Pengenalan
Dalam rancangan Malaysia ke 9 dan Dasar Pertanian Negara ke 2 dan 3 ( DPN2: 1992-
2010 ) mengatakan bahawa akan memberi fokus kepada penjagaan kesihatan haiwan dan
pembangunan industri penternakan dengan tujuan untuk mengeksploitasi bidang pertanian dalam
menjanakan ekonomi Negara. Ini adalah selari dengan Dasar Bioteknologi Negara berasaskan
kepada 9 teras yang kesemuanya dikaitkan dengan penjanaan industri dan pengkomersialan
produk berasaskan pertanian serta peningkatan dalam penghasilan bahan makanan.
1
Haiwan merupakan makhluk yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia.
Kelangsungan kehidupan menusia bergantung kepada kejayaan kehidupan haiwan. Oleh yang
demikian adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk memastikan wujud keseimbangan
dalam kehidupan dalam antara manusia dan haiwan. Salah satu bidang yang penting dalam
bidang perubatan veterinar ini adalah dalam penjagaan kesihatan haiwan dan penyelidikan
perubatan. Pelbagai kajian telah dijalankan yang membawa kepada penemuan yang telaj
memberi manfaat kepada manusia dan yang paling penting penenmuan ini telah memberi
manfaat kepada manusia dan yang paling penting penemuan ini telah ditemui melalui
penyelidikan yang melibatkan perubatan veterinar.
Tugas seorang doctor perubatan veterinar bukan hanya terhad kepada pnjagaan kesihatan
haiwan tetapi juga mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan manusia. Ini adalah kerana terdapat
pelbagai penyakit haiwan yang boleh berjangkit kepada manusia. Antara contonnya penyakit
seperti selsema burung, anjing gila, dan sebagainya. kesemua penyakit ini berpunca daripada
haiwan dan sekiranya rawatan tidak diberi dan pencegahan tidak dilakukan ianya boleh
dipindahkan kepada manusia dan membawa maut.
2
Pengertian veterinar
Kerjaya adalah pekerjaan yang dapat memenuhi kepuasan lahir batin yang didasari oleh
penguasaan ilmu pengetahuan, ketrampilan, perilaku yang sebelum menjalankan tugasnya wajib
bersumpah atas gelar yang disandangnya,selama manjalanjan tugas wajib mematuhi kode etik
yang telah ditetapkan ol;eh organisasi kerjayanya (Anonim A, 2008).
Veterinar adalah ilmu yang mempelajari tentang aspek kesejahteraan timbal balik antara
manusia, haiwan, dan lingkungan yang meliputi penyakit, budi daya, mutu dan keamanan
produksi sehingga sumber daya alam lestari (Anonim A, 2008).
Kerjaya Veterinar iaitu pekerjaan yang didasari atas ilmu-ilmu kedoktaran haiwan yang
menjalankan tugasnya wajib menikrarkan sumpah Kedoktaran Haiwan dan mematuhi kode etik
yang telah ditetapkan sebagai Doktar Haiwan (Anonim A, 2008).
3
Perkataan Veterinar berasal dari perkataan latin Veterinae yang bererti haiwan penarik
(sapi, kuda, dll). Orang-orang yang mempelajari sejarah menemukan tulisan Cina tentang
penyakit kuda, sapi, dan kerbau pada tahun 2500 S.M. juga lukisan India kuno berumur 4000
tahun menunjukkan manusia merawat kuda dan gajah. Lukisan mesir kuno juga menunjukkan
bagaimana mereka merawat ternakan dan anjing mereka agar sihat. Orang Romawi kuno
menyebut doktar haiwan sebagai veterinarius ( Anonim B, 2009 ).
Kerjaya Veterinar merupakan kerjaya yang sangat tua di dunia, yang muncul sebagai
pengembang kerjaya Kedoktaran di zaman Yunani Kuno pada 460-367 Sebelum Masehi(SM)
oleh Bapa Kedoktaran di dunia bernama Hippocrates. Kerjaya kedoktaran haiwan dikembangkan
oleh ilmuwan generasi berikutnya, bernama Aristoteles yang terkenal dengan bukunya “Historia
Animalium” (Story of Animals) yang menghuraikan lebih dari 500 spesies haiwan ( Anonim B,
2009 ).
Veterinar Di Malaysia
Selepas Perang Dunia Kedua, dua orang pelajar muda dari Tanah Melayu dipilih dan
dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian veterinar di United Kingdom. Pada
tahun 1950an dan 1960an lebih ramai lagi dipilih untuk pengajian tersebut bukan sahaja di
United Kingdom tetapi juga di Australia, Kanada dan New Zealand di bawah biasiswa
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pelan Kolombo. Mereka yang pulang untuk menyertai
Jabatan Perkhidmatan Haiwan adalah kira-kira 2-3 orang setahun.
Ianya semakin membimbangkan bilamana pada tahun 1960an, jumlah mereka amat
berkurangan untuk menampung keperluan perkhidmatan terutama apabila pemindahan
tanggungjawab sepenuhnya untuk penternakan haiwan berlaku pada tahun 1962. Pada tahun
itu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menyerahkan memorandum kepada Ahli
Perancangan Pengajian Tinggi mengenai keperluan pengajian veterinar di Malaya.
4
Perlunya sebuah sekolah veterinar di Malaya diperbincangkan di Mesyuarat FAO
mengenai Haemorrhagic septicaemia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan
cadangan tersebut kemudiannya dibincangkan di Mesyuarat Kedua Panel Pakar FAO/WHO
mengenai Pengajian Veterinar di Rom pada tahun 1963.
Perkara ini sekali lagi dibincangkan secara umum pada tahun 1968 di Persidangan
Tahunan Pertama Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura. Perdana Menteri waktu
itu, YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dalam ucapan perasmian persidangan,
berjanji akan mengkaji persoalan penubuhan fakulti veterinar sekiranya cadangan itu
dikemukakan. Justeru itu, satu jawatan kuasa kecil pengajian veterinar telah ditubuhkan oleh
Persatuan untuk menangani perkara ini. Akhirnya satu kertas kerja diserahkan kepada
Persatuan Perancangan Pengajian Tinggi yang mana mencadangkan penubuhan Fakulti
Veterinar di Universiti Malaya. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil.
Pada tahun 1967, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menerbitkan laporan yang
bertajuk “Cadangan untuk Perkembangan Industri Ternakan dan Susunan Semula
Perkhidmatan Veterinar”. Pada tahun berikutnya, seorang pengajar veterinar yang ternama,
Sir William Weipers, dari Sekolah Veterinar Universiti Glasgow telah diundang ke Malaysia
oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura
untuk membentangkan kertas kerja mengenai “Veterinary education : A study of the needs
of Malaysia and Singapore” dalam Persidangan Tahunan Pertama Persatuan di Singapura
pada bulan Ogos 1968. Pada bulan November, dalam tahun yang sama, Kajian Veterinaire
telah mengulas dengan panjang lebar mengenai “the Case for a Veterinary Faculty in
Malaysia”.
5
Syarat-Syarat Kemasukan
1. Syarat Am
6
mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata
pelajaran lain
ii. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan :
3.Calon Matrikulasi
ii. Lulus matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-undang dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan,
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English
Test (MUET).
4. Keperluan khas
7
i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat
STPM dalam matapelajaran berikut :
a) Biologi dan
ii. Calon yang tidak mempunyai kelulusan matapelajaran Matematik T pada peringkat STPM
hendaklah lulus dengan kepujian matapelajaran Matematik Tambahan pada peringkat SPM;
dan
Pelajar yang mempunyai kelayakan Diploma dengan NGMP 2.00 (Gred C), dalam bidang-
bidang sains dan teknologi boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program ini.
i. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan Veterinar atau
Sains Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah
Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan
di Bahagian I Jadual Kedua. [Gaji permulaan ialah pada Gred G41: P1T7 RM2237.16];
dan
8
ii. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai
Veterinar Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
Gred Gaji
Gred : G41
Kod Skim : 1951
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jadual Gaji :
9
Spesifikasi Tugas
5. Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk
mencegah penyakit;
6. Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau
sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan
makanan manusia;
10
11. Menyelia pekerja lain.
- Pengurusan ternakan
- Pengurusan sumber tenaga
- Kawalan dan rawatan penyakit
- Sumber data dan maklumat (komputer)
- Permanian beradas
- Permanian beradas
- Kesihatan Gerompok
- Perkhidmatan pengembangan veterinar
- Pemeriksaan dan pengawasan penyembelihan ternakan
- Pengurusan padang ragut
- Rawatan binatang kesayangan
- Projek-projek ternakan integrasi
4. Rumah sembelih
11
-Pentadbiran dan perancangan
- Pengurusan sumber tenaga
- Pemeriksaan daging
- Pemeriksaan ante-mortem
6. Stesyen Kuarantin
7. Makmal Diagnosa
8. Pusat Latihan
-Tenaga pengajar
- Pengurusan ladang/ternakan
- Kesihatan gerompok
-R&D
- Penyeliaan pelatih
12
- Kesihatan gerompok
- Perkhidmatan pengembangan veterinar
1. Ladang ternakan.
3. Klinik-klinik haiwan.
4. Kementerian Pertanian.
5. Zoo.
6. Makmal-makmal haiwan.
1. Kawasan pejabat.
2. Kawasan ladang.
3. Pusat latihan.
4. Kawasan loji.
5. Ladang penternak.
13
Kategori Pegawai Veterinar ( Doctor Haiwan ) dalam inventori VPI mengikut RIASEC
Alatan ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang bibentuk oleh John
L.Holland mengandungi 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vakosional dan
jenis personaliti seseorang. Alat ini bibina berasaskan Teori Holland yang mengandaikan bahawa
individu boleh dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis
personaliti memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu. Alat ukuran VPI
mengandungi dua sekala iaitu skala primer dan skala sekunder.
Keenam-enam jenis personaliti dan bidang minat pekerjaan yang diukur oleh skala
primer ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprinsing (E) dan
Conventional (C).Sementara itu, lima pemboleh ubah yang diukur oleh skala sekunder ialah
kawalan-Diri atau Self–Control (SC) , Maskuliniti-Feminiti (MF) , Status (ST), Infrequency
(INF), dan Acqueiscence (AC). Kesemua pemboleh ubah tersebut dan enam jenis personaliti ini
merupakan 11 subskala dalam inventori.
Ini selaras dengan bidang Doktor Haiwan yang perlu membuat penyelidikan tentang
penyakit haiwan, ubat yang sesuai untuk rawatan haiwan dan sebagainya. Manakala R pula iaitu
Realistik di katakan mempunyai perwatakan seperti mempunyai kemahiran atletik atau
mekanikal, Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang dan lebih suka
bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan. Sesuai dengan kerjaya Doktor Haiwan yang
sudah semestinya perlu menyukai dan menyayangi haiwan. Seterusnya A iaitu Artistik pula
memiliki tingkahlaku seperti mempunyai kebolehan artistik dan inovatif, mempunyai kebolehan
intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur, tidak selesa dengan
kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.
14
Sifat-sifat yang bersesuaian dengan Pegawai Veterinar
15
Ancaman/bahaya
Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan
veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang
pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan
perubatan, Universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan
antaraperbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor
Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef. Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai
Pegawai Haiwan, Pegawai Analisa Projek, Pengurus, Pegawai Penyelidik dan yang berkelayakan
boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.
16
Institusi-institusi pengajian tinggi awam yang menyediakan kursus tersebut antaranya ialah:
Ubat-ubatan
Rawatan
17
Ular Harimau Buaya
18
Selami Dunia Doktor Haiwan
Bagai seiring personaliti jejaka XY - Ikon Lelaki minggu ini tatkala menyentuh soal kerjaya dan
keperibadiannya. Sikap penyayang terhadap haiwan melengkapi tuntutan profesion sebagai
19
doktor veterinar si empunya diri. Ikuti tabir cerita Dr Zul Erwan Azmi...SUKAR diluahkan
betapa meriahnya sesi fotografi menghasilkan gambar muka depan XY - Ikon Lelaki minggu ini.
