sebagai National Research Partner untuk the Atlas Project of Islamic World - Science

and Innovation kerjasama antara Royal Society of UK dan ole (2009-2012) disamping terllbat dengan National

Technology Foresight Programme MIGHT (2010). Bidang tumpuan ketika ini ialah polisl dan falsafah kelestarian
(Sustainability policy and philosophy).

Anda mungkin juga menyukai