Anda di halaman 1dari 55

KAEDAH PERUBATAN ISLAM

Oleh: Al-Fadhil Al-Ustaz Hairullizam bin Abu Hashim PANDUAN (1): FAEDAH-FAEDAH RAWATAN 1) Berpeluang untuk berdakwah kepada jin dan manusia secara terus dan langsung kerana risalah Islam adalah untuk keduadua jenis makhluk ini. Peluang ini tidak terluang untuk kesemua pendakwah Islam. 2) Bertambah keimanan dan kepercayaan kepada persoalan makhluk-makhluk halus yang merupakan satu juzuk dari persoalan al-ghaibiyyat sama ada pada nisbah perawat, pesakit atau kesemua yang menyaksikan perawatan tersebut. 3) Menghidupkan salah satu juzuk dari as-Sunnah an-Nabawiyyah dari sudut perawatan dan pengubatan dengan cara mengamalkan jampi-jampi Nabawi dan lain-lain. 4) Menyelamatkan akidah para muslimin dari terjebak ke dalam perkara-perkara syirik dengan cara berjumpa sebahagian bomoh atau pawang yang menyeleweng (bukan semua sesat). 5) Melawan dan menentang musuh-musuh Allah SWT daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang mengganggu manusia. Justeru, al-Imam Ibnu Taimiyah menganggapnya sebagai suatu jihad (.) PANDUAN (2): PENGUBATAN MENGGUNAKAN RIJAL AL-GHAIB 1) Ia dipanggil (.) 2) Perkara ini adalah khilaf di kalangan ulamak. Akan tetapi, masyarakat Melayu yang melakukan amalan ini untuk tujuan perubatan dan lain-lain dengan membaca sebuah qasidah yang dinisbahkan kepada al-Imam Ali Zain al-Abidin Ibnu al-Imam Hussein as-Syahid Ibnu al-Imam Ali al-Murtadha al-Syahid adalah suatu kekeliruan kerana ia tidak warid daripada baginda , malah para Ahli Bait an-Nabawi as-Syarif sendiri tidak meriwayatkannya, apatah lagi ia tidak memiliki sebarang sanad yang sahih, bahkan lebih tepat lagi ia tidak bersanad. 3) Awal qasidah ini berbunyi:


4) Kepercayaan mengenai Rijal al-Ghaib yang bergelar al-Qutb (jamaknya al-Aqtab), an-Najib (jamaknya an-Nujabak), al-Watad (jamaknya al-Autad), al-Badal (jamaknya al-Abdal), al-Ghauth (jamaknya al-Aghwath) dan as-Sayyid (jamaknya al-Asyad), bukanlah merupakan suatu aqidah. Al-Imam Abu Fadl Jalaluddin Abdul Rahman Ibnu Abi Bakar as-Suyuti ada mengarang sebuah risalah mengenai Rijal al-Ghaib ini yang berjodol: ( .) Maka dalam risalah ini, beliau membuktikan mengenai kewujudan para Rijal alGhaib tersebut. 5) Masalah besar yang kami lihat di kalangan para pengamalnya ialah ia tidak dapat membezakan sama ada yang datang ini adalah wali atau jin! Dalam hampir kesemua kes yang kami kaji, yang datang muncul ialah jin yang mengaku jadi wali! Atau menyamar jadi wali! (misalnya, ia mengaku ia adalah Syeikh Abd. Al-Qadir al-Jilani atau salah seorang daripada Wali Songo!!??! 6) Hadis-hadis mengenai Rijal al-Ghaib ini boleh dilihat di dalam riwayat-riwayat berikut, iaitu: Ahmad ibnu Hanbal, at-Tabrani, Ibnu Abi ad-Dunya, al-Hakim, Ibnu Asakir, al-Hakim at-T, Abu Nuaim, Ibnu Hibban, al-Baihaqi, Abu Daud, Ibnu Jarir at-Tabari dan lain-lain. PANDUAN (3): SELAWAT SYIFA 1) Ia dinamakan ( ) atau (.) 2) Lafaz asasnya ialah:

( .Dibaca sebanyak 10 kali)


3) Ini adalah lafaz aslinya dan sesetengah ulamak membuat sedikit penambahan bacaan ke atasnya. 4) Di sana ada sebuah lagi lafaz selawat yang juga dinamakan ( ) iaitu:

.
5) Antara pengamalnya ialah sebahagian masyayikh di Hadramaut seperti al-Habib Salih Ibnu Abdillah al-Attas, al-Habib Abu Bakar Ibnu Abdillah al-Attas, al-Habib Ahmad Ibnu Hasan Ibnu Abdillah al-Attas dan lain-lain. 6) Lafaz selawat ini tidak warid di dalam sebarang sanad sahih, hasan atau dhaif. Oleh itu, sebagaimana yang dipesankan oleh al-Habib Alawi as-Sayyid Ahmad as-Saqqaf dalam kitab beliau ( ,) sebarang bentuk selawat yang tidak warid di dalam nas-nas hadis an-Nabawi, tidak boleh diiktikadkan lebih afdhal dan lebih utama dari Selawat Ibrahimiyyah ( ) yang diamalkan sendiri oleh baginda Rasulullah . 7) Namun begitu, selawat Syifa ini boleh diamalkan dan kami melihat manfaatnya adalah amat besar dan mengkagumkan. PANDUAN (4): BACAAN-BACAAN JAMPI 1) Jampi di dalam bahasa dipanggil ( ruqyah, bukannya ruqaiyyah) dan jamaknya ialah . 2) Bacaan-bacaan jampi paling asas ialah al-Fatihah, ayat al-Kursi, akhir Surah al-Baqarah (ayat 284 286) dan 3 Qul (Surah alIkhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas). Kesemua bacaan ini mempunyai nas-nas dan dalil-dalilnya yang kukuh. Sila lihat buku kami yang berjodol: (

.)
Dan buku kecil yang bertajuk: (

.)

3) Kemudian anda bolehlah tambahkan bacaan-bacaan yang lain padanya sama ada berupa ayat-ayat al-Quran al-Karim, hadishadis Nabawi, doa-doa para solihin dan doa serta jampi anda sendiri. PANDUAN (5): JAMPI MENGHALAU JIN

1) Kebanyakan para perawat membaca ayat-ayat berikut secara tertib tatkala merawat pesakit yang diganggu atau disampuk oleh jin dan mereka menisbahkannya sebagai suatu sunnah .yang qateyyah :2) Bacaan-bacaan tersebut ialah :i) Surah al-Fatihah (Surah 1) sebanyak sekali, iaitu (

.)

ii) Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 1 hingga ayat 4, iaitu

.)
iii) Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 102 (dibaca beberapa :kali), iaitu (

.) .)
:v) Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 255, iaitu ( :iv) Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 163 164, iaitu (

.))552 )482( )582( .) )682 )81( .) )91


:viii) Surah al-Araaf (Surah ke 7) ayat 54 hingga 56, iaitu ( :vii) Surah Ali Imran (Surah ke 3) ayat 18 dan 19, iaitu ( :vi) Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 284 286, iaitu (

)45( )55( .) )65


ix) Surah al-Araaf (Surah ke 7) ayat 117 hingga 122, (ayat ini ( diulangi banyak kali terutamanya ketika sampai ayat :) , iaitu

)711(

)811( )911( )021( ) .)121( )221


x) Surah Yunus (Surah ke 10) ayat 81 dan 82, (ayat ini diulangi ( banyak kali terutamanya ketika sampai kepada ayat :), iaitu

) .)18( )28

xi) Surah Taha ayat 69 (Surah ke 20) , (ayat ini diulangi banyak :kali), iaitu (

.) )96

,811 xii) Surah al-Mukminuun (Surah ke 23) ayat 115 hingga :iaitu (

)511( )611( ) .)711( )811


:xiii) Surah asy-Syaffaat (Surah ke 37) 1 hingga 10, iaitu (

)1( )2( )3( )4( )5( )6( )7( )8( )9( .) )01
:(xiv) Surah al-Ahqaaf (Surah ke 46) ayat 29 hingga 33, iaitu (

)92( )03( )13(

.) )23
,63 (xv) Surah ar-Rahmaan (Surah ke 55) ayat 33 hingga :iaitu (

)33( )43( )53( .) )63

:(xvi) Surah ar-Hasyr (Surah ke 59) ayat 21 hingga 24, iaitu (

)12( )22( )32( .) )42

)1( )2( )3( )4( )5( )6( )7( )8( .) )9


:(xviii) Surah al-Ikhlas (Surah ke 112), iaitu

:(xvii) Surah al-Jin (Surah ke 72) ayat 1 hingga 9, iaitu (

)1( )2( )3( 4) .)


(xix) Surah al-Falaq (Surah ke 113), (ayat diulangi banyak kali), iaitu:

)1( )2( )3( )4( 5) .)


(xx) Surah an-Nas (Surah ke 114), iaitu:

)1( )2( )3( ) )4( 6) .)5(


3) Seluruh bacaan ini tersebut di dalam sebahagian riwayat hadis walaupun sanad-sanadnya dipertikaikan oleh para muhadithin. Paling rendah, ia bertaraf hadis lemah (dhaif) bukannya hadis palsu. Sila kaji mengenai para perawi yang terdapat di dalam sanad-sanad tersebut seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Abdullah Ibnu Ahmad, Ibnu Hambal, al-Hakim, al-Baihaqi, Abu Yala dan Ibnu Sunni. 4) Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Hafiz an-Nawawi, salah satu dari 3 syarat beramal dengan hadis dhaif di dalam fadhail al-amal ialah beriktikad bahawa ia tidak jazam dan qatie datang daripada baginda Rasulullah . Sungguh pun begitu, kita boleh beriktikad secara putus bahawa ia sunat diamalkan sepertimana yang disebutkan oleh al-Imam Ahmad Ibnu Qasim al-Abbadi. PANDUAN (6): ZIKIR-ZIKIR DAN AMALAN-AMALAN PENDINDING Ia banyak, antaranya: 1) Ayat al-Kursi (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). 2) Membaca bacaan ini semasa keluar dari rumah (riwayat Imam Abu Daud dan Imam at-Termizi), iaitu: (.) 3) Berwudhu sebelum tidur (riwayat at-Tabrani) kemudian baca ayat al-Kursi (lihat no. 1 di atas).

4) Membaca taawudz ketika marah (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). 5) Laungkan azan ketika diganggu hantu (riwayat Ibnu Sunni). 6) Azan pada telinga kanan bayi dan iqamah (qamat) pada telinga kirinya (riwayat al-Baihaqi). 7) Zikir berperanan untuk menghalau syaitan (riwayat at-Termizi) yakni sebarang bentuk zikir. 8) Membaca Surah al-Baqarah akan membatalkan sihir (riwayat Imam Muslim). 9) Membaca Basmalah tatkala menanggalkan pakaian (riwayat atTabrani). 10) Sebelum masuk tandas bacalah doa di bawah ini (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim): (.) 11) Membaca taawudz semasa terdengar jeritan suaran khimar dan salakan anjing (riwayat Abu Daud). 12) Membaca bacaan ini semasa jimak (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). (.) 13) Surah al-Baqarah menghalang syaitan dari masuk ke dalam rumah (riwayat Imam Ahmad). 14) Syaitan keluar dari rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah di dalamnya (riwayat al-Hakim). 15) Membaca 3 Qul sebelum tidur (riwayat Imam Bukhari dan Imam at-Termizi). 16) Membaca zikir berikut pada waktu pagi dan petang sebanyak 10 kali akan menjadi pendinding dari syaitan (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim), iaitu: (

.)

17) Berwudhu apabila marah (riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad).

18) Cuci hidung sebanyak 3 kali setelah bangun dari tidur (riwayat Imam Muslim). PANDUAN (7): PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH DAN DILARANG Kesemua yang berikut ini jika dilakukan salah satu darinya akan menyebabkan syaitan berwewenang terhadap pelakunya, 1) Patung di dalam rumah (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). 2) Anjing di dalam rumah (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). 3) Loceng di dalam rumah (riwayat Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad). 4) Menguap tidak menutup mulut (riwayat Imam Muslim). 5) Menguap berbunyi (riwayat Imam at-Termizi). 6) Tidur nyenyak sehingga terluput solat Subuh (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). 7) Tidak mengerjakan solat Witir (riwayat Said Ibnu Mansur, hadis jayyid menurut al-Asqalani). 8) Memaki syaitan (riwayat Imam Ahmad). 9) Makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri (riwayat Imam Muslim). 10) Mengambil dan memberi dengan menggunakan tangan kiri (riwayat Ibnu Majah). 11) Duduk di antara bayang-bayang dan kawasan yang terkena cahaya matahari (riwayat Imam Ahmad). 12) Tergesa-gesa (tergopoh-gapah) (riwayat Imam al-Baihaqi). 13) Orang yang pertama masuk ke pasar (kini bandar) (riwayat Imam Muslim). 14) Kencing di dalam lubang di tanah (riwayat Imam Ahmad dan Imam an-Nasaie).

15) Kanak-kanak keluar rumah pada waktu Maghrib (riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam al-Hakim). 16) Makan tidak membaca Basmalah (riwayat Imam Abu Daud). 17) Membiarkan (tidak mengutip) makanan yang terjatuh semasa makan (riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad). 18) Tidak didirikan solat berjemaah di kawasan penempatan (riwayat Imam Abu Daud). PANDUAN (8): DOA HAIKAL 1) Ia terdiri dari beberapa himpunan ayat-ayat al-Quran alKarim, iaitu: a) Haikal Pertama: Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 255, iaitu: (

.)
b) i) Haikal Kedua: Surah Ali Imran (Surah ke 3) ayat 35, iaitu:

.)
ii) Surah al-Israa (Surah ke 17) ayat 77 hingga 80 iaitu: ()

77( )87( )97( 80) .)


c) Haikal Ketiga: Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 285 dan 286, iaitu:

)582( .) )682
d) Haikal Keempat: Surah al-Israa (Surah ke 17) ayat 81 hingga :85, iaitu (

)18( ) 28( )38( )48( .) )58

:e) Haikal Kelima :i) Surah Maryam (Surah ke 19) ayat 4 hingga 6, iaitu (

)4( )5( .) )6
:ii) Surah al-Fatah (Surah ke 48) ayat 27, iaitu (

.) )72

,4 f) Haikal Keenam: Surah al-Jin (Surah ke 72) ayat 1 hingga :iaitu (

)1( )2( )3( .) )4

) 52) .)15(

g) Haikal Ketujuh: Surah al-Qalam (Surah ke 68) ayat 51 dan 52, iaitu: (

2) Doa ini amat masyhur di kalangan para pengamal Mujarrobat lantaran fadhilat-fadhilatnya yang cukup luar biasa dan kelebihan-kelebihan ini disandarkan kepada Nabi kononnya baginda dimaklumkan mengenainya oleh Jibrail AS. Tetapi yang nyata, sebenarnya kelebihan-kelebihan yang amat sakti ini tidak langsung thabit dengan sebarang al-Hadis an-Nabawi walaupun dengan sanad yang amat dhaif. Mempercayai fadhilat-fadhilat ini boleh memudharatkan akidah kerana para pengamalnya memperolehi pahala-pahala yang lebih afdhal dan lebih hebat daripada 70,000 para nabi. Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam al-Manar alMunif, jika mana-mana insan beramal dengan segala amalan sepanjang hidupnya nescaya ia masih tidak dapat menandingi pahala seorang nabi pun, inikan pula 70,000 orang nabi?!?! Yakni, dengan hanya beramal dengan tujuh kumpulan ayat sahaja?!?! 3) Fadhilat-fadhilat yang didakwa bagi Doa Haikal ini ialah: a) Barang siapa yang tidak mempercayainya akan menjadi kafir?!? b) Sesiapa yang membaca atau menyimpannya maka ia dan kedua ibubapanya dilepaskan dari siksaan api neraka??? c) Sesiapa yang menyimpannya di rumah maka jin dan syaitan tidak akan dapat masuk ke dalam rumahnya??? d) Jika ia dibuat tangkal maka pengamalnya terlepas dari azab sengsara, wabak penyakit dan ia akan berada di dalam keamanan??? e) Pemakainya akan sentiasa dihormati oleh orang ramai dan dipandang sebagai amat mulia??? f) Pemakainya tidak akan merasai sakit sakratulmaut dan roh akan keluar dengan mudah??? g) Membacanya pada setiap hari atau dibuat azimat akan mendapat ganjaran-ganjaran berikut: i) Pahala 70,000 kali khatam al-Quran???

ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv)

Pahala 70,000 orang mati syahid??? Pahala 70,000 kali mengerjakan haji??? Pahala membina sebanyak 70,000 buah masjid??? Pahala memerdekakan 70,000 orang hamba??? Pahala menjamu 70,000 orang berbuka puasa??? Pahala 70,000 orang penghafal al-Quran??? Pahala kebajikan kemenangan 70,000 perang syahid??? Pahala 70,000 orang alim ulamak??? Pahala 70,000 orang abid??? Pahala 70,000 malaikat??? Pahala 70,000 orang yang berakal??? Pahala 70,000 orang nabi??? Memperolehi kebesaran Jibrail, Mikael, Israfil dan Izrail??? Pemakainya terlepas dari semua orang yang membuat fitnah??? xvi) Pemakainya terselamat dari segala bala??? xvii) Pemakainya terlepas dari segala hutang??? xviii) Seluruh musuhnya akan binasa??? 4) Semoga Allah SWT mengazab pencipta hadis palsu ini dengan sekeras-keras siksaan dan maha benalah Rasulullah SAW yang telah bersabda: (.) Dan menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, orang yang mempercayai pahalanya lebih afdhal dari seorang nabi adalah kafir!!! . PANDUAN (9): BAGAIMANA MENYEDIAKAN AIR JAMPI 1) Ambil sebekas air sama ada kecil atau besar. 2) Dekatkan ia pada mulut anda, kemudian bacakan ayat-ayat dan bacaan jampi padanya. 3) Setelah selesai pembacaan, hembuskan pada air tersebut. 4) Boleh juga semasa pembacaan tersebut berlangsung, jari telunjuk kanan dicelupkan ke dalam air sehinggalah selesai penjampian. PANDUAN (10): KEGUNAAN AIR JAMPI 1) Merenjiskan air tersebut ke sudut-sudut atau keliling rumah untuk dibuat benteng.

2) Diberi minum kepada pesakit yang diganggu jin atau renjiskan pada mukanya. a) Pesakit yang tidak sedar diri, biasanya apabila direnjiskan air pada mukanya, ia akan sedar terus pada ketika itu juga. b) Pesakit yang meminumnya jika ada jin, maka ia berasa pahit atau terlalu payau, namun kadangkala tidak ada apa-apa perubahan pada rasa air tersebut. c) Sebaik-baiknya pesakit meminumnya terlebih dahulu sebelum rawatan dibuat atau ia meminumnya selama tempoh perawatan misalnya seminggu, 3 hari dan begitulah seterusnya. 3) Pesakit mandi dengan air tersebut: a) Sedapatnya yang mungkin air jampi ini jangan dibawa ke dalam tandas dan seterusnya mandi menggunakan air ini di dalam tandas tersebut. b) Kaedah mandi ini biasanya digunakan setelah jin masih berdegil tidak mahu keluar pada kali pertama rawatan dibuat atau jinnya tidak muncul semasa ruqyah dibacakan kepada pesakit. c) Sebaik-baiknya mandi dengan air jampi tersebut dibuat selama beberapa hari. d) Biasanya setelah mandi, pesakit akan terus sembuh atau jinnya akan menjadi lemah. e) Oleh itu, semakin kerap pesakit minum dan mandi dengan air jampi, jin tersebut akan bertambah sakit, lemah dan seterusnya ia akan keluar atau mati. f) Tanda jin tersebut keluar atau mati ialah pesakit akan berasa lega dan lapang dada, malah pesakit akan terhidu bau hangit akibat bakaran jin tersebut. g) Mandi dengan air jampi ini juga bermanfaat untuk membuang jin saka, jin yang dihantar oleh ahli sihir dan lain-lain. PANDUAN (11): MENULIS RUQYAH DENGAN ZAFARAN 1) Ambil sehelai kertas atau sebiji pinggan, kemudian tulis ayatayat ruqyah padanya dengan pen yang berisi zafaran.

2) Setelah itu, luluhkan ruqyah yang tertulis itu dengan air lalu diberikan kepada pesakit untuk diminum. 3) Secara am, air ini lebih kuat kesannya dari air yang hanya semata-mata dibacakan jampi di dalamnya tanpa diluluhkan ayat-ayat ruqyah yang tertulis terutamanya ayat-ayat al-Quran. 4) Ayat-ayat dan bacaan-bacaan ruqyah ini ditulis dengan menggunakan zafaran kerana ia boleh diminum dan tidak membahayakan tubuh badan. 5) Amalan penulisan dengan bahan zafaran ini diamalkan oleh para ulamak semenjak zaman dahulu lagi. PANDUAN (12): MANDI DENGAN AIR LULUHAN TULISAN JAMPI 1) Buat seperti panduan 11 tetapi gunakan ia untuk mandi. 2) Ayat-ayat tersebut boleh juga ditulis dengan dakwat biasa yang bersih lagi suci kerana ia tidak diminum. PANDUAN (13): JENIS-JENIS AIR

PANDUAN (14): MEMBUAT PENDINDING DAN BENTENG RUMAH 1) Baca seluruh Surah al-Baqarah atau jika tidak mampu, baca 3 ayat terakhir surah ini. 2) Baca ayat al-Kursi setiap hari di rumah terutamanya setiap kali lepas solat dan niatkannya sebagai pendinding. Menurut Ibnu Taimiyah, ayat al-Kursi adalah penghalau syaitan yang luar biasa. 3) Bacakan jampi di dalam air, kemudian percikkan ke sekeliling rumah terutama di bahagian-bahagian penjuru rumah. PANDUAN (15): JAMPI-JAMPI YANG TIDAK MATHUR

Selain dari jampi-jampi yang berupa ayat-ayat al-Quran dan ruqyah-ruqyah baginda Rasulullah , boleh juga digunakan jampi-jampi yang lain, tetapi menurut ijtimak ulamak seperti yang dinukilkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Hafiz an-Nawawi dan al-Hafiz al-Qustalani, jampi tersebut mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: a) Ia mengandungi nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya. b) Berbahasa Arab atau lain-lain bahasa yang boleh difahami maknanya. c) Beriktikad sesungguhnya ruqyah tersebut hanya akan bermanfaat dan berkesan dengan izin Allah SWT sahaja. PANDUAN (16): PENGERAS 1) Biasanya berjumlah kecil dan tanpanya rawatan tidak menjadi atau terbatal. 2) Kerap kedapatan di dalam ilmu perbomohan dan persilatan. 3) Ia tiada asal di dalam as-Sunnah an-Nabawiyah asy-Syarifah. Oleh itu, perubatan Islam tidak memerlukan kepada pengeras ini.

PANDUAN (17): PEMUTUS UBAT 1) Hanya wujud di dalam ilmu perubatan tradisional Melayu atau perbomohan, khasnya yang melibatkan penggunaan jin. 2) Maksud dan tujuan pemutus ubat menurut ibarat ilmu tauhid ialah jika belum diputuskan ubat oleh perawat yang terdahulu, maka perawat yang kemudian tidak boleh merawatnya kerana jin milik perawat yang pertama masih ada lagi. Oleh itu, jin milik perawat yang kedua tidak boleh campurtangan. Jika rawatan diteruskan juga, pesakit akan menanggung akibatnya, misalnya penyakitnya bertambah teruk dan sebagainya. 3) Dengan ini, jelas bahawa perubatan Islam tidak ada kena mengena dengan apa yang disebut sebagai pemutus ubat.

PANDUAN (18): SEBUT NAMA IBU 1) Di dalam talqin mayat, nama ibunya disebutkan dan begitu juga menurut al-Imam az-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid alHasanah karya al-Imam al-Hafiz as-Sakhawi, sebuah hadis yang dhaif menyebut bahawa ianya pada hari qiamat kelak manusia akan diseru dengan menggunakan nama ibunya masing-masing. Tetapi apa pula kaitannya penyebutan nama ibu dengan perawatan? 2) Yang sahih di dalam masalah ini ialah sekiranya jampi yang dibaca memestikan penyebutan nama ibu, misalnya Kassim bin Rafeah di mana jika tanpa penyebutan ini ilmu tidak menjadi, maka jelaslah ia ada kaitannya dengan penggunaan khadam jin, manakala jika perawatan tersebut boleh menjadi sama ada dengan dibinkan kepada ayahnya atau ibunya, maka jampi ini bebas dari khadam jin, Insya Allah. PANDUAN (19): MENGULANGI-ULANGI BACAAN RUQYAH 1) Bacaan-bacaan ruqyah biasanya dibacakan berulang-ulang kali terutamanya 3 kali atau 7 kali atau 40 kali atau lain-lain bilangan. Bilangan 3 kali banyak warid di dalam as-Sunnah anNabawiyah terutamanya di dalam wirid-wirid dan doa-doa. 2) Adapun hikmat bilangan 7 kali adalah banyak, antaranya ialah: a) Ia adalah bilangan ganjil dan Allah SWT suka bilangan yang ganjil angka bilangannya. b) Neraka 7 tingkat. c) Syurga 7 atau 8 tingkat. d) Bumi 7 lapis. e) Langit 7 lapis. f) Bilangan hari dalam seminggu 7 hari. g) Putera-puteri baginda Rasulullah SAW ada seramai 7 orang. h) Al-Fatihah sebanyak 7 ayat. i) Tawaf 7 pusingan. j) Bilangan huruf yang tidak wujud di dalam Surah al-Fatihah ada 7 huruf iaitu . k) Al-Quran diturunkan di dalam 7 huruf yakni 7 wajah perbezaan bacaan yang menghasilkan 7 qiraat dan seterusnya 10 qiraat sebagaimana yang ditahqiqkan oleh alImam Ibnu al-Jazari. l) Cuci najis anjing dibasuh sebanyak 7 kali termasuk salah satunya disertakan dengan tanah. m) Saie 7 kali, begitu juga dengan melontar jamrah 7 kali.

n) Takbir di dalam rakaat pertama solat hariraya fitri dan solat Istisqak sebanyak 7 kali. o) Anak diperintahkan bersolat dan lain-lain sewaktu umurnya 7 tahun qamariyah. 3) Begitu juga hikmat angka 40 adalah banyak, antaranya ialah: a) Pada umur 40 tahun, baginda Rasulullah dilantik menjadi sebagai seorang nabi. b) Umur Siti Khadijah sewaktu berkahwin dengan baginda Rasulullah ialah 40 tahun. c) Peringkat kejadian manusia ialah 3 tahap 40 hari. d) Bilangan wajib untuk sahnya solat Jumaat dalam qaul pertama mazhab Syafie ialah 40 orang mustautin. e) Bilangan hari yang biasa bagi darah nifas ialah 40 hari dan lain-lain lagi yang jika dihimpunkan kesemuanya boleh dimuatkan ke dalam sebuah risalah khas mengenainya. PANDUAN (20): DOA ANGIN AHMAR 1) Terkenal dalam masyarakat kita sebuah doa yang dinisbahkan kepada Nabi kononnya cucunda baginda yang bernama Hasan bin Ali bin Abu Talib RA telah terkena angin ahmar lantas datang malaikat Jibrail AS mengajar baginda doa tersebut, lalu sembuhlah Sayyidina Hassan dengan segera. 2) Berdasarkan tahqiq yang kami buat, maka kami memperolehi beberapa pemerhatian yang penting, khulasahnya: a) Riwayat ini tidak bersanad dan sudah pelbagai kitab hadis yang kami rujuk, tetapi riwayat ini tidak pernah kami temui. . Oleh itu, jika benar, kisah ini adalah suatu rekaan semata-mata, maka penyandarannya kepada sunnah Nabi Muhammad adalah suatu pendustaan yang amat besar. b) Kami juga mengkaji pelbagai kitab berbahasa Arab mengenai riwayat hidup Sayyidina Hasan, maka tiada sebarang petunjuk yang sahih dan muktamad bahawasenya beliau pernah dirasuk oleh jin angin ahmar. Kajian kami ini meluas sehingga meliputi karya-karya dan tulisan-tulisan yang dihasilkan sendiri

oleh para ulamak Ahli Bait Nabawi asy-Syarif. Kisah tersebut merupakan suatu penghinaan terhadap peribadi Sayyidina Hasan, . c) Permulaan doa ini ialah: ( dan diakhiri dengan:

.)
i)Secara am, bacaan-bacaan ini memang baik dan bagus dibaca, akan tetapi di pertengahan doa ini terselit suatu seruan yang tidak difahami maknanya iaitu: (

.)

ii) Dakwaan kononnya kesemua yang tersebut di atas ini ialah nama-nama Allah SWT di dalam bahasa Syuryani (Hebrew) adalah suatu dakwaan yang lemah dan tanpa bukti yang kukuh. Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini telah membuat kajian mendalam mengenainya dengan dibantu oleh pakar bahasa Suryani di Mesir. Sebahagian besar hasil tahqiq beliau ini dimuatkan ke dalam sebuah risalah yang bertajuk: ( . ) Natijahnya ialah dakwaan tersebut adalah batil sama sekali. iii) Tetapi menurut pengkajian kami, sebahagian ahli ilmu mengatakan ia adalah nama-nama jin! (.) 4) Baginda Rasulullah semenjak sedia kala lagi telah membacakan ruqyah untuk dua orang cucunda baginda iaitu Sayyidina Hasan dan Sayyidina Hussein yakni sejenis ruqyah yang pernah dibacakan oleh Nabi Ibrahim AS kepada dua orang putera baginda AS iaitu Nabi Ismail AS dan Nabi Ishak AS. Oleh itu, bagaimana mungkin Sayyidina Hasan AS disampuk oleh hantu angin ahmar yang kononnya sudah mulai wujud mengganas semenjak dari zaman Nabi Sulaiman AS lagi. Sila lihat ruqyah tersebut di dalam riwayat Imam Bukhari, Imam atTermizi, Ibnu Sunni dan lain-lain. Lafaz jampi Nabawi ini berbunyi: (

.)
PANDUAN (21): AIR ZAM-ZAM

1) Penggunaan air zam-zam untuk rawatan adalah sedia kala diterima oleh masyarakat kerana keistimewaannya dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. 2) Seperti yang dijelaskan oleh al-Hafiz an-Nawawi, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Faqeh al-Muhaddith Ibnu Hajar al-Haitami, al-Imam al-Bujairimi dan lain-lain, peminum air zam-zam hendaklah berniat dan berdoa terlebih dahulu sebelum meminum air zam-zam dan disunatkan 3 kali teguk dan setiap teguk dipasang dengan satu niat oleh peminum. Ertinya ada 3 jenis niat. Disunatkan supaya melafazkan begini sebelum meminumnya iaitu: Ya Allah! Bukankah NabiMu telah bersabda: , maka hambaMu ini meminumnya dengan hajat (sebutkan hajat). Maksud hadis ini ialah Air zam-zam itu bermanfaat untuk apa yang diniatkan semasa ia diminum atau Ia bermanfaat untuk lantaran apa ia diminum. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ahmad ibnu Hambal, al-Baihaqi, adDimyati, al-Munziri, as-Suyuti, al-Ajulani, az-Zakhasyi, asSakhawi, al-Hakim, ad-Daru Qutni, Abd. Razzaq dan lain-lain. 3) Sila rujuk hadis Nabawi yang menjelaskan bahawa air zam-zam boleh menyembuhkan penyakit di dalam riwayat-riwayat berikut: a) Imam Muslim b) Imam at-Tabrani. c) Ibnu Hibban d) al-Baihaqi. e) al-Hakim f) Abd. Razzaq. g) ad-Daru Qutni h) Imam Ahmad Ibnu Hambal. i) al-Bazzar j) at-Tayalisi k) Ibnu Abi Syaibah l) as-Suyuti m) al-Munziri n) Nuruddin al-Haithami. o) as-Sakhawi. p) al-Azraqi q) al-Faqihi r) Abu Nuaim. PANDUAN (22): BENTENG SAYYIDINA HASSAN IBNU SAYYIDINA ALI BIN ABU TALIB 1) Kegunaannya: a) membenteng diri pembacanya dari gangguan syaitan. b) melindungi diri dari pemerintah yang zalim. c) melindungi diri dari binatang buas. d) Melindungi diri dari pencuri yang membuat penganiayaan. 2) Waktu membacanya - dibaca pada setiap malam.

3) Benteng ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya, al-Khatib alBaghdadi, as-Suyuti, Abu Musa al-Madini, Abu Nasr al-Waiil dan lain-lain. 4) Ayat-ayatnya ialah: a) Ayat al-Kursi Surah al-Baqarah (Surah ke 2) ayat 255, iaitu: (

.)
b) Al-Araf c) As-Saffat. d) Ar-Rahman. e) Al-Hasyr. PANDUAN (23): TANGKAL

Para ulamak berselisih pendapat mengenai hukum penggunaan tangkal: 1) Antara mujtahidin yang membolehkan penggunaannya ialah alImam Muhammmad Ibnu Sirin, al-Imam Said Ibnu Musayyib, alImam Jaafar as-Sadiq al-Husayni dan lain-lain. 2) Menurut mazhab Imam Syafie, tangkal yang bertulis ayat-ayat alQuran boleh dibawa dan dipakai, walaupun ketika sedang berhadas kecil. PANDUAN (24): HEMBUSAN RUQYAH 1) Adakah sunat menghembus nafas setelah membaca ruqyah sama ada dihembuskan kepada air jampi atau pesakit. 2) Penjampi boleh menghembus bacaan-bacaan ruqyah ke tangannya sendiri, kemudian disapu ke anggota pesakit atau tubuh badannya sendiri. 3) Penghembusan nafas tanpa air ludah thabit di dalam banyak riwayat daripada baginda al-Habib Rasulullah

.Antaranya ialah riwayat Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Termizi, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, al-Hakim, Abd. Ibn Humayd, al-Munziri dan lain-lain.
PANDUAN (25): JENIS-JENIS RUQYAH MENURUT AL-IMAM QURTUBI AL-ANSARI Pembahagian jenis-jenis ruqyah oleh Imam Qurtubi ini dinukilkan oleh ramai para ulamak. Antara mereka ialah Imam Qastalani di dalam kitabnya yang bernama ( ,) ringkasnya ialah: 1) Ruqyah yang tidak difahami maknanya wajib dijauhi. 2) Ruqyah yang mengandungi ayat-ayat al-Quran atau nama-nama Allah SWT, maka ia terbahagi kepada 2: i) Jika tidak mathur, boleh diamalkan. ii) Jika mathur yakni warid daripada Nabi SAW, sunat diamalkan. 3) Ruqyah yang mengandungi nama malaikat atau orang salih atau makhluk-makhluk yang diagungkan, misalnya arasy Tuhan, jenis ini tidak wajib dijauhi dan tidak disyariatkan pula untuk diamalkan, namun meninggalkannya adalah lebih aula.

PANDUAN (26): MENGHALAU JIN DENGAN AZAN 1) Apabila azan dilaungkan, syaitan akan lari terkentut-kentut kuat. Sila lihat riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud, anNasaie, Imam Malik, Imam Ahmad dan ad-Darimi. 2) Lihat juga perintah melaungkan azan oleh Rasulullah jika berlakunya gangguan hantu dalam riwayat Imam Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu as-Sunni daripada Sayyidina Jabir ibnu Abdillah. 3) Rujuk juga bagaimana Sayyidina Zaid ibnu Aslam menghalau hantu-hantu dari sebuah perkampungan dengan menggunakan azan dalam syarah as-Sunnah oleh Imam al-Baghawi, Syarah alMuwatta oleh Imam az-Zurqani dan Musnad Abi Uwanah.

