Alat Pelindung Dan Ian
Alat Pelindung Dan Ian
6
1. 2. 3. 4. 5. 6.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menyenaraikan jenis-jenis peralatan perlindungan arus lebihan; Menyatakan faktor fius; Menyenaraikan jenis peralatan perlindungan arus bocor ke bumi; Melukis litar kawalan utama dan kawalan pengguna; Menyenaraikan jenis litar akhir; dan Mengira kos tenaga elektrik.
PENGENALAN
Alat perlindungan elektrik merupakan sebarang peralatan yang boleh memutuskan litar secara otomatik atau secara sendirinya apabila berlakunya arus lebihan yang melebihi had yang ditetapkan mengalir dalam litar tersebut. Biasanya, peralatan perlindungan ini dipasangkan pada dawai hidup (L) di awal masukan pendawaian. Arus lebihan boleh berlaku disebabkan oleh litar pintas atau beban yang berlebihan. Tujuan pemasangan peralatan perlindungan ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila berlakunya arus lebihan mengalir melalui alat tersebut.
100
6.1
Jenis-jenis peralatan perlindungan arus lebihan ialah seperti fius dan MCCB. Sub topik ini akan membincangkan perihal peralatan perlindungan arus lebihan dengan lebih mendalam.
6.1.1 Fius
Fius merupakan seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila arus melebih hadnya mengalir melaluinya. Apabila arus melebihi had mengalir melalui fius, ia tidak terus putus sebaliknya ia akan mengambil masa untuk putus/lebur. Oleh itu, perlindungan jenis ini boleh dianggapkan sebagai kurang cekap. Simbol fius adalah seperti di Rajah 6.1.
Rajah 6.1: Simbol fius Faktor fius adalah dipengaruhi oleh kadaran arus fius dan arus fius. Kadaran arus fius merupakan kadar arus maksima yang boleh mengalir melalui fius tanpa meleburkan/memutuskan fius tersebut. Kadar fius yang biasa adalah seperti 1A, 2A, 3A, 5A, 13A, 20A, 25A, 30A, 45A, 60A, 70A, 80A dan 100A. Arus fius adalah arus minimum yang boleh mengalir melaluinya dan menyebabkan fius tersebut lebur/putus. Oleh itu, faktor fius adalah: Faktor fius = Arus fius / Kadar arus fius Terdapat tiga jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan elektrik. Iaitu: (a) Fius dawai semula. Keadaan fius ini adalah separuh tertutup atau terdedah. Seperti Rajah 6.2.
101
Rajah 6.2: Fius dawai semula (b) Fius kartrij tertutup. Terdapat dua jenis iaitu: (i) Jenis badan lutsinar yang boleh dilihat dawai fius (rujuk Rajah 6.3).
Rajah 6.3: Fius kartrij badan lutsinar (ii) Jenis badan tidak lutsinar yang tidak boleh lihat dawai fiusnya (rujuk Rajah 6.4).
102
(c)
Rajah 6.5: Fius keupayaan pemutus tinggi AKTIVITI 6.1 Senaraikan dua jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan elektrik yang anda tahu dan jelaskan kelebihannya.
103
Rajah 6.6: MCCB/MCB Sumber: en.wikipedia.org/wiki/Residual-current_device AKTIVITI 6.2 1. 2. Apakah tujuan utama menggunakan MCCB/MCB dalam litar pendawaian? Nyatakan. Apakah kelebihan MCCB/MCB berbanding dengan fius? Bincangkan.
6.2
Peralatan perlindungan arus bocor boleh melindungi penggunanya terkena renjatan elektrik apabila peralatan, kelengkapan atau pemasangan elektrik yang berlaku arus bocor (leaking). Jika berlakunya arus bocor pada peralatan, kelengkapan atau pemasangan elektrik, maka peralatan perlindungan mestilah boleh berfungsi untuk memutuskan litar bekalan daripada masuk supaya kemalangan nyawa dapat dielakkan.
104
darab arus kendalian dengan galangan buminya menghasilkan nilai melebihi 40v dan arus kendalian pemutus litar tidak melebihi 2% daripada arus litarnya. Rajah 6.7 menunjukkan sebuah pemutus litar arus baki.
Rajah 6.7: Pemutus litar arus baki Sumber: en.wikipedia.org/wiki/Residual-current_device Rajah 6.8 menunjukkan bahagian dalam sebuah pemutus litar arus baki. Berikut adalah keterangan ringkas tentang kendalian pemutus litar arus baki tersebut. (a) (b) (c) Terminal (1) merupakan punca sambungan bekalan masukan. Terminal (2) adalah terminal keluaran pemutus litar arus bocor. Apabila butang (3) diset, sesentuh (4) menjadi litar tutup dan membenarkan arus mengalir dari (1) ke (2). Solenoid (5) akan menarik sesentuh (4) sentiasa dalam keadaan hidup. Apabila berlakunya ketidak seimbangan arus, gelung pengesan (6) akan menghantar isyarat ke litar pengesan (7). Litar pengesan akan mematikan bekalan ke solenoid (5) dan menyebabkan sesentuh (4) menjadi keadaan terbuka (off).
(d)
105
106
(c) (d)
Membumikan bahagian logam yang terdedah supaya apabila berlakunya arus bocor ia dapat dialirkan terus ke bumi. Asingkan bahagian logam dengan penghadang supaya pengguna tidak tersentuh pada bahagian hidup. AKTIVITI 6.3 1. 2. 3. Senaraikan dua jenis peralatan perlindungan arus bocor ke bumi. Terangkan bagaimana pemutus litar arus baki berfungsi. Senaraikan dua cara bagaimana renjatan arus elektrik boleh dielakkan.
6 .3
PENDAWAIAN
Bekalan yang diagihkan ke rumah-rumah kediaman atau taman perumahan adalah dari sistem 3 fasa 4 dawai. Bekalan 3 fasa ini disalurkan dari kawasan pencawang ke kawasan pengguna. Daripada sistem 3 fasa 4 dawai ini pula dijadikan sistem fasa tunggal 2 dawai yang disalurkan ke rumah kediaman. Rajah 6.10 menunjukkan contoh sambungan bekalan bekalan 3 fasa 4 dawai.
107
108
Di papan kawalan agihan mengandungi kawalan seperti berikut: (a) (b) (c) Pemencil (main switch/isolator); Perlindung arus lebihan (MCB); dan Perlindung arus bocor ke bumi (RCCB).
Kegunaan pemencil adalah untuk memisahkan bekalan utama ke litar pengguna. Di dalam pemencil terdapat sebuah fius. Nilai fius ini bergantung kepada berapa banyak beban yang digunakan. Perlindung arus lebihan adalah bertujuan untuk melindungi litar, kelengkapan elektrik atau kabel daripada menerima arus yang berlebihan dari had yang ditetapkan. Peranti seperti fius, MCB atau MCCB biasanya digunakan sebagai pelindung arus lebihan. Perlindung arus bocor ke bumi digunakan untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik terhadap penggunanya. Jika berlakunya arus bocor ke bumi peralatan ini akan memutuskan bekalan utama ke litarnya secara automatik. Oleh itu, pengguna akan terselamat dari terkena kejutan elektrik. Rajah 6.11 menunjukkan sebuah litar kawalan utama, kawalan pengguna dan litar akhir sebuah rumah kediaman. AKTIVITI 6.4 Senarai peralatan yang terdapat di kawalan utama dan kawalan pengguna.
109
Beberapa peraturan penting I.E.E.E untuk litar akhir kurang daripada 15Amp ialah: 314-2 Jika sesuatu pemasangan mempunyai lebih daripada satu jenis litar akhir, tiap-tiap litar akhir itu hendaklah disambungkan secara berasingan dalam kotak agihan (berlainan fius dan kawalannya) bagi mencegah gangguan bekalan jika litar akhir itu mengalami kerosakan. Pendawaian setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik (neutral dan hidup berlainan) kecuali bumi. Susunan pemasangan neutral seboleh-bolehnya sama dengan susunan pemasangan fius (dan dipasang berurutan mengikut hieraki kadaran arus fius bagi memudahkan pemeriksaan).
314-4
(a)
Litar Akhir Soket Alur Keluar Pembahagian litar akhir adalah seperti berikut: (i) (ii) Litar akhir pada kadaran arus yang kurang daripada 15A. Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A.
(iii) Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A tetapi tertumpu kepada soket alur keluar 13A sahaja (BS 1363). (iv) Litar akhir untuk pemasangan alat pemasak dan pemanas air. Litar akhir bagi soket alur keluar adalah terdiri daripada 5A, 13A, 15A, 16A, 30A. Jadual 6.1 menunjukkan spesifikasi pemasangan litar akhir soket alur keluar BS 1363.
110
Jadual 6.1: Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 1363
Jenis litarPelindung arus lebihSaiz minimum pengalirLuas maksimum lantai yang boleh dibekalkan (mm2)Kabel pengalir kupram bertebat PVK atau getah (mm2)Kabel pengalir aluminium berlapis kuprum bertebat PVK(mm2)Kabel pengalir kuprum bertebat mineral Terdapat dua jenis litar akhir soket alur keluar 13A, iaitu: Litar jejarian; dan Litar gelang.
Litar Gelang Litar gelang terbentuk apabila penyambungan kabel bermula dari satu terminal di kotak agihan dan bersambung kepada setiap soket secara jujukan (sequance) kemudian berbalik semula pada terminal permulaannya. Saiz kabel untuk litar gelang adalah 2.5 mm2. Peralatan perlindungan arus bocor yang digunakan adalah 32 Amp. Dalam litar gelang, jika berlaku kerosakan perlindungan arus bocor akan mematikan litar dan menyebabkan semua soket alur keluar tiada bekalan voltan. Luas kawasan yang sesuai menggunakan litar gelang ialah 100m2. Rajah 6.12 menunjukkan contoh sambungan litar gelang.
111
Rajah 6.12: Sambungan litar gelang Litar Jejari Litar jejari membekalkan bekalan kepada beberapa bilangan soket alur keluar di mana tamatan akhir pada soket terakhir. Saiz kabel yang diguna adalah 2.5mm2 dan MCB yang diguna adalah 20Amp dengan saiz bilik yang dibenarkan adalah sehingga 200m2. Rajah 6.13 menunjukkan sambungan litar jejari litar akhir soket alur keluar.
Rajah 6.13: Sambungan litar jejari AKTIVITI 6.5 1. 2. Senaraikan jenis litar akhir yang terdapat di sebuah rumah kediaman. Senaraikan syarat-syarat untuk membuat litar akhir soket alur keluar jenis litar gelang.
112
(b)
Litar Akhir Lampu Bilangan beban yang boleh dipasang kepada sesuatu litar akhir lampu adalah penting. Sebagai contoh, litar akhir yang menyambung kepada lampu pijar, lampu nyahcas dan kipas siling biasanya menggunakan MCB 5Amp. Sedia maklum bahawa lampu nyahcas mempunyai perbezaan fasa antara voltan dan arus bebannya. Dalam hal ini, anggapkan faktor kuasa litar lampu nyahcas adalah ditahap tidak kurang dari 0.85. Maka rumusan yang boleh dibuat adalah seperti berikut: Arus lampu pijar bersamaan: I = Watt / Volt = Kuasa sebenar lampu / Voltan bekalan Arus lampu nyahcas bersamaan: I = (Volt-amp X 1.8) / Volt = (Kuasa Ketara X 1.8) / Voltan bekalan Litar akhir lampu boleh disambung bersama-sama dengan lampu pijar dengan syarat permintaan arus perlu dikira berasingan. Jumlah arusnya adalah merupakan permintaan arus litar akhir itu. Kadar maksima litar akhir utnuk lampu biasanya adalah 5 Amp. Sebagai contoh, Berapakah bilangan lampu pijar 100W 250V yang boleh dipasang kepada litar akhir MCB 6 Amp? Arus lampu pijar = 100W/ 250V = 0.4 Amp Maka, 5 Amp / 0.4 = 12.5 Oleh itu, lampu pijar yang boleh di pasang pada litar akhir tidak boleh melebihi 12 unit. Bilangan yang sesuai adalah 6 unit. Ini adalah bertujuan supaya tidak membebankan litar akhir. Penentuan saiz kabel untuk litar akhir adalah mustahak. Mengikut peraturan buku (I.E.E.E) saiz kabel yang digunakan mestilah berupaya membawa arus yang sama dengan peranti pelindung litar (I.E.E.E 433-2).
113
Bekalan elektrik kerumah adalah dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Bil penggunaan elektrik akan dikeluarkan sebulan sekali oleh pihak Tenaga Nasional. Pada bil elektrik tersebut terdapat beberapa maklumat penting iaitu: (i) (ii) No. Akaun pengguna; Nama dan alamat pengguna;
(iii) Bacaan meter terdahulu dan semasa; dan (iv) Unit , kadar dan amaun yang perlu dibayar. Sebagai contoh, jumlah bacaan terdahulu ialah 34700 kWh bagi bulan Jun. Bacaan semasa iaitu bulan Julai ialah 35253 kWh. Maka, bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna ialah:
Unit penggunaa = bacaan semasa - bacaan terdahulu = 35253 kWh - 34700kWh = 553kWh
Bagi caj penggunaan domestik, 500kWj yang pertama ialah 0.286 sen dan selebihnya ialah 0.378 sen. Penyelesaiannya: 500kWj X 0.286 = 143.00 53kWj X 0.378 = 20.03 Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna ialah:
114
AKTIVITI 6.6 Berapakah bilangan lampu nyahcas 40W 250V dan lampu pijar 60W 250V yang boleh dipasang pada litar akhir MCB 6Amp? Kirakan.
Fius dan MCC digunakan sebagi peralatan perlindungan arus lebihan dalam pendawaian elektrik. Pemutus litar arus bocor berfungsi sebagai pemutus litar apabila berlakunya arus bocor dalam pendawaian elektrik. Pendawaian elektrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Litar kawalan utama; dan Litar kawalan pengguna.
Litar akhir terdiri dari litar soket alur keluar, litar lampu, litar kawalan pemasak, pemula (starter), pemanas air dan lain-lain peralatan elektrik.
Lutsinar MCCB
Abd. Samad b Hj Hanif & Mohd Nazi b Hj Mustafa. (1989). Teknologi elektrik Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Bab 15 : Litar-litar Pengguna Asas Abd. Samad b Hj Hanif & Mohd Nazi b Hj Mustafa. (1989). Teknologi elektrik Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Bab 8 : Sistem-sistem Pendawaian Dan Perlindungan