Anda di halaman 1dari 2

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.

Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarn ya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini ju ga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akika hnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama . (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggala kkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari k etujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negar a, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manis an madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bay i. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala keko toran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbu h dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga bota k sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu d imasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Isl am, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khur afat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghi dupkan kembali kepercayaan seperti ini. Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. Soalnya, ke napa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat I slam? kata beliau. Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan y ang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan s etelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat b erendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diada kan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam ke luarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-uns ur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diad akan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar me njadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan, ulas beliau mengenai kecenderu

ngan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besarbesaran. Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah p erlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi ag ama lain. Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal darip ada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpa ndukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal n egara ini ketika itu menganut agama Hindu. Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandinga n dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak m elarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat ag ama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias b unga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada har i ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedang kan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dila kukan pada anggota badan. Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetap i masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. Justeru, demi kebaikan ba yi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya m ereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil, tegas beli au.

Anda mungkin juga menyukai