Anda di halaman 1dari 7

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Kajian Perlaksanaan Program-Program Kerohanian Untuk Mahasiswa Di Universiti Teknologi Malaysia


Baharin Mesir1, Dr. Aminatuzuhariah M. Abdullah2, Mohd Farhan Ngatman3 dan Norsamsiah Muhamad@Wahab4 Fakulti Kejuruteraan Awam 2 Fakulti Alam Bina 3 Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat 4 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Skudai, Johor baharin@fka.utm.my
1

Abstrak Penghayatan agama merupakan satu unsur yang sangat penting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pelajar muslim dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah dan seimbang dari segi mental, jasmani, emosi dan rohani. Penerapan nilai-nilai agama ini secara khususnya boleh dilaksanakan melalui perlaksanaan program-program kerohanian yang boleh dilakukan samada secara formal atau tidak formal. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengetahui sejauhmana kesediaan dan penerimaan mereka dalam perlaksanaan program-program kerohanian. Ia juga bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya program kerohanian dalam proses pembangunan insan. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Daripada analisa yang dilakukan, didapati kebanyakan pelajar bersedia untuk mengikuti program kerohanian yang diadakan. Kebanyakan mereka juga menyedari akan pentingnya program kerohanian dalam proses pembangunan insan dalam usaha melahirkan graduan muslim yang cemerlang sahsiahnya. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa wujud pelbagai halangan dan cabaran dalam perlaksanaan program-program tersebut yang boleh menjejaskan matlamat yang ingin dicapai. Katakunci: Keperluan perlaksanaan, program kerohanian, mahasiswa muslim

1.0 Pengenalan Penghayatan agama merupakan satu unsur yang sangat penting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pelajar muslim dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah dan seimbang dari segi mental, jasmani, emosi dan rohani. Penghayatan kepada agama ini hanya akan terlaksana sekiranya proses penerapan nilai-nilai agama dapat dilakukan dengan berkesan dan berterusan. Penerapan nilai-nilai agama ini secara khususnya boleh dilaksanakan melalui perlaksanaan program-program kerohanian yang boleh dilakukan samada secara formal atau tidak formal. Secara formal ianya boleh dilaksanakan melalui kelas-kelas agama di sekolah dan kursuskursus bersijil, manakala secara tidak formal adalah seperti kuliah-kuliah di masjid dan surau. Walaupun pelajar-pelajar Islam hari ini kebanyakannya telah didedahkan dengan pengajian agama Islam di sekolah-sekolah, namun penghayatannya masih kurang diberi penekanan. Disebabkan itu, saban hari, banyak gejala-gelaja sosial dibentangkan di media-media yang 1

melibatkan remaja-remaja Islam. Keadaan yang sama juga didapati berlaku dikalangan mahasiswa, di mana sebahagian mereka kini sudah mula meminggirkan nilai-nilai agama dalam kehidupan di kampus. Ini kerana ramai di kalangan mahasiswa turut terlibat dengan gejala yang tidak seharusnya berlaku ke atas mereka yang sedang berada dalam dunia akademik. Antaranya ialah berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan, menjadikan perpustakaan sebagai tempat pertemuan bagi pasangan yang bercinta, penyalahgunaan dadah, menceroboh dan mencuri, menipu atau meniru dalam peperiksaan, berpakaian yang kurang sopan dan lain-lain lagi [1]. Menurut Hasdiana Husin, di Universiti Teknologi Malaysia, secara purata setiap tahun lebih kurang 800 orang pelajar (lihat Rajah 1 di bawah) mendapatkan khidmat sesi kaunseling di Pusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK) [2]. Antara masalah pelajar yang banyak dikemukakan adalah dari segi masalah peribadi, iaitu perkembangan dan pemantapan diri, terutama dari segi penampilan dan keyakinan diri bagi tujuan pembentangan kertas kerja dan pengucapan awam; masalah sosial

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

dengan pasangan masing-masing dan rakan-rakan sekuliah dan/atau sebilik serta minat terhadap sesama jantina (homoseksual dan lesbian) dan masalah keluarga yang pelbagai terutama dari segi paksaan dan desakan yang dirasakan keterlaluan dari ibu bapa.
Pelajar Yang Mendapatkan Perkhidmatan Sesi Kaunseling Di Pusat Kaunseling dan Kerjaya
1000 800 600 400 200 0
20 04

akhlak dan dalam bidang perundangan atau syariat. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa:125 yang bermaksud: Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikuti deen Ibrahim dengan hanya cenderung kepada Allah. 2.1 Penyerahan diri Dari Sudut Aqidah Akidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kita juga perlu beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussaleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketakwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam [4]. Menurut Abu Urwah [3], Islam telah menggariskan beberapa dasar asas yang mesti diyakini seperti: 1) Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik alam semesta. Allah telah mencipta manusia dan menyediakannya tempat tinggal sementara di muka bumi. 2) Manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Manusia dituntut untuk beriman dan patuh kepada segala perintah dan peraturan yang ditetapkan olehNya. 3) Untuk membolehkan manusia melaksanakan tugasnya, para rasul dan nabi telah diutus dengan membawa kitab-kitab sebagai panduan dan bimbingan hidup manusia. 4) Manusia diperintahkan untuk menyebarkan risalah Islam. Manusia yang beriman ditugaskan untuk menyeru manusia supaya kembali kepada jalan yang benar. 5) Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat untuk dihisab. Syurga adalah balasan untuk orang mukmin dan neraka balasan bagi orang yang kufur. 2.2 Penyerahan diri Dari Sudut Ibadah Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan klimaks dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri [4]. Tujuan hidup dalam Islam ini telah digariskan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah Az-Dzariyat:56 yang bermaksud: Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Ku. Dalam ayat ini ditegaskan bahawa tujuan hidup manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Beribadat kepada Allah bererti memusatkan 2

Bil Pelajar

818

846

909

937 486
Bil Pelajar

Tahun

Rajah 1: Pelajar Yang Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling (sumber: Hasdiana Husin, 2008). PKK juga turut mengenalpasti berlakunya peningkatan tekanan (stress) dan kes-kes kemurungan (depression) terutama sekali ketika menjelang peperiksaan akhir tahun. Lain-lain masalah yang diterima termasuklah aspek disiplin (contohnya seperti meniru, mencuri, dan melihat filem-filem lucah) yang kebiasaannya dirujuk, masalah latihan kepimpinan dan kesihatan (psikosomatik) yang mempunyai hubungan dengan permasalahan yang lain. Dalam usaha menangani segala masalah sosial ini, perkara pertama yang mesti dilakukan adalah kembali kepada kehidupan beragama. Dalam kehidupan beragama, melalui penerapan dan penghayatan nilai-nilai agama di dalam kehidupan, ianya mampu untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Agama Islam yang ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia merupakan satu cara hidup yang syumul yang mana didalamnya terkandung aspek-aspek akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya. Dengan adanya penghayatan dan pengamalan nilai-nilai agama, ianya mampu untuk menjamin kehidupan manusia yang lebih selamat dan sejahtera.

2.0 Islam Satu Cara Hidup Gejala-gejala sosial dan permasalahan seperti yang disebut di atas cuma boleh diatasi sekiranya umat Islam kembali menghayati ajaran dari alQuran dan sunnah-sunnah Rasulullah saw sebagai satu cara hidup mereka seharian. Menurut Abu Urwah [3] dan Fathi Yakan [4], Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati dari sudut aqidah, ibadah,

Ja 20 n07 Ju n 20 08

20 05

20 06

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

penyembahan kepada Allah semata-mata. Ini bererti seluruh aspek kehidupan di dunia ini, lahir dan batin, jasmani dan rohani, baik dalam kehidupan individu ataupun dalam kehidupan bermasyarakat hendaklah diatur menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai seorang hamba Allah, sewajarnyalah kita beribadah kepadaNya untuk membalas segala nikmat dan rahmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Selain itu, Allah juga menciptakan manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Dalam hal ini, Allah membekalkan kepada manusia dengan pelbagai jenis nikmat seperti makanan dan minuman. Allah juga telah memberi kita pelbagai sumber asli seperti emas, perak, bijih, besi, minyak dan sebagainya. Dengan akal yang telah dianugerahkan oleh Allah, kita telah menggunakannya untuk memudahkan hidup manusia seperti mencipta kenderaan yang diperbuat dari besi dan keluli yang membolehkan kita bergerak dengan selesa. Segala nikmat dan kurniaan itu tidak lain untuk memudahkan kita beribadah kepada Allah dan menunjukkan kesyukuran kita terhadapNya. 2.3 Penyerahan Diri Dari Sudut Akhlak Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat asasi bagi risalah Islam. Pelajar yang mempunyai disiplin yang baik adalah berlandaskan akhlak yang mulia dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syara[4]. Sebagai seorang Islam sejati, pelajar perlu mempelajari akhlak yang telah digariskan oleh Islam dan dipaparkan oleh Rasulullah junjungan kita. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya: Takutlah kepada Allah di mana saja engkau berada, ikutilah segala keburukan dengan kebaikan, niscaya kebaikan itu akan menghapuskannyua. Dan pergaulilah sekalian manusia dengan budi pekerti yang baik. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Seterusnya Fathi Yakan juga menghuraikan akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Pelajar perlu memahami bahawa akhlak merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat [4]. Akhlak juga selalunya dihubungkan dengan solat, kerana solat yang khusyuk mampu mencegah perkara jahat dan mungkar. Allah telah berfirman: Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar. (Al-Ankabut:45) Dengan ibadah yang sempurna, ianya mampu melahirkan muslim yang bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat, menundukkan pandangan, memelihara lidah, mempunyai perasaan malu, lemah lembut dan sabar, bersifat benar dan jujur, tawaduk, menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, pemurah dan sebagainya. 3

