Anda di halaman 1dari 2

NAMA PENYAKIT Asbestosis DEFINASI Fibrosis paru-paru yang disebabkan oleh serat-serat asbestos PENYEBAB PENYAKIT Serat-serat asbestos

yang sangat halus boleh memasuki paru-paru semasa seseorang itu bernafas tanpa sebarang perlindungan. Oleh kerana ia tidak dapat dimusnahkan oleh sel-sel sistem pertahanan yang terdapat didalam sistem paru-paru, ia terus terkumpul dari masa kesemasa dan menyebabkan terjadinya reaksi kepada dinding alveoli . Reaksi ini menyebabkan penebalan pada dinding alveoli ( fibrosis ) dan seterusnya menganggu proses pemindahan gas dari alveoli kesalur darah . Proses fibrosis ini mengambil masa yang agak lama ( 5 hingga 30 tahun ) untuk menghasilkan gejala-gejala asbestosis. PEKERJAAN YANG BERISIKO TINGGI Pekerja-pekerja pembinaan yang menggunakan Asbestos. Pekerja-pekerja yang membaikpulih, memusnahkan rumah atau bangunan lama. Pekerja-pekerja kilang yang memproses asbestos. Mekanik kenderaan bermotor Pembuat barangan yang menggunakan asbestos GEJALA-GEJALA Kesukaran bernafas terutama semasa menjalankan kerja berat dan disertai dengan batuk-batuk. Terkadang-kadang, kahaknya boleh bercampur darah. ( hemoptysis ) nya akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Lama-kelamaan , hujung-hujung jari akan menjadi bengkak ( clubbing ) dan biru ( cyanosis ). Kegagalan jantung boleh berlaku pada peringkat akhir dan boleh membawa maut. RAWATAN Asbestosis ini tidak boleh dirawat dan seharusnya dicegah sebelum berlaku . LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Penggantian asbestos dengan bahan-bahan yang lebih selamat adalah sangat digalakkan. Di tempat kerja dimana debu asbestos didapati berterbangan, langkahlangkah kawalan kejuruteraan adalah sangat sesuai seperti :Pemasangan alat ventilasi umum dan setempat,

Pengasingan kawasan kerja, Percikan air untuk mengurangkan berterbangan

debu

Penggunaan perlindungan pernafasan ( respirator ) yang sesuai dan diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan . Penggunaan Pakaian kerja yang khas ditempat kerja dan mandi sebelum pulang kerumah akan mengelakkan pendedahan asbestos kepada keluarga. Pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan dan berkala termasuklah pemeriksaan klinikal, ujian fungsi paru-paru, dan x-ray boleh membantu untuk mengesan penyakit ini diperingkat awal. Sila rujuk Peraturan Kilang & Jentera ( Proses Asbestos ) 1986 dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 untuk mengetahui tentang tanggungjawab majikan dan pekerja-pekerja berkaitan dengan pengunaan asbestos ditempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai