Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN KEPADA LUKISAN 3 DIMENSI

Lukisan 3D ini dihasilkan dengan menggunakan perisian AutoCAD 2008

Lukisan pelan, pandangan sisi dan keratan hanya difahami oleh mereka yang biasa dengan lukisan-lukisan tersebut. Sekiranya kita ingin menyampaikan ideaidea kepada semua pihak, kita perlu menghasilkan model dalam 3-Dimensi. Sesuatu objek dalam 3-Dimensi dapat memberikan bentuk dan rupa sebenar objek tersebut. Ini memudahkan kita merekabentuk dan berkomunikasi dengan pihak lain. Di Kolej Komuniti Sabak Bernam, perisian AutoCAD 2008 digunakan bagi menghasilkan model-model 3D.

SATAH-SATAH LUKISAN

Satah x-y

Pembinaan model 3D dapat dihasilkan dengan mempergunakan tiga satah utama yang berada pada paksi x, y dan z. Paksi-x dengan paksi-y membentuk satah x-y iaitu satah yang dilihat dari atas atau pelan.

Satah y-z

Satah x-z

Satah x-z dan satah y-z mewakili pandangan-pandangan sisi sesuatu objek 3D.

Toolbar untuk lukisan 3D Terdapat beberapa toolbar yang dikhususkan untuk lukisan 3D. Berikut ialah beberapa toolbar yang selalu digunakan dalam penghasilan lukisan 3D.

Anda mungkin juga menyukai