2.4 Perlaksanaan Program Kerohanian Islam mewajibkan keimanan (keyakinan dan amalan) terhadap akidah, ibadah dan akhlak Islam yang bersifat holistik seperti di atas untuk panduan hidup manusia di alam ini. Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw menghuraikan ketiga-tiga perkara ini dengan terperinci dan wajarlah kita semua mempelajari dan memperdalami ilmu ini secara berterusan, menghayatinya dan mengamalkannya sepanjang masa. Keyakinan dan amalan kepada agama ini hanya akan terlaksana sekiranya proses penerapan nilai-nilai agama dapat dilakukan dengan berkesan dan berterusan. Penerapan nilai-nilai agama ini secara khususnya boleh dilaksanakan melalui perlaksanaan program-program kerohanian yang boleh dilakukan secara formal atau tidak formal. Oleh kerana itu, program-program kerohanian di kolej-kolej kediaman dan fakulti dirasakan amat perlu dilaksanakan secara berterusan dengan lebih berkesan untuk meningkatkan lagi kesedaran para pelajar mengenai Islam secara terperinci dan bagi mengelakkan mereka terjerumus dengan pelbagai masalah yang dibincangkan sebelum ini. Dengan adanya penghayatan dan pengamalan sepenuhnya ilmu-ilmu ini, ianya dapat menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat. Namun begitu, timbul juga masalah pelajar-pelajar yang enggan menghadiri program-program kerohanian yang diadakan di kolej-kolej, masjid mahupun surau-surau. Faktor-faktor penghalang ini perlu dikenalpasti agar perlaksanaan program kerohanian dapat dijalankan dengan berkesan.

3.0 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmana kesedaran mahasiswa Islam tentang pentingnya program kerohanian dalam proses pembangunan insan. Ia juga bertujuan mengkaji sejauhmana kesediaan dan penerimaan mereka dalam perlaksanaan program-program kerohanian di dalam kampus. Disamping itu, ia dapat mengenalpasti bentuk-bentuk program kerohanian yang boleh dilaksanakan dalam menerapkan nilainilai agama dikalangan pelajar. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar-pelajar Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang tinggal di kolejkolej kediaman pelajar.

4.0 Metodologi Kajian yang dijalankan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mencapai objektif kajian dalam bentuk kuantitatif. Kajian dilakukan ke atas pelajar-pelajar Islam yang tinggal di kolej-kolej kediaman pelajar UTM, Skudai. Dalam kajian ini, seramai 268 orang pelajar telah menjawab soal selidik tersebut.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Didalam kajian ini, soalan-soalan yang dikemukakan kepada pelajar dipecahkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pemerhatian dan analisis yang lebih terperinci dilakukan. Diantara soalan-soalan yang dikemukakan merangkumi aspek seperti latar belakang pelajar, kesediaan untuk menghadiri program kerohanian, faktor pendorong dan penghalang untuk menghadiri program dan bentuk-bentuk program kerohanian yang boleh dijalankan. Data-data dari borang soal selidik yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel. Hasil analisis diolah dalam bentuk statistik iaitu frekuensi kekerapan dan nilai peratusan bagi tujuan perbandingan skor jawapan. Bagi menggambarkan hasil analisis dengan lebih mudah, graf, jadual dan carta digunakan. Berdasarkan hasil analisis tersebut, tahap kesedaran mahasiswa Islam tentang pentingnya programprogram kerohanian dan sejauhmana penerimaan mereka terhadap perlaksanaan program tersebut di dalam kampus dapat diperhatikan dan dirumuskan.

Umur
2122 tahun 12% 1718 tahun 10%

1920 tahun 78%

Rajah 3: Pecahan usia pelajar Ramai di kalangan pelajar dalam kajian ini terdiri daripada pelajar baru mendaftar di UTM. Merujuk kepada analisis, pelajar tahun satu ialah sebanyak 83%, manakala pelajar tahun kedua dan ketiga masing-masing dengan 8%. Berasaskan taburan pelajar mengikut fakulti pula, pelajar Fakulti Sains adalah yang paling ramai iaitu 74 orang (28%), diikuti dengan pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli seramai 70 orang (26%), Fakulti Kejuruteraan Awam seramai 46 orang pelajar (17%), Fakulti Pendidikan 22 orang dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik 18 orang. Dari sudut latar belakang pendidikan agama, didapati dari segi tempoh mendapat pendidikan agama hampir kebanyakan pelajar iaitu 70% telah mendapat didikan agama lebih dari 10 tahun (rujuk Rajah 4 di bawah). Manakala sebanyak 22% lagi mendapat didikan agama diantara 5 hingga 9 tahun dan selebihnya iaitu 8% mendapat didikan kurang dari 5 tahun. Dapatan ini menunjukkan majoriti pelajar telah memperoleh pendidikan agama dalam jangka masa agak panjang, kebanyakannya melalui pendidikan agama yang formal di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh dapatan yang menunjukkan sebanyak 89.6% pelajar mendapat pendidikan agama secara formal di sekolah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
TempohMendapatDidikanAgama
14ta hun 8% 59ta hun 22% 10ta hunke atas 70%

5.0 Keputusan dan Perbincangan Berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat terhadap borang soal selidik tersebut, maka perbincangan terhadap hasil kajian ini boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti latar belakang pelajar, kesediaan untuk menghadiri program kerohanian, faktor pendorong dan penghalang untuk menghadiri program dan bentukbentuk program kerohanian yang boleh dijalankan. 5.1 Latar Belakang Pelajar Dalam kajian ini, sebanyak 66% daripada responden adalah pelajar perempuan, manakala 34% yang selebihnya merupakan pelajar lelaki seperti digambarkan dalam Rajah 2. Jumlah ini melibatkan pelajar yang berumur dalam lingkungan umur 17 hingga 22 tahun. Pelajar yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun mendominasi soal selidik dengan 78% dan diikuti dengan 21 hingga 22 tahun (12%) dan 17 hingga 18 tahun (10%) seperti yang digambarkan didalam Rajah 3 di bawah.
Jantina

Lelaki 34% Perempuan 66%

Rajah 4: Tempoh pelajar mendapat didikan agama

Rajah 2: Pecahan jantina pelajar 4

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

TempatMendapatDidikanAgama
100.0 80.0 Peratus 60.0 40.0 20.0 0.0 Sekolah Masjid Rumah Lainlain 34.3 43.7 89.6

Namun begitu, kebanyakan pelajar menyedari bahawa program kerohanian adalah penting untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai Islam. Majoriti mereka berminat untuk menghadiri program kerohanian. Daripada soal selidik, 93% menyatakan kesediaan dan berminat untuk menghadiri program kerohanian manakala hanya sedikit sahaja (7%) yang tidak berminat menghadirinya (rujuk Rajah 7).
3.0

