Anda di halaman 1dari 21

KERJAYA

TAJUK HALAMAN

PENGENALAN 1

SEJARAH VETERINAR 2

BIDANG TUGAS 4

IPTA YANG MENAWARKAN BIDANG VETERINAR 5

KELAYAKAN 8

GRED GAJI 13

CIRI-CIRI/ PERSONALITI 16

RUJUKAN 17
Perubatan veterinar ialah berkaitan dengan perubatan, diagnostik, dan prinsip-
prinsip terapeutik, domestik, eksotik, tentang hidupan liar, dan binatang-
binatang yang dikeluarkan. Sains veterinar adalah penting untuk mengkaji dan
memberi perlindungan pada pengeluaran haiwan, menjaga kesihatan kesihatan
haiwan dan mengawal penyebaran penyakit. Ia memerlukan pengambilalihan
dan pengetahuan saintifik dalam menggunakan kemahiran-kemahiran teknikal
untuk pencegahan penyakit yang berlaku kepada binatang-binatang liar dan
jinak.

Sumbangan sains veterinar membantu keselamatan kesihatan manusia


melalui pemantauan kesihatan yang teliti pada ternakan, haiwan kesayangan
dan hidupan liar. Baru muncul zoonotic penyakit-penyakit sekeliling dunia
memerlukan keupayaan-keupayaan dalam epidemiologi dan kawalan penyakit
berjangkit yang adalah terutamanya sesuai untuk pendekatan sains veterinar
"herd health".

Perubatan veterinar adalah secara tidak rasmi sebagai perubatan lama


tetapi dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ia telah berkembang pesat lantaran
adanya kemajuan diagnosis dan teknik-teknik terapeutik untuk kebanyakan
spesies hidupan haiwan. Sekarang ini, haiwan sering menerima kemajuan
perubatan, dental, dan rawatn melalui pembedahan termasuk suntikan insulin,
penggantian pinggul, pencabutan katarak, dan lain-lain lagi.

Selepas Perang Dunia Kedua, dua orang pelajar muda dari Tanah Melayu
dipilih dan dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian veterinar
di United Kingdom. Pada tahun 1950an dan 1960an lebih ramai lagi dipilih
untuk pengajian tersebut bukan sahaja di United Kingdom tetapi juga di
Australia, Kanada dan New Zealand di bawah biasiswa Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan Pelan Kolombo. Mereka yang pulang untuk menyertai
Jabatan Perkhidmatan Haiwan adalah kira-kira 2-3 orang setahun.
 
Ianya semakin membimbangkan bilamana pada tahun 1960an, jumlah
mereka amat berkurangan untuk menampung keperluan perkhidmatan
terutama apabila pemindahan tanggungjawab sepenuhnya untuk penternakan
haiwan berlaku pada tahun 1962. Pada tahun itu, Jabatan Perkhidmatan
Haiwan telah menyerahkan memorandum kepada Ahli Perancangan
Pengajian Tinggi mengenai keperluan pengajian veterinar di Malaya.
 
Perlunya sebuah sekolah veterinar di Malaya diperbincangkan di
Mesyuarat FAO mengenai Haemorrhagic septicaemia yang diadakan di
Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan cadangan tersebut kemudiannya
dibincangkan di Mesyuarat Kedua Panel Pakar FAO/WHO mengenai
Pengajian Veterinar di Rom pada tahun 1963.
 
Perkara ini sekali lagi dibincangkan secara umum pada tahun 1968 di
Persidangan Tahunan Pertama Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-
Singapura. Perdana Menteri waktu itu, YTM Tengku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, dalam ucapan perasmian persidangan, berjanji akan mengkaji
persoalan penubuhan fakulti veterinar sekiranya cadangan itu dikemukakan.
Justeru itu, satu jawatan kuasa kecil pengajian veterinar telah ditubuhkan
oleh Persatuan untuk menangani perkara ini. Akhirnya satu kertas kerja
diserahkan kepada Persatuan Perancangan Pengajian Tinggi yang mana
mencadangkan penubuhan Fakulti Veterinar di Universiti Malaya.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil.

Pada tahun 1967, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menerbitkan


laporan yang bertajuk “Cadangan untuk Perkembangan Industri Ternakan
dan Susunan Semula Perkhidmatan Veterinar”. Pada tahun berikutnya,
seorang pengajar veterinar yang ternama, Sir William Weipers, dari Sekolah
Veterinar Universiti Glasgow telah diundang ke Malaysia oleh Jabatan
Perkhidmatan Haiwan dan Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura
untuk membentangkan kertas kerja mengenai “Veterinary education : A
study of the needs of Malaysia and Singapore” dalam Persidangan Tahunan
Pertama Persatuan di Singapura pada bulan Ogos 1968. Pada bulan
November, dalam tahun yang sama, Kajian Veterinaire telah mengulas
dengan panjang lebar mengenai “the Case for a Veterinary Faculty in
Malaysia”.
Pegawai Veterinar:

1- Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan


rawatannya,
2- Memastikan ternakan selamat untuk pengguna,
3- Merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan
mutu ternakan,
4- Mengawasi tempat-tempat kuarantina dan,
5- Membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan jabatn
dan tugas pentadbiran jabatan yang lain.

Penolong Pegawai Veterinar:

1- Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar dalam menjalankan


program pembiakan,
2- Bertanggungjawab dalam mengendalikan rekod-rekod haiwan makmal,
3- Memasukkan data-data dalam komputer,
4- Menolong Pegawai Veterinar dalam pembedahan (bedah siasat) ini
termasuk pemprosesan spesimen serta menolong merekodkan keputusan
yang didapati,
5- Menolong Pegawai Veterinar dalam rawatan haiwan-haiwan yang
memerlukannya dan dalam penyelidikan yang dijalankan.
Pembantu Veterinar:

1- Bertanggungjawab membantu menyelenggara ladang-ladang ternakan


dan rumah sembelih.
2- Kaji selidik makmal dan khidmat nasihat kepada penternak-penternak.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Fakulti ini mengendali pengajian siswazah dalam sains veterinar dan


peternakan. Semenjak penubuhannya pada tahun 1973, Fakulti telah
mengekalkan tradisi penyelidikan dan menumpu perhatian dalam
memarakkan ketrampilan sains veterinar dan peternakan bagi
mendapatkan teknologi baru dan meningkatkan pengeluaran.  Program
siswazah di Fakulti, yang bermula pada tahun 1979, dikendalikan oleh
Jawatankuasa Pengajian Siswazah, iaitu satu jawatankuasa Senat
Universiti. Jawatankuasa ini bertanggungjawab ke atas kemasukan
pelajar, perlantikan penyelia dan pemeriksa. 
  
Fakulti ini menawarkan empat program siswazah:
 
i.   Program siswazah secara kerja kursus dan amalan
    dan   Master Perubatan Veterinar (MVM)
 
ii.   Program siswazah secara penyelidikan dan kerja kursus
    n   Master Sains (MS)
     n   Master Sains Veterinar (MVSc)
     n   Doktor Falsafah (PhD)

Hospital Veterinar Universiti (UVH), UNIVERSITI PUTRA


MALAYSIA

Hospital Veterinar Universiti ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Fakulti


Kedoktoron Haiwan dan Sains Peternakan, Universiti Pertanian Malaysia.
Namanya telah diubah beberapa kali sehinggalah November 1996 apabila
nama Hospital Veterinar Universiti (UVH) ditetapkan.  UVH memulakan
operasinya dengan sebuah klinik haiwan kesayangan dan sebuah klinik
bergerak haiwan besar serta perkhidmatan makmal dan kini telah
berkembang untuk menjadi sebuah hospital yang lengkap dengan klinik
pesakit luar dan wad haiwan dengan kemudahan terkini yang dapat
menawarkan rawatan kepada pelbagai spesies haiwan.

Objektif Hospital Veterinar Universiti adalah


 memberikan diagnosis kesihatan haiwan dan penyakit yang berkualiti
 menjadi hospital veterinar rujukan
 melibatkan diri dalam latihan amalan profesional veterinar dan
pengajaran
 meningkatkan perkhidmatan  melalui penyelidikan, penjagaan kesihaan
haiwan dan diagnosis penyakit
 menyumbang kepada sistem pengurusan hospital veterinar yang mesra
dengan alam persekitaran

UVH dilengkapi dengan pelbagai peralatan diagnostik dan makmal yang


digunakan di sesebuah hospital pengajaran.  Peralatan-peralatan ini
direkabentuk untuk tujuan latihan pelajar prasiswazah dan siswazah..
Selain dari perkhidmatan perundingan pesakit luar rutin, UVH juga
menawarkan perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar dan surgeri,
pengimajen serta diagnosis makmal. UVH mempunyai kemudahan dan
kepakaran untuk merawat haiwan yang mengalami penyakit teruk atau
berkomplikas atau haiwan mememrlukan rawatan rapi.  UVH juga
menyediakan pekhidmatan

Klinik bergerak untuk haiwan besar.

UVH menyokong dan menyediakan kes klinikal dan bahan untuk


pengajian dan penyelidikan di Fakulti Perubatan Veterinar.  Bidan
penyelidikan yang disokong adalah :
 surgeri
 rawatan kritikal
 epidemiologi
 internal medicine
 perubatan dan terapi klinikal
 radiologi & ultrasonografi
 teriogenologi & csitogenetik

Bagi pelajar yang ingin menyambung ijazah pertama dalam bidang veterinar
di UPM, syarat kemasukan seperti berikut:

A. SyaratAm
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa
Malaysia diperingkat SPM/ setaraf
3. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM
dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

ATAU

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP


2.00 (Gred C) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata pelajaran lain
4. Mengambil Malaysian University English Test (MUET
 
B.   Keperluan Khas Program
1. Matrikulasi Sains Hayat
a) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70; dan
b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B- mata pelajaran
Biologi di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Tahun
Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat
SPM,

Atau

2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)


a) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B- dalam mata
pelajaran Biologi pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian
mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM/O Level, atau
b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B- dalam mata
pelajaran Kimia pada peringkat STPM /A Level dan Kepujian
mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM/O Level, dan
c) Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan
mata pelajaran 2 (a) atau 2(b).

C.   Kelayakan lain sebagai ganti STPM


Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi yang
diiktiraf

D.   Lain-Lain Syarat Kemasukan


1. Fasih dalam Bahasa Malaysia
2. Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan
3. Taraf kesihatan yang memuaskan
4. Memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Universiti

E.   Calon Bukan Warganegara Malaysia

      Sertakan surat akuan sekurang-kurangnya dua orang pengadil.

DIPLOMA KESIHATAN AWAM DAN PENTERNAKAN

SYARAT KELAYAKAN
Program Pengajian : DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN
PENTERNAKAN
Kod : P2053
Tempoh Pengajian : 6 Semester

Terbuka kepada pemohon aliran Sains SYARAT MINIMUM


(Kategori A, B, dan D)
(Baru) KELAYAKAN PEMOHON KATEGORI C SYARAT AM
UNIVERSITI
1. Memiliki sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat
sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk :
a. Bahasa Melayu, dan
b. Matematik

2. Lulus Bahasa Inggeris Memenuhi Syarat Am Universiti Serta SYARAT


KHAS PROGRAM 1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam
mata pelajaran Matematik, Biologi atau Sains dan kepujian dalam satu
daripada mata pelajaran berikut: o Fizik o Kimia o Sains Pertanian o
Sains Tambahan o Matematik Tambahan o Subjek Sains & Teknikal
berkaitan*

(*Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian


KejuruteraanAwam/TanamanMakanan/Teknologi
BengkelMesin/PengeluaranTanaman/Pengeluaran
Ternakan/KejenteraanLadang/Pengurusan Ladang/Teknologi
Maklumat/Asas Pemprosesan Maklumat/Perdagangan/Ekonomi Asas) DAN

Lulus Bahasa Inggeris


Mempunyai kelayakan lain yang setaraf atau lebih tinggi daripada perkara 1
dan 2 SYARAT AM UNIVERSITI dan diiktiraf oleh Senat UPM.
STRUKTUR KURIKULUM Kursus Universiti,

Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit SKP 2101 Kenegaraan Malaysia
3 (3 + 0) SKP 2201 Tamadun Islam 2 (2 + 0) SKP 2202 Tamadun Asia 2 (2 +
0) BBI 2409 English For Academic Purposes 3 (3 + 0) SAK 2001 Pengenalan
kepada Komputer & Pemprosesan Data 2 (1 + 1) EPT 1101 Pengenalan kepada
Ekonomi Pertanian 2 (2 + 0) EPT 1301 Pengenalan kepada Pemasaran
Pertanian 2 (2 + 0) EPT 2201 Pengurusan Ladang 3 (2 + 1) TKP 2201
Komunikasi Dalam Pertanian 2 (1 + 1) PRT 1001 Pengenalan kepada Pertanian
2 (2 + 0) PRT 2008 Pertanian & Manusia 2 (2 + 0) Kursus Teras Kod Kursus
Nama Kursus Jam Kredit BGY 1001 Prinsip Biologi I 3 (2 +1) BGY 1002
Prinsip Biologi II 3 (2 + 1) CHM 1100 Kimia Fizik 3 (2 + 1) CHM 1200 Kimia
Organik 3 (2 + 1) SHW 2001 Ternakan dan Persekitaran 2 (2 + 0) SHW 2103
Genetik & Pembiakbakaan Ternakan 3 (3 + 0) SHW 2200 Statistik Untuk Sains
Haiwan 3 (2 + 1) SHW 2300 Sains Foraj 3 (2 + 1) SHW 2402
PrinsipPemakanan Ternakan 3 (2 + 1) SHW 2403 Teknologi Makanan
Ternakan 2 (2 + 0) SHW 2501 Produksi Poltri 4 (3 + 1) SHW 2502 Produksi
Babi 2 (2 + 0) SHW 2600 Produksi Daging 3 (2 + 1) SHW 2601 Produksi
Tenusu 2 (2 + 0) SHW 2901 Latihan Industri - Ruminan 4 (0 + 4) SHW 2902
Latihan Industri - Bukan Ruminan 4 (0 + 4) PRT 2401 Teknologi Akuakultur 3
(2 + 1) VPM 2006 Fisiologi Haiwan 4 (3 + 1) VPM 2010 Anatomi Haiwan 3 (2
+ 1) VPM 2001 Kesihatan Haiwan I 3 (2+ 1) VPM 2002 Kesihatan Haiwan II 3
(2 + 1) VPM 2600 Kesihatan Umum Veterinar 2 (1 + 1) VPK 2101 Penyakit
Haiwan 3 (2 + 1) VPK 2061 Perubatan dan Reproduksi Veterinar 4 (2 + 2)

FOKUS DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN


ditawarkan untuk melahirkan graduan separa profesionaldengan pengetahuan
terkini mengenai sains pengeluaran haiwan dan mampu memajukan
pengeluaran ternakan serta bersaing dengan industri pertanian lain.
Penekanan program ini adalah kepada sains haiwan, fisiologi haiwan, anatomi
haiwan, sains foraj, produksi poultri, kesihatan haiwan, perubatan dan
reproduksi verterinar, teknologi makanan Ternakan, penyakit haiwan,
akukultur serta
aspek-aspek pengeluaran, pemakanan, pemasaran, dan ekonomi industri
penternakan. Selain itu, bidang sains dan teknologi asas, sastera dan
kemanusiaan juga dipelajari untuk memupuk nilai dan tanggungjawab etika
dan moral.
Pelajar juga didedahkan kepada situasi sebenar dalam industri terbabit melalui
latihan industri di agensi luar.
DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN adalah program
pengajian tiga tahun dan mempunyai 97 jam kredit melalui struktur program
berikut: Kursus Universiti (25 jam kredit) Kursus Teras (72 jam kredit).

Klasifikasi : PERTANIAN

Kumpulan Pekhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Skim perkhidmatan : PEGAWAI VETERINAR

 
Gred Jadual Gaji
Gred G3 : P1T1 RM107 - P1T25 RM2978
4

P2T1 RM114 - P2T25 RM3170


2

P3T1 RM121 - P3T25 RM3377


3

Gred G2 : P1T1 RM298 - P1T6 RM3715


5

P2T1 RM313 - P2T6 RM3897


7

P3T1 RM329 - P3T6 RM4085


5

Gred G1 : P1T1 RM356 - P1T6 RM4363


9

P2T1 RM372 - P2T6 RM4566


1

P3T1 RM389 - P3T6 RM4777


7

 
SYARAT LANTIKAN

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) terdiri daripada warganegara;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dari Universiti Putra Malaysia
atau ijazah-ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf
setaraf dengannya, dan

(ii) Berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974


selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1
Jadual Kedua. (Gaji permulaan adalah pada Gred G3 : P1T7)

DAN

(d) Lulus Bahasa Melaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KEANAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. (a) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai


Veterinar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai
Veterinar Gred G3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabilatelah
disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di para 1(c) di
atas; ATAU
(b) (i) Mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II
Bahagian II Akta Veternar 1974 (Akta 147) yang didiktiraf
setaraf dengan Ijazah Am oleh Kerajaan; dan

(ii) Lulus peperiksaan Khas anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan


Awam Universiti Putra Malaysia dan Majlis Veterinar Malaysia

DAN (c) Berumur kurang dari 54 tahun dari tarikh lantikan


1- Suka kepada haiwan dan binatang ternakan
2- Minat dalam bidang sains dan biologi

3- Tidak alah pada binatang

4- Suka mendalami aktiviti perubatan seperti merawat


kecederaan, mendiagnosis penyakit, menentukan jenis
ubat untuk haiwan dan menjalankan pembedahan haiwan

5- Pandai mengawal dan menjaga binatang seperti binatang


ternakan, kesayangan dan liar.
RUJUKAN

http://www.btu.upm.edu.my/index2.php?
option=com_content&do_pdf=1&id=22.

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/PP91/PP91Bil09/PP91Bil
09Ms266.html

http://www.jpa.gov.my/english/pekeliling/bil39/pp39.pdf.

http://www.putra.upm.edu.my/buletin/buletin.nsf/a4feee69d20051a148256c3f0
01b82b2/e951a205787f160a48256f2a0017ea0e/
$FILE/IklanPegawaiVeterinar.doc

www.vet.upm.edu.my/uvh.html

www.vet.upm.edu.my/about.html

http://www.vet.upm.edu.my/about2.html.

http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/kerjaya-%20hala%20tuju.doc.

http://en.wikipedia.org/wiki/Veterinary_medicine.

Anda mungkin juga menyukai