Anda di halaman 1dari 7

Azan dan Iqamat

Definasi / Maksud
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah al-i`lam (pemberitahuan) atau an-nida (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Hukum
1- Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. 2- Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. 3- Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. 4- Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

Dalil
Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Quran ialah Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang... (Surah al-Maidah: 58) Dalil daripada As-Sunnah Sebuah hadith yang bermaksud: Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sejarah

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: Telah datang waktu solat. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz assolatu jami`ah yang bererti marilah solat berjemaah. Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan). Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: Mimpimu itu mimpi yang benar. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.

Lafaz Azan

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.

Sebutan

Bahasa Arab

Transliterasi

Terjemahan

4x

Allah u Akbar

Allah Maha Besar

2x

Ash-hadu all ilha illallh

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

2x

Ash-hadu anna Muhammadan raslullh

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah

2x

Hayya 'alas-salt

Marilah menunaikan solat

2x

Hayya 'alal-falh

Marilah merebut kemenangan

2x

A-altu khayru min annam

Solat itu lebih baik dari tidur*

2x

Allhu akbar

Allah Maha Besar

1x

L ilha illallh

Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

Adab dan Tertib Azan


Menurut pendapat jumhur ulama, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat. Muazzin hendaklah tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya. Muazzin harus suci daripada hadath kecil, hadath besar dan najis. Muazzin hendaklah menghadap qiblat ketika mengumandangkan azan. Ketika membaca hayya `ala as-salah, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca hayya `ala al-falah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya. Suara muazzin hendaklah nyaring. Muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz hayya `ala as-salah dan hayya `ala al-falah. Kedua-duanya disahut dengan la haula wala quwwata illa bi Allah yang bermaksud tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah. Setelah selesai azan, muazzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qaimah, ati Muhammadan alwasilah wa al-fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah yang bermaksud wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya (Riwayat Bukhari).

7. 8. 9. 10.

11.

12.

Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.
4

Kelebihan Azan

Selain itu, melakukan azan mempunyai beberapa kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu. (Riwayat Muttafaq `Alayh)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:

Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat. (Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:

Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat. (Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

Menurut pendapat yang sahih daripada ulama Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih. (Surah Fussilat: 33)

`Aisyah berkata: Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:

Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan. (Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.

Doa selepas Azan


Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan. Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku) Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya .(Riwayat Bukhari).

Iqamat

Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah, Marilah menunaikan solat, Marilah merebut kemenangan, Berdiri untuk sembahyang, (dua kali) Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada tuhan selain Allah

llahu kbar, llahu kbar sh'hadu n l ilaha ill-llah sh'hadu nna mhammadr raslu-llah hayy `al-s-salat hayy `al-l-falh qad qma tis-salaat llahu kbar, llahu kbar l ilaha ill-llah.

Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.

Anda mungkin juga menyukai