Anda di halaman 1dari 25

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid

1. Syuhaib Ar-Rumi

-SAR-

Di antara kisah sahabat yang terukir dengan rapi di atas lembar sejarah Islam ialah kisah Shuhaib bin Sinan Ar-Rumi. Sebuah fragmen kehidupan yang amat spektakuler dan tercatat oleh tinta emas sejarah Islam, masih terkenang hingga kini. Suhaib bukan berasal dari Romawi. Beliau berasal dari keturunan Arab, namun dijadikan budak dan dibawa oleh orang Romawi ke Konstantinopel. Di sana, beliau berpindah tangan dari satu majikan ke majikan lainnya. Beliau diperjualbelikan. Suhaib bukanlah Ar-Rumi (orang Romawi). Dia adalah Arab asli. Berayah dari suku Numair dan ibu dari suku Tamim. Nam a Suhaib di nisbahkan kepada Rom awi kerana suatu kisah yang sulit dilupakan oleh sejarah. Sinan mempunyai anak yang sangat dicintainya, seorang bocah berusia lima tahun yang diberi nama Suhaib. Suhaib adalah seorang anak yang berwajah ceria, berambut pirang, gesit, lucu, lincah, dan matanya menunjukkan kecerdasan. Dia mampu membahagiakan hati ayahnya dan melenyapkan semua duka citanya. Pada suatu masa, Suhaib dan ibunya pergi ke desa At-Taniya di daerah Iraq. Mereka ditemani oleh beberapa pembantu dan pengawal. Tanpa disangka, kg tersebut diserang oleh pasukan Romawi. kemudian harta benda mereka dirampas dan mereka sendiri ditawan. Dia dijual di pasar budak Romawi. Berpindah dari satu majikan ke majikan yang lain. Ini merupakan kebiasaan kehidupan para budak yang ribuan jumlahnya memenuhi istana-istana Romawi. Ternyata Suhaib selalu menarik hati tuantuannya. Dari situ dia biasa melihat sendiri kehidupan di dalam istana-istana Rom awi yang penuh dengan kebejatan moral. Dengan telinganya dia mendengar berbagai macam kejahatan dan kezhaliman. Suhaib tumbuh di negeri Romawi dan dewasa di antara para penduduknya. Dia nyaris melupakan bahasa Arab. Namun, demikian tak pernah lenyap dari ingatannya bahwa dia adalah seorang anak Arab, keturunan padang pasir. Kerinduannya akan hari kebebasannya tak pernah padam. Dia selalu berharap bisa kembali kepada suku bangsanya. Kerinduan itu sem akin membuncah tatkala mendengar seorang dukun Nasrani berkata kepada tuannya, Telah tiba masanya seorang nabi datang dari Makkah di jazirah Arab. Dia membenarkan risalah Isa bin Maryam dan mengeluarkan m anusia dari kegelapan menuju terang. Beruntunglah, suatu ketika datang kesempatan bagi Suhaib untuk melarikan diri. Begitu lepas dari tuan-tuannya, dia langsung menuju Makkah, Ummul Qura, yang merupakan pusat kediaman bangsa Arab dan tempat munculnya nabi yang dinanti-nanti. Begitu menginjakkan kaki di sana, orang-orang memanggilnya Suhaib Ar-Rumi -Suhaib si orang Romawi- karena lidahnya kaku bila berbahasa Arab, lagi pula rambutnya pirang. Selanjutnya Suhaib berdagang bersama seorang tokoh Makkah, Abdullah bin Jadan. Dia mendapatkan untung besar, maka dalam waktu singkat menjadi kaya raya. Tapi benaknya terus mengingat kata-kata si dukun Nasrani di Romawi dulu. Dia bertanya-tanya pada diri sendiri, Bilakah hal itu terjadi? Jawaban datang tak lama setelah itu. Pada suatu hari dia pulang ke Makkah dari bepergian. Segera didengarnya berita bahwa Muhammad bin Abdullah telah diutus. Dia menyampaikan dakwahnya, menyeru orang-orang agar beriman kepada Allah semata, mendorong pada keadilan dan kebaikan, serta melarang kejahatan dan kemungkaran. Bukankah dia yang biasa dijuluki Al-Amin? tanya Suhaib. Benar, jawab lawan bicaranya. Dimana tempatnya? tanya Suhaib lagi. Di rumah Arqam bin Abi Arqam di Shafa. Tapi jangan sampai orang-orang Quraisy melihatmu. Engkau bisa dicincang habis oleh mereka. Apalagi engkau seorang asing. Tak ada sanak keluarga atau kaum yang melindungimu. Suhaib pergi dengan sangat hati-hati. Sebentar-sebentar dia menengok ke belakang. Ketika sampai di depan pintu rumah kawannya, Ammar bin Yasir, dia ragu-ragu sejenak sebelum akhirnya mengentuk. Tidakkah engkau ingin sesuatu, Ammar? tanya Suhaib. Apa yang engkau inginkan? Ammar balik bertanya. Aku ingin menemui orang itu dan mendengarkan ajaran yang dikatakannya. Aku juga begitu, kata Ammar. Kalau begitu, mari kita berangkat bersama-sama dengan berkah Allah. Suhaib bin Sinan dan Ammar bin Yasir pergi menjumpai Rasulullah SAW dan mendengarkan seruan beliau. Cahaya iman menyinari qalbu keduanya. Mereka mengulurkan tangan untuk baiat syahadat L ilha illallh Muhammadar Raslullh. Seharian mereka berdua tinggal di sisi Nabi SAW untuk mengambil tuntunannya dan mengakrabkan persahabatannya. Begitu malam datang dan keadaan mulai sepi, Suhaib dan Ammar keluar dalam lindungan kegelapan. Masing-masing membawa cahaya di hatinya, yang cukup terang untuk menyinari alam semesta. Suhaib ikut memikul bagiannya dari siksaan Quraisy bersama Bilal, Ammar, Sumayyah, Yasir, Khabrah, dan puluhan muslim lainnya. Seandainya penganiayaan Quraisy tersebut ditimpakan pada sebuah gunung, niscaya akan runtuh. Namun orang-orang ini menerima semua itu dengan jiwa yang mantap dan penuh kesabaran, karena mereka tahu bahawa jalan ke syurga penuh dengan kepedihan. Setelah Rasulullah SAW mengizinkan sahabat-sahabatnya hijrah ke Madinah, Suhaib juga ingin berangkat menyertai Rasulullah dan Abu Bakar a.r

