Anda di halaman 1dari 123

Tarikh 'Arab

~ By Genot @ Cari Forum ~

Prakata Dari Genot

Slama neh kita smua asik cakap pasal hikayat2 dalam negeri Melayu jah kan. X ramai plak tau keadaan kat Tanah 'Arab sana. Sampai ada stengah orang gi cakap Yahudi sebagai satu bangsa n conclude suma nabi asal dari Yahudi, sedangkan dorang adalah salah satu suku kaum di Timur Tengah Banyak lagik nabi lain yang bukan suku Yahudi, tapi dari suku Arab Purba. Ni lah bahananya tak membaca kisah nabi2 masa kecik2 dolo. Oleh itu mari kita kenali sejarah bahagian Timur Tengah. Aku mulakan nanti dalam thrid baru.

Muqaddimah
Asal-usul Bangsa
Zaman2 ilmu pengetahuan maju neh, muncul ler satu ilmu yang kalu kat universiti dipanggil sebagai ilmu antroplogi. Maksudnya ilmu mengkaji asal-usul sesuatu bangsa n kendian kita tengok pertaliannya dengan bangsa lain. Lepas dikaji2 oleh cendekiawan bahasa Arab neh, didapati bahawa bahasa neh bersangkot paut dengan bahasa Finniqi (Phonecian), Ibrani (Hebrew), Babil (Chaldean), n 'Asyur (Assyrian). Kita dapati jugak bangsa2 smua neh asal dari satu bangsa jugak. Bukti2 lain plak menunjukkan perkaitan dorang neh adalah dengan bentuk muka n perawakan yang sama macam rambut itam, janggot tebal cam Taleban, warna kulit, n lain2 ikot kajian DNA (biologi) n kajian asal usul keturunan melalui bentuk tuboh manusia (antropologi). Dalam smua hasil kajian ni, disimpulkan, bahawa bangsa 'Arab adalah termasuk golongan bangsa Samiah (Semites). Kata Gustav Le Bon, beberapa kurun lamanya, bangsa 'Arab memang dah wujud di muka bumi neh. Ahli2 yang mengkaji dan menyelidiki telah menggali khazanah bumi n mendapati bahawa bentuk badan manusia yang hidop masa zaman hampir nak masok ke zaman besi dolu adalah hampir sama saja smua. Orang yang belajar perkaitan sesuatu bahasa plak menyangka bahawa dataran luas yang terletak antara dua sungai besar iaitu sungai Furat (Euphrates) n sungai Daglah (Tigris) serta kawasan Kaukasus (Caucasoid) di samping kawasan utara Tanah 'Arab hanya didiami oleh satu bangsa saja dan menggunakan satu bahasa saja iaitu bahasa Saam. Pasai tu la bangsa 'Arab juga dikira sebagai bangsa Saam serumpon dengan bangsa Ibrani, Suryani, 'Asyor, n Kaldani. Yang jadi pertikaian ahli2 penyelidik tu adalah tentang tempat tinggal bangsa Saam yang asal. Dalam Torah, disebut manusia yang mula2 skali tinggal antara dua sungai besar iaitu Tigris n Euphrates sebelum berpecah2 n terpencar ke seluruh alam. Dari bangsa Saam keluarlah bangsa 'Asyour n bangsa Babilon kat Iraq, dan jadi bangsa Aram di Syria, jadi bangsa Phonecian di sepanjang pantai Syria, dan bangsa Ibrani di negeri Palestin dan Israel, jadi bangsa 'Arab di Semenanjung Tanah 'Arab, serta jadi bangsa Habsyi di Ethiopia (Habsyah).

Ada tiga pandangan pulak dari para penyelidik yang terkenal misalnya: 1. Rebter n Salet mengatakan bahawa asal-usul bangsa Saam adalah di Ethiopia kat Afrika sana. 2. Sprenger, Serider, Robertson, n Wenkler kata bahawa bangsa Saam asal dari Semenanjung Tanah 'Arab snirik. Kemudian baru dorang terpecah2 ke seluruh Bumi (Ardh, Eretz). 3. Egnazie Guidi plak cakap yang bangsa Saam asal dari utara Sungai Euphrates. Walupon dorang smua berlainan pendapat tentang asal-usul tempat tinggal bangsa Saam, tapi dorang smua sepakat cakap yang dari bangsa Saam lah muncol pelbagai bangsa di dunia neh. Dulu2, bahasa manusia cuma satu, tapi lama2 bila iklim dunia berubah n perbezaan kemajuan hidop, bunyi bahasa pong jadi berlainan n tulisan pong makin lama makin berubah, tatabahasa pong sama berubah.

Keturunan
Dalam buku2 tarikh berbahasa 'Arab, bangsa 'Arab neh dibahagikan kepada 3 bahagian: 1. 'Arab Ba'idah 2. 'Arab 'Aribah 3. 'Arab Musta'ribah Menurut riwayat Abul Fidaa, bangsa 'Arab neh dibahagikan tiga iaitu ba'idah, 'aribah, n musta'ribah. 'Arab ba'idah nih, adalah 'Arab purbakala. Riwayat dorang susah nak diselidiki sebab lama sangat. Cuma kita boleh tengok bekas2 dorang sikit saja tu pon melalui kajian sejarah sejarawan dan pakar arkeologi. Contoh 'Arab ba'idah adalah kaum 'Aad, Thamud, n Jurhum-ul- Awwal. Bangsa2 neh ada diceritakan dalam kitab suci kita iaitu Quran dan ada jugak disebut dalam kitab2 lain macam Torah, tapi bekas tamadun bangsa2 neh dimusnahkan Tuhan, cuma tinggal sikit je yang boleh dilihat hari nih. Lepas Jurhum-ul-Awwali atau kaum Jurhum Pertama, muncul pulak Jurhum-ut-thaani atau kaum Jurhum Kedua dari keturunan anak2 Qahthan. Lepas tu nabi Ibrahim datang ke Tanah 'Arab dan membangunkan Ka'abah yang skarang neh mungkin mak bapak korang atau sedara-mara tengah bertawaf kat sekelilingnya. Anak nabi Ibrahim (as) iaitu nabi Ismail (as) berkahwin dengan wanita dari suku kaum Jurhum Kedua ni. Keturunan Isma'il dengan wanita Jurhum ni, lahirlah bangsa 'Arab Musta'ribah, maksudnya, orang2 yang menjadi 'Arab. Suku Qahthan ni juga ada melahirkan dua lagi keturunan besar iaitu Himyar dan Kahlaan.

Himyar
Keturunan raja2 yang memerintah negeri Yemen ni semuanya suku kaum Himyar. Panggilan raja dorang ni adalah Tubba' kira macam Emperor la makna dia. Kalo lebih drpd dua Tubba' maka akan jadi Tababiah (jamak). Satu serpihan lagik dipanggil kaum Qudha'ah yang menguasai wilayah Syihr dan satu lagik serpihan bani Kilab menguasai wilayah Daumatul-Jandal di Tabuk, dekat2 negeri Syria. Yang lain2 serpihan kaum Himyar dari suku Tanukh dok kat selatan Syria. Suku Sulaih pulak dok di lembah2 subur di Syria, tapi camna pon dorang kena takluk pulak dengan raja2 Ghassan. Suku lain bawah kaum Himyar ni adalah seperti bani Nahd, bani 'Uzrah n bani Sya'aban.

Kahlan
Kahlan pon terpecah jadi banyak cabang. Yang terkenal skalik macam Azad, Thai', Hamdan, Muzhaj, Kindah, Murad, n Inmar. Dari kabilah Azad neh, muncul larh raja2 Ghassan. Dorang neh dolu2 memerintah negeri Syria. Ha, neh mesti hangpa ramai yang tak tau. Dari anak2 Ghassan ni larh muncul keturunan Aus dan Khazraj kat Yathrib. Yathrib ni nama lama bagi Madinah al-Munawwarah, makam nabi kita kat sini larh. Satu lagi cabang orang Kahlan keturunan raja2 Ghassan ni adalah suku Khuza'ah. Dorang nih menguasai Mekah sblom Quraisy lagi. Kabilah Thai' pulak dok kat Nejd-ul-Hijjaz kat lereng bukit Aja n bukit Salma. Lani dua2 bukit tu org panggil ja sebagai bukit Syamr. Dari kabilah Thai', muncul keturunan Nabhan, Salman, Hani, n Sadus. Kabilah Muzhaj n Hamdan banyaknya dok di Yemen. Keturunan Muzhaj adalah Khaulan, Janub, n 'Aud. Kabilah Kindah plak dok kat Hadhramaut, kemudian depa melebar kuasa ke kawasan bani Asad di Yamamah. Setengah cabang keturunannya ialah bani Sukun. Kabilah Murad dok di negeri Zubad, celah2 bukit di Yemen. Kabilah Inmar plak ada dua cabang keturunan, iaitu Bajilah n Khash'am. Suku Bajilah ni lah banyak yang buat jasa menakluk negeri2 'Arab masa zaman Saidina Omar al-Khattab.

Lakham
Depa ni keturunan Amar Ben Sabaa. Dari sini muncul keturunan bani Daar dan raja2 Munazarah kat Hirah. Hirah ni satu kerajaan lama di pinggir sungai Euphrates.

'Adnan
Ikut keterangan ahli persukuan 'Arab, 'Adnan iaitu moyang kepada 'Arab Musta'ribah ni sampai nasabnya kepada nabi Ibrahim (as) melalui nabi Isma'il (as). Isma'il duduk di Mekah dan juga dok dalam kalangan orang Jurhum Kedua. Baginda menikah dengan anak perempuan suku Jurhum Kedua tu. Kendian turun-temurun keturunan Isma'il (as) sampai kepada 'Adnan. 'Adnan dapat anak laki2 sorang nama Nizaar. Nizaar ada empat orang anak nama Ayyad, Anmar, Rabi'ah, n Mudhar. Keturunan Mudhar n Rabi'ah ni la yang paling ramai skali lani kat Tanah 'Arab sampai ke lani.

Mudhar
Cucu cicit dia ni ada banyak serpihan dia. Yang terbesar sekali nama dia bani Qais. Qais bernasab ke bani Hawazin n bani Salim yang dok kat negeri Nejd. Dari Qais turun bani Ghathafaan kendian turun bani Zibyaan kendian turon bani 'Abisin. Bani 'Abisin anak Baghiidh n Ashja' Ben Rayist n Ghaniy Ben 'Asur. Bani 'Absin n bani Zibyaan ni diperangi oleh Khalifah Abu Bakr as-Siddiq lepas wafat nabi (saw) sebab murtad menolak zakat. Mudhar ada anak2 lain lagi macam Ilyas. Kabilah yang masyhur skalik dari keturunan Ilyas ni adalah Tamin Ben Murr, Huzail Ben Mudrikah, n Asad n Kinanah Ben Khuzaimah. Dari Kinanah muncul pulak Quraisy. Ha, takkan tak nah dengar kot? Ni la suku kaum nabi (saw) kita. Quraisy ni nama manja Fihr Ben Malek Ben Nadhar Ben Kinanah.

Quraisy
Quraisy terpecah lagi jadik beberapa kabilah. Yang terkenal skalik adalah Jumah n Sahm. Depa ni anak2 kepada Husais Ben Ka'ab. Lepas tu kabilah Adi Ben Ka'ab, Makhzum Ben Yaqzath Ben Murra Ben Taim Ben Murra. Pastu Zuhrah Ben Kilab n Abdud Daar Ben Qusai, Asad Ben Abdul 'Uzza Ben Qusai n Abdu Manaf Ben Qusai. Abdu Manaf plak ada empat cabang keturunan. Abdu Syams, Naufal, Abdul Muthalib n Hasyim. Dari keturunan bani Hasyim lahirlah Muhammad Ben Abdullah Ben Abdul Muthalib Ben Hasyim.

Rabi'ah
Ni kita ada sebut tadi. Rabi'ah ni adik kepada Mudhar. Yang terkenal skalik dari anak2 Rabi'ah ni adalah Asad n anak2 dia dok kat selatan Wadi ar-Rimmah. Kendian pecah lagi keturunan dia muncul anak2 Wail yang melahirkan bani Bakr n bani Taghalib. Dua2 kabilah Bakr n Taghalib ni asyik bergaduh n berperang utamanya lepas Kulaib terbunoh. Dorang perang sampai hampir pupus sesama snirik. Kepada Bakr Ben Wail ni gak la bernasab bani Hanifah di Yamamah yang diperangi oleh Abu Bakr as-Siddiq sebab murtad. Anak cucu Rabi'ah n anak cucu Mudhar ni pon bermusuh jugak sampai beratus2 tahon. Biasanya bani Rabi'ah akan mintak tolong Arab Yemen untuk perang dengan bani Mudhar.

...............................................

Yang kita dapat lihat dalam post2 sblom neh adalah ringkasan nasab2 bangsa 'Arab n keturunannya. Tapi banyak jugak ahli riwayat x tetap bertanggungjawab tentang kesahihan nasab2 tersebut. Walau camna pon nabi Muhammad (saw) mmg sah keturunan nabi Ibrahim (as) dan x campur aduk dengan kabilah2 lain dari zaman 'Adnan sampai ke Isma'il. Ustaz Ahmad Amin dr Universiti Fuad I dalam bukunya Fajrul Islam sebut yang mmg ramai orang tua2 yang sangat amik berat dalam susun nasab silsilah keluarga ni siap dengan cabang2 belahan smua masa tulis kitab riwayat tapi x smua nasab2 tersebut ditanggung kebenarannya. Imam Malik (ra) sniri pon semasa dengar sorang laki2 cakap yang nasabnya boleh dikesan sampai ke nabi Adam (as) menyatakan rasa menyampahnya dan spontan je keluar dari mulut beliau: "dia tau benda tu dari sapa?" Masa orang cakap dia leh trace keturunannya sampai ke saidina Isma'il, dia pon tanya: "sapa yang kabar ke dia?" Gimanapon, penduduk Arab Selatan n Arab Utara memang ada perbezaan dari segi bahasa juga bentuk badan.

Arab bercampur dengan bangsa lain tak ?


Ada....... Tak ada pon Arab yang pure blood sebab yang pure blood tu kita panggil Badwi. Pemuhong kalu dia cakap dia pure blood, sebab Arab dah bercampur se. Lain la Tiong. Dorang memang pure, sebab tu muka pon pan-face jah n "bertamadun tinggi." Bukan cam 'Arab bebal. Bangsa 'Arab bercampur gaul dengan bangsa Finniqi (Phonecian), Kaldani (Chaldean), Yunani (Ionian), Romawi (Roman), Ibrani (Hebrew), Habsyi (Ethiopian), Zanji (Afrika), n lain2. Kabilah2 Arab ni pindah2 tempat masa dorang jadi Badwi. Ada yang tinggal berdekatan dengan kawasan yang lain akan serang menyerang atau diserang orang lain. Ni salah satu sebab pertukaran nama pengenalan sesuatu suku kaum dalan sejarah manusia. Lepas zaman nabi Muhammad (saw), orang dah bercampur aduk pula dengan bangsa2 lain di luar kawasan Tanah 'Arab dan masuk ke negeri2 lain pula untuk menggabungkan negeri2 tersebut dalam satu empayar pemerintahan. kat negeri2 yang dimasuki n ditakluki tu, depa kawin lagi dengan orang tempatan yang melahirkan keturunan2 baru. Lagi satu, naik haji jugak penyebab percampuran pelbagai bangsa dengan orang Arab. Orang Islam pelbagai bangsa akan bercampur di kota Mekah, berkenalan antara satu sama lain dengan kawan2 lain yang berlainan bangsa tapi kongsi satu agama. Bangsa Syiria, Mesir, India, Bangla Tiong, Parsi, Zanji, Moroko, Algeria, Melayu, Jowo, Siam, smua bercampur2 di sini. Banyak bersemenda, maka skang nih aku agak dalam 79% penduduk kota Mekah tu adalah campuran umat Islam seluruh dunia. Sebahagian kota, percampuran dia gitu, di kota lain, lain pulak percampuran dia. Zaman ni, dah berbeza la plak perangai n peradaban orang2 Arab di negeri2 'Arab snirik. Orang 'Arab Mekah, kulit kuning2 gitu. 'Arab Najd terbakar hangus sket. 'Arab di Oman, badan besar2 debab. 'Arab Yemen, ketot2... 'Arab di Syria n Maroc pulak macam omputeh, 'Arab di Mesir hitam2 manis n body banyak besar manakala yang dok kat pekan2 tu kulit kuning2 macam Turki sebab pernah diperintah oleh orang Turki. 'Arab di Iraq badan tegap2. 'Arab di Andalus macam rupa orang Eropah la sebab dah dok di Eropah n 'Arab Nusantara macam kat Sulawesi, Siak, Pontianak, smua rupa dah jadi rupa tempatan cuma zaman dlo orang kenal dorang dengan ketayap puteh. Keturunan aku masih rupa 'Arab lagik ya, n kami x tunjuk pon kami keturunan 'Arab, tengok rupa jah dah tau.

Badwi
Badwi bukan bapak Abdolah Badwi ya, nama bapak dia Ahmad, bukan Badawi, dia ngada2 kununnya tambah clan name ... Badwi ni orang 'Arab yang jauh dari pekan jadi dorang susah bercampur dengan bangsa luar. Hidop dorang x banyak berubah pon dr dolu sampai ke lani. Dalam Torah yang mulia sniri ada diceritakan tentang yang 'Arab badwi ni dok jauh dari kota n memandang rendah orang kota. Jadi, macam yang hangpa baca dalam buku teks sejarah Islam darjah 3 dolu, ada la disebut masyarakat 'Arab terbahagi kepada dua golongan iaitu 'Arab msyarakat kota n 'Arab masyarakat badwi. Lani aku xtahu sama ada anak2 ada belajar ka dak sejarah Islam dalam Pendidikan Islam. Dolu aku skolah rendah kebangsaa kat Cheras memang ada belajar sikit sebanyak. Kat SJKC atau SJKT, aku tak tahu la, mungkin ajar sejarah Liga India atau sejarah dinasti Ming, dinasti Zhou, smua. Yang tu masa STPM dolu pon aku baca untuk kertas sejarah. Orang badwi ni smua orang pon tau lah x gi skolah, n x ada tamadun kemajuan yang sampai kat dorang. X ada rowayat pon yang boleh dikaji oleh cendekiawan sejarah macam orang Kedah atau orang Patani atau orang Melayu (Melaka). Ramai gak orang berpendapat badwi masih mengekalkan cara idop dorang sama macam 4000 tahon lepas. Tiap2 kabilah dorang ni ada Syeikh atau Amir. Tebiat badwi ni, depa ni suka perang, ganas, n suka bela onta, bebiri, n kambing. Tak suka terikat kat mana2 kuasa atau kat sesapa. Tu sebab depa x suka orang bandar. Depa kata akibat terlalu bertamadun sangat akan mengekang kemerdekaan. Bukti dorang nih xpernah ditakluki mana2 kuasa? Roman, Greek, n Persian smua xleh jajah depa n x leh jajah minda depa. Gustav Le Bon kata, badwi Tanah Arab pantang tanam gandum n pantang tanam pokok2 ada buah. Depa jugak pantang buat rumah sebab benda2 tu mengongkong kemerdekaan n menyebabkan terikat. Sebab selalu merempat, depa ni ada tebiat menyerang n merompak orang2 pekan. Orang pekan takot kat badwi. Masa zaman Sharif Hussein mentadbir Mekah pong, jalan antara Mekah n Madinah xnah aman sebab badwi selalu menyerang. Orang pekan cakap badwi merompak, tapi badwi kata depa mencari nafkah. Gustav Le Bon jugak cakap dalam bukunya, "Sejarah Tamadun 'Arab,": tebiat badwi merompak kabilah yang lalu lalang ni x banyak beza dengan serangan bangsa Eropah atas negeri2 yang ditakluki deangan tujuan membawak balik hasil mahsul negeri2 yang ditakluki. Bezanya badwi serang bangsa maju n bangsa Eropah serang bangsa badwi.

Aku kurang setuju gak ngan Gustav Le Bon kat bezanya bangsa Eropah serang bangsa badwi. Orang Tanah Melayu ni badwi n tak ada peradaban ka sebetol2nya? Macam mana boleh ada Tarikh Patani n Hikayat Merong Mahawangsa kalu x tamadun? Tu kan tanda orang sni dah ada kontek dengan org macam2 bangsa? sambung lagi..... mayang asarq pada waktunya satttt kena tutup kompter n brenti buat smua urusan, satgi aku bukak sambung balik, tata......

...................................
Mai kita tengok kata2 orang2 kunun cendekiawan, walupon sbenarnya itu adalah pandangan peribadi seseorang yang x semestinya sah....

Palgrave
Dia menolak dakwaan stengah ahli rowayat yang tuduh bangsa 'Arab ni bebal x leh terima kemajuan. Dia kata, yang boleh nampak kat tebiat bangsa ni yang depa bleh menerima kemajuan, boleh pakai alat2 baru, kereta api, mesin2 dan lain2 kalau ada orang yang ajar dan tunjukkan dolu jalannya. Kemajuan smua mari dari Barat ka? Menyampah gak aku bila orang Barat bercakap macam la smuanya depa yang mulakan. Sama gak macam orang Tiong cakap macam smua dimulakan di Tamadun dia. Kita orang 'Arab pong bleh cakap benda yang serupa berkenaan tamadun Mesopotamia dan pembinaan Ziggurat2 yang hebat. Palgrave cakap yang dia tengok n mengalami sendiri pengalaman tinggal di Semenanjung Tanah 'Arab.

Zabarouski
Ahli2 rowayat smua sepakat mengatakan yang jenis2 'Arab ni adalah antara manusia2 yang noble (aku x termakan pon pujian2 x bermakna ni, kita umat yang bertuhan, maka smuanya ikot aturan Tuhan). Kita berasa takjub dengan mereka seperti juga penyelidik lain takjub selepas melihat persediaan mereka dalam menerima kesopanan, menghargai maruah diri, serta turut mempunyai perangai2 mulia lain.

Al-Alusi
Bangsa 'Arab sebab termasuk dalam golongan manusia yang cerdas, sempurna akal fikiran, serta fasih maka timbullah pada mereka segala dasar budi pekerti dan mereka mewarisi segala peri laku yang baik (hahahaha...... macam x tepat ja masa aku ke Saudi dolu, x tahu la mungkin dimaksudkan segi yang lain). Akal yang sempurna menghasilkan ilmu makrifat, darjah, dan hikmah, kebijaksanaan dan kecerdasan. Kuat ingatan (aku memang kuat ngafal, femli aku xsmua yang kuat ngafal, ada dua tiga org ja n ni sebab usaha bukan sebab warisan, ok Tuhan kurniakan), suka buat firasat n meramal kejadian dan tepat pertimbangan (aku rasa ni smua applies kat 'Arab zaman purba yang mengikut syariat nabi2, 'Arab skarang kebanyakannya macam mangkok).

OK ni smua puji2 melambongggg ja n aku komen pandangan aku dalam kurungan, takkan nak biar kat "skolar" ja kan, depa pon sama ja mcm kita smua, bukan malaikat....... masok ke benda yang berlawanan...... bangsa lain amik la teladan.... jangan dok ingat kita suci jaaaa.....

Ibnu Khaldun
'Arab sudah biasa idop sederhana n biasa juga hidop liar. Tebiat suka merampas harta orang, n senang2 suka merosakkan harta benda orang. Kalau pukul negeri lain, habis hancur binasa sebab depa liar. Depa x suka dengan peraturan n undang2 (skarang ni ada Islam yang atur idop 'Arab, n ada juga agama2 lain mcm Kristian n Yahudi). Tebiat dorang suka perang, membangsat, n x reti dok stempat berlawanan dengan pembangunan kemajuan n tamadun. Lagi, dorang xleh hidop dalam bentuk kerajaan teratur. Tak tau kekurangan dan x perlu hidop yang mewah2 sebab dah biasa merempat, mengembara, n susah. Dorang rasa x yah diatur2 oleh orang lain melainkan ikot ketua kabilah saja. Susah nak atur kehidupan dorang n dorang cuma ikot Amir dorang. Hal ni menimbulkan 'Assobiyah dan x bersatu sesama bangsa. Amir cuma bleh jadi ketua jah, tapi xleh bertegas dengan pengikot. Berbeza dengan kerajaan, Raja mesti tegas n kuat.

O'leary
Bangsa 'Arab yang jadi contoh tu adalah bangsa yang hanya pandang kebendaan (materialis) saja. Tak ada ruangan nak berimaginasi lebih jauh n x ada belas kasihan. X da la kuat agama macam mana pon. Hanya pandang benda yang bawa untung pada zahir saja yang kononnya boleh meningkatkan harga diri. Jadi, dorang memberontak terhadap apa saja bentuk pemerintahan atas dorang. Dalam diri dorang ada benci, dengki, khianat, n sakit hati kat panglima perang atau syeikh dorang snirik sejak dari awal dia dilantik jadi ketua kabilah. Dorang boleh berkhianat kat kawan baik sniri. Kalo orang buat baik, dorang bukan berterima kasih, tapi sangka orang tu lemah n takot kat dorang. (macam penah dengar ja kat bangsa2 lain pon.... nak sebot ke? xyah la, hehehe)...

La Mains
Bangsa 'Arab bangsa yang terlalu demokrasi. Memberontak kat segala kuasa yang cuba membatasi depa atau mengongkong depa walaupun kongkongan tersebut adalah untuk kebaikan dirinya. Ni jugak sebab kita selalu nampak timbul huru-hara n kekacauan n pengkhianatan dalam sejarah 'Arab. Sebab x tahu benda2 ni jugak orang Eropa selalu melakukan kesalahan dalam memerintah bangsa ni sehingga menyebabkan banyak korban, sedangkan tak perlu pon nak mengorbankan orang. Sebab tebiat susah nak ikot arahan atau perintah jugak menyebab bangsa 'Arab xleh tiru kemajuan Barat. Dorang diumpamakan macam singa ganas yang kena kurung kalo diperintah oleh orang lain.

Lain segi, bangsa 'Arab jujur, teguh janji, setia adat nenek moyang, pegang persahabatan. Benda2 ni adalah sifat khusus. Le Mains berpendapat kalu bangsa 'Arab dah mula bercucuk tanam n menetap, maka lama2 sikap tebiat dia jugak akan berubah.

- genot -

Komen tokoh agamawan kita macam ustaz Hamka tentang statement2 skolar dalam posting2 sblom ni. Ha, ni Hindon jangan dok ngada2 klaim, dalam Islam x ada nasionalisme Hind-On smua. Hangpa tu Hindu-n... P klaim dewa Siva n Murugan. Komen tokoh pertama n kedua nampaknya terlampau puji melambung. Sebab puji2 ni, dorang lupa plak bangsa 'Arab ni manusia, bukan malaikat. Yang lain plak cakap bangsa 'Arab sebagai perompak. Liar, x ada adab, merosakkan negeri orang macam Ya'juj Ma'juj. Materialistik, kejam, x leh terikat dengan politaik kerajaan, x ada imaginasi, n x suka diatur2. Pandangan Ibnu Khaldun n O'leary ni pon sudah over-acting. Dua2 pihak yang puji n mencela pon sudah over melebih2. Benda ni berlawan plak dengan ilmu kaji bangsa2 terbaru yang mengatakan tiap2 bangsa ada cacat cela, ada juga kelebihan. Jadi jangan dok ingat kita smua mulia jah. Dengar dak pak Hindu-n? Dengar dak orang Tiong? Pandangan terakhir iaitu pandangan la Mains plak nampak x adil sebab dia nampak cam benci kat bangsa 'Arab dan memandang bangsa lain rendah daripada bangsanya. Lain daripada tu, nampak macam tak cukup selidikan. Dorang patut sebut juga tentang beza 'Arab Kota n 'Arab Badwi. Macam mana akhlak dorang? Ibnu Khaldun pon sama, tak bezakan 'Arab Kota n 'Arab Badwi. Pastu dia x bezakan 'Arab yang ikot syariat agama n 'Arab Jahiliah (Dark Ages). Ada beza smua tu. Pastu statement Ibnu Khaldun nampak bias lagik. Dia cakap bangsa 'Arab memusnahkan tamadun tanah yang dimasuki atau yang dipukul. Bekas sejarah banyak jah. Macam mana dorang menjadi transmitter kepada tamadun dan juga bekas2 peradaban kuno yang ada di Yemen dan sebagainya. Pendapat yang mengatakan bangsa 'Arab x leh diatur tu lebih merujuk 'Arab badwi. Bangsa 'Arab ada mendirikan kerajaan2 yang kuat. Satu masa dolu, bangsa 'Arab pernah mendirikan tamadun, menggilap ilmu pengetahuan bernilai, dan sebarkannya ke seluruh dunia. Dia bukan sebut pasal 'Arab kurun ke-13 M jah, ni maksudnya juga 'Arab sejak sebelum Masehi. O'leary cakap bangsa 'Arab materialistik tamak loba n tak peduli kat agama. Aku nampak ciri

ni macam kebanyakannya kat kaum Tiong, buat masa ni la, x leh plak pukul rata semua Tiong, nanti jadi pahaman sempit. Ambil semua positif saja n jadi tauladan, benda buruk kita tinggalkan manusia smua sama ja. Dalam hikayat2 lama 'Arab, banyak cerita2 tentang sikap orang 'Arab yang dermawan n budiman n smua ni adalah kisah benar. Sebab kita jarang jumpa ja kita terus konklude sebagai dongeng. Orang 'Arab yakin dengan ajaran agama mereka dan setia agama dan nenek moyang. O'leary ada jugak cakap bangsa 'Arab bebal n kurang ingatan, x ada imaginasi, x ada perasaan estetik. Pendapat ni x benar, bangsa 'Arab ada menghasilkan puisi2 n syair setanding bangsa2 lain. Ada syair tasawwuf, cinta, rindu, keberanian, perang, adab, falsafah, dan lain2. Aleghiori Dante di Itali n Goethe n Schiller di Jerman pon terpengaruh dengan gaya syair 'Arab. Ikut pandangan ustaz Hamka, bangsa 'Arab dilihat pada bentuk badan dia. Pukul rata tinggi n kurus2 kecuali beberapa suku kat Yemen tu ketot2. Muka panjang n kulit putih kuning, tapi setengah kawasan yang panas kulit dia sawo matang merah2. Warna mata hitam, rambut kasar, kening tinggi, hidung mancung, mulot kecik, telinga kecik. Cerdik n mudah belajar. Perengus gak. Kalau maruah jatuh n dimalukan orang, dia akan jadi perengus. Kalu marah jugak, dia akan spontan pegang pedang nak gaduh n x peduli lagi kalo2 lawan dia tu lagi kuat. Perang memang hal biasa di Timur Tengah. Orang 'Arab memang ada datang sampai ke Nusantara n beli pedang dan bahan2 bedil. Orang 'Arab memang suka kebebasan n suka persamaan hak tapi masa yang sama dalam hati dia tetap juga anggap yang keturunan dia lebih mulia daripada yang lain.

....................................... ....................................... Penyelidikan Moden


Kita smua dah tau kan bangsa 'Arab ni sblom kebangkitan nabi Muhammad (saw) tak da tempat tinggal tetap, kononnya x berhubung dengan bangsa luar yang lebih maju macam Roman, Greek, n Mesir. Benda2 ni smuanya kurang tepat. Penyelidikan zaman moden ni mendapati bahawa bangsa 'Arab dah lama berhubungan dengan dunia luar, jika nak dibandingkan dengan tamadun Sungai Kuning. Orang 'Arab dah berhubung dengan bangsa Roman, Greek, dan Mesir dari segi peradaban dan dari segi hubungan perniagaan. Penyelidik2 sejarah nih banyak menghabiskan masa, umur, duit ringgit dah masuk ke Tanah 'Arab semata2 untuk ilmu pengetahuan. Bagi bukti la kan.... Satgi orang kata kita mereka cerita nak besarkan nenek moyang kita pulak. Tahun 1825, ada 3 orang penyelidik masuk ke Tihamah n 'Asir. Mereka adalah W. F. Hemprich, M. O. Tamisier, n C. G Ehrenberg. Banyak lagi penyelidik dari pelbagai negara

Eropa macam JR Wellsted, C. Cruttendu, A. Von Wred, S. B Miles, Burckhard, Sir Richard, G. F Sadlier, GA Wallin, C. Doughty n C. Hubber. Hangpa wiki ja lah, malas aku nak panjang2.... Bahan rowayat 'Arab ni terbahagi 2: 1) ditulis dalam kitab2 - sama ada yang kat tangan orang 'Arab snirik atau kat luar 'Arab. - kitab tertua skalik ada cetera bangsa 'Arab adalah Quran yang mengisahkan tentang kaum 'Aad, Thamud, Rowayat Raja2 Yemen, Banjir Ma'areb yang dipanggil sebagai Sairul 'Arem. Quran ceritakan sikit n x detail, bagi key point jah, kita la yg kena selidik. Ni tidak bukan umat Islam selidik, orang x percaya kitab kita yang selidik. - kitab rowayat karangan Ibnul Athir, Sirah Ibno Hesham, Tarikh Ath-Thabari, Murjuz Zahab, 'Eqdol Farid, Ibno Khaldon n etc. - rowayat jahiliah sebelum kebangkitan Muhammad (saw) seperti syair Abu Tammam, Abu Zaid al-Helali, Thabaqat Ben Qutaibah, etc. - kitab Torah (Old Testament) yang ada dalam Bible KJV atau yang diguna orang Yahudi, sedara srumpun kami. - karangan Herodotus, Strabo, Baltius, Ptolemus, n lain2. 2) bekas2 arkeologi lama - ada dalam bekas2 lama macam tumpayan, kat Tanah 'Arab macam Hejaz, Yemen, n lain2. Yang kat luar2 macam bekas bangsa Saam srumpon yang len macam Babilon, 'Asyur, Mesir, n Phonecian. - lukisan2 kat runtuhan umah lama di Hadhramaut, Yemen, n Selatan 'Arab. Banyak lagi yg tersembunyi n payah nak korek. - bekas umah2 kuno orang Babilon, misalnya ukiran tulisan berbunyi "Melokh" dan satu lagi rekod kerajaan 'Arab Purba bernama "Mu'in" n "Manium" direkodkan dalam ukiran tulisan. Semua rekod2 batu bersurat ni berusia 3000 BCE. Skang nih banyak penyelidik masih dok selidiki di USA, di Eropa. Di nagara kita, aku x tahu sejauh mana penyelidikan ni smua n macam mana smua ni diaplikasikan dengan pelajaran2 lain macam agama Islam, n ilmu2 fardhu kifayah len. Lain2, banyak artifak purba di Iraq kena curi masa US Invasion n ada juga orang2 'Arab di Jordan n Syria yang jualkan naskah2 kitab purba kepada penyelidik luar. Orang di Nusantara, apa peranan anda kalu pak 'Arab bebal?

Rowayat 'Arab Sebelom Kebangkitan Muhammad (saw)


'Arab Ba'idah (Purba)
Ibnu Khaldun cakap yang keturunan 'Arab 'Aad ni asalnya dari 'Aad Ben 'Aus Ben Iram Ben Saam. Depa memola tinggal di Ahqaaful Raml. Tempat ni terletak antara Yemen n Oman jalan nak ke Hadhramaut n Syihr. Al-Mas'uudi plak sebot: "yang berkuasa sesudah 'Aad tu adalah Shaddad. Keturunan dia kemudiannya meluas sampai ke 'Iraq, Syria, n India. Ibnu Sa'ad plak menceritakan dalam rowayatnya bahawa kaum Shaddad ni pernah mengalahkan tanah Qubti (orang asli Mesir). Depa masuk sampai ke Iskandariah (Alexandria) dan mendirikan kota Un. Kendiannya depa dihalau keluar balik oleh orang Qubti yang mintak tolong orang Sudan n Berber. Orang Shaddad masih lagi berkuasa lepas tu di Yemen sana sampai la depa dikalahkan oleh Ya'arob Ben Qahthan. Orang2 Shaddad lari ke bukit2 di Hadhramaut n kendian musnah terhapus smua di sana. Sat lagik cabang 'Arab kaum 'Aad nih adalah 'Obail. Dia sedara dengan 'Aad Ben 'Aus jadi anak cucu dia jadi bangsa sepupu lar. Dorang dok kat Juhfah, sempadan Mekah n Madinah skang neh. Kaum 'Abd Juhkam Ben Iram plak dok kat Tha'if tapi lama2 dorg pon pupus gak. sambong....... kang letih nak baca.... leh aku dapat kredit banyak gok, hehehe... Dalam Quran besa dengar tak Iramazaatil 'Imaad? Ingat aku dalam Surah al-Fajr? Jap, aku letakkan kat sini terjemahan surah tu dalam BM.... Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai ba-ngunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al Fajr, 89: 6-8) Kaum 'Aad ni suku kaum 'Arab Purba n Nabi Hud adalah orang 'Arab Purba.... Bukan Yahudi atau Israel. Israel mula dengan Ya'akob. Yahudi mula dengan keturunan anak2 Ya'akob. Kaum ni dimusnahkan oleh Tuhan, tengok dalam surah al-Haaqqah ayat 68 kalo xsilap la. Tahon 1900 dolu ada pengkaji omputeh masuk situ n wat kajian padahal sblom neh org ingat benda2 tu dongeng purba jah. Hasilnya dorang jumpa bekas kota tu di Rabb el-Khaali skang neh dalam Yemen n dekat2 dengan Saudi Arabia di selatan.

Penemuan arkeologi 'Ubar, bandar yang ada tiang2 Iram... Dah tenggelam bawah tanah2, pasir, n batu.... Macam yang dicerita dalam kitab suci.

ok... aku dah dapat kekuatan sikit nak menaip, fuhhhhh........... sambung balik bab 'Arab Purba.... Kita masuk pulak kaum Thamud.

kaum Thamud.
Kaum Thamud ni jurai keturunan dia mula kat Thamud Ben Kathir Ben Iram. Kampong dorang di Hajar Wadil-Qura. Terletak antara Hijaz n Syria. Rumah2 dorang nih dipahat dalam batu2. Ha, boleh cam kan. Ni kaum nabi Salleh (as). Ingat baik2 sedara Islam smua. Kata al-Mas'udi, Thamud ni berkuasa dulunya di Hijaz sampai ke Syria n lautan Ethiopia skang ni. Rumah2 dorang dipahat dalam batu2, terletak di jalan jemaah haji lalu di Wadil Wura. Menurut rowayat Ibnu Kalbi mengatakan kaum Jadis dan Thasmin, antara cabang kaum Thamud ni juga berasal dari keturunan Iram Ben Saam. Kaum Thasmin tinggal di Bahrein. Tapi kot at-Thabari plak, dia cakap dua2 suku ni dok di Yamamah, bukan kat Bahrein. Korang cek dalam google map lar. Sebab Yamamah ni subur, senang nak bukak negeri, buat umah, n buat taman2. Salah seorang raja dari dinasti Thasmin atau suku Thasmin ni nama dia Amluq. Ganas n zalim!!! Ni lah bentuknya rumah orang 'Arab Thamud....

interior design umah dorang.....

Macam mana gunung batu yang keras macam besi leh jadi rumah2 lepas dipahat manusia.... Kalo korang penah ke negara2 'Arab, batu2 kat tempat dorang neh macam besi, kalo ujan lebat, lekok2 kat batu dia boleh takung air n menyebabkan banjir di kawasan2 lembah.

Boleh gak amik tafsir Quran masing2, baca surah al-Hijir. Baru la syoq baca kalu kita tau benda2 tu rujuk kat sapa kan... Khabarnya, nabi Muhammad (saw) tak suka dok kat tempat ni lama2, baginda ada cakap xsedap ati dok kat tempat bekas ditimpa bencana.

Kalu anda biasa bukak kitab Injil terjemahan KJV dalam basa Inggeris bahagian Torah (Old Testament), mesti anda akan terbaca perkataan Amalechites. Amalechites ni merujuk kepada Amaliqah dalam bahasa 'Arab kita. Dorang ni berasal dari keturunan Amaliq Ben Lauz. Amaliqah ni suku 'Arab Purba. Ada kisahnya pengikut Nabi Musa (as) dihantar ke Madinah untuk hapuskan anak cucu dia sebab sangat ganas, kejam n jahat sewenang2nya. Ni juga permulaan kewujudan orang Yahudi atau anak cucu Israel di Madinah. Nanti la aku cerita bila sampai part dia. Panjang neh!!!! tak tahu aku larat ke tak nak cerita satu2. Balik semula ke Amaliqah, rujuk at-Thabari, keturunan Amaliqah ni berkembang pesat dan akhirnya tersebar2 ke merata tempat. Ada jah pecahan keturunan dia di Oman sebelah timur Tanah 'Arab. Kat Hejaz pong ada keturunan dorang. Fir'aun yang memerintah tamadun Mesir pong ada yang keturunan Amaliqah. Raja2 Kana'an di Syria pong keturunan Amaliqah jugak. Al-Jarjani pong menyokong bahawa keturunan Amaliq ni ada yang jadi Fir'aon di Mesir. Satu lagik cabang sedara Amaliq Ben Lauz ni (sama ada abang atau adik dia) mengikut setengah rowayat tersebar di Tanah Parsi. Satu lagi cabang dipanggil Hadhura berkampong di Rass. Dorang ni penyembah api atau majusi (Zoroastrian). Hadhramaut plak xtermasuk dalam golongan 'Arab Purba. Dorang nih masuk bawah kategori 'Arab 'Aribah sebab keturunan dorang masih wujud dalam kurun2 kemudiannya iaitu selepas era Masehi. Lagi satu kaum Jurhum. Ikut Ibnu Sa'ad, Jurhum ni ada dua. Jurhum Awal n Jurhum Kedua. Jurhum Awal ni masuk kategori 'Arab yang dah musnah. Jurhum kedua plak dari keturunan Jurhum Ben Qahthan. Mula dengan Ya'arob Ben Qahthan yang pernah memerintah Yemen. Dia dilantik juga sedara dia menjadi raja di Hejaz.

.................................................. ..................................................

Arab Musta'ribah
Dah serba sedikit paham lah kita tentang 'Arab Purba maka kita pon cuba lah pula meninjau sapa dia 'Arab Musta'ribah. 'Arab Musta'ribah adalah 'Arab yang ada kat Utara Tanah 'Arab masa ini. Ibnu Khaldun menyebut, 'Arab Musta'ribah ni dikenalpasti sebagai 'Arab Yemen n 'Arab Sabaa'. Tukang rowayat keturunan bani Isma'il cakap yang nenek moyang dorang, Sabaa' tu asal dari keturunan Kush Ben Kan'an. Ahli rwayat keturunan 'Arab berselisih x mo terima. Dorang majoritinya terima yang Sabaa' ni keturunan Qahthan. Sabaa' Ben Yashjab Ben Ya'arob Ben Qahthan. Ibnu Hazmi plak merowayatkan bahawa Qahthan ni ada 10 orang anak laki2, dari smua anak2 tu dia langsong x dapat keturunan. Dua orang daripada anaknya tu masuk dalam suku kaum Himyar. Maka diceritalah sorang daripadanya iaitu al-Haarith Ben Qahthan, bahawa orangnya beroleh keturunan bernama al-'Asur, maka dari situ turunlah Hanzalah Ben Safwan. Hanzalah Ben Safwan ni adalah nabi bagi kaum Ras. Kaum Ras ni duduk di antara Najran n Yemen, dan tinggal sepanjang Yamamah ke Hadhramaut. Anak yang kedua Qahthan iaitu, Ya'arob Ben Qahthan pula menurunkan kaum Himyar. sambung ah lagi... penat gak menaip neh, tapi sebab ilmu pengetahuan utk smua, aku taip gak. Ibnu Sa'ad juga mengatakan selepas Ya'arob Ben Qahthan tu, anak dia plak jadik raja. Anaknya bernama Yashjab Ben Ya'arob. Ada orang cakap, nama betul dia adalah Yemen. Dia sbenarnya buat rampasan kuasa daripada bapak2 saudara dia. Lepas Yashjab, anak dia iaitu, 'Abd Shams pulak jadi raja. Nama betol 'Abd Shams kata orang adalah 'Aber. Orang pon panggil dia sebagai Sabaa' sebab dia pandai wat strategi pukul orang n dia la orang pertama yang bukak empangan kota Sabaa' dengan dinding bendungan air yang terkenal tu iaitu Saddu Ma'areb. Ingat aku dalam kitab Torah pong ada cerita. Empangan Ma'areb

dinding empangan

ok, aku sambung balik sikit.... kata al-Mas'udi plak, raja Yemen yang memola skalik adalah Sabaa' Ben Yashjab Ben Ya'arob Ben Qahthan. Nama dia juga adalah 'Abd Shams (Hamba Matahari). Beliau ni berkuasa selama 480 tahon. Lepas tu, anak dia plak, Himyar Ben Sabaa' Ben Yashjab Ben Ya'arob. Beliau ni pon gagah perkasa, cekap berkuda, segak smart dan berkuasa selama 50 tahon. Stengah org cakap lebih drpd 50 tahon, stengah cakap kurang. Gelaran lain bagi Himyar ni adalah al-Mutawwaj maksud dia yang bermahkota. tersebotlah plak rowayat Ibnu Sa'ad bahawa lepas Himyar, naiklah plak sedaranya Kahlan. Lepas tu naik Wasil Ben Himyar. Pas tu Saksak Ben Wasil. Di Oman plak, lepas Malek Ben Himyar ninggal, dia diganti oleh anaknya Qudha'ah. Qudha'ah ni berperang ngan spupu dia Saksak n kalah lar Qudha'ah. Dia pong dihalau kuar. sudah habis umur Saksak, diganti plak dia oleh Ja'far Ben Saksak. Ramai musuh dia nih, antaranya Malik Ben al-Haf Ben Qudha'ah. Lama gak terjadi kacau bilau, sampai la Ja'afar ninggal n diganti oleh anaknya Nu'man. Nu'man ni raja boneka jah, sebab yang kawal takhta

sebenarnya adalah Maran Ben 'Auf Ben Himyar. Gelaran lain bagi si Maran ni adalah Zi-Riash maksudnya berbulu pelepah. X tau la, mungkin bulu dia macam bulu burung kot, ahahaha Daerah yang dikuasai oleh dorang ni adalah di Bahrein. Maran masuk ke Najran gak n dia berperang dengan Malik Ben al-Haf Ben Qudha'ah. Nasib malang gak Nu'man ni, bila dia dh tua, Maran pong kurung dia dalam penjara. Pastu dalam negeri Himyar, bertakhta plak la keturunan Ashjam Ben Mu'aref. Sejak2 tu, kucar-kacir ler kerajaan bani Himyar sampai berpecah2 kerajaan. Pastu kerajaan Himyar teguh balik di tangan Maran Ben 'Auf sampai la ke zaman raja2 Tubba'.

Raja2 Tubba' n Himyar


kata Ibnu Khaldun berdasarkan kajian ahli sejarah kuno di Tanah 'Arab, raja2 Tubba' n Himyar neh adalah keturunan 'Abd Shams. Ibu kota metropolis dorang ada di Sana'a. Manakala kota Ma'areb plak sekurang2nya 3 marhalah jauh dari Sana'a. 1 marhalah sama ngan 97 km ya. haaa, korang mesti penah dengar gak tentang Puteri Balqis kan? Dalam Torah yang diterjemah ke BI, dia ni disebut sebagai Queen Sheba. Sheba tu Sabaa' la. Masa zaman puteri Balqis ni, dibuat tadahan air di antara dua bukit. Bendungan ni dibuat dengan batu2 n ada tembok2 yang kuat bagi menahan air ujan, n ada mata air yang ada lubang boleh bukak n tutop bila perlu. Tadahan air ni diberi nama al-'Arim. raja Tubba' yang memola skali menurut majoriti ahli2 sejarah adalah al-Harith ar-Raish. ArRaish maksudnya yang menyiram. Sebab baginda ni slalu menyiram rakyat dengan anugerah. ahli2 sejarah smua berselisih asal usul dia ni. Tetapi smua spakat mengatakan dia ni keturunan orang yang bernama Wasil al-Ghauth. at-thabari plak kata yang salah seorang raja Tubba' datang dari Yemen. Dia ialah As'ad Abu Karb, dia ikot jalan yang sama yang ditempuhi oleh Harith ar-Raish gak. Sebaik saja dia sampai di bukit Thai' dia pon menuju masuk ke al-Anbar. Bila dia sampai kat Hirah jah dia pong berasa bengong. Kat tempat dia bengong tu dia bangun n kendian namakannya sebagai al-Hirah yang bermaksod bengong. kendian dia jalan lagi sampai jumpa kaum al-Azd, Lakham, Juzam, 'Amilah, n Qudha'ah. Kat situ la dia bukak negeri kecik jap. Pastu, beberapa keturunan dari Thai' n Kalb pon pindah ke tempat baru. As'ad Abu Karb jalan lagi melalui Mosul n kendian keluar kat Azerbaijan. Kat Azerbaijan, dia n orang2 dia bertembung dengan puak Turki n dorang pon perang. Puak Turki tu kalah n orang2 Turki tu kena tawan dan dibawa balik ke Yemen. Panjang gak umor As'ad ni n raja2 lain smua respet dia n bagi persembahan kat dia.

Ibnu Hazm juba menyebut yang silisilah raja2 Tubba' ni banyak yang mengelirukan n kurang jelas. Banyak yang kurang banyak plak yang terlebih. Ada skit jah kitab2 yang bleh dipercayai sebagai benar berkenaan raja2 Tubba' sebab rowayat2nya banyak selisih n zmn terlampau kuno n ada masalah dalam nak jejak tahonnya bila. Ok ni kita masuk dalam satu rowayat yang memang ada disebut dalam Quran surah al-Buruj secara terang gak walupon bahasa bentuk metafora. Ibnu Khaldun ada ceritakan tentang raja yang dipanggil Zunnuas yang menguasai balik kerajaan nenek moyang dia. Dia ni memilih agama orang Yahudi sebagai agama dia n memakai nama Yusuf. Kabilah2 kat Yemen tu pon bengang ler bila raja Zunnuas tukar agama. Waktu tu jugak penduduk di Najran sana kebanyakannya pemeluk ajaran Nabi Isa (as). Pemimpin orang Nasrani waktu tu adalah 'Abdullah Ben Thamer. Adapong, ajaran Nabi Isa (as) ni dibawa masuk oleh salah seorang anak murid nabi Isa (as) snirik, namanya Simeon. Beliau ni alim n makbul doa dia serta boleh ngubat orang sakit. Tapi dia selalu pakai nama samaran n xmo orang kenal dia. Dia ada sorang lagik pengikut setia bernama Saleh. Dorang nih lari dari kawasan Israel hari ni sampai ke Tanah 'Arab, tapi dah kena tangkap plak ngan pedagang hamba. Sampai kat Najran sana, dorang berdua ni dijual jadi hamba kat sana. Bila dorang berada di Najran, dorang mendapati yang penduduk situ menyembah kat pokok kurma. Orang2 situ menyangkutkan barangan hiasan, kain2 baju dan macam2 lah kat pokok kurma. Simeon n Saleh terpaksa berpisah sebab kena ikot tuan dorang. Bila sampai kat rumah, Simeon ni tetap istiqamah ibadat n tuan rumah dia pong berasa tertarik tengok ketekunan ibadat Simeon. Dia pong tanya agama apa yang kau anuti ni? Waktu tu lah jugak Simeon terangkan yang dia pengikut ajaran Nabi Isa (as) n dia mencela perbuatan menyembah pokok kurma. Dia cakap hanya Allah SWT saja layak disembah. Dia cakap, kalu dia mintak doa kat Allah supaya hancurkan pokok kurma semua, tentulah hancur smuanya. Tuan dia yang dengar tu pong jawab, kalu memang ko mampu berdoa sampai ada bekas macam tu skali kat Tuhan, maka kami pon akan masuklah agama kamu. Maka Simeon pong berdoa kat Tuhan n tetiba marilah angin kuat membongkar habis urat2 pokok korma, tumbang ler smuanya. Lepas tengok hal tu, smua penduduk di kawasan Najran bersaksi menjadi pengikut Nabi Isa (as) n percaya kepada Allah.

- genot -

Kendian, sambungan cerita ni dalam rowayat Hisham Ben Muhammad al-Kalbi, Zunnuas pong merupakan pengikut agama Yahudi yang setia. Satu hari datang datang cerita tentang penganut Yahudi dianiaya di negeri Najran ke telinga Zunnuas. Dua orang anak orang Yahudi ni dibunuh oleh orang Najran. Orang Yahudi tu pong mintak tolong kat raja Zunnuas. Benda ni macam orang ngantuk disorong bantal lar. Zunnuas memang dok cari sebab nak kacau negeri Najran. Dia menyerang negeri Najran n kendian buat satu parit besar. Dalam parit besar tu ada unggun api. Semua orang2 dalam negeri Najran tu diarahkan berbaris panjang kat tepi parit tu n disuruh lompat dalam parit berapi tu. Kisah ni memang ada dirakam dalam Quran, Surah al-Buruuj. Try ler bukak tafsir Quran nanti kalu rajin2, aku malas lak nak taip panjang2 tentang kejadian di parit tu. Dalam kejadian terjun dalam parit tu. Ada seorang pemimpin masyarakat Najran berjaya lari n terlepas. Nama pemimpin tu adalah Daus Zu Tha'laban. Dia trus lari ke Baizantium n mintak tolong kaisar Romawi. Kat tangan dia jugak ada senaskah kitab Injil bekas terbakar hasil perbuatan askar Zunnuas. Kaisar Romawi trus antar utusan ke Ethiopia n mintak Negus yang memerintah Ethiopia hantar askar bagi membalas perbuatan raja Zunnuas. Negus kendian hantar panglima Irbath ke sana dengan 70, 000 orang tentera. Zunnuas, plak masa tu memang tengah sediakan angkatan perang nak menyerang negeri 'Arab lain plak kat utara sket, tapi dia xjangka yang Ethiopian nak masuk menyerang. Dia pong kalah perang selain orang2 besar Himyar ada berselisih paham skit yang menyebabkan lagi cepat negara dia tumbang. Jadi, pastu Yemen jatuh le bawah taklukan Ethiopia atau Habsyah. Panglima Irbath hantar 1/3 harta ghanimah atau rampasan perang kepada Negus di seberang laut sana macam janji dia. Dengan sumbung gak, Irbath menghina pembesar2 Himyar n menjadikan dorang hamba dia, benteng2 pertahanan negara Himyar macam Saljik, Sun, n Ghamdan di Yemen pon habes suma diruntuhkan. x pasti plak orang Parsi nih srumpon ngan bangsa 'Arab ka x. bagi aku la, sebab aku keturunan 'Arab, aku cuma anggap orang Israel, orang Kaldani, n orang 'Asyur zaman ni sebagai srumpon. setahu aku gak empayar Parsi mula nampak naik pada tahun 546 SM. agama Empayar Parsi iaitu agama Zarathushtra yang sembah kat api tu pong aku xtahu diasaskan bila tapi yang aku tau Zarathustra tu nama nabi dorang. dalam pelajaran agama yang aku belajar dolu, ada diberitau agama Zarathustra ni masuk bawah kategori shibhul-ahlil-kitaab maksudnya menyerupai ajaran ahli kitab. aku x suka sangat orang Parsi yang sembah api atau mana2 pong. dorang berlagaKKK. tapi aku ngaku gak kat dorang aku datang dari negeri Kedah diperintah raja2 asal Parsi (suku Cimmeria), n dorang pon xska sebab ada masalah perang lama zman dolu.

owh, lagik satu, ada anak nabi Adam (as) yang bunoh adik lelaki dia nama Qabil. Ada disebut gak dalam rowayat yang dia nih kendian mengembara lepas kejadian dia bunuh Habil selepas nyesal, n anak cucu dia lama2 terjebak jadik penyembah api atau majusi. ni lama lagik sblom kejadian banjir masa zaman nabi Nuh (as).

.................. genot ......................


Ha... Ni kejadian x lama sblom kelahiran nabi kita, nabi Muhammad (saw) n ada disebut dalam surah al-Fiil. Surah simple je kan, tapi cite die xle simple mcm tu, panjang sedara2 ooooiii. aku rasa banyak sedara n kengkawan dh penah dengar dh kot citer ni dalam pelajaran sirah nabi kita masa skola2 rendah dolu. AKu sebut balik utk kengkawan non-Muslim yg xtau dan ingat agama kita ni hanya mula dengan nabi Muhammad (saw). Kita ada banyak nabi ya. Bukan nabi Muhammad (saw) ja sebab baginda tu nabi yang terakhir skalik untuk penutop zaman. Skang neh kita dalam penutop zaman ler, kan dah kuar felem 2012 walopon aku xcaya kiamat jadik taon 2012 sebab Tuhan xde lak cakap taon tu jadik kiamat Ibnu Khaldun merowayatkan bahawa Abrahah membuat sebuah gereja di San'a. Owh, sblom tuh, Abrahah ni salah seorang timbalan panglima angkatan perang Irbath. Dia bunoh Irbath n kendian dapatkan pengesahan jadik gobenor di Yemen daripada Negus. Gereja yang Abrahah buat tu kunonnya lawa ya amat n dia antar surat ke Negus di Ethiopia n satu lagi surat dia hantar ke Kaisar Romawi di Baizantium. Katanya dia nak tarik smua orang di Tanah 'Arab beralih dari Ka'abah di Mekah sana n buat haji kat gereja yang dia buat di Yemen tu plak. Orang 'Arab xsuka lar ngan keadaan neh sebab Ka'abah ni sejarah dia cukop lama. Sejak zaman nabi Adam (as) n kendian dibangunkan lagik pada zaman nabi Ibrahim (as) n nabi Ismail (as). Dorang jadik kafir jahiliah menyembah sekutu Allah SWt pong, dorang tetap sayang kat Ka'abah. Maka datang ler sorang ketua kabilah 'Arab dari bani Fuqaim n sorang lagik dari bani Maalik ke gereja yang diberi nama Qalais tu. Dorang wat kotor dalam gereja tu n sampai le citer tu kat Abrahah. Abrahah pong bengang n die pon bersumpah yg die snirik akan hancurkan Ka'abah pastu paksa sume org buat haji di gereja tu. Memula die antar utusan ke negeri Kinanah untuk hantar perintah sembahyang menghadap al-Qalais. Tapi utusan bawka perintah tu mati kena panah. Jadi memang hangin sakan le Abrahah. Jadi, dia siapkan askar2 n gajah untuk hancurkan Ka'bah. Kat tengah jalan, angkatan perang dorang terserempak dengan sorang orang bangsawan Himyar bernama Zinnafar. Dia sengaja halang jalan askar Abrahah n kendian dia kalah gak. Abrahah xnak bunoh die tapi amik die jadik penunjuk jalan plak.

Kat Yemen skang neh masih ada penganut agama Yahudi wujud..... Aku anggap dorang sebagai orang 'Arab gak tapi menganut syariat atau ajaran Nabi Musa (as)... kita org Islam plak, pengikut ajaran suma nabi, dari Ibrahim sampai ler ke Muhammad (saw) jadi aku x anggap orang2 Yahudi ni sebagai orang yang berbeza, dorang sedara srumpon aku jugak.

Budak2 Yahudi Yemen belajar ngaji kitab dengan tuk guru.....

Kisah Abrahah
Ikot Ibnu Ishaq plak, masa Abrahah n angkatan tentera lalu di Tha'if, dia ditahan di tengah jalan oleh Mas'oud Ben Ma'tab n pemuda2 Thaaqef lain. Dorang menyatakan takluk pada Abrahah n dorang antar Abu Raqal jadik penunjuka jalan. Masa sampai di satu tempat antara Tha'if n Mekah, Abu Raqal ni jatuh n mati.... x taw ler jatuh gimana... orang kuburkan dia kat situ n sampai berpuloh2 taon bila orang 'Arab lalu kat situ, dorang akan lempar batu tanda penghinaan kat kubur tu. Sampai jah kat luar pintu kota Mekah, Abrahah soh cavalry dia masok dolu. rampas smua harta penduduk kat situ. unta2 abdul mutallib iaitu atok kepada nabi (saw) kita pong dirampas 200 ekor jumlahnya. Abdul Mutallib masa ni adalah seorang pemuka puak Quraisy. Memula dorang nak lawan Abrahah tapi pastu dorang tersedar plak kekuatan x seimbang. Jadi dorang x jadi ler lawan n lari smunyik kat gunung2 dekat sekitar Mekah. Abrahah soh hantar utusan untuk tinjau2 keadaan di Mekah mana la taw kalu2 ada orang nak melawan n jugak untuk maklumkan penduduk Mekah yang dia nak runtuhkan Ka'abah. Utusan tu sebenarnya sorang bangsawan kaum Himyar (Yemen) gak, nama dia Hanathah. Hanathah pong maklumkan kat Abdul Mutallib tentang hal nak runtuhkan Ka'abah tu macam yang Abrahah nak. Abdul Mutallib jawab, dia xingin nak lawan dengan Abrahah. Dia cakap, Ka'abah tu dalam kawasan rumah Allah (masjid). N rumah Allah maksudnya rumah milik Allah snirik. Kalu Allah biarkan ja umah tu maka tak terlawan dorang si Abrahah tu. Hanathah pong bawak Abdul Mutallib jumpa Abrahah n kat tengah jalan dorang tersempak dengan Zinnafar yang tadi kena tawan dengan Abrahah. Zinnafar plak bawak Abdul Mutallib jumpa pawang gajah Abrahah n kat sana Abrahah pon jumpa Abdul Mutallib. Abrahah pon bagi respek kat Abdul Mutallib n turon dari gajah dia untuk sama2 dok dengan Abrahah atas tikar yang pawang gajah hampar. Abdul Mutallib pong tanya tentang 200 ekor unta dia yang kena rampas tu. Abrahah pong pelik n tanya balik, napa ko x tanya tentang tujuan aku ni nak meruntuhkan Ka'abah sebab benda tu kan lambang kebesaran agama ko n agama nenek moyang ko. Buat apa nak uruskan unta lagik? Abdul Mutallib jawab, unta tu reta aku.... rumah tu (Ka'abah) tu plak ada Tuan dia. Dia lah yang akan uruskan nanti. Jadi Abrahah pon x pike papa lagik bagi tros je unta ABdul Mutallib tuh. Sebaik saja Abrahah masuk kota Mekah, nampak kat langit burung2 terbang beramai2.... burung tu memang jenis yang selalu mencari makanan kat sisa2 angkatan perang yang besar, macam jenis burong pemakan bangkai ler. ropanya kat burung2 nih ada kuman cacar, macam jenis kuman yang ada kat tikus n kat nyamuk malaria. kuman ni merebak kat burong2 melalui batu2 kecik kat sekitar khemah2 askar.

Dalam beberapa hari jer, penyakit cacar berjangkit kat askar2 Abrahah tu, tambah plak time tu musim panas di tengah2 guron.... benda ni sket2 macam kejadian yang jadi kat askar2 Napoleon masa sblom dorang nak serang Russia. Terjemahan Surah al-Fiil..... 1. Apakah kamu (Muhammad) xperhatikan gimana Tuhan mu bertindak atas askar bergajah? 2. Bukankah Dia menjadikan muslihat mereka (menghancurkan Ka'abah) sia2 ja. 3. Dan Dia telah mengirim mereka burung berkawan2. 4. yang melempar mereka dengan batu2 (dari) tanah terbakar. 5. lalu Dia menjadikan mereka seumpama daun dimakan ulat. Jadiknya askar Abrahah dah kalah lah dengan sebab penyakit bawaan burong tu. Abrahah snirik lari bawak malu di muka. Tak lama lepas dia sampai di Sana'a kat Yemen sana, dia pong ninggal. ada stengah ahli sejarah cakap yang dia pong terkena penyakit cacar gak, n lain2 ahli sejarah cakap dia ninggal sebab sakit dada akibat malu, kalah sblom sempat jatuhkan Ka'abah. Banyak ler harta askar Abrahah ditinggalkan kat Mekah. Jadik Abdul Mutallib amik harta2 tersebut n agihkan2 dengan adil kat jiran2 smua. Harta2 tu dianggap anugerah pemberian Tuhan n diberi kepada jiran2 rumah-Nya. Lepas ninggal Abrahah, anak dia plak nama Yaksum gantikannya. Dia pong kejam n nindas orang2 besar Himyar. Kabilah2 'Arab di Yemen pon kena tindas, laki2 kena bunoh, pompuan plak kena rogol dengan Habsyi (Ethiopian), anak2 dorang jadik khadam. Lepas tu ninggal ler Yaksum, adik dia plak nama Masrouq gantikan. Yang ni pon sama kejam, rakyat Yemen xtahan lagik kena zalim dengan orang Habsyi. Maka dorang bangun memberontak, dengan ketua nama Yusuff Zi-Yazann. Yusuf diam2 gi ke Tanah Parsi n mintak bantuan Kisra Anushirvan pada taon 570 Masehi. Pastu, Kisra Parsi antar bantuan tentera Parsi dengan Yusuf Zi-Yazann n dalam perang, Masruq kalah plak. Jadi habeh ler kekuasaan orang Habshi kat Yemen lepas empat orang raja anak beranak tu selama 72 taon. Memula Panglima Irbath, pastu diganti Timbalan Panglima Abrahah, n anak2 dia Yaksum n Masruq.

Yemen pong pernah dikuasai oleh empayar Parsi. Hal ni terjadi lepas Saif Ben Zi-Yazan mintak tolong Kisra Parsi. Ada citer pasal Saif ni menaburkan wang dirham perak n emas serta persalinan yang dianugerahkan oleh Kisra n menyebabkan Kisra murka pada awalnya. Tapi lepas tu, Kisra sejuk balik lepas dengar yang Saif Zi-Yazan bukan nak harta ato papa, dia nak mintak tolong Kisra bebaskan tanah air dia saja. Saif pong ada wat mesyuarat dengan pembesar2 bangsa Himyar lain, n dorang sepakat nak gunakan banduan dalam penjara sebagai askar. kalu mati banduan2 tu masa perang, maka tu hukuman utk dorang, kalu menang, maka kekuasaan bangsa Himyar akan naik. Ada 800 orang askar dikirim lawan dengan askar Habshi. Ketua dorang adalah Wahriz adDailami. Dia ni orang Dailam (Kurdish) n keturunan Jamasab, bapak sedara Kisra Anusyirvan gak. Kata Ibnu Hazm, Wahriz masuk ke Yemen dengan 8 perahu. Dua perahu karam n enam selamat sampai ke pantai Aden. Bila sampai jah, Wahriz tanya Saif, mana senjata? saif cakap, ada tombak buatan 'Arab jer. Mana ja kaki ko jalan, maka kat situ la ko, sampai kita menang, kalo x kita kalah... Pastu Saif pong kumpolkan orang2 dia gak. Tapi sblom dorang sempat melawan, askar Masruq, 10, 000 orang dh sampai. Ada jugak askar kacukan Yemen n Habshi. Masruq mati kena panah dengan anak Wahriz. Anak panah kena tepat2 kat mahkota yang ada permata kat tengah. Tembos otak dia. Wahriz pong masuk dalam Sana'a dengan bendera perang yang tegak lepas menang. Pintu kota Sana'a yang dibina zaman Abrahah dolu dihancurkan. Smua barang habshi habes kena buang dalam laut, n Wahriz antar surat kat Kisra sambil kirimkan harta rampasan. Pastu Kisra balas balik surat n bagi cop mohor yang Saif Zi-Yazann jadik pemerintah Yemen yang bayar ufti tiap2 taon kat Parsi. Wahriz n sikit askar Parsi tinggal kat Yemen untuk jadik macam tentera pengaman kat situ, manakala Saif jadi ler raja Yemen bersemayam di Ra'sul Ghamdan. Bangsa 'Arab sluroh Tanah 'Arab yang dengar cerita tu suma sonok n excited. dorang suma antar wakil n persembahan kat Saif tanda respet dorang. Antara orang kenamaan yang melawat Saif tau tak sapa? Atuk kepada nabi Muhammad (saw) iaitu Abdul Mutallib. Saif ZiYazan snirik cakap yang dia xkan lama memerintah. Nanti akan datang "orang besar" yang akan satukan sluroh Tanah 'Arab. Saif ni ropanya bleh wat ramalan gak. Aku xtahu plak dia agama apa, tapi dari nama dia, aku agak2 yang dia ni macam penganut syariat nabi Musa (as). cakap Saif memang betol, dia ninggal x lama lepas tu kena bunoh masa masuk menyerang Ethiopia.

Di Iraq, dengar kisahnya, dalam abad2 awal sbeelum nabi Isa (as), dorang nih masuk dalam kategori 'Arab 'Aribah. X dapat kisah yang jelas tapi kita dapat tau bahawa kaum 'Aad n Amaliqah pernah memerintah 'Iraq. Abad ke-2 SM plak, 'Arab Musta'ribah plak yang bukak kerajaan di 'Iraq. Bentuk kerajaan ikot sifat badwi gak, sapa yang kuat, dia la ketua. Kerajaan 'Arab yang agak besar skalik ada di Yemen iaitu kerajaan Himyar bawah raja2 Tubba'. Dorang kengkadang bergadoh gak ngan Parsi n kengkadang mengalahkan Parsi lalu merampas negeri 'Iraq. Raja Bukhtunasar dar Babilon pong penah mengalahkan Parsi. Kat stengah kawasan tanah besar Iraq n pinggir2 negeri Syria n Tanah Arab, ada kaum Aram n bekas2 tentera putera2 Tubba' keturunan Ja'afar Ben Tha'i, Kalb, n Tamin serta kaum Jurhum n orang2 yang datang sama2 kaum Jurhum macam Tanukh, Numarah Ben Luqman, Qans Ben Ma'ad n len2. Kampong2 dorang ni ada antara Hirah n Furat smpai le kat al-Anbar. Dorang ni gak dipanggil 'Arab Pesisir............

Kemunculan Kerajaan Hirah


Lepas kemangkatan Bukhtunasar, orang2 'Arab yang ditempatkan di Hirah bergabong dengan penduduk al-Anbar. Maka sampai beberapa lama, kota Hirah jadik kosong, xda sorang pong 'Arab yang lalu situ. Smua kabilah2 'Arab dari bani Isma'il n bani Mas'ud Ben 'Adnan berkumpol dengan penduduk yang memang menetap kat al-Anbar. Lepas tu keturunan bani Mas'ud Ben 'Adnan n kabilah2 Arab lain merebak sampai ke seluruh negeri sampai Tihamah. Dorang pastu terpecah2 plak sebab asik perang sesama snirik. Jadik dorang pon kuar lah stengahnya ke Yemen atau ke timur Syria, cari2 daerah yang lagi subor n luas. Stengah kabilah plak turon sampai ke Bahrein. Kat Bahrein waktu tu plak memang dah ada satu kabilah nama kabilah Azad. Lama2 timbol plak rasa dorang nak pindah gi Iraq masuk dalam dusun2 kat sana n dorang nak perang dengan bangsa Parsi yang berkuasa kat sempadan Iraq atau pong nak bersekutu dengan Parsi. Sebab dorang pong takot dh terjadi perpecahan, maka dorang pong amik keputusan sama2 kuar ke Iraq. Maka yang mula2 skalik kuar ke Iraq tu adalah Hiqaar Ben Heiq dengan kaum n pengasuh2 dia. Bila dorang sampai sana, dorang dapati yang orang Armenia, iaiatu pendatang dari Babilon n tanah2 dekat Mosul tengah perang dengan bangsa Arduani yang ada kerajaan2 kecil. Orang Arduani ni cuma buat kerajaan dengan rumah2 atas tanah kecik dalam tembok2..........

Rowayat Thabari plak ceritakan bahawa 'Amr Ben 'Addy adalah orang yang memula sekalik amik Hirah jadik pusat kerajaan 'Arab di Iraq. Nama dia jugak memula skalik disebut dalam kitab2 rowayat 'Arab jadik raja 'Arab di 'Iraq n raja2 kemudian smua mengaku bangsa dengan dia. Raja2 tu smua dari keluarga Nasr. 'Amr Ben 'Addy jadik raja sampai umor dia 120 taon n berkuasa mutlak. Dia menakluk smua kawasan2 dekat2 dengan kawasan dia. Dia tak da plak mengaku takluk kat mana2 raja kecik kaum Arduani, n dorang pong sama xnah tundok kat dia. Hal ni sama ja sampai le datang orang bernama Arjasher Ben Babak dari Parsi. Ibnu Khaldun pulak dalam rowayatnya menyebut, lepas mangkat 'Amr Ben 'Addy, dia diganti plak oleh 'Amrul Qais Ben 'Amr Ben 'Addy. Waktu tu, kekuasaan dia dari Iraq melebar sampai ke Hejaz n Semenanjung Tanah 'Arab. Dia kendiannya digelar al-Bad'o maksudnya Yang Mula2 sebab dia merupakan wakil kerajaan Parsi n raja 'Arab yang memula skalik menerima agama Nasrani. Dia mangkat masa umor 114 tahon. Al-Mas'udi plak ceritakan bahawa kerajaan Hirah ni ada 23 orang raja smuanya dari bani Nasr, kabilah2 'Arab lain, n dari kaum Parsi. Kerajaan ni bertahan selama 662 tahon 8 bulan. Raja2 Hirah menurut al-Mas'udi bermula dengan nama bani Munzer, keturunan 'Addy Ben Nasr Ben Rabi'ah. Kemudian keturunan bani Lakham Ben 'Addy Ben Sabaa'. Lepas Juzaimah meninggal dibunoh, yang jadik raja kendiannya adalah Amrul Qais. Lepas tu naik pulak 'Aus al-'Amliqiy n kendian masih lagik raja suku kaum 'Amaliq. Pastu kuasa jatuh balik kat keturunan 'Amr Ben 'Addy Ben Nasr. Kendian digantikan oleh kturunannya gak 'Amr Ben Amrul Qais (Amrul Qais II) yang digelar al-Moharreq (pembakar). Pastu diganti anaknya Nu'man al-A'war (yang celik). pnat aku .... sambong lagi nanti...

Peta kedudokan Hirah

- genot Aku dapat tau, Bukhtunasar ropanya sama dengan Nebukhadnesar.... Bukhtunasar tu salah satu gelaran Nebukhadnesar.... Bukhtu-Nasar maksudnya Penakluk Nasib.... . Sambungan kisah raja2 Hirah Nu'man al-A'awar pernah membuat istana Khumaq n Sudair. Dia memerintah 30 tahon jah. Pastu dia kuar dari istana n jadi hermit (macam paderi mengembara) sebab dia penganut Nasrani. Masa tu Tanah Parsi diperintah oleh Baheram Yazdajad. Tempat Nu'man diganti oleh al-Munzer Ben Nu'man. Pastu plak oleh Aswad Ben al-Munzer. Dia ni menang masa perang dengan 'Arab Ghassan di Syria. Pastu nek anak dia al-Qamah. Pastu jadi raja plak Amrul Qais Ben Nu'man Ben Amrul Qais Ben al-Mokhrez atas takhta Hirah. Dia ni membunoh Sinimmar. Pastu 'Arab bani Kindah plak gantikan tempat raja iaitu yang bernama al-Harith. Kemudian Qabus Ben al-Munzer, n adik dia, al-Munzer Ben al-Munzer plak jadi raja. Kemudian anak dia Nu'man Ben al-Munzer Ben al-Munzer Ben Maa'yis-Samaa (air langit). Habis Nu'man ni lah, kuasa kerajaan Hirah jatuh plak dari tangan bani Lakham ke tangan 'Iyas Ben Qubais dari bani Thai'. 6 bulan 'Iyas Ben Qubais memerintah, nabi Muhammad (saw) kita diutus menjadi rasul oleh Allah SWT. Lepas 'Iyas, naik plak Zadawaihi Ben Mahsaan di Hirah. Dia ni suku Hamdan dari bangsa Parsi. Kemudian kuasa jatuh balik ke tangan bani Lakham. Raja lepas Zadawaihi tu dari bani Lakham balik bernama al-Munzer Ben Nu'man Ben al-Munzer Ben al-Munzer Ben MaayisSamaa. Dia ni digelar oleh orang 'Arab smua sebagai al-Magroor. tamat dah bahagian kerajaan 'Arab Hirah..... masok nanti kerajaan 'Arab Ghassan......

Kerajaan Ghassan
Ibnu Khaldun cakap, setahu dia, kerajaan 'Arab yang memola sekalik di kawasan Syria sekarang neh adalah dalam tangan kaum Amaliqah (Amelekites)... Amaliqah ni kaum yang ganas. Kemudian, kuasa kerajaan berpindah ke tangan Iram Ben Saam atau Irami. Bani Iram dudok di pinggir2 Syria n Iraq lanim. Nama suku dorang disebot dalam kitab Taurat (Old Testament) n dorang pernah perang dengan raja2 kecik. Raja terakhir dari suku dorang, bernama Zuba' yang merupakan seorang raja pompuan. Dia ni anak kepada 'Amr Ben Sumida'. Dorang berjiran dengan Qudha'ah di Semenanjung Tanah 'Arab n dorang dapat kalahkan Amaliqah. Lepas Zuba' ninggal, Tunawakh dari keturunan Qudha'ah lak jadik raja. Macam dalam post kerajaan Hirah tu, kita dah tau yang bani Qudha'ah ni turun di Hirah n al-Anbar selain berjiran dengan orang Armenia. Dorang berkuasa bawah perlindungan kerajaan Romawi Baizantium. Pastu Tunawakh perang dengan Sulaih yang jugak dari bani Qudha'ah, maka Tunawakh jatuh kalah. Lepas tu, Daja'im naik jadi raja di kawasan Syria. Waktu ni lah masuk agama Nasrani ke negeri dorang n dorang pon jadi pemeluk agama Nasrani. Tetap jugak kerajaan Arab ni berada bawah perlindungan kerajaan Romawi Baizantium. Dorang ni dudok gak di negeri Mo'ab di tanah Bulaqa'. Menurut rowayat Abul Fida, raja2 Ghassan ni jugak merupakan wakil2 kerajaan Romawi bagi 'Arab Syria. Ghassan ni asalnya dari Yemen. Dorang ni adalah keturunan bani Azad yang kuar dari kerajaan Sabaa' selepas pecahnya empangan Ma'areb yang menyebabkan banjir yang dikenali sebagai Sailil-'Arim. Bani Azad yang kuar dari Yemen ni kendiannya dudok kat sekeliling telaga di Syria n telaga tu dikenali sbagai Ghassan. Jadi dorang pon panggil diri dorang Ghassan sempena nama telaga tu. Sblom bani Azad ni masuk ke Syria, memang dah ada penduduk lain kat situ iaitu kabilah Dhaja'im dr bani Sulaih. Bani Azad kendiannya halau bani Sulaih kuar n bunoh raja dorang. Tempat raja tu diambil alih oleh orang Ghassan ni. Raja Ghassan yang pertama adalah Jufnah. Mula pemerintahan Ghassan ni 400 tahon sblom kelahiran nabi Muhammad (saw). Ada stengah perowayat cakap lebih daripada tu lagik. Lepas Juhnah jadi raja n raja2 bani Sulaih terbunoh, maka suku Qudha'ah n orang Romawi kat Syria pon ikot patuh kat kerajaan Ghassan. Juhnah juga pernah bukak rumah perusahaan di Syria untuk pengeluaran segala macam barang. Lepas Juhnah ninggal, naiklah anak dia Tha'labah plak jadi raja. Tha'labah ni ada bukak empangan Sarhel Ghader kat tepi Hauran sebelah Bulaqa'. Lepas tu naik al-Harith Ben Tha'labah. Pastu al-Harith ninggal naik plak Jabalah Ben al-Harith. Jabalah ada bina jembatan di Syria. Kendian naik anak dia al-Harith Ben Jabalah n dia ni dok di Bulaqa'. Kat Bulaqa' dia bukak kilang n al-Haafer. Pastu naik plak al-Munzer Ben al-Harith. Kemudian Nu'man Ben al-Harith. Pastu Jabalah Ben al-Harith, n kemudian digantikan ad-Diham Ben al-Harith. Ad-Diham ni ada bukak Dirudduhakam n Dirunnubuwwah. Dua2 premis ni sebenarnya adalah monastery untuk para paderi beribadat dalamnya.

Pastu Amr Ben al-Harith jadik raja. Lepas dia, anak dia plak nama Jufnah ganti. Jufnah ni jadik raja masa dia kecik lagi. Tapi masa dia besar sikit, dia bakar kota Hirah. Maka pastu keturunannya pon dikenali sebagai al-Muharreq maksudnya Pembakar. Kemudian an-No'man Ben Amr Ben al-Munzer jadik raja Ghassan. Dia pon jadik raja masa dia kecik lagik. Dia membina istana Suwaida'. Pastu naik Jabalah Ben an-No'man Ben ad-Diham Ben al-Harith. Pastu naik plak adik dia al-Harith Ben an-No'man, n kendian nek anak dia anNo'man Ben al-Harith.... sori ler kalo korang terpening, pak 'Arab suka pakai nama yang sama untuk cucu cicit dia melainkan kalu ada occasion2 istimewa, baru nama anak tu tetiba jadik lain sikit drpd nenek moyang dia. kalo dak, dok ulang2 macam kaset rosak lar. Femli bapak n mak aku pong x terkecuali, tapi nama aku sorang jah x sama ngan sapa2 moyang aku, sebab atok sedara aku yang namakan aku masa upacara belah bibir n memang pecah tradisi nama2. Nasib gak bapak aku x kasik nama HindOn, waktu tu dia terpengaruh ngan Jowo, kalu dak mampoih aku bunoh diri skang neh, hinanya nama Jowo. Ok, an-No'man Ben al-Harith ni pernah arahkan supaya repair bandar galian di Rasafah. Bandar tu dirosakkan oleh raja2 Hirah dari bani Lakham. Pastu naik anak dia, al-Munzer Ben an-No'man. Pastu diganti adik dia, 'Amr Ben an-No'man, n pastu diganti lagi oleh adik dorang Hajar Ben an-No'man. Pastu, anak Hajar plak nek iaitu al-Harith Ben al-Hajar. Pastu Jabalah Ben al-Harith, kemudian al-Harith Ben Jabalah. Pastu anak dia an-No'man Ben al-Harith, n kendian naik al-Aiham Ben Jabalah Ben al-Harith. Al-Aiham ada istana di Tadmur. Dia pong ada wakil lagik namanya al-Qein Ben Khisru yang buat istana dia di barat, pastu bukak kilang2. Kemungkinan istana yang dibuka itu adalah istana Burqu'. Pastu al-Aiham diganti adik dia, al-Munzir Ben Jabalah. Pastu adik dorang nama Sharahil Ben Jabalah lak ganti. N lagik adik dorang nama 'Amr Ben Jabalah ganti. Kendian, Jabalah Ben alHarith, pastu naik pulak Jabalah Ben al-Aiham Ben Jabalah. Fuhhhhhhhhhhh

Jabalah Ben al-Aiham ni raja Ghassan yang terakhir skalin n dia masok Islam masa pemerintahan khalifah Omar al-Khattab. Tapi dia murtad sebab ada jadi salah faham masa dia buat haji di Mekah sana. Ada orang terpijak kain ihram Jabalah masa dorang tengah tawaf keliling Ka'abah n dia marah ya amat sebab kelas dia terjatoh bila kain dia kena pijak dengan orang biasa yang hina. Dia tros tempeleng muka orang tu. Maka orang tu mintak khalifah Omar al-Khattab bagi balik keadilan. Khalifah Omar cakap, raja Jabalah Ben al-Aiham kena mintak mahap balik. Tapi dia xmo n sumbung. Dia kendiannya lari gi ke Baizantium di Turki sana cium lutut Kaisar Romawi n kendian balik smula ke agama Nasrani. Jadi berakhirlah pemerintahan Ghassan selama 400 tahon, n ada orang cakap 600 tahon. Al-Mas'udi rowayatkan bahawa raja2 Ghassan ada di Yarmouk, Jaulan, n lain2 ada di Ghauthah, di Damascus, n sekelilingnya. Ada jugak raja Ghassan gi ke Ardhun (Jordan) dalam Syria. Ibnu Sa'ad lak cakap raja2 Ghassan di Syria ada 32 orang, mula dengan Jufnah, n kerajaan Ghassan tahan selama 600 tahon. Ashabul-Kahfi maksudnya Penghuni Gua atau Tuan2 Gua..... hurmmmmm....... depa ni lari daripada negeri depa sebab depa xmo sembah berhala macam orang lain.... aku rasa depa ni kturunan Greek atau mungkin orang Romawi-Byzantine....

Kerajaan Kindah
At-Thabari kata pengasuh2 n pengiring2 raja2 Himyar adalah anak2 bangsawan kaum Himyar sniri. Sorang drpd pengiring raja Himyar tu adalah Hassan Ben Tubba' yang jugak penghulu suku Kindah. Masa Hassan mula takluki Tanah Arab n masuk ikut Hijaz, sblom dia kuar, dia lantik sedara dia nama Hajar Ben Amr jadi wakil untuk perintah kaum2 dari keturunan Ma'ad Ben 'Adnan yang dok kat Hijjaz. Hajar jalankan tugas dia dengan amanah, n lepas dia ninggal, anak dia nama Amr al-Maqsour plak ganti... Abul Fidaa' plak rowayatkan yang raja Kindah pertama tu nama dia Hajar Ben Amr keturunan Kindah Ben Sabaa'. Sblom dia jadik raja, Kindah ni takda raja. Dorang hidup macam survival, sapa kuat dia la idop, yang lemah leh g mampos. Tapi lepas Hajar jadik raja, maka dia wat siasah betul2, tadbir pon betol2. Dia pon sempat rampas beberapa daerah dalam penguasaan bani Lakham dalam tanah Bakr Ben Waa-el. Lpas Hajar ninggal naiklah anak dia Amr al-Maqsour. Al-Maqsour maksudnya pendek2, secara konteksnya, dia xnak panjang2kan bendar lama ke benda baru sebab dia cukop dengan apa yang jadi milik bapak dia. Pastu anak dia plak gantikan dia, nama dia al-Harith Ben Amr. Al-Harith ni dikira sbagai raja yang kuat. Dia sezaman dengan Kisra Qubaz Ben Tiruz, n sama2 pengikut Zindiq bermazhab Mazdak. Qubaz tolong al-Harith halau al-Munzer Ben MaaYis-Samaa' al-Lakhami dari kerajaan Hirah. Maka al-Harith pong jadik berkuasa di Hirah. Maka pengaruh al-Harith makin lama makin besar. Masa zaman Anushirvan, al-Munzer dapat takhta dia balik. N Anushirvan halau al-Harith plak.

Al-Harith pon larik dengan diikuti oleh bani Taghalib n beberapa kabilah lain. Harta rampasan, banyak lah yang al-Munzer dapat. 40 orang tawanan dari bani Hajar yang x sempat larik smua kena bunoh di kampung Maryan atas perintah al-Munzer snirik. Al-Harith digantikan oleh anaknya, Hajar Ben al-Harith memerintah bani Asad Ben Khuzaimah Ben Mudrikah. Anak2 dia pong jadik raja plak untuk kabilah Arab lain. Hajar ninggal diganti plak ngan anak al-Harith yang lain iaitu Sharahil Ben al-Harith memerintah suku sakat Bakr Ben Waa-el. Pastu giliran Ma'dikariba Ben al-Harith n kemudian anak dia plak Salamah perintah bani Taghaleb n Namir.

Raja2 atau Amir2 'Arab lain


Raja2 Arab yang lain..... yang x ada partikular kerajaan... tapi dia fungsi macam raja adalah macam 'Abdollah B Luhai.... dia ni adalah bapak kepada penyembahan berhala n pembukak kepada kejahiliahan di Mekah brapa lamanya lepas peninggalan nabi Ismail (as) n sblom kelahiran nabi Muhammad (saw). Amat lah popolar Abdollah ni n dia ni dibangsakan dekat Khuza'ah n Zuhaeir Ben Habbaab. Dia ni gak selalu terlibat dalam perang n digelar jugak sebagai al-Kahin (Cohen) sebab dia bleh buat tilikan. Dia baik dengan Abrahah n pernah bergabung dengan Abrahah di al-Ashram untuk serang Mekah n runtuhkan Ka'abah. Abrahah pong sayang la ke dia n layan dia lebih baik drpd dia layan pemimpin 'Arab lain. Dia berkuasa atas suku Bakr n suku Taghalib keturunan Waa-el. Nanti kita cerita lanjut macam mana 'ibadat-ul-asnaam (perhambaan diri kepada berhala2) masuk dalam Tanah Arab n Kota Mekah jugak....... Ni ada dalam sirah Nabawiyah. Lain tu ada plak Kubi'ah. Kubi'ah ni berkuasa atas bani Ma'ad n menguasai jugak kabilah2 dai Yemen. Pengaruh juga x kurang besar. Lagi seorang yang fungsi macam raja adalah al-Moghallal B Rabi'ah B al-Harith, dia ni mengumpulkan kabilah2 Taghalib n perang dengan bani Bakr.

Umat Arab sebelum kelahiran nabi kita, Muhammad (saw)


Amaliqah di Iraq
Dalam kitab2 rowayat orang Arab sejak al-Mas'udi sampai ke Ibnu Khaldun serta lain2, kita nampak yang beratos2 taon sblom diutuskan nabi kita Muhammad (saw) ke dunia, kuasa orang Arab cuma terbatas dalam semenanjung Tanah Arab saja. Hanya satu etnik Arab saja yang kuasanya keluar sampai ke Iraq iaitu etnik Amaliqah. Bukti2 kuasa dorang ni ada dalam batu2 bersurat kat runtuhan kerajaan Babilon. Dalam kenyataan Brusus yang meropakan ahli sejarah Kaldani, dalam kawasan Iraq zaman dahulu kala sudah ada kerajaan orang Arab. Lama kerajaan tu tak kurang drpd 245 taon yang ditubuhkan lepas hancurnya kerajaan Kaldan. Lepas kerajaan Arab purba tu hancur, maka kerjaan Ashur (Assyria) plak berdiri. Raja kerajaan Arab purba itu ada 9 orang smuanya. Perkara ini juga turut ada dalam kitab rowayat Jurji Zaidan bertajuk Tarikh Arab sebelum Islam. Ahli sejarah zaman moden ni selalu je tak tetap pendapat. Stengahnya kata yang kerajaan Hammurabbi atau kerajaan Babilon yang wujud dolu. Ahli sejarah stengahnya berpendapat yang Brusus cakap bahawa kerajaan Babilon tu satu daripada kerajaan Arab gak. Alasan dorang sebab ada satu dinasti yang memrintah kerajaan Babilon tu snirik dipanggil Arab oleh Brusus selain ada keterangan nama2 raja yang memerintah. Tapi kalo nak diikutkan, kerajaan Hammurabbi tu lar yang paling berdekatan dengan masa pemerintahan kerajaan yang disebutkan oleh Brusus. Ada jugak orang Arab badwi dalam kawasan Iraq tu dipanggil oleh orang Babilon sebagai Amuru yang membawa maksud orang Barat. Nama Amuru ni adalah panggilan untuk orang2 yang datang dari Barat sungai Furat (Euphrates), termasuklah bangsa Saam semuanya n jugak etnik Arami di Syria n di daerah Badwi. Dalam rowayat kuno gak, kaum Kan'an pon penah la menakluki kawasan Palestin pada kurun ke-25 SM. Orang asli kat situ pon kena halau kuar. Masa yang sama ngan peristiwa tu gak la, orang Badwi Arami masuk dalam negara Babilon n mendirikan kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan Amuru. Lepas tu namanya diubah menjadik 'Aribi, yang maksudnya sama, orang dari Barat. Ath-Thabari jugak menyebut nenek moyang orang Amaliqah itu sebagai 'Arib. Lepas banyak penyelidikan dibuat, didapati banyak persamaan pulak bahasa orang2 yang hidup antara kerajaan Hammurabbi itu, iaitu orang2 di antara sungai Furat (Euphrates) n Dijlah (Tigris) dengan bahasa 'Arab tapi x sama plak ngan bahasa rumpun2 Saam yang lain.

Contohnya macam pertukaran baris dengan rafa', nasab, n jarr (preposition). Masa tu bahasa 'Arab n bahasa Babilon memang dekat2 jah berbanding dengan rumpun bahasa Saam yang lain kecuali bahasa kaum Batra' n Tadmur sebab dorang pon keturunan Amaliqah. Contoh lain macam tanwin atau nun kat pengabis kalimah (perkataan) bagi perkataan nakkirah (yang x ada alif laam pengenalan, al-). Dalam bahasa Arab misalnya perkataan baabun maksudnya pintu, n bahasa Babilon aku agak bunyinya baabum. Dorang punya tanwin bunyi dengan huruf mim.Dua2 hurof mim n nun tempat kuar huruf dia masih lagi di idong (nasal). Tanda jama' (plural) dalam bahasa 'Arab misalnya ialah hurof yaa n nun, tapi dalam bahasa Babilon, tanda jamaknya dengan wau n mim. Bahasa Suryani plak tanda jamaknya yaa n mim. Bahasa Arab moden skang ni aku rasa tanda jamak ada yaa n nun, n wau n nun, dua2 ada. Nama2 raja yang memerintah kerajaan Hammurabbi plak tersusun ikut tatabhasa yang sama macam tatabhasa Arab. Contoh, Saamu Abiy maksudnya Saam bapak ku dalam bahasa Babilon. Tapi dalam bahasa Arab pon sama Saamu Abiy atau Abiy Saam. Lagik, Shamsu Elona bermaksud matahari dewa/tuhan kami dalam bahasa Babilon, dalam bahasa Arab, Shams Ilhona. Bleh cek lagi banyak perkataan2 dalam batu bersurat dorang untuk bandingan. Ada jugak berhala2 yang disembah orang Babilon yang sama nama dengan berhala2 Arab purba. Contohnya Eil, Shams Astaruth, Sain, Samdaan, Nasr, lain2. Urmm, kalo korang penah dengar Queen Sheba (Sabaa) atau puteri Balqes dalam Old Testament pon, kerajaan dia adalah kerajaan Sabean, yang menyembah planet2 n dia pon menyembah kat matahari. Kerajaan Sabaa' letaknya kat selatan Tanah Arab atau di Yemen. Ni cuma skit brenstorming ahli sejarah je, bukan pendapat mutlak orang awam cam aku sebab benda ni dalam perbincangan n kajian ahli2 sejarah, tuan2 kitab rowayat n ahli2 antropologi-sosiologi selain daripada rowayat2 lama tentang kerajaan Babilon atau kerajaan Hammurabbi sebagai kerajaan Arab purba. Tapi kalo btol persamaan2 ni wujud maka memang terbukti lar yang bangsa Arab 25 kurun sblom kelahiran nabi Isa (as) dah maju sekurang2nya setara dengan bangsa Mesir sebab kerajaan Hammurabbi pon ada peraturan pemerintahan, undang2, nikah kawen, perniagaan, hak warisan n macam2 lagik. Korang leh bukak balik buku teks korang tingkatan tiga dolu. Ingat aku ler. Camna pon kajian2 n penyelidikan dibuat, ramai jer orang xleh terima hakikat ni. Sebab cakap2 saja tanpa "bukti" x cukup, kata dorang. Lagipon sarjana2 Barat lagi pandai. Smua kena tertakluk kat dorang, orang kita xbuat pon kajian2 sendiri n meredah padang pasir smua carik balik kitab2 purba n batu bersurat. Salah sapa? Salah kita la tuan2...

Amaliqah di Mesir
Ahli2 sejarah bangsa Arab smuanya sepakat mengatakan bahawa Arab Amaliqah pernah menakluki n berkuasa di Mesir sehingga menjadi Fir'aun. Crita ni cuma dicritakan scara pendek je oleh ahli sejarah. Tak diterangkan plak bila n gimana cara dorang menakluk Mesir maka ramai la penyelidik jadi ragu2 n mula la wat pnyelidikan sama ada betul atau tak rowayat tu. Jesifus, seorang ahli sejarah Yahudi memetik dalam kitab Manthon yang ditulis oleh ahli rowayat Isqandariah (Alexandria) bahawa "telah terjadi zaman Timaus, raja kami, yang mana Tuhan murka atas kami, maka dibukakan oleh-Nya satu kaum yang x tau asal-usul datang dari Timur (kami) n diperanginya kami dengan gagah, dikalahkan kampung2 kami, raja2 dihina n kampung halaman dibakar, rumah berhala diruntuhkan, manusia juga dihina n dibunuh orang lelaki, pompuan n anak2 dirampas. Kendian, mereka mengangkat raja yang dinamai sebagai Salathis bersemayam di Memphis. Jatuhlah perintah ke sluruh Mesir supaya bayar cukai, Mesir atas n Mesir bawah. Dibuat benteng2 bagi menghalang serangan orang Ashur (Assyria) dan mendirikan negeri Auraas bagi mempertahan Mesir serta menguatkan dinding2 kota" Nama bangsa itu ialah Hyksos. Maksudnya, raja pengembala. Ikot hasil penyelidikan Brugch, kata Hyksos ini asalnya dari bahasa Hieroglyphic iaitu dr perkataan Hyk n Sos I, iaitu seorang raja. Yang kedua, erti Hyksos mebawa mksud badwi2 yang pindah dari sahara Timur iaitu dari Tanah Arab. Tapi dalam sejarah Mesir n tinggalan purba Mesir, xda plak nama kerajaan yang memerintah Mesir purba dipanggil Hyksos tu. Dalam peninggalan2 barang purba, ada plak rekod, satu kaum yang datang dr negeri lain menguasai tanah Mesir dari bahagian selatan. Kendian kaum ni dihalau oleh raja Thebes. Dalam bahasa awam, nama bangsa ini ialah Myn atau Meinte yang datang dari negeri Ashar, kemungkinannya Ashuri (Assyria). G. Conteneau cakap yang Hyksos ni adalah campuran bangsa2 Asia-Tengah yang suka skali idop nomad. Dorang pernah menakluk Syria n Palestin sampai masuk ke Mesir n menguasai delta yang merupakan tempat tersubur di situ. Orang Mesir dikatakan memanggil dorang Hyksos atau raja pengembala. Negeri Mesir di sebelah selatan masih dalam kekuasaan Fira'aun Qubti (Copti) sampai ler taun 1580 SM. Masa tu jadik perang besar n tanah Mesir dikuasai oleh bangsa Saam. Keterangan ni ada dalam Manthon. Ikot para penyelidik plak, Hyksos ni rupanya adlaah bangsa Saam. Dorang masuk ke Mesir melalui Asia Tengah. Penyelidik zaman2 dok kaji ni cakap yang x tentu lagi yang bangsa Saam ni adalah etnik Arab sebab masih x cukop bukti untuk kajian zaman moden. Jadi keterangan ahli sejarah Jesifus kita n pengarang rowayat2 Arab masih terbengkalai lagik kesahihannya tentang Arab Amaliqah memerintah Mesir kalu ikot pada masa teks2 rujukan yang aku dok baca ni ditulih, kalu ikot ilmu zaman "moden" la.

Skang kita masok detail sket bab kerajaan2 kat Arab Selatan
Kerajaan Mo'iniyyah
ramai pakar kaji selidik sejarah cakap yang kat sbelah selatan Tanah Arab ni, rowayatnya sampai sekurang2nya melebihi lapan kurun tahun sebelum masehi. batu2 bersurat pon terbahagi dua plak, iaitu zaman mu'iniyyah n sabaa'iyyah. lepas dibuat bandingan, barulah org tau, kerajaan mo'iniyyah ni lagi awal drpd kerajaan sabaa'iyyah. dorang yang cakap mu'iniyyah ni lagi tua drpd sabaaiyyah adalah muller, winckler, n glazar serta len2. jarak masa dua2 kerajaan ni adalah 500 tahon. lagi ini disokong oleh ahli sejarah lain macam martin hartman n edward meyer. hartman cakap bahawa mo'iniyyah memang lagi awal drpd sabaaiyyah, tapi lepas cek balik smua rekod2 bahan purba, nampak plak macam dua2 ni sama2 wujud, kemudian baru wujud kerajaan Himyar. kerajaan2 ni smua dah mencapai kemajuan sebab ada banyak sumber n hasil kat dalam kerajaan dorang misalnya tanah subur, n terletak kat tengah2 kawasan lalu lalang pedagang. strabo masa cakap tentang Yemen berkata: "di Tanah Arab sebelah selatan ada empat keturunan iaitu Mo'iniyyah, yang beribu kota di Qarna', Sabaaiyyah beribu kota di Ma'areb, Qatabiyah beribukota di Tamna, n Hadhramaut, beribukota di Shabwah. bahagian lain, strabo menerangkan plak yang orang Mo'iniyyah ni berniaga ke negeri Barattaa yang beribukota di Anbath. Baltius plak menyatakan bahawa Mo'iniyyah ni negeri dia subur, ada banyak hutan belukar. ahli2 rowayat lain macam Theonosius n Ptolemeus pon ada cakap pasal krajaan ni. Halefiy jugak pernah berkunjung ke Tanah Arab pd abad ke-19 M iaitu di negeri Juff di utara telah menjumpai 303 kepingan batu bersurat. diselidiki, ropanya tempat batu2 bersurat tu ler bekas tapak ibu kota kerajaan Mo'iniyyah. Nama2 raja dorang pon dapat dikesan dalam batu2 bersurat tersebut, dan sebanyak 26 smuanya dikenalpasti. tiap2 raja tu ada gelaran macam "yang gagah," "yang perkasa," "pahlawan hebat" dan sebagainya. muller pon menyatakan dari penyelidikannya bahawa raja2 sana selalunya adalah bapak n anak, kengkadang bapak n anak sama2 memerintah. raja digelar sebagai mizeaad macam jugak di Sabaa', gelaran raja dorang adlaah Mekrab. Henry plak berpendapat yang seluruh selatan Tanah Arab tu tertakluk kat Mo'iniyyah. kerajaan mo'iniyyah ni katanya dikalahkan oleh kerajaan sabaa', kerajaan mo'iniyyah masih lagik disebut dalam rekod2 kurun kedua seblom masehi.

bahasa kerajaan ni hampir sama ngan basa sabaa' n dorang pakai sistem tulisan yang sama gak. cuma kat kata ganti diri misalnya dia adalah "suu" sedangkan dalam bahasa sabaa', babilon, ethiopia, pakai "huu" macam dlm basa arab moden n bahasa2 semitik lain. lain drpd tu, kerajaan mo'iniyyah ni didapati bukan kerajaan yang suka perang atau menakluki negeri lain, tapi ska berniaga n banyak berniaga dengan negeri2 maju masa zaman dia.

Kerajaan Sabaa'
Arab Sabaa' mendirikan kerajaan besar dorang ni masa kurun ke-18 SM di Yemen. Rowayat pasal dorang ada kat bekas2 batu bersurat orang Asyur. Daripada kesan2 sejarah tu smua, mula ler orang ramai tertarik perhatian nak bandingkannya dengan cerita puteri Balqis dalam Quran dengan ilmu pengetahuan moden yang baru didapati. Tapi susah gak nak dapat fakta sejarah sebab pengkajian pasal Timur Tengah masih dok berjalan. Seorang ahli penyelidik sejarah membuktikan bahawa kerajaan Sabaa' ni berakhir pada kurun ke-15 SM dengang tengok pada "dongeng2 kuno" kat batu2 bersurat. Dalam penyelidikan Glazar, dia mendapati bahawa raja Sabaa' bernama Itti-Amara pernah bayar ufti kepada raja Rom bernama Sargon II yang berkuasa sekitar 705-721 SM. kat batu bersurat, ada disebut raja2 pemerintah Sabaa' ada 27 orang semuanya, 15 digelar Mukrib, dan 12 lagi digelar Maalik. Semua dorang ada gelaran kebesaran sniri n berbeza plak dengan raja2 kerajaan Moin'iyyah. Hasil penyelidikan jugak mendapati yang asalnya kerajaan ni kecik ja, macam mula dengan seorang amir atau seorang ketua agama, tapi kemudiannya meluaskan kuasa menjadi kerajaan besar. Banyak rowayat cerita yang Sabaa' ni lebih banyak mengamalkan perniagaan daripada berperang. Kalo dalam batu bersurat orang Asyur (Syria) n orang Mesir, biasanya ditulis perkataan2 macam "ditakluki, dikalahkan, diperangi, diperintahkan menghantar ufti, dan rampas harta mereka," tapi dalam batu bersurat orang Sabaa' tertulis kata2, "didirikan, dibangunkan, dan dibuatkan serta lain2." Batu2 bersurat lama jugak cakap Sabaa' telah melalui empat zaman: 1) raja2 bergelar Mukrib Sabaa' 2) raja2 bergelar Maalik Sabaa' 3) zaman raidan 4) zaman Hadhramaut

Kerajaan Himyaar
Lemah kerajaan Sabaa' naik plak kerajaan Himyaar. Himyaar ni keturunan Sabaa' atau kaum Sabaa' kedua. Pemerintahan berubah masa kurun ke-2 SM. Kerajaan baru ni membantu memudahkan perjalanan Barat ke Timur. Rombongan perniagaan pon maju lagi sampai kapal orang Romawi boleh lalu lalang kat tepi2 pantai Laut Merah dengan lalu ikot Tanjung Harapan ja. Jalan ke India pon jadi mudah. Laut Merah jadi jadi tempat kapal2 besar punggah barang. Kiranya Himyar ni satu kerajaan yang masyur la zaman dia tu. Waktu tu ada 3 pelabuhan terkenal iaitu pelabuhan kat Laut Hindi, Pelabuhan Laut Merah, n Pelabuhan Pinggiran laut Hadhramaut. Agama Nasrani masuk ke kerajaan Himyar masa zaman maharaja Konstantin II yang memerintah Rom sekitar tahun 337-361 M. Yang bawak masuk agama Nasrani ke Himyar tu adalah seorang guru agama nama Theophiles, n kemudian didirikan gereja di Yemen. Zaman Anstace iaitu pada 491-518 M, masuk plak agama Kristian ke Yemen. Seluruh kawasan kerajaan Himyar masuk dalam lingkungan pengaruh agama Kristian. Masa zaman kebangkitan nabi Muhammad (saw) pon, masih ada kesan pengaruh agama Kristian di Yemen iaitu kat negeri Najran. Pastu kerajaan Himyar berhubungan diplomatik gak dengan Romawi sebab senang orang Romawi nak berniaga ke India. Zaman British pon sama, dorang guna Yemen untuk masuk ke India. Lagi satu Romawi pon takot kalo2 kuasa kerajaan Arab Ghassan melebar ke selatan sampai ke kawasan Himyar, susah la orang Romawi.

Pemberontakan orang Yahudi Yemen


Tahun 521 M, terjadi pemberontakan raja Himyar. Raja Himyar ni bernama Zunnuas (517525M). Zunnuas ni nama betol dia adalah Yusouf Asar Yathar atau dipanggil gak sebagai ZunNaan. Dia memeluk agama Yahudi dan menjadikannya sebagai agama kerajaan dia. Dia memang orang Arab Yemen, bukan orang Ibrani atau keturunan Israel, agama ja Yahudi. Dalam al-Quran surah al-Buruuj, dia ni lah yang membuat parit berapi untuk lempar pengikut al-Masih sebab menolak daripada menerima agama Yahudi. Banyak ahli sejarah bertentangan pandangan berkenaan dengan bilangan orang yang kena lempar dalam parit ada unggun api tu, tapi anggarannya dalam 200, 000 orang yang mati kena lempar dalam parit berapi. Dia bakar orang2 Najran tu sebab dorang bunoh orang segama dia yang tinggal dalam negeri Najran. Negeri Najran ni masa tu berada bawah pentadbiran kerajaan Aksum. Tempat tu skarang ni dalam Arab Saudi, di al-Ukhdud. Kejadian tu ada ditulis dalam surat Simon, Uskup di Beth Arsham pada tahun 524 M, yang sebut nama Zunnuas sebagai Dimnoon. Zunnuas serang kawasan sempadan di Zafar dan tangkap semua orang yang dia jumpa. Dia bakar semua gereja2 yang dia nampak, masuk ke Najran. Lepas Najran kalah dan diserahkan kepada orang Himyar, dia buat parit dan arahkan lempar orang2 kerajaan Aksum di negeri Najran yang degil x mo keluar dari agama al-masih.

