Anda di halaman 1dari 5

BAJU EMAS SANG MAHARAJA Johanjaaffar

Drama ini mengisahkan kehidupan sehari-hari dua beranak yang bekerja sebagai nelayan. Si Anaktelah
bosan menjalani kehidupan sebagai nelayan. Dia merungut kerana hidupnya dalam serba kemiskinan. Dia
ingin mengubah kehidupannya menjadi seorang yang kaya dan berkuasa. Niatnya cuba dihalang oleh
bapanya, iaitu Nelayan Tua yang mahukan Si Anak bersyukur dengan kurniaan yang ada.

Perbualan antara Si Anak dengan Nelayan Tua mendapat perhatian Pertapa. Pertapa memberikan Si
Anak baju emas Sang Maharaja dan menetapkan beberapa syarat kepada Si Anak yang ingin memakainya.
Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah Si Anak hendaklah mempunyai pegangan dan iktikad yang kuat,
kuat rohani dan jasmani, serta kuat menerima dugaan. Selain itu, Si Anak perlu banyak bersabar dalam
menghadapi pelbagai dugaan. Si Anak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut lalu memakai baju emas
Sang Maharaja.
Si Anak telah bertukar menjadi seorang raja yang kaya dan berkuasa. Ayahnya, Nelayan Tua menjadi
Mamandanya. Sikap rakus dan gila kuasa Si Anaksemakin menjadi-jadi. Harta rakyat dirampas, dan jajahan
takluknya pun semakin luas. Dia ingin membina sebuah istana yang besar. Keangkuhan Si Anak memuncak
hingga dia enggan mengaku bahawa Nelayan Tua itu ialah ayahnya dan ingin memukul ayahnya sendiri.
Pertapa datang kembali menuntut baju emas Sang Maharaja. Hal ini demikian kerana Si Anak gagal
mematuhi syarat-syarat yang dijanjikan. Si Anak pun kembali seperti dulu. Rupa-rupanya, peristiwa yang
berlaku itu khayalan Si Anak semata-mata.

Tema
Tema drama ini adalah tentang kelemahan sifat manusia yang senantiasa tidak bersyukur
terhadap apa-apa yang ada. Malah, manusia lupa daratan dan angkuh apabila
mempunyai kuasa dan kekayaan.
Drama "Baju Emas Sang Maharaja" bertujuan mengingatkan remaja agar senantiasa
bersyukur atas kurniaan yang ada, tidak menyalah- gunakan kuasa, tidak memungkiri
janji, tidak tamak dan lupa diri, dan senantiasa berbudi bahasa terutamanya terhadap
orang yang lebih tua. Para remaja perlulah memiliki akhlak yang terpuji serta memiliki
nilai-nilai murni di dalam jiwanya.
Persoalan
(a) Jangan cepat berputus asa
Contohnya:
SI ANAK: Memang saya bosan. Saya bend. Saya dah tak suka, pak.
(b) Mensyukuri kurniaan Tuhan dan tetap berusaha
Contohnya:
NELAYAN TUA: Siapa yang tak mahu senang dalam dunia ini anakku? Siang malam
aku berfikir untukjadi mewah, untukjadi senang. Tapi tiap kali aku disentak
olehjalayang koyak, ikanyang hams kucari. Lalu aku bisikkan pada diriku,
berusahalah sekadaryang kau termampu... kerana itulah yang tinggal padaku, usaha.
(c) Tidak menyalahgunakan kuasa setelah berusaha. Misalnya, tidak menyeksa dan
menindas golongan bawahan. Kekuasaan yang dimiliki juga menyebabkan seseorang
lupa akan dirinya dan bersikap tamak.
Watak
1. Watak utama dalam drama ini ialah Si Anak.
2. Watak sampingan dalam drama ini ialah:

(a) Nelayan Tua


(b) Pertapa
Perwatakan
Si Anak
Anak muda ini tidak mahu meneruskan kerja hariannya. Rasa sudah bosannya menjadi
nelayan dikemukakan kepada ayahnya, iaitu Nelayan Tua. Sikap buruk yang ada pada
diri Si Anak ialah kurang bersabar,
kurang berbudi bahasa terutama terhadap orang-orang yang lebih tua daripadanya,
dan suka mengungkapkan kata-kata yang kasar atau biadab.
Si Anak telah diberi peluang memakai baju emas Sang Maharaja yang dipinjamkan
oleh Pertapa kepadanya. Setelah memakai baju emas Sang Maharaja, dia menjadi kaya
dan berkuasa. Kekayaan dan kekuasaan yang dimilikinya menyebabkan dia tamak,
menyalahgunakan kuasa, dan memungkiri janjinya.

Nelayan Tua
Nelayan Tua seorang nelayan. Dia senantiasa bersyukur atas kurniaan rezeki yang
diberikan oleh Tuhan. Nelayan Tua kerap menegur anaknya yang berlaku biadab terutama
dari segi pertuturan dan tingkah laku. Nelayan Tua selalu menasihati anaknya supaya lebih
bersopan, tidak mengambil hak orang lain, dan mensyukuri kurniaan Tuhan. Walaupun
sudah tua, dia tetap berusaha untuk membaiki taraf hidupnya.
Nelayan Tua telah menjadi Mamanda kepada anaknya sendiri semasa dalam mimpi Si
Anak. Dia terpaksa patuh pada arahan Si Anak yang memberikan pelbagai arahan mengikut
hawa nafsunya.

Pertapa
Dia mendengar perbualan antara Si Anak dengan Nelayan Tua. Dia memahami keinginan Si
Anak. Pertapa memenuhi hasrat Si Anak dengan memberikan kebenaran kepada Si Anak
memakai baju emas Sang Maharaja. Dia mengenakan beberapa syarat kepada Si Anak
sebelum Si Anak memakai baju itu. Sebagai pemegang amanah, Pertapa terpaksa
mengambil semula baju tersebut apabila Si Anak gagal mematuhi syarat-syaratnya.

Latar
Latar Tempat
(a) Di sebuah hutan tebal di tepi batu
(b) Di sebuah negeri yang beraja (dalam mimpi)
Latar Masa
Waktu petang
Contohnya: Astagha! Sudah petang rupanya! Lama benar aku tertidur!

Latar Masyarakat
(a) masyarakat kampung
(b) pemerintahan beraja (semasa bermimpi)

Plot
(a) Si Anak bercakap dengan bapanya, Nelayan Tua bahawa dia menyesali
nasibnya sebagai seorang nelayan. Dia melahirkan rasa bosannya
bekerja sebagai nelayan kerana pendapatannya kecil.
(b) Perbualannya didengar oleh Pertapa yang sedang duduk di atas
batu besar. Pertapa memahami kehendak Si Anak yang mengingin-
kan kemewahan dan kekuasaan. Pertapa memberikan baju emas
Sang Maharaja kepada Si Anak. Si Anak bercakap dengan nada yang
kasar terhadap Nelayan Tua kerana melarang hasratnya untuk
memakai baju emas itu.
(c) Si Anak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Pertapa
untuk memakai baju emas Sang Maharaja.
(d) Tiba-tiba Si Anak bertukar menjadi seorang raja yang penuh dengan kekuasaan. Manakala
ayahandanya, Nelayan Tua menjadi Mamandanya.
(e) Si Anak menjadi gila kuasa lalu bertitah supaya sebuah istana besar didirikan untuknya.
Cukai dikenakan terhadap rakyat jelata. Negeri jiran habis ditakluknya.
(f) Si Anak tidak mengaku bahawa Nelayan Tua itu bapanya. Dia ingin memukul bapanya
tetapi tiba-tiba tangannya menjadi kaku.
(g) Pertapa datang dan meminta Si Anak mengembalikan baju emas Sang Maharaja kerana Si
Anak telah melanggar syarat-syarat yang telah dipersetujui sebelum ini.
(h) Tiba-tiba Si Anak tersedar daripada lamunannya. Bapanya yang baru terjaga daripada
tidur berasa hairan mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Si Anak.

Gaya Bahasa Diksi


Kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan peristiwa tersebut adalah tepat, jelas, dan
berkesan. Kata-kata dalam bentuk dialog banyak digunakan. Contohnya: Bapakl Tungguuu....'
Pandanglah aku, anakku! Pandanglah akul Bukankah aku ayahmu!
Penggunaan bahasa istana
Contohnya: titah, murka, bersemayam, majlis penghadapan
Penggunaan bahasa Arab
Contohnya: Amin, ya rabbulalamin, wuduk, bertawakal, Maghrib
Penggunaan peribahasa
Contohnya: Puas sudah kita berbudi bahasa, tapi emas juga dipandang
orang.
Ayat
Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami kerana menggunakan kata-
kata yang dipakai sehari-hari.
(a) Ayat tanya dan ayat seruan banyak digunakan.
Contohnya:
Siapa baginda? Apa amanahnya? SIANAK: Ah! Bagus!
Bagus tu!
(b) Penggunaan ayat yang pendek dan sederhana kerap digunakan.
Contohnya:
SIANAK: Kau mahu apakan aku? PERTAPA: Kembalikan baju
itu! SI ANAK: Tapi aku mahu memakainya! PERTAPA: Kau
sudah memakainya! SI ANAK: Aku mahujadi raja. PERTAPA:
Kau sudah menjadi raja.
(c) Penggunaan pengulangan kata terdapat dalam drama ini.
Contohnya:
SI ANAK: Memang, saya bosan. Saya bend. Soya dah tak suka, pak.
NELAYAN TUA: Kau akan jadi macam aku. Tiap hari kita lalui jalan ini, kita tempuh
rimba ini, kita harung denai yang sama, kita dayung perahuyang sama, dan
begitulah...

Nilai
(a) Senantiasa berbudi bahasa Contohnya:
NELAYAN TUA: Usah kasar begitu anakku. Belajarlah berbahasa walaupun pada orang
yang kita tak tahu siapa. Budi bahasa itu lebih nilainya daripada ringgit dan harta.
(b) Tidakmemungkirijanji
Contohnya:
PERTAPA: ...Bukankah itu syarat-syarat yang harus dipatuhi pemakainya?
Sekarang kembalikan baju itu kepadaku!
(c) Tidak menyalahgunakan kuasa
Contohnya:
Biar mereka berlapar, pedulikan mereka berlapar. Lagipun apalah salah-nya berkorban untuk
beta.
(d) Tidak bersikap tamak
Contohnya:
SIANAK: Cari tanah lain. Carijajahan lain.
(e) Bersyukur terhadap kurniaan Tuhan
Contohnya:
NELAYAN TUA: Tidak cukup lagikah rezeki yang diberi Tuhan kepadamu? Tidak
cukup lagikah kau makan dan berteduh di kolam rezeki-Nya?
(f) Tidak bersikap gopoh
Contohnya:
PERTAPA: Anak yang gopoh.
(g) Pemaaf
Contohnya:
PERTAPA: Aku maafkan.
(h) Amanah Contohnya: PERTAPA: Itulah amanah baginda
kepadaku.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah senantiasa berbudi bahasa.
(b) Kita janganlah memungkiri janji.
(c) Janganlah menyalahgunakan kuasa.
(d) Jangan bersikap tamak.
(e) Kita hendaklah bersyukur dengan apa-apa yang ada.

Anda mungkin juga menyukai