Anda di halaman 1dari 9

01- BISKUT JEJARI CONTINENTAL

Bahan-bahannya:
200 gram mentega
60 gram gula pasir
1 sudu esen vanila
250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
40 gram topping coklat
40 gram topping coklat putih
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3. Gunakan piping bag untuk membentuk biskut tadi mengikut cita rasa sendiri.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.
5. Setelah biskut tadi sejuk, cairkan coklat menggunakan "double-boiler" dan hiaskan biskut
tadi dengan menggunakan piping bag daripada
kertas yang dibentuk seperti kon dengan lubang yang kecil.
6. Susunkan biskut tadi di atas dulang dan tekankan coklat ke atas biskut sambil
menggoyang-goyangkan tangan agar coklat tersebut jatuh ke
atas biskut dengan sama rata.

[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

02- BISKUT GAJUS


Bahan-bahannya:
200 gram mentega
100 gram gula aising
1 biji telur
5 gram esen vanila
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentuk adunan tersebut seperti buah gajus dengan
meletakkan biji gajus di hujung adunan tadi. Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.

[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

03- BISKUT BIJAN

Bahan-bahannya:
100 gram bijan
70 gram gula pasir
100 gram shortening
1 biji telur
110 gram tepung
Sedikit soda bikarbonat
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1.Gula dan shortening dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung dan soda bikarbonat dan uli hingga sebati.
3. Bentuk adunan mengikut cita rasa sendiri dan taburkan bijan di atasnya.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.

[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

04- BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahannya:
600 gram mentega
450 gram gula pasir
350 gram gula perang
4 biji telur
500 gram cip coklat
240 gram tepung jagung
1 kg tepung gandum
15 gram serbuk penaik
400 gram kacang walnut
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan kemudian masukkan coklat cip dan walnut yang dicincang.
3.Gaulkan tepung, serbuk penaik dan tepung jagung ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Dengan menggunakan sudu makan letakkan ke atas dulang pembakar setiap sudu sehingga
habis.
5. Bakar dalam ketuhar selam 15 minit pada suhu 180°C.

[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

05- BISKUT KELAPA BERCOKLAT

Bahan-bahannya:
160 gram putih telur ayam
200 gram gu!a pasir halus
2 sudu air perahan lemon
1 sudu kulit lemon yang diparut
100 gram coklat masakan yang dicairkan
250 gram serbuk kelapa segera
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Pukul putih telur dan gula pasir. Panaskan di atas api kecil dan masukkan air perahan lemon
dan kulit lemon, Kacau sehingga sebati. Angkat dan sisihkan ke tepi.
Tambahkan campuran kelapa dan kacau rata.
Dengan menggunakan dua sudu makan, cedok adunan dan letakkan adunan di dalam loyang
yang telah disapukan dengan mentega.
Bakar selama 15 minit. Angkat dan dinginkan.
Celup satu demi satu biskut (separuh sahaja) itu ke dalam coklat masakan yang telah
dicairkan dan biarkan beku.
Hidangkan. Untuk tahan lama, simpan di dalam bekas yang kedap udara.

[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

06- KUIH MAKMUR


Bahan-bahannya: ( lebih kurang 80 kpg )
www.familiazam.com
Bahan2 doh :-
1 1/2 kg tepung gandum
250 gm mentega - lembut (Golden Churn)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam halus
Bahan2 inti :-
600 gm kacang tanah
250 gm mentega - lembut
400 gm gula serbuk
sedikit garam
*secukup gula kastor atau gula serbuk untuk tabur

Cara-cara membuatnya:
www.familiazam.com
Cara2 membuat doh
1. Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli
hingga boleh dibentukkan. Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti
daun.
2. Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dengan inti yg telah disediakan. Sepit diatasnya
seperti bentuk daun kemudian atur dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 150’C
selama 25-30 minit. Setelah masak,tabur rata dengan *gula.
www.familiazam.com
Cara2 membuat inti, haruslah disediakan lebih awal :-
3. Kacang tanah dibakar dalam oven. Dibuang kulitnya dan dikisar halus. Kemudian
dicampurkan dengan mentega dan gula dan digaul sebati.
4. Ambil sedikit inti dibulat-bulatkan seperti guli-guli kecil dan disimpan di dalam
petisejuk.Tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dalam adunan doh.
Sumber: http://www.myresipi.com www.familiazam.com
Kiriman: 14 September 2008

[ Kembali Ke Menu Biskut 1]


07- CHOCO BALL

Bahan-bahannya: ( 15 biji ) www.familiazam.com


70g tepung
30g serbuk koko
50g gula aising
2 sudu besar minyak masak
2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
1/4 sudu kecil baking powder
gula aising secukupnya
2 sudu besar susu segar
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada 180’c
2. Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkan biar sebati.
3. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
4. Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
5. Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
6. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
7. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
8. Lepas tu boleh tabur gula aising .
Sumber: http://www.myresipi.com www.familiazam.com
Kiriman: 14 September 2008

[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

08- CORNFLAKE MILO


Bahan-bahannya: ( 10 orang )
100 Gram Mentega
100 Gram Cornflakes
100 Gram Serbuk Milo
4 Sudu Makan Golden Syrup
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
6. Bulatkan lah semasa masih panas.
7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)
Sumber: http://www.myresipi.com www.familiazam.com
Kiriman: 14 September 2008
www.familiazam.com
[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

09- BISKUT NESTUM KISMIS

Bahan-bahannya: ( 100 Keping )


250gm butter
100gm kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
Telur 1 biji
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.
4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
5. Bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.
Sumber: http://www.myresipi.com www.familiazam.com
Kiriman: 14 September 2008
www.familiazam.com
[ Kembali Ke Menu Biskut 1]

10- BISKUT KACANG www.familiazam.com

Bahan-bahannya: ( 200 biji )


600gm tepung gandum
600gm kacang tanah (disangai & dibuang kulit)
400gm gula castor (boleh ganti dgn gula halus)
1 cwn minyak Knife (tambah sekiranya perlu)
1 biji telur ayam
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Blend kacang hingga halus.
2. Masukkan kacang, tepung gandum dan gula castor ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
3. Masukkan putih telur. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
4. Buatkan bulat-bulat kecil. Susun atas dulang (rapat-rapat pun tak mengapa, adunan ni
kembang sikit saja).
5. Sapu kuning telur & hiaskn dengan kacang. Bakar 10-15 minit, api sederhana.

Anda mungkin juga menyukai