Pastu Zunnuas tulis surat kepada raja bani Lakhmid yang memerintah Hirah iaitu al-Munzer serta raja Kavadh I di Persia memberitahu tentang perbuatannya serta menggalakkan mereka untuk melakukan perkara yang sama kepada pengikut agama al-masih dalam jajahan mereka. Kebetulan, surat Zunnuas tu diterima oleh al-Munzer pada bulan Januari 519 M, masa yang sama surat tu sampai, al-Munzer tengah menerima wakil dari Konstantinopel. Wakil dari Konstantinopel dihantar untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Hirah. Al-Munzer kemudiannya memberitahu wakil2 kerajaan Romawi Baizantium tu dan dorang semua terkejut beruk mendengar isi surat. Isi surat ni tersebar dengan cepatnya dalam empayar Romawi dan Parsi. Seorang pelarian dari negeri Najran pon dah mengadap maharaja Justin I mintak tuntut bela terhadap kejadian yang menimpa mereka. Surat Simon tu ada dalam bahagian ke-III kitab The Chronicle of Zuqniin yang diterjemahkan oleh Amir Harrack, terbitan Pontificial Institute of Medieval Studies, 1999, ms. 78-84. Kejadian pembakaran orang Najran ni pon menyebabkan raja dinasti Aksum di Ethiopia mengamuk. Menurut rowayat Prokopius dari Palestin: "Raja dinasti Aksum,iaitu Kaleb atau nama Greek dia Hallesthaeus dengan bantuan maharaja Justin I mendapatkan satu kapal perang melintasi benua Afrika ke Yemen." Zunnuas berjaya ditewaskan sekitar tahun 520 M atau 525 M. Kaleb kemudian lantik seorang pengikutnya yang beragama al-Masih dari Selatan Tanah Arab bernama Sumu'afa Ashawa' sebagai wizurai dia kat Yemen. Ni rasanya Irbath, kalo ikot nama dalam rowayat Arab, sblom dia kena bunoh dengan Abrahah. Tradisi rowayat Arab cakap, Zunnuas sempat lari masa dia kalah tapi kemudiannya dia bunuh diri dengan tunggang kuda dia masuk dalam Laut Merah. De Maigret melaporkan dalam buku dia, "Arabia Felix" bahawa terdapat jugak kemungkinan yang Zunnuas mungkin terbunuh dalam peperangan melawan askar raja Kaleb mengikut batu bersurat Husn-ul-Ghuraib. Lagi, De Maigret juga melaporkan pada tahun 1951, ada tiga batu bersurat yang ditemui di utara al-Ukhdud merujuk kepada satu kempen peperangan yang diketuai oleh Zunnuas, dalam batu bersurat tu, Zunnuas dipanggil dengan nama Yusouf Asar Yathar. Batu2 bersurat tu bertarikh 633 tahun era kerajaan Himyar bersamaan dengan tahon 518 M atau 523 M. Pastu kejadian Abrahah n pemberontakan Saif Ben Ziyazan aku rasa semua orang tau dengan agak detail. Lebih kurang 571 M, nabi kita, nabi Muhammad (saw) lahir. Kemudian lepas baginda rasulullah (saw) hijrah dan tinggal kat Madinah, baginda ada hantar seruan ke Yemen. Masa tu kekuasaan kerajaan Himyar pon memang sedia merosot. Yang sebenar2 berkuasa sebagai gabenor di sana adalah orang Parsi. Mu'az Ben Jabal n Abu Musa al-Ash'ari pon dihantar ke Yemen untuk ajar agama kat orang Yemen, maka ramailah orang Yemen yang menerima Islam. Sampai wakil2 raja Parsi tu pon sama menerima Islam. wallahua'lam

Peta wilayah Himyar n kerajaan Aksum

Batu Bersurat Himyar di Maareb

Contoh pitis kerajaan orang Arab Himyar, zaman raja Mdn Byn abad pertama SM

Skang masuk detail pasal kerajaan2 Arab di Utara


Imaarat'ul Hirah
Negeri Hirah ni letaknya berdekatan dengan negeri Kufah. Skang ni Hirah ada dalam satu tempat nama Najaf kat pinggir sungai Furat (Euphrates) sebelah nak ke Barat n kat Tenggara makam Saidina Ali Karamallahu Wajhahu. Hirah ni udaranya nyaman, ada bukit bukau. Sb nak ke Barat Hirah ni dah x ada negeri lagi, maka badwi2 onta dah x ada tempat lagi nak merayau2, dorang pon dok beramai2 kat situ. Dorang memula sekali jual kambing2 n onta2 dorang kat Hirah n kemudian lama2 rasa selesa trus dok situ. Orang Hirah ni majoritinya, campuran dengan orang Arab asli. Kerajaan Hirah ni dibangunkan tahun 240 M oleh Amr Ben Ady. Krajaan ni pon mendapat pengesahan daripada Parsi sebab Parsi rasa selamat sket kerajaan dorang drpd diserang oleh puak2 Arab lain n jadik sempadan untuk kerajaan Parsi. Lebih kurang macam negeri penampan ler. Ikot undang2 zaman tu, Hirah ni macam berada bawah perlindungan kerajaan Parsi. Tiap2 Amir (putera) dorang yang naik jadi raja mesti wat sumpah setia kat Kisra Parsi n jaga negeri Parsi kalo ada musuh yang ngada2 nak kacau Parsi. Balasan kepada Hirah oleh kerajaan Parsi sebab bantuan tu adalah dengan kebebasan x yah bayar cukai atau ufti kat Parsi. Semua negeri2 dalam empayar Parsi ada kuasa autonomi, ada gabenor atau raja2 dorang sniri yang perintah negeri n maharaja Parsi atau Kisra dorang cuma jadi pelindung kepada negeri2 tu jar, beza dengan Romawi yang berdasarkan pemerintahan pusat. Kalau nak wat sesuatu hukum, mesti mintak kebenaran maharaja di pusat kerajaan Romawi iaitu di Konstantinopel atau skang ni Istanbul. Kerajaan2 lain yang lagi lama di Tanah Arab macam Lakham, Ghassan n Kindah pon cuba nak carik pengaruh di selatan Tanah Arab. Orang2 kat selatan sikit daripada dorang ni banyak keturunan Adnan (nabi Ismail). Sheikh2 n amir2 dorang ni x ada pon kerajaan yang terator, x da askar ramai2, x da kubu n tembok2 sempadan. Tembok sempadan yang ada cuma ada dlm diri dorang sniri je. Bila empayar Romawi Timor lemah, empayar Parsi plak bagi kebebasan kat kerajaan Hirah bangunkan negeri dorang sesuka hati. Makanya Hirah ni naik jadi yang menggalakkan perdagangan atau pintu masuk ke Tanah Arab bagi Parsi. Barang2 Parsi dibawak ke Tanah Arab n dijual, n meningkatkan ekonomi dua2 kawasan iaitu Parsi n Arab. Kata Sedeliout, raja2 Hirah ni asalnya keturunan Qudha'ah, keturunan Adnan (nabi Ismail), dari kabilah Tanukh. Dorang masuk ke Iraq dari Bahrain n Tihamah. Dorang dapat kuasa di Hirah sekitar tahon 192 M bila dorang menyerang sampai ke Iraq. Lepas tu dorang pon dapat takluk negeri al-Anbar. Ketua dorang masa tu adalah Juzaimah al-Abrash. Dia ni mengakui masuk dalam empayar Parsi n dapat gelaran kebesaran drpd maharaja Parsi masa tu iaitu Ardashir dari dinasti Sasan. Lepas tu digantikan plak oleh Amr Ben Ady yang memula

membentuk kerajaan Hirah secara rasmi n dia dr keturunan bani Lakham. Kerajaan ni bertahan sampai tahon 605 M. Bangsa Parsi n Yunani (Greek) selalu berebut nak dapat pengaruh sekitar Sungai Furat (Euphrates). Masa tu, kerajaan Hirah yang masih kecil lagi cuba dapatkan perlindungan kerajaan yang lagi kuat n cuba nak dapatkan tanah jajahan sekitar Sungai Furat. Dorang dekat dengan Parsi, maka dorang pon mintak untung kalo dorang jaga Parsi. Tahon 272 M, dorang dapat kalahkan tempat2 sekitar Furat (Euphrates) n Dijlah (Tigris). Kuasa dorang sampai jugak ke Anthakiyah (Aintioch). Bila kerajaan dah besar susah plak dorang nak kawal negeri2 jajahan. Lama gak Parsi n Yunani (Greek) gaduh n perang. Kalo Yunani (Greek) menang, maka susah la kerajaan Hirah, takot dorang balas dendam. Brapa kali orang Yunani (Greek) cuba menyerang, tahon 289, 353, sampai tahon 363 M, masok dalam negeri Arab di selatan. Waktu tu dapat gak empayar Romawi rampas negeri al-Anbar n kalah al-Munzer I tahon 421 M. Tahon 498 M, Parsi perang lagik ngan Romawi. Maharaja Anstace kalah, maka sluruh kawasan Mesopotamia bebas dari Romawi pd tahon 502 M. Tahon 503 M, Nu'man III yang jadik raja Hirah bersekutu dengan Parsi halau Romawi. Suku Taghalib n Bakr pon perang gak ikot ketua Amir dorang iaitu al-Harith Ben Amir. Amir ni memeluk agama Mazdak iaitu agama sembah api. Sebab sama agama dengan Parsi maka hubungan dorang pon rapat, dia halau Munzer III tahon 515 M. Tapi maharaja Parsi kemudiannya tak suka kat agama Mazdak. Makanya dia halau al-Harith n ganti balik al-Munzer III jadi raja. Al-Munzer III menjaga kedudukan negeri Hirah n kawasan2 kat Tanah Arab bawah perlindungan Parsi, perang dengan orang Greek Byzantine, sampai la orang Greek tu xleh masuk dalam kawasan Arab. Zaman al-Munzer III, Hirah ni maju n makmur sampai ke pemrintahan Nu'man V yang memrintah tahon 583-605 M. Nu'man ni raja Hirah dr bani Lakham n yang last skalik. Lpas mangkat dia, Hirah rasmi trus masuk dalam kuasa empayar Parsi, bukan negeri perlindungan lagi sampai ke zaman kebangkitan nabi Muhammad (saw). Henri Masset dalam tesis2 dia cakap, asal orang Arab Selatan ni bila kabilah2 Arab dr Utara pindah masuk ke sebelah Selatan. Dorang kemudian membangunkan beberapa Imaarat (negeri) yang macam2 bentuk. Kat sempadan Syria, naik kerajaan bani Ghassan, yang diberi pengakuan oleh Byzantium di Konstantinople sana, gunanya melindungi sempadan orang Romawi-Greek. Kemudian bangun kerajaan bani Lakham di Hirah, diperakui oleh maharaja Parsi gunanya jadi buffer state gak. Maka, Lakham n Ghassan ni selalu terbawak2 perangai bermusuh sb pengaruh empayar yang melindungi dorang. Hirah ni sebenarnya pusat perkembangan agama Kristos n menjadi pusat ilmu pengetahuan. Raja Lakham yang memula perintah Hirah mangkat tahon 328 M. Walopon dorang rapat dengan Parsi tapi dorang menganut agama Kristos aliran Nestorius.

Amir2 Ghassan
Kabilah Ghassan sbenarnya mendatang dalam daerah Syria. Dulu2 daerah tersebut dikuasai oleh oleh bani Dhaja'im dari kabilah Qudha'ah. Ghassan lawan dengan bani Dhaja'im dari kabilah Qudha'ah n Ghassan menang. Ghassan kemudian buat negeri di situ n mintak perlindungan empayar Romawi. Lama2 kemudian, dorang mula naik maju sampai ada negeri2 n kota. Ada kubu untuk pertahanan negara bagai. Pusat kerajaan dorang di Busra, negeri Hauraan. Zaman ni orang panggilnya sebagai Busra Eski Sham atau Busra Shaam saja. Kurun pertama kelahiran nabi Isa lagik, wilayah Syria dah masuk bawah kekuasaan RomawiBaizantine. Masa nabi Isa (as) menyampaikan dakwah kenabiannya pon, Syria ditadbir oleh wakil Romawi-Baizantine bernama Pilatus, n maharaja dorang adalah Herodotus. Wilayah Syria di bahagian ulu Badwi lak dikuasai oleh orang Nabthi (Nabatea). Nabatea ni adalah bangsa Arab badwi gak. Orang badwi ni x reti dok aman2, asyik nak perang ja. Dorang suka kacau orang Romawi sampai Romawi terpaksa mintak damai dengan dorang. Majoriti puak2 badwi di kawasan Ulu Syria ni sbenarnya dari bani Dhaja'im gak yang zaman2 kuno menguasai Syria. Lepas peristiwa Alexander the Great menang lepas lawan Tanah Parsi, negeri2 dalam empayar Parsi pon banyak lah dikuasai oleh Alexander dari kawasan Parsi skarang ni sampai le kawasan tebing Sungai Gangga dalam India sekarang. Wilayah Iraq n Parsi diperintah oleh raja2 kecil n gubnor n x bersatu. Sebab empayar Parsi dah terpecah, maka mudah la orang Romawi-Byzantine nak lawan satu2. Tetiba mula kurun ke-3 M, naik dinasti Sasan di Tanah Parsi, kuasa dia bertambah kuat n dapat menyatukan balik semua negeri2 protektorat n jajahan dia. Semua raja2 wilayah tu kena masuk bawah perlindungan maharaja Parsi balik. Masa tu gak, Arab Ghassan tengah cuba nak pecah masuk ke utara. Dorang dah berjaya merampas Bulaqaa' dari bani Dhajaa'im. Bulaqaa' ni x silap dalam wilayah Jordan skang ni. Orang Romawi-Byzantine nampak peluang yang Ghassan ni agak berpengaruh dalam kalangan bangsa Arab selain negeri2 dorang ni subur n hijau. Jadi dia pom berusaha menyebarkan agama Kristos di situ secara pelan2 sampai agama Kristos jadi agama rasmi orang Arab Ghassan. Masa pemerintahan al-Harith Ben Jabalah n keturunan dia, seluruh kawasan Syria sampai bukit Hauraan ada dalam jajahan dia. Lagi dia menjajah sampai ke Tadmur, Palestin, Levant (Lebanon), menjajah jugak kaum badwi n yang dok kat pekan2 dalam semua kawasan jajahan tu. Ada banyak tinggalan sejarah dari kerajaan ni kata orang bleh tengok sampai hari ni. Dosseaur merupakan anatara ahli arkeologi yang menyelidik sampai ke Bukit Hauraan n mendapati ada kubu2 tebal n kukuh dibina di situ oleh orang Arab Ghassan bagi mengelakkan serangan badwi dari negeri luar.

Dalam tesis Henri Masse, menurut rowayat raja al-Harith Ben Jabalah ni diperakui cop mohor kerajaannya oleh maharaja Justinian tahun 529 M. Dia jugak alim n tinggi pengetahuan dalam pengajian agama Kristos smpai digelar oleh maharaja Justinian sebagai PhylarquiPatricio membawa maksud raja pendita. Gelaran ni adalah gelaran paling tinggi sekali dalam empayar Romawi-Byzantine. Pengabis kerajaan ni dengan raja Jabalah Ben Aihaam yang menerima Islam pastu balik jadi Kristos balik sebab dia x puas ati pangkat raja dia jatuh rendah dengan orang biasa bila menerima Islam. Dia mangkat di Konstantinopel sana n kerajaan dia masuk serta-merta dalam daulah Islamiah bila rakyat2 dia pon ada yang terima Islam. Tamat kerjaan ni kurun ke-7 M.

Rasafa (Sergiopolis)
Ni salah satu bandar orang Syria letaknya 26 km barat dari Sungai Furat (Euphrates). Dalam Old Testament (Taurat), ia disebut sebagai Rasaph. Dalam II Kings 19:12 n Isaiah 37:12, disebut bahawa kota ni dimusnahkan oleh maharaja Assyria bernama Senakhkherib. Dalam dokumen kurun ke-9 SM, bandar ni direkodkan sebagai Rasappa, maksudnya Arang Hidup. Sergiopolis ni makmur sebagai pusat perdagangan untuk sampai ke laluan Sutera, hal ni menjadikannya sasaran serangan. Pastu ia dijajah oleh raja Babylon iaitu Senakhkherib (705618SM) n kemudian dalam kerajaan Tudmur (Palmyra) yang dianggap sebagai bandar penting jatuh ke tangan Orlianus orang Romawi selepas Tudmur dihancurkan pada 274 SM. Sergipolis jugak menjadi pusat perdagangan penting masa era Krist n bangun kembali daripada runtuhannya. Ahli sejarah Arab macam at-Thabari merowayatkan bahawa Khalifah Hisham Ben Abdul Malik suka sangat kat bandar ni n dimakamkan di sini. Hal sama turut disebut oleh al-Mas'oudi, al-Ya'koubi, n al-Fakhri yang menerangkan mengenai pertelingkahan dinasti Umayyah dan Abbasiah. Ptolemeus sebut Sergiopolis sebagai sebahagian daripada pusat keagamaan bagi Palmyra (Tudmur). Dalam dokumen2 gereja Greek, nama bandar ni disebut sebagai Rasafos (Rasaffa). Ada jugak nama lain merujuk kota ni iaitu, Tetrapyrguim. Abad ke-4 M, nama Tetrapyrguim ni diubah menjadi Sergiopolis lepas kematian Saint Sergius n rakannya Saint Bacchus. Kota ni makmur jugak dalam era Byzantium n kemudian ditukar nama lagi ke Anastasiopolis sempena nama maharaja Anastasius I (491-518) yang telah membina gereja gelendong (basilika). Kemudian, ia dimahsyurkan sebagai metropolis, tapi x kekal lama.

Tahon 303 M, Saint Sergius n Bacchus yang merupakan bangsawan Romawi-Syria serta merupakan jeneral dalam askar Romawi mati syahid sebab degil x nak bagi sembahan kat dewa Romawi iaitu Jupiter. Maharaja Maximus marah dengan perbuatan degil dorang dan hantar dorang ke pangkalan tentera Romawi di Sungai Furat (Euphrates). Tempat tu jugak didiami oleh Antiochus yang menjadi pemimpin Romawi Timur, n dia benci sangat kat orang Kristos. Antiochus masa dolo pernah jadi pegawai bawahan Sergius, jadi dia pon dapat peluang nak hina2 n persoalkan Saints tersebut. Dia jugak paksa dua2 bangsawan tu supaya berkawat pakai baju pompuan bagi menghina n memalukan dorang di tengah jalan. Dua2 saints tu kena sebat sampai saint Bacchus mati lpas tu. Beberapa hari kemudian, Sergius plak dibawa ke kaki bukit kota Rasafa dengan papan dipaku kat kaki dia, lepas tu dia kena penggal. Saint Julian yang menjadik teman dua orang saints tu pon mati syahid. Kemudian sebuah gereja dibina sempena kesyahidan dorang bagi simpan barang2 peribadi tiga2 orang saints yang ninggal kena bunuh dengan orang pagan tu. Saint Sergius n Bacchus kemudian diangkat jadik wali bagi askar2 Romawi Timur kemudiannya. Banyak la gereja2 dibina di kawasan Timur untuk hormati dorang. Dorang ni turut dihormati dalam upacara sembahyang Kristos dan dirujuk oleh Paus Gelasius (492-496). Pak Arab Kristos plak amik dorang jadik wali penjaga di padang pasir. Maharaja Romawi iaitu Anastasius (491-518) mengubukan semula kota ni dengan dinding yang luas untuk pertahanan n 52 menara bermacam2 bentuk n saiz. Pastu ada tangki air besar gak. Kemudian ada satu gereja besar dalam tu sebagai penghormatan kepada saint Sergius n jadik salah satu tempat "melawat" utama di Timur bagi orang Kristos ms tu.

Arab Ghassan plak masuk ke wilayah Syria sekitar abad ke-3 M. Dorang menganut agama Kristos aliran Monophysite. Dorang buat kota di Jalluq dekat dengan tanah tinggi Golan selain jadikannya sebagai kubu dorang. Kurun ke-5 M, dorang jadik sekutu Romawi n tolong Romawi lawan bani Lakhmid yang menyokong empayar Parsi di bahagian timor sungai Tigris. Dikatakan yang maharaja Justinian ada wat konspirasi membunuh al-Munzer, raja Ghassan sb takot kuasa dia makin lama makin di luar kawalan selain al-Muzer xmo terima perjanjian damai yang x diwat di makam st. sergius. St. Sergius ni jugak wali penjaga kerajaan Ghassan n merupakan salah seorang wali2 yang dihormati dorang. Ikot cerita puak Kristos, raja Jabalah Ben Aiham lawan orang Islam Madinah dalam perang Yarmouk sama2 dengan sekutu Romawi dorang, n Ghassan kalah, maka raja Ghassan kena paksa masuk Islam. Tapi kemudian, dia kembali smula ke agama Kristos sama2 dengan kawan dia n dia lari g ke Konstantinopel. Tahon 616 M, Sergiopolis kena serang dengan Cyrus II masa askar2 dia dalam perjalanan nak jajah Jerusalem. Kemudian Sergiopolis ditawan balik oleh Hercules.

Abad ke-8 M, Sergiopolis dinamakan semula sebagai Rassafet Hisham sempena nama Kalifah bani Umayyah nama Hisham Ben Abdul Malek (722-743M), n khalifah pilih kota tu jadi ibu kota. Pernah gak jadi gempa bumi yang dahsyat kat situ n khalifah Umayyah betulkannya smula. Smua khalifah Umayyah menghormati orang Kristos n tapak2 suci dorang kecuali Umar Ben Abdul Aziz. Hisham Ben ABdul Malek membina masjid sebelah gereja st. sergius, n kendiannya memulihkan smula perjalanan bekalan air dalam kota. Dia pon turap batu atas jalan2 dalam kota, maka kota tu dinamakan semula dengan nama dia. Hisham Abdul Malek jugak membuat dinding2 tebal n kubu sekeliling gereja saint sergius bagi mengelakkannya rosak akibat gempa bumi yang akan terjadi. Tapi dia buat istana dia di luar kubu.

Bila kekhalifahan bani Abbas naik, dorang sembelih bani Umayyah n melampau2 jugak carik orang2 bani Umayyah n bunuh, hancurkan makam2, salib orang ramai, n sepahkan2 mayat dorang. kat kota Rassafa, dorang gali balik mayat Hisham Abdul Malek, kata orang mayat Hisham Abdul Malek dimumiakan, dorang calar2kan mayat dia 80 kali, pastu dorang, bakar mayat tu smpai jadik abu. Dorang jugak bakar masjid2 yang dibina bani Umayyah n tampal plaster kat imej2 suci Kristos dalam gereja.

Dalam era kemaraan Mongol, Rassafa mempunyai kubu yang kuat n sukar ditembusi menyebabkan sukar askar2 Hulagu Khan nak masuk tapi akhirnya Mongol berjaya gak serang. Masa zaman pemerintahan orang Berber pon, Rassafa dimusnahkan n orang2 dalam kota tu kena lari ke Hama dengan bawak bersama barang2 tinggalan st. Sergius. Rassafa akhir sekali disebut dalam dokumen sejarah tahun 1283.

Wilayah Nejd n Hejaz


Kurun ke-7 M, Parsi dinasti Sasan n Romawi-Byzantine ada dalam kemuncak perang sesama dorang. Dorang berebut nak kuasai Tanah Arab. Hal ni nampak sejibik macam England berebut pengaruh dengan Prancis masa zaman kolonial di Tanah Arab dolo. Hanya ada dua jah wilayah Arab yang merdeka n x nah kena jajah dengan Romawi n Parsi iaitu Nejd n Hijaz. X ada pengaruh asing yang masuk dalam wilayah dorang. Tapi di dua wilayah ni pon, x ada pulak kerajaan bentuk monarki macam Ghassan n Lakham di utara dorang sikit tu. Tiap2 kabilah dorang hanya ada sheikh yang uruskan ahli kabilah. Kalo jadik masalah hubungan luaran, maka semua ketua kabilah akan berkumpol n pilih sapa yang akan jd wakil dorang untuk selesaikan masalah tu. Cara ni ja la dorang nak selesaikan masalah hubungan luar. Sesama dorang, dorang selalu begadoh sampai berbunoh2 gak n kengkadang x sama plak kepentingan. Tapi kalo berhadapan musoh luar, dorang akan bersatu. Ada kabilah yang berjaya dapat kuasa sendiri macam kaum Kindah. Dorang berkuasa di Nejd akhir kurun ke-5M. Dorang memula perang dengan bani Lakham n dorang menang. Bani Kindah ni dikira sebagai kaum Arab Utara yang pindah ke selatan. Tahon 529M, bani Kindah kalah terus sebab bani Lakham bersatu dengan bani Ghassan dalam perang. Bani Kindah cuba nak mintak tolong Romawi-Byzantine dengan antar utusan nama Imru'l Qais yang jugak merupakan penyair terkenal ke sana tapi x jalan. Makkah plak berada di Hejaz n diketuai oleh suku kaum Jurhum keturunan Ya'arob Ben Qahthan. Kabilah Qahthan ni dikenali jugak sebagai Jurhum ke-2. Ada kejadian nabi Ibrahim (as) antar anak n isteri ke-2 dia iaitu Hajar ke padang pasir di lembah Mekah n kemudian masuk lah kaum Jurhum ke-2 ni ke situ lepas keluar telaga zamzam sb Hajar benarkan dorang gunakan telaga tu selagi dorang x kawal telaga tu sb benda tu untuk kemudahan smua. Jadi, nabi Ismail (as) nikah dengan wanita Jurhum maka anak2 nabi Ismail (as) ni dihormati orang2 Mekah. Nabi Ibrahim (as) n nabi Ismail (as) gak yang buat jasa bangunkan bangunan Kaabah yang jadi pusat kesatuan ibadat seluruh Tanah Arab, tapi dorang x plak pegang pemerintahan. Kemudian masuk plak kaum Azd dari Yaman, selepas pecah empangan Ma'areb dalam kerajaan Sabaa'. Antara yang pindah ke Mekah tu jugak Harithah Ben Amr dari suku Khuza'ah. Dorang perang dengan kaum Jurhum ke-2 n rampas penguasaan kota Mekah dari orang Jurhum. Sebab kuasa suku Azd n Khuza'ah ni, orang2 Arab keturunan nabi Ibrahim (as) x leh pegang apa2 kedudukan dalam kota Mekah.

Walopon xleh pegang kuasa selia Mekah mcm dolo2, tapi keturunan nabi Ibrahim dari nabi Ismail (as) trus berkembang. Dari keturunannya nama Adnan ni, keturunan nabi Ibrahim (as) n Ismail (as) berkembang sampai ke seluruh Hijaz n Nejd, sampai gak kat sempadan Iraq n Bahrein. Yang dok di Mekah tu, keturunan Adnan dari Fihr Ben Maalek. Nama lain Fihr Ben Maalek ni adalah Quraisy. Dari dia lah datang orang2 Quraisy yang korang kata asal2 trus Jahiliaah! Camna tuk nenek menyembah Allah SWT tanpa sekutu, tapi anak cucu sesat sembah berhala jadi penghubung dengan Allah SWT?!!!!!!
Zaman Fihr (Quraish) hidop, dia langsong x da papa kedudokan dalam masyarakat Mekah. Ahli keluarga dia sorang pon xbrani nak ambil balik hak dorang yang kena rampas dengan Arab Yaman suku kaum Azd tu. Kawasan masjidil Haram pon masuk bawah seliaan kaum Azd. Sampai zaman Qusai Ben Qilab, iaitu moyang ke-5 nabi Muhammad (saw), orang Quraisy bersatu balik lawan. Suku kaum Quraish dikumpulkan semula n dok dekat2 supaya kuat pengaruh lawan dengan pengaruh kaum Khuza'ah n Azd. Lepas tu baru kaum Quraish berjaya ambil balik hak seliaan dorang n dorang mintak balik kunci Kaabah n orang yang mitak tu nama Abu Ghabsham. Jadi, pastu Abu Ghabsham jadik salah seorang pemuka kota Mekah, jugak penyelia kegiatan keagamaan di Mekah. Masa ni lah hak orang Quraish, keturunan Ismail (as) n cucu cicit nabi Ibrahim (as) diakui seluruh kawasan Tanah Arab turun temurun. Qusai pernah membangunkan Darun-Nadwah di Mekah. Tempat ni jadik tempat perbincangan masalah bangsawan2 Quraish n selalunya dorang dapat selesaikan masalah dengan damai, kecuali sikit2 ja jadik gaduh. Qusai dah mendapatkan hak2 macam al-Liwaa' (panji perang cuma dia sorang ja bleh pegang), al-Hijaabah (hanya dia leh bukak n tutup pintu Kaabah sb dia yang jaga situ), n siqaayatul-Hajj wa rifadatuho (bg minum n makan kat orang haji). Siqaayah maksudnya sediakan air dalam bekas air drpd kulit n dorang campor dengan tamar n zabib. Rifadah maknanya jamu orang makan. Tiap2 taun, smua orang Quraish kutip derma n bantu ringankan kerja Qusai. Masa Qusai idop lagik, anak dia Abdu Manaf ni cerdik gak n jadik ketua kaum. Sb dia kena ganti bapak dia nanti. Tapi Qusai wasiat kat dia, dia mesti bg peluang kat abang dia dolo nama Abdud'daar sb dia lagik tua. Jadik Abdu Manaf patuh wasiat. Lepas Abdu Manaf ninggal, dia ada 4 anak laki2. Hashim, Abdu'sh-Shams, Abdul Mutallib n Naufal. 4 orang ni kena berlumba2 ngan keturunan Abdud'daar gak nak dapat pengaruh. Semua 4 orang anak Abdu Manaf ni rasa dorang layak n ada hak sb bapak dorang lagik cerdik n terkenal dalam kaum Quraish. Maka jadik bertelingkahlah orang Quraish n kaum Quraish jadik pecah dua. Satu bela anak2 Abdu Manaf, satu bela anak2 Abdud' Daar sampai nyaris2 nak jadik perang. Tapi sblom pecah

perang, dorang dapat selesaikan masalah. Hak2 atok dorang iaitu Qusai tu dibahagi dua. Anak2 Abdud'Daar jaga kunci Kaabah, Darun Nadwah n Panji Perang. Anak2 Abdi Manaf dapat hak bagi minum orang n jamu jemaah haji. Dlam keturnan Abdu Manaf tu kena buat undian lak nak tentukan sapa yang dapat buat antara 4 orang anak tu. Maka undi tu jatuh kat Hashim. Keturunan Hashim la yang pegang hak bagi minum n jamu makan jemaah haji n bila bangkit nabi Muhammad (saw) pon tetap sama camtu. Makanya orang Quraisy xmo la jadik perang sama snirik sb dorang ada dalam kota suci Mekah n kena jaga keamanan dalam kota suci selain bangsa Arab smua pandang hormat kat dorang, dorang selesaikan masalah seboleh2nya dengan aman. Bulan haji merupakan bulan suci bagi dorang n dorang xleh perang dalam 3 bulan lamanya mula dengan zulhijjah sampai muharram. Perniagaan pon kena cepat2 selesaikan. Setahon sekalik dorang akan adakan pasar perhimpunan iaitu Ukaz. Kedudukan Hejaz n Nejd

Sekalik penah jadik perselisihan antara Hisham n anak sedara dia dari adik dia Abdush Shams bernama Umaiyah. Umaiyah ni anak sulong Abdush Shams. Hisham rasa dia lagik mulia sb dia lagik cerdik n dia dapat undi nak jaga jamuan orang haji n anggap Umaiyah tu taraf anak kena hormat orang tua. Tapi sb Umaiyah ni banyak anak dia, kaya n berkembang keturunannya maka dia rasa dia layak ja nak pintas pak sedara dia tu. Tapi kalo dorang x ingat kedudukan dorang dalam bangsa Arab mestilah dorang dah perang n gaduh sampai mati2. Satu jah kesilapan akan menyebabkan jatuh air muka orang Arab Quraish dalam kalangan suku2 n kabilah Arab lain. Pernah gak jadik perang antara bani Qais n bani Kinanah. Perang ni jadik ms bulan haram perang n bunuh2, tapi Quraish pon terlibat sama n terpaksa masuk campur tlong sekutu dia. Sebab orang Quraish terlibat sama, maka perang tu dinamakan perang Fijaar makna dia perang langgar pantang atau kesucian bulan suci.

Beza Arab Quraish dengan Arab Jahiliah lain dalam zaman Jahiliah, ada peraturan dorang yang dipanggil Hilful Fudhul maksudnya ambil barang yang kena rampas bagi sesapa yang teraniaya dalam kota Mekah snirik sama ada orang Quraish atau orang lain2. Di Madinah sana, ada kabilah2 Israel yang buat kampung beratus2 tahun dah n dorang ni kuat berniaga. Sekitar tahon 300 M, dua kabilah suku Azd keturunan Qahthan masuk ke Madinah n dorang ni ada dua kabilah iaitu kabilah Aus n Khazraj. Cam biasa, kalo sebot Qahthan, maknanya dorang dari Yaman. Masa raja2 Tubba' dari Yaman cuba nak jajah negeri Madinah, orang2 Aus n Khazraj ni berjaya tepis n lindungi Madinah. Masa tu, nama Madinah adalah Yathrib, bukan Madinah lagik. Kemudian yang slacknya orang Aus n Khazraj ni perang lak sesama snirik sejak 497-615M. Madinah dekat hubungan dengan Baitul Maqdis di Jerusalem. Wallahua'lam.

genot -

Baik.... mari kita analisis smula pasal kegiatan keagamaan di kota Mekah sblom kebangkitan nabi Muhammad (saw). Kota Mekah mula2 skali dihuni oleh Hajar n anaknya nabi Ismail (as). Peristiwa haji n manasik2 haji yang dilakukan masa musim haji dalam bulan Zulhijjah ada asal-usulnya dari peristiwa2 yang berlaku semasa zaman nabi Ibrahim (a) n nabi Ismail (as). Kemudian lepas peristiwa malaikat hentam sayap dia ke atas tanah n terbitnya telaga Zam Zam, masuk pulak orang Jurhum ke-2 dari arah selatan. Nabi Ismail (as) bernikah dengan dua wanita jurhum. Wanita pertama yang jadi isterinya baginda ceraikan sb menurut perintah bapanya, nabi Ibrahim (as) yang x berkenan dengan perangai isterinya. Nabi Ismail (as) nikah kali kedua n nabi Ibrahim (as) stuju dengan menantu tu serta suruh kekal jangan putus2 lagi. Keturunan nabi Ismail (as) berkembang di kota Mekah smpai merebak ke Nejd n Bahrein.

Kalo rajin baca kitab suci Quran, kita akan terjumpa dengan ayat 54-55 surah Maryam terjemahannya berbunyi: Sebutlah (oleh kamu Muhammad) dalam kitab (akan, tentang) Isma'il. Sesungguhnya dia seorang yang membenarkan (menepati) janji, dan dia adalah merupakan seorang rasul dan nabi 54 Dan dia memerintahkan ahlinya dengan bersolat n menunaikan zakat, dan adalah (dia) di sisi Tuhan seorang yang diredhai 55 Tafsiran perkataan ahlinya itu merujuk kepada umatnya, juga keturunan2nya. Takkan dia menyembah Allah SWT sedangkan anak cucu cicit dia iaitu dari Quraish (Fihr B Malek) yang asal dari 'Adnan, asalnya menyembah berhala? Sebutan rasul dahulu bagi Ismail (as), kemudian baru sebutan nabi? Ada apa2 makna? Jadi anda taulah kenapa, nabi Muhammad (saw) x masuk campur dalam upacara maksiat (keberhalaan) dalam masyarakat Mekah sblom dia diturunkan wahyu? Selain drpd Allah SWT yang melindunginya drpd maksiat n kesesatan? Nabi Muhammad (saw) keturunan Adnan kturunan Ismail (as), kturunan Ibrahim (as). Bapak2 sedara dia pon sama, bani Hashim pon sama walopon dorang kafir atau separa-kafir masa tu, tapi sb Allah SWT pilih nabi Muhammad (saw), maka berlakulah kehendak-Nya. Baik kembali smula kepada anak2 cucu Ismail (as). Lepas beberapa lama anak cucu Ismail (as) serta orang2 Arab Jurhum tinggal di lembah Mekah n menyembah hanya Allah SWT. Tiba2 masuk plak puak2 lain yang merayau2 dari selatan iaitu puak Azd n puak Khuza'ah. Dorang ni berperang dengan penduduk asal di Mekah n akhirnya penduduk asal di Mekah kalah. Anak cucu nabi Ismail (as) yang jadi penjaga bangunan Kaabah terpaksa serahkan kunci n penjagaan kota suci kepada puak2 Azd n Khuza'ah. Maksudnya ritual2 keagamaan warisan dari nabi Ismail (as) n agama nabi Ibrahim (as) pon xleh jalan lancar. Umat Nabi Ismail (as) n nabi Ibrahim (as) lama2 pon terlupa ajaran2 dari wahyu Allah SWT kepada nabi2. Ciri2 asas Tauhid masih wujud dalam diri dorang masa berhala2 digunakan sebagai penghubung kepada Allah. Dorang tetap percaya pada Allah SWT n Allah SWT adalah Tuhan yang tertinggi tetapi dorang pakai wasiilah atau penghubung. Berhala2 tu jadik penghubung dorang dengan Allah SWT. Menurut Mukhtasar Siraat-ur-Rasul, kemudian seorang Amir puak Khuza'ah ni namanya Amar Ben Luhaiy ni menjadik pelopor kepada penyembahan berhala atau dalam sirah kami, disebut sebagai 'Ibaadatul As-naam, berhamba diri kepada berhala2. Macam mana caranya? Dia pergi ke Tanah Kanaan di Syria-Lebanon untuk berniaga dengan kafilahnya. Masa di sana dia bertemu dengan puak Finniqi (Phonecian) yang turut berniaga di sana. Dia tertarik melihat ritual penyembahan berhala2 oleh puak Finniqi n mintak satu untuk bawak balik ke Mekah.

Amar Ben Luhaiy percaya benda tu adalah betul memandangkan Syria merupakan tempat diturunkan wahyu n tempat bangkitnya para rasul. Puak Finniqi (Phonecian) sronoklah tak terhingga dan bagi berhala Baal (Hubaal) kat Amar untuk dibawak balik ke Mekah. Sampai di Mekah, Amar letakkan berhala tu dalam bangunan Kaabah kat tengah2nya serta panggil n paksa smua orang sembah kat situ. Jadi, 'Ibaadat-ul-Asnaam (agama sembah berhala) pon merebak ke seluruh kota Mekah, n seluruh wilayah Hijaz. Orang Mekah bukan ja jadik penjaga kota suci n sluruh kawasan haram (suci n terhormat), tapi jugak jadik penjaga berhala2 yang ada macam2 nama kemudiannya. Antara adat2 n ritual2 'Ibaadat-ul-Asnaam yang kebanyakannya direka oleh Amar Ben Luhaiy serta bukan ritual2 agama Ibrahim (Hanif) adalah: 1. berhamba kat berhala, mintak syafaat kat berhala, seru2 nama berhala, mintak tulong kat berhala masa dalam kesusahan, n baca doa2 kat berhala untuk dapat hajat, selain berharap kat berhala atau dewa2 jadik penghubung sampaikan hasrat kepada Allah bagi memenuhi hajat. 2. berhaji kat berhala, tawaf keliling kawasan berhala, n menungging buyung depan berhala dewa. 3. menyenangkan dewa2 berhala dengan sembelih haiwan n korban kat berhala. Benda ni ada sebut dalam Quran banyaklah. 4. bagi persembahan kat berhala macam sebahagian tanaman, minuman, lembu, n lain2 kat verhala. Stengah bahagian jugak dikhaskan untuk Allah sniri, tapi biasanya disembah kat berhala yang jadik penghubung sb Allah x ada berhala untuk Dia. 5. Pastu simpan setengah2 haiwan untuk berhala dewa2 macam Bahira, Wasila, n Hami. Maksudnya haiwan2 tu xleh wat kerja2 demi dewa2 yang diwakili berhala tu. Rowayat Ibn Ishaq, Bahira ni adalah anak unta betina kepada unta betina nama Sa'iba. Sa'iba bunting n lahirkan 10 ekor unta betina, x ada sekor pon anak unta jantan. Unta2 ni smua dibiarkan bebas, xleh dicukur bulu dia, n xleh diambil susu dia wat minum. Smua unta2 betina yang lahir dr unta2 ni akan diberi gelaran Bahira lepas telinga dia kena calar skit. Wasila ni plak adalah kambing bebiri betina yang lahirkan 5 ekor anak kambing bebiri betina dengan lima kali bunting berturut. Mana2 anak Wasila ni hanya bleh dimiliki orang laki2. Hami plak adalah unta jantan yang menyebab bunting unta betina lalu lahirkan anak2 unta betina secara berturut2. Hami x leh disembelih wat makan. Smua benda ni ada dalam Quran, kalo rajin baca n cek btol2 apa dia cakap. Ikot hadis rowayat Bukhari (1/499), smua benda2 mengarut ni adalah ciptaan Amar Ben Luhai.

Mula dengan masuknya pengaruh berhala ke Mekah, maka orang Arab di Mekah baru jatuh dalam kejahiliahan. Bukan trus2 jahiliah sb sblom tu dah ada nabi n rasul. Dorang yang nyembah berhala ni percaya la terhadap dewa2 yang diwakili berhala ni mampu mendekatkan dorang kepda Allah n memandu dorang kepada Allah. Hal yang sama gak jadik masa zaman bapak nabi Ibrahim (as) dolo. Sembah berhala n dewa2 bukan Fitrah atau sesuatu yang natural. Fitrah tu nama lain bagi Islam. Islam asal dr nama Tuhan jugak. Bukan nama kaum, nama nabi, nama sapa2. Lain2 adat2 buruk sebab masuknya pengaruh buruk berhala ke kota Mekah adalah Azlam. Azlam ni sejenis anak panah x da bulu kat belakang dia. Ada tiga jenis Azlam iaitu yang tunjuk tanda "ya," tanda "tidak" n yang ketiga kosong. Kalo dorang nak musafir mengembara, nak kawen, atau benda2 besar lain, dorang akan kocok Azlam lbih kurang macam Cina dok wat depan meja sembahyang nenek moyang dorang tu. Kalau anak panah cakap "ya," baru dorang wat. Kalo anak panah tunjuk "tidak" dorang akan lewat2kan sampai tahon depan. Ada jugak jenis Azlam tu yang buang dalam air, atau duit darah, atau yang tunjukkan "dari kau," atau "Mulsaq" makna dia "berkaitan." Menurut muhadarat tarikh al-umam-ul-islamiyyah rowayat Ibn Hashim, kalo ragu2 bab keturunan n kesukuan, dorang akan cari berhala Hubaal (Baal). Bawak unta 100 ekor, n pengocok anak panah. Dorang akan tengok anak2 panah tu untuk tentukan kesukuan dorang atau tidak. Kalo, anak panah cakap, "dari kau" maka betul la anak dia tu dari suku kaum dia. Kalo tunjuk sebaliknya, maka yang kena Azlam akan jadi sekutu dia. Kalo tunjuk "berkaitan" maka orang yang kena Azlam tu akan tetap dengan dia punya jawatan dalam kaum tapi x da kaitan keturunan papa atau persekutuan. Maksudnya anak panah ni digunakan untuk tentukan kesukuan sesorang. Azlam ni lebih kurang macam judi gak. Dorang gunakan gak untuk pembahagian daging unta yang disembelih ikot adat Azlam. Lain2 tu dorang suka percaya kat tukang tilik, tukang ramal, n lain2 yang cakap leh dapat berita ghaib dengan bantuan jin2. Walopon banyak gak adat2 jahiliah yang bidaah masa tu. Ada gak adat baik dari nabi Ibrahim (as) yang masih kekal, macam menghormati tempat suci Kaabah, tawaf n haji, bermalam di Arafah n berkorban. Cuma dalam ritual2 suci ni smua, ada sikit dicampuri dengan bidaah berkaitan dewa2 berhala lepas masuk pengaruh berhala ke Mekah macam yang diceritakan. Orang Quraish lak, sb rasa dorang lagik terhormat drpd suku2 Arab lain sb dorang merupakan penjaga rumah suci, x akan masuk ke Arafah ramai2. Dorang akan berenti kejap kat Muzdalifah. Baru masuk dalam Arafah. Owh, bidaah2 lain lagik yang jadi adat adalah macam dorang x makan laban kering. Laban ni maksudnya susu masam, macam tairu atau yoghurt tu n dorang x kan makan lemak yang dimasak. Masa dorang berhaji n berumrah, dorang x kasi orang luar dari Mekah sebarang makanan n minuman.

Orang2 luar Mekah yang nak tawaf kena pakai baju tradisi kaum Quraish. Kalo x mampu beli, maka bagi yang laki2, kena bertawaf telanjang. Yang pompuan kena bertawaf dengan kain yang cukup tutup sampai paha ja. Lepas selesai berhaji, orang Mekah balik rumah n masuk kat lubang belakang rumah dorang yang dorang gali siap2. Kata dorang masuk kat pintu belakang maknanya orang bertakwa n perbuatan meninggalkan perbuatan x elok. Jadi Tuhan cakap dalam al-Quran surah alBaqarah ayat 189, kalo nak wat kebaikan kenapa x masok elok2 ikot pintu depan? Yang ni untuk menjawab pertanyaan seorang sahabat nabi gak.

Agama Yahudi di Tanah Arab


Orang Yahudi atau Ibrani yang masuk ke Tanah Arab ada dua gelombang. Gelombang pertama kemasukan adalah disebabkan oleh kemusnahan haikal dorang n ramai antara dorang ni dibawak jadi tawanan perang di Babilon. Kejadian ni masa zaman raja Bukhtunasar atau Nebukhadnezar. Tahun 587 SM, ramai lar gak orang Ibrani keluar dari wilayah Palestin dalam bekas kerajaan Israel n masuk ke wilayah Hijaz. Dorang menetap di utara kawasan wilayah Hijaz. Gelombang kedua penghijrahan orang Yahudi pulak terjadi masa penaklukan orang Romawi ke atas wilayah Palestin. Wilayah ni diletakkan dalam penguasaan seorang gabenor Romawi sekitar tahun 70 M. Jadi, penghijrahan orang Yahudi makin lama makin bertambah keluar dari kawasan kena jajah tu n dorang masuk ke Hijaz, Yathrib (Madinah), Taima' n Khaibar dan di sana dorang menetap. Di kawasan2 yang dorang tinggal ni, dorang sebarkan agama dorang kepada beberapa puak Arab. Lepas tu dorang buat lar kubu2, kota n kampong2. Jadi x smua orang Yahudi di Tanah Arab tu bangsa Israel, ada jugak bangsa Arab. Masa nabi Muhammad (saw) menyebarkan dakwah ke Yathrib (Madinah), kat situ dah ada beberapa puak Yahudi dari bani Khabir, elMostaliq, an-Nadhir, Quraizhah, n bani Qainuqa'. Stengah rowayat plak macam dalam kitab 'Alb Gajeerat-ul-'Arab cakap bahawa ada lebih kurang 20 puak orang Yahudi di situ. Agama orang Yahudi diperkenalkan di Yemen, oleh seorang yang bernama As'ad Abi Karb. Dia ni gi berperang di Yathrib n kemudian menganut agama orang Yahudi. Dia bawak balik sama2 dengan dia ke Yemen, dua orang daripada Kahin orang Yahudi dari bani Quraizhah untuk ajar shariat dorang kepada orang2 asli Yemen. Maka, agama Yahudi ni menerima banyak penganut di Yemen di selatan Tanah Arab sana. Lepas kemangkatan As'ad Abi Karb, anak dia Yusouf Zun-Nuas plak jadi raja dalam kerajaan dorang iaitu kerajaan Himyar. Aku dah ceritakan beberapa kali tentang raja ni menyerang Najran sebab membalas perbuatan pengikut Kristos Najran yang bunuh anak2 seorang peniaga Yahudi di sana. N dia bakar dorang yang degil x mo bersyariat dengan syariat orang Yahudi masa tu lepas dia pujuk.

Agama Kristos
Agama pengikut Kristos pulak muncul di Tanah Arab dengan kemasukan orang Habshah (Ethiopia) yang membangunkan kerajaan Aksum meliputi gak kawasan Najran. Selain daripada tu, peperangan orang Aksum dengan bantuan Romawi disebabkan oleh kesilapan Yusouf Zunnuas ni menyebabkan Habshah menjajah Yemen. Masa tu la jugak mubaligh2 Kristos masuk ke wilayah Yemen n menyebarkan ajaran Kristos. Masa zaman Abrahah jadik gubnor Yemen tu yang dia buat al-Ka'bat-ul-Yemen bagi menarik kafilah2 haji Arab masuk ke Yemen. Kemudiannya dia nak musnahkan Ka'bah di Mekah n dapat pengajaran bagi semua orang termasuk kita hari ni. Ada jugak seorang mubaligh Kristos nama Phemion (Faimiyyon) menyusup masuk ke Najran. Dia ni orang alim n kemungkinan jugak ada keramat. Kat sana, dia ajak orang Najran memeluk ajaran Kristos. Dia mengajak orang2 tu secara baik n diterima pon secara baik. Antara puak2 Arab yang menerima Kristos adalah bani Ghassan, Taghalib, Ta'i n beberapa orang raja Himyar selain daripada beberpaa puak yang tinggal dekat dengan sempadan empayar Romawi.

Agama Majusi
Agama ni x dak penganut langsung di Hijaz. Penganut Majusi banyak di kawasan2 bersempadan dengan empayar Parsi macam di Iraq, Bahrein, n al-Ahsa. Lain2 tu di kawasan Teluk sana. Ada jugak rowayat cakap di Yemen, ada orang yang menganut agama Majusi masa penaklukan empayar Parsi.

Agama Sabean
Agama ni merupakan agama menyembah bintang2 n planet. Percaya bahawa bintang2 n planet ni boleh memberi kesan kepada takdir manusia. Kat dalam agama Hindu pon korang leh nampak kesan2 agama ni macam ada golongan Jiyotesh (astrologers), dewa2 macam Rahu, Surya, Chandra n kitab2 nujum macam Suryasiddhanta. Jumpaan arkeologi di Iraq menunjukkan bahawa agama Sabean ni popular dalam kalangan orang Kaldani, orang Syria, n orang Yemen. Ratu Sabaa' atau Puteri Balqis tu merupakan seorang Sabean la sblom dia menikah dengan raja Sulaiman (as). Bila mana, agama orang Yahudi, n ajaran Kristos muncul, maka ramai lah yang memeluk agama n ajaran berkenaan. Skarang x wujud la penganut agama Sabean lagi tapi penganut agama Majusi masih lah ada di Iraq n negara2 Teluk utamanya bagi yang bangsa Parsi masa zaman kebangkitan nabi Muhammad (saw).

Sunnah2 Nabi Ibrahim (as)


Sunnah2 nabi Ibrahim (as) yang masih diamalkan dalam masyarakat Arab Mekah semasa zaman "kegelapan" n diteruskan lagi lepas kebangkitan nabi Muhammad (saw) n banyak lagi sbenarnya. Aku x ingat. Nanti aku ingat aku update lagik. 1) 2) 3) 4) 5) Talak sampai 3 kali Kafan mayat Haji Mahar (mas kawin kat pmpuan ms nikah) Bersunat ( berkhatan )

Talak n Mahar masuk bawah komponen Munakahat dalam Shariah Islamiah. Haji n kafan mayat masuk bawah komponen Ibadah dalam Shariah Islamiah.

- genot Perkataan 'Arab sbenarnya membawa maksud Barat, lebih mendalam lagik, orang2 yang berada di Barat Sungai Furat (Euphrates) n ni adalah perkataan lama. sblom nabi Isma'il (as) lagik mmg dah wujud bangsa 'Arab. ada yg jadik badwi, ada yg bukak kerajaan. contoh suku kaum 'Arab yg ada nabi adalah mcm yang diterangkan sebelom2 nih, iaitu kaum Thamud n 'Aad. Kaum Thamud berada di selatan Syria. Kaum 'Aad berada di sempadan Yemen n Oman. Orang 'Arab suku 'Aad ni nabi mereka adalah nabi Hud (as). Orang Thamud, nabi mereka adalah nabi Saleh (as) atau Selah.

Skarang elok kita ringkaskan sikit apa yg kita dah tengok utamanya di Mekah sebab ustaz2 'Melayu' slalu 'keliru' dengan kronologi kejadian di Mekah n Hejaz hasil dari buku teks x lengkap. Ni cuma kronologi yang terpilih saja, sebelom tu ada lagi kejadian2 lain. kita sebutkan supaya smua org sedar.

Siti Hajar bernikah dengan nabi Ibrahim (as) sebab Siti Sarah tidak dapat hamil n sangka dirinya x subur.

- Siti Hajar maka lahirlah anak laki2 beri nama Isma'il. Isma'il maksudnya 'dengarlah Tuhan' akan doa nabi Ibrahim (as). Dalam kitab Quran'ul Karim ada doa nabi Ibrahim (as), rajin2 carilah sindri tanya ustaz2 lah yang ceritera rowayat2 x habes tu, surahnya di mana. kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pon ada doa baginda termuat dalam surah tu dicat kat dinding kaca sebelah atas mihrab. - Lepas lahir Isma'il (as), siti Hajar pon orang perempuan berasa sedih amatlah sudah tentu
dia sedih lihat orang ada anak, dia sorang2 tiada anak. maka nabi Ibrahim (as) pon hantar siti Hajar n anaknya p ke kawasan seberangi gunong2 Furan smpai satu lembah.

- itu lembah lah skarang nih orang2 serata dunia yang ikot bersyariat dengan syariat yang dibawa oleh nabi dari keturunan 'kafir celaka' itu pegi naik haji. kita panggil kawasan lembah tu, Makkatu'l Mukarroma. - smpai sana, siti Hajar pon dudok diam situ n nabi Ibrahim (as) bagi doa n tawakal tinggal
anak isteri baginda situ.

- masa situ lah kejadian telaga zam2 muncol n bagai. lepas tu masuk kaum Jurhum. Jurhum
ni keturunan bekas kaum 'Aad yang masuk dr selatan Tanah Arab.

- mereka minta izin dengan siti Hajar nak berkampung sekitar telaga situ n siti Hajar setuju saja, beri syarat jangan wat harta plak telaga tu sb telaga tu untuk kegunaan n manfaat smua orang ramai. - lepas lama berkampung situ, baru nabi Ismail (as) sudah dewasa nikah dengan wanita
Jurhum.

- anak cucu2 nabi Isma'il (as) n wanita Jurhum ni kemudiannya bangsakan diri dekat
Quraisy.

- Quraisy ini nama timangan Fihr Ben Maalek n dia ni nenek moyang jugak kepada nabi Muhammad (saw).

- senarai keturunan mereka mula dengan Fihr (Quraisy) ben Maalek ben Nadr ben Kinanah
ben Khuzaima ben Modrikah ben Elyas ben Mudar ben Nizar ben Ma3ad ben 'Adnan ben 'Add ben Homaisi ben Salaman ben Aws ben Boz ben Qamwal ben Obai ben Awwam ben Nashid bem Haza ben Bildas ben Yadlaf ben Tabikh ben Jahim ben Nahish ben Makhi ben Ayd ben Abqar ben Obaid ben ad'Daa ben Hamdan ben Sanber ben Yathrabi ben Yahzin ben Yalhan ben Arami ben Ayd ben Deshan ben Aisar ben Afnad ben Aiham ben Moksar ben Nahith ben Zarih ben Sani ben Wazzi ben Adwa' ben Aram ben Haidar (Kedar) ben Ismail (as) ben Ibrahim (as).

- masa zaman Fihr Ben Malek ni masuk puak2 Arab suku kaum Azd Qahthani dari selatan
Tanah Arab yang asalnya merayau2 di padang pasir.

- Qahthan ni suku kaum sama Jurhum jugak macam Jurhum dolu masuk dalam Mekah
jumpa siti Hajar n dorang ni sbenarnya jenis Arab yang disebot dalam kitab2 Perjanjian Lama sebagai Amaliqah.

- ajaran sembah berhala tu sorang panglima suku kaum Khuza'ah yang bawa masuk dr
Syria. mereka ni suku kecil dalam puak Azd Qahthani yg pecah masuk ke Mekah dolu n slalu perang dengan Quraisy rampas2 Masjidil'Haram skarang neh.

- genot lawaknya orang2 Ajam ni macam orang Gentile kat Eropah sana gak yang benci kat Yahudi sesangat cakap "Jews were the killer of god" tapi god die tu bukan Jews gak ke? pinjam balik ayat cik asenoqs, "that's so bimbo." credit of that Bimbo word is 100% to cik asenoqs ye. bile org guris sikit baru dia tau nak melenting, tp bila dia guris org punya maruah, ni aku cakap berkaitan dengan org Israel (Yahudi) n Ibrani amnya, sebab kami orang2 peranakan Hadhrami adalah keturunan Ibrani amnya, kalo yg agama Islam baru ada keturunan Quraisy celaka atas sebab penghijrahan nenek moyang dari Iraq (anak cucu Hussein n Hassan).

Ringkasan smula mengenai jenis2 Arab


Arab terbahagi tiga zaman.......... 1) Arab Ba'idah iaitu Arab Yang Dah Musnah Sebab Langgar Perintah Allah SWT mcm Aad n Thamud 2) Arab Aribah atau keturunan orang2 Aad yang terlepas dari bencana dikenali sebagai Amaliqa atau Jurhum 3) Arab Musta'ribah maksudnya orang2 Semitik non-Arab yang di-Arab-kan atau Adnani atau Arab Isma'ili keturunan nabi Ibrahi (as)

Discussion With Others Forumer


Reply genot #
mmm... i guess ini hanya isu salah faham maksud jahiliyah. Apa maksud Jahiliyah? Kenapa Quran sendiri sebut perkataan Jahiliyah? Wokeh, Quraisyh asal dr Ismail. Sudah tentu para ambiak terlepas dr syirik. Nauzubillah! But then after a long time, umat ditinggalkan maka mereka (some of them) tewas pd nafsu dan syaitan. Timbullah perkara2 pelik yg bertentangan dgn aqidah dan syariat. Pd fahaman me yg inilah dikatakan jahiliyah. Atau kata lain zaman kegelapan. Is that be a big deal? Kita pun tahu bapa saudara Nabi penentang yg amat hebat atas usaha Baginda. Bukankah beliau juga dr puak yg sama? Quraish? Bangsa Arab memang dr dulu menyebut tuhan itu Allah. Bezanya sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, iaitu dlm tempoh masa ketiadaan Nabi, perkara2 bid'ah yg bertentangan dgn aqidah tu dipraktikkan. So pd me isu jahiliyah adalah merujuk kpd kejahilan mereka dr aqidah yg sebenar. Dan sudah tentunya pd masa yg sama masih ada yg mengikut landasan yg betul. Misalnya tidak menyembah berhala dan meneruskan amalan syariat agama Hanif. I believe peratusannya sgt lah sedikit. Maka dgn itulah Allah dtgkan Nabi Muhammad utk menerangkan kegelapan. Itu saja! Dan kalau x silap masa sekolah dulu2 pun ustazah cakap org Arab dipanggil Arab jahiliyah pasal maksiat yg mereka lakukan dan tauhid yg mereka selewengkan. Dan pastinya ini secara general saja. Dah tentu bukan mewakili semua. But majoriti lah juga i guess Dan me percaya bhw bila sesuatu kaum tu dah x nak tunaikan tanggung jwb maka Allah akan hantar/ganti dgn kaum yg lain. Sebelum Nabi Muhammad saw yg berbangsa Arab, Allah pilih bangsa Israel. Tak buat betul2, Allah ganti Arab. Dan kalau org2 Arab x nak buat betul2 esp bab dakwah sebaliknya lebih cintakan dunia, Allah ganti kaum yg lain. Cuma nabi tu x dok lah pasal Muhammad saw tu penyudah segala Nabi.

Reply genot #
nak genot...seperti yg dijanjikan....memang dlm versi german...katanya penduduk di shibam hanyalah 400 ahli keluarga je yg stay kat situ....masa aku tgk dah suku cerita dah...jadi aku tatau apa sebabnya penduduk hadramaut mengeluh kerana kemiskinan dan penduduk di shibam mengalami kemunduran.....yaman baru pulih dari perang ke genot? mereka juga focus terhadap senibina rumah yg dikekalkan di shibam...yakni mengekalkan cara pembuatan rumah tersebut....katanya mereka buat rumah menggunakan

tanah liat...cuaca digurun menjadikan pembinaan rumah menggunakan simen konkrit tidak sesuai...dengan cuaca gurun yg panas...rumah2 yg diperbuat dari konkrit akan mudah retak berbanding rumah2 yang diperbuat dari tanah liat walaupon tinggi mana pon....tapi masalah terbesar rumah tanah liat...adalah hujan...rumah tersebut terhakis dengan air hujan....jadi cara penyelesaian...dorang guna kapur untuk plaster semua dinding2 rumah.. penghasilan kapur dan tanah liat serta pembinaan rumah di sana adalah satu2nya punca pendapatan mereka....kesian tgk dorang hasilkan kapur ada yg di interview tu...hampir2 jadi buta sebab kapur masuk dlm mata...aku tgk cara mereka hasilkan kapur sgt merbahaya....mereka gunakan cara tradisional....yakni dengan membakar ketulan batu kapur...sesudah 20jam pembakaran...baru mereka leburkan batu kapur tersebut menggunakan sebatang kayu...caranya adalah dengan katok sampai lumat....tanpa menggunakan sebarang protection...malah cara penduduk yaman mendirikan rumah pon sgt merbahaya....rumah yg dihasilkan dengan cara tradisional ni...kalau kita tgk...senget ukurannya....kata salah seorg tukang bina rumah (kiranya arkitek laa jugok tapi tak pakai pelan ) cara lama tu....tidur dlm rumah yg diperbuat dari tanah liat lebih sejuk berbanding tidur dlm rumah konkrit....malah badan pon tak sakit..komen dia.. pihak UNESCO dah mengiktirafkan bandar lama shibam wajib dikekalkan dan memberi dana kepada penduduk yaman untuk kekalkan bandar lama tu...tapi kehidupan dorang ketinggalan dlm bepuluh2 tahun kebelakang laa...malah budaya setempat jugak mengharamkan kaum wanita bercakap dengan lelaki serta memakai burqa....tapi ada 3 org remaja (perempuan) di shibam yg berani di interview...kata mereka...hidup mereka bila dah besar tak seronok seperti waktu kanak2...mereka disuruh oleh ibu bapa supaya memakai burqa...malah mereka disuruh kawin seawal umur 12thn (masa ni aku gi toilet so aku tatau apa alasannya kenapa perlu kahwin seawal 12thn)...ada salah seorg dari remaja tersebut berkata...dia bercita2 menghabiskan pembelajarannya dlm bidang teknologi komputer jika berpeluang....kesian dorang kehidupan mereka sgt terbatas di sana....malah kaum wanita plak aku tgk seperti ketakutan menyorok2 disebalik burqa jalan cepat2 balik kerumah apabila terserempak dengan lelaki....malah tingkap rumah pon dilarang buka...kalau nak bukak kena tutup dengan langsir rapat2....aku rasa zaman nabi dulu tak macam tu kan?mana datang budaya yg menidakkan hak kaum wanita ni eh?kata mereka lagi...anak lelaki golongan muda..semua berhijrah keluar macam abu dhabi..dubai carik pekerjaan..sebab takdak satu industri di yaman pon yg membuka/memberi peluang kerja pada mereka...malah orang2 kaya yaman sendiri pon larik pindah ke negara lain... katanya dlm masa 20thn kebelakangan ni...yg ramai di yaman adalah org afrika yg datang berpindah kat sana.....penduduk asal yaman ramai keluar berhijrah ke mekah, asia tenggara dan paling ramai berhijrah ke indonesia (yg ni katanya penduduk asal hadramaut) meniaga minyak wangi dengan kain....ada yg jadi kaya raya.....bila mereka tua...mereka pulang semula ke yaman dan dirikan rumah2 besar....salah seorg yg di interview tu kata....mereka2 yg pulang ke yaman ni salah satunya untuk mencucikan wang2 yg mereka perolehi hasil dari perniagaan dengan mendirikan masjid?ke menderma tah...lebih kurang gini

Yup, Yemen pernah jadi jajahan British gak mcm M'sia la n pernah ditadbir komunis dolu tahon 1970-an..... Ada Yemen Utara n Yemen Selatan n orang belah negri2 selatan masa ni pom slalu dok komplen sebab dema x dapat layanan adil. orang Yahudi Aden pon sama, kena layan macam menatang, aku x suka tengok gak. bab budaya wanita kena sembunyi dalam hijab tu, benda tu sbenarnya lebey kpd kebudayaan setempat. kat Saudi Arabia pon hal yg sama jadik bukan kat Yemen jah. dema pakai cakap org tua2 cara literal, x pakai cara tafsiran n wanita bagi dema sebabkan banyak hal2 yg x patut jadik walopon aku x pikir wanita jah slalu salah kalo jadik hal2 mcm terinzal dalam fookies luaq nikah n sbgnya, ni smua salah jantan la jugak sebab bodu ikot nafsu. nafsu bkn kira jantan ka betina. dema nih bleh kata Arab Ulu n kuno gak sb x banyak percamporan mcm orang2 Arab diaspora kat overseas... lagipon kemasukan imigran2 luar banyak jadik jadi benda ni nak mengelakkan masalah2 sosial walopon welani aku nampak ada jah kejadian2 macam buang bayi oleh imigran2 asing kat belah Saudi sana. hahahaa, mmg orang Yemen paki serban n kain sarong... kami panggil sarong dlm basa Arab pon sbg saron' gak. Tapikan genot...walau yaman ni dijajah oleh kolonial2 british....depa ni memang tak terpengaruh langsung dgn cara hidup org2 british yg menjajah mereka..malah senibina rumah pon jarang suter ang nak jumpa yg mirip kepada senibina omputeh....jauh sekali nak terpengaruh dari sudut sosial dan budaya....kita tgk belah2 indonesia dan malaysia sendiri...dijajah...habes segala budaya A-Z menjadi ikutan...baik hat buruk mahupon hat baik....beza sgt kan prinsip dan pegangan mereka dgn org2 belah malaysia dan indonesia ni kan?aku nampak hat gitu depa baguih...jenis bangsa yg ada jati diri...tak macam org melayu caprut...jenis bangsa yg mudah terpengaruh dan terikut2 dgn budaya org len...tgklaa...masih ada lagi org melayu caprut campo adukkan budaya hindu dlm kehidupan depa tapi takmo ngaku...dia claim tu agama islam hat ajaq habahh dia ajar x tahu nak kata la, tiap2 orang tu ada jah kelebihan ada jugak keburukan sniri... mungkin dr segi ikot2an tu orang2 belah Tanah Arab sana ketegarq (degil) sikit. payah nak jumpa orang2 Tanah Arab nganut agama yg x dak ciri2 nenek moyang (Samiah) mcm agama Buddho atau Hindu. kalu kat AT ni lain creta la pasi pengaruh tempatan dia kuat sangat, nak ngelak tercaprut pon ssh pasi kita ni minoriti ajah. satgi dikatakan kita sombongk mcm yahudi kalu x campor orang dh datuk nenek kita mari sini nak dakwah kat orang, tgk2 anak cucu sniri habeh jadi x teratur murtad segala sb x jaga keturunan n keagamaan, mcm hal Quraisy tu la.

hahaaha, belah Indon tu bukan ada tarian pandet kaaa? tu budaya asli dia la x pakai baju menari ala2 orang utan cuma ada sikit bulu jah jd baju, mcm quote migdal punya post, "atah machader orang utan," arap2 x salah ejaan, LOL

Penjajah asing sbenarnya banyak nak serbu masuk dalam Tanah Arab ms zman kuno
dolu. Mereka ni mcm orang Mesir, orang Ashuree, orang Babilon, orang Farsi, n dengarnya Alexander The Macedonian cuba gak nak masuk. Jom tengok mengenai percubaan penjajah2 ni nak masuk jajah Tanah Arab....

Mesir
Orang yang memola sekalik tringin nak masukkan tanah Arab dalam wilayah jajahan dia adalah raja Ahmas iaitu raja Mesir yang mebangunkan kerajaan ke-13 serta memulihkan semula Mesir selepas dipengaruhi bangsa Hyksos. Dorang halau orang Hyksos keluar dr Mesir sampai ke tengah2 kawasan Sinai lebih kurang 1700 SM n raja Ahmas cuba nak serang bangsa Hyksos lagi walopon dorg dh kena halau keluar. Lepas2 tu orang Nubia n Ethiopia serang Mesir, n maharaja Mesir tu kena balik smula ke Mesir jaga negara. Lebih kurang 1,600 SM, Tahotamas III pulak cb nak serang tanah Arab n dh seberang pon teluk Zuis untuk masok dalam Tanah Arab. Ramses III dalam 1,200 SM pon cb nak serang tanah Arab dgn tentera berkuda. Dia bawak angkatan besar jugak dengan kapal besar bawak turon di pantai laut merah dengan niat nak serang Ethiopia, Somalia, n Tanah Arab sekaligos bg kemudahan hubungan perniagaan Mesir dengan negri2 Timor Jauh. Ramses III jugak katanya ada buat hubungan diplomatik dengan Yemen n negri2 tepi pantai serta bangunkan sistem jalan raya untuk kabilah berniaga antra lautan Hindi hubung dgn Sg Nil melalui Tanah Arab. Dia antar orang2 cerdik profesional buat selidik pasal tambang emas n len2 macam dlm wasiat tuk nyang dia dolu2. smua ni diikuti jugak oleh Ramses IV tahon 1167 SM n dia pon bukak lagi jalan baru ke TA mcm short cut la bg jimat masa melintas TA g ke laut di sebelah selatan Arab.

Ashuree
Orang Ashur ada juga cb nak serang TA masa zaman pemerintahan raja dia, Blasar II. Dia serang TA sekitar kurun ke-9 SM lepas dia perang dengan Syria. Kat sempadan Mesir, tentera Ashur ni bertembung dgn satu kabilah Arab plak. Kurun ke-8 SM, orang Arab cuba nak serang negri Samora n kebetolan negri tu wilayah jajahan kerajaan Ashoor. Oleh tu, raja Ashur masa tu, Sargon II berasa dendam sama orang2

Arab tu n dia serang orang2 Arab balik pada tahon 715 SM sampai masuk ke ujung negri2 yg sblom tu x nah disentoh musoh2 len. Lepas Sargon II, mari pulak Sanherib perintah sekitar 706-618 SM n dia pon serang TA lepas dia habes serang Cyrus Arwaad, Asqalan, n Sidaa serta len2 negri di barat TA n sebelah selatan dia dekat2 dengan kawasan SInai. Kendian, perintah la raja Huddun pulok, dia perintah dr 681-668 SM. Dia perang dgn Mesir, Phoenecia, Ogal, n negeri2 Arab. Dr tahon 668-605 SM, naik takhta raja Banibal. Dia perang lagi dengan Arab sb Arab masuk pihak dgn musoh dia. Dia jaya rampas negri Barta' n Mo'ab. Perang yg dahsyat ni jadik antara sg Euphrates (Furat) n Telok Farsi.

Babilon
Tahon 605-562 SM, raja Buhktunasar mengalahkan bangsa Arab. Dia bunoh ramai la org Arab n stengahnya kena takluk dgnnya. Dengar creta, raja ni serang smpai masok dalam negri Hijaz n tuk nyang kita, Haidar (Kedar) pon sama terkena padahnya.

Farsi, Yunani, Romawi


Raja Farsi iaitu Sabor pon cb nak masuk jarum dalam TA n kebetulan TA pulak sokong Farsi. Yunani (Greece) pon masa yg sama nak masuk dalam TA jugak n sebab hal Arab masuk sebelah dengan kerajaan Dara iaitu kerajaan Farsi waktu tu, maka pemerintah dia Alexander berasa bengang n dia kalahkan la kerajaan Dara n Arab pon jatuh sama sb sokong Farsi. Masa zaman maharaja Aughustus pon orang Roman plak cuba nak kacu TA n hantar Galus dengan bala tantra masuk sana tapi sia2 ajah, x leh takluk TA. ------------ Kejadian2 ini berlaku pada tahon SM lagi. Kitab Taurat yg orang Melayu slalu dok kata bukan Taurat asli sb dibentur2 ikot suka ati kahin2 n orang2 alim pasal diberitau ustad2 tu sbenarnya dibakar besar2an oleh orang Babilon pd SM lagi n waktu tu orang Israel ada stengahnya dh terpaksa tinggal dalam buangan di negara2 orang. Pembakaran kitab secara besar2an tu sebabkan hanya tinggal cebisan2 Taurat yg diselamatkan orang2 Israel n ada jugak nabi2 kecil mcm nabi Danial (as) serta nabi lain yg dapat wahyu Tuhan tp mereka x ada di negara Yahuda (Israel) waktu itu sebab ada dlm penjara di Babilon.

Makam Nabi Danial (as)


Terlanjur sebut pasal nabi Danial (as), kita sebut sikit la mengenai beliau. Nama nabi ni sbenarnya bermaksud undang2 Tuhan! Dan + El = Daniel atau apa2 ajah sebutan yg bunyik macam tu. Dalam bahasa Arab kita, perkataan Dan tu sama dengan perkataan Deen. Maksud 'Deen' ni sbenarnya 'Undang Tuhan.' Jadi agama kita ni adalah 'Undang2 Hidup' sb tu ada panduan iaitu kitab suci. Tu sb kalo x berbasa Arab, maka akan menjauh dr ajaran Islam n itu jugak hikmahnya al'Quran x diterjemah ke pelbagai bahasa melainkan dgn ada gloss trenslation sebelah nyebelah dgn teks asal dr bahasa asal, loghat Arab yg asal. Bahasa ni berkaitan rapat dgn agama Islam, semacam bahasa Senskrit atau basa Tamil Brahmi berkaitan rapat dgn agama Indu n kehidupan orang Indu. Dengarnya ada mesjid di Iraq dipanggil Jame' Danial n dibina atas makam nabi Danial (as). Ada orang percaya kat situ ada simpan jasad baginda sebab jasad nabi2 ni x makan tanah, Tuhan kasi pelihara walopon sudah lepas wafat. Mesjid ni terletak kat dalam sebuah kubu di Kirkuk. Asalnya mesjid tu sebuah sinagog sebelom diubah suai jadi gereja n kendian diubahsuai lagi jadik mesjid. Mesjid ni ada dua kubah, tiga menara, dengan tambahan letak batu n tembok dibina sekitar era Mongol dolu. Keluasan mesjid itu 400 meter persegi, n ada empat makam katanya dalam tu. Dua drpdnya dipercayai milik nabi Danial (as), n nabi Uzair (as), serta lagi dua milik Mikhail n Hannania, aku x pasti jika dua orang lagi adalah nabi gak atau bukan. Kena tanya kpd orang Yahudi sniri, aku xmo spekulasi soal jawab sniri. mosti kena tanya orang. Sebab bg penghormatan terlalu lah besar penduduk Kirkuk serta tinggi cinta kasih penduduk2 Kirkuk kpd orang Masehi (Krist) n Yahudi dan bagi diri nabi Danial (as) didirikanlah penduduk Kirkuk yang lama dahulu dengan mengebumikan mayat2 mereka itu sebelah masjid Nabi Danial (as) di mana ada kuburan yg mmg dh wujud sebelah masjid tu n tempat perkuburan itu merupakan antara perkuburan n permakaman tertua dalam kota Kirkuk. Sbenarnya ada lain2 tempat lagik didakwa merupakan makam nabi Danial (as). Satunya ada di Sousah, dalam Iran sekarang ini dn satu lagi di Qibrus (Cyprus). Satu lagik ada dakwaan makam beliau itu ada di bandar kecil el'lod dalam Palestin. Lagi ada jugak masjid lain dengan nama nabi Danial (as) dlm bandar Mousoul kat Iraq selonggok dalam kawasan tu tinggal golongan2 bangsawan dalam satu kawasan kawasan yang dipanggil sbg 'mahallah yahudi' n tempat tu sbenarnya dh lama usianya ratusan2 tahun n katanya tempat itu ada igereja yg menerima ramai pelawat dr negara2 berjiran serta dirasmikan secara sah masuk dalam harta jabatan perbandaran Mousoul dengan nama masjid Nabi Danial (as). Aku penah dengar rowayat jugak pasal org2 Saidina Omar Al'khattab terjumpa jasad nabi Danial (as) di Iraq masa gali2 tanah nak buat bangunan ka apa, tp lepas tu beliau soh org segera kebumikan semula jasad nabi tersebut malam hari jgn kasi tau sapa2 pon mn tempat

dia bg jaga kemuliaan n hormati nabi itu... x ingat sangat... kena rujuk balik sumber2 dia, tp mmg penah dengar hal ni. kata mereka jasad nabi tu mmg x reput dimakan tanah. Kalau ikot iman kita, pastilah sebab penjagaan kitab suci dalam diri para nabi tu. Orang2 awam pon akan jadi gitu jika jaga kitab suci, wallahua'alam. makam yang didakwa makam nabi Danial (as) di Sousah, Iran

Masjid Nabi Daniel kat Kirkuk

Tamadun Arab sebelom kelahiran Mohammad (saw)


Pendudok Tanah Arab bahagian utara beza lah dengan penduduk Tanah Arab bahagian selatan. Orang utara dudok banyaknya di kota2, bergaul dengan bangsa luar n dorang memang ada buat kota2 macam kota Petra orang Nabathi di Urdun (Jordan). Nabathi adalah orang Arab bekas badwi, tulisan Arab moden ada asasnya dr tulisan orang2 ini.