4) Rujuk juga perintah Sayyidina Umar ibnu al-Khattab RA untuk menghalau hantu dengan cara melaungkan azan dalam ( ,)Musannaf Ibnu Abi Syaibah dan Musnad Ibnu Abi Dunya. PANDUAN (27): MASALAH DESING TELINGA 1) Ramai orang mengadu mengalami bunyi desing yang mengiangngiang di dalam telinganya. Orang yang bersaka dan diganggu jin biasa mengalaminya malah kadang kala ia mendengar bunyi cengkerik sama ada kuat atau perlahan. 2) Namun desingan ini juga boleh berpunca dari sebab-sebab biasa dan secara umum hal ini dialami oleh semua peringkat umur manusia dan bangsa. Ia mudah berlaku kepada: a) Orang yang sudah lanjut usianya. b) Orang yang kerap berada di tempat-tempat yang bising terutamanya yang bekerja di tepi-tepi jalanraya, kawasan pembinaan bangunan, pekerja kilang dan lain-lain. 3) Antara punca-punca desingan tabie ini ialah: a) Berpunca dari masalah di dalam telinga itu sendiri atau bahagian yang berdekatan dengannya atau yang mengelilinginya. Biasanya desingan akan berlaku pada sebelah telinga sahaja sama ada di sebelah kiri atau kanan. Antara masalah telinga ini ialah: i)Radang telinga. ii) Telinga tersumbat sama ada berpunca dari tahi telinga, selsema, menyelam dalam air atau ketika berada di atas kapal terbang. b) Berpunca dari masalah-masalah am yang terdapat pada manamana anggota badan terutamanya buah pinggang. Dalam kes ini, biasanya desingan berlaku pada kedua-dua belah telinga secara serentak. Secara umum, ia boleh berlaku oleh perkaraperkara berikut: i) ii) iii) iv) v) Lemah pendengaran. Pening kepala. Keluar cecair yang tertentu dari telinga. Darah tinggi. Kurang darah.

vi) Lemah-lemah badan. vii) Keaktifan kelenjar. viii) Kencing manis. ix) Migrain. x) Merokok. c) Secara rambang, desingan tabie dapat dipastikan datangnya dari dalam telinga, manakala yang berpunca dari gangguan jin biasanya didengar di luar telinga atau di dalam telinga (bukan dari dalamnya) kecuali pada nisbah orang yang dirasuk atau dimasuki oleh jin, maka desingan tersebut boleh juga datang dari dalam telinga. PANDUAN (28): AYAT () 1) Ramai perawat menggunakan ayat ini untuk menyakitkan atau menghalau jin, (.) 2) Menurut Ibnu Qayyim dalam ( ,) Ibnu Taimiyah kerap kali membaca ayat ini sewaktu merawat para pesakit yang dirasuk oleh jin. 3) Tetapi, adakah amalan ini thabit di dalam sunnah? Ya, ia ada tersebut di dalam sebuah hadis yang menceritakan bagaimana Sayyidina Abdullah ibnu Masud merawat seorang lelaki yang terkena sawan di salah satu jalan di Kota Madinah dengan membaca ayat tersebut menyebabkan pesakit tersebut terus sedar. Sila rujuk riwayat Abu Yala, Ibnu Abi Hatim, Abu Nuaim, Ibnu Sunni, Ibnu Mandah, Abu Nasr al-Waili dan menurut al-Hafiz Nuruddin al-Haithami di dalam ( ,) hadis ini bertaraf hasan. PANDUAN (29): JIN SAKA 1) Saka atau pesaka bererti warisan yakni jin yang terdapat pada orang yang terdahulu pergi berpindah kepada para pewarisnya apabila si folan ini meninggal dunia sama ada para pewaris ini terdiri daripada kalangan , atau . 2) Biasanya jin saka ini diwariskan kepada salah seorang anak si mati sama ada dengan keredhaan si anak ini atau pun tidak, terutamanya anak sulung atau anak bongsu.

3) Selalunya kes-kes saka ini berlaku di kalangan bomoh-bomoh yang menyeleweng, pesilat yang menggunakan ilmu kebatinan, sesetengah ilmu urut, pembela hantu, pengguna khadam jin dan lain-lain. 4) Kadang kala saka ini berpindah kepada beberapa orang atau melibatkan kesemua ahli keluarga si mati terutamanya apabila bilangan saka ini banyak kerana ia juga berkahwin dan beranak pinak seperti manusia. 5) Masalah besar dari saka ini ialah ia mengikut ke mana sahaja mangsanya pergi walaupun ke masjid, mahupun tatkala sedang bersunyi-sunyian dengan si isteri tersayang. 6) Secara am, rawatan kes saka ini lebih sukar dari kes-kes yang lain kerana saka ini apabila tidak masuk ke dalam badan mangsa, ia akan mengikut dari luar sahaja baik ke mana jua pun mangsanya itu pergi. 7) Keadaan para pesakit yang diganggu saka berbeza-beza di antara satu sama lain, walaupun terdapat beberapa keserupaan dalam beberapa hal, antaranya: a) Sentiasa terasa ada sesuatu yang mengikutnya terutamanya di tempat yang gelap atau sebelum tidur sama ada waktu siang hari atau pada waktu malam. b) Sentiasa ditindih jika tidak membaca ayat-ayat al-Quran atau doa sebelum tidur. Jika sekali-sekala ditindih, maka biasanya ia bukan berpunca dari saka, tetapi jin yang lalu lalang datang menumpang rumahnya. c) Bermimpi ada lelaki atau perempuan yang sentiasa datang mendampinginya. d) Boleh melihat alam jin ketika sedar (bukan tidur), misalnya ia memberitahu, Di situ ada 3 ekor jin, Pada dia ada 2 ekor jin betina, Di tepi jalan atau bilik itu ada sekeluarga jin, dan lain-lain lagi kebolehan melihat alam jin ini diperolehi tanpa mempelajari apa-apa ilmu untuk tujuan tersebut. Tetapi, malangnya ia tidak pernah dapat menyingkap alam malaikat dan alam malakut. Ini membuktikan bahawa kasyaf yang diperolehinya itu bukan kasyaf rabbani. Orang sepertinya juga boleh ditipu oleh jin dengan pelbagai pengalaman alam kerohanian, kononnya bertemu dengan wali, bahkan kononnya melihat Rasulullah SAW secara yaqazah!! Qarinnya juga menipunya dengan cara membisikkan ke dalam hati

kecilnya bahawa ia telah menjadi orang yang mulia dan berdarjat tinggi!! e) Tanpa menuntut mana-mana ilmu ghaib dan firasat, ia memiliki kebolehan untuk mengetahui perkara-perkara yang telah berlaku misalnya ia tahu bahawa si folan telah memukul adiknya atau si folan telah meninggalkan solat Zohor dan sebagainya. Ia juga mempunyai kebolehan untuk mengetahui perkara-perkara yang sedang berlaku, misalnya ia tahu bahawa wang yang hilang itu yang sebenarnya ada di celah meja tanpa ia perlu mencari-cari atau sebagainya. Namun, ia tidak bernasib baik kerana tidak boleh mengetahui perkaraperkara yang berlaku akan datang, hatta perkara yang akan terjadi lima minit lagi!! Ini menunjukkan bahawa firasatnya bukan bersifat rabbani. f) Sekalangan orang yang bersaka, seolah-olahnya mempunyai kebolehan untuk mengetahui sebahagian perkara yang akan berlaku pada masa akan datang, misalnya: i)Ia mengetahui soalan-soalan peperiksaan untuk pelajaran esok hari atau minggu hadapan. Ulasannya, yang sebenarnya, soalan-soalan tersebut telah pun siap ditaip atau siap disusun oleh Pihak Lembaga Peperiksaan, sebab inilah jin boleh melihatnya, seterusnya diberitahu kepada si folan ini. ii) Ia bermimpi atau dibisikkan oleh sesuatu bahawa si folan akan mengalami kemalangan jalanraya. Kemudian setelah itu, ternyata perkara ini memang benar-benar berlaku di hadapan mata kepalanya sendiri. Ulasannya, Jin boleh merancang bagaimana sesuatu kemalangan boleh terjadi, sebab itulah banyak (bukan semua) kes-kes kemalangan jalan raya berpunca dari gangguan jin selain dari kecuaian diri sendiri terutamanya di tempat-tempat yang sunyi, gelap, selekoh-selekoh jalanraya, kawasan gaung dan lain-lain lagi. Tambahan pula gambaran kemalangan yang dilihat olehnya di dalam mimpi tersebut tidak sama 100 % seperti kemalangan yang terjadi secara hakiki di depan kepalanya. iii) Ia bermimpi melihat tingkah laku dan gaya seta tindak tanduk si folan atau si folanah kemudian selang beberapa lama selepas itu ia melihat perkara tersebut benar-benar berlaku di alam nyata dan secocok seperti yang tergambar di dalam alam mimpi tersebut.

Ulasannya, Jin boleh meniru gaya dan gerak geri seserang, malah boleh menyerupainya seratus peratus. Yang demikian, membolehkan jin menggambarkannya di dalam mimpi si folan dan si folanah. iv) Ia bermimpi dan menerima bisikan suara bahawa si folan atau si folanah yang sakit itu akan meninggal dunia dua bulan lagi atau tidak lama lagi. Setelah itu, hal tersebut ternyata berlaku. Ulasannya, Jin boleh mengagak dan meneka berapa lama lagi si pesakit boleh menanggung hayat. Ini bukanlah suatu perkara yang pelik bin ganjil bin hairan bin ajaib kerana jika doktor perawat boleh meramalkan jangka hayat para pesakitnya (terutama pesakit apatah lagi jin yang telah berpengalaman dengan ribuan malah jutaan manusia!). v) Ia sering mengalami suatu jenis keadaan iaitu apa yang terlintas di hatinya biasanya akan berlaku pada masa itu atau tidak lama kemudian dari jangka waktu tersebut (sesetengah ahli taqarrub juga memperolehi kelebihan ini dan ia bersifat rabbani bukannya syaitani, misalnya terlintas .. wa Taala. PANDUAN (30): PEMBAKARAN KEMENYAN Pembakaran kemenyan bukanlah suatu perkara bidah kerana amalan pembakarannya warid daripada Rasulullah ,para sahabat RA dan para tabien. Antara dalilnya ialah sebuah hadis marfu melalui Sayyidina Jabir bin Abdullah, () yang bermaksud: Apabila kamu mengukup mayat, maka ganjilkanlah bilangannya. (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan alHakim). Hadis yang seumpama ini juga ada diriwayatkan oleh al-Imam AdDaylami dan al-Imam Ahmad. Manakala Imam al-Tabrani pula meriwayatkan sebuah hadith yang lain yang lafaznya berbunyi: (

.)
Yang bermaksud: Jauhkanlah kanak-kanak kecil dari masjid-masjid kamu, begitu juga dengan pertelingkahan, hukum hudud, jual beli dan ukuplah masjid-masjid itu semasa diadakan majlis perhimpunan serta letakkanlah alat-alat penyuci (seperti air mithalnya) di depan pintu-pintunya.

Riwayat yang sedemikian ini juga ada disebutkan oleh Ibnu Majah daripada Wathilah ibn Al-Asqa. Oleh itu, janganlah dek kerana para pembela jin membakar kemenyan lantas kita terus sahaja terburu-buru membuat kesimpulan dengan cara yang tergesa-gesa bahawa amalan ini adalah perkara bidah dan khurafat dan takhayyul. Lagi pun tiada bukti dan dalil yang kukuh bahawasanya jin gemar memakan asap seperti yang didakwa oleh para pembantah amalan pembakaran kemenyan ini! PANDUAN (31): 1) Jin boleh menjimak manusia sama ada pelaku jimak tersebut adalah jin betina atau jin jantan. Kini sudah menjadi satu perkara biasa dan lumrah di alam Melayu apabila kita mendengar berita dan khabar bahawa si folan atau si anu binti si anu telah berkahwin dengan jin. 2) Cuma satu perkara yang cukup menarik dari sudut ilmu perubatan ialah anak dara yang dijimak oleh jin sama ada secara sedar atau di dalam tidur (mimpi), selaput daranya tidak pecah atau tidak terkoyak selagi mana jin jantan yang melakukan perbuatan ini tidak menjelma di alam nyata, kendati pun wanita yang dijimak tersebut merasai nikmat jimak sama seperti persetubuhan yang berlaku sesama manusia, malah ia dapat merasakan bagaimana zakar jin itu masuk ke dalam farajnya, namun selaput daranya tetap utuh dan sejahtera!! Tetapi, apabila jin ihni menjelma di alam nyata dan menjimak seseorang wanita, selaput daranya boleh terkoyak dan mengalami kehilangan dara. Cumanya, dalam kedua-dua bentuk jimak ini, wanita yang disetubuhi oleh jin boleh mengalami kehamilan. 3) Tentunya, anda pernah mendengar cerita mengenai kehilangan janin di dalam rahim sedangkan ia sudah dikandung 4 bulan, malah ada yang 9 bulan oleh ibunya! Sebabnya ialah kerana jin mendakwa janin tersebut adalah anaknya. Oleh itu, apabila suami isteri tidak membaca doa jimak semasa persenggamaan berlangsung, jin turut serta berkongsi di dalam persetubuhan ini! Oleh kerana anak jin berciri halus, mudahlah ia dikeluarkan dari rahim ibunya! Di samping kami tidak menafikan mengenai kehamilan ghaib yang berpunca dari sebab-sebab biasa, iaitu beberapa simptom mengandung telah dialami oleh seorang wanita mithalnya putus haid, loya, perut kembung membesar dan lain-lain, tetapi rahimnya pada hakikatnya yang sebenarnya di dalam keadaan hampa yakni kosong!

