GENRE KRITIKAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Sukatan Pelajaran Kritikan
1.2 Analisa Soalan Genre Kritikan 1998 – 2007
1.3 Kelemahan dan Kekuatan Calon dalam Peperiksaan STPM
1.4 Strategi Menjawab
2.2.3 Isu
i. Konsep Pertentangan Fungsi Seni
ii. Idealisme Formalistik
iii. Kaitan sastera dengan masyarakat
iv. Konsep sastera Islam / murni
v. Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu.
2.3 Pendekatan
4.0 LAMPIRAN
2. Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan yang sering digunakan dalam kegiatan kritikan
sastera.
a). Jelaskan pengertian pendekatan kemanusiaan (4 M)
b). Huraikan 3 unsur yang ditekankan dalam pendekatan kemanusiaan. (9 M)
c). Nyatakan 3 sebab pendekatan kemanusiaan penting digunakan dalam kritikan sastera. (12 M)
Pendekatan Kemanusiaan
- Pengertian
- Unsur
- Fungsi pendekatan kemanusiaan.
1999
2. Kesusasteraan dianggap sebagai Cermin Masyarakat. Justeru itu, kesusasteraan diterima sebagai
satu dokumen sosial bagi masyarakat yang melahirkannya.
a). Huraikan maksud penerimaan kesusasteraan sebagai satu dokumen sosial. (9 M)
b). Jelaskan bagaimana peristiwa atau latarbelakang masyarakat dapat menjadi bahan bagi seseorang
pengarang berkarya. (16 M)
Pendekatan Sosiologi.
(a).Dokumen sosial
(b)latarbelakang masyarakat
2000 Kritikan sastera di Malaysia ialah satu bidang yang baru dalam dunia Kesusasteraan Melayu.
Jelaskan tahap-tahap awal perkembangan kritikan sastera di Malaysia, iaitu;
- Latar belakang
- sumbangan
2004
Salah satu ciri kritikan sastera terawal di Malaysia ialah “pujian dan Sanjungan” manakala dalam zaman
moden, ciri kritikan telah dialihkan arahnya kepada “teguran dan saranan”
(a)Huraikan lima alasan mengapa ciri-ciri “pujian dan sanjungan dikatakan berkait rapat dengan budaya
Melayu itu sendiri .[10]
(b) Bincangkan lima kelebihan ciri kritikan “teguran dan saranan” [15]
Ciri Kritikan
- lima alasan mengapa ciri-ciri “pujian dan sanjungan
- kelebihan ciri kritikan “teguran dan saranan
2005
2. Bincangkan lima bentuk kritikan sastera sebelum era kritikan yang dirintis oleh Aminuddin Baki. [25]
- unsur-unsur yang diberikan penekanan oleh pengkritik dengan mengaitkan aspek pengarang, karya dan
khalayak.
2007
2.”Kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1935.” Berdasarkan
penyataan ini.
(a). Nyatakan penulis dan tajuk kritikan tersebut. [4]
(b). Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kritikan itu dianggap sebagai kritikan kesusasteraan. [6]
(c). Huraikan tiga isi kandungan kritikan tersebut[9]
(d). Jelaskan dua kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu [6] Tahap
tahun 1935
Keseluruhan calon untuk peperiksaan STPM tidak berminat menjawab soalan genre kritikan. Anggapan
genre kritikan merupakan bahagian yang sukar menjadi kelaziman di kalangan pelajar . Buktinya bilangan
calon yang menjawab genre kritikan sastera pada setiap kali peperiksaan STPM jumlahnya sangat kecil
berbanding dengan soalan sejarah perkembangan kesusasteraan melayu moden. Hasil analisa yang
dibuat berdasarkan jawapan calon pada setiap kali peperiksaan telah dikenalpasti kelemahan lazim
dalam jawapan calon antaranya.
1.1 Fakta jawapan yang diberikan tidak menepati skema jawapan yang disediakan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia.
1.2 Huraian terlalu dangkal serta tidak menepati kiteria yang diperlukan oleh pihak MPM.
1.3 Calon gagal mengemukakan contoh-contoh yang releven dan signifikan dengan skema jawpan.
1.4 Jawapan yang diberikan terlalu dangkal, membuktikan calon tidak mempunyai maklumat yang
sepatutnya.
1.5 Jawapan calon tidak memperlihatkan kematangan menjawab terutama dari aspek teknikal dimana
jawapan tidak menepati kiteria jawapan yang melibatkan Fakta, Huraian serta contoh.
1.6 Calon gagal memahami kehendak soalan, soalan yang dikemukakan agar mecabar pemikiran calon.
Walaupun bilangan calon yang menjawab soalan genre kritikan ini kecil kuantitinya, namun masih ada di
kalangan calon yang memgemukakan jawapan yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antara
kekuatan calon dalam bahagian genre kritikan ini ialah,
2.1 Calon dapat mengemukakan fakta jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan.
2.2 Huraian yang diberikan detail serta menepati skema jawapan yang disediakan.
Bagi calon-calon yang berminat untuk menjawab soalan genre kritikan, strategi menjawab sangat penting
dikuasai calon. Jika sekiranya strategi menjawab yang digunakan dengan betul dan tepat, maka jawapan
yang di berikan akan menepati skema jawapan yang disediakan oleh MPM. Berikut adalah maklumat
penting strategi menjawab bagi genre kritikan.
c. Tokoh Kritikan
Berdasarkan soalan STPM 2001 dan 2005, soalan tokoh biasanya akan melibatkan aspek-aspek seperti,
latarbelakang serta pendidiikan dan juga aspek sumbangan tokoh dalam genre kritikan. Untuk
menjawabnya, calon seharusnya memahami kehendak soalan agar jawapan yang diberikan akan
menepati kiteria yang ditetapkan oleh MPM.
i. Latarbelakang tokoh:- antara maklumat yang perlu ada dalam jawpan calon ialah:
- Nama penuh
- Tarikh dan Tempat lahir
- Pendidikan
- Anugerah yang diperolehi
- Pendekatan yang digunakan dalam kritikan
ii. Sumbangan
-
Nota Komprehensif:
Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik, kritikan juga mempunyai
tujuan serta fungsi yang tertentu:
i. Proses Berkarya
a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi membantu pengarang
menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca karya kreatif (Memberi
keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai
KRITIKAN SARANAN
Menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi unsur-unsur membina
sesebuah karya sastera atau memberi alternatif dari segi teknik dan sebagainya.Kritikan ini jelas akan
mengalirkan nilai positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang dan kritikan sastera
itu sendiri. Pengkritik sewajarnya bertindak Secara objektif, prihatin dan profesional.
KRITIKAN PENDEKATAN
Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu aspek
atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan itu merupakan ilmu atau Teori tertentu.
KRITIKAN PENGANALISISAN
Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar, termasuk
menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik akan melihat
sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam sama ada tentang bahasa, tema,plot
perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.
KRITIKAN PENILAIAN
Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang
menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu dapat ditentukan mutunya melalui
kekuatan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya secara nyata.
Ciri Pendekatan
KRITIKAN PENDEKATAN
Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu aspek
atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan itu merupakan ilmu atau Teori tertentu.
Maksud:
Pendekatan bermaksud suatu proses atau cara mendekati ssesuatu.Ianya merupakan usaha yang
dirangka dalam aktiviti pengkajian atau kaedah untuk mencapai pengertian tentang masalah penelitian.
Contoh:
1. PENDEKATAN INTRINSIK
2. PENDEKATAN EKSTRINSIK
3. PENDEKATAN MORAL / AGAMA
4. PENDEKATAN PSIKOLOGI
5. PENDEKATAN SOSIOLOGI
KELEBIHAN / PERANAN
1. KAJIAN LEBIH BERVARIASI
Penggunaan pendekatan akan memudahkan pembaca memahami kritikan
2. MUDAH DIFAHAMI
Memungkinkan teks dikaji daripada beberapa aspek dengan kepelbagaian.
3. LEBIH WAJAR
Pendekatan memudahkan kajian dilakukan dan jelas.
4. PEMAHAMAN YANG BERKESAN
Pendekatan yang digunakan akan memberi kesan yang lebih mendalam
Ciri Penganalisisan
KRITIKAN PENGANALISISAN
Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar, termasuk
menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik akan melihat
sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam sama ada tentang bahasa, tema,plot
perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.
Maksud:
Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan sebenarnya, termasuk
menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian. Ianya juga bererti pengkritik melaksanakan kerja
penghuraian atau penganalisisan.
KELEBIHAN / PERANAN
Ciri Penilaian
KRITIKAN PENILAIAN
Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang
menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu dapat ditentukan mutunya melalui
kekuatan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya secara nyata.
Maksud:
Kritikan yang dibuat dengan melakukan Pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks Sastera yang
menyangkut tentang mutu.
KELEBIHAN / PERANAN
1. Menentukan kekauatan atau kelemahan sesuatu karya sastera
2. mengetahui dan memahami banyak aspek
3. mengemukakan hujah dalam memberi justifikasi
4. jujur dan tidak bersikap bias
Sejarah Perkembangan Kritikan:
Kritikan Tahun 1950-an (Corak Kritikan ASAS 50)
Fakta 6: Kecenderungan bentuk kritikan kepada sesuatu ideologi atau pegangan tertentu.
H/C : Kebanyakan esei kritikan yang ditulis berkisar pada ideologi tertentu iaitu sama ada ideologi ” Seni
untuk masyarakat” ataupun ”Seni untuk seni”.
Fakta 7: Kritikan-kritikan teori yang menintikberatkan permasalahan estetik sastera tidak diterima.
H/C : Kritikan-kritikan yang agak terbuka dan membicarakan soal estetika karya sastera tidak mendapat
perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana slogan ASAS 50 yang lebih dominan telah menyebabkan
kritikan tersebut ditolak. Dimana Hamzah yang banyak membicarakan soal estetika karya sastera tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya dan kemudiannya dia telah disingkirkan daripada pertubuhan
ASAS 50.
Fakta 8: Kritikan sastera tidak begitu tersusun dengan baik .
H/C :Persoalan dan idea tentang sastera sering dicampuradukkan dengan soal-soal peribadi sehingga
kritikan-kritikan sastera yang terhasil menjadi lebih bersifat krisis peribadi.
Latarbelakang:
Kritikan sastera bertambah baik dan maju (walaupun sebenarnya ianya agak perlahan) Namun jika diteliti
menerusi aspek-aspek tertentu jelas
Kritikan sudah mulai diterima sebagai salah salah satu genre sastera.
Kritikan sastera pada era ini lebih bersifat teoritikal sudah ada arah tuju dan lebih berdisiplin.
2.Keragaman/Variasi pendekatan
2.1 Pendekatan Sosiologi (warisan ASAS 50)
2.2 Pendekatan Formalistik
2.3 Pendekatan Struktural
2.4 Pendekatan Psikologi
2. Kritikan sastera di Malaysia pada tahap selepas kemerdekaan lebih maju dan tinggi perkembangannya
, berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan kritikan sastera, iaitu
Skema Soalan 2.
Ceraian (a) Tahun-tahun 1960-an [16]
Fakta 6: Karya/Esei kritikan yang ditulis oleh pengkritik mulai dibukukan / didokumentasikan.
Huraian/Contoh: Karya/Esei yang dihasilkan oleh mahasiswa/siswi dibukukan untuk tujuan rujukan yang
kebanyakkannya dalam bentuk latihan ilmiah ataupun tesis.
Yahya Ismail menggunakan pendekatan formalistik dan sosiologi menghasilkan karya yang berjudul
Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritikan 1 tahun 1967.
Taburan markah:
1 isi = 4 markah (Fakta =2 markah, Huraian/Contoh = 2 markah)
4 isi x 4 markah = 16 markah
Fakta 5:Ilmu kritikan diterima sebagai satu cabang ilmu Kesusasteraan Melayu.
Huraian/Contoh: Ilmu kritikan diterima dan mulai diajar sebagai satu disiplin ilmu dalam kesusasteraan
melayu di Institutsi Pengajian Tinggi.
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan dan Universiti Sains Malaysia telah memperkenalkan kritikan
sebagai satu cabang ilmu.
Fakta 7: Kritikan telah diperkatakan secara meluas dan mendapat perhatian pihak-pihak tertentu.
Huraian/Contoh: Kegiatan kritikan telah menjadi bahan yang turut diperkatakan dalam seminar dan juga
mendapat perhatian daripada pihak-pihak tertentu.
Pada tahun 1973 Seminar Kritikan Sastera telah diadakan di Johor Baharu yang dianjurkan bersama
Kementerian Belia dan Sukan.
Taburan markah:
1 isi = 3 markah (Fakta = 1 markah dan Huraian/Contoh = 2 markah)
3 isi x 3 markah = 9 markah
F1: Faktor penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Huraian/contoh: Telah melahirkan ramai tokoh-tokoh akademik dan pengkritik muda yang menerima ilmu
kritikan secara formal. Antaranya ialah Kassim Ahmad, Umar Junus dsb.(m.s 698 Sejarah Kesusasteraan
Melayu Moden)
F4: Faktor kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu
Huraian/contoh: Kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu yang tidak kreatif tetapi
deskriptif dan ilmiah sifatnya. Ini mendorong pihak universiti memperkenalkannya sebagai satu kursus
dalam pengajian. .(m.s 699 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
Huraian/contoh: Kritikan mulai dikerjakan secara formal dan ilmiah dengan pelbagai pendekatan, dan ini
membolehkan kritikan memiliki arah dengan natijah tertentu. Antara pendekatan kritikan yang
digunapakai seperti pendekatan Formalistik, Sosiologi dan pendekatan moral.
F6: Kemunculan ramai penulis-penulis muda / perkembangan dalam bidang penulisan / karya sastera
yang dihasilkan semakin bertambah.
Ceraian (b) empat ciri Kritikan jurnalistik (m.s 699 -701 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F1: Kritikan yang belum cukup serius pengolahannya/ tidak cukup ilmiah
Huraian/contoh: Kritikan yang dilakukan hanya bersifat selenjang terbang tidak lengkap dengan catatan
atau catatan kaki serta bibliografi sebagai rujukan.
F2: Kebanyakkan disiarkan dalam ruang khas dalam akhbar dan majalah.
Huraian/contoh: Kebanyakan kritikan jurnalistik mendapat tempat dalam ruangan sastera yang
disediakan oleh kebanyakkan akhbar dan majalah antara suratkhabar dan majalah yang menyiarkan
kritikan jurnalistik ialah Utusan Melayu, Berita Minggu
Huraian/contoh:Pengkritik yang terlibat dalam menghasilkan kritikan pada era ini kebanyakan tidak
terdedah dengan teori dan pendekatan tertentu. Mereka terdiri daripada peminat kesusasteraan yang
kebanyakannya penulis lepasan sekolah menengah. Antaranya seperti Keris Mas, A. Samad Said,
M.Noor Azam.
Huraian/contoh: Kritikan yang dihasilkan adalah dalam bentuk esei-esei pendek yang yang disiarkan
dalam suratkhabar. Ini kerana mereka belum didedahkan kepada teori, pendekatan dan amalan kritikan
secara formal.
Huraian/contoh:Mereka terdiri dari kalangan peminat kesusasteraan Melayu yang menulis hasil daripada
pembacaan buku. Ada diantaranya bekerja sebagai kerani, anggota polis, tentera. editor, pemberita dan
pegawai tadbir.
F6: Kritikan jurnalistik ditulis dalam bentuk mudah seperti ulasan / resensi dan pengenalan.
Huraian/contoh: Ianya berpunca kerana rangsangan yang kuat daripada editor akhbar dan majalah demi
memenuhi tuntutan selera pembaca semasa. Di samping wujudnya persaingan dari segi pertambahan
bilangan akhbar dan majalah berbahasa Melayu.
F7: Kritikan jurnalistik tidak memperincikan sesuatu hal perbincangan secara kritis.
Huraian/contoh:Bentuk kritikan sebegini memaparkan buah fikiran tentang karya atau pandangan yang
mereka tulis sesuai dengan tuntutan dan kehendak ruang akhbar yang terhad, begitu juga dengan jumlah
audiensnya.
Ceraian (c) dua pendekatan kritikan yang digunakan oleh pengkritik pada era
Huraian/contoh: Pendekatan ini memberikan penekanan terhadap isi dan bentuk karya sastera, dengan
kata lain perhatian formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur karya seperti plot, perwatakan, latar
sudut pandangan dan lain-lain.
Hashim Awang - Cerpen Melayu Sebelum Perang Satu analisa tentang tema dan struktur.
Huraian/contoh: Satu cara melihat karya sastera dengan mengaitkannya dengan masyarakat.
Mementingkan masyarakat kerana sastera adalah cerminan masyarakat.
Kassim Ahmad - Esei Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakatnya(Majalah Bahasa) Beliau telah
mengkritik novel Musafir karya Hassan Muhamad Ali.
Ramli Isin - Riak dan gelombang
Baharuddin Zainal - mengkritik sajak “Sidang Roh” dan “Penyairmu” karya Kassim Ahmad.