Penduduk selatan Tanah Arab pula banyak hidop secara badwi. Ikot kata al'Alusi, penduduk Yemen (selatan), iaitu bani Qahthan, nama Ibraninya adalah Yuqthan dolunya negeri mereka makmur aman, subur. ada istana2 indah, n kubu2 yang kukuh kuat sebelom runtohnya empangan Ma'areb. firman-Nya: sesunggohnya bagi kaum Sabaa' (dinasti di selatan Arab), tempat2 kediaman yang berkebesaran, dua taman indah di kiri kanan. Makanlah dr rezeki Tuhan, bersyukurlah kpd-Nya kerana negeri subur n kerana nikmat Tuhan Maha Pengampun. (terjemahan sabaa' 34:15) raja2 negeri yemen (selatan Arab) menakluki kawasan2 lain juga n berkuasa di mana2. mereka suka akan ilmu pengetahuan juga tahu peraturan. ada cukop punca2 untuk hidop seperti makanan, reti mengatur tentera, reti buat kota, reti membuat saliran air sebelom orang Roma buat aquaduct, benda2 ni smua tidak akan tercapai lah jika penduduk2 itu bangang dan tongong. Agama penduduk yemen (selatan) juga macam2. mereka juga ada diutuskan nabi2 n rasulullah (utusan Tuhan) bg mengajarkan suruhan-Nya, tegahan-Nya, amaran supaya beriman dengan-Nya, serta menolak dusta semacam umat2 lain juga. Dalam bidang astrologi, kaji2 bintang, raja2 yemen (selatan) berjasa la jugak selain ada bukti2 turun temurun. di India ada lah ilmu kaji bintang secara kebetulannya, golongan Brahmin yang mengkaji bintang tu dikenali sebagai jiyotesh atau giyotesh. di Babilon (dalam Iraq) pon ada jugak ilmu kaji bintang ini, kebetulannya. n orang yemen iaitu bani Qahthan dr Ya'arob sebenarnya datang dr Iraq juga masok ke selatan Tanah Arab. dinasti Sabaa' bermula abad ke-8 SM sampai ke 257 M, kota Ma'areb ditemui oleh Saam anak nabi Nuh, ni rowayat Arab. seorang raja dinasti Sabaa' dipanggil Abu Shams (father of the sun) pon menyembah ke matahari. diwarisi juga oleh Balqis. dalam Quran nama raja perempuan itu adalah Balqis, tp dalam Torah hanya dipanggil queen Sheba yang menikah dengan nabi Sulaiman (as) dr kerajaan Yahuda di kawasan Israel/Palestin hari ini. bleh cek smula lah kajian2 arkeologi. ada banyak laporan di luar. kata al'Alusi bahawa keturunan Adnan b. Isma'el serta lain2 Arab dudok di dekat2 dengan Arab Yemen. Arab Yemen pon terpaksalah keluar dr Yemen lepas bencana akibat runtohnya empangan Ma'areb. keluar mereka sekelompok demi sekelompok n ada stengah mereka pon berpegang dengan aturan2 idop berdasarkan wahyu dr langit dr nabi Hud (as). bagi bani Adnan b Isma'el di Makkah, mereka pon berpegang dengan aturan idop dr langit dr nenek moyang iaitu Ibrahim (as), n Isma'el (as). lama lah jarak waktu antara anak cucu dengan nenek moyang, maka ajaran2 dr syariat pusaka sudah berubah2 dr yang asal atas macam2 sebab. Ketauhidan mula dikotori dengan keberhalaan, mereka masih bertauhid tapi dengan bantuan dewa2 pembantu yang menghubungkan mereka dengan Allah sebab Allah begitu Tinggi, tidak dapat dicapai mereka melainkan dengan bantuan dewa2 n malaikat2. mereka mengakui juga masih beriman dengan nabi Ibrahim (as) n mengikot syariat nenek moyang itu.

penyembahan berhala n bermohon bantuan dewa2 di Makkah diajarkan kepada Arab Adnani oleh pendatang baru iaitu Arab bani Khuza'ah keturunan 'Azd yang masok dr yemen. perangai Khuza'ah inilah diikot masyarakat Makkah kemudiannya, n kejahilan mula menyelubungi Makkah walaupon kota itu adalah kota suci dimuliakan-Nya. Pintu ilmu pon tertutop n selalu berselisih paham antara kabilah. syariat nenek moyang pon sudah tercemar, tiada nabi lain lagi dihantar untuk memperingati membawa kepada cahaya semula, orang2 Makkah pon tiada peduli dengan ilmu2 seperti ilmu sains perubatan juga matematik logik lagik. Ilmu dalam masa kegelapan menyelubungi itu adalah sebab kepantasan otak berpikir mcm ilmu bersyair n bersyarah. juga ilmu2 hafal nama nenek moyang n keturunan, sejarah perang yg dh ditempuhi, ilmu bintang nak mula perang, n ilmu senjata sebab asyik perang saja.

Gustav Le Bon ringkasnya pernah menyatakan bahawa perawi2 sezaman dengan turonnya kitab Torah merowayatkan bahawasanya perniagaan bangsa Arab utamanya yang tinggal di kawasan yemen satu ketika dolu sangat maju. Herodotus menyatakan bahawa kurun ke-4 SM, Tanah Arab pernah jadi tanah subur yang makmur. Strabo pulak menegaskan bahawa empangan Ma'areb merupakan bekas tangan manusia yang menakjubkan. penyelidikan arkeologi di yemen menunjukkan bahawa kawasan selatan Tanah Arab memang pernah jadi pusat kemajuan juga pernah mencapai ketamadunan setaraf dengan tamadun Mesir, tercatat dalam kitab2 suci juga seperti Quran n Torah. Dengan penemuan2 arkeologi di Arab Selatan, pendapat para ORIENTALIS BARAT bahawa orang Arab Purba adalah kaum gasar biadab adalah tidak dapat diterima sama sekali. sebelom bangsa Romawi muncul di pentas dunia, Arab Purba sudah lah muncul dalam macam2 aktiviti. perhubungan bangsa Arab Purba dengan bangsa2 lain menyebabkan mengalirnya pelbagai faedah2 kepada alam n tamadun bangsa lain. (kitab La Civilization des Arabes) inilah sedikit sebanyak mengenai kemajuan bangsa Arab di Utara (Nabathi), n juga Arab di Selatan (Sabaa' n Yemen).

...........................................

Arab Selatan (Yemen) sistem pemerintahan


Satu pemerintahan itu ada beberapa kota n rumah2 kediaman dipunyai seorang sheikh. dalam kota akan ada haikal, berhala2 sembahan n pujaan, serta diberikan nama ikot nama2 suku kaum yang pujanya. kemudian pengaruh ketua2 suku akan berkembang dengan keluarga2. golongan2 kecik lain2 akan dudok pulak dekat2 suku kaum besar ni walaupon x sama keturunan n kemudian akan timbul satu kerajaan n bertambah2 besar. ini secara sederhana saja perkembangan bagi dinasti2 mo3iniya (minean), sabaiyya (sabean), n himyariyya (himyarite) serta len2 dinasti dalam Yemen. dinasti2 ni banyak suka berniaga dengan orang luar negara. pengaruh di luar negara mereka adalah pengaruh perniagaan bukan pengaruh perang takluk. ketua pemerintahan arab selatan adalah sistem beraja mutlak. raja hanya bersemayam dalam istana di kota Ma'areb x keluar2. raja2 pon x perlu wat barisan tentera sebab x selalu perang, kalo perang cuma sebab nak menangkis serangan musoh juga melindungi perjalanan kafilah perniagaan ke luar. askar2 yg jarang perang slalu bertugas membuat rumah2 pendudok, membina jalan raya, n penting sekali memeriksa empangan takot2 ada bocor. pewarisan raja di yemen adalah turon temuron kecuali jika x ada anak saja baru berpindah warisan raja kepada sedara2 raja. di Hadramaut sebelum kemasukan agama Nasrani, keadaan adalah beza sikit. strabo menyatakan bahawa pewarisan raja Hadramaut pulak bukan turon temuron. biasa warisan raja akan berpindah kepada anak laki2 montri yang sulong, anak laki2 montri ni akan memerintah ikot kuasa raja masa itu. jurji zaidan dalam kitab bangsa Arab sblom Islam menceritakan cara raja nak pilih waris adalah dengan mintak senarai nama isteri montri2 yang hamil, smuanya akan dijaga baik2 sampai lahir anak. anak yang lahir dolu n berjantina laki2 akan dipilih serta diasuh jadik raja kemudian hari. kalo anak perempuan, maka dah x jadi urusan istana lagik. raja2 smua ada gelaran kebesaran misalnya Basta' n Rayyan bg dinasti Mo'iyinah. Yablin, Yauf, n Wataar bg dinasti Sabaiah serta Arab Selatan ada matawang sendiri dengan ukiran nama raja, gambar raja serta nama negri dicap pada matawang. dlam cap gambar matawang ada gambar burong antu, helang, batas tanaman simbol pertanian, juga bulan sabit melambangkan keagamaan masyarakat Arab Selatan yang tertinggi.

matawang ni ada ditemui ahli arkeologi disimpan di galeri2 arca EU. dr gambaran matawang, nampak bahawa raja2 Yemen suka ikat menjalin rambot, rambut yg dijalin akan terjuntai sebelah kanan n kiri pipi stengah lak terurai ke belakang. dorang x pernah bela janggut n misai panjang2 sb x da bukti ditemui dr mata wang lagik. orang Arab Selatan suka tunggang kuda, tp lepas bergaul dengan orang Habsyi, maka suka lah menunggang kenderaan kebesaran atau pedati yg ditarik kuda n gajah. rowayat Theofatus ketika maharaja Justinianus mengirim utusan dr Konstantinopel mengadap raja Himyar pd kurun ke-6 M, ketua utusan namanya Julianus. Laporan Julianus menyatakan bhw raja Himyar dudok atas pedati emas ditarik empat ekor gajah. raja pakai cawat aja n selendang bertekat emas. cincin dipakai di jari berbatu permata n tangan pegang perisai bersalut emas, dua batang tombak, serta ada pengasuh2 yang menyanyi lagu2 pujian kpd raja di belakangnya smbil pegang senjata2. bila sampai utusan ke balai mengadap, raja himyar sambut sniri surat dengan hormat n cium surat. lepas tu dia cium kening utusan n hadiah2 kiriman maharaja romawi timor. isi surat meminta raja himyar halau parsi dr sempadan negerinya n minta dia jaga keselematan orang2 berniaga dr empayar romawi yg datang dr Iskandariah. raja himyar memperkenankan permintaan sahabatnya. masyarakat Yemen masa itu terbahagi empat jenis: 1) askar bersenjata, menjaga negri, kubu2, serta kafilah2 perdagangan dr utara ke selatan. 2) petani 3) kaum tukang 4) peniaga zaman skarang pon adat kelas2 masyarakat ni masih wujud sikit2. adat cium kening tetamu tu memang ada lagi diamalkan, aku pon pernah cium hadiah roomates aku dr kelante dolu2 sb aku respek dorang walupon dorang kasik aku roti je tp aku x cium la kening kawan2 dorang yg masok bilik aku sb aku x kenal dorang n perbezaan budaya. bg masyarakat Hadrami, pon ada 4 peringkat masyarakat, aku x ska nak sebutkannya nanti org salah faham pula serta aku benci kasta2. tp untuk pengetahuan am, golongan pertama adalah golongan syed, kedua askar, ketiga petani, keempat peniaga. bawah2 dr kaum peniaga dipanggil kaum dhu'afaa' atau kaum2 lemah, orang2 ni x bleh kawin dengan orang2 pompuan dr 4 golongan atasan tu.

- genot -

Agama Arab Selatan


Agama Sembah Bintang
Dari kajian2 arkeologi, didapati bahawa orang Arab Selatan menyembah ke bulan n matahari utamanya kerajaan Sabaa'. dua2 benda ni disifatkan dgn macam2 sifat tp mereka lagi pentingkan dewa matahari. kat India orang panggil dewa Surya, kat Mesir pon x silap ada aku x ingat apa nama, Amon Ra ka apa nama. sebabnya matahari ni jadik sumber utama cahaya dalam bumi. bintang2 smua jadik montri dia jugak panglima2 wakil kepada dewa matahari. tapak2 arkeologi ada bekas2 menunjukkan mengenai nama Tuhan dikenali dengan mcm2 nama, misalnya Tuhan Yang Penyayang, Tuhan Yang Pengasih, Yang Berkuasa, Yang Memberi Kehidupan serta lain2. Stengah anggap plak Tuhan dok di tempat2 yang dianggap suci. dorang akan wat kuil2 untuk dewa2 mcm istana Ghamdan.

Agama Yahudi
Orang Israel cuba juga mengajarkan agama dorang di Yemen. dolu2 pernah jadik peperangan antara orang kerajaan Himyar dr Yemen dengan orang Israel di Yathrib sekitar tahon 500 M. raja Abu Kariba Assad hantar ekspedisi tentera ke utara bg menghalang empayar Byzantine dr berkembang n dia benci dengan orang Nasrani. Maharaja Byzantine pon dh lama memerhati peluang nak meluaskan pengaruh bg menguasai jalan rempah ke India. maharaja Byzantine harap x perlu perang dgn orang2 Arab pagan x beragama tu. dia hanya ingin sebarkan ajaran Masehi saja kepada mereka menjadikan mereka saudara empayar. di Utara dh Byzantine dh berjaya menjadikan orang2 Arab tu sbg saudara, tp di Himyar kat selatan susah nak menginjil kpd mereka. askar2 Abu Kariba tiba di Yathrib, orang2 tempatan situ pon x melawan n x menunjukkan tanda2 nak berkhianat kpdnya. maka dia meninggalkan seorang anaknya jadi Amir di situ. baru sikit keluar dr Yathrib, raja dapat tahu anak dia kena bunoh. jadi dia balik smula ke Yathrib n mengamok. dia tebang smua pokok kurma dalam kota tu bg menjadikan dorang bangkrut n bercadang nak hapuskan trus pendudok kota tu. bani Israel di Yathrib sama2 dengan penduduk Arab pagan di Yathrib lawan orang Arab Himyar tu untuk mengelakkan kota dorang dihancurkan. masa tengah perang, raja Abu Kariba sakit. dua orang kahin atau ulamak beragama orang Yahudi, nama mereka Ka'ab n Assad dr bani Quraizah g melawat raja lepas dengar raja Himyar tu sakit. dorang panggil raja di khemah

tentera n gunakan kepakaran dalam perubatan untuk pulihkan sakit raja. masa tu jugak dorang merayu raja Arab Himyar tu supaya jangan hancurkan Yathrib. sebab raja rasa terharu dengan dua2 kahin itu dh membantu dia. dia pon trus menganut juga agama orang Yahudi. smua askar2 dia pon ikot memelok agama orang Yahudi n bani Israel. ini lah sejarahnya orang Arab Yemen menganuti agama orang Yahudi n beriman kepada Tuhan bani Israel tapi dorang bukan suku Yahuda (Judah) mau pon suku Lawi (Levite). tapi bangsa Arab Himyar dr bani Ya'arob B. Qahthan. bila raja Abu Karb balik ke Hadramaut, dia suroh smua rakyat ikot pelok agama orang Yahudi n beriman dengan Tuhan bani Israel tp awal2nya rakyat banyak degil masih dengan kepercayaan n pemujaan bintang2 n matahari. lepas tu baru dorang terima sikit2 sampai kebanyakannya masuk agama orang Yahudi. ada la sikit2 masih lg dengan agama lama. slalu la dengar orang2 Hadramaut sebut Rakhman Tuhan bani Israel juga Tuhan Yahuda dlm batu2 besulat. Abu Karb x lama jadik raja sb dia memang suka perang, dia mati dalam khemah tentera. sorang lagi raja Arab Himyar beragama Yahudi dalam Quran dikenali sbg Zunnuas, nama dia sebenar adalah Yousouf as'Athar. dia ni musoh sangat2 dengan orang Nasrani. slalu perang dengan orang empayar Aksum di Najran. dia benci dorang sebab katanya dorang ikot propaganda Romawi Byzantine. masa dia seorang saudagar yahudi yg terkenal nama dia Sam'ul buat kubu di Ablaq tempat Amrul Qis menyimpan alatan perang. Sam'ul x mo serahkan senjata milik kerajaan Himyar kpd orang2 Najran walaupon anak dia diugut untuk disembelih. dia terpaksa la sanggup terima n lihat anak dia kena sembelih dengan orang Nasrani Najran sb dia pegang janji jaga baik2 peralatan perang kerajaan Himyar. dalam kalangan Arab adalah pepatah "pegang janji teguh mcm Sam'ul."

agama Nasrani
Agama ni masok ke Yemen dr Iraq dr empayar Romawi juga. Dolu2, hubungan dagang antara Iraq, dengan Yemen sangat2 rapat. maka agama ni pon mudah la tersebar ke serata2 tempat di mana ada hubungan dagang. kubu orang Nasrani kuat adalah di Najran. Najran ni subur tempatnya, ada 3 ketua di situ iaitu Sa'id, 'Aqeb, n Usquf. Sa'id fungsinya jadik ketua kabilah n perang, jaga urusan luar negeri n hubungan antara kabilah. 'Aqeb jaga hal ehwal dalam negeri bab2 keduniaan. Usquf jaga gereja2 n hal2 peribadatan. keterangan Yaqut al'Hamawi sebut yang antara utusan2 Yemen yg berjumpa dgn nabi (saw) adalah seorang Sa'id Najran bernama Wahb, seorang 'Aqeb nama Abdul Maseh, n sorang Usquf nama Abu Harithah.

Asalnya nabi (saw) mau buat mobahalah dengan dorang, angkat sumpah kena laknat bagi hancur sapa2 yg membengkok dr kebenaran tp puak2 itu tidak mau lah takot termakan sumpah. mereka hanya ikat janji damai dengan nabi (saw), xmo perang2. keterangan O'leary menyatakan orang Najran penganut ajaran Masehi aliran Ya'qubiah (Jacobites) n popular smpai abad ke-6 sampai ke-7 M di Selatan Tanah Arab. dorang rapat dengan orang Habsyi sebab sama aliran. tersebarnya agama Nasrani di Arab Selatan menyebabkan banyaklah orang2 Arab menjadi pendeta, bukak biara2 sniri, menyisih diri dr masyarakat mengelakkan dosa, menjadi guru2 mengajar ajaran tentang dosa n menebus dosa, mengajar mengenai falsafah ketuhanan Tiga dalam Satu yang dasar dalam ikitikad agama Nasrani n ajaran Masehi.

Abrahah nak menyerang Makkah sblom kelahiran nabi (saw) satu sebabnya adalah hendak menginjilkan kaum Quraisy juga pendudok Makkah lain, memaksa dorang memelok agama Nasrani n menghancurkan 'rumah berhala' Ka'abah. Abrahah x tahu mengenai tanda syariat nabi Ibrahim (as) di Ka'abah, dia cuma nampak orang2 musyrik saja n berhala2 yg dorang letakkan di situ. sebelom memelok agama Masehi, orang Najran ni beragama musyrik juga atau mengamalkan kepercayaan polytheist. Orang musyrik ni, dia puja banyak dewa dewi di samping Satu Tuhan. Dia tau ada Tuhan Esa, tp dia masih pakai benda2 len untok wasilah dgn Tuhan, tidak terus2an kepada Tuhan.

dorang di Najran sana sblom memeluk agama Masehi memuja pokok kurma yang tinggi2 n kalau ada perayaan2 tahunan dorang akan gantung kain2 kualiti baik jugak alat2 hiasan pompuan kat pokok2 tu tanda bersyukur hasil baik. dorang menari2 keliling batang pokok kurma. Orang Najran pertama menganut agama Masehi adalah seorang pemuka kaum Najran nama dia Abdollah B. ath'Thamer n pendakwah pertama di situ nama dia Faimiyyoun (Phemion). dia ni jadik hamba kepada ketua kaum Najran tu n dia yang berdoa kpd Allah SWT supaya tunjukkan bahawa pokok2 kurma tiada kuasa pon sekitar abad ke-3 M. Orang2 Masehi dr Najran pernah ke Ukaz di Makkah mengajarkan mengenai agama juga dorang ni pandai syair Arab jugak selain meramal masa depan sb dorang ada kitab. n orang2 Makkah stengahnya memang dengar pon cakap pendeta2 ni misalnya pendeta Qiss B. Sa'ida n Rabe'a B. Yasser. dorang pernah meramalkan perutusan nabi Muhammad (saw) melalui kitab suci dorang n minta orang2 Makkah hormati 'orang' tu. Juga Khosro Parsi pon pernah hantar sorang orang dia beragama Masehi ke Suriah (Syria) tanya hal yang sama kpd sorang pendita Masehi kat sana sb nampak bintang di langit melintasi negeri dorang ms kelahiran nabi (saw). tiap2 nabi yang lahir mesti akan ada cetusan bintang di langit.

Bahasa Arab Selatan


Beza sangat besar drpd bahasa Arab Utara. tulisan pon len2 tidak sama. bahasa Arab Selatan lagi dekat dengan bahasa Suryani. Ada stengah pihak menegaskan bahasa n huruf tulisan orang Himyar (Hadrami) nak dekat sama dengan bahasa huruf orang Phonecian (Arab Liar di Lebanon atau Levant). jadi sebelum kelahiran nabi Muhammad (saw), Arab Selatan ada bahasa n tulisan sniri. Undang2 pon ada undang2 snirik. huruf Himyar masih wujud, jadi tulisan bahasa Amharic orang Habsyi. lepas memeluk ajaran Islam syariat fitrah penghabisan, makanya tulisan sekarang n bahasa Arab skarang dipakai merata2.

tulisan himyar dlm batu besurat

carta tulisan2 lama di Timur Tengah

perbandingan bahasa Arab Himyar, Ibrani-Suryani, Latin, Jerman

Arab Utara
bahasa Arab Utara
Orang Arab Utara umumnya idop cara badwi dolu. Arab Selatan awal sikit naik tamadun. tapi orang Arab Utara ni banyak bergaul dengan orang2 luar jadik dia dapat banyak istilah2 bagus dalam bahasa dia hasil percampuran. dalam masa yang lama, banyak kalimah2 bahasa len2 masuk menyerap dalam bahasa Arab Utara. ada tiga peringkat perkembangan bahasa Arab Utara. pertamanya, loghat Utara masih suci murni n daerah pertuturannya sempit aja. zamannya bermula dr zaman Arab Amaliq atau Arab Liar n zaman Arab Purbakala. keduanya, bahasa Arab yang dituturkan oleh puak Jurhum II. puak Jurhum ni anak cucu Qahthan jugak mcm lah orang Himyar tp dia keluar lebih awal dr Yemen n masok ke kota suci Makkah. dorang ni smua bekas kaum nabi Hud (as) yg terselamat dr bencana sb beriman dan

ikot nabi keluar dr tempat mereka sblom tu dorang tinggal di Hadramaut n keluar balik ke Makkah pd zaman nabi Isma'el (as). bilanya orang Jurhum II ni masok ke Makkah, mereka jumpa dh ada orang dok di lembah kering kontang Makkah tp ada pulak telaga punca air di situ. orang2 tu adalah Hajar n Isma'el (as). Hajar bg kebenaran kpd dorang duduk sama2, tp x mo kawal telaga tu sorang2, mesti bg smua org minom sama2 tiada dengki2. maka lepas tu nabi Ibrahim (as) slalu melawat jugak Hajar n Isma'el (as) di Makkah n bergaul dgn orang2 Jurhum II ni, maka bahasa mereka pon bercampur gaul. Bahasa kemudian berubah sikit bentuk jadi bahasa suku misalnya bahasa Arab Mudhar, bahasa Arab Rabi'ah, bahasa Arab Kinanah, bahasa Arab Nizar, n bahasa Arab Qais. ketiganya, lepas suku kaum Quraisy (anak cucu Adnan b. Isma'el) jaga Ka'abah n kota Makkah. banyak kabilah2 Arab len pon masok ke kota Makkah bg menziarahi Ka'abah (syiar agama2 lama sb dolu2 dorang smua pon ada nabi2). dorang masok tiap2 tahon kurang2nya 50 hari, dorang ni smua dianggap tetamu Tuhan juga tetamu Quraisy. kabilah2 yang berziarah ke Makkah ni akan berada 3 hari di pasar Zul Mazaaj, 7 hari di Majinna, 30 hari di Okaz, n 10 hari buat manasik haji, ikot syariat2 lampau dorang. lepas tu orang2 haji ni akan berniaga, maka mereka akan tukar2 dengan orang Quraisy. maka orang Quraisy pon ada jugak keluar dr Makkah ke selatan Arab meniaga, ke Iraq, ke Habsyah, ke India, ke Farsi n Hauraan. kat sana dorang dengar bahasa orang ada yang lembut ada yang pelik n ada jugak barang2 yg dorang x penah tgk kat Makkah, jadi benda2 ni dibawa balik ke Makkah. banyak pengaruh bahasa Parsi sebenarnya masok ke Makkah. sebab bahasa Arab di Makkah bertembung dengan bahasa tamadon len, maka bahasa Arab QUraisy menjadi satu bahasa yang kaya perbendaharaaan kata. lain2 drpd tu, kemajuan satu2 bahasa berkait jugak dgn kemajuan pemikiran n ilmu penutur bahasa itu. penyair2 Arab badwi pon menyampaikan syair dalam bahasa Arab Quraisy. kadang2 satu benda tu ada 10, 20 sampai 100 nama merujuk satu benda sahaja. Noldke yg merupakan ahli bahsa2 Timor n bahasa Saam memberi pendapat bahawa bahasa Arab mempunyai sebutan beberapa perkataan bg Jamak Taksir serta ada Nahu n Saraf yang tersusun. Pendapat Noldke dibantah pula oleh Ahmad Amin dr Universiti Fuad I, Qaherah. dia mengatakan bahsa Arab memang kaya dengan perbendaharaan kata tp masih lagi dalam ruang lingkup suasana gunung2 batu n padang pasir serta unta dan kuda. bab2 macam nak menyatakan mengenai salji di puncak gunong, lautan n ikan, kapal2 n menerangkan hidop mewah2 di istana raja, dorang miskin mengenai hal itu sb x pernah rasa benda2 tu smua. kemudian2 ajah baru dorang kenal benda2 ni bila wujud kerajaan2 Arab n tamadun yang kemudian bercampur dengan tamadun len2.

Ilmu Pepatah
Dalam bahasa Arab, benda ni dipanggil sbg amsal. dalam Quran pon ada. jenis2 amsal ni ringkas2 aja pendek senang nak dihafal orang2 ramai. kalo nak banding dengan syair, amsal lagi senang. syair x ramai org leh hafal sb panjang. orang2 yg hafal syair ni darjat tinggi la dalam masyarakat sb benda tu ssh. benda2 dalam amsal ni banyak menyentuh pasal haiwan2 mcm unta n kuda, panah, n peperangan. kalo puak Quraisy, dorang slalu berniaga, maka dorang ada amsal pasal perniagaan.

Syair
Orang Arab Utara sangat hormat dengan syair. dorang melepaskan tekanan perasaan dengan lagu2 syair utamanya masa tengah perang. penyair akan diberi tempat mulia dalam sesuatu kabilah Arab. dorang jugak menghormati tetamu dgn syair juga sebut perkara2 keberanian melalui syair. penyair2 Arab juga mungkin boleh menyampaikan rasa kerinduan dia kepada kampong halaman, keadaan dalam khemahnya, ada haiwan ternak n bila la dia boleh balik kampong smula. dia boleh gambarkan perasaan cinta dia mcm anak kijang yg pantas berlari dengan mata yang peka terhadap sekeliling. lepas tu dia bleh lak masuk ke maksud sebenar syair dia mcm nak suroh kabilah dia balas dendam. lain2 tu ada jugak syair meratap kematian saudara mara, sahabat karib, dan sbgnya dalam perang. ada jugak ahli syair yang bersaing2an antara satu sama lain. misalnya Zuhair yang menceritakan perihal kaum dia dalam syair, jugak Amrul'Qis n Antarah. Tujuh syair2 yang terbaik dibacakan di pasar Okaz akan digantung di dinding Ka'abah n dianggap paling berharga. contoh syair2 yg digantung di Ka'abah adalah yg disampaikan oleh Amrul'Qis yg wafat pd 540 M, al'Harith yg wafat tahon 564 M, Antarah yg wafat tahon 615 M, Amr yg wafat tahon 622 M, n Labid yg wafat sekitar tahon 662 M. syair2 orang2 ni dihafal orang ramai, n dorang akan wat perkumpulan pd malam bulan terang malam2 dengar bacaan syair2 ni smbil menghayati apa yg disampaikan syair. bagi satu2 kabilah Arab, kalo dalam kabilah dia ada penyair maka dorang akan bangga walaupon yg dibanggakan tu cuma kawan dia, bkn diri sniri sb diri sniri x pandai. kabilah2 len plak akan bg ucapan tahniah. smua ni berlaku sblom kelahiran Mohammad (saw) lagi.

Ilmu Syarahan
Awal2nya penyair dimuliakan masyarakat, sampai ms zaman nabi Mohamamd (saw) pon ada lagik benda2 ni. orang2 Arab Makkah pon pernah berpendapat pada ayat wahyu (Quran), mengatakan: "bunyi nak mcm syair, tp bukan syair, apa benda kah itu?" kemudian2 skit, orang ramai dh bosan dengan penyair, sb banyak penyair ambik upah nak wat syair. benda ni menyebabkan ilang nilai2 estetikanya. maka naiklah pulak para pensyarah2, dengan syarahan berapi2 menaikkan semangat. orang bersyarah ms zaman itu x payah pilih kata2 bombastik, x payah susah2 nak pantun ke syair ke, tapi cukop guna bahasa biasa aja janji bleh keluar segala maksud dalam ati. orang bersyarah ni dalam bahasa Arab kita panggil lah khatib. slalu pon kita dengar ms khutbah juma'at org rujuk tukang bc khutbah tu sbg khatib. bg khatib2 di zaman nabi Mohammad (saw) ni, dorang selalu bersyarah pasal kehebatan kaum dia dalam medan perang, sifat berani n ketangkasan dorang lawan musoh. masyarakat Arab Utara dr dolu sblom isu Palestin n Israel tu memang dh terlibat dalam perang2, itu sebabnya ada doa untuk keamanan, assalamu'alaikum (peace be upon you) bila jumpa orang ramai. khatib ms zaman tu akan berdiri tegak kat tempat yg tinggi orang ramai leh nampak dia, kadang2 dia pakai isyarat tangan mcm karam singh walia n kadang pakai tongkat nak tarik perhatian. zaman skarang nih dh ada podium n minbar bg sampaikan khutbah n syarahan. orang ramai akan menilai syarahan melalui kelantangan suara, tengok sama ada dia buat2 lantang ja atau betol2.

Agama Arab Utara


Banyak jenis kepercayaan n agama bagi orang Arab Utara termasuk di Makkah. antaranya ada mereka yang berpegang dengan syariat Hanif iaitu ajaran agama nabi Ibrahim (as). lain2 tu menyembah berhala dewa2, menyembah bintang2 mcm matahari n bulan. ada yang menyembah malaikat, menyembah ke jin, menyembah ke api sama la mcm penduduk2 di benua India, benua Europa n benua Cina sana. ada jugak orang2 Arab Utara dipanggil zindiiq, maksudnya lebih kurang atheist atau free thinker x suka kena ikat dengan kepercayaan mana2. ada jugak penganut kitab lain seperti Yahudi n Nasrani dalam kalangan orang Arab Utara. Agama Hanif atau agama nabi Ibrahim (as) di Makkah terbahagi dua jenis penganutnya: Golongan pertama orang Hanif ni memegang syariat nabi Ibrahim (as) dgn x ubah2. tapi kemudian, ada stengah yang tambah dengan adat2 baru mcm tambahan wasilah dengan berhala2 dewa nak menghubungi Allah, tp dia pon mengakui iman dengan nabi Ibrahim (as) juga kepada Allah. Itu sebab yg mintak wasilah dengan berhala dewa2 n iktikad dewa2 jadi penghubung Allah jadi musyrik.

Golongan penganut Hanif yang kedua pulak adalah yang mengikut syariat nabi Ibrahim (as), tp dia pon ada beriman dengan nabi2 berikutnya iaitu Musa (as) dan Isa (as). Golongan ni nak dibandingkan dengan golongan yang pertama sikit sangat. bagi orang yang pakai berhala2 dewa untuk wasilah dengan Tuhan, dorang bukan bangang x tahu bahawa Tuhan yang menjalankan pentadbiran alam semesta, dia tahu juga bukan berhala2 atau dewa2 yang dudok dalam berhala itu yang menjalankan pentadbiran alam. dorang cuma rasa x layak nak berhubung terus dengan Tuhan, jadi dorang guna dewa2 untuk perantaraan sebab pandangan dorang, dewa2 n malaikat2 tu lagi suci drpd dorang. stengah2 len plak menungging kepada berhala sebab berhala2 tersebut diletakkan beberapa generasi kat Ka'abah. dorang anggap berhala2 tu sbg sebahagian drpd haram ash'sharif atau masjidil haram, tempat sujud2 yang dihormati. Ka'abah memang Qiblat penganut agama Hanif sejak zaman2 dolu lagik sblom Baitulmaqdis di Palestin/Israel sana, jadi berhala2 tu pon dikira sebagai sebahagian drpd Qiblat. stengah2 orang Makkah plak masa zaman itu percaya tiap2 berhala tu ada penunggu dia. lebih kurang macam Melayu la, percaya pokok2, batu, gunong, smua ada penunggu jin orang bunian jaga. penunggu2 ni bg dorang boleh menjatuhkan sial n mengawal nasib manusia. makanya bila dorang menungging ke berhala tu, dorang bukan menungging kat batu2 berukir rupa tu, tp menungging kat penunggu yang dok dalam batu2 ukiran tu. berhala tu jadik lambang n perumah penunggu aja. kalo x memuja kat situ takot kena timpa bala. ini kepercayaan dorang. orang sembah berhala ni dalam bahasa Arab, kami panggil sbg watsani. maksod dia 'ibadatul'asnaam, perhambaan kepada berhala. antara berhala2 masyhur bg kaum Quraisy celaka laknat penyembah berhala sejak azali, aku pinjam balik ayat ustad2 Melayu yang mulia yang mengeneralisasikan kaum Quraisy sbg orang wathani walaupon ada yang mengamalkan ajaran kitab masa itu tiada terlibat dengan penyembahan berhala semuanya, adalah seperti al'Laat, al'Uzza, n Manata. menurut ahli rowayat bernama Yaqut, Manat tu adalah berhala orang2 suku kaum Thaqif di Tha'if. al'Uzza plak berhala bagi orang2 Ghatafan. bagi dorang berhala2 ni ada syafa'at dia snirik sb berhala ni adalah anak pompuan Allah n tentu ajah ada kuasa. bagi puak yang menyembah memuja ke bintang, dorang menganggap matahari sebagai malaikat. bulan n bintang mintak cahaya dr matahari gak. katanya bulan mintak cahaya kpd matahari, memang dlm sains tingkatan tiga aku pernah baca yang bulan memantulkan cahaya matahari. darjah enam dolu pong memang ada eksperiment... haha pandangan orang2 masa itu, smua benda bergantung kat matahari maka dia patut lah dimuliakan disembah puja hormat. jadi dorang pon buatkan berhala untuk matahari bg jadi lambang dia di bumi. kat tangan berhala dewa matahari ada bijik permata mahal n ada kuil pulak untuk matahari, dipanggil baitu'sh'shams (umah matahari). ada harta wakaf plak untuk kuil tu, jurukunci dia, n jugak penjaga kuil mcm tok siak mesjid. ada jugak orang2 g berziarah naik haji di koil matahari tu. dorang akan puja matahari 3 kali seharik, waktu fajar atau suboh, tengah hari rembang, n senja. jadi ni sebab dalam Islam, umat Islam x dibenarkan

semayang waktu2 jam itu, sebab waktu itu ibadat bg sembahan dewa matahari x mo konpius matahari dgn Allah. lain2 puak plak memuja ke bulan. sebab fahaman dia, bulan melambangkan dunia sebelah bawah. matahari jaga dunia atas, bulan jaga dunia bawah. dorang buat berhala wakili bulan n ada sujud kepada berhala bulan. ada puasa memperingati bulan ms awal bulan, tengah bulan, n akhir bulan. ada sembahan makanan n minuman kpd berhala n ada nyanyian lagu2 pujian smbil petik bunyian2 bertali kpd berhala bulan. golongan lain plak x mo percaya hari kiamat, xmo percaya kuasa yang menjadikan alam (Tuhan), n dorang percaya benda2 dalam dunia ni jadik ikot peredaran masa ajah secara semulajadi. so, orang sebelah Barat dh terlambat utk pemikiran ala2 moden ini, Asia Barat dh ada dolu pelopor Materialism n Naturalists. bahasa Arab kami panggil ad'Dahriyyin. bagi golongan ahli2 falak, atau ahli2 astrologi sebab kat India atau dalam agama Indu pon ada benda ni. dorang percaya perjalanan harian dorang bergantung kepada pertembungan bintang2. kalo bintang tu stay aja kat situ, apa akan jadi. kalo bintang tu bergerak kiri kanan sikit apa jadi, kalo bintang tu ada cahaya2 sikit adakah akan mempengaruhi hidop manusia. dalam bahasa Arab, kami panggil dorang ni Sabi'ah. dorang ada bg nama2 kat bintang2 juga ada kuil2 untuk bintang2 di samping berhala dalam bentuk personifikasi. matahari ada koil nya, bulan ada koil nya, planet zuhal, musytari, zuhrah, marikh, utarid smua pon ada koil n berhala2. macam jugak di Rome sana, ada berhala dewi Venus mewakili planet Zuhrah, digambarkan berhalanya sebagai wanita chun. setengah golongan Sabi'ah berbangsa Arab ni ada jugak memuliakan Makkah n Ka'abah, dorang ada naik haji jugak di sana. dorang pon x berburu haiwan dalam Tanah Haram, jugak x makan babi. x mo menikah dengan sedara2 sedari sendiri lebih kurang amalan umat Islam aja.

Agama bani Israel di Hejaz


Agama orang suku Yahudi masok ke Hejaz lepas orang2 Yahudi diusir oleh orang Suriah (Suryani atau Syria) serta orang Yunani (Greek) dr negeri mereka di kerajaan Yahuda (Judah). Agama orang Yahudi tidak ditentang pon n diterima dengan senang hati oleh anak cucu nabi Isma'el (as). Ada banyak jugak yang memeluk agama ni utamanya yang keluar dok di sempadan2 di Hejaz. Sebabnya agama kaum Yahuda ni memuliakan Allah juga merupakan kesinambungan syariat nabi Ibrahim (as), juga nenek moyang bani Isma'el n Arab 'Adnani. agama ni berkembang di Hejaz utamanya di Khaibar. Suku Lawi atau Levites yang mengajarkan agama ni adalah bani Quraizah. lain2 suku kaum, bukan keturunan Lawi mau pon keturunan Yahuda. Dorang adalah orang Arab asli yang menganuti agama Yahudi, antaranya bani Qainuqa' n bani Nadhir dalam negeri Yathrib atau Madinah al'Munawwara.

aliran agama orang Yahudi yg masok ke Hejaz dah bercampur sikit lah dengan falsafah serta ketamadunan Yunani. Waktu itu pusat tamadun Yunani adalah di Iskandariah di Mesir. Tamadun Timor n Barat bertembnung di situ n penganut agama orang Yahudi pon x terkecuali terpengaruh jugak dengan falsafah.

Agama Masehi
Agama atau ajaran al'Maseh ini masok ke utara Tanah Arab melalui kawasan empayar Byzantium. Orang2 yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran al'Masih kepada suku2 Arab lain adalah orang Arab suku kaum Ghassan. Dorang adalah bangsa Arab turun temurun penganut ajaran al'Masih, bukan orang Suryani bukan orang Yahudi, zaman Isa b. Maryam pon dorang dh wujud ada yg tinggal di Baitulmaqdis n Jerusalem, ada yg memang jd pengikot2 Isa al'Masih masa itu, bukan orang2 Yahudi n orang2 Romawi-Yunani aja. agama Masehi waktu itu terpecah beberapa gereja atau firqah. di Tanah Arab, firqah atau aliran yang berpengaruh adalah firqah Ya'qubiah (Jacobites) n Nastouriah (Nestorius). Nastourah banyak berkembang di Iraq dalam kerajaan orang Arab suku Hirah. Ya'qubiah pulak berkembang di Sabilosh'Sham atau jalan2 antara Suriah. macam penganut agama orang Yahudi, penganut agama Masehi pon terpengaruh dengan falsafah Yunani. Ajaran Masehi merupakan ajaran yang muncol di Timor tp tersebar di Barat, perkembangannya pon banyak diwarnai corak Barat lah. Sblom ajaran Masehi sampai di Barat iaitu di Tanah Greek pon orang2 situ ada agama n tamadun snirik. Iskandariah menjadi tempat pertembungan tamadun2 Barat n Timor ni juga tempat dua2 tamadun bergabung. Sbelum ajaran Masehi masok ke negeri orang Yunani, dia belom dapat capai pembangunan syariat lagik di tempat asalnya, tp lepas masok ke Tanah Yunani n Romawi dilindungi kerajaan2 di situ, baru dia berkembang di Asia Barat. falsafah2 macam falsafah Plato n Sokrates pon turut menyusup masok dalam ajaran Masehi. cara fikir jugak dasar2 ketuhanan orang Masehi, dorang menggunakan istilah2 dr falsafah Yunani, ia semacam satu pertindihan. ketua2 gereja n bapak2 gereja fikir bahawa susah nak ajarkan agama kepada umat2 yang dh lama berfikir guna cara falsafah kalau x pakai falsafah. makanya di iskandariah memang ada dibina madrasah2 pengajian agama Masehi yang mengajarkan murid2 ajaran agama dengan istilah2 juga pemahaman falsafah2 Yunani sekitar kuron ke-3 M. kemudian dibangunkan gak madrasah di Antakiah (Antioche) tahon 270 M, n madrasah Nasibin dalam tahon 297 M. kat madrasah2 itu diajarkan bahasa Suryani, juga bahasa Yunani. orang2 dari firqah Nastourah amatlah menekankan pengajaran ilmu orang Yunani. dorang banyak buat penterjemahan kitab2 falsafah orang2 Yunani juga kitab2 ketuhanan agama orang Yunani (non-Christian punya) ke dalam bahasa tempatan selain kitab ilmu2 alam n ilmu2 perubatan.

ketua2 agama firqah gereja Nastourah banyak jugak yang berkemahiran dalam perubatan banyaknya dok di Hirah, dalam awal2 post aku dh sebut pasal kerajaan Hirah, kerajaan ni adalah kerajaan orang Arab di Iraq sblom zaman nabi Mohammad (saw) n dorang penganut ajaran Masehi aliran gereja Nestorian. lepas pengaruh Masehi menurun, maka ramai orang menganut ajaran Islam balik di Hirah. kawasan dalam Iraq macam di Kufah n Basrah jadi pusat ilmu kalam, n dr sana muncul ahli2 Feqah yang hebat2 macam imam Hanafi, Hassan Basri serta lain2. dorang pon cekap ilmu logik n fikiran ni n tempat2 Kufah n Basrah sebenarnya dekat dengan lokasi kerajaan Hirah. zaman menganut ajaran al'Maseh dolu memang orang2 di Hirah cekap dengan ilmu2 orang Yunani. Douzy menyebut bahawa lepas2 ajah kebangkitan Muhammad (saw), ada 3 agama berpengaruh di Hejaz atau Arab Utara. pertamanya agama orang Yahudi, keduanya agama Masehi, n ketiga agama Watsani, ni sekali harung kat smua orang2 yang pakai dewa2 n sembah berhala nak berhubung dengan Tuhan. Antara smua pemeluk agama tu, penganut agama Yahudi paling patuh ajaran agama, n mereka x suka dengan penganut agama lain utamanya penganut Masehi walaupon yang menganut agama Yahudi tu bukan orang Israel sebaliknya adalah orang Arab n yang dibenci tu pon adalah orang Arab, lain2 agama saja. Jarang bergaduh la tapi zaman2 dolu, cuma sekali sekala akan terdengar jugak kisah penentangan antara penganut agama orang Yahudi dengan penganut agama Masehi sb salah faham jugak masalah2 penentangan terhadap empayar2. Agama Masehi x berapa popular di Tanah Arab. Orang2 yang memeluk ajaran Masehi sniri pon susah nak faham falsafah banyak sangat tp bukan maksud x ada orang2 dia yang berilmu pengetahuan tinggi. dia jugak banyak berkisar tentang mukjizat2 n keajaiban, orang2 Arab tengok penyembuhan n doa2 halau jin dibaca oleh penyebar2 agama orang2 Masehi, baru mereka beriman. juga mcm kisah Faimiyyoun di selatan Tanah Arab tu, bru dorang menganut ajaran Masehi lagipon orang2 Arab x ska benda2 x praktikal n dorang suka benda2 yang mudah nak faham aja. benda2 mistik2 ni kurang suka walaupon percaya ada. Henri du Castrie menyatakan pulak umumnya agama di Tanah Arab adalah agama Watsani, menyembah ke berhala, jin2 yang dok dalam berhala, dewa2, malaikat, unsur2 alam dibentuk dengan berhala bg mewakilkannya, n ada fahaman Tauhid percaya Tuhan Esa tu. Cumanya x nampak jelas sebab amalan2 pujaan kepada benda2 len banyak sangat. Ada sorang dua tu berpegang teguh dengan ketauhidan n pesaka nabi Ibrahim (as), mcm nabi Muhammad (saw) sniri yang x mo terlibat dalam penyembahan berhala n dewa2 sblom menerima perutusan Tuhan dr Jibril (as). orang2 mcm ini dipanggil sebagai kaum Ahnaaf atau penganut ajaran Hanif dr pesaka Ibrahim (as). Wallahua'alam.

Ilmu Keturunan
Dalam banyak2 bangsa, selain bangsa cina n indu, bangsa arab antara bangsa yang hafal n mementingkan penghafalan keturunan, nenek moyang mari mana, asal dr mana, belahan dr mana, keturunan sapa, n kalo sebut nama kabilah boleh tahu lah perkaitan nasab keturunan n persaudaraan dengan kabilah2 len. tujuan hafal keturunan ni adalah disebabkan orang2 arab slalu perang, jadi pentingnya ilmu nasab ni supaya mengelakkan perang melampau2 n merapatkan balik sebarang kekeruhan yang terjadik. kalo jadik jugak perang atau perkelahian mungkin jugak sebab nasab keturunan sudah bau2 bacang n jauh. ni antara sebabnya, bukan assobiyyah semata2 nak berpuak2 atau nak berlagak sombong dengan bangsa lain melalui hafalan nasab keturunan. dalam Injil pon ada disebut mngenai nasab keturunan nabi Isa (as), dalam Torah pon ada pasal nabi2 lampau, jugak dalam rowayat2 arab pon ada mengenai nasab nabi mohammad (saw). ada enam jenis peringkat keturunan bagi sesuatu bangsa ikot pengelasan keturunan orang arab: 1. sha'ab 2. kabilah 3. 'imarah 4. bathan 5. fakhiz 6. fusaila kita beri contoh nak guna sistem ini dengan nasab nabi Mohammad (saw) sniri. baginda keturunan Adnan b. 'Add n Adnan ni generasi ke-39 dr nabi Isma'el (as). Adnan dikira moyang besar nabi Mohammad (saw). Adnan ada dua anak nama dorang Mudhar n Rabi'ah. Mudhar ada dua keturunan besar yang famous, iaitu Quraisy n Kinaanah. dari Quraisy turon bani abdu manaf n bani abdu daar. dr bani abdu manaf turon beberapa keturonan n salah satu yg famous dikenali sbg bani Hashim. Mohammad b. Abdollah lahir dalam kalangan bani Hashim, sebab bapak kepada bapak dia bernama Abdol Motalib b. Hashim, n Abdol Motalib ni anak Hashim snirik. jadi jika nak guna sistem enam pengelasan tu, Adnan ni dipanggil sbg sha'ab (bangsa, nation). rabi'ah n mudhar jadik kabilah (puak). Kinaanah n Quraisy jadik 'imarah (batang pokok, tiang). bathan (perot) adalah bani abdu manaf n bani abdu daar. bani hashim dikira sbg fahez (cabang pokok). bani abdul motaleb n bani abu taleb dikira sbg fusailah (dahan ranting). bagi sistem penamaan anak2, orang arab suka menamakan anak2 dgn nama2 untong mcm nama kemenangan, harapan supaya dapat kemenangan dengan anak2. contoh mcm ghaleb, maalek, moqatel, thariq, n etc. kalo tringin nak laba untong akan letak nama anak2 mcm sa'ad, sa'id, mas'oud, etc. ada jugak namakan anak2 dgn unsur2 alam melambangkan kekuatan mcm fihr (anak rimau), sakhar (batu bukit), n hajar (batu). nama2 menatang pon dipakai kpd anak2 mcm tsa'lab (musang), n kalb (anjing).

Ilmu Cetera2 Lagenda Arab Utara


Arab utara pon suka lah mengafal cetera2 pesaka tuk nyang utamanya kisah perjuangan kaum dorang dengan kaum lain, satu kabilah dgn kabilah len. kisah2 dr hal ketajaman mata pedang, kegagahan pahlawan dlm pertempuran, kematian sedara si polan smua2 pon diceritakan balik, diulang tayang dengan detail dlm bentok lisan. dorang pon ada kisah2 romatik dorang, n dongeng2 kuno plak banyaknya datang dr Tanah Farsi bukan milik orang arab utara.

Ilmu Tenung Ramalan


Tenung n ramal makna sinonim. tapi tenung ni dalam bentuk umom, ramalan plak bentuk cabang bg tenungan. sebab ada tenungan tu boleh gak jadi ramalan yang dilihat di padang pasir, apa benda orang panggil fatamorgana? yang nampak mcm ada oasis kat satu tempat rupa2nya x ada pon, dia cuma pantulan dr tempat lain. ramal dlm bahasa arab maksodnya pasir. orang bertenung ni jaman2 dolu ada pengaruh besar gak, boleh cakap sama ada satu2 perang ditempoh tu akan menang atau kalah, sapa yang menang sapa kalah. jodoh macam mana, hari ni sesuai ke nak jalankan aktiviti harian atau berniaga, ada untong ada rugi, n orang ramai pon percaya sebab yakin tukang tenong ada hubungan dgn alam ghaib. walaupon ada kalangan arab utara berkeyakinan Tauhid, percaya Tuhan Allah Esa sblom kelahiran nabi (saw), tetapi dorang pon percaya cakap tukang tenung. kata dorang tukang tenung dapat maklumat ghaib dr malaikat, nabi tu maksudnya orang yang dapat berita ghaib dr malaikat, amnya, tukang tenung ramal lar jugak. orang2 sembah berhala plak percaya bahawa berita ghaib dibawa roh2 kepada dewa2 berhala tempat dorang mintak syafa'at n dewa2 berhala ni slalu berhubung dgn tukang tenong. kalo ada orang sakit2, dia akan g jumpa tuk bomoh di kuil. kalo sakit kepala, tok bomoh di kuil akan baca montra n letak ta'awuz jenis macam tangkal kat orang sakit tu. kalo yang mengalami masalah plak, tuk bomoh akan wat ramalan, tengok kocok kayu mcm korang tgk cina dok buat tu, pastu lempar bagi melambung n tgk lepas dia jatoh mcm mana jawapan dia. kayu2 dikocok tu ada dicat merah n puteh yang merah maksod danger, yang puteh maksod safe lah. kalo ada org tanya takwil mimpi kat tuk bomoh, maka tuk bomoh akan menung kejap mintak ilham. lepastu baru dia bagi tafsir mimpi.

Ilmu Falak Kaji Bintang


Orang arab utara pon tau pasal bintang2. dorang boleh lah tau bila pokok korma nak berbuah dgn tgk ke langit atau waktu2 baik nak pergi ke suriah (syria) atau nak ke thaif. dalam astrologi arab ada 12 bintang, tiap2 satu dipanggil buruj. enam bintang selatan, enam bintang utara. bintang selatan iaitu, hamal, siir, jauzak, sarathan, asad, n sunbulah. bintang utara plak mizan, aqrab, qus, juddiy, dalwu, n hut.

hamal bentuknya dr 13 bintang, siir dr 32, jauzak 18, sarathan 9, asad 27, sunbulah 23. mizan lak dr 8, aqrab dr 21, qous dr 31, juddi 28, dalwu 42, n hut dr 34 bintang. bintang2 ni lebih kurang bintang2 orang Farsi, Romawi, n Indu mungkin pengaruh dr tempat2 itu jugak.

Masalah susah nak cr air menyebab idong puak2 arab ni sensitif kat bau air walaupon jauh berbatu2. awan pon boleh dikesan mana yang nak runtuh hujan mana yang pecah aja. arab2 badwi pandai gak cari jejak orang ilang di padang pasir, dorang leh kesan benda nak jadi dengan angin n pernah sorang ilmuan nama hussein haikal basha melawat ke Tanah Arab menyatakan heran dgn kecekapan mata arab2 badwi tu cr jejak kat padang pasir luas.

lain2 drpd itu ada la sikit2 ilmu bab kuda n memanah serta ilmu main pedang x larat nak jelaskan panjang2. rajin leh la cuba selidiki sniri. aku sedang nak masok ke post2 mengenai kebangkitan nabi Muhammad (saw). ada felem jugak pasal sebelom kelahiran nabi Muhammad (saw), tajok rahmatan lil'aalamiiin, am'mauludun'nibiyyi sharif (rahmat ke atas semesta alam, kelahiran nabi yang mulia).

Adat2 Arab Sblom Kebangkitan Mohammad (saw)


Adat2 zaman kegelapan menyelubungi adalah, meratap2 menangis mcm org gila smbil sebut2 kebaikan orang2 yg meninggal dunia. Ini aku tidak menafikan di negara2 Arab masih diamalkan adat bangang ni, ada jugak yang hantok kepala kat dinding mcm Indu jugak. orang2 beragama tidak akan wat mcm ini. biasa yg ska wat mcm ni adalah kaum perempuan. dorang akan g ke rumah si mati makan2 dolu sb ada bekwoh (kenduri). pastu akan ganti2 meratap mcm orang gila bg pihak si mati. ini aku pernah melihat dengan mata kepala aku sniri sb aku pernah dok saudi sebentar. tp bkn smua org stuju dgn adat bangang ini, pergi cakap dgn orang2 terpelajar n dorang akan bantah adat2 bodoh ni, biasa yg buat mcm ini adalah org2 Ulu n kampong serta yg x ada pendidikan baik agama mau pon duniawi. orang pompuan di saudi lima tahon lepas x leh belajart. ada stengah tu yg terpaksa seludop anak2 pompuan ke UAE untuk belajart x boleh belajart dalam negra snirik atas sebab pemikiran kolot susah nak dilawan. bagi adat perang, kalo dorang dapat tangkap penyair kabilah musoh, dorang akan ikat lidah penyair itu. ada pemimpin2 atau amir sakit maka dorang akan pikol atas kuda. dorang x minom arak, tapi kalau ada dendam n lepas balas dendam dorang baru minom arak. ada stengah2 suku kaum Arab yg suka bunoh anak2 dorang, bukan smua suku bunoh anak2 dorang. punca bunoh bkn sebab takot boleh malu, tp sebab rupa anak dia x ikot mcm kehendak dia. yang bunoh anak pompuan mungkin sebab dorang penah cakap besar depan orang, tgk2 dapat anak pompuan maka takot boleh malu lah dia bunoh anak tu. di malaysia pon jadik gak pembunohan anak2 bayi, bunoh sebab bermukah laki perempuan tidak bernikah sah, lepas itu buang janin dalam tong sampah, sungai, n kasi anjing makan. punca? sebab takot malu atas sebab perlakuan zina yg dibuat sniri. stengah puak2 Arab lagik membunoh anak sebab takot jatuh miskin jadik kena kurangkan populasi anak2. kalau dapat anak 10 orang katanya, kemudian lahir lagik yang ke-11, dia bela dolu sampai besar remaja, pastu akan dikorbankan yang ke-11 untok tebusan. khabar jugak ayahanda nabi Muhammad (saw) jugak salah seorang anak yang nak dikorbankan kpd dewa berhala tp kemudian ditebus bapak dia Abdul Motalleb dengan 30 ekor unta.

kalo nak musafir jauh atau wat benda2 penting mcm nak kawen, dorang akan ke rumah berhala Hubal. berhala ni paling besar kat keliling kawasan Ka'abah masa itu. dorang akan bg 100 dirham kat penjaga Ka'abah n mintak mangkuk dr dalam Ka'abah 7 bijik. dalam 7 mangkok itu ada undian yg tertulis sama ada izin wat benda2 penting itu, tidak. dorang akan ikot undi mana yang dicabut dolu dr 7 mangkok. kalau dia tulis ia, maka dia buatlah, kalu tidak maka x buat. kalo ada orang2 bangsawan kabilah2 lain ditawan dalam perang biasanya dorang akan lepaskan ajah bila nampak tp sblom lepaskan dorang akan cukor kepala orang2 tu dolu buat bukti nak bangga. kalo ada orang nak musafer n orang x suka maka orang akan nyalakan api kat muka pintu umah. banyak gak adat2 merapu berkaitan ngan api tp itu yg salah satu. lain2 tu orang arab zaman itu slalu mintak berlindong dgn jin. mcm melayu kan, dok mintak tabik kat dlm utan walaupon utan tu bukan jin yg punya tp Allah punya. kalo orang arab takot bala penyakit, dia pon akan hantar sembelihan haiwan besar kat bawah pokok besar yang dia percaya ada jin n qeramat, dia akan wat bulatan kat sekeliling sembahan jin tu n baca ta'awuz dgn jin, aku mintak lindung kat jin penunggu sini. lebih kurang aja la kan ngan melayu yang mulia, atau len sikit kah? cuma arab ni bangsa bodoh katanya ustad2 melayu sebab ustad melayu trus2 lahir dh Islam, syukur sama Allah x jadi bodoh mcm arab, dolu2 hanya hantar ancak jah bawah pokok utk antu raya atau hanyutkan ancak dalam sungai atau laut pada tahon2 70-an pon kelihatan lagi adat2 ni di Tanah Melayu kalo pompuan andartu susah nak kawen, biasa adat arab merapu adalah dengan sikat ambut belah dua, pastu sebelah dilapik, yang satu lagik biar terurai aja. pakai celak sebelah mata bertentangan ngan rambut yg kena lapik tu n bukak sebelah betis dudok sorang2 malam hari sambil niat dalam hati, aku nak menikah sblom subuh ni. pastu suka tgk kat pertanda2 ikot menatang yg dia nampak mcm gagak n burong antu. urmmmm, bangsa len pon ada jah benda merapu ini, aku pernah tengok cina pon percaya benda mcm ni. pastu x leh sebot benda2 sial takot bawak balak atau choiiiiii. kalo perkataan 'balaa' akan disebut jadik 'bayyin' maksudnya 'jelas' sb balaa bawak maksod penyakit musibah, jugak sejenis sopak kat muka n ujung tangan. len2 tu adalah adat nak kuar rumah, dia akan ikat benang kat dahan kayu dekat2 umah tanpa bgtau sapa2 pon, mesti buat benda ni rahsia untok tgk isteri dia bermukah dgn org ke tidak. masa dia balik, 'kalo' ikatan benang terurai, maka betol lah bini dia bermukah ms dia g musafer x payah pakai saksi lagik. ini smua bukan adat dr suhuf Ibrahim (as) mau pon ajaran nabi2 orang Arab Makkah. tp ajaran adat2 merapu yg diterima hasil pergaulan dengan bangsa luar dr Tanah Hejaz atau dari puak2 Arab yang lain tapi ditiru oleh orang2 Quraisy jugak orang2 keturunan Adnani yang dok di Makkah.

Dunia Sblom Muhammad (saw)


zaman2 sblom nabi Mohammad (saw), negara2 EU pon xberapa la nak berapa terkenal. Portogal, Ispanyol, England, Jerman bagai masih la x ada lagi. Kalo zaman tu, orang sebut "Donia" akan merujuk kpd Mesir, Greece, Rome, Farsi, India Purba, n China Purba. Kalo dalam Quran pon disebut jugak "bumi" atau "dunia" tapi merujuk wilayah dalam Mesir ajah.

Byzantine-Rome
Ni Rome mesti ramai orang ingat kat Italia sana. Rome atau Roma ni nama empayar bukan nama sebuah kawasan pentadbiran saja di Italia. dalam kuron ke-5 M, Rome ni terbelah dua jadik dua kawasan empayar dengan lain2 maharaja. maksodnya ada dua maharaja bg dua kerajaan yang dikenali dengan nama yang sama tapi lain2. kerajaan yang terbesar di bahagia timor ni dipanggil jugak sebagai Eastern Rome atau cakap melayu korang, Romawi Timor. kawasannya meliputi lautan adriatik sebelah barat, sampai ke pinggir sungai Dijlah (Tigris) di Iraq untuk kawasan timor empayar itu. bagi sebelah selatan dia, sempadan dia mencapai negeri tatarstan, n ethiopia atau habsyah lah. puncak kerajaan ni pada lepas zaman Constantine the Great, bawah pemerintahan maharaja Iustinianous yang ditabalkan pd 527 M memerintah sampai ke 565 M. Ini sblom kelahiran nabi (saw), maksudnya dekat2 dengan abad2 penghabisan lah. skarang ni kita dalam abad2 penghabisan. Iustinianous ni pon teringin lar nak mengembalikan kegemilangan empayar Rome macam jaman dolu2. Jadi dia antar lah panglima2 tentera dia ke negeri2 sebelah kawasan Afrika Utara n Spanyol. Lebih kurang 20 taon dia mengambil masa nak menakluki negara2 di Afrika Utara n Spanyol. Jadi, aku cuba nak highlight di sini bg yg terlepas pandang, orang2 di Spanyol tu pon kena jajah dengan Roma, bukan kena 'jajah' dengan orang Islam ajah bila dibuka kekhalifahan Andalusi. Lebih 64 negeri baginda raja Iustinianous takluki n lebih kurang 930 daerah2 subur hijau masok bawah pentadbiran baginda. lepas itu, baginda menitahkan dimajukan pertanian, perusahaan pembuatan ikot cara zaman tu, n pertukangan. undang2 bagi negeri2 jugak dikeluarkan bg menjalankan pemerintahan dengan telus, dibina gereja2 n katedral untuk tempat ibadat, serta istana2 hinggap n istana2 gubenor. zaman ini, orang Romawi sudah menganut ajaran Masehi mula dgn ia diterima oleh maharaja Constantine. Habis negeri2 sebelah kawasan barat masuk dalam kekuasaan Romawi, maka empayar Rome mula menumpukan perhatian ke timor lak. Yang mula2 sekali maharaja Iustinianous hendak kuasai adalah Tanah Farsi (Iran). Orang Farsi pon antara bangsa2 purba yang maju tamadun dia, n selalu la perang dengan Romawi terjadi. Dalam Quran pon ada cerita dalam surah al'Fath, itu ms zaman nabi (saw), sebelom2 itu x cerita lah memang banyak terjadi pertembungan n perang. Farsi pon x pernah boleh dikuasai oleh Rome Timor.

Akibat selalu sangat dok cari perang, maka Rome Timor atau kerajaan Byzantine mula jadik lemah. lepas mangkat maharaja Iustinianous, maka dia diganti anak sedara dia dikenali dengan gelaran Iustinianous II, kemudian Tiberious, Murious, n kemudian Foucas. Foucas ni x berkebolehan memerintah, rakyat smua pon nyampah kat dia stakat jadik maharaja ajah la. jadik rakyat2 pon slalu la berharap ada org yg lagi kebolehan menggantikan maharaja x guna tu. Kebetulan masa itu, seorang gubenor Romawi nama dia Heraclious, cakap arab kita panggil Hiraqla. Aku rasa ni nama mesti orang2 melayu pernah dengar, kalu rajin dok baca sirah2 nabi (saw). Heraclious ni menjaga kawasan Afrika n dia dok di Mesir sana. dia pon otak cerdik, rakyat2 di Constantinople pon mintak dia balik ke sana mintak bantu lepaskan rakyat dr pemerintahan maharaja Focas yg x guna seduit itu. Heraclious pon dengar cakap rakyat masok ke Constantinople dengan askar2 dia, n kemudian Focas kena tebas mati la. tahon 610 M, Heraclious ganti jadik maharaja Byzantine atau Rome Timor. Zaman ni lah ajaran Islam kembali naik sinar dengan nabi (saw), nabi yang pengabisan abad2. waktu ini, baru mula abad2 menuju ke alam abadi tu yg mana Dia sniri adalah Raja. Heraclious merintah sampai tahon 641 M, n kekuasaan kerajaan Byzantine selalu digugat oleh empayar Farsi. Orang Farsi berjaya merampas negeri Syria, Palestine, n Asia Minor. Pertengahan kuron ke-6 M, kekuasaan kerajaan Byzantine sebagai sebuah empayar jatuh terok dr segi pemerintahan, masyarakat, jugak urusan keagamaan. Muncol la macam2 pandangan n aliran2 agama Masehi.

Aliran2 agama Masehi


(amaran awal, kalu x paham n pening sila hentikan membaca bagian ni sb aku tau benda ni x leh masok pemikiran banyak orang Islam yg x nah baca falsafah2 orang Yunani!!!) sebelom perutusan wahyu Allah SWT ke atas nabi (saw), aliran2 agama Masehi terbahagi lah kepada 3. yang korang dok nampak sekarang ni adalah RC di Roma, kat Italia sana. Ini gereja yang serpihan saja bagi perkembangan yang terjadi dalam sejarah. Di kawasan Tanah Arab, Afrika, India jugak di negeri Romawi Timor atau Byzantine, ada 3 aliran yang terkenal. 1) Ya'qubia (Jacobites) 2) Nastouria (Nestorians) 3) Malkania (Melchites) Bagi aliran Ya'qubiah, aliran ni popular di Mesir, Sudan, Selatan Tanah Arab, Sudan, n Habsyah. aku dengar dolu masa isu nama Allah ni dok sakan diperkatakan sebab tuntutan sidang injil borneo, ustad2 melayu ada la sebot pasal gereja2 di timor tengah pakai nama Allah sebab dia punya iktikad Tauhid Allah, bukan iktikad Trinity.

Dia punya tauhid itu macam mana, dr segi apa? itu yg kita cb dok soal ustad2 melayu dihormati, sebab berasa sangsi la kita ustad2 melayu ada masok ka tidak dalam mana2 gereja ikot aliran dia atau berguru dengan mana2 tuk paderi? aliran Ya'qubiah ni punya keyakinan bahawasanya Isa al'Masih n Allah adalah entiti yg sama. Allah n Insaniah itu terkumpol dalam satu jasad iaitu jasad al'Masih. Aliran Nastouriah n Malkaniah plak yakin bahawa Isa al'Masih ada dua tebiat yang beza2 x bersatu. satu sifat lahut (divinity), satu sifat (humanity). aku terus trenslet ke BI, pakai term arab pom bukan orang paham. Masanya Isa tu buat mukjizat, dia Allah lah. Masa dia tidak buat mukjizat, dia baru manusia. Ada masa2 dia Allah, ada masa2 dia manusia. sifat lahut tu macam mana? sifat tu masa Isa dapat wahyu. dia baca ayat2 maka lidah dia sudah dikuasai oleh ilahiat (ketuhanan). masa dia menderita sakit di palang salib berdarah2 kena paku, itu sifat nasut atau kemanusiaan. ni adalah iman orang Masehi punya. bukan aku yang kata ikot suka mulot aku. harap x ada orang dok permain benda2 ni kalu x ada pemahaman mendalam atau x pernah dok berguru. nasihat aku elok umat Islam perdalam ilmu pengetahuan Quran n Sunnah bagai drpd dok permainkan iktikad orang n membuat dosa menghalang orang2 len mendapat rahmat Islam bila melihat sikap x bertanggungjawab mencaci maki iktikad orang len. PJ Anre menyatakan di Central Asia, mula kuron ke-7 M, ada 3 jenis aliran yang tersebar iaitu gereja kerajaan katolik, gereja manophysite, n gereja nestorius. tiga2 gereja ni sbenarnya bergaduh berat merebut pengaruh juga perang bagai mengenai sifat al'Masih. dalam al'Quran pon ada cerita, selak saja lah surah Maryam. Ini surah aku slalu dok baca selain surah Tha'Ha n bahagian Muqaddimah setiap hari. gereja manophysite berpendapat bahawa al'Masih ni pada satu jasad dia ada sifat ketuhanan n kemanusiaan. gereja orthodox n nastouriah berpandangan bahawa Isa al'Masih tu ada sifat2 berbeza, x becampur aduk, iaitu sifat ketuhanan n sifat kemanusiaan. perselisihan ni melampau2 hanya sebab satu soalan iaitu "sama ada sifat ketuhanan n kemanusiaan berselisih atau bersatu pd kehendak n perbuatan al'Masih? puak Ya'qubia berpendirian perbuatan n kehendak al'Masih itu dua2 pon dr sifat ketuhanan dia. puak Nastouria berpendirian sifat kemanusiaan al'Masih menimbulkan perbuatan n kehendak yang lain2 plak dr sifat ketuhanan dia. pastu ada lagi perselisihan pendapat mengenai penyatuan sifat ketuhanan n kemanusiaan yang mana pendapat orang Ya'qubia menyatakan bahawa sifat kemanusiaan n ketuhanan al'Masih umpama air dimasukkan dalam arak, dia terus jadi satu. orang Nastouria menyatakan sifat ketuhanan n kemanusiaan al'Masih x bersatu mcm minyak n air, masih dalam jenis dia jugak. orang Malkania plak berpendirian sifat kemanusiaan n ketuhanan al'Masih mcm penyatuan besi dengan api kat besi yg disalai.

pastu satu lagi perselisihan yang terjadi ialah mengenai sama ada al'Masih akan turun ke dunia sblom kiamat atau x turon langsong? adakah masa hari kebangkitan nanti dibangkitkan roh saja, atau dibangkitkan roh dengan jasad skalik? Adakah sifat Allah tu tambahan atau bahagian lain dr Zat Allah atau Zat itu sifat-Nya jugak? satu lagik.... orang Nastouriah percaya bahawa taqdir smua datang dr Allah, ikhtiar pd hamba2 x ada. hal politaik pon dicampur dgn agama n selalunya hal2 permasalahan keagamaan ni membawa kesan yg burok gak kat negri dorang. banyak gak jadik kejadian stengah pengikot aliran yg x stuju dgn pengikot aliran len sanggop masok bawah pemerintahan bangsa lain. banyak jugak penganut aliran2 masehi dr keturunan romawi n arab mcm penganut aliran nestorious menyerah diri kepada empayar Farsi sebab aliran dorang tidak sama dengan aliran pemerintah dorang. orang armenia sebab berpandangan bahawa al'Masih hanya ada satu sifat aja iaitu sifat ketuhanan n iktikad dorang ni dikafirkan oleh kerajaan selalu aja kena kacau dengan kerajaan jadi dorang pon mengakui masok dalam wilayah taklukan kerajaan Farsi. mcm tu jugak dengan orang Qubti di Mesir, dorang rela masok bawak pentadbiran Amru al'As sebab dorang benci aliran agama pemerintah dorang yg x sama dengan aliran agama rakyat.

Peperangan Romawi n org Yahudi


Peperangan yang jadik ni dahsyat sekalik sebab masa pemerintahan Heraclious, orang2 Yahudi dalam wilayah taklukan empayar Byzantine bangun memberontak nak halau penjajah. di Antioche, orang Yahudi yg memberontak bunoh seorang biarawan Masehi bangsa Romawi di situ n cincang mayat biarawan tu. laporan sampai ke Constantinople, maka Heraclious hantar askar ke Antioche n baals dendam kat pembunohan itu dengan kejam jugak. tapi kekejaman balas mebalas tu langsong x membawa sebarang kurang bg aktiviti memberontak. orang Yahudi lagi memberontak di Phonecia n bunoh plak gubenor situ. kemudian orang Yahudi berkumpol dr Phonecia, Sur, n Palestine buat satu perhimponan besar. dorang nak merempuh dengan cara kasar ke Sur, iaitu dalam kawasan Iraq sekarang, tapak kerajaan Babilon. rancangan dorang ialah nak hapuskan anasir2 masehi n romawi (penjajah) dr dalam negeri tersebut. berita ni sampai jugak ke ketua gereja di situ n dorang laporkan kepada gubenor situ. jadi gubenor perintahkan penjaga2 di pintu kota supaya berhati2 n berjaga2 pd malam tu. lepas tengah malam orang2 Yahudi tu cuba nak merempuh masok ke kota tp serangan dorang dapat ditepis.

orang2 yang nek minyak tu x puas ati lagik sebab serangan berjaya ditepis oleh kota tu. jadi dorang mula menumpukan perhatian menjahanamkan gereja2 n biara2 di luar kota. dinding2 gereja pon diruntohkan, alat2 semayang smua dihempas2, n dusun2 kat sekeliling kota n biara pon habis diranapkan. maka lepas tu orang2 Yahudi yang naik minyak tu ditangkap n dibunoh. seluroh orang Yahudi dalam kota tu x mengira laki2 perempuan, anak2 kecil habis kena tebas mati smua. pemberontakan nak halau orang romawi pon berlaku di Oisariyya n Palestine sana. maharaja byzantine hantar adik beradik dia nama Theodoras bg memadamkan pemberontakan orang2 tempatan di situ. jadi lepas tu orang2 Yahudi pon kena bunoh n kena seksa lagi. hal ni menyebabkan dorang lagi marah kat kerajaan Byzantine, pada pandangan dorang kerajaan Byzantine adalah penjajah, ganas, kejam, n menyebabkan dorang pon terpaksa bertindak ganas jugak. akibat kebencian n kemarahan orang Yahudi kat Romawi, dorang pernah tebus tawanan perang kerajaan empayar Farsi beragama Masehi n bangsa Romawi seramai 80, 000 orang, lepas tu smua orang2 tu dorang sembelih. normal la, dorang pon manusia jugak, sapa2 kena jajah pon akan rasa macam itu.

Farsi
sezaman dengan iustinianous, khosro atau maharaja farsi nama dia Anou Shirvan dr dinasti Sasan. beliau x suka nak berdamai dengan Romawi (Byzantine). beliau pon atur askar2 farsi lawan dengan romawi. maharaja ni bg orang2 Yemen n Hadrami smua sangat dihormati. dia membebaskan negeri Arab Selatan dr jajahan Ethiopia yg jadik babu Romawi-Byzantine. maharaja Anou Shirvan pon menyerang suriah (syria) n antioche, negeri2 asia minor banyak jatuh jadi sebahagian drpd empayar farsi. maharaja romawi-byzantine pon hantar panglima perang dia nama balzarious. perang berlangsong lah antara farsi n romawi-byzantine selama 20 tahon. perang ni menyebabkan maharaja2 ni pon bosan n hanya tua dengan perang aja selain menyebabkan kewangan empayar dorang merosot. maka maharaja anou shirvan sedia menerima perdamaian dengan rom-byzantine dengan syarat dorang membayar ufti 30, 000 dinar kpd farsi untok tiap2 tahon. tanah2 jajahan romebyzantine dipulangkan balik. lepas maharaja anou shirvan, beliau diganti oleh maharaja abruiz. abruiz pernah serang suriah dengan tujuan nak balas dendam terhadap kematian kawan dia. kejadian terjadi dlm tahon 614 M. masa serangan ini orang Yahudi memihak kepada orang farsi n negeri Suriah berjaya ditakluk farsi. lepas suriah, mesir plak ditakluki farsi drpd orang romawi-byzantine. lepas tu antioche, damascus, n beitul moqaddes. kemudian jerusalem the Zion dirampas plak oleh tentera farsi. kubur2 qeramat orang nasrani dibakar, kanisatul'qiama (gereja kiamat) pon diruntohkan binaannya n harta2 emas dalam

wakaf gereja dirampas jadik rampasan perang. ketua gereja atau usquf gereja tu ditangkap n dibawak ke farsi. kejadian2 kejam sebab perang ni terjadi sampai dua tahon lamanya berakhir tahon 616 M. jumlah orang nasrani x mengira bangsa sama ada bangsa suriah, mesir, arab, israel, romawi, bagai tidak kurang 90, 000 orang. kemudian maharaja abruiz hantar askar lagik ke asia minor di anatoli menakluk n pancang bendera farsi sampai ke laut Bosporus. maharaja heraclious masa itu dudok senang lenang dalam istana. makan arak sampai mabuk todi n dudok dengan dayang2 pengasoh sb katanya nak ilangkan susah hati. bila empayar farsi dah nak dekat dengan constantinople baru dia tersedar. tp waktu tu kewangan negara dh kosong x leh nak sediakan alat2 perang smpai terpaksa pinjam wakaf gereja dengan janji nak bayar balik dengan faedah kalau menang perang. kemudian askar romawi-byzantine dihantar ke selesia dalam asia minor n dapat rampas daerah izus. kemudian bertembong dgn tentera farsi n romawi kalah pd 622 M. waktu kemudiannya, orang romawi-byzantine perang balik dengan farsi tahon 627 M. ni ada dalam ramalan (wahyu) nabi Mohammad (saw) yg mana ada para sahabat baginda yg wat 'bet' kerajaan romawi-byzantine akan menang atas farsi. memang betol 'ramalan' nabi Mohammad (saw), orang romawi-byzantine menang n farsi kalah. orang romawi boleh jejak sampai ke negeri nainave iaitu negri nabi Yunos (as). Nainaveh ni dalam negara Iraq sekarang, zaman dolu adalah ibu kota kerajaan Babilon. lepas tu kejadian maslaah dalaman istana farsi n jadik kacau bilau dalam negara empayar orang farsi sampai berubah2 maharaja sampai 9 orang maharaja. sebabnya masalah romawibyzantine snirik n maslaah perubahan aliran keagamaan orang farsi. akhlak msyarakat farsi pon runtoh. sebelom perutusan wahyu nabi (saw) yang pertama lagik negara empayar farsi dh mengalami masalah akhlak masyarakat. aliran2 agama dalam bangsa farsi pon banyak lah wujod, n ajaran nabi zarathushtra pon banyak mengalami revolusi.

Zarathusthra (Zoroaster)
sblom tu Zarathushtr, ni adalah nama nabi orang Farsi. depa ada nabi depa sniri, ada kitab suci sniri, n dalam bahasa omputeh dikenali sbg Zoroaster. ajaran nabi zarathushtra ada dua bahagian kepercayaan. yang pertamanya ialah alam semesta ni ada aturan dia snirik, ada tanda2 n tebiat yg tetap n tiap2 perubahan tu mesti berjalan dilalui jugak lambat laun. yang keduanya, ada dua kekuatan yang saling berlawanan iaitu kekuatan kegelapan n kekuatan cahaya. panas n sejuk, subur n kemarau, siang n malam, macam ajaran Taoism la jugak lebih kurangnya yg Yin Yang tu. punca bagi roh segala2 yg baik mari dr Satu jugak iaitu Ahora Mazdak. punca roh2 jahat plak dr yg Satu gak iaitu Darush Ahreman. Ada dua Tuhan dalam ini, Tuhan jahat n Tuhan bek, smua2 benda dr dua2 Tuhan ini.

satu lagik agama di Farsi adalah aliran agama Manu. kepercayaan dia pon lebih kurang kepercayaan dalam ajaran Zarathushtra, ada gelap ada terang. tp ada sikit2 perbezaan dalam beberapa bahagian kepercayaan mcm alam sekarang dikuasai oleh Tuhan kejahatan. beza dgn ajaran Zarathushtra, bahawa alam fizikal ni adalah alam bawah kekuasaan Tuhan kebaikan, sebab ada lah tanah2 yang menunjukkan bahawa semua pertempuran n peperangan itu, bahagian kejahatan akan kalah. bagi pengikot aliran Zarathustr, untok menegakkan ajaran Tuhan Kebaikan n menjaga pihak kebenaran, orang2 smua mesti berkeluarga n bertabiat mcm manusia biasa, berusaha cari makan dengan bercucok tanam n bela lembu kambing smua. pengikot aliran manu berpegang bahawa mesti jaga nafsu syahwat kalau nak menjaga kebaikan, idop sbg pendeta n sami2 memutuskan hubungan dgn donia, sebab alam ni hebat sekalik bergelot dgn kejahatan, sapa2 yg mati dolu dia la yg terselamat sebelom sampai saat kehancuran tu. orang aliran manu akan puasa 7 hari dlm sebulan, sembahyang banyak, cara dia dorang akan berdiri sorang2 mengadap matahari. diri tegak n sujud 12 kali banyaknya ikot bilangan putaran bumi mengelilingi matahari dalam setahon. tiap2 sujod akan ada bacaan sembahyang dia n dorang x leh sembelih menatang walaupon untok makanan sebab takot menyakiti roh yang lain. stengah org EU mcm M Gavaignao cakap bahawa ajaran manu ni adalah ajaran turon temuron orang beragama dengan agama mazdak (panggilan Tuhan dorang) tp dh ada sikit2 percampuran dgn ajaran Masehi n ajaran dr agama orang Israel. stengah orang cakap ajaran Manu nak mcm ajaran Komunism. dorng percaya kelahiran (jati jelma) manusia smua sama, idop smua pon sama, dlaam idop mesti smua rasa persamaan sb punca perebutan n pergadohan dlm dunia ni asas dia dua aja iaitu sebab harta n perniagaan. jadi dalam dua aliran agama orang farsi ni ada jugak orang pakai fahaman bagi hak pemilikan n perhubongan, "harta hg harta aku jua, bini hang bini aku juga." dalam kitab karangan ash'Shahrastani, tajuk buku dia al'Melal wan'Nehal menyatakan orang farsi aliran mazdak ni x suka manusia benci2 n bunoh2. punca benda2 ni smua adalah sebab pompuan n harta jugak. oleh itu depa halalkan harta n pompuan milik dorang utk kegunaan orang lain sama2 mcm kongsi kayu n api untok idop. aliran mazdak masa zaman dolu dihaposkan terus n penganut aliran manu ni dibunoh secara besar2an atau holokaust oleh maharaja Qubaz tahon 523 M, dorang x boleh amalkan amalan agama n aliran dorang besar2an lagik melainkan cara underground saja. sisa2 kaum mazdak selepas tu yg jadi penganut aliran Manu.

genot -

ilustrasi gambar nabi Zaratush

di kuil pengikut zaratusht

api suci dalam koil zaratusht, x leh padam, kalo padam alamat x bek

Ni kat Yazd, tempat suci n kubu kuat orang Zaratusht di Iran, dorang panggil sebagai behram (bahasa senskrit: viharam) basa melayu korang adalah biara asal dr perkataan senskrit gak

upacara mula menganut ajaran zaratusht bg orang2 muda lebih kurang macam bar mitzvah orang Israel atau baptism orang nasrani

upacara agama dorang, jangan silap dgn upacara orang Islam plak

Hal-Hal sebelom kelahiran nabi (saw)


Sblom kelahiran nabi Mohammad (saw), kota Iskandariah di Mesir sana sebenarnya jadik pusat perkumpulan golongan2 cerdik pandai n tempat bertembung smua jenis mazhab2 aliran agama2. orang2 falsafah berjumpa dengan orang2 tasawuf untok berbincang n tengok pendapat masing2 yg macam2. pemikiran dorang bertukar2 n dorang mula belajar faham sesama sniri maka lahir plak mazhab2 agama n aliran agama lain walaupon asalnya dorang ada berlawanan pendapat. dorang capai kesepakatan selepas dorang rasa syak n menyelidiki, lepas itu baru dorang ikot. pemikiran timor n barat (greek) pon bertembong di Iskandariah. aku ada sorang kawan di Iskandariah, nama dia Ibrahim. jiran aku pon sorang orang Mesir dr Qaherah. kesannya wujud kepercayaan agama yang berdasarkan pemikiran org timor tp penyelidikan oleh orang barat (greek). orang greek ada ilmu, n orang2 sebelah timor plak ada falsafah2, 'dongeng2' n hikayat2. benda2 tu yg terhasil dr pikiran orang sebelah timor ni diulas plak oleh orang greek dgn ilmu mantik n logik dorang sampai jadi jelas. orang2 timor yg banyak suka dok menurut ajah falsafah2 membuta tuli taqlid selepas itu mula dipengaruhi oleh sifat2 orang greek yang suka nak menyelidik, berfikir tentang sesuatu yg dilihat mata, n cuba ambil tahu perkara2 di luar kemampuan dorang selepas pergaulan dengan orang greek. orang2 timor sbenarnya banyak pemikiran2 moral sebab agama dorang berbanding orang Greek atau orang barat sb orang2 barat ni banyak pakai falsafah n logik. lepas pertembungan pemikiran2 barat n timor maka wujud aliran2 pikiran bru mcm neo-platonism serta aliran2 agama mcm aliran Filoun dalam agama orang Yahudi, aliran Sabi'in yg diasaskan oleh Yulban. benda2 ni dh terjadi sejak kuron pertama masehi. waktu ni tuk nenek melayu di sebelah utara tanah melayu dok bercampur gaul dgn orang2 India Porba nak bangunkan kerajaan2 dorang baru saja.

Mesir sebelom Nabi (saw)


Kuron pertama masehi, wujud aliran Neo-Platonism di iskandariah. nanti2 ajah sembang bab Plato bagai. aliran pikiran ni muncol hanya semata2 nak kaji n kupas soal2 yg berkaitan dengan akal ajah. tp lama2 aliran ni mula condong nak debat2 membela agama pagan orang Greek n melawan agama Kristian. jadi aliran ni kemudian ni berubah balik la ke bentok ilmu untuk kaji alam metafizik plak, mistik2, nak tau benda2 yg melawan adat alam, n belajar sihir2. waktu tu jugak kota iskandariah terkenal maju dgn ilmu perubatan. ilmu2 bedah mayat, sb orang qubti atau mesir dolu2 suka la belah mayat nak buboh ubat pengawet n buat mumia. lepas tu ilmu kimia (pisahan unsor2). sblom orang greek pandai ilmu ni, sbenarnya ilmu ni diperkenalkan orang2 mesir. ada satu madrasah di mesir ms zaman tu yg ajar bab2 ini.

kemudian datang bangsa2 barbarian dr utara iaitu bangsa gothic masuk berbondong2 dalam kawasan orang2 EU. antaranya orang suku jerman burgundi, vandal, saxon, n lain2 mcm mongol n hun. kerajaan romawi byzantine pon x dapat nak mengelak terkena jugak tempias2. sebabnya jugak akhlak pemerintah n masyarakat pon dh jatoh, undang2 x berjalan elok2 lagik. gereja2 seluruh EU plak waktu abad2 awal masehi tengah melawan agama orang2 Yunani n Romawi yg dok sembah ke berhala2 n dewa2 lama. orang2 yg belajar ilmu2 lama berkaitan dengan tamadun2 lama tu akan dilawan n dianggap kafir oleh gereja. x leh fikir lagik falsafah2 xmo, belajar ilmu falsafah pon x leh lagik. waktu itu agama xleh dilawan dengan falsafah2 ilmu x berkaitan dgn agama Kristian, x yah susah2 nak tambah2 dengan pikiran2 falsafah lagik cukop apa yg ada. nanti ms zaman pertengahan baru terbukak balik pemikiran jumud itu, lepas2 bergaul dengan orang timor semula. jadi ms abad pertama masehi, orang2 Kristian tengah dok berdebat n bertelingkah isu tebiat sifat al'Masih Isa. debat2 n pertikaman mulot hujjah ni menyebabkan dorang terpaksa belajar ilmu2 falsafah balik. jadi paderi2 father2 gereja smua pon terpaksa bc balik kitab2 orang Greek lama yg pagan untok menguatkan hujjah. kitab2 tu pon kena diterjemahkan ke bahasa dorang sb penting sangat. mcm kitab2 Inggeris skarang la diterjemah ke bahasa2 len.

Iraq n Syria sblom nabi (saw)


Orang2 Suryani, hangpa tau kan Suryani ni apa? Suryani means Assyrians atau orang Syria atau kami sebot orang Suriah. depa ni srumpon dengan kami, tp puak yang lain mcm orang Israel jugak. Orang2 Suryani ni ms dekat2 kuron kelahiran nabi (saw) rajin lah belajar ilmu2 falsafah neo-platonism ni. kemudian merka ajar balik benda ni di Iraq n ada wat kerja2 terjemahan kitab2 dr bahasa Greek ke bahasa Suryani. sebab usaha terjemahan ni, bahasa Suryani jadik bahasa perantaraan, bahasa tamadun n bahasa sastera bg orang2 Timor Tengah. orang2 arab Kristian yg dudok dalam empayar Farsi pon banyak guna bahasa Suryani nak salin kitab2 agama Kristian dr bahasa Greek. ada sejarah mengenai kitab Injil yg mana aku slalu dok nampak ostad2 Melayu dok keliru atau momkin x dapat penerangan yg lengkap sb tidak update ilmo2 dengan orang2 kami di sebelah sana bek yg Islam mau pon yg x Islam. sebab itu ada madrasah2 didirikan untok salin kitab2 agama Kristian ke bahasa Suryani oleh orang2 arab sblom lg drpd kelahiran nabi (saw) juga pusat2 belajar agama Kristian yang berlapikkan falsafah orang2 Greek di Raha', Jandisabour, n Nasibin. orang2 Suryani pon ada terjemahkan kitab2 bahasa Pallavi (bahasa Farsi Tengah). owh sblom aku lupa orang Pallavi ni pernah jajah Nosantara. depa masok sini ikot India Selatan (Kerala) mola abad ke-6 M, ada batu2 bersurat pon aku malas nak campor dalam sirah nabi (saw) ni takot orang2 xreti nak co-relate kejadian sejarah di tempat2 dalam donia.

kuron ke-5 M, orang2 Suryani mola terjemahkan kitab2 falsafah Aristo. jadi dorang jadik mahir la dalam ilmu mantik versi Aristo. ada jugak skolah2 perubatan orang Suryani di sebelah Jandisabour. pengetahuan hgpa, orang2 Suryani ni penganut Kristian atau pengikot Isa (as), ikot la aliran2 dorang masing2. sorang tuk guru perubatan dorang yg terkenal nama Sergious ninggal tahon 536 M. ada jugak orang2 Suryani yg karang kitab2 ilmu alam, astrologi, n stengah2 ilmu ni dorang dapat dr nenek moyang iaitu bangsa Kaldan. bangsa Kaldan ni nenek moyang kami gak, orang2 arab keturunan Isma'el (as) n Adnan. dua pengarang kitab astrologi terkenal bangsa Suryani adalah Sergious snirik n Assabakhti. len dr itu, orang2 Suryani pon reti ilmu kimia, maths, dongeng2, sejarah, n falsafah. smua benda2 ni ada cap dr gereja sebab banyak orang2 yg karang kitab2 ni smua adalah paderi2 n fathers. ramai org cakap ilmu2 orang barat atau orang2 greek ni x maju di pusat kerajaan dorang di Byzantine walopon banyak khazanah ilmu ada simpan di situ tambah2 lepas maharaja Iustinianous ninggal lg la x maju. hal ni disebabkan terjadi pertelingkahan mazhab2 Kristian di Byzantine n smua pakat degil na bertahan pendapat masing2 smpai melarat jadi perang. kitab2 lawan2 dorang dibakar hangus x kira ilmu apa pon. ilmu pon xmo dituntut lagik, kalo ada raja2 yg nak beramal pon dia akan soh rakyat belajar ilmu berdasar agama aja. jadi banyak timbul lah ilmu2 falsafah ilahiat (ketuhanan). ilmu2 yg belajar pon orang2 Kristian gunakan untok menguatkan keimanan n pegangan keimanan mereka, tambah2 dalam khutbah2 sembahyang jemaah dorang. ilmu2 orang Farsi banyak dr segi sya'ir n cetera2 kuno ajah. ada jugak buku2 berkaitan hal2 metafizik Farsi dikarang sampai zaman maharaja Farsi nama Sabor Ardasyer dr dinasti Sasan pertengahan kuron ke-3 M. masa jadi perang Romawi n Farsi, maharaja Farsi jemput ramai orang2 pandai Byzantine masok dalam kerajaan dia. orang2 pandai istana diupah ke negeri2 orang Romawi untok terjemahkan kitab2 berharga bg kerajaan n rakyat dia. masa zaman Anou Shirvan lagi la dia bawak ahli2 ilmu Byzantine yg kena halau dgn maharaja Iustinianous ke dalam negeri dia. satu perjanjian damai tu ada bab menyatakan bahawa maharaja Romawi Byzantine xleh kaco orang2 pandai n paderi2 Romawi yg mintak suaka di Farsi walopon lepas dorang balik ke Byzantine kalo tidak akan pecah perang lagik! maharaja Anou Shirvan pon ada antar orang ke benua India untok dapatkan khazanah ilmu. baginda mintak orang mohon kitab2 berguna dr istana orang2 India n wat terjemahan segera mcm kitab Panchatantra diterjemahkan ke bahasa Farsi. AKu x thu nama dia apa dlm bahasa Farsi tp dr bahasa Farsi, kitab Panchatantra ni diterjemahkan ke bahasa Arab, nama dia Kalilah we Dimina. kitab2 Senskrit len pon ada baginda mintak cepat2 terjemahkan bg kegunaan kerajaan. Ilmu2 perubatan India n Farsi pon digabungkan. len2 ilmu orang farsi dalah ilmu falak n astrologi sb orang2 arab pon ada pakai stengah kalendar2 farsi n horoskop2 dia utamanya sebelah Iraq sana.

Satu bahagian dr Kalilah we Diimina... aku ada simpan salinan bahasa Senskrit dia, bentok Panchatantra... x silap dolu Tuk Abdollah Monsyi mamak arab paderi pon ada wat terjemahan dr bahasa Tamel tajuk Panchatandiram.

India Sblom Nabi (saw)


Walaupon ada ajaran brahmana yg ajar chiturvarna (4 suku kaum), dorang pon maju gak dalam ilmu pendidikan. orang2 kasta tinggi banyak yg jadi pelopor ilmu pengetahuan lebih kurang mcm orang Greek n Parsi. dorang ada karangan2 kitab nenek moyang. ada selitan falsafah2 n rowayat tok nyang2 depa. prosa2 kavi (sya'ir) n shloka (seloka) dipandang hormat orang Indu. contoh2 kitab yang terkenal mcm lah Ramayan n Mahabharat yg mengandungi falsafah2 Indu. ada len2 lagi bentok kitab untok raja2 belajar kenegaraan mcm Tharmmasastr (kitab undang2 tanggungjawab). dorang pon ada ilmu perubatan Ayurveda, raja2 Farsi suka sangat dengan ilmu perubatan orang Indu. Nama Indu ni, orang Farsi yg bg dekat orang2 India dolu2. zaman skarang, kami pon panggil orang India sbg Indu (Hind). di Jandisabor dekat2 Iran, da la pusat kesihatan untok kajian ilmu perubatan Indu. Ilmu perubatan Farsi n Greek berbeza plak dgn ilmu perubatan Indu.

Nosantara Nan Molia sblom nabi (saw)


100 tahon sblom kelahiran nabi (saw), wujud kerajaan Sriwijoyo molanya dr sisa kerajaan Hindu (Indu, India), iaitu kerajaan Gandhari. dia mola katanya dalam rowayat2 atas Bukit Seguntang Mahameru, dekat2 tebing Sungai Musi. dinasti awal dia bukan dinasti Sailendra nah, dinasti Sailendra baru2 saja mula sekitar abad ke-6 M ke-7 M lagutu. Ni jangan dok perasan plak kata Tanah Melayu kena jajah dgn Sriwijoyo lagik. Mola tahon 755 M, ikot tahon Buddho kalendar suryo lebih kurang 1298 Buddho Sakranthi baru Palembang bawah perintah sailendrawangsa serang Tanah Melayu Langkasuka n Segenting Kra (Thailand). Sumatera letak dia di tengah2 jalan perdagangan India nak ke Cino. sama ja la ngan Semenanjong Tanah Melayu nan Molia. Dua2 tamadon Indu n Cino ni sangat2 bg pengaroh kat benua Melayu sayang ni n atas pulau2 sekitar len. Pengaruh Sriwijoyo mula melebar sampai ke Sri Lanka, Burmo n Vietnam atas sebab kerabat raja Sri Lanka ada adik beradik di SUmatera jugak di Semenanjong Tanah Melayu, di Jowo pon ada sb sangkhom (brotherhood) Buddhisme. Sriwijoyo masa abad ke-7 M jadik pusat penyebaran agama Buddho Mahaiyana. Pusat sebaran Buddhism di Tanah Nosantara nan Molia ni dr India sblom ke China. orang2 China akan singgah di Sriwijoyo n kawasan2 sekitar dia untok belajar agama Buddho dr tok2 guru orang MelaYU n orang2 Indu yg dok berdiam dalam empayar Sriwijoyo. Lepas ketibaan Islam dr Tanah Arab n kawasan2 India pon maka kejadian yg sama terjadi, ada tuk2 guru Melayu jugak mengajar agama, n orang2 Arab n Farsi berdiam dalam kawasan2 depa.

EU sblm nabi (saw)


Kitab Gaul Labon Mohammed n Koran sebut kat moqaddima kitab dia: "sblom orang2 smua tahu mcm mana pengaroh sesuatu seruan keagamaan atau kefahaman pasal sesuatu masyarakat, awal dahulu mesti lah faham keadaan diri orang2 itu yg bawak seruan n masyarakat dia, jugak keadaan di masa sebelom n sewaktu kedatangan dia." nabi (saw) lahir dalam abad ke-6 M, masa itu, gawang pintu masok zaman adalah dalam KEGELAPAN seluruhnya. bukan kat Tanah Arab n Makkah saja. Zaman kelahiran nabi Mohammad (saw), adalah zaman fitnah, zaman kegelapan, n zaman huru hara peperangan antara empayar, sampai lar ke zaman skarang pon masih terjadi lagik bentok fizikal atau bentok2 len. kalo baca kitab2 gospel Hindu (jenis2 Puranna), ada sebut jugak pasal prophecy ramalan2 para maharisyi2 (nabi2 n tuk guru Indu), dia sebut zaman Kaliyug. zaman orang jahat dok berleluasa balik ikot pusingan putaran lokam (dunia). di Spanyol n Utara France, orang2 jermanik suku Goth masuk menyerang king Clovis n keturunan2 dia sb orang2 ni ikot agama Roman Katolik, n puak2 Goth yg infidel beragama Arian Katolik x percaya ketuhanan Jesus, dia cuma percaya kenabian Jesus. raja dalam kawasan Spanyol n Utara France terpaksa menyembah kat Romawi-Byzantine iaitu maharaja Iustinianous minta bantuan. tp kemudian raja2 Clovis tu terpaksa plak perang balik dgn angkatan tentera RomawiByzantine sb orang2 tentera tu cuba nak menjajah kawasan dorang plak lepas halau orang Goth. di France snirik, anak2 raja Clovis berebut kuasa dgn bangsa jermanik suku Goth n orang suku Frank. terjadi lah pembunohan yang menakotkan dalam sejarah sb ini. Di England, orang2 Angles n Saxon dua2 pon suku kaum jermanik norse cuba menghalau orang2 yg awal2 jadi peneroka British Isles iaitu orang2 Quemris. di Italia, kerajaan Romawi Barat yang dolu2 powerful sangat2 pon dh pecah2 tinggal setitik saja di Roma, dalam Italia hari ini. ada sikit kuasa dalam kawasan Vatican n kawasan2 jajahan dia dolu2. dorang pon selalu perang dgn orang2 jermanik suku Lombardi n suku Austrogoth (Austria). kerajaan orang2 Greek pon smua berubah jadi kota2 kecik aja walopon dh lama pegang tamadun tinggi. EU timor pulak asyik kacau EU utara. mola dr barat sampai sg. danau sbelah timor. orang2 skendinavia, norway, n denmark pon berebut2 dgn orang hun n orang goth nak rampas kawasan Taras, Lombardi, n Macedonia cara fizikal atau cara muslihat tipu. kat India n Tibet walaupon ada gak sikit sumbangan kebudayaan dorang kpd orang barat pon ada sistem politik sniri yg kemudian hancur pecah sb pertikaian, berebut2 pengaruh agama n jadi masalah dalam negri. kat china pon sm, wat time line comparison tgk. ini zaman memang zaman gelap, zaman nak kiamat. pertanda nak kiamat tp rahmat kasih sayang-Nya masih dikirim sama adalah dgn kelahiran nabi (saw). waktu tu Russia org x nah dengar lagik. apatah lagik US.

Arabia onta sblom nabi (saw)


Ok, aku sbenarnya sudah siap nota untuk sub-topik ini. aku amik dr ringkasan2 kitab n laman2 sawang berbahasa arab. yg sebetolnya, org2 sejarawan ni ada selisih faham pasal keadaan di Tanah Arabia al-Onta. Sama ada dia maju ka atau tidak maju ka mundor saja. Aku pong selalu la mendengar tuk2 guru Melayu mengatakan Tanah Arab berada dalam kegelapan, dalam buku2 teks pendidikan Islam dalam sekolah rendah pon beritau yg itu sahaja, jd jawapan2 yg kluar dr mulot anak2 Melayu pahlawan pon yg itu sahaja kita dengar. stengah sejarawan 'orientalist' maksod dia ahli2 sejarah n pengkaji budaya timor dr negara2 Barat atau EU kata bahawa Arabia sudah lalui zaman kemajuan pon. Makanya ada lah persediaan mereka nak terima agama 'baru.' Ni jgn dok ikot bulat2 plak, bila mereka sebut agama 'baru,' tuan po pon kata agama 'baru' itu Islam. x da maknanya. mereka cakap ikot konteks pemahaman mereka, bukan pemahaman mutlak. Repetition, pengulangan, Islam bokan agama baru, dia sbenarnya cara idop n undang2 idop manusia yg memang dh berjalan dr Adam manusia pertamo. Nama agama ini pon tidak mengikot nama org yg 'mengajar' agama ini secara fizikal iaitu Mohammad (saw). Tgk kat Buddhism, dia agama ajaran Buddho. Christian, dia agama ajaran Christ. Agama Islam, bokan agama ajaran Mohammad (saw), baginda cuma medium sahaja, yg ajar agama ini adalah as'Salam. sapo as'Salam ini kalu tuk imam2 Melayu Zion di Bumi Mala slalu dok baca Asmaa'ul Husna? kita x beri jawapan la sila pikir sniri, sudah ada jawapan dh pong, pasi kalu agama ini Mohammad yg 'invent' pastilah dalam Qoran akan sebut agama Mohammad, ditrenslet ke bahasa omputeh, Mohammedinism sejarawan 'Orientalist' yg len2 pong ada x setuju dgn pendapat mcm kita dh sebot di awal2 ni. Kata mereka, Arabia masih x bermoral, jahiliah, x ada sopan budi budaya, x da pengetahuan hal2 politaik n agama pong. Apa sebab depa cakap begini? Aku selalu mendengar ostad2 Melayu dalam mesjid dok bercakap dgn pendapat2 'Orientalist' ini. Dua2 pandangan di atas ni, Orientalist jugak yg keluarkan. tp ada pandangan len lg, yg Dia sniri beri dalam Quran. Tgk nak mendekat sebelah pendapat mana? patut berpegang dgn pandangan Orientalist dlm buku teks atau rujuk saja la Quran, smua pon ada, aku quote balik la kata2 ostad2 Melayu, kita kena belajar kesopanan dr Melayu n Nosantara, salah silap harap diampun, patek pacal yg hina saja... pendapat2 'Orientalists' atau ahli2 akademik Barat ni tentang Arabia sblom Mohammad (saw) antaranya dr Sedeliout, Lothrop Stoddard, Renan, Gaul Labon, Eduard Montet, n Barthelemy St-Hilaire. aku sbenarnya ada simpan catatan pasal pendapat2 depa ni sb banyak dipakai jugak dlm buku2 teks Pend. Isele susunan KBSR serta Sejarah KBSM secara ringkasnya. Tp takkan kita nak boh smua dlm satu post kan? kalu sapa2 rajin leh la kongsi2 sama, bru nama belajart dak?

ada kitab2 utk topik ini sahaja, aku bg link yg berbahasa Inggeris saja la, yg bahasa arab punya pon ada tp aku nak kena godek dolu la pasi kitab2 arab dlm tangan aku, aku malas nak taip isi2 dia dalam tulih arab n bg terjemahan, sangat remeh membuang masa... aku bg ringkasan saja apa yg kita ingat... nak tau lebeh you kena bc sniri la, haha http://books.google.com.my/books? id=y3M7lHusi4UC&printsec=frontcover&dq=arabia+before+muhammad&source=bl&ots=iT8Ze93Zr&sig=1dcNeNwakjjG0xRsvZG6W81Eu3c&hl=en&ei=u53aS8z3MMy1rAeHezmDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=2&ved=0CAsQ6AEwAQ#v=onepage&q&f =false http://books.google.com.my/books?id=R4j_Z_S_asC&printsec=frontcover&dq=arabia+before+muhammad&source=gbs_similarbooks_s& cad=1#v=onepage&q&f=false http://books.google.com.my/books?id=R4j_Z_S_asC&printsec=frontcover&dq=arabia+before+muhammad&source=gbs_similarbooks_s& cad=1#v=onepage&q&f=false

suku Nabatean
Dalam kota Petra yang ukiran2 kita dapat lihat hari ni, orang Nabathi yang ukir. Dalam bukit tu depa ada ukir n bina kuil-kuil, makam, n bangunan-bangunan komersial, gedung hebat-hebat ikut zaman tu la. Kawasan Petra terlindung daripada ancaman alam serta strategik untuk perlindungan sb ada dikelilingi bukit-bukit keras macam besi. Lain2 kemahiran depa, pandai buat saliran air, buat empangan, benda2 ni semua menyebabkan depa boleh bina empayar x kelihatan di padang pasir. Slain itu, orang Nabathi selalu berdagang n uruskan perniagaan antara China n India dengan Timor Jauh, Mesir, Suriah (Syria), Yunani, n Roma. Dorang berdagang barangan macam rempah, colok wangian, emas, menatang, besi, tembaga, gula, ubat-ubat, tanduk gajah, n kain-kain baju. Tak banyak diketahui pasal orang Nabathi. Awalnya depa bertutur sejenis dialek Arab. Pastu kemudian depa mula cakap bahasa Aramia, bahasa yang sama dituturkan oleh Isa al-Masih masa dalam zaman kenabian n kerasulan. Banyak benda pasal Nabathi dari segi kebudayaan ni datang dari catatan ahli sejarah Roma nama Strabo. Dalam catatan Strabo, beritahu kata orang Nabathi ada pemerintahan beraja tapi ada jugak sistem demokrasi. Tak ada sistem perhambaan dalam masyarakat Nabathi, smua orang dalam masyarakat kongsi bebanan tugas. Orang Nabathi sembah dewa-dewi, antaranya dewa-dewi orang Babilon n Sabean.

Sebab mewah orang Nabathi, perhatian banyak tertumpu lah kepada depa. Orang2 di Utara mula dok perhati. Misalnya raja Seleucid, raja Antigonus. Antigonus dapat balik kerajaan dia selepas perpecahan empayar Alexander the Great. Antigonus serang kota Petra tahon 312 SM. Kota Petra tak lawan kuat jadi senang nak kalahkan kota tu. Waktu orang Seleucid nak balik Utara, orang2 Nabathi dapat serang hendap depa balik kat tengah padang pasir. Tapi orang2 Nabathi layan orang Seleucid elok sebab depa suka berdagang. Dalam abad ke-3 SM ni, orang Ptolemy n Seleucid berebut kekuasaan di Jordan. Orang Seleucid berjaya dapat kawasan Jordan tahon 198 SM. Tapi depa tak sentuh pon kawasan orang Nabathi. Kota Petra bebas la beberapa lama. Walopon Nabathi selalu cuba elak kena jajah, tp depa tetap dipengaruhi dr segi kebudayaan sebab depa pon serap kebudyaan Helenistik jiran sebelah utara dia utamanya dalam seni bina dan kesenian utamanya bila empayar Nabathi mula berkembang ke utara masuk dalam kawasan Syria sekitar 150 SM. Waktu tu orang Roma mula rasa terancam dengan kuasa politaik n ekonomi Nabathi. Tahun 65 SM, orang Roma masuk ke Damaskus n arahkan Nabathi keluarkan askar. 2 tahun kemudian kota Pompei hantar tentera nak hancurkan kota Petra. Dalam catatan jelaskan sama ada raja Nabathi waktu tu nama dia Aretas III dikalahkan oleh orang Roma n kemudian bayar ufti. Pembunuhan Julius Caesar tahun 44 SM menyebabkan keadaan huru hara jugak di dalam pemerintahan orang Roma di Jordan. Raja Parsi n orang Mesopotamia (Iraq) mula ambil kesempatan nak serang. Puak Nabathi buat silap dengan masuk sebelah dengan orang Parsi masa lawan Roma. Sebab pastu Parsi kalah, n Petra kena bayar ufti lagik kat Roma. Sebab depa jadi wilayah naungan Roma, maka depa kena kuasai dua kali dengan raja naungan Roma, iaitu Herod Agung. Serangan kedua tahun 31 SM, Roma berjaya kuasai kawasan besar orang Nabathi termasuk la jalan perdagangan ke Syria. Seleucid ni orang2 yang cakap bahasa Greek n agama dewa dewi Greek kuno. Orang Parsi masa zaman tu dikenali sbg Parthia (Parthva).

~~~~~~~~~~ TAMAT ~~~~~~~~~~

Pengarang

- genot -

Susunan PDF

- lucid_lynx -

Sumber dari board History, Myth & Lagend @ Cari Forum.


Link : http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=450294&extra=page%3D1&page=1

Tarikh Siap Di-PDF-Kan : 24 Jamadil Awwal 1432 Hijrah / 27-04-2011

Anda mungkin juga menyukai