Anda di halaman 1dari 21

MENCARI KASIH.1 Malam itu ku rasakan angin yang menghempas tubuhku terasa amat dingin sekali.

ku merenung bintang-bintang di langit.bukan menghitung bintang tapi menghitung hari-hari yang bakal aku lalui .dada ku terasa sebak ,tetapi aku tidak mampu lagi untuk menangis.telah kering mungkin airmata ku.atau diri ku semakin tabah. "habis kau nak diamkan je perkara ni?"aku masih merenung bintang-bintang.tak kuasa rasanya aku menjawab soalan yg entah berapa kali ditanyakan pada ku." Rosmah.,apa yang boleh aku buat.dah ini takdir aku".akhirnya aku bersuara."kau tak habis-habis dengan takdir kaudulupun kau cakap macam ni.dan setiap kali sesuatu yang berlaku ke atas diri kau semua kau cakap takdir.sampai bila kau nak serahkan semuanya pada takdir.kau ni iman macam tak ada perasaan langsung la..eeeee pelik aku dengan org macam kau ni".panjang betul ku rasakan bebelan rosmah.tapi ku diamkan saja. "itu kerja orang bodoh Iman." Rosmah menjeling tajam bila melihat aku senyum memandangnya.Kadang-kadang cara rosmah marah buat aku terhibur.Wajahnya yang comel semakin manis bila marah."rosmah kau nak aku buat apa.nak suruh aku pergi jumpa mak bapak dia,. Melutut depan diaorang dan merayu-rayu pada diaorang ?' "HEI.aku x suruh kau jumpa mak bapak dia..dan aku x suruh kau jadi penyembah manusia.sekarang ni aku nak kau jumpa haris dan Tanya dia apa sebenarnya yang dah terjadi.sekurang-kurangnya perkara tu keluar dari mulut dia sendiri.ini tidak main sampaisampai jereeeeeee rasa tercabar plak keperempuanan aku..geram betul aku ngan haris". Rosmah apa yang boleh aku buat.aku tak mampu nak buat itu semua.sesungguhnya aku diam bukan bermakna aku kuat dan sabar .sebenarnya aku tak mampu untuk menghadapi kenyataan ini.aku x sanggup mendengarnya sendiri dari mulut haris.cukuplah dengan berita yang arman sampaikan.itu telah membuktikan segalanya.telah terjawab segala persoalan ku.Cuma aku tak pasti adakah berita itu sememangnya kehendak kedua ibu bapanya atau haris sengaja ingin membalas apa yang telah berlaku 6 tahun lalutapi tak mungkin.jika benar haris ingin membalas dendam pasti dia akan beritahu sendiri pada ku.melihat sendiri bagaimana aku menangis kerananya.melihat sendiri bagaimana hancurnya dan kecewanya hati aku.masih tidak aku pasti ini adalah kehendak orang tuanya."haaa.! apa lagi iman, telefon lah si haris tu.." " Kau ni rosmah terkejut aku". "eeeee budak ni main-main pulak, aku yang beria-ia risau kat dia, dia masih tersengih-sengih lagi.kalau kau x nak telefon biar aku yang telefon dan Tanya sendiri kat dia". "uiksssss..x payahxpayahjangan rosmah, ya Allah budak ni, sesuka hati dia plak. Aku tak tau macammana nak cakap dengan dia. Biarlah kalau itu caranya haris nak balas dendamaku redha.dan aku doakan dia bahagia dengan pilihannya itu". Aku yang tadinya mampu bertahan dari mengalirkan airmata akhirnya kecundang jua.rosmah segera mendapatkan aku.aku tahu rosmah agak terkilan dengan apa yang telah berlaku antara aku dan haris.kerana dia dan arman lah yang berusaha untuk menyatukan kami kembali.

Kembali..?, bukanaku bukan kembali pada haris. Ini sebenarnya takdirermmmmm takdir lagi.tapi itulah sebenarnya.aku tak pernah terfikir untuk jatuh cinta pada haris.tapi bakat kepimpinannya selepas dia di lantik menjadi ketua kelas kami 6 tahun lalu mula merubah segala pendirian hidup ku. aku mula tertarik dengan sikap dan cara haris mengawal dan menjaga segala kebajikan kami.dimata aku dialah jejaka idaman malaycewah..tapi aku biasalah malu untuk memulakan bicara.Tapi bukan mata dan hati ku saja berkata begitu.rupanya sofiah sahabat ku mempunyai mata dan perasaan yang sama terhadap haris.sofiah ternyata lebih berani daripada aku. dia meluahkan perasaanya pada haris dihadapanku.haris hanya tersenyum memandangku.cukup manis senyumannya ketika itu.bisa gugur jantung ku.aku Cuma membalas senyuman dengan rasa kelat.haris menolak cinta sofiah mentah-mentah. "maafkan aku sofi,haris tak maksud nak lukakan hati sofi.tapi secara jujur haris nak beritahu ,haris belum bersedia menerima cinta seorang yang bernama wanita dalam hati haris.kitakan masih belajar.SPM pun tak lepas lagi.lagipun haris rasa kita lebih sesuai menjadi kawan.macam kawan-kawan yang lainbetul tak iman zulaikha"aku terkejut dengan pertanyaan itu. sebenarnya aku tengah mengelamun sendiri haaaa! ape dia..?" "ermmmm termenung pulak dia". "Betul kot" selamba aku jawab padahal aku tak ambik port pun apa yang haris dan sofiah bincangkan.aku melayan perasaan sendiri.aku lihat airmata sofiah dah bergenang. sesungguhnya aku faham bagaimana perasaan sofiah ketika itu.kecewa dan malu.itulah yang aku takut untuk lalui.kalau aku jadi sofiah dah lama aku pindah sekolah.tapi nak buat macammana silap sofiah sendiri.meluahkan perasaan tak kena pada tempatnya.tapi aku kagum dengan keberanian sofiah.dia dapat menghadapi apa yang telah berlaku.malah dia yang dahulunya jarang bersama kami , kini semakin aktif dalam apa jua aktiviti yang kami lakukan.mungkin inilah cara untuk dia mendampingi haris.'imanaku tengok sofi sejak dua menjak ni rajin join study group kita."Tanya rosmah suatu ketika sebelum peperiksaan yang amat penting dalam hidup kami."entahlah ros mungkin dia dah rasa seronok bila join kita".jawab ku.."yealah tu seronok ke nak ambil kesempatan menyendeng dengan haris" "kau ni rosmah ada-ada jelah." "ala macam la aku tak tahu pasal kejadian dia meluahkan perasaan cintanya pada haris" "eh mana kau tahu". "sudahlah imankau ada masa tu kansikit pun kau tak cerita ngan aku yek..ehh kau x jealous ke masa tu". "kenapa pulak aku nak jealous bukan masalah aku pun"aku cuba menyembunyikan sesuatu dari rosmah."wei cik adik macam la aku buta dan tulisekilas ikan di air aku tahu jantan betinanya tau" aku hanya tersenyum.tapi aku tahu rosmah pandai menyimpan rahsia.pandai tu tak lah pandai sangat.kekadang tu bila aku sergah terkeluar semua rahsia luar dalam.cemburu? siapa yang tak cemburu bila lihat sofiah memulakan langkah barunya.namun apa yang mampu aku buat.lagipun SPM semakin hampir.aku tak nak perkara-perkara remeh itu mengganggu pembelajaran dan peperiksaan aku.kalau dah rezeki aku tak kemana.

MENCARI KASIH..2 "Iman keka!.eddie memanggil ku. satu aku tak suka dengan budak sorang ni suka main-main nama aku.mak ngan ayah aku dah bagi nama aku sedap-sedap suka-suka hati dia jer panggil aku dengan nama tu.tapi eddie yang aku kenal memang orang yang suka bergurau dan buat lawak.kami tak pernah kering gusi bila berkumpul ramai-ramai ,ada saja benda yang menjadi bahan gurauannya. "apa dia.panggil nama aku elok-elok tak boleh .kang tak pasal-pasal ada pulak orang yang kutip gigi atas pasir ".balas ku dengan kasar. niat ku hanya membalas gurauan eddie tadi. "mak oooiii.takut plak aku bila dengar.patutlah orang takut ngan kau." "ada apa kau panggil2 aku " "iman,.haris panggil kau dia tunggu kat jambatan tu".bisik eddie di telinga ku. "hahhhharis panggil aku?" uiksss apasal main pesan-pesan plak ni dia tak bleh panggil aku sendiri ker.getus ku didalam hati. "pegi lah cepat dia dah tunggu kat jambatan tu.baik kau pegi sebelum sofiah nampak." deruan air sungai dan keriuhan pengunjung di taman rekreasi itu agak menggamatkan telinga.baru satu malam kami berkhemah di situ.dah lama kami tidak mengadakan aktiviti sebegini sejak masing-masing sibuk menumpukan perhatian terhadap peperiksaan SPM.Dan kini sebagai meraikan kemerdekaan selepas penat lelah , kami berkhemah disini. "harispanggil iman ke..?." aku mula mendekati haris yang menongkat dagu sambil memandang pengunjung yang sedang bersukaria bermain air di bawah sana.aku berdiri disebelahnya.aku memandang haris tanpa sebarang syak dan hanya menanti dia memulakan bicara. "iman.." "yaen haris"jawab ku ringkas. "apa iman buat lepas ni?." aku merenung pengunjung2 di bawah sana. "lepas nie?:"Tanya ku semula. "tak tahu lagi lakawin kot".aku ketawa kecil. haris hanya memandang ku dengan wajah serius .takut pulak rasanya. "okoksorry jangan la marah,macam x biasa dengan iman pulak." "ermmmharis tahu.tapi kali ni haris Tanya serius ok, iman janganlah main-main." "ermmmlepas ni".lama aku memikir sambil menggaru dagu yang tak gatal. "iman mungkin cari kerja, sementara tunggu result keluar, boleh juga buat simpanan bila nak sambung belajar nanti." "kau ada cita-cita nak sambung belajar iman?." " yup itupun kalau result aku bagus" "habis macam mana dengan haris?." jantung aku mula berdegup kencang bila haris menyuarakan soalan yang tak pernah aku fikirkan akan keluar dari mulutnya.aku rasakan seperti ada sesuatu yang haris ingin sampaikan.aku terpinga bagaimana aku perlu menjawab soalan itu.jiwaku jadi keliru.apakah maksud sebenar soalan itu pada haris.hati aku mula jadi tak tenang. "apa maksud haris?".aku memulakan kembali bicara yang seketika tadi membisu tertanyatanya. "kitakan kawan,sampai bila-bila pun kita tetap kawan,aku akan tetap ingat kalian semua walau.".aku berhenti dari meneruskan bicara tatkala aku tersedar haris memandang ku dengan mata yang tajam penuh makna.

"iman zulaikhaharis tahu iman sayang dengan semua kawan-kawan kita ,haris pun macam tu juga.tapi imanharis lebih sayangkan iman lebih dari seorang kawan." "maksud haris.?".aku pura-pura tak tahu walaupun aku sebenarnya faham apa yang dimaksudkan oleh jejaka disebelahku ini. " iman,haris sayang dan kasihkan iman,tapi belum masanya untuk haris luahkan segalanya.sebab haris tahu masanya belum sesuai untuk haris luahkan apa yang haris simpan selama ini.dan hari ini adalah masa yang sesuai untuk haris luahkan semuanya sebelum terlambat.haris tahu iman juga punya hati yang sama seperti haris." "eeeeee..mana ada".aku cuba menyangkal apa yang haris rasa.aku mula jadi tak menentu.aku yang tadi ceria tiba-tiba jadi diam. "iman tak payah nak tipu ,haris dah tahu semuanya dari mulut rosmah". Rosmah.? Aduihhhhh memang tak boleh simpan rahsia betullah perempuan sorang ni.aku mengetap bibir sambil memaki di dalam hati. "jangan pulak lepas ni pegi belasah si ros pulak yea.".tajam pula ku rasakan perli haris kali ni. "kalau ros x bagi tahu sekalipun haris tetap tahu sendiri .haris dapat lihat dari air muka iman masa sofiah jumpa haris tempoh hari." sofiahhati aku tiba-tiba tersentap bila haris menyebut nama sofiah.aku mula jadi binggung yang aku sendiri tak pasti puncanya. "imanharis tak minta iman jadi pecinta setia untuk haris.Cuma haris minta iman menghargai kasih dan sayang haris untuk iman.terima lah haris seadanya sebagai kekasih dan juga teman hidup iman suatu hari nanti". aku diam sejak tadi .aku rasa seperti mahu terjun dari jambatan itu.rasa nak pengsan pun ada juga.memang betul aku sayang dan kasihkan haris.ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan.hati aku mula terasa sebak.sejak mula tadi kepala fikiran ku sentiasa terbayangkan wajah harisdan sofiah.aku terus-terus menundukkan kepala.tanpa sedar aku terasa ada titisan air jatuh ke lengan ku .ehhhh aku menangis rupanya. "haris". aku mula menyusun kata mengatur bicara. "iman tak bermaksud nak lukakan hati haris.betul kata haris,iman punya hati yang sama seperti haris.tapi." "kenapapasal sofiah?" teka haris "haris,sofiah kawan iman,dan haris juga kawan iman.dalam keadaan begini apa yang iman dapat lakukan haris.dua-dua iman sayang.iman sayang kan sofiah sebab dia antara kawan yang rapat dengan iman.dan haris pula" aku tidak dapat meneruskan bicara dengan suara yang tersekat-sekat.memang berat rasanya keputusan yang aku perlu buat.tapi aku rasa inilah jalan yang terbaik buat aku. "iman tak nak lukakan hati sesiapa pun."aku terus binggung. kepala aku dah tak dapat berfikir secara waras.aku semakin celaru. "entahlah harisiman tak dapat beri apa-apa keputusan,berilah iman masa.perjalanan kita masih jauh , jika ditakdirkan umur kita panjangmungkin disinilah tempat kita nanti'. aku memaling tubuh dan terus berlalu meninggalkan haris yang masih tertanyatanya.mungkin masih tak pasti dengan jawapan yang ku berikan.aku berjalan perlahan menuju ke khemah.mata ku mencari-cari sofiah.takut kalau-kalau sofiah terlihat aku dan haris sebentar tadi.sungguhpun antara rosmah dan sofiah aku lebih rapat bersama rosmah,tapi sofiah banyak berkongsi masalah dengan aku.termasuklah masalah cintanya pada haris.apa mesti aku buat sekarang.selepas kejadian itu aku dan haris hanya mendiamkan diri.Cuma mata hati kami saja yang berkata-kata tatkala mata bertentangan.pilu rasanya hati ininak buat macammana.egokah aku sebagai perempuan atau aku terlalu mementingkan persahabatan.kami jarang jumpa selepas itu.malah kawan-kawan lain pun susah nak

jumpa.yalah budak baru lepas sekolah ,macam kambing dapat lepas dari kandang.masingmasing sibuk kumpul duit nak sambung belajar.aku pun masa tu apa kurangnya.kerja lah juga sebagai pembantu kedai persatuan di jabatan kerajaan di shah alam dengan gaji RM 450.00 .jadilah.nak kerja kilang mak tak bagi.katanya nanti dah pegang duit banyak dah malas nak sambung belajar.anak yang patuh la katakan.masa tu aku dah lupa pada haris.sekali sekala bila teringat terasa rindu dengan senyuman dan senda guraunya masa kat sekolah dulu.dirinya ku tinggalkan dengan seribu tanda Tanya yang masih tidak aku jawab.kasihan haris.biarkanlahbiarlah masa dan keadaan menentukan takdir antara aku dan haris.bila teringat haris kadangkala boleh buat aku menangis.sungguh murah airmata ku untuk haris. "wei termenung lagi"hampir terhempas remote control di tangan ku. ku lihat jam hampir pukul 12.00 malam.rosmah menuju ke dapur selepas menyergah ku.minum air agaknya.lama juga aku termenung tadi mengingatkan kisah-kisah silam.ku tekan punat-punat remote control mencari siaran.tiada satu pun rancangan yang menarik minat aku. "sudahlah tu imankau tak ngantuk ke,esok kerja bawak-bawaklah tidur..itulah aku suruh telefon tadi jual mahal.sekarang dok ingat jer". Aku hanya mendiamkan diri mendengar bebelan rosmah.aku tahulah kau baru habis bergayut dengan arman.rosmahrosmah.aku hanya mampu tersenyum melihat rosmah kembali ke kamar tidurnya. Tension sungguh ku rasakan hari ini.perangai bos yang tak sudah-sudah.kerja yang melambak-lambak.macam tak ada staff lain yang boleh buat semua kerja ni.takkan taip surat pun nak suruh aku buat.aku sekolah tinggi-tinggi bukan belajar buat kerja orangbukan belajar menaip surat.ku hempas fail yang tidak bersalah atas mejaku.ku hempas tubuh ku ke atas kerusi empuk yang kurasakan amat keras hari ini.ku pandang monitor dihadapanku.reunion terakhir kami 2 tahun lalu.masih segar diingatan di tempat yang sama seperti dulu.aku mengukir senyuman bila terkenang kembali waktu itu.gembira sungguh kami waktu itu.segala masalah hilang seketika juga kerinduan ku terhadap teman-teman akhirnya terubat juga.pada rosmahamyarmaneddie dan yang lain-lain.Cuma bezanya kali ini tidak seramai dulu.ada yang telah berkeluarga begitu juga sofiah.tak sangka jodohnya awal tapi bukan dengan haris.rindu pada haris?mungkin juga.tapi ketika itu hati aku masih tertutup dan terluka selepas pertunangan ku putus ditengah jalan.aku tidak pernah minta ini berlaku dalam hidup ku.tapi beginilah jika keputusan yang diambil secara terburu-buru dan campur tangan orang yang tidak sepatutnya.ahhhhaku hampir lupa pada kisah luka itu.aku tahu sahabat-sahabat yang lain terkejut bila rosmah nyatakan aku putus tunang bila hampir dua tahun aku menyepikan diri dari mereka.pada mereka aku tak pernah bertunang.segalanya kurahsiakan kerana haris.pada rosmah ku amanahkan segalanya untuk menyimpan rahsia hidupku.tapi akhirnya ke pengetahuan mereka juga .aku tak pernah salahkan rosmah dalam hal ini.aku tahu rosmah agak lemah dengan paksaan terutama paksaan dari seornag lelaki.dan aku tahu kalau bukan paksaan dari haris semua cerita pasal diri ku tak akan terkeluar dari mulut rosmah.aku jadi terlalu rendah diri sejak peristiwa yang ku anggap malang itu terjadi dalam hidup ku. Aku tak tahu kenapatapi hanya orang yang pernah mengalaminya saja tahu bagaimana perasan itu.aku jadi malu bila berjumpa dengan haris.rasa bersalah tak perlu nak cerita.dan aku tahu haris juga sedang hangat bercinta ketika itu.aku tak kenal wanita itu, tapi aku pernah terserempak haris bersama-samanya juga ceritacerita yang disampaikan oleh sahabat karibku rosmah.rosmah juga pernah memberitahuku, sejak ku menyambung pengajiaan ku gaya hidup dan perangai haris berubah.dia yang dulunya tidak menyentuh rokok ,kini rokoklah antara sahabat karibnya.jika dulu haris dikenali

dengan seorang yang lebih pemalu dan sopan dari sahabat lelaki yang lain kini tingkahnya sama seperti yang lain.tapi aku tahu dan yakin haris masih tahu batas-batasnya dan aku tahu mesti ada penyebab dia jadi begitu.adakah kerana ku?ohhhh tidak.mungkin dia ingin hidupnya lebih ceria.hanya haris yang mengetahui kenapa dia berubah.tapi syukurlah tiada sesuatu yang buruk berlaku yang bisa memusnahkan hidup haris.gaya hidupnya masih normal Cuma tidak seperti dulu.aku terus-terus membisu dari hidup haris.tapi kasih sayang dan rindu ku tak pernah padam untuknya. "cik iman zulaikha.". aku terdengar seperti ada orang memanggil namaku. "Iman!". Alamak misa la yang panggil nama aku. hisshhh termenung lagi aku.bilalah kerja nak siap kalau asyik kerja termenung je.aku hanya memandang misa kerani ku,dengan senyuman. "ada call untuk kau ni".beritahu misa. "sape misa?." Saja ku Tanya soalan yang sering ku tanyakan setiap kali ada panggilan luar untuk ku.bukan apa tengah-tengah badmood ni malas nak layan kerenah-kerenah orang yang kekadang tak masuk akal.karang tak pasal-pasal naik pula tempereture aku. "bunyi suaranya macam abang pendek kau..".misa mengagak "aduisss."dahi yang tak bersalah ku tepuk.satu bala lagieeee kalaulah aku tak fikir orang tua tu ada projek besar kat sini pegi mampus la orang tua miang tak sedar diri.getus hatiku.nak tak nak ku sambut juga panggilan itu walaupun terasa berat dalam hati. "hello."ku tunggu jawapan balas. "assalamualaikum.iman". "waalaikumusalam"jawabku.aku masih belum dapat mengagak siapa gerangan orang yang telah memberi salam kepada ku tadi.tapi ku pasti dia bukan si abang pendek. "iman sibuk?".tanyanya lagi. "sekarang belum lagi tapi kejap lagi mungkin ya.."persoalan ku masih belum terjawab. "iman haris ni".lama baru dia memperkenalkan dirinya. aku jadi bisu seketika.jantungku berdegup laju.fikiran ku mula bercelaru kembali.aku jadi serba salah. "kenapa haris tak telefon handset iman je?".Tanya ku memulakan kembali bicara. "haris tahu iman tak akan jawab panggilan jika yang keluar kat skrin tu nama haris".cerdik juga kau haris ,getus hati ku. "ok ,haris tak nak ganggu iman lama-lama.Cuma haris nak jumpa iman dalam masa terdekat ini". "untuk apa?". Tanya ku kembali. "please.Iman luangkan sikit masa untuk haris jumpa iman".lembut bicara haris memujuk. hati ku mula menahan sebak.ohtidak,janganlah kau mengalir wahai airmata.aku tidak mahu menangis lagi di hadapan yang lain.ku cuba tahan dan gagahkan diri. "sabtu ni lepas kerja".jawab ku memberi keputusan. "haris jemput iman kat ofis".pelawa haris. "tak apa lah haris,iman pergi sendiripantai baru tempat biasa pukul 2.00 ".lancar ku memberi jawapan. "terima kasih iman".ucap haris.dan ku balas ucapannya itu sebelum meletak gagang telefon.aku kembali merenung monitor dihadapanku yang telah bertukar gelap.segelap jiwaku sekarang.perlukah aku bersikap dingin terhadap orang yang aku kasihi.apa salahnya aahhhh aku pun pernah bersalah padanya dulu.walau apa pun aku perlu selesaikan segala tugas-tugas ku yang menimbun di atas meja.apa yang ku harapkan hari esok masih ada sinar harapan yang lebih indah dari hari ini dan hari ini ku harapkan lebih sempurna dari semalam.insya Allah.

MENCARI KASIH .3 "betul haris sayangkan iman?" "percayalah .hati haris x pernah berubah terhadap insan bernama iman zulaikha".haris cuba meyakinkan ku.aku merenung pukulan ombak dipersisir pantai.tak sanggup rasanyanya untuk ku merenung wajah haris ketika ini.adakah benar dia masih sayangkan ku. "beginikah caranya haris menyayangi iman..?" "bukan haris."haris cuba mempertahankan dirinya. "tipu! "aku bangkit dari bangku kayu itu .memandang wajah haris adalah satu keperitan buat ku. "iman tahu haris cuma nak balas dendam pada iman.betul iman pernah buat haris terluka tapi siapa iman untuk tidak melukakan hati haris ketika itu.". airmataku sudah tidak dapat ku tahan.memang murah sungguh airmata ku untuk lelaki ini.haris menarik tangan ku dan cuba digenggam bagi menenangkan perasaan ku yang sedang bergelora.namun ku tarik genggam itu.aku masih belum pasti siapakah yang bersalah dalam hal ini. "imanharis minta sangat iman dengar dulu penjelasan harisok".pinta haris .hati ku mula tenang kembali.ku berselawat ke hadrat ilahi bagi melindungi diriku dari hasutan syaitan.aku duduk kembali menunjukkan jiwa ku kembali tenang.aku diam menanti haris memberi penjelasan sebenar. "haris..tak pasti siapa yang bersalah dalam hal ini.mungkin antara kita masing-masing punya kesilapan sendiri.memang benar haris pernah terluka dengan iman kerana meninggalkan haris tanpa khabar berita dan jawapan yang tepat untuk haris simpan." Haris memulakan bicara. aku mendengar penuh hati-hati.aku terus membisu memandang buih buih ombak menghempas pantai.cuaca jam 3.00 petang itu masih agak terik.kami hanya berlindungkan pepohon kelapa dari pancaran terik matahari.aku masih menanti haris meneruskan bicara.tak ada perkara yang ingin ku sampai kan ketika ini selagi haris tidak menjelaskan segalanya. "hati haris lebih terluka bila rosmah beritahu iman dah bertunang dengan orang lain.haris rasakan gelap seketika dunia haris.pelajaran haris hampir terganggu ,nasib ketika itu ada teman-teman cepat menyedarkan haris.iman sendiri nampakkan perubahan pada diri haris sebelum inijadi tak perlulah haris cerita lebih lanjut apa yang berlaku dalam hidup ini dalam melupakan insan bernama iman zulaikha.haris tahu iman lebih dahulu tahu dari mulut sahabat-sahabat yang lain."aku mula memandang simpati pada haris. airmata ku mengalir perlahan.oohhhh kejam sungguh diri ini rupanya.haris menundukkan wajah memandang pasir-pasir putih dihadapannya. "dan haris tak pernah sangka , ibu telah tunang kan haris dengan orang yang haris tak pernah kenal pun siapa dia ketika itu .ibu hanya beritahu selepas 2 bulan kita bersatu kembali imanharis tak pasti apa tujuan sebenar ibu buat begitu.sebagai anak apa yang boleh haris buat..menolak permintaan ibu , satu perkara paling sukar dalam hidup harisiman.tapi dalam hati haris hanya ada iman."aku tertunduk diam mendengar penjelasan panjang lebar haris. haris menarik tangan ku semula.lalu digenggam erat dan di letakkan didadanya.sukarnya ku rasakan ketika ini.jawapan apa yang perlu ku berikan pada haris.aku tak mahu menjadi penghancur keluarga haris.tapi aku juga sudah tidak mampu untuk melukakan hati sendiri.ya tuhan kau bantu lah hamba mu yang lemah ini membuat keputusan.ku renung wajah haris puas-puas.ada airmata yang mengalir di wajahnya.perit sungguh ku rasakan melihat seorang lelaki mengalirkan airmata kerana diri ku yang hina ini

