Anda di halaman 1dari 2

Apakah Konsep Tamadun?

Konsep Tamadun Apakah konsep tamadun menurut Barat dan Islam? Soalan ini nampak mudah tetapi sering ditanya dalam peperiksaan. Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar. Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

Berasal dari perkataan bahasa Arab maddana yang bererti membangunkan atau memajukan. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai civilization. Perkataan tamadun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan madana yang bererti membina, mendirikan b a n d a r, me n a i k k a n t a r a f k e t a h a p b e r a d a b, menghalus budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budipekerti serta kebudayaan yang luhur.

Tama d u n I s l am d a p a t d i d e f i n i s i k a n s e b a gai pencapaian umat Islam dalam bidang kerohanian, dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, sains dan teknologi, undang-undang, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tama d u n I s l am b e r k emb a n g s e i r i n g d e n g a n penurunan wahyu yang berteraskan kepada ajaran Tauhid dan berpaksikan kepada Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Anda mungkin juga menyukai