Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN MENTERI BESAR PAHANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang mengucapkan 'Selamat Datang' kepada semua warga KKGLMSM yang hadir ke Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan kali ke 38 ini. Bagi pihak rakyat negeri Pahang Darul Makmur, saya sungguh berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KKGLMSM kerana memilih Kuantan, Pahang sebagai tuan rumah PPDT. Tahniah juga saya ucapkan kepada KKGLMSM Cawangan Pahang yang dapat menyediakan tempat serta kemudahan kepada semua Pegawai, Exco serta Perwakilan KKGLMSM . Perjuangan dalam kesatuan merupakan satu pengorbanan besar yang perlu dilakukan bagi membela ahli-ahli yang terdiri daripada golongan pendidik. Perjuangan tanpa pengorbanan merupakan sesuatu yang sia-sia. Saya yakin semua yang hadir, mewakili cawangan masingmasing merupakan pemimpin-pemimpin yang berwibawa serta sentiasa rela berkorban untuk mempertahankan hak-hak warga pendidik. Syabas saya ucapkan. Selain dari itu , PPDT juga diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturahim dan kemesraan diantara pemimpin tertinggi KKGLMSM dengan ahli-ahli yang datang dari seluruh pelusuk tanahair. Gunakanlah platfom ini untuk memantapkan lagi KKGLMSM dan bukannya sebagai ruang untuk mengkritik secara tidak professional. Akhirkata, saya mendoakan kejayaan KKGLMSM dan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk memberi sepatah dua kata di dalam buku cenderamata ini. SELAMAT BERSIDANG. Sekian, wassalam. IKHLAS, .... (YAB MENTERI BESAR PAHANG)

Anda mungkin juga menyukai