."haris.."terasa berat untuk ku memulakan bicara. "iman tak tahu dugaan apakah ini untuk iman.juga haris,tapi walau berat untuk kita tempuh kita terpaksa laluinya juga haris"aku tersedu dalam berbicara. Tangan ku masih erat di dalam genggamannya. "iman tak nak haris jadi penderhaka pada ibu bapa haris." Aku menahan sebak namun aku terpaksa meneruskan bicara ini. "Jika dia lah jodoh untuk haris yang dapat membahagiakan haris serta kedua ibu bapa haris..iman relakan pemergiaan haris dari hati iman" benarkah keputusan yang ku buat ketika ini.sanggup lagi kah aku menghadapinya. "tapi imanhati haris macam mana?"haris menimbulkan pertanyaan. "apa yang iman boleh buat semua keputusan di tangan haris.iman tak nak jadi penghalang dalam keluarga haris. iman tak nak orang anggap iman mengajar haris untuk menjadi anak yang derhaka .cukup lah haris..tapi jika benar cinta itu milik kita iman masih setia di sini, haris cari lah iman..iman masih tetap di sini.dan jika cinta itu bukan takdir untuk kita lupakanlah iman semampunya dan bahagiakanlah dia seperti haris cuba membahagiakan iman." Aku menarik perlahan tangan ku dari genggam dan berlalu pergi meninggalkan haris dalam mencari jawapan sebenar.biarkanlah dia membuat keputusan.apa lagi yang mampu ku lakukan.keputusan berada di tangan nya.memang berat hati ini meninggalkan haris.seberat ombak meninggalkan pantai.tapi yang pasti ku redha dengan perpisahan ini.aku relakan walaupun agak perit bagi ku untuk menerimanya.kegagalan ku buat kali yang kedua.tapi mengapa begini takdir ku bersama haris akhirnya.yaAllah tolong lah hamba mu ini dalam melalui liku-liku hari seterusnya.aku meninggalkan haris yang masih duduk termanggu di banggu itu semoga keputusan yang di buatnya akan lebih membahagiakan hidupnya.bukan aku ,bukan ibubapanya, bukan wanita itu. MENCARI KASIH..4 Terik sungguh cuaca hari ini.aku melangkah keluar dari kereta .nasib ada parking kosong sejuk sikit kereta aku.kesian hari-hari kena jemur.bebel ku sendiri.jam di tangan ku menunjukkan 1.35 petang.selesai membeli barang di pekan aku bergegas pulang ke ofis.banyak kerja yang perlu ku selesaikan hari ini.nak makan terasa tak selera pulak lagipun perut ku masih terasa kenyang.pintu kereta ku tutup rapat sebelum mengunci.kan seronok kalau ada driver..nak masuk ada orang bukak dan tutup pintu nak keluar pun ada yang tolong bukakanermmmm tapi kenapa lah aku tak fikir aku ni bukan anak orang kaya nak pakai driver pun.aku tersenyum sendiri dengan angan-angan ku. "ooooppppss.sorry." plastik yang ku jinjing jatuh ke bumi nasib tak bertabur semua barang.siapa pulak lah yang tak reti tengok jalan ni.tempat parking sempit ni pun nak lalu.marah ku sendiri di dalam hati. "assalamualaikum.."orang itu memberi salam. "waalaikumusalam"jawab ku sambil mengutip plastik yang terlepas dari tangan ku tadi. "iman."aku seperti mengenali dan biasa dengan suara itu.ya harisapa dia buat di pejabat ku ini?.aku bangun ,memandang dan melemparkan senyuman kelat pada jejaka yang pernah ku kasihi.pernahtidak , yang ku kasihi dulu ,kini dan selamanya. "apa haris buat kat sini..?, bila haris sampai..? haris nak jumpa siapa " aku mula bertanya seperti makcik polis pencen.bukan apa aku sebenarnya gugup bila berhadapan dengan lelaki itu.entahlah aku sendiri tak pasti kenapa dan mengapa. "iman sihat..?Tanya haris

"alhamdulilah.tuhan masih beri kekuatan pada iman." jawab ku.tak sanggup rasanya untuk aku berhadapan dengan lelaki ini terlalu lama. "iman.." haris menghulurkan sekeping kad berwarna ungu. "apa ni haris?." Ku sambut sampul itu walau sebenarnya amat berat untuk ku capai ,saja ku Tanya walau sebenarnya aku sudah mengagak apa isi kandungan nya.Ya tuhan. sanggupkah aku membuka dan membacanya.hatiku terasa sebak sebenarnya.namun ku tahankan juga dari terus mengalir untuk lelaki ini. "iman janji" "janji apa?"soal ku kembali. "janji ..menjadi sahabat haris yang setia sampai bila-bila."bicara yang dikeluarkan haris berbunyi sebak.aku faham perasaanya,kerana perasaan kami sama ketika ini. "iman janji haris, insyallah." Hanya itu yang mampu ku lafazkan "imanjaga diri baik-baik, dan maaf kan haris atas segala yang telah terjadi, haris balik dulu."haris terus berpaling dari memandang wajahku dan berlalu menuju ke keretanya.aku tahu dia menahan sebak sebenarnya. "haristerima kasih." Jawabku ringkas.haris terus berlalu meninggalkan ku bersendirian di situ.airmata ku mula bergenang.mahu saja rasanya ku berlari mengejar haris dan mendakapnya.tapi apa kan daya aku haris bakal menjadi milik orang.dugaan apakah yang engkau berikan ini ya..Tuhan ku.kau tetapkan lah iman ku ,kau tabah kan lah hati ku dalam menempuh segala ketentuaan mu ini ya Allah.airmata jernih mula mengalir ke pipiku satu persatu.sudah tidak dapat ku tahan lagi.aku berlalu menuju ke pejabat.semakin panas ku rasakan cuaca hari ini.mujur kakitangan semua keluar makan.airmata ku terus mengalir .biarkan lah ia terus mengalir jika itu dapat melegakan perasaan mu iman zulaikha.ku buka sampul berwarna ungu.hidung ku tertusuk bau harum yang keluar dari sampul indah itu.ku tarik kad di dalamnya, ku buka dan ku baca.ku kuatkan semangat untuk terus membaca. Walimatulurus.. haris ridzuan dan azah jasmin. 25 disember 2003 rapat jaya ipoh.. 28 disember 2003 seksyen 6 shah alam. Ringkas ku baca kandungan kad itu.bukan malas tapi tak sanggup rasanya untuk mengetahui lebih dari itu.dan ku pasti inilah keputusan terbaik yang haris dapat lakukan untuk dirinya.jam didinding menunjukkan hampir pukul 2.00 petang.masih sempat untuk ku menunaikan solat zohor sambil memohon ke hadrat ilahi supaya jiwa ku di beri ketenangan dan kesabaran.ku menadah tangan kepada mu ya Allah.kau ampunilah segala dosa-dosa ku ya Allah, aku hanyalah hambamu yang kerdil lagi hina di sisimu ,memohon rahmat dari mu ya Allah,kau tabahkan lah hati ku, kau kuatkan kan iman dan hati ku, kau berikan lah pentunjuk pada ku ya Allah.hanya pada mu ku berserah dan meminta.sesungguhnya hanya engkau lah yang dapat memberikan kebahagiaan pada ku dunia dan akhirat.ya Allah ya Tuhan ku , jika ini adalah dugaan dari mu ,dan ketentuaan mu ,haris bukan lah milikku,aku relakan pemergiaan nya dari hidupku.kau bahagiakanlah hidupnya.kau sejahterakanlah rumahtangganya, kau luputkanlah namaku dari ingatannya dan kau luputkanlah namanya dari ingatan ku.sesungguhnya ya Allah aku redha dengan ketentuaan mu ini.amin Selesai menadah tangan aku meneruskan tugas-tugas ku seperti biasa.ku lihat ramai kakitangan sudah kembali memulakan tugas waktu petang.aku cuba buat seperti biasa.aku tidak mahu mereka mengesyaki apa yang sedang bergelodak dalam jiwaku ketika ini. Aku tidak mahu mereka mengetahui aku sedang menghadapi kekecewaan sekarang.biarlah ku

tanggung semuanya sendiri.aku masih ada keluarga, aku masih ada rosmah sahabat karibku dan aku masih ada Tuhan yang telah memberi kekuatan pada ku selama ini.semakin perit ku rasakan perjalanan hidupku ini.namun aku pasrah atas segalanya. Mencari Kasih5 Kenapa ku rasakan terlalu syahdu malam itu.angin berhembus lembut ke balkoni tingkat 7 apartment milik rosmah.untung rosmah muda-muda lagi dah ada rumah sendiri.yelah anak orang berada ,harijadi yang ke 21 je dah dapat kereta ,tamat pengajiaan dapat rumah,apa yang nak diherankan kalau nak dibandingkan dengan aku hanya anak seorang pegawai kerajaan.jangankan nak hadiahkan aku kereta, motosikal pun kena fikir seratus juta kali.bukan x mampu tapi kami telah dididik supaya tidak terlalu manja dan di ajar agar berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu benda yang kami inginkan.dan alhamdulillah didikan ibu dan ayah menjadikan kami berjaya dan bahagia bersama keluarga.walau sebenarnya kejayaan ku ini belum ketahap yang aku inginkan.sebolehnya aku ingin menjadi seperti abang ku yang hampir berjaya dalam usia muda dalam mengejar cita-cita.sekurangkurangnya 2 orang adikku akan bangga bercerita tentang kejayaan abang dan kakak mereka pada kawan-kawan.ermmm apalah khabar abang indra sekarang.hampir 4 tahun dia dirantau orang Cuma 2 kali abang pulang menjenguk kami.tak nak bebankan ibu ngan ayah katanya.Cuma abang rajin kirim email dan gambar-gambar buat kami sekeluarga melepas rindu pada nya , kami sekeluarga rindu dengan gurauan dan senyuman abang.dalam perhitungan ku kurang setahun abang indra akan kembali ke tanah air.menabur bakti di tanah tumpah darahnya.abang..kami sekeluarga setia menanti kepulangan abang.aku tersenyum sendiri bila teringatkan abang indra zulkarnain.kedinginan malam itu seperti menusuk-nusuk hingga keparu-paru.langit kelihatan mendung, tiada kilauan bintang yang kelihatan.aku memeluk tubuh , menikmati kesegaran dan keindahan malam yang suram.malam ini adalah malam bersejarah buat pasangan haris ridzuan dan azah jasmin, malam pernikahan sepasang mempelai yang secocok pada pandangan ku.sedih? hati aku memang sedih malah terlalu sedih.menangis? apa yang mampu ku lakukan dengan menangis.adakah airmataku ini bisa menghentikan pernikahan itu.adakah airmataku ini bisa mengembalikan haris kepada ku.jika betul hanya airmata bisa mengembalikan orang yang aku sayang, bukan 7 tempayang yang ku sediakan tapi 70 akan ku hantar ke rumah haris.tapi mana mungkin.kalau 70 bermaksud aku dah butakalau dah buta mahu lagikah haris pada ku.bukan setakat haris, mamat indon pun tak nak agaknya.aku ketawa kecil sendiri. "wei.kau ni betul ke tidak ni iman,ketawa sorang-sorang.."rosmah menepuk belakang ku.hampir saja jantung ku luruh ketingkat bawah. "oooiiikalau ye pun, bagi la salam dulu,kalau aku terjun tadi macam mana."cepat tangan ku menarik telinga rosmah yang berdiri di sebelah ku.rosmah menjerit kecil menahan kesakitan "iman..jangan la tarik kuat-kuat kang terlondeh plak telinga aku,lari plak arman bila tengok telinga aku panjang sebelah.hehehehe." "tau pun takut arman lari.dah tu kalau aku terjun tadi,sape plak nak tadah airmata ibu ngan ayah aku." "takpe aku boleh tolong tadahkan, tapi kena ada upah la." "amboi.banyak kau punya lawa."ku tarik hidung rosmah "hoihoisudah la iman, kau kalau bab melawak ni sampai pagi esok pun tak habis."rosmah menutup mulutku dengan tangannya.kami ketawa bersama.kemesraan kami sejak dibangku sekolah tak siapa dapat pisahkan kecuali mati. "apa yang kau gelakkan sensorang tadi iman..?'tanya rosmah memulakan kembali bicara. "ala aku teringatkan abang aku indrarindu rasanya kat dia.dah lama dia tak sakat aku." Aku

