Anda di halaman 1dari 7

GENDER DAN KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PELAJAR WANITA

DI UNIVERSITI AWAM
ZAHARAH HASSAN & ABU DAUD SILONG

PENDAHULUAN
Jurnal ini melaporkan hasil kajian penglibatan pelajar dalam membuat keputusan
di sebuah universiti. a dimulakan dengan menceritakan latar belakang penglibatan
wanita dalam organisasi. a melaporkan statistik penglibatan wanita sebagai pemimpin
dalam organisasi sangat sedikit sebagai pembuat keputusan, ahli politik dan pegawai
kerajaan atasan. Turut dimuatkan dalam jurnal ini ialah keupayaan dan kesediaan
mahasiswi menjadi pemimpin, faktor mahasiswi menyertai persatuan dan dilantik
sebagai pemimpin, cabaran dan masalah sebagai pemimpin, halangan bagi mahasiswi
menjadi pemimpin tertinggi dalam persatuan dan cadangan untuk meningkatkan jumlah
pemimpin pelajar wanita. Universiti merupakan tempat latihan untuk pelajar dalam
menyediakan diri bagi menghadapi masyarakat. Pelajar yang berpeluang menjawat
jawatan dalam persatuan sebenarnya menerima latihan praktikal untuk maju dalam
kerjaya di peringkat kepimpinan.

i. TOPIK/ISU YANG DIBINCANGKAN. [2 MARKAH]

Tujuan utama kajian ini adalah memerihalkan keadaan semasa mengenai
penglibatan wanita sebagai pemimpin dalam governan universiti. Jumlah mereka yang
dilantik menjadi pemimpin tertinggi dalam organisasi adalah tersangat kecil. Walaupun
ramai yang dilantik menjadi Naib Presiden atau Timbalan Yang Dipertua dan sebagai
exco tetapi mereka lebih berfungsi sebagai pekerja atau pelaksana.

Kajian ini mendapatkan pandangan peserta mengenai sebab-sebab yang


mendorong atau menghalang mahasiswi daripada dilantik sebagai presiden
persatuan. Selain itu, ia turut membincangkan penglibatan wanita dalam proses
membuat keputusan di institut pengajian awam, latar belakang penglibatan wanita dan
kepimpinan di peringkat tertinggi, faktor-faktor yang menghalang pelajar wanita di
peringkat atasan, keupayaan dan kesediaan untuk menjadi pemimpin, faktor yang
menyebabkan mahasiswi menyertai persatuan dan dilantik sebagai pemimpin.

Banyak faktor yang menghalang daripada wanita dilantik sebagai pembuat
keputusan atau pemimpin. Antaranya ialah fenomena siling kaca dan nilai organisasi.
Oleh itu, kajian ini mendapatkan pengalaman wanita dalam student governance pelajar
yang terlibat dalam pentadbiran persatuan) mempunyai persamaan dengan yang
dibincangkan pada kajian lepas.

ii. ELEMEN-ELEMEN/ASPEK ETIKA DAN KEPEMIMPINAN DALAM KOMUNIKASI
YANG MENJADI FOKUS ARTIKEL. [2 MARKAH]

Mahasiswi yang berperanan sebagai ketua selalunya sangat komited pada tugas
mereka. Mereka juga sangat rajin dan berdisiplin. Malah menurut seorang pegawai
kanan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang sering berurusan dengan pemimpin-
pemimpin pelajar ini, dari segi keterampilan dan kecekapan, mahasiswi lebih
menyerlah. Walaupun, Presiden persatuan mungkin seorang mahasiswa tetapi yang
selalu ke hadapan adalah mahasiswi yang mungkin hanya ahli EXCO biasa.

Secara umum mahasiswi yang dipilih sebagai pemimpin ini mempunyai
persamaan dalam beberapa ciri. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Mempunyai tahap keyakinan diri yang agak tinggi.
2. Dapat mengartikulasikan idea dengan baik.
3. Prihatin pada isu semasa.
4. Bersikap positif.
5. Melihat masalah sebagai satu cabaran yang boleh ditangan

iii. APAKAH YANG TELAH DIPERKATAKAN BERKENAAN PERKARA YANG DIKAJI


PADA MASA LEPAS BERDASARKAN ARTIKEL INI. [3 MARKAH]

Antara perkara yang telah diperkatakan berkenaan perkara yang dikaji pada
masa lepas ialah faktor-faktor yang menghalang wanita daripada menjadi pemimpin
dan latar belakang wanita dan kepimpinan.

Berdasarkan stastistik yang diperoleh, jumlah wanita dalam dunia kepemimpinan
masih kecil. Contohnya hanya dua orang wanita yang memegang jawatan Menteri
penuh dan dua orang Timbalan Menteri. Selain itu, dalam perkhidmatan awam, seramai
46% kakitangannya adalah terdiri dari kaum wanita tetapi dari jumlah ini hanya 15%
sahaja yang memegang jawatan pada peringkat JUSA Jawatan Utama Sektor Awam).
JUSA ini diwujudkan bagi melaksanankan peranan dan fungsi pengurusan organisasi
dan penggubalan dasar. Di Kementerian Pendidikan, bilangan pentadbir kanan wanita
adalah sangat kecil sedangkan penglibatan wanita secara keseluruhannya adalah
tinggi. Misalnya sejak tahun 1957 daripada enam orang Ketua Pengarah Pendidikan,
hanya seorang sahaja adalah wanita.

Beberapa sarjana telah mengenal pasti beberapa halangan yang dikenal pasti
mengapa kurangnya pemimpin dikalangan kaum wanita. Antaranya ialah jangkaan
peranan berasaskan stereotaip pemimpin lelaki 'alian 1998); halangan institusi
Kanter 1997), kurang keyakinan diri dan kesan tanggungjawab ke atas keluarga. Dines
1993) pula, telah mengenal pasti beberapa halangan seperti peluang mendapatkan
pendidikan di peringkat tinggi yang terhad, diskriminasi dalam pelantikan dan kenaikan
pangkat, dua tanggungjawab yang berbeza dalam peranan tradisi dan profesional,
sikap pasangan hidup, gangguan dalam kerjaya, stereotaip, pemencilan daripada
budaya lelaki, tentangan terhadap wanita di tahap pengurusan oleh orang lelaki,
ketiadaan polisi dan perundangan untuk memastikan penyertaan wanita dan fenomena
siling kaca diskriminasi terhadap wanita dan kumpulan minoriti).

Sarjana daripada Malaysia juga telah menjalankan kajian dan didapati hasilnya
mempunyai persamaan. Antaranya ialah kurangnya motivasi wanita dan keyakinan
untuk menerima cabaran, peluang latihan yang kurang dan faktor organisasi. Nilai
organisasi adalah berasaskan norma dan nilai orang lelaki maka budaya maskulin inilah
yang merupakan budaya tersembunyi yang mendasari bentuk komunikasi, penilaian
kendiri, pendekatan kepada cara penyelesaian konflik, citra kepimpinan termasuk gaya
kepimpinan, nilai organisasi, definisi mengenai kejayaan dan pengurusan yang baik dan
lain-lain lagi Maier 1999, Powell 1999). Oleh kerana kayu pengukur yang digunakan
dalam perkara-perkara berkaitan dengan kepimpinan adalah berasaskan budaya lelaki
maka wanita sering dianggap tidak sesuai untuk dilantik ke jawatan-jawatan pemimpin.

iv. APAKAH DAPATAN ATAU HASIL KAJIAN TERSEBUT. [5 MARKAH]

Dapatan kajian ini menyatakan daripada 25 buah persatuan yang telah
dianalisis, Cuma sebuah persatuan yang memilih siswi sebagai presidennya. Mahasiswi
didapati banyak dilantik sebagai Timbalan atau Yang Dipertua dan Setiausaha
walaupun persatuan yang secara tradisinya dimonopoli oleh golongan lelaki seperti
kejuruteraan dan perakaunan). Bagi persatuan-persatuan ini, walaupun majoriti ahlinya
adalah pelajar wanita, mereka lebih cenderung untuk memilih pelajar lelaki sebagai
pemimpin. Kebanyakan pelajar wanita dilantik menjadi ahli Jawatan Kuasa atau EXCO.
Daripada 25 buah persatuan, sebanyak 23 buah mempunyai jumlah ahli jawatankuasa
wanita melebihi daripada ahli jawatankuasa lelaki.

Pelajar-pelajar wanita yang memegang jawatan ini majoritinya mengatakan
bahawa mereka tidak pasti sama ada mereka layak dilantik atau tidak. Ada juga yang
mengatakan mereka terpaksa menerima pencalonan kerana tidak ada yang sanggup
untuk menjalankan tugas tersebut. Apa yang pasti, apabila dilantik mereka merasa
telah diberikan satu tanggungjawab dan mereka telah menjalankan tanggungjawab
tersebut dengan sebaik mungkin. Menurut beberapa orang peserta lelaki, mahasiswi
yang berperanan sebagai ketua selalunya sangat komited pada tugas mereka. Mereka
juga sangat rajin dan berdisiplin. Malah menurut seorang pegawai kanan di Bahagian

Hal Ehwal Pelajar yang sering berurusan dengan pemimpin-pemimpin pelajar ini, dari
segi keterampilan dan kecekapan, mahasiswi lebih menyerlah. Walaupun, Presiden
persatuan mungkin seorang mahasiswa tetapi yang selalu ke hadapan adalah
mahasiswi yang mungkin hanya ahli EXCO biasa.

Terdapat beberapa cabaran yang dikenal pasti dalam kepimpinan mahasisiwi
iaitu dari aspek komunikasi, cabaran menunjukkan potensi mereka cabaran menangani
mahasisiwi lain dan lain-lain.

Mereka mempunyai masalah dalam menangani mahasiswa dan orang yang lebih
tua Kebanyakan mereka tidak suka menerima arahan daripada mahasiswi yang
berperanan sebagai ketua. Selain itu ada juga mahasiswa yang beranggapan bahawa
oleh kerana wanita itu lembut, mereka boleh bersikap main-main dan tidak memandang
serius arahan, teguran atau tugas yang diberikan. Menurut mereka lagi, hanya
mahasiswa yang berkeyakinan dan berdisiplin dapat bekerja secara selesa dengan
mahasisiwi yang berperanan sebagai pemimpin. Dalam banyak situasi, sebagai
pemimpin, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan lebih assertive dan menghasilkan
situasi semuanya menang win-win situation).

Selain itu, mereka mempunyai cabaran untuk menunjukkan potensi sebenar
apabila asyik berfikir tentang pandangan orang lain tentang dirinya. Kerisauan ini dilabel
sebagai alpha female. Mereka juga mempunyai cabaran untuk menangani mahasiswi
lain yang cemburu, iri hati, sukar member kerjasama dan sentiasa memandang serong.
Antara cabaran-cabaran lain seperti kesukaran untuk mendapatkan ahli menyertai
aktiviti yang dijalankan, mendapatkan ahli baru dan kesuntukan masa oleh tuntutan
akademik.

Menurut seorang responden kajian, antara penyebab menghalang bagi
mahasisiwi menjadi pemimpin tertinggi ialah tradisi melantik mahasiswa sebagai
pemimpin, nilai agama dan kurangnya sokongan mahasisiwi sendiri kepada perlantikan

kaum wanita. Faktor horizontal Violence boleh memberi kesan jangka panjang kepada
mahasisiwi apabila perlu menghadapi pelbagai cabaran untuk berjaya.

Beberapa cadangan yang dikemukakan untuk meningkatkan jumlah pemimpin
wanita ialah dengan mengadakan program kesedaran, kursus kepimpinan dan
pembangunan diri daripada pelbagai aspek.

v. KOMEN/KRITIKAN ANDA SECARA KESELURUHAN KE ATAS ARTIKEL
TERSEBUT. [3 MARKAH]

Gender merupakan satu budaya yang membentuk komunikasi seseorang
inidividu. a membentuk perbezaan dalam topik perbualan utama dalam komunikasi
wanita dan lelaki. Wanita lebih cenderung kepada hal peribadi, masalah hubungan
intim, keluarga, kesihatan, berat badan, makanan, pakaian, lelaki dan wnita lain. Lelaki
pula lebih cenderung kepada topik-topik seperti muzik, hal ehwal semasa, sukan,
perniagaan dan lelaki lain. Perempuan lebih cenderung untuk bergosip tentang rakan-
rakan rapat dan keluarga dan lelaki lebih cenderung untuk bergosip tentang ahli-ahli
sukan dan personaliti media.

Artikel ini ada menyatakan kebanyakan organisasi yang mengamalkan norma
dan nilai orang lelaki. Nilai orang lelaki atau budaya maskulin ini didefinisikan sebagai
nilai dominan yang suka menunjuk-nunjuk, pencapaian, perlaksanan dan membuat
keuntungan. Budaya orang perempuan pula sesuai dengan sifat keibuan yang dimiliki
oleh kaum wanita iaitu, berorientasikan pada manusia, kualiti kehidupan dan keluarga.

Jika kita perhatikan, organisasi pada masa kini banyak mempunyai budaya
maskulin iaitu mempunyai sistem ganjaran seperti bonus, kenaikan pangkat dan
sebagainya. Dikatakan organisasi yang mempunyai budaya feminin ialah organisasi
yang didasarkan pada sistem kerjasama. Bagi suatu organisasi yang mempunyai
budaya maskulin, keharmonian dan mempunyai rasa memiliki.

Budaya maskulin yang dinyatakan tadi tersembunyi dan telah membentuk bentuk
komunikasi, penilaian kendiri, pendekatan kepada cara penyelesaian konflik, citra
kepimpinan termasuk gaya kepimpinan, nilai organisasi, definisi mengenai kejayaan
dan pengurusan yang baik. Oleh kerana kayu pengukur yang digunakan dalam perkara-
perkara berkaitan dengan kepimpinan berasaskan budaya lelaki maka wanita sering
dianggap tidak sesuai untuk dilantik ke jawatan-jawatan pemimpin.

Pelbagai cabaran dan halangan yang dikenalpasti dalam menjadi seorang
pemimpin wanita. Namun bilangannya kian bertambah pada masa kini. a membuktikan
kebolehan wanita untuk menjadi pemimpin tidak boleh disangkalkan. ni terbukti dengan
melihat kewibawaan pemimpin-pemimpin wanita yang sedia ada seperti Gabenor Bank
Negara dan Menteri Pembangunan wanita dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai