Anda di halaman 1dari 5

Compile : Enterprise vs Sdn Bhd

February 24, 2010 by muddathsir Bismillahirrahmanirrahim AlhamdulilLah, ni adalah soalan yang aku tanya dalam forum dan kemudian aku compile dalam blog ni.. mudah-mudahan akan datang menjadi rujukan yang bermanfaat.. insya-ALLAH.. Soalan: Tumpang tanya, apa beza enterprise dengan sdn bhd..? Harap kawan-kawan yang ada pengalaman/pengetahuan dapat membantu.. Saya tak ada peluang pergi kursus KAKAS bina usahawan.. masa zaman belajar dulu.. Cuma yang saya nak tanya beza enterprise & sdn bhd.. >> Enterprise perlu buat penyata kewangan tahunan jugak ke..? >> Tentang tax (enterprise & sdn bhd).. >> pinjaman bank, atau sumber lain (enterprise & sdn bhd), kelulusan dan requirement.. >> saya dimaklumkan kalau bankrap (Naudzubillahiminzalik), di bawah enterprise.. semua harta penama akan ditarik bank.. Tapi kalau Sdn Bhd.. hanya harta syarikat sahaja.. AlhamdulilLah, saya dah dapat cari partner.. cuma kiranya baru nak trial and error.. Nak develop company IT insyaALLAH! Agak risiko, jadi harapnya sesiapa yang ada pengalaman Enterprise atau Sdn Bhd.. harap dapat membantu saya yang masih belajar.. Saya dah pergi ssm, tapi masih tak berpuas hati dengan maklumat diberi.. (org tengah ssm pun saya dah tanya..) Kalau ada info, kursus, atau apa-apa sumber bolehlah paste disini.. Jawapan A:

!! QUOTE !!! Jadi tak timbul lah soal enterprise atau sdn. bhd. Cuma kalau sdn bhd ni kalau tak silap perlu ramai rakan kongsi. kalau enterprise ni seorang pun tak mengapa. soal enterprise atau sdn haruslah menjadi suatu isu namun bukanlah isu besar ketika nak buka sesebuah syarikat. enterprise boleh seorang atau berkongsi.. sdn bhd, minimum dua orang.. maximum saya lupa..hehe.. 50 org agaknya.. !!! QUOTE !!! Cuma yang saya nak tanya beza enterprise & sdn bhd.. >> Enterprise perlu buat penyata kewangan tahunan jugak ke..? >> Tentang tax (enterprise & sdn bhd).. >> pinjaman bank, atau sumber lain (enterprise & sdn bhd), kelulusan dan requirement.. >> saya dimaklumkan kalau bankrap (Naudzubillahiminzalik), di bawah enterprise.. semua harta penama akan ditarik bank.. Tapi kalau Sdn Bhd.. hanya harta syarikat sahaja.. sebelum menjawab satu persatu soalan tu..bagi akak, jika ruang lingkup syarikat masih belum nak melakukan urusniaga mencecah ratusan ribu ringgit,akak rekemen buka enterprise. sangat leceh nak uruskan sdn bhd..everything has to be very detail.. kita ni kan baru nak mula berniaga, baik kita lecehkan diri dengan perniagaan..hehe akak ada kedua-duanya yang tak ada modal sangat konpom akak buka enterprise.. yang mana ada share holders.. contoh: seorang contribute 50k, ada 4 org..maka nak mula dengan 200k.ada pula partner2 yang telah mempercayai dengan melabur sejumlah wang yang besar..maka tak apalah sedikit dari modal masuk ke bahagian pengurusan..supaya lebih detail dan teliti. tambahan pula jika org luar(sedangkan saudara mara pun boleh jadi isu kalau bab duit ni kan).. jadi haruslah berhati-hati.. quest 1:

-enterprise tak perlu buat apa-apa penyata untuk dihantar kemana2.. tak ada rekod langsung pun org tak kacau.. melainkan akaun bank syarikat menunjukkan angka yang menakjubkan.. (pihak kutipan cukai akan mula mengintai) walaubagaimana pun, buatlah rekod sikit-sikit..apatah lagi jika ada partner..tidaklah nanti wujud isu penipuan dan sebagainya -sdn bhd, bukan sahaja penyata tahunan, malah perlu membayar syarikat secretary untuk proses audit. segala perjalanan syarikat akan di audit oleh juruaudit yang kita sendiri kena upah.. (buat sendiri tak boleh ye) ****conc: untuk sykt yang baru nak mula, modal adalah penting,oleh itu sangat sayang jika nak guna untuk perkara2 seperti ini..bila company dah mantap, upgradelah kepada sdn bhd..kerana sdn bhd ada beneficial nya juga. quest 2: tax ni.. sebenarnya untuk setahun dua pertama,malahan hingga tahun ketiga pun boleh buat rileks saja dulu..hehehe -enterprise, kita isi sendiri tax form.pandai2 lah isinya..bukan menipu namun menyesuai kan apa yang perlu.. -sdn bhd tak boleh nak buat apapenyata juruaudit dah declare keuntungan dan sebagainya..walaubagaimana pun kadang kala ini yang menyakitkan..kerana dalam penyata kadang-kadang nampa untungnya sedangkan hakikatnya untuk itu mungkin telah habis atau tiada..(perlu diigt bisnes bukanlah seindah penyata akaun untung rugi.. hehe) again, untuk company baru nak mula.. survival i s the most important. quest 3: kecenderungan kelulusan pinjaman? hampir sama quest 4: saya dimaklumkan kalau bankrap (Naudzubillahiminzalik), di bawah enterprise.. semua harta penama akan ditarik bank.. Tapi kalau Sdn Bhd.. hanya harta syarikat sahaja.. yep betul.. dimana ini merupakan kelebihan sdn bhd yang paling best

namun jangan takut, untuk sesuatu company diisytiharkan muflis bukan lah sesuatu yang serta merta.. melainkan kes2 tertentu dan sangat terpencil pun.. Jawapan B: 1. Enterprise termaktub di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965). Perlu faham perbezaan kerana pematuhan yang perlu dipatuhi adalah berbeza. bentuk tindakn penguatkuasaan yang boleh diambil juga berbeza. 2. Secara teorinya memang daftar enterprise lebih mudah sebab tak terikat dengan banyak peraturan. Cukup sekadar daftar pembaharuan daftar niaga setiap tahun dengan SSM dan PBT Syarikat 1. tak boleh tubuhkan sendiri. Perlu melantik setiausaha syarikat. beliau yang akan uruskan pendaftaran penubuhan syarikat. melainkan saudara beli shelf company. 2. Wajib serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan yang telah diaudit setiap tahun.tindakan Seksyen 169 AS 1965. 3. Wajib lantik auditor. S8,S9&S172 AS 1965) 4. Wajib adakan AGM setiap tahun dimana perlu bentangkan akaun. gagal dikenakan kompaun. (S169 & S143 AS 1965) 5. nak daftar perlu ke SSM buat carian nama (PNA 42) bayar RM30 setiap carian. 6.lulus kena serah M&A,F24,F49,F44 untuk dapatkan F9 7. bilangan pengarah perlu sekurang2nya 2orang. 8. kalau bankrap harta pemegang saham (harta sendiri ye) boleh diambil bergantung kepada jenis syarikat dan pegangan saham. Seksyen tak ingat. ada senaraikan urutan harta siapa diambil dulu. (F=Form/Borang, S= Seksyen) Enterprise. 1. daftar perlu buat carian nama bayaran tak ingat. 2. lulus kena daftar nothing. (S5A) 3. Pemilik boleh tunggal atau perkongsian. 4. daftar perniagaan atas nama sendiri ikut IC= RM30 5. daftar perniagaan atas nama trade = RM 60. harga yang dikenakan daftar sendiri adalah rendah berbanding guna ajen daftarkn. ejen akan kenakan bayaran RM120 dan keatas.

6. bankrap harta pemilik akan diambil. maknanya bines bankrap pemilik boleh bankrap juga lah soal tax kedua-duanya kena tax. income kerajaan tu. Wallahualam bissowab AlhamdulilLah ~ LailahaillalLah Muhammadur RasululLah ~

Anda mungkin juga menyukai