MinatUntukMenghadiriProgram Kerohanian

Rajah 5: Tempat mendapat didikan agama Selain itu, peratusan bagi pelajar yang mendapat pendidikan agama secara tidak formal di rumah melalui ibubapa dan keluarga ialah sebanyak 43.7%, manakala sebanyak 34.3% pelajar mendapat didikan agama di masjid. Terdapat juga pelajar yang mendapat didikan agama dari pelbagai cara yang lain seperti di rumah jiran, kelas fardhu ain dan sebagainya. Dapatan ini juga secara tidak langsung menunjukkan majoriti pelajar mempunyai tahap pengetahuan agama yang baik dan mendalam melalui pendidikan agama secara formal di sekolah-sekolah. Tempoh didikan agama yang panjang melebihi 10 tahun di sekolah juga menggambarkan kebanyakan mereka sudah biasa dengan program kerohanian. 5.2 Kesedaran Dan Kesediaan Untuk Hadir Lazimnya, program-program kerohanian yang dianjurkan di UTM ini kurang mendapat sambutan hangat oleh para pelajar berbanding aktiviti-aktiviti yang bercorak hiburan. Ini dapat dijelaskan melalui jawapan pelajar terhadap kehadiran mereka ke program keagamaan seperti Rajah 6 di bawah. Peratusan yang tinggi iaitu 79% pelajar menyatakan kadang-kadang saja menghadiri program-program ini, berbanding 19% pelajar yang kerap hadir ke program. Sebanyak 2% pelajar pula langsung tidak menghadiri program yang bercorak keagamaan. Ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor seperti kesesuaian waktu dan sebagainya.
KekerapanMenghadiriProgram Keagamaan
Tidak 7% Ya 93%

Rajah 7: Minat menghadiri program kerohanian Tidak dapat dinafikan bahawa program kerohanian yang dijalankan adalah untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada dan membangunkan modal insan dalam diri pelajar. Justeru, mampu membina sahsiah diri dalam kehidupan seharian. Hakikat ini disedari oleh majoriti pelajar (99.6%) yang bersetuju program kerohanian amat penting didalam melahirkan peribadi yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang mulia. Hanya seorang sahaja pelajar yang tidak bersetuju. Selain itu, majoriti pelajar juga bersetuju bahawa program kerohanian dapat mewujudkan ukhuwah dan hubungan yang baik sesama mereka. Ini kerana daripada program yang dijalankan secara berkumpulan melalui perbincangan dan interaksi sesama mereka, ianya secara tidak langsung mampu membentuk ukhuwah yang baik apabila mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain. 5.3 Faktor Pendorong Dan Penghalang Daripada kajian ini, didapati pendorong untuk menghadiri program kerohanian adalah lebih banyak bergantung kepada individu itu sendiri seperti yang digambarkan dalam Rajah 8 di bawah. Sebanyak 77.6% menyatakan diri sendiri adalah pendorong terkuat. Ini diikuti dengan faktor rakanrakan (32.8%), ibubapa (18.7%) dan lain-lain 2.6%. Di universiti, faktor rakan-rakan sememangnya banyak mempengaruhi pelajar berbanding ibu bapa. Ini adalah kerana pelajar lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan - rakan. Jika rakannya baik, maka selamat dirinya. Oleh itu, rakan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar di kampus selain kekuatan diri pelajar itu sendiri. 5

Ka da ng ka da ng 79%

Ti da k 2% Ya 19%

Rajah 6: Kekerapan Menghadiri Program Keagamaan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

PendorongMenghadiriProgramKerohanian
100.0 80.0 60.0 40.0 20.0 0.0 DiriSendiri Ibubapa Rakanrakan Lainlain 18.7 2.6 32.8 77.6

47.8%, diikuti program khidmat masyarakat 42.2%, kem kepimpinan 41.8%, usrah 37.7%, kursuskursus 36.6%, forum 35.8% dan qiamullail 28.7% (rujuk Rajah 10). Program qiamullail kurang diminati oleh pelajar mungkin disebabkan kesukaran untuk bangun di tengah malam. Walaubagaimanapun, tiada jurang yang begitu besar diantara program tersebut. Kebanyakan program kerohanian ini hampir disukai oleh kebanyakan pelajar, kerana setiap program itu mempunyai objektif dan matlamat tertentu yang ingin dicapai.

Rajah 8: Pendorong menghadiri program kerohanian Selain pendorong, soal selidik turut mendapatkan faktor penghalang bagi para pelajar dari menghadiri program kerohanian. Dari sudut penghalang, faktor hiburan dan akademik menjadi penghalang utama bagi pelajar dengan masingmasing mewakili 42.2%, diikuti dengan rakanrakan (19.8%), aktiviti ko-kurikulum (17.9%) dan faktor-faktor penghalang lain yang lebih berkait dengan faktor dalaman diri seperti perasaan malas, kurang bersemangat dan masalah kewangan (10.1%) (rujuk Rajah 9). Tidak dinafikan lagi, masyarakat hari ini sangat terdedah kepada dunia hiburan yang melalaikan. Ianya merupakan anasir utama yang dapat mencorakkan muda-mudi hari ini dan mengarus perdana dalam masyarakat, termasuklah masyarakat intelektual. Perkara ini seharusnya diberikan perhatian yang sedalamnya oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pembangunan pelajar.
PenghalangMenghadiriProgramKerohanian
50.0

Rajah 10: Bentuk program kerohanian yang digemari Selain itu, ramai pelajar yang bersetuju agar program dijalankan pada hujung minggu iaitu sebanyak 49%, diikuti pada sebelah malam 45% dan pada sebelah petang 6%. Program di hujung minggu lebih disukai oleh pelajar berbanding hari kuliah, dimana lebih banyak waktu yang terluang berbanding jadual pada hari kuliah yang padat. Dari segi kekerapan program, sebanyak 42% pelajar mahu menghadiri program sekali dalam seminggu, diikuti 35% pelajar mahukan dua minggu sekali dan 22% sebulan sekali.

42.2
40.0 30.0 20.0 10.0 0.0

42.2

17.9

19.8 10.1

6.0 Kesimpulan dan Cadangan Daripada kajian ini, didapati kebanyakan pelajar Islam di UTM bersedia dan berminat untuk mengikuti program-program kerohanian yang diadakan. Kebanyakan mereka menyedari akan pentingnya program kerohanian dalam proses pembangunan insan dalam usaha melahirkan individu muslim yang cemerlang sahsiahnya. Mereka juga menyedari bahawa program kerohanian amat penting dalam melahirkan peribadi yang mempunyai akhlak yang mulia, selain dapat mewujudkan ukhuwah dan hubungan yang baik sesama mereka. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa wujud pelbagai halangan dan cabaran dalam perlaksanaan program-program tersebut yang boleh menjejaskan matlamat yang ingin 6

Akademik

Ko kurikulum

Rakan rakan

Hiburan

Lainlain

Rajah 9: Penghalang menghadiri program kerohanian

5.4 Bentuk-bentuk program kerohanian Secara umumnya, kebanyakan programprogram kerohanian yang dijalankan di universiti adalah program berbentuk ceramah, usrah, qiamulail, kursus-kursus, kem kepimpinan, khidmat masyarakat, forum dan sebagainya. Daripada kesemua program tersebut, didapati pelajar lebih menggemari program ceramah iaitu sebanyak

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

dicapai. Halangan dari hiburan yang melalaikan mesti diberikan perhatian yang serius, disamping melihat sejauhmana sebenarnya kesibukan akademik seseorang pelajar itu yang mana seharusnya tidak menjadi penghalang untuk pelajar menghadiri program-program kerohanian. Dengan ini, sewajarnya tindakan bersepadu perlu dirangka bagi memantapkan dan memperbaiki perlaksanaan program-program kerohanian dikalangan pelajar. Diantara beberapa perkara yang boleh dilakukan adalah seperti: i. Merancang program dengan lebih rapi dan tersusun bersesuaian mengikut suasana dan perayaan yang disambut dengan memfokuskan kepada objektif yang ingin dicapai. ii. Kreatif dalam mempelbagaikan bentuk program seperti ceramah melalui sidang video, forum maya, diskusi isu semasa didalam usrah dan sebagainya supaya lebih menarik minat pelajar. iii. Mengintegrasikan aspek kerohanian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti rekreasi, sukan, kursus-kursus dan sebagainya. iv. Memperuntukkan waktu sekali seminggu terutamanya pada hujung minggu untuk program kerohanian yang khusus untuk pelajar.

Secara keseluruhannya, program-program kerohanian dikalangan pelajar sangat perlu dan amat penting dilaksanakan sama ada di kolej-kolej kediaman mahupun fakulti, secara berterusan dengan lebih berkesan untuk meningkatkan lagi kefahaman para pelajar mengenai Islam dalam usaha melahirkan graduan muslim yang cemerlang sahsiahnya dan tinggi keintelektualannya.

Rujukan 1. Ahmad Johari S, Abdul Rahim H, Jamaluddin R, dan Nor Salis S. (2006). Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006, Kuala Lumpur. Hasdiana Husin (2008). Laporan Penggunaan Perkhidmatan Yang Ditawarkan Pusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK) oleh Para Pelajar UTM, Pusat Kaunseling dan Kerjaya, UTM. Abu Urwah (1988). Risalah Usrah, Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Fathi Yakan (1997). Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Pustaka Salam Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

2.

3. 4.

Anda mungkin juga menyukai