Mohd. Noor Azam - mengkritik cerpen “Rindu Anak Pada Ayah” karya Rokiah Abu Bakar.
Pendekatan Estetika :
Definisi
Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan
Tentang teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam
Pengolahan dan persembahan khususnya kemahiran mencipta
Dan melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.
Tumpuan/Penekanan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam
pengolahan karya.
4. Karya sastera Yang baik atau bermutu Harus memiliki Kualiti dari Aspek
Gaya bahasa.
Rumusan:
Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan tafsiran
pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan atau disalingbaurkan
dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan pengalaman atau pendidikan Pengarang
menghasilkan karya sastera yang indah dan menarik.
Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan sebuah karya seni
yang indah dan menarik. Antara penyair yang mendapat perhatian Ialah: Usman Awang, Rahman Shaari,
Lim Swee Tin, Kemala dan T. Alias Taib.mereka amat prihatin dalam pemilihan diksi bagi memperoleh
kepersisan, teliti dalam pembinaan kalimat dan penggunaan simbol serta citra, di samping unsur rima dan
Ritmanya.
2. “Mana Sikana merupakan tokoh kritikan tanah air yang yang terkenal”
Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan sastera tanah air. [25]
Skema Jawapan
F3 : Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum, Bukit Chandan / Kuala Kangsar, Perak.
F5 : Giat menulis sejak dibangku sekolah / pernah dilantik sebagai pengarang majalah sekolah.
F9 : Melanjutkan pelajaran ke UKM / memperoleh Ijazah Sarjana Muda, Kelas Pertama dalam bidang
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.
F11 : Pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah / pensyarah drama di -Jabatan Persuratan Melayu,
UKM.
• ”Sastera Islam dan Hubungannya dengan Sastera Melayu”, dalam Dewan Bahasa, Ogos 1976
• “Pengakuan dan Penyanggahan Resensi dan Kritikan”, dalam Dewan Bahasa, April 1977.
• Santau (1981)
ISU
CONTOH:
Esei dan Kritikan
Asraf Disiarkan dalam Utusan Zaman &Majalah Mastika
Kritikan Sastera Hamzah disiarkan dalam Majalah Hiboran.
Daripada 501 buah esei kritikan yang dihasilkan oleh pengarang ASAS 50,hampir 75 % daripadanya
membincangkan tentang fungsi seni sastera. Kebanyakkannya berpihak kepada Seni untuk Masyarakat.
Hamzah dan kelompok kecilnya terpinggir.
Isu ini cukup signifikan dalam jagat Kritikan Kesusasteraan Melayu dan ianya sama penting dengan
penubuhan ASAS 50 itu sendiri.
Kesan percanggahan falsafah seni ini menyebabkan penulisan esei dan kritikan yang menggunakan teori
kesusasteraan bertambah rancak dan dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Mutu eseinya juga
meningkat.
IDEALISME FORMALISTIK
Latar belakang
Pendekatan yang tertua digunakan dalam jagat kritikan di Malaysia
Iaitu menerusi tulisan Keris Melayu tahun 1935. Ada pula pendapat
Yang menyatakan bahawa Aminuddin Baki yang memulakan kritikan
Formalistik apabila beliau mengkritik novel Korban Kesuciannya
Karya Keris Mas tahun 1949.
Yahya Ismail:
Pendekatan ini disebut juga Ontological criticism beliau adalah pendukung “New Criticsm” Kritikan yang
melihat karya Sastera sebagai karya sastera.
Berbicara tentang kaitan sastera dan hubungannya dengan masyarakat bermaksud kita meneliti karya
sastera dan hubungannya dengan masyarakat
sama ada masyarakat tempat karya itu dilahirkan atau masyarakat yang menghasilkan karya itu.
(Mastika, Julai-Ogos 1950)
Asraf:
Kesusasteraan ialah lebih dari hanya bayangan sesuatu masyarakat
kesusasteraan tidak terpencil sendiri dalam suatu menara gading yangIndah.Kesusasteraan dan
masyarakat, kedua-duanya mempunyai pertalian yang rapat dan tidak terpisah antara satu sama lainnya.
Kassim Ahmad:
Mengkritik novel Musafir karya Hasan Ali, Kassim Ahmad banyak memakai istilah Sosiologi seperti kelas,
Radikal, kapitalis, borjuis,Progresif dan proletaris.
Contoh Soalan:
2. Terdapat pelbagai isu dibicarakan dalam tulisan kritikan sastera.
Skema Jawapan
(a) Isu-isu
F2 : Idealisme Formalistik.
F1 : Isu ini bermula pada tahun 50-an ketika ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan.
F2 : Pertentangan konsep ini adalah antara konsep Seni Untuk Masyarakat dan Seni Untuk Seni.
F3 : Konsep ’Seni Untuk Masyarakat’ didukung oleh Ashraf manakala Hamzah Hussain memperjuangkan
Seni Untuk Seni. Hamzah dikatakan gagal dalam perjuangannya.
F4 : Konsep ’Seni Untuk Masyarakat’ merupakan hasil karya yang berlandaskan masyarakat,
memandangkan masyarakat ketika itu hidup miskin / tertindas.
F5 : Karya-karya yang memperkatakan tentang masyarakat disanjung tinggi kerana kandungannya
memperjuangkan cita-cita masyarakat.
F7 : Isu ini memainkan peranan penting dalam perkembangan sastera tanah air kerana dengan adanya
isu ini karya-karya betambah dan kedua-dua pihak bersaing untuk menghasilkan karya yang terbaik.
F1 : Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya menjadikan kritikan lebih berdisiplin dan
berilmu seperti Syed Husin, Ali Ahmad, Hassan Ahmad dan juga Baha Zain.
F2 : Kritikan ini dimantapkan lagi dengan kemunculan Hashim Awang, Shahnon Ahmad, dan Yahya
Ismail yang mirip kritikan ala barat.
F4 : Peranan penting kritikan yang membabitkan isu ini ialah kritikan yang dilakukan dengan lebih
mendalam jika dibandingkan dengan kritikan zaman Aminuddin Baki pada tahun 40-an.
F5 : Kritikan ini tertumpu kepada intrinsik seperti tema / persoalan/ watak / latar dsb.
F6 : Kritikan ini bersifat objektif / tidak dipengaruhi unsur lain seperti latar belakang pengarang.
F4 : Kassim Ahmad mengkritik ’Ranjau Sepanjang Jalan’, dan ’Meditasi’. Kassim Ahmad menganggap
’Ranjau Sepanjang Jalan’ agak aneh kerana tidak menepati realiti hidup petani. Beliau menganggap
karya ini bernada pesimis.
F5 : Kassim Ahmad juga menganggap sajak ’Sungai Mekong’ tidak bermanfaat kepada masyarakat.
F7 : Isu ini lebih menekankan realiti masyarakat dan sesuai untuk membentuk corak hidup masyarakat.
F2 : Isu ini dimulakan oleh Shahnon Ahmad dalam tahun 1977 dengan gagasan bersastera mengikut
Islam wajib dijalankan kerana Allah / tiada yang lain melainkan Allah.
F3 : Shahnon berpendapat sastera merupakan salah satu amalan manusia supaya manusia sentiasa
merealisasikan dirinya sebagai hamba / khalifah Allah.
F4 : Tercetus polimik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berhubung konsep sastera Islam;
polimik tertumpu kepada sifat, definisi dan fungsi kesusasteraan Islam.
F5 : Bagi Kassim Ahmad seni sastera Islam ialah seni yang dicipta oleh manusia dengan menggunakan
bahasa dan mengandungi keindahan / kebenaran / kebaikan serta nilai estetik.
F6 : Isu ini penting dalam karya kerana telah mendapat reaksi dan penilaian beberapa tokoh agama
seperti Dr. Mohd Kamal Hassan dan Dr. Ismail Ibrahim.
F1 : Isu ini timbul dalam arus kritikan sastera di Malaysia sekitar awal 1970-an.
F2 : Tokoh yang lantang menyuarakan pendekatan kritikan Barat ini ialah Yahya Ismail yang baginya,
sastera Melayu harus belajar dari Barat yang merupakan kerabat kesusasteraan dunia.
F3 : Pengkritik-pengkritik yang berpegang kepada prinsip ini mahu memindahkan teknik kritikan Barat
dengan harapan mahu melihat sastera Melayu melepaskan diripada dari cengkaman kebangsaan yang
sempit.
F4 : Pendapat ini telah mendapat tentangan hebat penulis/pengkritik Malaysia dan tokoh yang paling
lantang ialah Shahnon Ahmad yang berpendapt bahawa sastera Melayu mempunyai nilai, budaya,
sejarah dan ukuran tersendiri.
F5 : Sebelum 1970-an Kassim Ahmad dan Pena Patriot cuba menggemukakan pendekatan realisme
sosialis yang menjurus kepada melahirkan sisitem masyarakat sosialis.
F6 : Isu ini penting dalam perkembangan sastera tanah air kerana telah mencetuskan konsep
kesusasteraan nasional Malaysia seperti yang disarankan oleh Ismail Hussein. Menurut Ismail Hussein
kesusasteraan Malaysia mestilah berbahasa Malaysia dan menunjukkan kehidupan bercorak Malaysia.
2. Kehadiran isu kritikan dalam jagat kesusasteraan Melayu menjadikan situasi kesusasteraan bangsa
kita semakain rancak dan menyerlahkan petanda-petanda yang baik dan matang. Bertitik tolak pada
dekad 1950-an sehingga ke penghujung dekad 1990-an dapat dikenal pasti sekurang-kurangnya lima isu
yang cukup releven dan signifikan dalam jagat kritikan kesusasteraan. Antaranya isu pertentangan fungsi
sastera, isu idealisme formalistik dan juga isu sastera Islam.
(a) nyatakan tokoh-tokoh pengkritik yang terlibat dalam memperkatakan isu-isu di atas. [6]
(b) Huraikan isu-isu di atas yang telah menjadi polemik di kalangan tokoh-tokoh pengkritik di atas [12]
(c) Bincangkan kepentingan isu –isu di atas dalam perkembangan kritikan sastera di Negara kita. [7]
Skema jawapan
6 isi
1 isi = 1markah
6 isi x 1 markah = 6 markah (6 markah)
Huraian/Contoh: Pendekatan ini melihat aspek yang membina sesuatu karya sastera
dengan memadukan unsure-unsur ekstrinsik dengan unsure-unsur
intrinsik. Kupasan beliau ini dimuatkan dalam bukunya berjudul “Kesusasteraan Melayu Dalam Esei dan
Kritikan I & II”.
Fakta 1: Sahnon menegaskan sastera Islam adalah dari segi lahiriah dan batiniah
Fakta 2: Kassim memberatkan logik dan berpendapat sastera Islam bersifat sejagat
Huraian/Contoh: Sastera Islam bersifat sejagat dan ianya boleh menerima nilai-nilai
universal . Justeru itu, sastera Islam boleh ditampilkan oleh pengarang
bukan Islam asalkan ianya mempunyai nilai-nilai agama Islam.
Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, 1987
“Polemik Sastera Islam, K.L, DBP.”
6 isi
1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
6 isi x 2 markah = 12 markah (12 markah)
Fakta 4: Kritikan Sastera mulai mendapat tempat dalam jagat Kesusasteraan dan diterima sebagai satu
genre sastera.
Fakta 5: Membantu menjelaskan senario sebenar tentang sesuatu isu yang menjadi polemik.
Fakta 6; Menyuburkan minat masyarakat kepada genre kritikan sastera sebagai satu disiplin ilmu.
Fakta 7: Memupuk minat membaca di kalangan pembaca akhbar dan majalah berhubung dengan ilmu
kritikan.
Fakta 8: Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada pembaca yang berminat dengan
kesusasteraan.
Fakta 9: Membetulkan salah faham yang timbul berhubung dengan sesuatu isu yang menjadi polemik di
kalangan pengkritik.
Pendekatan Agama
Pendekatan agama ialah satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada sebuah karya sastera untuk
dijadikan contoh dan teladan bagi Pembaca.
Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing masyarakat Pembaca/audeins
dan Memberi Pengajaran berteraskan Ajaran agama.
Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan tuhan dan diturunkan
melalui Kitab / sunnah nabi bagi menentukan Kebaikan dan Keburukan.
Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, Para peneliti dan Pemina sastera meletakkan bahawa
sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki
Nilai-nilai agama berdasarkan ajaran dalam kitab / sunnah nabi.
Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agama berteraskan kitab al-quran dan
hadis
Pendekatan ini turut mengambilkira dasar-dasar agama mementingkan nilai-nilai dan norma masyarakat
Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman
Kritikan Suhor Antarasaudara (Dewan Sastera, Febuari 1976:33-35) Beliau mengkritik kumpulan sajak
Penemuan karya A. Wahab Ali kritikannya bukan sahaja menunjukkan nilai-nilai positif yang berhubungan
dengan Islam tetapi menegur penyairnya apabila wujud aspek yang dianggap bertentangan atau tidak
releven dengan ajaran Islam. Shahnon Ahmad turut mengkritik menggunakan pendekatan agama Ini
dapat dilihat menerusi kritikan beliau terhadap novel Salina karya A.Samad Said. Shahnon Ahmad
berusaha menerapkan pendekatan agama dalam mengkritik watak dan perwatakan Siti Salina sebagai
insan yang “...
kekosongan iman” yang membiarkan dirinya berada dalam”...
kemabukkan rasaa dan sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah
pelacuran “di samping”...menyimpan jantan iaitu Abdul Fakar.
Persamaan
1. Matlamat kedua-duanya menjurus kepada kebaikan nahi mungkar
2. Mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
3. Cenderung memberi nasihat / pengajaran kepada khalayak pembaca.
PENDEKATAN ESTETIKA/KEINDAHAN
Pendekatan estetika ini bermula sebagai satu cabang Disiplin ilmu lingkuistik yang mula berkembang di
Benua Eropah pada penghujung abad ke-19 dan Awal abad ke-20. Dimana nilai sesebuah karya sastera
dilihat dari
Sudut keberkesanan penggunaan stailistik atau Gaya bahasa sebagai aspek keindahan dalam Sesebuah
karya sastera.
DEFINISI
Menurut Prof. Hashim Awang Kesusasteraan yang menggunakan PendekataN Estetika di mana karya
Sastera dianggap sebagai hasil seni Perbincangan dan penilaian keseluruhannya berkisar pada unsur-
unsur seni yang terdapat dalam karya.
Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan tentang teknik penulisan, seni
mengarang, kreativiti dalam pengolahan dan persembahan khususnya kemahiran mencipta dan
melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.
Tumpuan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam
pengolahan karya.
Ciri-ciri Karya Sastera Subjektif
Menerangkan keindahan sastera berdasarkan ciri-ciri Keindahan Bahasa.
Kesatuan karya sastera itu dibina atau dianyam secara tersusun kerumitan karya sastera itu berasaskan
Isi dan unsur-unsur bahasa yang digunakan
Karya sastera yang baik atau bermutu harus memiliki kualiti dari aspek Gaya bahasa.
Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan tafsiran
pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan atau disalingbaurkan
dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan pengalaman atau pendidikan Pengarang
menghasilkan karya sastera yang indah dan menarik.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah novel biasa yang
memaparkan persoalan kemiskinan hidup petani menerusi watak Lahuma dan Jeha, tetapi ianya menjadi
indah dan menarik ditangan Shahnon Ahmad kerana pengarangnya berupaya meninggalkan impak
(kesan)kepada emosi, imaginasi dan pengalaman pembacaan tentang nasib keluarga Lahuma dan Jeha.
Shahnon juga berupaya menguasai laras bahasa petani-mudah, tepu dengan perulangan dan ianya
adalah stail pengarang.
Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan sebuah karya Seni
yang indah dan menarik.antara penyair yang mendapat perhatian Ialah:
Usman Awang, Rahman Shaari, Lim Swee Tin,Kemala dan T. Alias Taib Mereka amat prihatin dalam
pemilihan diksi bagi memperoleh kepersisan, teliti dalamPembinaan kalimat dan penggunaan simbol
serta citra, di samping unsur rima dan ritmanya.
2. Kritikan telah menjadi satu daripada genre penting dalam kesusasteraan Melayu, dikerjakan secara
formal dan ilmiah dengan pendekatan-pendekatan yang pelbagai dan ditentukan (juga diterima) supaya
setiap tulisan memiliki arah dengan natijah tertentu juga. Hanya dengan mengamalkan pendekatan
tertentu sahaja maka kesusasteraan kita dapat dipastikan peningkatannya. (Petikan , Sejarah
Kesusasteraan Melayu, hlm. 703)
a). Namakan dua pendekatan dan nama pengkritik yang paling awal digunakan dalam jagat kritikan di
Malaysia. [4]
b). Berdasarkan salah satu pendekatan yang anda nyatakan di atas, huraikan
i. Maksud [4]
ii. Ciri-ciri [4]
iii. Tokoh dan contoh karya [4]
c). Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan jelas dapat meningkatkan lagi mutu kesusasteraan
Melayu. Buktikan. [9]
Skema pemarkahan:
a). Namakan dua pendekatan dan nama pengkritik yang paling awal digunakan dalam jagat kritikan di
Malaysia.
Pendekatan Tokoh
b). Berdasarkan salah satu pendekatan yang anda nyatakan di atas, huraikan
i. Maksud [4]
ii. Ciri-ciri [4]
iii. Tokoh dan contoh karya [4]
a. Pendekatan Formalistik
F1 : Kritikan yang meneliti binaan sesebuah karya dari segi aspek instrinsik.
F2 : Binaan dalamanan sesebuah karya sastera atau struktur binaan sesebuah karya
F3 : Karya prosa aspek yang diteliti melibatkan aspek latar, gaya bahasa, plot dan tema.
F4 : Karya puisi aspek yang diteliti melibatkan aspek, rentak, gaya bahasa, bentuk dan juga struktur.
F1 : Tema, rumusan atau persoalan yang dibuat selepas tamat membaca sesebuah karya.
F2 : Memberi penekanan terhadap isi dan bentuk karya sastera yang juga dikenali dengan istilah
ekstrinsik dan intrinsik.
F3 : Perhatian pendekatan formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur karya seperti plot,
perwatakan latar, sudut pandangan dan lain-lain.
F4 : Melihat struktur atau bentuk karya mengikut lunas-lunas tertentu seperti tema, plot, watak, gaya
bahasa dan beberapa unsur lain.
F5 : Melihat keharmonian / kesesuaian aspek-aspek intrinsik yang membina sesebuah karya sastera.
b. Pendekatan Sosiologi
F4 : Pengarang tidak boleh menghasilkan karya hanya menerusi imaginasi/ khayalan sahaja.
H/C4 : Pengarang seharusnya merujuk kepada masyarakat yang akan menjadi latar cerita barulah karya
yang dihasilkan akan menjadi lebih realistik dan menarik.
Contoh: Cerpen “Nagasaki” Abdullah Hussein.
F1 :
c). Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan jelas dapat meningkatkan lagi mutu kesusasteraan
Melayu. Buktikan.
F2 : Dapat mendorong / melahirkan aliran baru / menggiatkan pelbagai ragam / stail penulisan.
H/C2 : Pengkritik bukan hanya menegur, tetapi turut memberikan saranan, senario ini boleh membantu
penulis mencuba sesuatu yang baru. Seperti kritikan yang dibuat oleh Yahya Ismail.
2. Pendekatan agama merupakan salah satu pendekatan yang semakin popular dalam dunia kritikan di
tanah air kita.
Fakta 1: Pendekatan agama ialah Satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada sesebuah karya
sastera untuk dijadikan contoh dan teladan bagi pembaca.
Fakta 2: Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing masyarakat
pembaca/audeins dan memberi pengajaran berteraskan ajaran agama.
Fakta 3: Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan tuhan dan
diturunkan melalui kitab / sunnah nabi bagi menentukan kebaikan dan keburukan.
Fakta 4: Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, para peneliti dan peminat sastera meletakkan
bahawa sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki nilai-nilai agama berdasarkan ajaran dalam
kitab / sunnah nabi
Fakta 1: Sesebuah karya sastera yang mempunyai nilai-nilai agama harus disanjung
Huraian/contoh: Karya sastera yang isi ceritanya menekankan nilai-nilai agama iaitu nilai-nilai baik yang
termaktub dalam ajaran agama akan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah karya yang baik.
Pengiktirafan panel penilai terhadap novel Mereka Yang Tertewas karya Hasanudin Md. Isa yang
mempunyai nilai-nilai agama telah meletakkan buku itu sebagai novel bercirikan Islam.
Huraian/contoh: Aspek isi ialah cerita dan persoalan yang dipaparkan dalam karya. Isi karya pula
ditentukan oleh corak dan aliran masyarakat waktu itu, lebih-lebih lagi persoalan yang menjadi topik
semasa. Sastera yang mempunyai nilai-nilai agama adalah sastera yang dianggap bermutu dari segi
isinya.
Fakta 3: Menganalisis karya dari sudut pengajaran atau didaktiksme dalam agama
Huraian/contoh: Didaktik dalam sastera ialah karya yang mengandungi unsur-unsur pengajaran yang
boleh memandu para pembaca ke suatu arah dan tujuan yang berguna. Dari prinsip itu, kesusasteraan
mempunyai suatu tanggungjawab etika iaitu alat untuk memperbaiki masyarakat dari sudut agama.
Fakta 4: Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agama berteraskan kitab al-
quran dan hadis
Huraian/contoh: Karya sastera sebagai sumbangan bagi meninggikan adab/kemanusiaan dari sudut
agama.
Huraian/Contoh: Dalam kritikan tempatan ajaran agama islam turut diberi penekanan, elemen-elemen
yang berkaitan dengan dasar-dasar agama seperti yang termaktub dalam kitab.
Fakta 6: Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman
Huraian/Contoh: Perubahan nilai masyarakat terus terjadi dan ianya turut mempengaruhi karya-karya
sastera yang mana didalamnya turut memuatkan nilai-nilai agama yang sesuai sepanjang zaman.
Fakta 1 : Menjurus kepada kebaikan / nahi mungkar dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Huraian/contoh: Pengkritik yang menggunakan pendekatan agama akan menjurus / menilai aspek yang
dianggap bertentangan atau tidak releven dengan ajaran Islam.Contoh Kritikan oleh Suhor
Antarasaudara yang menegur penyair-penyair yang tidak menunjukkan nilai-nilai positif menurut ajaran
Islam.
Huraian/contoh: Nasihat yang berteraskan ajaran agama agar para penulis tidak terpesong dari segi
akidah dan pegangannya. Contohnya Shahnon Ahmad yang pernah mengkritik sajak-sajak Kassim
Ahmad yang bertajuk “Sidang Roh” dan “Iman”.
Huraian/contoh: Pendekatan agama penting bagi menetukan jalur tulisan sesuatu karya sastera berada
pada landasan yang betul. Contoh Shahnon Ahmad pernah mengkritik novel Salina karya A.Samad Said
dengan tajuk kritikannya “Siti Salina: Sebuah Renungan Kembali” Beliau mengkritik perwatakan Salina
sebagai insane yang kekosongan iman kerana menjuruskan dirinya ke lembah pelacuran.
2. Pendekatan Keindahan (Stilitik) merupakan pendekatan yang sering digunakan dalam kegiatan kritikan
sastera.
Skema jawapan
Pilih 2 isi
1isi = 2 markah
2 isi X 2 markah = 4 markah
Soalan 2
F1: Pendekatan Sosiologi merupakan satu cara mengaitkan sastera dengan masyarakat.
F2: Perkaitan sastera dengan masyarakat dalam pendekatan sosiologi dilihat menerusi tempat karya
sastera itu dihasilkan.
F3: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai cerminan masyrakat.
F4: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai satu dokumen sosial.
1 isi = 1 markah
4 isi x 1 markah = 4 markah.
F1 : Unsur Perkaitan antara karya sastera dengan masyarakat karya itu dihasilkan.
H1 : Pandangan pengkritik sosiologi terdapat perkaitan/perhubungan yang rapat antara karya sastera
dengan masyarakat karya itu dihasilkan. Ini kerana pengarang adalah anggota sesuatu masyarakat tidak
dapat mengelak daripada menjadikan kehidupan masyarakatnya dan dirinya sebagai bahan utama untuk
menghasilkan karya sastera.
C1 : Novel Empangan , karya Zakaria Ali menceritakan pengalamannya semasa belajar di Amerika
Syarikat dan kehidupan masyarakatnya yang mengamalkan adat Pepatih di Negeri Sembilan.
H2 : Pengkritik Sosiologi beranggapan bahawa sesuatu karya sastera itu merupakan bayangan atau
refleksi dari kehidupan sesuatu masyarakat. Ini disebabkan sesuatu karya sastera itu seakan-akan boleh
menggambarkan gambaran kehidupan sebenar pada masa karya itu di hasilkan.
C2 : Novel Salina , karya A. Samad Said dapat menggambarkan penderitaan hidup segelintir masyarakat
Melayu di kota di zaman perang.
H3 : Pengkritik Pendekatan Sosiologi percaya bahawa sesuatu karya sastera adalah alat perakam atau
rekod peristiwa yang boleh dijadikan dokumen sosial sesuatu masyarakat. Ini kerana karya sastera itu
berupaya merakam peristiwa dan nilai-nilai masyarakat pada satu-satu waktu tertentu.
C2 : Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur , karya Keris Mas merupakan dokumentasi masyarakat
golongan koperat Melayu di era selepas merdeka.
Ceraian ( c ) Empat tokoh Pengkritik Sosiologi dan tulisannya, [12]
F2 : Kassim Ahmad
H/C2 : Berpegang kepada fahaman ”realisme sosialis” –dalam menghasilkan karya terdapat
kecenderungan yang besar memuatkan masyarakat.menerapkan istilah sosialis dalam kritikan seperti
kapitalis, proletar , borjuis , reaksioner , revolusioner , kelas , progresif dan radikal. karya yang bermutu
adalah kesepaduan antara persolan-persolan masyarakat dengan nilai estetika/keindahan. menyanjung
tinggi karya Masuri SN, Keris Mas dan Usman Awang kerana disamping persoalan masyarakat tidak
mengetepikan keindahan karya.Tulisan kritikan Kassim Ahmad, ”Kesusasteraan Melayu Baru dalam
Masyarakatnya”. dlm. Bahasa, Januari 1957.
F3 : Ismail Hussein
H/C3 : Berpegang kepada fahaman ”akar umbi” (tradisi) – terdapat perkaitan antara karya dengan
masyarakat sesuatu tempat/sejarah tradisinya.mengaitkan teori(ilmu) sastera Melayu dengan dengan
tradisi atau akar umbinya.kritikannya bersifat nasionalistik dalam konsep Melayu dan gagasan Nusantara
segala penderitaan dan pergolakan yang digambarkan dalam karya seharusnya dikaikan dengan sejarah,
politik, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat Melayu.Tulisan kritikan Ismail Hussein, ”Sastera dan
Masyarakat” Kuala Lumpur, Pustaka Zakry Abadi : 1974.
F4 : M. Noor Azam.
H/C4 : Berpegang kepada fahaman bahawa” proses penghasilan karya sastera terbit daripada
masyarakat.”cenderung memperkatakan tema dan persoalan dalam karya ada hubungannya dengan
kehidupan masyarakat tersebut.mengupas karya sastera dalam hubunganya dengan kehidupan dan
masyarakat yang melahirkan karya berkenaan. Tulisan kritikan M. Noor Azam , ”Di Sekitar Pemikiran
Kesusasteraan Melayu 1957 -1972 (antologi bersama) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1976.
F5 : Ramli Isin
H/C5 : Berpegang kepada fahaman bahawa” terdapat hubung kait sosial karya dengan realiti semasa
tumpuan tulisan kritikan terhadap keadaan sosial serta kemanusiaan orang- orang kota dan desa.Isu
utama karya adalah penderitaan yang dipancarkan oleh masyarakat kota atau desa melalui karya
sastera. Tulisan kritikan Ramli Isin , ”Riak dan Gelombang Sastera Melayu”. Kuala Lumpur .Dewan
Bahasa dan Pustaka : 1984.
at 11:01 PM|