cuba sembunyikan perasaan ku sebenar. "eh imankau tak teringin ker jadikan aku kakak ipar kau." "eeeeee please la ..simpang malaikat 444 aku dapat kakak ipar macam kau."aku cuba mengejek rosmah. "aku kan iman .kalau lah aku dapat suami macam abang kau tu.7 hari 7 malam aku buat kenduri tau." "ermmmm tak payah, sekian terima kasih.sungguh pun abang aku tu umur dekat 34 tahun dia belum kemaruk nak berbini tau." "ala aku memain jer la, kalau aku jadi kakak ipar kau mana aku nak letak si arman buah hati aku tu." "tau pun kau,kalau kau nak sangat tengok si arman tu macam mana dia frust menonggeng kau buat lah perangai.kang tak pasal-pasal dengan aku-aku ikut menonggeng." "kah..kah..kahkah"ku rasakan ketawa kami hampir di dengar seluruh warga apartment.ala bukan selalu pun kami buat kecoh.sekali-sekala nak juga curi perhatiaan ramai . "iman..?"rosmah memandang wajah ku "kau tak rasa sedih ker malam ni?"Tanya rosmah.solan itu seperti cuba membunuh keriangan kami malam ini. "kenapa..?"aku saja bertanya. "hari ni kan." "haris nikah"ku sambung kata rosmah "kenapa soalan itu yang kau Tanya pada aku ros.kenapa kau tak Tanya diri kau sendiri bagaimana perasaan kau bila malam ini arman bernikah dengan orang lain.hati kau kecewa dan hancur kanmacam tu juga perasaan aku ketika ini ros.tapi apa yang mampu aku buat haris dah jadi milik orang .aku hanya mampu doakan kebahagiaannya."ku cuba tahan airmata ku dari terus mengalir.walau sebenarnya hati aku terasa terlalu sebak. "laaa rosaku yang sedih apasal kau yang menangis..?" rosmah mengelap airmata di pipi gebunya. "dah kau tadi suruh aku bayangkan kalau arman nikah dengan wanita laintu yang aku nangis tu."aku hanya tersenyum memandang rosmah sambil membantu dia mengesat airmata. "la kau ni tak kan la sampai nangis." "takde lah iman..bukan pasal tu aku nangis." "dah tu pasal apa pulak."Tanya ku kembali. "sebenarnya aku sedih tengok kau imanlepas satu..satu dugaan yang kau terima .aku tak sangka aku punya kawan setabah kau ."rosmah memaut erat tangan ku "aku minta maaf imankalau aku tahu begini akhirnya kisah antara kau dan haris ,takde lah usaha aku dan arman untuk satu kan kalian kembali.aku tak sangka hati kau terguris lagi kerana aku, maafkan aku iman.." "rosmah kau tak salah dalam hal ni, aku x pernah fikir sampai macam tu sekali rosmah ,kau sahabat aku.aku tahu niat kau suci.telah di takdirkan haris bukan milik aku,dan aku terpaksa terima dengan redha walaupun sebenarnya hati aku terlalu pedih ros."airmata masih mampu kutahan dari terus mengalir.walau telah sebutir dua telah jatuh ke pipiku. "kenapa haris terlalu kejam pada kau iman." "itu bukan kehendak dia rosdia terpaksa.." "terpaksasungguh pun dipaksa ,tapi bukan ini jalan penyudahnya, dengan melukakan hati yang dah lama terluka."ros cuba mempertahankan perasaan ku.aku faham situasi rosmah sebagai rakan karib ku.

"cukup lah ros,aku yang menghadapinya, biarlah aku yang tanggung segalanya." "cukup kau kata..kau kat sini menangung hati yang hancur,haris kat sana sedang berasmara dana dengan isteri yang entah berapa hari baru dia kenal.sedangkan kau 7 tahun menunggu, ini yang kau dapat." "mungkin ini balasan untuk ku ros,kerana pernah mengecewakan dia dulu." "Tapi itu bukan kehendak kau." "Ros..kehendak atau bukan itu bukan persoalannya, persoalannya kini aku pernah hampir menghancurkan hidupnya.dan aku cuba untuk membahagia dan memceriakan kembali hidupnya, tapi tuhan x beri aku kesempatan itu ros."dan akhirnya airmata ku mengalir juga.empangan yang ku tahan pecah juga akhirnya.aku mendakap erat sahabat karib ku itu. "sudah lah iman.perjalanan kau masih jauh,aku pasti masih ada sinar kebahagiaan untuk kau kecapi bersama insan tersayang satu hari nanti.aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan agar kebahagiaan itu tetap menjadi milik kau iman. Maaf kan aku iman atas apa yang telah terjadimaaf kan aku." "terima kasih ros kau lah sahabat aku dunia dan akhirat."aku sudah tidak mampu untuk meneruskan bicara.dan aku tak pasti masih adakah sinar kebahagiaan untuk ku esok.namun aku harus yakin kebahagiaan itu akan tetap menjadi milikku selamanya suatu hari nanti.insyaallah.angin mendung tadi telah membawa hujan renyai di kota metropolitan ini.kedinginan masih tetap ku rasakan. Namun kedinginan malam itu masih tidak mampu menyejukkan hati ku yang dalam kepanasan.aku menutup pintu balkoni dan ku rapatkan tirai. "selamat malam iman.semoga diri kau semakin tabah dan aku sentiasa doakan kebahagiaan itu tetap menjadi milik kau." "terima kasih rosaku doakan kau supaya arman cepat-cepat masuk meminang kau."aku senyum cuba menyakat rosmah cuba mengembalikan keceriaan malam itu. 'kau ni imanade je idea kau nak kenakan aku yea."rosmah cuba mencubit lengan ku.nasib ku sempat mengelak.kalau tidak pasti lebam lengan ku seminggu. "selamat malam rosmah, mimpi aku ye malam ni".ucap ku sebelum menutup pintu bilik. Semoga malam ini mimpi indah akan mengunjungi tidur ku.walau hakikatnya hidupku tidak seindah mimpi itu..

Mencari Kasih .6 Kring..kring..kringtelefon berwarna merah di apartment milik rosmah itu menjerit menbingitkan telinga. "ros..angkat la telefon tu, mesti buah hati kau yang telefon."aku memberi alasan. "cerdik cerdik..cakap je lah ko malas nak angkat, banyak pula alasan x munasabah dia."rosmah mengeluh. Aku hanya tersenyum memandang rosmah yang bangkit dari sofa empuknya menuju ke meja telefon.panjang sungguh muncungnya,aku rasa bolehlah buat sangkut baju tiga empat helai.sempat pula tangan nya cuba mencubit lengan ku.tapi yang pasti aku memang sentiasa bersedia mempertahan kan diri dari terkena cubitannya itu . rosmah, dah setengah tahun dia bertunang dengan arman.nampaknya setengah tahun lagi aku kena pindah keluar dari apartment rosmah ni.takkan lah bila diaorang dah kawin aku nak terus menumpang kat

sini.bahagia sungguh aku tengok hubungan rosmah dengan arman.cinta sejati lah katakan.dan juga cinta pertama mereka.aku terus menonton drama swasta yang baru saja memulakan tayangan.hari-hari tengok cerita orang putih, sekali sekala best juga menonton cerita melayu ni.yelah sape lagi nak sokong industri filem melayu ni kalau bukan kita orang melayu sendiri. "aduisss,wei, apa ni 1."rosmah menarik tocang ku yang ku dandan kemas. "buah hati aku konon.memang dasar penyegan, ibu kau telefon tu."rosmah menjegilkan mata kearahku. "oh..ye ke, ala ros jangan lah marah.kalau bukan kau siapa lagi nak tolong aku kan."rosmah menjeling tajam kearah ku sambil memuncungkan bibirnya yang ku agak hampir 5 kaki panjang nya "assalamualaikum bu." "Waalaikumusalam.anak ibu sihat?."kedengaran suara lembut ibu ku jauh dicorong telefon. "Alhamdulillah ibu, iman sihat kat sini..ibu ,ayah ngan adik sihat?." "kami semua sihat iman.Cuma adik je demam selsema sikit.study sampai lewat malam." "laa.kenapa study sampai demam,karang dia juga yang susah.ibu nasihat kan lah dia sikit." "ibu dah cakap dah, tapi dia kata SPM dah dekat takut gagal nanti, lagipun dia kata dia nak lawan result kamu dan abang.tapi sejak demam ni dia slow sikit." "ok lah tu,iman doakan adik akan lebih cemerlang dari kami.ermmm ada apa ibu telefon iman." 'ibu harap minggu ni kamu balik kampung sekejap,ada benda yang ibu nak bincangkan dengan iman."jantung ku mula berdegup kencang.rasa seram pulak bila ibu beritahu ada benda yang nak dibincangkan. "apa yang macam penting sangat ni bu." "ala kamu balik la dulu..balik ya iman, jangan lupa ajak sekali abang indra kau balik.jangan ingat kerja jer." "haaaaiman tau ,ibu nak kawin kan abang ya?" "hissss ,kamu ni banyak betul Tanya nya ,balik je la dulu" "okok.nanti iman bagitau kat abang.orang gerenti balik minggu ni ." "dah la iman, kalau cakap dengan iman lelama boleh semput ibu tau." "heheheheheala bu iman Cuma nak bermanja-manja dengan ibu jer, .ye lah ibu dah ada adik mana ingat kat iman lagi" "dahdah iman jangan nak merepek lebih-lebih.penat dah ibu pegang telefon ni lamalama." 'ok ,ibu.kirim salam kat semua ya.sayangggggg ibu. Bye assalamualaikum." Itu lah ibu ku puan zaharah. Dua bulan lagi dia akan pencen sebagai pegawai kerajaan.dan setahun kemudian ayah pula akan pencen.sudah masanya ibu dan ayah berehat di rumah.susah payah mereka membesarkan kami 4 beradik sudah sepatutnya kami balas.mereka kawin dalam usia muda.ye lah orang dulu-dulu umur 20 tahun dah di anggap anak dara tua.tapi sekarang umur macam aku masih steady lagi.masa membezakan segalagalanya.apa lah yang penting sangat ibu nak bincangkan tu.takpe lah ,lagipun dekat sebulan aku tidak menjenguk kampung.kasihan mereka bertiga , bukan tak nak tapi aku terlalu sibuk dengan tugas-tugas.apa lah yang diaorang nak buat bila pencen nanti.mesti bosan giler punya.aku dan abang di kota metropolitan ini.adik izham di universiti nak balik selalu.ermmm Pulau Pinang tu bukan dekat pun.lagi pun biarlah dia tumpukan sepenuh perhatiaan dia pada pelajaran.adik izara mesti dah masuk universiti masa tu nanti.nak berkebun.. apa lah yang nak dicangkulkan dengan tapak rumah sekangkang kera tu.ada

tanah nun jauh di sebelah negeri.nampaknya jaga anak-anak kucing kat rumah tu je lah.aku tersenyum sendirian. "habis tu ibu terima ke?." Aku bagaikan nak pengsan mendengar apa yang baru sebentar tadi ibu suara kan. "bagus lah tu bu, jangan dibiarkan lama-lama anak dara ibu ni,takut terus tak laku pulak nanti."abang indra bersuara mula menyakat ku. "eleh cakap orang ,abang tu tak sedar diri dah jadi bujang tua.pandai pulak nak mengajar ibu ya"aku mencebik dan menjeling tajam kearah abang indra.dia hanya tersenyum memerhati gelagat ku. "tak.ibu belum terima lagi pinangan tu ,ibu tak nak keputusan ibu nanti bakal membuat anak-anak merana."aku mengurut dada lega . "nasib baik." "jadi macam mana Kamu setuju ke tidak ?.atau kamu dah ada pilihan sendiri?"Tanya ibu lagi. "ala bu , suruh lah abang nikah dulu dengan kak sarah.iman tak fikir lagi lah pasal ni." "yang nak nikah tu memang lah ibu dah pastilah dia akan bernikah, sebab dah ada calon.yang kamu ni ibu tak nampak pun calon-calonnya.jangan lah peristiwa yang dah lepas kamu jadikan penyebab sampai tak nak kawin."bicara ibu tadi telah mengingatkan aku pada peristiwa lalu.kasihan ibu dan ayah, aku tahu mereka malu bila pertunangan aku terputus .sedara-mara dan jiran-jiran berbisik sesama sendiri tentang aku.dan aku tak sanggup untuk malukan mereka sekali lagi.cukuplah apa yang telah mereka hadapi. "bukan macam tu bu, iman bukan tak nak bernikahtapi iman belum sedia lagi, banyak lagi yang iman nak cari."aku memberi alasan. "belum sedia lagiermmm umur dah lebih suku abad masih tak sedia lagi?." "ala bu terima je lah pinangan tu, pastu nikahkan dia cepat-cepat.tak pun buat sekali dengan kenduri abang nanti.jimat sikit belanja."abang yang dari tadi senyap membaca majalah mula menyampuk.rasa geram pulak aku dengan orang tua ni.rasa macam nak ku tikam-tikam.tapi kalau aku tikam nanti mati pulak abang aku yang sorang ni.sapa lagi nak menyakat dan aku sakat. "abang jangan nak jadi batu api ya.ala kalau orang nak menikah pun, orang tak nak sama ngan abang.eeeeee .mana glamour syer-syer majlis ."ku jelling sekali lagi pada abang indra yang duduk di sebelah ibu.kalau dia duduk sebelah aku dah lama aku 'back hand'. "oooooo pandai memilih.haaaa apa lagi bu terima jer pinangan tu.lagipun budak tu bukan calang-calang.bakal doctor.."ku baling bantal sofa yang ku pegang pada abang tepattepat kena pada mukanya.. "woi.sakit la." Abang mengaduh. "rasakan kau padan muka" "ehhhhhsudah lah tu.korang bila dah berjumpa,kalau tak bercakar tak sah." "begini lah iman,macam ibu cakap tadi,ibu taknak keputusan ibu buat anak-anak ibu merana.jadi ibu nak iman fikir betul-betul pasal pinangan pakcik ramlan tu.ibu nak iman bagi keputusan dalam masa 2 minggu.boleh kan anak ibu." "wah ibu macam lecturer iman dulu lahsiap bagi tempoh." "hissss, budak ni orang cakap betul-betul dia main-main pulak" marah ibu "ala bu 2 minggu je mana cukup.bagi la 2 bulan ker 3 bulan ker.biar iman fikir semasakmasaknya sehingga betul-betul ranum."aku senyum nakal pada ibu. "budak inikalau dah sampai dua tiga bulan berjanggut lagi panjang la pakcik ramlan tu tunggu."

"ala.ok sebulan setengah boleh ya bu.kalau tak iman tolak mentah-mentah sekarang." "iman.."ibu mula risau dengan permintaan ku. "ibu.ini soal masa depan iman bu.please.biarlah iman fikir dan buat keputusan dengan betul."ku ganggam tangan ibu merayu simpati.lama ibu berfikir memandang ku. "kalau itu keputusan iman ,esok ibu telefon pakcik ramlan minta izin." "terima kasih ibu.sayang ibu ku sayang."kupeluk dan ku cium ibu.bagiku tiada ibu yang sehebat ibuku puan zaharah.aku menjelir ke arah abang yang masih setia di sisi ibu.abang indra menarik tocang yang ku dandan kemas.aku mengejarnya hingga ke dapur. Hampir 6 bulan abang indra kembali ke tanah air .3 bulan di tanah air dia terus bertunang dengan kak sarah kekasih lamanya.setia sungguh kak sarah menunggu abang hampir 7 tahun.dan abang langsung tak tergugat imannya dengan minah-minah orang putih yang mancung-mancung hidungnya kat London tu.alangkah bagusnya kalau aku jumpa orang yang setia macam abang indra.hujung tahun ni berlangsung hari yang paling bersejarah dalam hidup abang indra.ibu dan ayah pun awal-awal lagi dah buat persiapan.yelah hati ibu bapa mana tak gembira meraikan perkahwinan anaknya.menantu sulung pulak tu.termakbul juga doa ibu nak tengok abang naik pelamin.mula-mula ibu dengan ayah risau juga bila menghitung umur abang yang dah hampir 35 tahun.tapi kalau dah jodoh, lewat-lewat pun khawin juga.abang tak lama lagi dah nak lepas.yang aku ni macam mana. Selesai makan aku terus menuju ke bilik.aku rasa macam dah tak ada semangat untuk duduk di luar bercerita dengan keluarga.sejak ibu beritahu perkara tu , kepala fikiran aku tak sudahsudah dari memikirkan hal itu.bagi aku sebulan setengah tu sekejap .aku kenal iskandar anak pakcik ramlan tu.budak kampung sebelah.kami sekolah rendah bersama-sama dan aku pun dulu rapat juga dengan dia.Cuma kami terpisah bila naik ke sekolah menengah.yealah dia lebih bijak dari aku.best student la katakan.sejak itu aku terus tak berhubung dengan dia.alihalih bapak dia datang meminang aku pulak.mahu aku tak terkejut beruk.yang lagi buat aku pelik,katanya iskandar masih di India.macam mana pulak boleh datang meminang aku.bukannya pernah jumpa aku pun.dia tak takut ke kalau aku ni gemuk ker, dah buta ker,dah kudung ker.aaahhhhitu tak penting yang penting sekarang ni perlu ker aku setuju dengan pinangan itu.buntubuntutapi apa lagi yang aku tunggu dalam hidup ini jika bukan kebahagiaan itu.dan tapi adakah jalan ini yang menuju ke arah kebahagiaan yang aku cari.bolehkah tanpa cinta kebahagiaan itu boleh terbina.dapatkah aku melupakan haris untuk iskandar.ahhhhkenapa aku masih ingat pada lelaki itu.dia telah menjadi milik orang.berdosakah aku kerana masih menyintai suami orang.maafkan aku azah.telah ku cuba lontarkan jauh-jauh nama dan wajah haris dalam hati dan jiwaku.tapi apalah daya ku, kerana haris adalah cinta pertamaku sejak ku kenal erti cinta sebenar.kau yang sebenarnya menjadi merampas impian kami azah.tapiaku masih belum jumpa dimana kesilapanmu itu.kenapa aku jadi terlalu setia pada suamimu.bodohkah aku kerana menyintai dan masih menyayanginya.semalaman aku tidak dapat tidur memikirkan kisah dan hal itu.aku tidak boleh terus begini.ku sucikan diriku,ku serahkan diriku kepada yang Maha Esa.malam itu ku minta petunjuk dari nya.berilah aku keputusan yang sebenar-benarnya.keputusan yang dapat membahagiakan ku, kedua ibubapaku serta keluargaku.aku tidak mahu mereka malu lagi buat kali kedua kerana ku.dan akan ku terima dengan redha jika benar jalan itu akan membawa aku kepada kebahagiaan yang abadi.

Mencari Kasih ..7 Pagi itu aku aku terlewat ke tempat kerja.aku tidur lewat malam tadi.masih memikirkan pasal hal itu.aku masih ada setengah bulan untuk memberi jawapan pada ibu.lagi ku menghitung hari ,lagi ku rasa terlalu cepat masa berlalu.rosmah pulak macam dah tak sabar-sabar nak menikah dengan arman.biarlah asalkan mereka bahagia.aku pun dah mula cari rumah sewa berhampiran dengan tempat kerja.terpaksalah aku menyewa dulu sementara rumah yang ku beli siap sepenuhnya.hai, macam tak percaya pulak, yang aku dah beli rumah.walaupun tak besar cukuplah untuk buat aku berteduh dan ku jadikan sebagai harta.sekurang-kurangnya salah satu impian ku telah tercapai.manalah tau satu hari nanti rezeki aku murah.dapatlah aku bina rumah impian ku yang sebenar-benarnya..insyaallah. Belum sempat aku melabuhkan punggung, aku terbaca memo di atas meja.mak aiii..berderet tu,nampaknya satu harilah aku tak duduk ofis.getusku sendiri.masa-masa banyak mesyuarat dan lawatan macam ni lahdia cutilah, sakitlah, kucing nak beranak lah macam-macam hal.nak buat macam mana dah arahan nak taknak terpaksa juga ikut.macam ni lah kerja makan gaji.masing-masing dah macam lembu kena cucuk hidung.entahlah sampai bila aku nak jadi macam ini.nak buka perniagaan sendiri aku rasa aku masih belum mampu.banyak lagi yang masih perlu aku pelajari.mungkin satu hari nanti insyaallah. "misa, bila masa pulak memo ni diletak atas meja aku."ku Tanya misa kerani ku. "pagi tadi"jawab misa ringkas. "kali ni apa pulak alasan dia?" "entahCuma dia cakap hari ni dia cuti kecemasan." "ermmmoklah, takpe." Aku malas nak banyak cakap pasal bos aku sorang ni.masa rajin terlalu sampai menyusahkan orang.bila tiba masa malas dia,tak payah nak cakap lah memang lagi menyusahklan. Pagi itu mesyuarat tamat hampir jam 12.30 tengahhari.selesai meyuarat, ahli lembaga pengarah minta untuk melawat tapak seperti yang tersenarai di dalam memo ku tadi.dengan cuaca yang panas terik ,nak tak nak pergi jugalah.hampir jam 2.00 petang baru ku dapat pulang ke pejabat.misa hanya tersenyum melihat ku masuk ke pejabat.tiada sebaarang bicara yang keluar dari mulutnya.mungkin takut untuk menegur ku bila melihat ku berwajah letih. Telefon bimbit ku berdering.ku mencari-cari di dalam beg tangan ku. "hello.rosmah." "iman.." 'ermmmada apa kau telefon aku?" "iman.arman dah telefon kau?" rosmah menyoalku kembali. "belumkenapa?" 'iman aku harap kau tak terkejut dengan apa yang aku nak sampai ini." "kenapa.?"hati aku mula rasa tak senang "dan aku harap kau tenang." "yelahtapi kenapa..?"aku jadi rasa tak sabar untuk mengetahui hal yang sebenar. "haris kemalangan imanparah" "apa..kemalangan"ku rasakan jantung ku hampir luruh mendengar berita itu "ya imanpagi tadi,dalam perjalanan balik ke Perak bersama azah."

"parah sangat ke , ros?" "susah aku nak cakap, doctor kata 50-50." "Ya Allah"mengucap panjang ku di dalam hati.aku bagai sudah tidak bermaya.langkah ku longlai menuju ke meja.walau pun haris bukan lagi milik ku tetapi hati ku masih tetap padanya. "azah?"aku hampir lupa pada wanita itu. "azah..dia dah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital."lambat rosmah menjawab.aku bertambah longlai dengan berita itu.misa dihadapanku tertanya-tanya berita apa yang telah ku terima.kenapa ini yang berlaku.kasihan haris ,isteri yang dikahwini tidak sampai 2 tahun telah kembali bertemu Allah.adakah aku gembira dengan berita ini.oh tidak,aku tidak sekejam itu.aku sendiri telah merelakan perpisahan itu dan aku telah redhai pernikahan mereka .kenapa aku perlu gembira dengan pemergiaan azah.sedangkan haris sedang bertarung dengan maut. "ros kau kat mana sekarang?." "aku masih di pejabat iman, arman lepas telefon aku tadi , dia ada di hospital sekarang." "kalau kau nak pergi aku datang ambil kau sekarang, kau tunggu aku ,sekejap lagi aku sampai." "ok aku tunggu kau kat lobi."bukan aku tidak mahu memandu sendiri ke hospital.tapi kurasakan seperti sudah tidak bermaya untuk memegang stering kereta. Petang itu juga tepat jam 5.00 petang ,jenazah azah dikebumikan di tempat kelahirannya.semuanya atas permintaan kedua ibubapanya.aku terpaksa meninggalkan haris bersama arman di hospital.sebenarnya hati aku terlalu berat untuk meninggalkan haris yang sedang tenat.memandangkan tiada siapa yang dapat menghantar kedua ibubapa haris ke ipoh aku terpaksa.ku kira di sepanjang perjalanan ibu haris hanya mengalirkan airmata.ayahnya banyak mendiamkan diri.siapa yang tak sayang pada anak lelaki seorang.siapa lagi yang mereka ada selain haris dan kakaknya.jika haris pergi siapa yang akan menjaga mereka.aku sudah puas menangis pagi tadi.lagipun aku tidak mahu airmata ku mengalir di hadapan kedua ibubapa haris.aku takut mereka akan mengesyaki sesuatu.di awal perjalanan kami tadi ibu haris ada memberitahu, rumahtangga mereka sedang bergoncang.tujuan haris ke ipoh awal pagi tadi adalah untuk menghantar azah ke kampung nya.mencari ketenangan dan jalan penyelesaian .aku jadi semakin binggung dengan khabar itu.adakah pergolakkan rumahtangga haris kerana ku.aku menjadi serba salah.berdosakah aku , tapi apa salah aku.aku tidak pernah mengganggu keharmonian mereka.malah aku sering mengelakkan diri bila haris ingin berjumpa dengan ku.mungkin pernah sekali dua aku berjumpa dengan haris .tapi bukan menghasut haris untuk meninggalkan azah.tidak sama sekali.haris memang masih tidak dapat menerima kehadiran azah di dalam hidupnya walau hampir satu tahun bersama wanita itu.begitu mendalam cinta haris pada ku.tapi kenapa haris tak lakukannya sebelum menikahi azah.kenapa perlu menyiksa wanita tidak berdosa itu.kasihan azah mungkin hidupnya tidak pernah bahagia bersama haris.kenapa kau begitu kejam haris.kasihan isterimu yang mengharap cinta yang suci dari kau.dan kini dia telah pergi bertemu ilahi sebelum sempat menerima cinta suci kau haris. Mencari Kasih ..8 Hampir 2 bulan haris terlantar di wad hospital selepas kejadian itu.aku sekali sekala saja datang menjenguk.walau hakikatnya , jika diturutkan kehendak hati mahu saja aku di sisi haris sepanjang masa.tapisiapa lah aku.mungkin boleh jika aku melawat setiap hari.aahhhh tak mungkin aku tak nak ahli keluarga haris tertanya-tanya apa kepentingan aku pada haris. Aku sendiri sebenarnya tidak mampu untuk menatap wajah haris yang lihatnya

seperti tidak bernyawa itu .aku tidak tahu apa sebenarnya yang berada di fikiran haris ..mungkin menyesali apa yang telah terjadi mungkin juga dia tidak dapat menerima keadaan dirinya sekarang yang tidak mampu berjalan. haris lumpuh lepas kemalangan itu.tulang belakang haris cedera.tapi haris masih ada harap lagi untuk sembuh.mungkin setahun2 tahun dan mungkin juga sepuluh tahun.doctor kata ,semua itu terpulang kepada kuatnya semangat pesakit dalam menjalani rawatan.dan haris juga perlukan satu lagi pembedahan, doctor kata mungkin yang terakhir tapi entahlah.tapi pembedahan itu hanya dapat di lakukan diluar negara .mengikut temujanji yang telah di buat, dalam tempoh kurang sebulan berangkatlah haris ke Australia. Petang itu hujan renyai di sekitar lembah kelang.niat aku hari ini hendak melawat haris selepas waktu kerja.kali terakhir aku melawat 3 hari lepas.itu pun aku datang bersama rosmah dan arman.bukan tak boleh untuk aku datang sorang tapi faham-faham saja lah.aku tak nak di jadikan sebab pergolakkan rumahtangga haris dahulu.memang semua ini telah tertulis sebagai satu suratan takdir.tapi bagi diriku,tidak banyak walau sedikit masih ada rasa bersalah dan terkilan pada jiwa dan perasaan ku.hampir jam 6.00 petang aku sampai di hospital.ku tolak perlahan pintu bilik wad haris.tiada seorang pun ahli keluarga haris di situ,tidak seperti hari-hari semasa ku melawat.jika tidak ibu pasti ada ayah.jika tidak ayah pasti ada kakak atau makcinya. haris seperti terkejut dengan kedatangan ku yang sejak tadi termenung memandang keluar jendela. "assalamualaikum" lembut ku memberi salam. "waalaikumusaalam" jawab haris dengan satu senyuman manis yang amat aku rindui.walau parut dimuka haris masih kasar kelihatan, senyumannya tetap masih ku rindui seperti suatu ketika dulu.Cuma aku dapat rasakan senyuman itu tidak seceria senyuman yang dulu. "haris macam mana hari ni..sihat?"aku berdiri di sisi haris.kalau ikutkan perasaan mahu saja ku peluk haris ketika itu.tapi aku masih ada pegangan. "alhamdulillah..macam ni lah ,apalagi yang mampu haris lakukan selain duduk dan terbaring di atas katil." "haris jangan cakap macam tu.sekurang-kurangnya haris masih ada harapan untuk sembuh kan."aku senyum memandang haris. Haris memalingkan pandangan keluar tingkap.dan ku rasakan ada titisan air yang mengalir membasahi pipi luka haris. "haris.kenapa ni"? aku jadi bingung dan tertanya. "iman, kenapa ini yang berlaku dalam hidup harisberdosakah haris pada Tuhan, bersalahkah haris pada azahmarahkah iman pada haris.?" Haris memandang tepat ke mataku, aku jadi diam seketika.ada rasa sebak di dalam dada ku.namun ku kuatkan hati "haris., berdosa atau tidak haris pada Tuhan dan bersalah atau tidak haris pada azah, itu bukan kita yang tentukan.tapi sebagai seorang hamba, kita diberi peluang untuk bertaubat dan minta petunjuk darinya. Dan banyakkanlah berdoa untuk azah semoga rohnya sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan mereka yang terpilih.dan bagi iman tiada apa lagi yang iman simpan dalam hati.tiada gunanya amarah yang berpanjangan untuk kita simpan dalam hidup kita. Iman pernah kata pada haris , jika jalan itu dapat membahagiakan haris ,iman redha."aku tertunduk menahan sebak. "tapi iman,..jalan itu tidak pernah membahagiakan haris.dan nah! Ini buktinya.apa yang haris dapat?"airmata haris kurasakan semakin deras.ada nada kecewa dan kesal dalam tangisan itu.belum pernah ku lihat haris menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan ibunya.

"haris.semua ini telah tertulis sebagai satu jalan yang terpaksa haris lalui sebagai seorang hamba dalam dunia ini.tak ada apa yang perlu dikesalkan.yang telah pergi tetap akan pergi. yang masih ada , hidup masih perlu di teruskan." Haris hanya memalingkan wajah keluar tingkap.mungkin malu dengan wajahnya yang sedang menangis. "haris masih ada mak dan ayah, kakak mereka masih perlukan haris.meraka tak pernah salahkan haris atas apa yang telah berlaku.mereka masih tetap sayang pada haris kan." Tanpa sedar sebutir demi sebutir airmata ku mengalir ke pipi.cepat-cepat ku kesat dengan tisu yang sejak tadi di dalam genggaman ku. "sudah la tu, tak lama lagi haris akan ke Australia kan. Haris perlu kuatkan semangat dan rajin jalani rawatan jika mahu betul-betul sembuh.di luar sana masih ramai yang menanti kepulangan haris yang dulu.bukan seperti haris yang sekarang.suka termenung dan berwajah muram." Aku sedaya upaya cuba menaikan kembali semangat haris. "iman?' "yup , ada apa haris?jawab ku sambil membetulkan bantal dan kedudukan haris di atas katil. "adakah , salah seorang yang menanti haris di luar sana orang yang bernama iman zulaikha?" aku terkedu seketika dengan soalan itu. "iman.masih adakah lagi ruang dalam hati iman untuk haris yang cacat ini?" belum pun sempat ku menjawab soalan pertama, soalan kedua semakin mematikan bicara ku.Haris mencapai dan mengenggam erat tangan ku. "imanharis tahu haris pernah buat silap dan salah pada iman dulu.dan haris juga bersalah pada azah malah pada semua.haris telah tipu semua orang termasuk diri haris sendiri.dan haris telah menyesal dengan apa yang telah berlaku.dan ini lah padahnya .untuk haris undur semula adalah satu perkara yang mustahil.azah tidak mungkin hidup kembali.dan hati iman yang pernah haris kecewakan dulu, walau lukanya telah sembuh masih tetap berparut kan.maafkan haris , iman.maafkan haris." "haris." Aku cuba menarik tangan ku dari genggaman erat haris.namun makin ku cuba tarik makin kuat kurasakan genggaman itu. "haris.orang kata, cinta pertama adalah cinta yang akan dikenang hingga ke mati walau ianya satu kenangan yang amat menyakitkan.kerana cinta pertama itulah sebenarnya yang telah mengajar kita apa erti cinta walau bukan erti cinta sebenar.dan tidak mungkin bagi iman untuk melupakan cinta itu kerana cinta pertama haris adalah cinta pertama iman yang telah mengajar iman apa erti cinta yang sebenar.dan cinta haris juga telah mengajar iman ,cinta itu tidak semestinya bersatu." Aku menarik tangan ku yang sejak tadi di dalam genggaman haris.tidak sanggup rasanya untuk terus aku berada lama di dalam bilik itu.makin lama ku di situ, makin sakit dadaku menahan sebak. "haris izin kan iman pulang dulu" pintaku "iman..maafkan haris.sepatutnya haris sedar, siapa diri haris sekarang pada mata iman" "haris..!!!"suara ku tiba-tiba meninggi "kenapa perlu haris cakap macam tu?iman tak pernah sedikit pun pandang rendah pada haris .walau hati ini pernah haris sakitisayang dan kasih iman tidak pernah kurang walau seinci pun pada orang yang bernama haris ridzuan."airmata ku tidak dapat kutahan lagi.aku terus berlalu meninggalkan haris yang seakan kebinggungan.biarkanlah dia tertanya sendirian, biarkanlah dia mencari jawapan sendiri.aku terus berlalu sambil mengesat airmata yang membasahi pipi.di satu ruang pintu aku terserempak dengan ibu haris. "ehiman, dah lama sampai?"

"haaamakcik, apa khabar sihat..?Tanya ku sambil mengesaat airmata dengan tisu yang hampir lunyai. "iman lama dah sampai dah nak balik pun." "nanti lah dulumakcik dah lama tak jumpa iman sejak iman hantar makcik hari tu." " xpe lah makcik dah petang nih. Iman tadi dari tempat kerja terus kesini ." "ehiman menangis ker?" makcik seolah2 perasan dengan merah dan bengkak dimata ku. "xde la makcik, kat tempat kerja tadi mata iman masuk habuk tu yang merah sampai sekarang tuh." Pandai ku memberikan alasan yang kurasakan seperti dah lapuk dan selalu menjadi dialog drama dan filem. "takpe lah makcik, iman balik dulu ya.kirim salam kat pakcik"aku terus berlalu selepas ku kucup tangan ibu haris. Mencari Kasih ..9 Meriah sungguh suasana majlis perkahwinan kedua sahabat karib ku.rosmah dan arman.tercapai juga impian mereka untuk bersatu.cerita cinta mereka tiada sebarang halangan.tidak seperti cerita cinta hidup ku,yang tidak pernah kesampaian.kebahagiaan yang mereka cari sudah tersedia di hadapan mata.hanya berusaha untuk mewarnainya dengan bunga-bunga kasih sayang dan mengekalkan kesuburannya. bagi aku, kebahagiaan itu masih terlalu jauh.suatu ketika kurasakan ianya semakin hampir.namun bila ianya cuba ku capai, kebahagiaan itu seperti cuba lari dari terus meghampiri.pernah suatu ketika aku hamper meragui apa sebenarnya erti cinta pada manusia.tapi entahlahpada aku manusia juga yang mencipta cinta dan manusia jugalah yang menghancurkan cinta.terpulang bagaimana ianya dipelihara. Tersenyum manis sepasang raja sehari di atas pelamin.tergambar kepuasan di wajah mereka.tapi sayang ,sahabat karib mereka tidak dapat bersama-sama meraikan kegembiraan bersama-sama.apalah khabar haris disana.semoga pembedahan dan terapi yang dijalani dapat membantu haris kembali seperti haris yang dahulu.hanya itu yang ku pinta pada yang maha esa. "Iman zulaikha.., apa yang dimenungkan"tegur arman disisi rosmah yang tersenyum manis. "eh pengantin, sekejapnya bersanding?" "kau nak suruh aku duduk atas pelamin tu sampai malam ker"rosmah menjeling ku. "ala kalau sampai malam pun apa salahnya, bukan selalu pun orang buat, hari ini dalam sejarah."aku membalas jelingan rosmah. "kau ni iman ada jer cara kau nak sakat aku yek..aku ni dah letih,minggu lepas je dah naik kematu punggung aku ni duduk atas pelamin kat hotel tu.yang ni plak kau nak suruh aku duduk sampai malam, kau ingat aku ni patung."bebel rosmah yang memang satu tabiatnya.

"ehbukan ker?'arman hanya ketawa mendengar usikan ku. "elehko tu sakat orang pandaibesok tiba hari kau tau la langit tu tinggi rendah.haaa aku dengan arman dah selamat kau bila lagi?"

"aku.?...aku -tamat

Anda mungkin juga menyukai