PANDUAN (32): Barangkali apabila anda membaca ayat-ayat ruqyah kepada pesakit yang dirasuk oleh jin, ia hanya diam membungkam sahaja tanpa menunjukkan sebarang tindak balas seolah-olahnya tiada berlaku apa-apa. Namun setelah anda ulang-ulangkan bacaan ruqyah beberapa kali, kemungkinan pesakit akan menunjukkan salah satu dari reaksi berikut: 1) Ia sukar bernafas (sesak nafas). 2) Ia berasa kesempitan dada yang tidak menentu. 3) Ia berasa sakit secara tiba-tiba pada sebahagian anggota badannya seperti kaki, kepala, belakang badan dan lain-lain. 4) Rasa pening kepala dan semakin banyak dibacakan ayat ruqyah, rasa sakit pening bertambah teruk. 5) Rasa loya dan ingin muntah secara tiba-tiba terutamanya jikalau sebelum pembacaan ruqyah ini berlangsung ia telah meminum air jampi. 6) Sendawa secara kerap dan berulang-ulang kali. 7) Menangis secara tiba-tiba. 8) Ketawa secara tiba-tiba. 9) Pengsan sama ada pada awal pembacaan ruqyah atau selepasnya. 10) Menjerit-jerit kesakitan selagi mana bacaan ruqyah diteruskan. 11) Mengaduh-aduh kesakitan. 12) Matanya berkedip-kedip dengan pantas. 13) Matanya terbeliak (putih matanya agak pucat atau kebiruan) dan sesetengah perawat menyerupakannya seperti mata lebam. 14) Ia meletakkan tangannya ke mata atau di atas kepalanya. 15) Ia tiba-tiba marah dan meradang. 16) Ia tiba-tiba bingkas bangun untuk meninggalkan tempat rawatan.

17) Ia tiba-tiba bercakap, mithalnya ia berkata, Aku keluar! Aku keluar! atau ia mencaci dan memaki perawat. 18) Ia menerkam dan melawan perawat atau sesiapa yang ada di situ. PANDUAN (33): Setelah anda puas mengulang-ulangi bacaan ruqyah, namun pesakit tidak menunjukkan sebarang tindak balas, maka barang kali: 1) Ia sebenarnya sihat dan tidak dirasuk oleh jin. 2) Ia mengalami sakit jiwa sehinggakan beberapa perkara dan tindak tanduk yang lahir daripadanya membayangkan seolaholahnya ia sedang disampuk atau dirasuk oleh jin! 3) Ia dirasuk oleh jin Islam oleh itu bacaan ruqyah hendaklah dibaca lebih kerap lagi dan diulang-ulangi sebanyak yang mungkin. 4) Ia diganggu oleh jin saka maka lakukan seperti c), iaitu bacaan ruqyah hendaklah dibaca lebih kerap lagi dan diulang-ulangi sebanyak yang mungkin. 5) Jin cuma mengganggunya dari luar sahaja dan tidak merasuknya. 6) Ia diganggu oleh jin kanak-kanak lakukan juga seperti c), iaitu bacaan ruqyah hendaklah dibaca lebih kerap lagi dan diulangulangi sebanyak yang mungkin. 7) Jin sudah cabut lari semenjak dari awal-awal lagi! 8) Jin perasuk keluar menyelamatkan diri sepanjang pembacaan ruqyah berlangsung dan apabila pembacaan ruqyah ditamatkan oleh perawat, jin tersebut kembali masuk semula ke dalam mangsanya! PANDUAN (34): 1) Semasa anda membaca ruqyah, ada kemungkinan lantaran tidak mampu menahan kesakitan, jin perasuk berjanji kepada anda untuk keluar dari jasad mangsa rasukannya. Dalam keadaan ini, anda hendaklah memerintahkan jin tersebut keluar dari manamana anggota mangsa, atau suruh ia keluar dari tempat pertama ia masuk ke dalam mangsa, mithalnya ia masuk ke dalam

pesakit melalui mulut, jadi ia hendaklah keluar semula melalui anggota ini dan begitulah seterusnya. 2) Anggota-anggota terpenting yang menjadi saluran jin keluar ialah jari tangan, jari kaki, mulut dan hidung, bahkan ia boleh keluar dari mana-mana bahagian jasad. Akan tetapi, sesetengah perawat tidak menggalakkan perawat menyuruh jin keluar melalui mata (bimbang tersembul), perut dan telinga (bimbang gegendangnya rosak), namun kami tidak berpihak kepada pendapat ini. 3) Biasa juga berlaku, pesakit akan mengalami desingan telinga untuk beberapa ketika setelah jin keluar dari badannya. 4) Sebagai pengetahuan tambahan: a) Jin yang keluar melalui mulut boleh menyebabkan pesakit muntah. b) Jika ia keluar melalui hidung, maka pesakit akan bersin. c) Jika ia keluar melalui anggota lain, mithalnya jari tangan, maka pesakit akan berasa sengal-sengal sedikit pada bahagian tersebut. PANDUAN (35): Niat amat diperlukan semasa membaca ruqyah terutamanya tatkala membaca ayat-ayat al-Quran. Biasanya (bukan mesti), apabila anda membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim dengan niat bacaan biasa (bukan merawat), jin perasuk tidak menjerit. Cumanya, ia agak tidak selesa dan keluh kesah. Tetapi, apabila ia niatkannya sebagai ruqyah, kesannya dapat dilihat dengan jelas, mithalnya, ia mengalami kesakitan, menjerit dan sebagainya. PANDUAN (36): 1) Memicit hujung jari tangan atau kaki boleh menyebabkan jin mengaduh kesakitan. Biasanya dengan cara ini, jin akan bercakap dan berbicara dengan si perawat. Pada waktu yang genting ini, jin hendaklah diperintahkan supaya keluar dari jasad pesakit. Jika ia degil, picit lagi sehingga ia mengalah dan berjanji hendak keluar. Sebaik-baiknya, anda gunakan tudung pen Reynold atau yang seumpamanya agar hujung jari tersebut lebih tertekan, lantas menyebabkan jin berasa sakit.

2) Untuk menyakitkan jin, selain dengan menggunakan bacaan ruqyah, anda boleh melakukan salah satu dari perkara-perkara berikut: a) Menekan bahagian hujung jari tangan atau kaki (biasanya ibu jari) terutamanya bahagian antara isi dan kuku jari. b) Menekan tengah telapak tangan atau kaki. c) Menekan celah-celah jari tangan atau kaki. d) Percikkan air jampi ke mukanya. e) Beri ia makan sesudu garam. Ia berperanan untuk memudahkan pemuntahan terutamanya mangsa sihir. 3) Kepercayaan kononnya lada hitam sahaja yang boleh menyakit dan menakutkan jin adalah suatu khurafat semata-mata. PANDUAN (37): Boleh jadi setelah pesakit meminum air jampi atau anda membacakan ruqyah kepadanya (yakni si pesakit), ia akan muntah berdarah-darah. Jangan panik dan usah menggelabah kerana itu tandanya sihir akan terbatal. Setelah jin keluar, ia akan kelihatan sihat semula seperti sedia kala. PANDUAN (38): Mengapa sekalangan pesakit sukar sembuh walaupun setelah beberapa kali menjalani rawatan? Biasanya pesakit lambat sembuh berpunca dari salah satu dari perkara-perkara berikut: a) sihir terutamanya apabila tukang sihir senantiasa membuat follow up terhadapnya. b) Diganggu oleh beberapa ekor jin. c) Diganggu oleh jin saka. d) Diganggu oleh sesetengah jin Islam. e) Pesakit tidak beriltizam dengan syariat Allah. f) Ia ingin dikahwini oleh jin.

g) Ia sudah sebati dan tinggal bertahun-tahun di dalam jasadnya. h) Diganggu jin ifrit: - sangat merbahaya menurut Ibn Taimiyah. - dipercayai digunakan oleh sesetengah penganut agama Buddha (sami) dan orang-orang asli di hutan. i) Ilmu makan diri (gila isim) setelah melanggar pantang ilmu yang dipelajarinya. j) Jin perasuk sudah keluar, cuma yang tinggal ialah penyakit biasa, namun pesakit menyangka ia masih lagi diganggu oleh jin. PANDUAN (39): 1) .. Oleh itu, membaca ruqyah tanpa berbuat demikian pun tidak mengapa, terutamanya apabila pesakit dan perawat berlainan jantina. 2) Namun, tidak kami nafikan berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan kami bahawa perletakan tangan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk menyakit dan menyiksa jin 3) Perawat dibuat di bulan Ramadhan dan di dalam masjid juga memiliki keistimewaan yang tersendiri untuk menyembuhkan pesakit yang dirasuk oleh jin terutamanya jin kafir. 4) Pesakit yang dirasuk separa biasanya akan mengadu sakit pada sesetengah anggotanya dan apabila anda membaca ruqyah, rasa sakit akan bertambah atau ia terus tidak sedarkan dirinya, terutamanya apabila tangan perawat diletakkan di anggota tersebut semasa pembacaan ruqyah. Ini bererti jin sedang menumpang di anggota tersebut. Oleh itu, anggota ini hendaklah diurut-urut oleh perawat sambil membaca ruqyah. Hasilnya, jin akan menjerit-jerit dan tatkala ini anda seharusnya mengambil peluang untuk menyuruhnya keluar dari jasad pesakit. 5) Kadangkala bahagian anggota yang sakit itu kelihatan lebam kebiru-biruan. Tetapi anda juga harus ingat, jin suka berpindahpindah tempat mithalnya setelah anda memicit lengannya, ia akan lari ke kaki pula dan begitulah seterusnya. Justeru, anda mestilah memburunya balik ke mana sahaja ia pergi!! Atau

bacalah ayat-ayat ruqyah tanpa menyentuhnya sehingga jin tersebut timbul semula di akal pesakit. 6) Seperkara penting yang anda mesti tahu ialah mengenai suara pesakit iaitu: a) Suaranya berubah dan berlainan dari suara aslinya. Mithalnya, seorang wanita tiba-tiba suaranya menjadi kasar seperti suara lelaki dan begitulah jua sebaliknya. b) Suaranya tidak berubah walaupun tatkala jin sedang berbual dengan perawat. Sebabnya ialah kerana jin ini menduduki jasad pesakit termasuk peti suaranya. 7) Pesakit juga sering mengalami lenguh-lenguh badan dan sakit tulang belakang, terutamanya sewaktu bangun dari tidur menyebabkannya dikuasai oleh perasaan malas yang amat sangat. 8) Semasa sedang merawat, cuba anda periksa sama ada di bawah leher hadapannya atau mana-mana anggota badan terdapat ketulan-ketulan angin yang bergerak. Jika anda , maka hendaklah menyentuh tempat tersebut sambil membaca ruqyah kerana di situlah jin sedang berada. PANDUAN (40): 1) Pengubatan menggunakan limau nipis adalah boleh dan diharuskan menurut syara, namun asas dan dasar penggunaannya tidak diketahui di dalam Al-Tibb Al-Nabawi. Oleh itu, ia lebih bersifat sebagai perubatan tradisional Melayu semata-mata. 2) Pun begitu, sejauh pengalaman kami yang sederhana ini, kami mendapati sebahagian besar ilmu Melayu (bukan semua) yang menggunakan limau nipis ini memiliki asas penggunaan khadam jin atau ilmu ghaib/ batin. Hal ini boleh dilihat jelas di dalam sebahagian ilmu persilatan, perbomohan, pemandian keris dan lain-lain, . PANDUAN (41): 1) Seorang pesakit boleh dirasuk dan dimasuki oleh beberapa ekor jin di dalam satu masa. Mithalnya, seekor tinggal di kepala, seekor lagi di tulang belakang dan begitulah seterusnya.

2) Semasa anda berbual dengan jin, sila letakkan di dalam kotak fikiran anda bahawasanya anda sedang berhadapan dengan samseng dan penjahat. 3) Menurut Islam, mengusik dan mengganggu zahir tubuh manusia tanpa haq adalah haram (termasuk toyol), inikan pula memasuki dalam tubuhnya!! 4) Satu sikap dan perangai jin yang mesti anda tahu ialah jin suka menipu walaupun tatkala ia meraung kesakitan akibat bacaan ruqyah, namun tidak dinafikan bahawa ada juga perkara-perkara yang diberitahu olehnya itu adalah benar. Mithalnya, ia memberitahu anda bahawa bahan sihir ini di tanam di sudut rumah, maka menjadi kewajipan anda untuk menguji kebenaran kata-kata jin tersebut. Jika bahan sihir itu benar-benar ada, anda hendaklah mengambilnya dan bakar agar kesan sihir tersebut akan terbatal sama sekali. 5) Antara contoh-contoh pembohongan jin ialah: a) Aku adalah raja kerajaan jin Islam di Gunung Ledang, sedangkan ia adalah jin biasa dan loko sahaja. b) Bersama aku ada 30 ekor jin di dalam badan si dia ni, sedangkan yang sebenarnya ia seekor sahaja, lagi pun jin mampu mengubah-ubah suara menyebabkan anda menyangka bilangan jin yang merasuk memang betul banyak!! c) Umur aku sekarang ialah 1,000 tahun, pada hal ia masih muda lagi atau pun kalau sudah tua pun hanya pada sekitar 80 100 tahun sahaja, walaupun memang benar ada yang juga yang sudah terlalu tua usianya. d) Aku pernah bertemu dengan nabi-nabi terdahulu terutamanya Nabi Noh dan Nabi Sulaiman. Sebaik-baiknya, anda jazamkan sahaja bahawa ia memang penipu!! e) Yang menyuruh aku mengacau si dia ini ialah jiran engkau, iaitu si folan bin si folan. Pembohongan ini adalah demi mengkucar-kacirkan kehidupan manusia di alam maya pada ini. Beberapa catatan penting: a) Jika mempercayai kata-kata bomoh karut adalah dilarang di dalam Islam, lantas menyebabkan amalan solat selama 40 hari atau 40 malam tidak diterima kerana bomoh ini berhubung

dengan jin, inikan pula tatkala seorang muslim berbicara dan berbual sendiri dengan si jin keparat! Sebab itulah tidak warid di dalam sebarang hadith bahawa Nabi berborak-borak dengan jin semasa merawat bahkan baginda terus menyuruh jin keluar dari jasad pesakit. b) Jangan lekas percaya kepada percakapan jin perasuk walaupun ia bersumpah dengan nama Allah. Ingatlah! Bukankah ayahanda dan bonda kita Nabi Adam dan Sayyidah Hawa ditipu oleh iblis dengan cara bersumpah? c) Jin selalu menipu dengan berkata, Aku tak tahu jalan keluar! Sebabnya ialah ia terlalu sukar untuk meninggalkan jasad yang disayanginya kerana selama ini ia makan dan minum percuma! Bahkan tinggal di dalam rumah (yakni jasad manusia) yang cukup istimewa dan menyeronokkan! Pernah kami memukul teruk seekor jin yang menipu dengan cara begini, tetapi ia berdegil juga tidak mahu keluar dengan alasan ia tidak mengetahui jalan keluar. Namun, di dalam perawatan yang selanjutnya, jin tersebut keluar dengan sekali hentak sahaja! d) Jin apabila menduduki kemaluan seseorang akan menyebabkan si folan atau si folanah gemar melakukan lancap atau onani kerana jin cukup suka kepada air mani manusia, apatah lagi jika jin sendiri sudah mengetahui bahawa manusia lebih mulia daripadanya. e) Orang yang menggunakan jin, menurut kelazimannya mati di dalam keadaan yang teruk kerana roh sukar keluar dari jasadnya. f) Menurut hukum Islam, ahli sihir dihukum pancung atau ditazir dengan teruk oleh pemerintah negara. g) Antara bentuk amalan yang mengandungi unsur jin ialah berpuasa dengan kaedah yang tersendiri dan tidak thabit di dalam hukum syara agar kesaktian yang dikehendaki olehnya akan diperolehi. Mithalnya, berpuasa untuk selama beberapa hari atau sehari, tetapi berbuka puasa dengan nasi kosong sahaja (juga sedikit sayur mayur) atau berpuasa pada waktu malam hari! Menurut sekalangan ulamak di Hadramaut, amalan puasa untuk kesaktian ini adalah berasal dari ajaran Hindu (tetapi kini berlapik atas nama Islam!).

h) Adalah karut dakwaan yang menyatakan bahawa setiap jin boleh mengetahui, memahami dan bertutur dengan semua jenis bahasa manusia di dunia ini! i) Sihir yang terkuat ialah dengan menggunakan mana-mana juzuk mangsa seperti rambut, kuku dan lain-lain. Oleh yang demikian, baginda Rasulullah ditakdirkan oleh Allah Taala untuk menerima ujian sihir dari jenis ini. j) Sekalangan pesakit yang telah sembuh masih mengekalkan beberapa tabiat yang ganjil seperti cara makan yang menjijikkan, tangan terketar-ketar dan sebagainya. Puncanya ialah kerana tabiat tersebut telah sebati dengan dirinya lantara gangguan jin terhadapnya telah memakan masa yang cukup lama, yakni bertahun-tahun. k) Kaedah menurun adalah haram menurut kesepakatan ulama, walaupun pelakunya mendakwa bahawa yang masuk ke dalam jasadnya atau jasad orang tengah adalah roh para wali! Amalan ini di dalam bahasa Arab dipanggil . l) Kaedah perawatan yang memerlukan pesakit atau orang lain yang bersama perawat tidur lalu orang yang tidur ini mengkhabarkan segala perkara yang ditanya oleh perawat adalah juga dilarang oleh ulama Islam. Amalan ini dipanggil ( . ) PANDUAN (42): 1) Semenjak akhir-akhir ini, ramai yang mengadu diganggu oleh jin palang, lantas tanpa usul periksa kesemua pihak menudung jari pihak gerejalah yang bertanggungjawab menyihir para mangsa. Begitu juga sebaliknya, jika orang palang dirasuk oleh jin Islam, maka yang menjadi mangsa tuduhan oleh orang-orang salib sebagai sumber kepada serangan jin tersebut ialah orang Islam atau pihak masjid?!?! 2) Kalau pesakit hanya sekadar melihat salib atau masjid al-Aqsa di hadapan matanya atau lain-lain perkara yang seumpama ini maka biasanya gangguan ini hanyalah berpunca dari gangguan biasa jin palang bukannya dari arahan pihak gereja kerana bumi Mesir ini dipercayai dihuni oleh sejumlah besar jin yang beragama palang. 3) Oleh itu, menjadi satu perkara yang lumrah apabila perasuknya beragama palang tentulah ia akan cenderung untuk

mendorong mangsanya kepada agama tersebut. Mithalnya, ia sentiasa teringatkan gereja, sukar mengucap dua kalimah syahadah dan lain-lain lagi. 4) Begitulah juga di tanahair Melayu kita, sekiranya ada yang dirasuk oleh jin Hindu atau jin Buddha, maka belum tentu perasuknya adalah belaan para sami! 5) Ada juga jin yang tinggal di gereja merasuk orang Islam, tetapi bukannya atas arahan gereja, sebaliknya oleh keghairahannya sendiri untuk memusuhi umat Islam! 6) Berdasarkan kepada sedikit pengalaman kami yang amat cetek ini, antara tanda-tanda bahawa pesakit diserang oleh jin paderi ialah: a) Pesakit tiba-tiba benci kepada agama Islam. b) Pesakit tidak semena-mena hendak masuk ke dalam agama palang atau paling tidak hatinya menjadi amat cenderung kepada agama tersebut. c) Ia sentiasa ternampak atau terbayang-bayangkan palang/salib di dalam hatinya atau kotak fikirannya. d) Hatinya berasa tenang dan lapang tatkala melihat paderi, sebaliknya benci dan marah melihat ustaz, syeikh, apatah lagi al-Quran. e) Sekiranya jin perasuk adalah dari pihak gereja England, ia akan bertutur di dalam bahasa Inggeris, bukannya bahasa Melayu! 7) Dalam apa jua kes pesakit yang dirasuk oleh jin palang maka bacaan yang amat bemanfaat untuk menghalau jin tersebut ialah ayat al-Kursi, 3 Qul dan sebarang ayat al-Quran ada menyebut tentang Nabi Isa dan Sayyidah Maryam. PANDUAN (43): JENIS-JENIS RASUKAN 1) Rasukan penuh Jalan merasuk seluruh badan pesakit dari hujung kepala sehingga ke hujung jari kaki. Ia terbahagi kepada dua iaitu sementara dan kekal, yakni dalam tempoh yang lama. Rasukan

Penuh Sementara (Beberapa minit atau sehari atau yang seumpamanya). 2) Rasukan separa Jalan masuk anggota-anggota yang tertentu sahaja, mithalnya, tangan, kaki atau separuh badan. Ia juga terbahagi kepada dua iaitu sementara dan kekal. Kekal (Berhari-hari atau berbulan-bulan, malah mungkin bertahuntahun lamanya).

Rasukan Separa Sementara kekal

3) Mengenai kesedaran dan kesiuman pesakit yang dirasuk pula, ia terbahagi kepada tiga iaitu:

Kesiuman Pesakit

Tidak sedar langsung - Pesakit tidak menyedari apa-apa sepanjang rasukan jin. - Oleh itu, jika ia dipukul oleh perawat, maka yang mera-sai kesakitan ialah jin tersebut sahaja.

Separa sedar Sedar - Pesakit menyedari - Pesakit di dalam bahawa ia sedang keadaan siuman walau dirasuk oleh jin tetapi pun ada jin yang seluruh anggotanya atau sedang merasuknya sebahagiannya di dalam sama ada rasukan kawalan jin. penuh atau separa - Apabila ia dipukul oleh kerana akal fikirannya pera-wat, ia dan jin turut masih belum dapat merasai kesakitan dikuasai sepenuh-nya sekalipun suara jeritan oleh jin perasuk. yang kedengaran adalah - Sesetengah pesakit suara jin sahaja. dari jenis ini - Anda boleh berbual-bual melakukan se-suatu dengan jin ini melalui pergerakan dengan mulut pesakit walaupun penuh kesukaran dan pesakit menyedari memerlukan ketika itu baha-wa ada mujahadah kerana jin jin yang sedang bertutur perasuk cuba . mengongkong seluruh pergerakannya. - Jika ia dipukul oleh si perawat, ia dan jin samasama akan merasai kesakitan.

PANDUAN (44): 1) Anda mungkin berasa hairan mengapa sesetengah ahli ibadah boleh dirasuk oleh jin? Anda melihat si folan atau si folanah rajin berzikir, tekun bersolat sunat termasuk qiamullail dan lain-lain amalan sunat, namun cukup membingungkan anda apabila ia masih boleh disampuk dan dirasuk oleh syaitan!? Mengapakah boleh terjadi demikian? 2) Jawapannya ialah sepanjang pengamalan kami, puncanya ialah salah satu dari beberapa perkara berikut: a) Amalan-amalannya yang baik berbaur dengan yang salah. Mithalnya, ia pernah mengambil amalan daripada bomoh yang menyeleweng walaupun bacaan amalan tersebut tampak zahirnya tidak menyalahi syariat Islam atau ia mengambil amalan tersebut daripada mana-mana insan yang mempunyai khadam jin. b) Ia kuat beramal hanya setelah ia diganggu jin dan disampuk oleh jin terutamanya oleh jin saka.

c) Ia tidak menghayati bacaan-bacaan zikir yang dibacanya sehinggakan kadang kala apabila jin datang menjelma di hadapannya ia membaca ayat-ayat al-Kursi beberapa kali, namun si jin keparat ini tetap tidak berganjak! d) Aqidahnya lemah dan masih banyak persoalan-persoalan tauhid asasi yang tidak difahami olehnya kerana syaitan tidak gementar kepada orang yang aqidahnya rapuh walaupun amalan dan ibadahnya banyak!! PANDUAN (45): Para perawat di Mesir menggunakan beberapa kaedah untuk mengesan jin, menyakitkannya dan seterusnya merawat pesakit. Kami mempelajarinya daripada Syeikh dan rakan-rakannya pada tahun 1992. Kaedah Pertama: Merenung mata pesakit Cara ini berbeza dari kaifiat yang digunakan oleh para bomoh dan pengguna khadam jin kerana mereka ini dengan hanya cara merenung mata pesakit sahaja akan dapat mengetahui berapa ekor jin yang tinggal di dalam badan pesakit. Tetapi cara yang digunakan oleh para perawat di Mesir hanyalah untuk menyakitkan jin perosak tanpa mengira berapa ekor jin yang sedang bersarang di dalam badan pesakit. Kaedah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan sebarang ijazah. Caranya: a) Tutup mata kanan atau mata kiri pesakit dengan menggunakan tangan anda atau dengan menggunakan benda-benda yang lain. b) Perintahkan pesakit agar merenung dan memandang mata anda. c) Seterusnya anda tenung tajam mata pesakit sambil membaca ayat-ayat ruqyah dengan suara yang keras. d) Jika ada jin, ia akan mengalihkan pandangannya dengan segera atau terjadi mana-mana perkara yang telah kami jelaskan di dalam panduan nombor .. e) Jin kafir suka berada di sebelah kiri pesakit, sebaliknya jin Islam suka yang sebelah kanan. Ada kalanya jin kafir atau jin Islam duduk di mana-mana bahagian badan ..

Kaedah Kedua: Caranya: a) Minta kepada pesakit supaya duduk, kalau boleh di atas kerusi. b) Tutup mata pesakit dengan menggunakan kain atau suruh ia pejam matanya sendiri tanpa sebarang penutup. c) Arahkan pesakit supaya meletakkan kedua-dua telapak tangannya di atas lutut yakni telapak kanan di lutut kanan dan begitulah sebaliknya. d) Tangan jangan digenggam pada lutut dan jari-jari hendaklah dilunjurkan dengan tenang tanpa dikeraskan. e) Anda baca ayat-ayat ruqyah dengan suara yang keras sambil memandang kedua-dua belah telapak tangannya. f) Jika ada jin, jari-jemarinya akan bergerak sendiri tanpa disedari oleh pesakitnya walaupun ia di dalam keadaan sendiri kerana ia bergerak tanpa kehendak daripada dirinya sendiri. Pergerakan jari tersebut sama ada ke tepi atau ke atas atau ke hadapan, malah kadang kala tangan pesakit jatuh tersungkur dari lututnya. g) Buat pengetahuan anda, pergerakan ini ada kalanya melibatkan sebelah tangan sahaja atau sebahagian jari atau melibatkan jarijemari bagi kedua-dua belah tangan. h) Boleh jadi semasa membaca ruqyah tadi akan berlaku perkaraperkara yang tersebut di dalam panduan nombor Kaedah Ketiga: Tarik Nafas Tujuannya ialah untuk melemas dan mencekik jin perasuk. Caranya: a) Minta pesakit agar matanya dipejam atau ia ditutup dengan kain. b) Kemudian suruh ia menarik nafas sedalam-dalamnya sambil membaca: (. )

c) Arahkan ia agar tidak melepaskan nafasnya melainkan setelah ia tidak tahan. d) Setelah nafasnya dihembuskan minta ia supaya mengulangulangi perkara tersebut dan tugas anda ia memastikan bilangan atau tempoh penarikan dan penghembusan nafas itu, mithalnya 15 kali atau dilakukan selama 5 minit. e) Barang kali semasa penarikan nafas tersebut dibuat, perkaraperkara yang tersebut di dalam panduan nombor akan berlaku. f) Jika tiada sebarang perkara terjadi, sila nasihatkan ia supaya melakukan sendiri perkara tersebut di rumahnya untuk tempoh yang tertentu seperti selama seminggu atau sehingga ia datang semula untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada anda agar jin tersebut akan menjadi semakin lemah. PANDUAN (46): Berikut ialah beberapa panduan mengenai pesakit: 1) Menjadi kewajipan anda sebagai perawat menyimpan rahsia pesakit dan haram anda menyebarkan cerita mengenai penyakitnya kepada orang-orang yang tidak berkenaan dengan cara menyebut namanya. Adapun menceritakan halnya tanpa menyebut nama atau kepada para perawat yang bekerjasama dengan anda perawatan maka hal ini tidak mengapa. 2) Pesakit wanita yang ingin mendapatkan rawatan hendaklah terlebih dahulu memakai seluar panjang, di sampung pakaian luar yang cukup syarat sebagai al-hijab agar aurat tidak terdedah semasa ia tidak sedar diri terutamanya sewaktu ia jatuh terbaring (tersebut di dalam kitab ( karya asSayyid). 3) Anda jangan berasa pelik apabila ada persakit yang tidak pernah berterima kasih kepada anda. Anggaplah ia sebagai satu perkara yang lumrah sahaja. 4) Ada pengunjung yang berpura-pura sakit dan ia datang hendak menguji ilmu dan kebolehan anda. Berhati-hatilah dengan orang yang seperti ini kerana fitnahnya amat besar! 5) Cerita mengenai sekalangan pesakit jatuh cinta dengan perawat juga bukannya satu perkara yang ganjil. Menjadi satu fitnah bahawa pesakit merasakan bahawa jika ia berkahwin

dengan si perawat, maka dirinya akan berada di dalam keadaan sentosa dan aman. 6) Anda juga usah berasa hairan apabila ada di kalangan pesakit yang tidak sabar-sabar hendak lekas sembuh, kalau boleh dalam sekelip mata sahaja! Itulah tabiat dan harapan tabie pesakit. 7) Ada juga di kalangan pesakit yang tidak pernah mengenang budi anda. Setelah ia sembuh baik dan bertemu dengan anda ia berbuat-buat seolah-olah ia belum pernah langsung mengenali anda! 8) Sebahagian pesakit pula, setelah anda merawatnya berhari-hari atau seminggu lamanya, namun ia belum juga sembuh, ia pergi berjumpa dengan perawat yang lain tanpa mengambil endah langsung tentang pengorbanan anda selama ini. Ia merungut bahwa anda tidak pandai mengubat dan mengumpat anda semasa berbual-bual dengan kawannya seolah-olah ia mahu anda menjadi Tuhan yang boleh menyembuhkan dan menyakitkan! Setelah ia berubat dengan orang lain selama sebulan atau lebih misalannya, keadaan sakitnya belum juga sembuh! sepatutnya sebelum ia mendapatkan rawatan daripada orang lain, ia mesti meminta pendapat anda terlebih dahulu atau ia berpisah dari anda dengan cara yang baik! 9) Anda mesti melayan pesakit anda dalam keadaan mesra, memberi nasihat, menaikkan semangatnya dan dengan muka yang manis. Jika anda melayani dengan cara yang kasar, tentu jiwanya akan bertambah sakit! Bayangkan jika seorang doktor di hospital dan beberapa orang jururawat melayani anda bagaikan seekor kucing, bagaimana mungkin penyakit anda akan sembuh segera! Tetapi awas! kerana lantaran layanan anda yang baik itu menyebabkan sesetengah pesakit wanita bersangka buruk bahawa anda ingin menguratnya! Hai bergegarlah dunia dibuatnya! 10) Hatinya hendak makan sate ayam, tiba-tiba ia terlihat ada wang ini jumlahnya .. Jalan atau terdetik di hatinya bahawa si folan sedang sakit dan ternyata ia benar-benar sedang sakit atau ia memerlukan lima ringgit untuk membeli sesuatu, sebentar kemudian datang seorang sahabatnya memberinya wang dengan jumlah tersebut dan lain-lain contoh lagi yang hampir serupa dengan maunah yang Allah Taala kurniakan kepada para muslimin. Ulasannya:

Berdasarkan kepada kajian, penelitian dan pengalaman kami, jin boleh mendengar detikan, bisikan dan bicara hati manusia (sekadar yang diizinkan oleh Allah). Cuba anda renungi beberapa kenyataan yang berikut ini: 1) Manusia mempunyai dua jenis mulut iaitu mulut zahir yang ada pada mukanya dan mulut hati yang bersifat halus yakni mulut roh. Apabila roh keluar dari jasad, mulut zahir yang melekat pada jasad manusia ditinggalkan dan pada waktu itu mulut zahir tidak boleh berfungsi apa-apa untuk sebarang percakapan manakala mulut hati (mulut roh) boleh terus berbicara. Sewaktu anda bertakbir untuk menunaikan Solat Zohor, anda berniat di dalam hati dengan menyatakan, Sahaja aku bersolat fardhu Zohor tunai kerana Allah Taala. Dari mana datangnya lafaz-lafaz ini kalau bukan dengan bicara hati? Dan bukankah anda juga boleh mendengar sendiri lafaz-lafaz ini satu persatu dan sebutir demi butir tanpa menggunakan telinga? Oleh kerana jin dan roh sama-sama bersifat halus, maka jin dapat mendengarkan bicara hati manusia! 2) Sewaktu bermimpi di dalam tidur, anda boleh melihat pelbagai perkara yang terjelma di hadapan anda baik yang menyeronokkan, menyeramkan, menyedihkan dan yang karut marut. Tentunya segala yang tertera di dalam mimpi itu anda melihatnya tanpa menggunakan dua mata zahir anda kerana ia sedang dipejam lantaran diimbau oleh kenyenyakan tidur yang sungguh menyeronokkan! Bagaimana orang buta boleh melihat dengan jelas di dalam mimpi dan igauannya? Seterusnya di dalam mimpi juga anda bercakap-cakap dan berbual-bual, malah ada kalanya bersama dengan kekasih yang tercinta! Dengan mulut yang mana satu anda berbicara di dalam mimpi yang sungguh indah itu? Pastinya anda pernah bermimpi melihat hantu dan apa-apa jua jenis mimpi yang menakutkan. Hantu dan perkara-perkara yang menyeramkan itu adalah syaitan. Oleh itu, dengan mulut yang mana satu anda berbicara dengan hantu tersebut? Tentunya dengan menggunakan mulut roh!! Oleh itu, jin boleh mendengar suara bicara hati anda yang pada hakikatnya adalah mulut roh. 3) Dalam alam seni persilatan Melayu terdapat beberapa jenis pencak silat yang masing-masing memiliki suatu kelebihan yang hampir sama tetapi ajaib iaitu mampu berpencak dengan segala macam jenis seni mempertahankan diri termasuk Tae Kuwando, Karate, Kung Fu dan lain-lain bagaikan seorang tok guru walaupun ia tidak pernah mempelajarinya. Caranya mudah, iaitu setelah membuka jurus dan membaca bacaan zikir yang ringkas, pesilat akan berniat di dalam hatinya (tanpa lafaz di

mulut!) agar ia dapat berpencak pada waktu itu dengan apa jua jenis seni mempertahankan diri yang dikehendakinya. Mithalnya, ia berkata di dalam hati, Shaolin, maka bergerak tangkaslah ia bersama seni Shaolin dengan penuh ketangkasan dan kehandalan! Tetapi kesemua bentuk keajaiban ini dinisbahkan puncanya kepada keramat para wali! Alangkah malangnya para wali ini yang ditugaskan oleh Allah hanya untuk mengajar orang bersilat sahaja bukannya mendidik orang agar menjadi insan yang bertaqwa seperti wali! Kemudian, silat-silat wali ini dipertandingkan dan pada hampir setiap kali pertarungan, ada silat keramat yang kalah! Dan ada pula yang menang! Lebih pelik lagi, para auliya ini berkunjung ke Nusantara sahaja untuk mengajar silat dan tidak di negaranegara lain terutamanya Timur Tengah yang penuh dengan para ulama! 4) Anda melihat orang yang ditimpa penyakit was-was sukar untuk bertakbir di dalam solat. Ada juga yang berwudu lama, malah kedapatan yang mandi wajib berjam-jam lamanya. Persoalannya ialah mengapa boleh terjadi demikian? Salah seorang dari mereka mungkin memberitahu anda bahawa tatkala ia sedang bertakbir, berwudu dan mandi wajib, ia sukar berniat bahkan kerap kali terjadi ketika hendak bertakbir, fikirannya menjadi kosong dan melayang. Yang lain pula menyatakan sewaktu berniat itu tiba-tiba hatinya berkata, Batal! atau Tidak sah!. Yang seorang lagi menerangkan sewaktu ia hendak berniat, tiba-tiba sahaja niatnya berhenti sekerat jalan! Contohnya, semasa ia hendak mengatakan di dalam hatinya, Sahaja daku..?? Hatinya tiba-tiba terhenti tidak berkata apa-apa lagi! Pendek kata, sewaktu ia hendak memasang niat, macammacam perkataan dan suara yang datang sehingga ia menyangka itu adalah suara hatinya sendiri, sedangkan ia adalah suara syaitan! Mengapa ia tidak boleh membezakan di antara suara hatinya dengan bisikan syaitan? Jawapannya, kerana ialah kedua-duanya sama halus sehingga disangkakan olehnya dia suara tersebut adalah suara yang sama dan serupa! Bagi orang yang niat atau suara hatinya tersekat-sekat atau terhenti sama sekali adalah lantaran mulut rohnya ditutup oleh si syaitan laknat itu! Percaya atau tidak? Hanya yang mengalaminya sahaja yang akan membenarkan kata-kata ini. Yang sebenarnya, niat adalah lintasan hati, bukannya bicara hati dan ia laju sepantas kilat menurut ungkapan sekalangan ahli ilmu. Sekarang cuba anda diam sejenak, kemudian sebutkan di dalam hati anda ungkapan ini, Saya hendak makan nasi, Saya suka

makan coklat, tentunya anda mendengar ungkapan-ungkapan ini dengan jelas, bukankah begitu? Tetapi anda mendengarnya bukan dengan menggunakan telinga zahir anda. Apa yang anda dengar itu ialah bicara hati, bukannya lintasan hati (niat). Tetapi, apabila anda ingin melakukan sesuatu perkara di dalam keadaan sedar, misalnya makan, minum, tidur dan lain-lain, maka yang sebenarnya anda telah berniat walaupun anda tidak melafazkannya menurut kaedah cara bicara hati seperti yang tersebut di atas tadi. Adakah anda apabila hendak makan, anda berkata di dalam hati anda, Saya hendak makan!?? Untuk mengetahui lebih jelas mengenai suara roh anda, sekarang cuba anda congak kira-kira berikut tanpa menggunakan suara mulut zahir. 2X2=4 43+1=2 42=2 1+1+2=4 2+2=4

Setelah itu anda baca mana-mana keratan ayat yang terdapat di dalam buku ini juga tanpa menggunakan suara mulut zahir. Pasti anda mendengarnya bukan? Nah! Itulah dia suara hati anda, yakni suara roh yang terperangkap di dalam sangkar tubuh anda. Sesungguhnya anda dan jin yang mengiringi anda mendengar bicara hati anda itu! Sekalangan orang yang bersaka, tiba-tiba sahaja di dalam masa tidak sampai sehari dari waktu ia bermimpi, setelah sedar dari tidur ia sudah pandai mengubat atau boleh mengurut, bahkan kadang kala persis bagaikan seorang bomoh atau pawang yang cukup mahir dan handal! Setengah-setengahnya memperolehi kesaktian-kesaktian yang cukup hebat hasil dari pemeliharaan terhadap keris pusaka! (yang sebenarnya berpuaka!). . Perhatian: Mangsa saka hendaklah mengambil rawatan dari perawat yang mahir, seterusnya ia dan seluruh ahli keluarganya termasuk sepupu, pak cik, mak cik dan saudara mara yang lain beriltizam dengan wirid-wirid yang mathur demi mengelakkan jin saka tersebut berpindah dari seorang ke seorang yang lain. Biasanya rawatan ini memakan masa yang agak lama bahkan kadang kala agak membosankan, namun semua pihak hendaklah bersabar dan berdoa ke hadrat Allah .

