Anda di halaman 1dari 4

KEPIMPINAN DEFINISI KEPEMPINAN Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju kepada suatu yang telah

h ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang. Kepimpinan melibatkan kebolehan mempengaruhi dan menyakinkan manusia di dalam dan di luar organisasi untuk bekerja dan membantu ke arah pencapaian matlamat organisasi (Lee Ong Kim). Kepimpinan dalam Islam bukan hanya mempengaruhi orang, tetapi pemimpin menurut Islam adalah pemandu umat dalam melaksanakan amanah ketuhanan, devine trust memelihara agama dan menguruskan dunia. Kepimpinan dalam Islam merupakan Tanggungjawab dan Amanah,bukannya suatu tasrif (kebesaran/kebanggaan). (Dr.Siddiq Fadzil).

GAYA KEPIMPINAN autokratik demokrasi lassire-faire

1.

Kepimpinan Autokratik

1.1Ciri-ciri Kepimpinan Autokratik Pemimpin autokrasi cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa

secara paksaan. Mereka suka mendominasi. Gaya ini memperlihatkan satu bentuk kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima akibat daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk. Pemimpin autokratik lebih banyak memberi arahan dan sentiasa

menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina.

Pemimpin jenis ini juga memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa

mengambilkira keperluan individu. Mereka tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari. Pengikutmelakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

1.2 Contoh :Adolf Hitler awam. Walaupun pengaruh Hitler diakui sangat berpengaruh dan berjaya untuk Adolf Hitler merupakan satu contoh pemimpin yang mengamalkan gaya

kepimpinan autokratik. Telah banyak kemusnahan yang diakibatkan oleh Hitler Kepimpinan beliau secara perlahan-lahan telah menghakis kebebasan

jangka masa pendek, namun untuk jangka masa panjang, Hitler gagal mencapai matlamatnya. Malah Hitler juga turut dikenang sebagai antara pemimpin yang paling kejam dalam sejarah kepimpinan dunia. Ini jelas menunjukkah, bahawa kepimpinan autokratik sesuai digunakan

apabila sesuatu keadaan sedang meruncing dan memerlukan keputusan yang cepat dan jelas. Namun demikian, akibat daripada keputusan itu boleh jadi baik atau tidak

baik. Sekiranya mengakibatkan natijah yang lebih buruk, maka kesannya akan dirasai oleh keseluruhan organisasi untuk satu tempoh yang panjang.

2. Kepimpinan Demokratik 2.1 Ciri-ciri Kepimpinan Demokratik Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah

pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin. Pemimpin demokratik juga lebih bertimbangrasa dan sentiasa memberi

galakan dan penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja yang perlu dibuat. Pemimpin sentiasa melibatkan subordinat dalam proses membuat

keputusan tetapi keputusan muktamad akan ditetapkan oleh pemimpin.

Penglibatan pemimpin dalam proses kerja boleh dioptimumkan dengan

mengambil kesempatan ini untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahliahlinya. Dalam masa yang sama ia juga boleh meningkatkan kempotensi organisasi. 2.2 Impak Kepimpinan Demokratik Packard dan Kauppi telah membuktikan dalam kajian mereka bahawa

pemimpin demokratik menunjukkan sikap bertimbangrasa, memberi sokongan dan mempunyai sikap demonstratif yang tinggi sekaligus akan menatijahkan subordinat yang memperolehi kepuasan bekerja yang tinggi. Tambahan lagi, penglibatan pemimpin akan menyediakan ruang yang lebih

felksibel untuk maklumbalas antara subordinat dengan pemimpin sekaligus pemimpin lebih peka dengan sebarang perubahan pada organizational climate

3.

Kepimpinan Laissez Faire

3.1Ciri-ciri Kepimpinan Laissez Faire Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Gaya kepimpinan ini melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit sekali. Pemimpin laissez faire memberikan sepenuh kebebasan kepada ahliahlinya untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedeimikian memberi

kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.. Antara ciri-ciri kepimpinan laissez faire: i. Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa penjelasan daripada pemimpin ii. iii. Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat keputusan Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan kepelbagaian tugas iv. Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti objektif organisasi.

v.

Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.

3.2 Kelemahan Kepimpinan Laissez-Faire Gaya kepimpinan ini agak popular dan sering diamalkan namun demikian ia tidak realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasai di mana perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan, inovasi dan teknologi. Bradford dan Lippit menyatakan bahawa pemimpin laissez faire bersikap deskriptif. Mereka sedaya upaya mengelak daripada mempengaruhi subordinat. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Mereka banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas dan tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan. 3.3 Kesan-kesan Kepimpinan Laissez-Faire Kepada Subordinat Gaya kepimpinan ini mungkin berkesan sekiranya setiap ahli mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diberikan. Tetapi dalam kes-kes yang melibatkan ahli yang mempunyai kepakaran yang rendah, organisasi tersebut telah dikenalpasti sebagai kurang kompeten dalam menangani masalah dan kurang kepuasan bekerja. Kumpulan pekerja seperti ini turut merasa tertekan dan menunjukkan mutu kerja yang rendah kerana kurang berdisiplin. Aspegern mendapati bahawa motivasi ahli-ahli yang berada di bawah kepimpinan laissez faire berada di tahap yang rendah. Secara ringkasnya, produktiviti, hubungan sesama ahli, perubahan persekitaran dan inovasi adalah rendah apabila berada di bawah kepimpinan laissez faire.

Dipetik Februari 22, 2013 dari http://www.slideshare.net/SKSBeroleh/kepimpinan Dipetik Februari 22, 2013 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepimpinan

Anda mungkin juga menyukai