Bayangkan, gelagat 32 ekor kucing peliharaan personaliti pilihan XY - Ikon Lelaki, Dr Zul
Erwan Azmi cukup menguji kesabaran dan kreativiti menghasilkan sudut dan pose terbaik.
Lucu, nakal dan bersahaja menjadi antara karektor yang dilihat pada kumpulan kucing ini. Puas
mengumpulkan semua 32 ekor, ada saja kucing dan ‘rakan-rakannya’ lari meninggalkan sudut
rakaman lensa. Tidak cukup itu, ada juga kucing yang aktif berlari ke sana-sini hingga terpaksa
diasingkan. Tidak terkecuali, aksi si manja yang mahu makanan disuap dengan penuh kasih
sayang.
Jurugambar Berita Harian, Sobri Sudin nyata sabar melayan kerenah kucing pada petang itu.
Suasana riuh-rendah memecah keheningan rumah teres dua tingkat yang didiami Dr Zul Erwan.
Akhirnya, idea awal mengumpulkan semua kucing di pangkuan Dr Zul Erwan terpaksa
dilupakan.“Beginilah keadaannya apabila berdepan si comel. Gelagat kucing peliharaan saya ini
sudah menjadi asam garam hidup sebagai doktor haiwan. Saat begini tentu menyeronokkan
apatah lagi melihat kucing ini sihat-sihat belaka,” katanya membuka cerita.
Dr Zul Erwan berkata, saban hari ada saja kes baru yang membabitkan masalah kesihatan haiwan
peliharaan dirujuk di klinik veterinar tempat beliau bertugas di Shah Alam, Selangor. “Ada saja
penyakit seperti demam, selsema dan kemalangan kecil dirujuk kepada kami setiap hari. Ada
juga kes berat seperti kemalangan, patah anggota badan, jangkitan virus dan penyakit kronik lain
dirujuk untuk dirawat segera,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang
veterinar.
Dr Zul Erwan berkata, selain melayan gelagat haiwan, beliau juga terpaksa berdepan kerenah
pemilik haiwan yang mahukan perkhidmatan terbaik.“Semestinya, sebagai doktor kita perlu
berusaha melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan haiwan kesayangan pelanggan. Kita
juga harus menerima takdir andai segala usaha gagal temui jalan penyelesaian.
20
“Ini termasuk kes berat seperti haiwan yang terbabit dalam kemalangan teruk hingga tidak dapat
diselamatkan,” katanya.Leka mendengar cerita Dr Zul Erwan yang menghabiskan tempoh tujuh
tahun melanjutkan pengajian dalam bidang veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Paling
istimewa, Dr Zul Erwan bertemu jodoh dengan pensyarah seni yang juga seorang pencinta
haiwan.Bersama Dr Zul Erwan selami peribadi serta minat mendalamnya dalam bidang
veterinar...
Sebagai doktor haiwan, kita perlu mendekati semua jenis haiwan bukan saja haiwan comel
seperti kucing. Haiwan besar seperti lembu dan kambing juga tidak terkecuali.
Namun, skop kerjaya saya sekarang lebih menjurus kepada haiwan peliharaan seperti kucing,
anjing dan arnab. Manakala sesi rawatan yang selalu diberi ialah merawat penyakit biasa seperti
selsema, demam dan pemandulan.
Secara peribadi, saya amat menyayangi haiwan sejak kecil lagi. Malah, ketika di sekolah
menengah, saya mula berminat mendalami perubatan haiwan. Kematian kucing kesayangan
ketika saya menuntut di tingkatan tiga menguatkan lagi azam menceburi bidang ini.
Ini membuatkan saya tekad memilih bidang veterinar di UPM dan menghabiskan tujuh tahun
menguasai bidang ilmu ini.
Kesabaran adalah kunci utama yang perlu disemai dalam diri doktor veterinar. Lebih-lebih lagi
21
kita berdepan dengan kerenah pemilik haiwan yang sentiasa mahukan perkhidmatan terbaik.
Banyak situasi perlu ditangani dengan bijak, misalnya kita tidak terlepas daripada merawat
anjing yang memerlukan perhatian doktor. Sebagai insan yang bersifat berperikemanusiaan,
mahukah kita hanya melihat andai berdepan dengan anjing tersepit?
Rasa sayang begitu mendalam dalam jiwa saya. Jika boleh, saya sendiri mahu membela kucing
terbiar di tepi jalan. Apakan daya saya tidak mampu melakukan semua itu. Apa yang mampu
saya lakukan hanyalah membeli makanan andai terjumpa kucing kelaparan.Sudah menjadi
impian saya pada suatu hari kelak menubuhkan pusat kebajikan haiwan terbiar.
Lelaki dan kecenderungan memelihara haiwan - boleh anda ulas serba sedikit?
Mungkin ramai menganggap wanita lebih serasi dengan haiwan peliharaan. Tanggapan itu salah
sama sekali. Apa yang saya perhatikan, jumlah pemilik haiwan lelaki dan wanita yang
berkunjung ke klinik lebih kurang sama.Malah, Rasulullah SAW sendiri adalah pencinta kucing.
Apa agaknya gelagat lelaki dengan haiwan peliharaan, apakah sama dengan pemilik
haiwan wanita?
Tidak ada bezanya sama ada pemilik lelaki atau wanita. Cuma lelaki mungkin lebih menggemari
haiwan eksotik seperti landak, iguana, kura-kura dan hamster berbanding kucing atau anjing.
Potensinya cukup besar dan menjanjikan peluang kerjaya meluas. Untuk makluman, hanya UPM
saja yang menawarkan pengajian dalam bidang veterinar di Malaysia. Selain boleh bekerja di
klinik veterinar, lulusan bidang veterinar boleh bekerja di Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).
Bagaimana Dr Zul Erwan melihat hobi memelihara haiwan dalam konteks kehidupan di
22
bandar serta kaedah melindungi haiwan daripada ancaman pelbagai penyakit dan potensi
haiwan peliharaan membiak di luar kawalan?
Sebenarnya, ramai tidak faham konteks pemandulan haiwan terbiar. Seharusnya kita menyokong
usaha pemandulan haiwan terbiar kerana haiwan ini terdedah dengan persekitaran yang tidak
sihat. Justeru, di klinik ini sendiri, kami memberikan diskaun istimewa untuk program
pemandulan haiwan.
Selepas tamat pengajian dulu, saya bekerja dengan sebuah syarikat penternakan ayam di Muar,
Johor. Selama enam bulan di sana, saya mula merasakan kekurangan dan menyebabkan saya
beralih ke klinik haiwan.Di sini, saya rasa lebih lebih mencabar dan memberi lebih ruang untuk
menimba pengalaman. Saya tidak meletakkan sasaran, sebaliknya mahu terus bertugas dengan
komitmen dan minat yang tinggi.
Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupan mula berubah (ketawa) Jika dulu, banyak masa
dihabiskan di klinik hingga pulang lewat malam, kini saya pastikan akan pulang ke rumah
sebelum jam 10 malam.Banyak masa kini dihabiskan bersama isteri. Hujung minggu pula saya
berkebun.
Selain suka memelihara kucing, saya mula berjinak-jinak dalam seni lukis. Kebetulan isteri saya
juga seorang pelukis, jadi sedikit sebanyak minat itu bercambah. Daripada sekadar membantu
23
isteri membancuh warna, saya semakin minat melukis. Saya juga seorang pendiam.
Jika tidak membantu isteri dengan kerja rumah, kami akan berjalan ke kedai bunga atau taman
burung. Jika tidak mempunyai rancangan khusus, kami lebih suka berehat di rumah bersama
haiwan peliharaan.
Saya rasa biasa-biasa saja. (tergelak). Mungkin saya seorang yang penyayang.
24
Dr. Che Azila Rintis Hospital Haiwan
KOTA BHARU 6 Jun - Pengalaman masa lampau kadangkala akan mencorak atau membentuk
kehidupan masa kini.Bagi Dr. Che Azila Che Omar, dari Kampung Salor di sini, apa yang dilalui
akhirnya merealisasikan cita-citanya berkhidmat dalam lapangan yang dapat merawat dan
membantu menyelamatkan haiwan.Segalanya bermula kira-kira 30 tahun lalu apabila kucing
kesayangannya dilanggar kereta dan dia merasakan begitu sedih dan perit kerana terpaksa
menunggu waktu yang lama bagi haiwan itu sembuh dengan sendirinya.
''Ibu bapa saya tidak tahu di mana kucing boleh dirawat dan saya menangis teresak-esak ketika
itu.Selepas itu, saya mula menyedari betapa susahnya untuk mencari seorang doktor yang dapat
merawat haiwan dan sejak itu saya menanam azam untuk menjadi doktor apabila besar
nanti.''Bagaimanapun, saya terfikir pula adakah wujud doktor khusus merawat haiwan?
Sehinggalah melangkah ke sekolah menengah, saya terbaca majalah Dewan Siswa yang
menceritakan mengenai kerjaya seorang doktor veterinar," katanya ketika ditemui Utusan
Malaysia di sini hari ini.
25
Che Azila, 37, memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap pengajian dalam bidang berkenaan
apabila diterima memasuki Universiti Putra Malaysia pada tahun 1991 dan keluar sebagai doktor
veterinar bertauliah lima tahun kemudian.Buat permulaan, beliau bekerja dengan kerajaan negeri
melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Ladang Tetasan Budi, Machang iaitu
sebuah ladang ternakan ayam selama enam tahun.Beliau kemudian mengambil keputusan
berhenti dan menyertai seorang perintis perkhidmatan veterinar swasta di negeri ini,
Allahyarham Dr. Hilmi Yusoff yang pada masa itu membuka Klinik Haiwan Baru (KHB).
Bersama Hilmi, Che Azila membuka enam buah cawangan KHB iaitu di Jalan Sultanah Zainab,
Kampung Sireh; Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, Pasar Raya KB Mall dan Hospital Haiwan di
Pintu Geng di sini.
Ekoran pelanggan yang semakin meningkat dan bagi menyediakan perkhidmatan terbaik serta
selesa kepada pelanggan dan haiwan, hospital itu yang mula beroperasi sejak dua tahun lalu itu
akan berpindah ke lokasi baru di Bandar Baru Tunjong.Hospital haiwan yang pertama di
Kelantan dan Pantai Timur itu kelak lebih senang untuk dikunjungi memandangkan ia terletak di
lokasi strategik yang terletak di laluan utama pintu masuk ke Kota Bharu dari arah Machang,
Kuala Krai dan Gua Musang.
CHE Azila Che Omar bersama beberapa ekor kucing yang dirawat di kliniknya di Kota Bharu,
Kelantan. Ternyata, kematian Hilmi, rakan kongsi yang juga mentornya kira-kira setahun lalu
setelah terlibat dalam kemalangan, Che Azila menguatkan lagi azam untuk terus
26
mengembangkan perkhidmatannya. Beliau yang merangkap pengurus kini dibantu oleh dua
orang doktor veterinar, tiga pembantu dan 10 pekerja biasa.
Mengulas lanjut, doktor muda yang mempunyai tiga cahaya mata itu berkata, KHB dan Hospital
Haiwan itu amat istimewa kerana ia tidak mengkhususkan rawatan kepada haiwan tertentu
sahaja, tetapi sebaliknya mengamalkan perkhidmatan veterinar bercampur."Maksud rawatan
veterinar bercampur ini ialah kita merawat semua jenis haiwan termasuk haiwan kecil, haiwan
kesayangan peliharaan (pet domestik), ladang seperti lembu dan kambing, dan akuatik serta
eksotik.
"Klinik dan hospital dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Kita juga menyediakan perkhidmatan rawatan bergerak dan sedia berkhidmat pada bila-bila
masa apabila terdapat kes kecemasan," katanya.Tambah beliau, antara perkhidmatan yang
disediakan ialah rawatan semua jenis haiwan, pembedahan, mandian, khidmat penjagaan haiwan,
mandian, pengkasian, pemvaksinan, lawatan ke ladang, panggilan kecemasan, suntikan
perancang, bekalan ubat-ubatan dan runding cara pemakanan.Che Azila amat bertuah kerana
berkongsi minat sama dengan suaminya, Nik Abdul Rahman Nik Hussin, 39, yang merupakan
Pegawai Perkhidmatan Veterinar Jajahan Pasir Puteh.
Che Azila memberitahu, adalah menjadi kelaziman dalam kerjaya ini terdedah kepada bahaya
yang tidak dijangka apabila haiwan yang dirawat secara tiba-tiba bertindak agresif dan
menyerang petugas.Katanya, beliau sendiri pernah digigit di bahagian tangan oleh seekor anjing
semasa menjahit luka di bahagian leher dan juga dicakar serta digigit oleh seekor kucing yang
terlepas dari sangkar.
Kesimpulan
Bidang veterinar ini sangat menarik untuk diceburi apatah lagi jika kita sememangnya
mempunyai minat yang mendalam dan di tambah dengan personaliti diri yang penyayang .
Kebanyakkan berpendapat bahawa bekerja di dalam bidang veterinar ini kotor, bahaya,
menyusahkan dan sebagainya. Pendapat atau tanggapn ini haruslah di lontar jauh daripada
pemikiran kita kerana ia akan mematikan semangat kita untuk memasuki bidang ini. Malah kita
sepatutnya sedar tentang betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh mereka-mereka yang
27
terlibat di dalam bidang veterinar ini. Bahkan ia juga ada kepentingannya di dalam kehidupan
seharian kita. Oleh itu, kita seharusnya lebih memartabatkan lagi bidang kedoktoran veterinar ini
dengan memperbanyakkan lagi pendedahan atau maklumat tentang veterinar, kerana hari ini
masih ramai pelajar yang tidak tahu apa itu veterinar? Bagaimana bidang tugas seorang
veterinar? Dan adakah veterinar termasuk dalam kumpulan professional?. Ini jelas membuktikan
betapa kurangnya ilmu mereka tentang bidang ini. Dan jika kita dapat memastikan pelajar
mendapat maklumat ini dengan lengkap pastinya generasi kita pada masa hadapan akan lebih
sedar tentang kewujudan bidang ini di dalam institusi pekerjaan.
Biblografi
ttp://search.sweetim.com/search.asp?q=kerjaya+veterinar&ln=en&src=10
http://www.google.com/#hl=en&source=hp&q=kerjaya+doktor+haiwan&aq=f&aqi=g-
p3g7&aql=&oq=&fp=c5aa4278f68e4a4
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=260991
http://pdfdatabase.com/kerjaya-doktor-haiwan_page2.html
http://fpv.umk.edu.my/bm/?page_id=67
http://www.spa.gov.my/
http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-260991.html
http://www.cahayahati.myportal.my/?lang=my&act=5&content=17&id=3&mnu=3
http://catlina7.blogspot.com/2009/12/prospek-kerjaya-dalam-bidang-haiwan.html
http://www.google.com/#hl=en&q=kelayakan+dalam+bidang+veterinar&aq=o&aqi=&aq
l=&oq=&fp=c5aa4278f68e4a4
http://www.google.com/#hl=en&source=hp&q=pengajian+veterinar&aq=o&aqi=&aql=
&oq=&fp=c5aa4278f68e4a4
http://www.marvistavet.com/html/who_wants_to_be_a_veterinar_ia.html
http://www.vet.upm.edu.my/about2.html
28
http://www.google.com/search?
hl=en&q=veterinar+malaysia&revid=277451923&ei=UVOFS_CuMZC-
rAeMn9GfAw&sa=X&oi=revisions_inline&resnum=0&ct=broad-
revision&cd=2&ved=0CEgQ1QIoAQ
29