Ict-Teknik Penyoalan Guru

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

 Teknik Penyoalan Guru

Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Dalam setiap borang penilaian pemerhatian bagi penyeliaan pengajaran dan pembelajaran semasa latihan perguruan atau borang
penyeliaan oleh Jemaah Nazir Sekolah atau sesiapa sahaja dalam proses penilaian atau pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru, pasti
sahaja ada elemen ini dinilai. Betapa pentingnya seseorang guru itu menguasai teknik dan kemahiran menyoal adalah menentukan keberkesanan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat amalan guru yang tidak memberikan perhatian kepada teknik menyoal, umpamanya guru
menyoal dengan soalan yang tidak jelas, bersifat spontan, tidak menentukan tujuan, stereotaip dan hanya berkisar sekitar mencungkil ingatan
serta memahami fakta sahaja. Soalan sedemikian tidak akan dapat mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Apakah Penyoalan?
Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga
boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.
SOALAN —-> MAKLUMBALAS —-> REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS
Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu
alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut;
Merangsang pembelajaran
Mengembangkan potensi berfikir murid
Memandu kepada idea yang jelas
Menggerakkan imaginasi
Insentif kepada tindakan
Guru perlu menyedari bahawa kuantiti soalan dan kualiti penyoalan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
adalah merupakan salah satu unsur penting dalam menentukan keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu
merancang dengan teliti dan rapi dengan mengambil kira beberapa faktor seperti berikut;

Mental
Psikologi
Persekitaran
Pengalaman murid
Keperluan sesuatu mata pelajaran
Mengapakah penyoalan guru ini begitu penting?

Terdapat beberapa unsur yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyoalan iaitu unsur penyiasatan (interrogation)
dan unsur rangsangan yang menunjukkan apa yang harus dipelajari dan arahan yang perlu dilakukan. Janganlah pula kita sendiri yang menyoal
dan kita sendiri yang menjawab, tanpa memberikan ruang untuk murid berfikir dan mencari jawapan. Amalan sesetengah guru memang begitu
seperti guru mengemukakan soalan kepada semua murid: ”Faham tak?” kemudian tanpa menunggu jawapan murid, beliau meneruskan
percakapannya. Atau pun menyoal: ”Faham tak?” dan keseluruhan murid

Anda mungkin juga menyukai