Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Siaraya Pada 20 April yang lalu saya Ahmad Lutfi bin Adnan dan Mohd Ruzaifi bin

Abd Rasid telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi AJK siaraya bagi Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Sek Keb Tanjung Malim. Persediaan dan pengelolaan bahagian PA sistem diterajui oleh saya dan rakan. Kami juga ditugaskan untuk mencari lagu Negaraku, negeri Selangor dan Pengakap Malaysia. Kami telah meminta bantuan pihak seranta JPP institut untuk memperolehi video lagu Negaraku dan negeri Selangor. Setelah itu saya telah pergi ke Sek Keb Jementah untuk mencari video lagu Pengakap Malaysia memandangkan kami tidak menemui video lagu Pengakap Malaysia dalam laman internet. Saya berjaya mendapatkan video lagu Pengakap Malaysia dari guru penasihat Persatuan Pengakap sekolah tersebut iaitu Encik Adam bin Rohani. Selama beberapa hari sebelum tarikh berlangsung majlis kami telah melakukan beberapa latihan perjalanan majlis bagi memastikan tiada cacat cela dan masalah sepanjang majlis berjalan. Tanpa diduga pihak pengurusan majlis telah meminta kami untuk menyediakan muzik untuk gimik perasmian majlis. Setelah berbincang dengan AJK yang menguruskan gimik kami telah mencadangkan beberapa jenis muzik yang bersesuaian dengan aksi gimik yang dirancang. Kami mencapai kata putus dengan memilih beberapa muzik yang bersesuaian dan mencantumkan muzik tersebut. Ini merupakan suatu pengalaman yang sukar untuk saya dan rakan lupakan kerana sebelum ini kami tidak pernah memotong dan mencantumkan muzik menjadi sebuah rentak untuk gimik perasmian majlis. Untuk menyediakan muzik ini saya telah menggunakan beberapa perisian komputer seperti Muzik Converter, MP3 Cutter dan Windows Movie Maker. Sepanjang majlis berlangsung kami berjaya menjalankan tanggungjawab kami dengan lancar dan tanpa bermasalah. Akhir kalam, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah gerko, Puan Annisa binti Kadri, ibu bapa yang disayangi, sahabatsahabat dan mana-mana individu yang telah membantu kami secara langsung dan tidak langsung bagi melengkapkan kerja kami sebagai AJK Siaraya ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai