Anda di halaman 1dari 7

Pantun Lapan Kerat

Harun Mat Piah (penyelenggara)


Buat bangsal di tengah hutan, Lengkang-lengkang apa dipaku,
Tebaslah hutan buat halaman, Paku jatuh patah dua,
Di tepi halaman menanam kubis, Menjadi riuh orang didarat,
Diselang dengan pokok papaya, Anak Cik Itam jatuh jalar,
Biarlah sabar dengan pelahan, Bumi kandungan nenek moyangku,
Ikutlah tanda tuan beriman, Kerana lalai rosak binasa,
Tidak patah digoncang iblis, Kebudayaan Timur dinoda
Barat,
Akhirnya tuan menang berjaya. Bahasa ibunda hina terbiar.

Ikan teluk parang-parang,


Anak ketam disangka kelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah,
Bukan mahluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.
Maksud Pantun
Rangkap 1:Seseorang itu perlu ada sifat sabar dalam dirinya kerana sifat sabar
merupakan ciri bagi orang yang beriman. Kesabaran akan menyebabkan hati
seseorang itu sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya
berjaya dalam hidup.
Rangkap 2:Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan Nabi Adam
yang turun dari langit ketujuh dan akhirnya menjadi pembimbing kepada
manusia.
Rangkap 3:Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat
setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakatnya telah
dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang dituturkan sejak
sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya tinggi.
Tema :
“Pantun Lapan Kerat” bertemakan sifat sabar,
kelahiran seorang utusan Allah ke bumi, dan
sifat leka yang membawa padah kepada
manusia.
Persoalan
1.Sifat sabar merupakan kunci utama
kejayaan seseorang.
2.Kelahiran seorang utusan Allah yang
istimewa.
3.Pencemaran budaya Timur dan bahasa
Melayu sebagai akibat pengaruh budaya
Barat.
Bentuk Pantun
1.”Pantun Lapan Kerat” adalah puisi terikat/tidak bebas.
2.Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap.
3.Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,iaitu lapan
baris serangkap.
4.Tiga baris pertama merupakan pembayang,manakala tiga
baris berikutnya adalah maksud.
5.Bilangan kata dalam setiap baris adalah hampir sama, iaitu
antara tiga hingga lima patah kata dalam satu baris.
6.Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan
hingga tiga belas suku kata.
7.Rima akhir pantun ini ialah abcdabcd(sekelang).
Nilai
1.Nilai kesabaran.Contohnya, bersabar apabila menghadapi
pelbagai dugaan yang mendatang.
2.Nilai kesyukuran.Contohnya, bersyukur kerana seseorang yang
amat istimewa telah diutuskan oleh Allah untuk memimpin umat
manusia di muka bumi.
3.Nilai tanggungjawab.Contohnya, bertanggungjawab terhadap
bahasa ibunda, budaya Timur dan keharmonian negara.
4.Nilai menghargai.Contohnya, menghargai bahasa ibunda, budaya
Timur, dan adat resam yang diamalkan sejak turun-temurun.
Pengajaran
1.Kita hendaklah menanamkan sifat sabar apabila
melakukan sesuatu perkara atau tugas.
2.Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang
utusan Allah untuk membimbing dan memimpin hidup kita
ke jalan yang mulia.
3.Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat
sehingga mencemarkan budaya Timur yang kita warisi
sejak
zaman-berzaman.

Anda mungkin juga menyukai