PANDUAN (47): PUKUL PESAKIT 1) Memukul pesakit yang dirasuk jin merupakan salah satu cara untuk memaksa jin keluar dari jasadnya, namun sebaik-baiknya kaedah pukul dijadikan sebagai pilihan yang terakhir kecuali tatkala terdesak. 2) Anda boleh memukul mana-mana bahagian jasad pesakit kecuali anggota-anggota yang terlalu sensitif seperti muka, tengkuk, kemaluan dan yang seumpamanya. 3) Jika kita meneliti sebahagian karya al-Imam Ibn Taimiyah dan alImam Ibn Qayyim, maka kita akan dapat melihat bagaimana kaedah pukul merupakan kaifiat utama untuk menghalau jin. 4) Sebahagian ulama misalnya Syeikh al-Azhar yang dahulu (sudah meninggal dunia), al-Imam al-Akhbar Jad al-Haqq al-Jad al-Haqq, menjadikan kaifiat pukul jin sebagai satu keistimewaan bagi Rasulullah sahaja. Yakni, orang lain tidak boleh meniru kaedah ini. Persoalannya ialah benarkah warid di dalam hadith Nabawi bahawa baginda pernah memukul pesakit yang dirasuk oleh jin? Apabila kita mengkaji dan meneliti hadith-hadith yang dikemukakan oleh kesemua pihak di dalam masalah ini, kita mendapati bahawa baginda Rasulullah cuma menepuk sahaja bukan memukul. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di dalam hadith Sayyidina Uthman Ibn al-As yang dimasuki oleh jin (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh alBusayri) dan hadith Saiyidina al-Zari (riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tabarani). Yang seumpamanya ialah hadith Jabir Ibn Abdillah (riwayat alDarimi dan menurut Ibn Kathir isnadnya jayyid), hadith Waki murid daripada ayahandanya (riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Haithami dalam ( , ) hadith Yala Ibnu Murrah (riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim beliau mensahihkannya) dan hadith Ghilan Ibn Salamah al-Thaqafi (riwayat Ibn Asakir dalam .) 5) Walau apapun perbahasannya, secara am kaedah memukul pesakit yang dirasuk oleh jin telah diterima oleh kebanyakan para ulama. 6) Tetapi anda mesti ingat bahawa pemukulan tersebut jangan sama sekali sampai melukakan pesakit kerana luka tersebut tetap ada walaupun jinnya sudah cabut lari! Anda juga mesti mengambil pengajaran dari beberapa kes yang berlaku di Mesir

di mana para pesakit mati dipukul oleh para perawat dengan alasan pesakit sedang dirasuk oleh jin! Yang menyedihkan ialah para pesakit mati berlumuran dengan darah kerana dibantai kuat oleh perawat dengan menggunakan tongkat! Alasan para perawat yang memukul pesakit ialah tatkala pesakit menjerit kesakitan oleh pukulan tersebut, mereka mendakwa yang menjerit itu ialah syaitan perasuk, bukannya pesakit! Sehingga akhirnya. ( Antara contohnya ialah kes yang telah disiarkan oleh akhbar keluaran hari Isnin 12/3 mengenai Syeikh Syubrawi yang memukul seorang wanita pada bahagian kepalanya dan ia mati di dalam keadaan berlumuran dengan darah, kononnya jin sudah cabut lari. PANDUAN (48): TANDA-TANDA GANGGUAN 1) Tanda-tanda dirasuk oleh jin banyak dan secara umum ia dibahagikan kepada dua iaitu tanda ketika jaga/sedar dan tanda semasa sedang tidur. TANDA-TANDA SEDAR SEDANG TIDUR

2) Ada beberapa pemerhatian daripada kami mengenai tandatanda/simpton-simptom, iaitu: a) Sesetengah pihak mengkhususkan tanda-tanda yang tertentu untuk sihir dan bakinya untuk rasukan jin biasa. Tetapi yang sebenarnya, kebanyakan tanda yang didakwa sebagai khusus untuk permasalahan sihir sahaja pada hakikatnya terdapat juga pada rasukan biasa walaupun perlu diakui wujud di sana beberapa tanda tertentu yang lebih kerap wujud di dalam kes sihir berbanding kes rasukan biasa. b) Kebanyakan tanda-tanda ini menyerupai simptom-simptom sakit biasa. Oleh itu, ia mesti memiliki serba sedikit pengetahuan untuk membezakan di antara dua keadaan sakit ini. c) Sekalangan pesakit mengalami dua keadaan sakit sekali gus iaitu rasukan jin dan penyakit biasa. Oleh itu, kesamaan dan persamaan simptom-simptom yang wujud padanya agak mengelirukan perawat, terutamanya yang kurang berpengalaman.

d) Semakin banyak simptom ini wujud pada pesakit maka ini menunjukkan keadaannya semakin parah dan teruk diganggu oleh jin e) Apabila simptom-simptom yang wujud ini tidak dapat dikenalpasti oleh para doktor punca dan sebabnya, maka biasanya kita dapat membuat suatu keputusan secara jazam bahawa si pesakit sedang dirasuk oleh jin. 3) TANDA-TANDA KETIKA SEDAR: a) Suka termenung dan berkhayal. b) Ketawa atau menangis tiba-tiba tanpa sebab. c) Berasa benci atau sakit semasa mendengar azan, zikir dan bacaan al-Quran. d) Sering pening kepala tanpa sebab yang nyata. e) Suka marah-marah dan kadang kala ketika ia sedang berang, suaranya berubah. f) Berjalan terhoyong-hayang atau seperti hampir tergelincir atau seperti ada sesuatu yang menolak ke hadapan

g) Sering kebingungan tanpa sebab. h) Termangu-mangu bagaikan orang dungu. i) j) Suka bercakap seorang diri. Mudah hilang ingatan dan sukar melakukan tumpuan fikiran terhadap sesuatu perkara.

k) Mengetap-ngetap gigi sambil air liurnya meleleh. l) Benci kepada harum-haruman.

m) Suka mengasingkan diri daripada orang lain terutamanya ketika tidur. n) Berasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya. o) Berasa seolah-olah ada sesuatu yang melihatnya. p) Pandangan sedarnya selalu dibayangi dengan gambarangambaran yang tertentu seperti gambar bergerak dan lainlain.

q) Nadi jantungnya berdegup deras tanpa diketahui sebab musababnya. r) Mudah hilang akal fikiran.

s) Cara makannya menjijikkan. t) Sering berasa lemah dan malas.

u) Sakit tulang belakang terutamanya sewaktu bangun dari tidur. v) Selalu mimpi berjimak. Mimpi jima berpunca dari syaitan. Sila lihat ( ) karya Al-Syarif Abu Muhammad alTihami al-Idrisi al-Hasani, ( ) karya Al-Sayyid Abu Bakar Al-Dimyati Al-, ( ( , ) ) ( , ) karya Al-Imam Al-Sanani dan lain-lain. w) Bertutur tidak teratur. x) Sering berasa kebas atau sengal atau berdenyut-denyut pada anggota-anggota yang tertentu. y) Gemar berada lama di bilik air atau tandas bahkan ada yang berasa sangat selesa tatkala berada di dalam jamban. z) Sering mendengar suara-suara bisikan halus di telinganya. aa) Pusingan darah haid yang tidak teratur sehingga mengalami istiadah. bb) Dadanya berasa sempit pada waktu-waktu yang tertentu seperti waktu Asar atau waktu malam. cc) Apabila ia berbual, kelihatan seolah-olah fikirannya sedang melayang. dd) Membenci isteri atau suaminya secara tiba-tiba, malah ada kalanya benci melihat ahli keluarga sendiri. ee) Melihat isteri atau suaminya berwajah hodoh atau menakutkan, sedangkan pada nisbah orang lain seperti biasa sahaja. ff) Daya seksnya dingin tanpa sebab yang nyata.

gg) Cepat kalah semasa jima terutamanya suami kerana air maninya terpancut keluar (inzal) terlebih dahulu. hh) Isteri mandul tanpa sebab yang jelas. ii) Tertarik kepada orang lain sama ada lelaki atau wanita tanpa kawalan. jj) Sentiasa datang dorongan yang kuat kepada dirinya untuk melakukan maksiat. kk) Suka melakukan lancap kerana jin suka menikmati keistimewaan air mani manusia. ll) Diserang sawan dari semasa ke semasa. mm) Tidak bersyahwat terhadap suami atau isterinya sendiri tetapi jika ia melihat orang lain nafsunya akan membara dan bergelora. nn) Zakar mengendur tiba-tiba semasa ia hendak menjima si isteri yang tercinta. oo) Cenderung untuk membunuh diri sendiri atau orang lain, terutamanya ahli keluarga sendiri. pp) Keguguran rambut secara nyata tanpa diketahui dengan jelas dan pasti akan sebab musabab sehingga melibatkan seluruh atau sebahagian besar kepala. Dalam sebahagian kes, pengalaminya menyedari bahawa rambutnya dicabut oleh sesuatu yang ghaib! Biasanya masalah ini dialami oleh kaum wanita sama ada anak dara atau yang telah berumah tangga agar ia dipandang hodoh oleh orang lain. qq) Dan lain-lain. PANDUAN (49): TANDA-TANDA SEMASA TIDUR 1) Sering bermimpi dengan mimpi seram (yakni menakutkan) atau mimpi yang menyedihkan. 2) Sering bermimpi bahawa ia telah mati dan kadang kala bermimpi masuk ke alam barzakh bertemu dengan malaikat Munkar dan Nakir! 3) Bermimpi bertemu dengan haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular dan lain-lain, terutamanya yang berwarna hitam.

4) Mimpi bertemu dengan makhluk-makhluk yang pelik. 5) Mimpi berada di kawasan kubur. 6) Mimpi berada di kawasan najis. 7) Bercakap-cakap ketika tidur (mengigau). 8) Sering melihat mimpi yang sama berulangkali pada waktu dan hari yang berlainan. 9) Berasa gelisah ketika hendak tidur, terutamanya pada waktu malam. 10) Sukar tidur malam sehinggakan kadang kala sampai mencecah fajar! Ada juga berasa mudah tidur hanya pada waktu sebelum terbit fajar! Akibatnya solat Subuh tergadai! 11) Sering ditindih sebelum tidur atau sewaktu baru mula hendak tidur. Biasanya pada ketika ini, merasa berada di dalam keadaan antara tidur dengan sedar menyebabkan ia sukar bergerak untuk melawan penindih tersebut. 12) Kerap terkejut dari tidur pada waktu malam, kadang kala seperti ada sesuatu yang mengejutnya. 13) Berjalan semasa tidur. 14) Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, misalnya terjatuh ke dalam gaung, kapal terbang yang dinaikinya jatuh dan lain-lain. Biasanya, apabila ia sedar ia melihat yang sebenarnya ia cuma terjatuh dari katil sahaja! 15) Tidur dalam keadaan mengetap-ngetap gigi. 16) Zakar atau farajnya terasa seperti dipegang oleh sesuatu sama ada menyebabkan kesakitan atau berasa nikmat sehingga berlaku inzal. 17) Badannya tiba-tiba tidak boleh bergerak di atas pembaringan, kemudian terasa ada sesuatu yang menjimaknya iaitu jika perempuan, ia berasa ada zakar yang masuk ke dalam farajnya, manakala yang lelaki berasa ada faraj yang mengepit zakarnya. 18) Dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai