Anda di halaman 1dari 3

Kenapa Perlu Membuat Pelaburan?

Sumber Asal Artikel: http://keajaibanpenjimatan.com/blog/kenapa-anda-perlu-melakukan-pelaburan/

Pelaburan semakin penting pada hari ini. Bahkan pada masa akan datang kepentingannya kita tidak dapat jangkakan. Tambahan lagi ia adalah jaminan social yang diperlukan hampir kebanyakan orang.

Mungkin ada yang berkata, saya tidak pernah melabur di dalam pasaran saham.

Adakah saya kata melabur itu terhad dalam pasaran saham sahaja? Sudah tentu tidak. Pelaburan memiliki skop makna yang luas dan ia subjektif untuk setiap orang. Ada yang melabur di pasaran wang (dikatakan saham itu), ada yang melabur di pasaran komoditi (rumah, tanah dan tanaman), ada yang melabur di dalam pendidikan, masa dan pelbagai jenis pelaburan lagi.

Saya rasa anda sudah dapat sedikit gambaran sekarang.

Sebenarnya kenapa perlu melabur? Secara umum, ia bertujuan untuk memastikan kelangsungan hidup di masa hadapan yang tidak menentu. Tiada sesiapa yang pasti apakah yang bakal berlaku 20 ke 30 tahun akan datang. Melainkan anda seorang yang dikurniakan kebolehan istimewa.

Bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik, usaha melabur diperlukan. Ini akan menjadi suatu perkara yang akan memastikan kita masih mendapat pulangan yang boleh digunakan kelak walaupun ketika itu kita sudah tidak mampu lagi bekerja untuk mencari nafkah.

Saya andaaikan anda sudah ada sedikit simpanan sedari beberapa tahun yang lampau. Ini bagus sebenarnya. kalau belum, mulakan hari ini juga. Kini, sudah tiba saatnya untuk anda mahu melihatnya berkembang dengan lebih baik dan sedikit pantas. Saya suka menggunakan perkataan sedikit kerana di sinilah kebanyakan orang akan terperangkap.

Ada sesetengah daripada kita yang tidak sabar mehu melihat wang mereka tumbuh dengan cepat. Apakah caranya? Itu tidak menjadi soal. Janji pantas.

Tetapi malang sekali, kerana inilah yang akan mencambahkan perasaan tamak haloba di dalam diri.

Walaupun tamak itu bukanlah terlalu buruk secara keseluruhannya tetapi keburukan paling ketara dibawa oleh perasaan ini ialah:

1. berfikiran jangka pendek 2. kurang berhati-hati.

Selain itu, melabur juga merupakan kaedah untuk mencapai suatu matlamat kewangan seperti dana pembelian rumah baharu, kos pendidikan anak-anak, membeli barangan besar dan pastinya mengapai impian kewangan anda.

Atas alasan ini, kalau anda mahu atau perlu untuk membuat banyak wang maka tiada jawapan lain lakukanlah pelaburan. Kecualilah anda sanggup meminta-minta kepada saudara mara atau kerajaan.

Melaburlah untuk masa hadapan anda. Anda tidak boleh menyerahkan masa hadapan anda kepada pihak lain, walaupun mungkin ada yang peduli tetapi adalah jauh lebih bijak bergantung kepada pelan kewangan anda sendiri. Kita tidak mahu menjadi seorang tua yang menyusahkan anak-anak kelak dengan menjadi bebanan kewangan kepada mereka.

Tentang jenis pelaburan yang sesuai dan dimana tempat pelaburan yang bagus untuk dipertimbangkan, ia adalah pilihan anda sendiri. Buka mata dan lihat sekeliling anda. InsyaAllah anda akan Nampak kalau memang mahu melihatnya. Tetapi gunakanlah minda pelabur dan bukannya minda pekerja.

Anda mungkin juga menyukai