Anda di halaman 1dari 1

CORAK / CARA GAYA KEPIMPINAN Secara umumnya, terdapat 3 gaya kepimpinan iaitu gaya AUTHORITARIAN, gaya DELIGATIVE (FREE

REIGN) dan gaya PARTICIPATIVE (DEMOCRATIC). 1. GAYA AUTHORITARIAN Pemimpin dalam kategori ini biasanya memegang kuasa sepenuhnya di tangannya tanpa ada pengagihan kuasa. Keputusan dibuatnya dengan penuh yakin dan beliau tidak peduli apa yang orang lain fikrkan. Amat jarang beliau meminta pandangan orang lain, jika meminta bantuan pun sekadar berlakun sahaja. Ada saja unsur memaksa dan menekan pada pemimpin jenis ini. Beliau hanya mahukan pendapat atau keputusan beliau sahaja diterima dan dilaksanakan oleh orang bawahan. Pemimpin jenis ini kadang-kala disebut sebagai keras hati, kepala batu atau diktator. Pada pemimpin jenis ini, menjaga perhubungan atau berbincang itu tidaklah begitu mustahak. Apa yang mustahak adalah kerja mestilah dilaksanakan dan hasil mesti dicapai. Penekanan yang lebih kepada aspek kerja sahaja berkemungkinan boleh menyebabkan aspek kebajikan orang bawahan terabai. Kebaikan corak kepimpinan jenis ini adalah membolehkan pemimpin ini membuat keputusan dalam semua keadaan termasuklah dalam keadaan genting atau kritikal. Tugasan dan kerja diberikan akan dilaksanakan dengan jayanya oleh orang bawahan dan men ghasilkan produk yang berkualiti. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kurangnya sesi perbincangan dengan orang bawahan, menyebabkan keputusan yang dibuat menjadi tidak mantap. Secara tidak langsung, ini akan mendatangkan kerugian kepada sesebuah organisasi atau kumpulan. Selain daripada itu, hanya pak sanggup dan juga yang kecut sahaja yang boleh bertahan untuk bekerja dengan pemimpin jenis ini. Situasi dan keadaan bekerja juga boleh dengan mudah menjadi tegang dan menakutkan. Individu yang tidak tahan,

Anda mungkin juga menyukai