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid

-SAR-

Tapi malang, Quraisy mencium rencana itu. Mereka m enghalang-halanginya dengan memasang pengawas di jalan-jalan untuk mencegah jangan sampai harta benda yang diperolehnya lepas dari tangan mereka. Suhaib menanti-nanti kesempatan untuk menyusul Rasulullah serta sahabat-sahabatnya, tetapi gagal karena pengawasan terhadapnya sangat ketat. Pada suatu malam yang sangat dingin, Setelah orang-orang itu kelihatan tidur kembali, Suhaib merangkak menuju ke arah Madinah. Para pengawas Quraisy menyadari apa yang terjadi, kemudian bergegas mengejar dengan kuda-kuda mereka. Suhaib berhasil ditemukan di jalan menuju Madinah. Melihat datangnya bahaya, Suhaib segera mencari tempat yang menguntungkan, lalu menyiapkan busur dan panah. Ia menggertak, Hai orang-orang Quraisy, kalian tahu aku sangat mahir membidik dengan panah. Jangan harap kalian bisa menyentuhku sebelum habis anak panah di bahuku ini. Satu bidikan untuk satu orang bagi kalian. Akan aku gunakan pula pedangku yang tajam ini selama masih berada di tanganku. Salah satu dari mereka berkata, Demi Tuhan, kami tidak boleh membiarkan engkau pergi bersama hartamu. Dulu engkau datang dalam keadaan miskin, lalu menjadi paling kaya raya., Apakah kalian bersedia melepasku kalau harta benda itu kutinggalkan?Ya. Jawab mereka. Tanpa berfikir panjang dia menunjukkan tempat penyimpanan hartanya di Makkah. Mereka pun pergi mengambilnya dan membiarkan dia pergi. Suhaib mempercepat parjalanan. Dengan agamanya, dia melarikan diri untuk menuju Allah tanpa menghiraukan harta kekayaan yang dikumpulkannya semenjak muda. Tak sedikit pun dia menyesali. Sesampainya di Quba, Rasulullah menyambut Suhaib Ar-Rumi dengan wajah berseri-seri seraya berkata berulang-ulang, Ya Abu Yahya (maksudnya Suhaib Ar-Rumi) untung besar perniagaanmu Bukan main suka cita hati Suhaib. Wajahnya cerah ketika berkata, Ya Rasulullah, tidak ada orang yang mendahuluiku. Bererti tak ada yang memberitahu Anda Kecuali Jibril alaihi salam. Benar. Suhaib mendapatkan untung dalam perniagaannya. Wahyu dari langit membenarkannya, disaksikan oleh Jibril ketika membawa firman Allah, Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. (AlBaqarah: 207). Untung besar bagi Suhaib, dan itulah sebaik-baik perniagaan dan keuntungan.(HFz). Suhaib bin ar-Rumi yang sanggup meninggalkan segala harta kekayaannya atas permintaan kafir quraisy semata-mata ingin berhijrah ke Madinah dalam mencari kebahagiaan yang hakiki. Begitulah juga apa berlaku kepada beliau pada malam pengantin di m ana ketika mendengar panggilan jihad, dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini untuk turun ke medan jihad. Dia gugur syahid dalam peperangan ini dan ketika tentera Islam memeriksa m ayatnya didapati mayat itu basah. Lalu Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa dia telah dimandikan oleh malaikat. References: 1. DR. Abdurrahman Rafat Al-Basya. Sosok Para Sahabat Nabi, cet. I, 1996, CV. Pustaka Matiq.

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


2. Hamzah b Abdul Mutalib
Nama penuh :Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim Tarikh lahir :570 Masihi iaitu tahun yang sama dengan kelahiran nabi Muhammad S.A.W Tempat lahir: Kota Mekah Keturunan : Bani Hasyim Hubungan dengan Rasulullah: Bapa Saudara Rasulullah Jawatan :Panglima Perang Rasulullah,pembawa panji angkatan tentera Islam Hobi : Memanah dan memburu Meninggal dunia : Tahun ke-3 Hijrah Sebab Kewafatan : Syahid dimedan Perang Uhud Gelaran : -Asadullah (singa Allah) -Sayyid As-Syuhada (penghulu orang yang mati syahid)

-SAR-

Sifat peribadi Hamzah b Abdul Muthalib y y Saidina Hamzah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah.Beliau ialah bapa saudara Nabi sebelah bapa, sepupu Nabi sebelah ibu, saudara susu Nabi dan teman sepermainan Nabi sejak kecil. Saidina Hamzah memeluk Islam kerana tidak tahan melihat perlakuan Abu Jahal yang telah menghina Rasulullah di Bukit Safa. Apabila pulang daripada berburu, Saidina Hamzah terus mencari Abu Jahal di Masjidil Haram dan terus memukul kepala Abu Jahal dengan busar panah yang dibawanya sehingga kepala Abu Jahal berlumuran darah. Lantas Saidina Hamzah pun memeluk Islam. Pengislaman Saidina Hamzah telah menyuntik kekuatan kepada umat Islam kerana beliau terkenal dengan seorang yang gagah berani, setelah pengislamannya, pemimpin-pemimpin Quraisy tidak berani lagi melakukan penindasan sesuka hati mereka terhadap umat Islam. Saidina Hamzah juga terkenal sebagai seorang yang cekal hati dan pentas bertindak. Beliau merupakan seorang pahlawan yang berani dan gagah perkasa. Justeru, beliau telah digelar dengan Asadullah yang bermaksud singa Allah.

y y

Peranan Saidina Hamzah dalam peperangan 1) 2) 3) 4) Beliau telah dilantik oleh Rasulullah S.A.W.sebagai ketua pasukan yang mengintip pergerakan musuh yang berniaga antara Mekah dengan Syam. Pasukan yang terdiri daripada 30 orang mujahid ini telah berjaya melumpuhkan musuh seramai 300 orang yang diketuai oleh Abu Jahal yang bertujuan untuk menghancurkan Islam. Rasulullah telah memilih Saidina Hamzah untuk menjadi panglima perang dalam Perang Badar. Beliau telah berjaya menyusun strategi dengan baik dan tersusun. Akhirnya kemenangan milik umat Islam. Dalam Perang Badar juga, Saidina Hamzah telah dicabar untuk berlawan dengan dua orang tentera musyrikin.Beliau menyahut cabaran itu dan berjaya membunuh kedua-dua pencabarnya itu. Dalam Perang Uhud pula, Saidina Hamzah dapat menewaskan ramai tentera musyirikin seperti Utbah bin Abd dan Usman bin Abuh Talhah.

Sumbangan Saidina Hamzah y y y y y Melindungi Rasulullah daripada ancaman musuh. Mengambil berat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama umat Islam. Mengambil bahagian dalam setiap peperangan dan berusaha mengatur strategi untuk kemenangan umat Islam dalam pertempuran. Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Allah S.W.T. Membantu perkembangan dakwah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah.

Syahidnya Saidina Hamzah Saidina Hamzah telah gugur syahid di medan Uhud pada tahun ketiga Hijrah. Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi dengan lontaran lembing.Wahsyi ditugaskan oleh tuannya Zubair bin Mutim untuk membunuh Saidina Hamzah sebagai satu syarat pembebasannya daripada seorang hamba. Ketika Perang Uhud meletus, Saidina hamzah telah berjaya membunuh 21 orang tentera musyirikin.kemudian beliau terjatuh menyebabkan baju besi yang dipakainya pecah. Wahsyi yang sedang mengambil peluang ini dengan melontarkan lembing tepat ke perut Saidina Hamzah yang menyebabkan beliau gugur syahid. Peristiwa kematian Saidina Hamzah telah menyayat hati Rasulullah. Saidina Hamzah telah dikurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu orang yang mati syahid di syurga) Allah S.WT. menjanjikan syurga kepada orang yang berjuang dan mempertahankan agamaNya.

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


3. Khabbab b Al-Arat

-SAR-

Khabbab bin Al- Arat r.a. adalah seorang sahabat yang tubuhnya dipenuhi keberkahan, kerana berbagai ujian dan penderitaan di jalan Allah swt yang telah dialaminya. Pada masa awal Islam, dia masuk Islam ketika baru ada lima hingga enam orang yang menerim a Islam, sehingga cukup lama ia bergelut dengan penderitaan. Ia pernah dipakaikan baju besi lalu dibaringkan di bawah terik m atahari yang sangat panas. Keringat bercucuran ditubuhnya. Begitu lama dia diseksa di bawah terik m atahari, sehingga daging punggungnya mengelupas kerana panas. Ia adalah hamba sahaya milik seorang wanita. Ketika tuannya mengetahui bahwa ia sering menjumpai Rasulullah saw, maka tuannya menghukumnya dengan menusukkan batang besi ke kepala Khabab r.a. Pada masa Khalifah Umar Bin khathtab r.a., Umar r.a. meminta khabbab r.a. menceritakan kembali penderitaannya dahulu pada awal Islam. Khabbab r.a. berkata, lihatlah punggung ku ini, begitu Umar r.a melihat punggungnya, ia berseru, Belum pernah ku lihat punggung seperti ini, Khabbab r.a berkata, Aku diseret di atas timbunan bara api yang menyala sehingga lemak dara yang mengalir dari punggungku memadamkan apinya. Setelah Islam berjaya dan pintu- pintu kemenangan telah banyak diraih, Khabbab r.a. menangis, Jangan-jangan Allah telah membalas penderitaan kita. Aku khawatir balasan ini hanya di dunia. : Khabbab r.a. meriwayatkan Suatu ketika, Nabi saw, solat lama sekali, tidak seperti biasanya. Lalu ada seorang sahabat yang bertanya tentang solatnya itu. Jawab Nabi saw, ini adalah solat yang penuh harap dan takut. Aku mengajukan tiga permintaan kepada Allah swt, dua telah dikabulkan, dan satunya ditolak. Aku bermohon agar umatku tidak dimusnahkan kerana kelaparan, doa ini dikabulkan. Kedua, aku meminta agar umatku tidak dikuasai oleh musuh yang akan menghancurkannya sama sekali dan doa inipun dikabulkan- Nya. Yang ketiga aku meminta, agar tidak ada pertingkaian diantara umatku, tetapi doa ini tidak dikabulkan-Nya. Khabbab r.a. wafat pada usia 37 tahun. Dia adalah sahabat yang pertama kali dikuburkan di Kufah. Setelah wafatnya, Ali. R.a. pernah melewati kuburnya dan berkata, Sem oga Allah swt merahmati khabbab, dengan semangatnya ia telah memeluk Islam, dan ia rela menghabiskan waktunya untuk hijrah, jihad dan menerima segala penderitaan serta musibah. Penuh berkahlah orang yang selalu mengingat hari kiamat dan selalu bersiap- siap menerima kitab amalnya pada hari hisab. Dan ia menjalani kehidupan ini dengan menerima apa adanya, dan ia membuat Redha Tuhannya.

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


4. Jaafar b Abi Talib

-SAR-

Beliau adalah yang terawal memeluk Islam bersama isterinya, Amma bt Umais. Beliau mempunyai gelaran seperti Bapa Si Miskin oleh Rasulullah, Si Bersayap Dua di Syurga. Ja'far bin Abi Thalib (Arab: ) dikenali juga dengan julukan Jafar-e-Tayyar adalah anak lelaki Abu Thalib iaitu bapa saudara dari Nabi Muhammad, dan abang kepada Imam Syi'ah pertama dan Khalifah ke-4 Ali bin Abi Thalib. Ja'far dibesarkan oleh bapa saudaranya, Abbas bin 'Abdul Muththalib, kerana ayahnya yang miskin dan harus menanggung keluarga besar. Terdapat keserupaan antara Ja'far dan Muhammad, baik dalam rupa mahupun sifat yang dimiliki. Muhammad memanggil Ja'far, "Bapa orang-orang Miskin", kerana beliau selalu menolong dan membantu orang miskin dengan semua wang yang dimiliki.Ja'far bin Abi Thalib termasuk golongan awal memeluk Islam, sewaktu kecil dia dalam jagaan bapa saudaranya iaitu AlAbbas, begitu juga saudaranya Ali bin Abi Thalib berada dalam jagaan Nabi Muhammad, Ja'far bin Abi Thalib menikah dengan Asma bintu Umais. Ja'far dan istrinya kemudian mengikuti hijrah kedua ke Habsyah kemudian melalui dia. raja Habsyah, Najasyi iaitu Ashhamad bin Al-Abjar, memeluk Islam setelah menerima surat dari Nabi Muhammad yang dikirim melalui Amr bin Ummayyah AdhDhamary.Ja'far bin Abi Thalib pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar dan turut menuju ke Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asy'ary. Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja'far bin Abi Thalib ikut perang Mu'tah dan gugur syahid. Selain beliau, turut gugur ialah Zaid bin Haritsah dan Abdullah bin Rawahah. Peperangan itu merupakan peperangan pertama umat islam dengan pasukan Rom. Ada pada suatu ketika, rombongan kaum Muslimin Mekah ke Habsyah terdiri daripada 83 orang lelaki dan 18 orang wanita. Rombongan ini diketuai oleh Jaafar Bin Abu Talib. Sebaik sahaja rombongan ini tiba di Habsyah, mereka telah menggauli untuk hidup berkelompok dengan kaum Muslimin dari Yaman seramai 50 orang di bawah pimpinan Abu Musa Al-Asy. Pergaulan dua kumpulan rombongan ini telah meletakkan Jaafar bin Abu Talib sebagai ketua kumpulan.Mendengar akan keadaan perkampungan dua rombongan ini di Habsyah, dua orang wakil dari kaum Quraisy telah dihantar oleh pembesar mereka untuk berjumpa dengan Raja Habsyah yang bernama Raja Najjasi, dengan harapan untuk mengembalikan semula rombongan dari Mekah ke Mekah. Dua wakil Quraisy itu adalah Amr bin As dan Imarah bin Walid. Kedua-dua nya diutuskan kepada Raja Najjasi dengan membawa hadiah untuk dipersembahkan. Sebaik bersua dengan Raja Najjasi, merekaberkata Sesungguhnya satu rombongan kaum kerabat kami telah meninggalkan Mekah dan lari ke negeri tuanku. Mereka lari kerana tidak suka kepada kami dan agama kami, bahkan mereka tidak mengikut agama tuanku. Sesungguhnya pemimpin Quraisy mengutuskan kami untuk menjumpai tuanku, dan supaya tuanku mengembalikan mereka ke Mekah Pujukan kedua-dua wakil Quraisy, dengan kuasa Allah, tidaklah sangat dimakan oleh Raja Najjasi. Sesungguhnya Allah juga telah membuat perancangan lebih awal dari mereka untuk membuka pintu hidayah buat Raja Najjasi. Raja Habsyah itu menjawab, Tunggulah sehingga beta memanggil mereka dan bertanya akan agama mereka.Lalu, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua kumpulan kaum Muslimin tadi dating bersama beberapa orang kaum Muhajirin mengadap Raja Habsyah tanpa memberikan rukuk hormat sebagaimana adat di istana, lalu Raja Habsyah pun bertanya Mengapa kamu tidak hormat seperti adat yang biasanya dalam istana ini? Lalu, Jaafar bin Abu Talib pun menjawab dengan rendah dirinya, Kami telah memberikan penghormatan kepadamu dengan cara penghormatan ali syurga. Kami memang tidak rukuk kecuali kepada Allah.Raja bertanya: Agama apa yang kamu anuti itu sehingga kamu rela meninggalkan kaum kamu tidak mahu masuk agamaku dan tidak agama-agama lain? Jaafar menjawab, Wahai raja! Kami ini adalah kaum jahiliah, penyembah berhala, memakan bangkai, kuat menindas orang yang dhaif. Kemudian Allah mengutuskan seorang rasul kepada kami, ia diutus dari kalangan kami sendiri dan kami sudah tahu tentang kejujurannya, pemaaf dan amanahnya. Beliau mengajak kami meng-Esakan Allah serta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Oleh kerana kami m engikutnya, maka kaum kami memusuhi kami dengan menyeksa dan menindas dengan tujuan supaya kami kembali ke zaman jahiliah. Disebabkan hebatnya penindasan dan penekanan m ereka, maka kami lari ke negeri tuan. Kami memilih negeri tuan kerana ingin dekat dengan tuan. Kami harap tuan tidak menganiaya kami. Begitulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Jaafar bin Abu Talib. Lalu, Raja Najjasi bertanya lagi Bagaimana pendapat kamu tentang Isa a.s? Jawab Jaafar, Kami berpendapat sesuai dengan yang difirmankan oleh Allah swt, sambil membacakan sebahagian dari Surah Maryam. Raja Najjasi merupakan pendeta atau ulama dari kalangan agama Nasrani. Beliau juga diantara orang-orang yang berpendapat bahawa Isa a.s adalah seorang manusia utusan Allah. Sebaik Raja itu mendengar bacaan surah Maryam dari Jaafar, lalu beliau menangis sambil berkata, Sesungguhnya ini dan yang dibawa oleh Isa adalah berasal dari satu sumber. Kemudian, Raja Najjasi mengistiharkan akan melindungi orang-orang Mukmin yang berhijrah serta terpaksa memulangkan dua orang utusan Quraisy dan hadiah yang mereka bawa juga dikembalikan. Raja Najjasi akhirnya memeluk Islam, dan diikuti dengan ramai rakyat dinegerinya.

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


5. Zubair Bin Awwam Radhiyallahu 'anhu

-SAR-

Setiap tersebut nam a Thalhah, pastilah disebut orang nama Zubair! Begitu pula setiap disebut nama Zubair, pastilah disebut orang pula nama Thalhah! Maka sewaktu Rasulullah shallallahu alaihi wasalam mempersaudarakan para shahabatnya di Mekah sebelum Hijrah, beliau telah mempersaudarakan antara Thalhah dengan Zubair. Sudah semenjak lama Nabi shallallahu alaihi wasalam memperkatakan keduanya secara bersamaan, seperti kata beliau: "Thalhah dan Zubair adalah tetanggaku di dalam surga''. Dan kedua mereka berhimpun bersama Rasul dalam kerabat dan keturunan.Thalhah dan Zubair, kedua mereka banyak persamaan satu sama lain dalam aliran kehidupan. Persamaan di antara keduanya sangat banyak dalam pertumbuhan di masa remaja, kekayaan, kedermawanan, keteguhan beragama dan kegagah-beranian. Keduanya termasuk orang-orang angkatan pertama masuk Islam dan tergolong kepada sepuluh orang yang diberi khabar gembira oleh Rasul masuk surga. Zubair termasuk dalam rombongan pertama yang masuk Islam, kerana ia adalah dari golongan tujuh orang yang mula-mula menyatakan keislamannya, dan sebagai perintis telah memainkan peranannya yang penuh berkat di rumah Arqam. Usianya waktu itu baru lima belas tahun. Dan begitulah ia telah diberi petunjuk, nur dan kebaikan selagi masih remaja. Ia benar-benar seorang penunggang kuda dan berani sejak kecilnya sehingga ahli sejarah menyebutnya bahwa pedang pertama yang dihunuskan untuk membela Islam adalah Zubair bin 'Awwam. Pada hari-hari pertama dari Islam, sementara Kaum Muslimin waktu itu sedikit sekali hingga mereka selalu bersembunyi di rumah Arqam, tiba-tiba pada suatu hari tersebar berita bahwa Rasul terbunuh. Seketika itu, tiada lain tindakan Zubair kecuali menghunus pedang dan mengacungkannya, lalu ia berjalan di jalan-jalan kota Mekah laksana tiupan angin kencang, padahal ia masih muda belia. Ia pergi mula-mula meneliti berita tersebut dengan bertekad andainya berita itu benar, maka niscaya pedangnya akan menebas semua orang Quraisy, sehingga ia mengalahkan mereka, atau mereka menewaskan-nya. Rasulullah menemukannya, lalu bertanya akan maksudnya. Zubair menyampaikan berita tersebut. Maka Rasulullah memohonkan kebahagiaan dan mendo'akan kebaikan baginya serta keampunan bagi pedangnya. Sekalipun Zubair seorang bangsawan terpandang dalam kaumnya, namun tak kurang ia menanggung azab dan penyiksaan Quraisy. Yang m emimpin penyiksaan itu adalah bapa saudaranya sendiri. Pernah ia dikurung di suatu kurungan, kemudian dipenuhi dengan kepulan asap api agar sesak nafas, lalu dipanggilnya Zubair di bawah tekanan: "Tolaklah olehmu Tuhan Muhammad itu, nanti kulepaskan kamu dari siksa ini!"Zubair menjawab dengan pedas dan mengejutkan: "Tidak ! demi Allah, aku tak akan kembali kepada kekafiran untuk selama-lam anya!" Padahal pada waktu itu ia belum menjadi pemuda taruna, masih belia bertulang lembut. Zubair melakukan hijrah ke Habsyi (Ethiopia) dua kali, yang pertama dan yang kedua, kemudian ia kembali, untuk menyertai ketinggalan semua peperangan bersama Rasulullah. Tak pernah ia tertinggal dalam berperang atau bertempur. Kebanyakkan tusukan dan luka-luka yang terdapat pada tubuhnya dan masih berbekas sesudah lukanya itu sembuh membuktikan pula kepahlawanan Zubair dan keperkasaannya. Salah seorang sahabatnya yang telah menyaksikan bekas-bekas luka yang terdapat hampir pada segenap bagian tubuhnya, demikian katanya: "Aku pernah menemani Zubair ibnul 'Awwam pada sebagian perjalanan dan aku melihat tubuhnya, maka aku saksikan banyak bekas luka goresan pedang, sedang di dadanya terdapat seperti mata air yang dalam, menunjukkan bekas tusukan lembing dan anak panah. Maka kataku kepadanya: "Demi Allah, telah kusaksikan sendiri pada tubuhmu apa yang belum pernah kulihat pada orang lain sedikit pun " Mendengar itu Zubair menjawab: "Demi Allah, semua luka-luka itu kudapat bersam a Rasulullah pada peperangan di jalan Allah. Ketika perang Uhud dan pasukan Quraisy balik kembali ke Mekah, ia diutus Rasul bersama Abu Bakar untuk mengikuti gerakan tentera Quraisy dan menghalau mereka, hingga mereka menganggap Kaum Muslimin masih ada kekuatan, dan tidak berpikir lagi untuk kembali ke Madinah. Abu Bakar dan Zubair memimpin tujuh puluh orang Muslimin. Sekalipun mereka sebenarnya sedang mengikuti suatu pasukan yang menang, namun kecerdikan dan muslihat perang yang dipergunakan oleh ash-Shiddiq dan Zubair, membuat orang-orang Quraisy menyangka bahwa mereka salah duga menilai kekuatan Kaum Muslimin, dan membuat mereka berfikir, bahwa pasukan perintis yang dipimpin oleh Zubair dan ash-Shiddiq tampak kuat, tak lain sebagai pendahuluan dari balatentara Rasul yang menyusul di belakang, dan akan tampil menghalau mereka dengan dahsyat. Karena itu mereka bergegas mempercepat perjalanannya dan mengambil langkah seribu pulang ke Mekah. Di samping Yarmuk, Zubair merupakan seorang prajurit yang memimpin langsung suatu pasukan. Sewaktu ia melihat sebagian besar anak buah yang dipimpinnya merasa gentar menghadapi balatentara Romawi yang menggunung maju, ia meneriakkan "Allahu Akbar" dan maju membelah pasukan musuh yang mendekat itu seorang diri dengan mengayunkan pedangnya, kemudian ia kembali ke tengah-tengah barisan musuh yang dahsyat itu dengan pedang di tangan kanannya, menari-nari dan berputar bagaikan kincir, tak pernah melemah apalagi berhenti. Zubair radhiyallahu anhu sangat teruja menemui syahid! (Amat merindukan mati di jalan Allah.') Ia pernah berkata: "Thalhah bin Ubaidillah memberi nama anak-anaknya dengan nam a Nabinabi padahal sudah sama diketahui bahwa tak ada Nabi lagi sesudah Muhammad . maka aku menamai anak-anakku dengan nama para syuhada, semoga mereka berjuang mengikuti syuhada. Begitulah dinam ainya seorang anaknya Abdullah bin Zubair mengambil berkat dengan sahabat yang syahid Abdullah bin Jahsy. Dinamainya pula seorang lagi al-Munzir mengambil berkat dengan shahabat yang syahid al-Munzir bin Amar. Dinamainya pula yang lain 'Urwah mengambil berkat dengan 'Urwah bin Amar. Dan ada pula yang dinamainya Hamzah, mengambil berkat dengan syahid yang mulia Hamzah bin Abdul Muthalib. Ada lagi Ja'far, mengambil berkat dengan syahid yang besar Ja'far bin Abu Thalib. Juga ada yang dinamakannya Mush'ab mengambil berkat dengan shahabat yang syahid Mush'ab bin Umeir. Tidak ketinggalan yang dinamainya Khalid mengambil berkat dengan shahabat Khalid bin Sa'id. Demikianlah ia seterusnya memilih untuk anak-anaknya nama para syuhada, dengan pengharapan agar sewaktu datang ajal mereka nanti, mereka tercatat sebagai syuhada. Kecintaan dan penghargaan Rasul terhadap Zubair luar biasa sekali, dan Rasulullah sangat membanggakannya, katanya:"Setiap Nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair bin 'Awwam '' Karena bukan saja ia saudara sepupunya dan suami dari Asma binti Abu Bakar yang empunya dua puteri semata, tapi lebih dari itu adalah kerana pengabdiannya yang luar biasa, keberaniannya yang perkasa, kepemurahannya yang tidak terkira dan

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid

-SAR-

pengorbanan diri dan hartanya untuk Allah Tuhan dari alam semesta. Sungguh, Hasan bin Tsabit telah melukiskan sifatsifatnya ini dengan indah sekali, katanya: "Ia berdiri teguh m enepati janjinya kepada Nabi dan mengikuti petunjuknya. Menjadi pembelanya, sementara perbuatan sesuai dengan perkataannya. Ditempuhnya jalan yang telah digunakannya, tak hendak menyimpang daripadanya. Bertindak sebagai pembela kebenaran, kerana kebenaran itu jalan sebaik-baiknya. Ia adalah seorang berkuda yang termasyhur, dan pahlawan yang gagah perkasa. Merajalela di medan perang dan ditakuti di setiap arena. Dengan Rasulullah mempunyai pertalian darah dan masih berhubungan keluarga. Dan dalam membela Islam mempunyai jasa-jasa yang tidak terkira. Betapa banyaknya bahaya yang mengancam Rasulullah Nabi al-Musthafa. Disingkirkan Zubair dengan ujung pedangnya, maka semoga Allah membalas jasa-jasanya" Kata Abdullah kemudian: "Maka demi Allah, setiap aku terjatuh ke dalam kesukaran kerana hutangnya, tetap aku memohon: "Wahai Zubair, lunasilah hutangnya, maka Allah mengabulkan permohonan itu, dan alhamdulillah hutang pun dapat dilunasi. Dalam perang Jamal Zubair m enemui akhir hayat dan tempat kesudahannya. Sesudah ia menyadari kebenaran dan berlepas tangan dari peperangan, terus diintai oleh golongan yang menghendaki terus berkobarnya api fitnah, lalu ia pun ditusuk oleh seorang pembunuh yang curang waktu ia sedang lengah, yakni di kala ia sedang solat menghadap Tuhannya. Si pembunuh itu pergi kepada Ali, dengan maksud melaporkan tindakannya terhadap Zubair, dengan dugaan bahawa kabar itu akan membuat Ali bersenang hati, apalagi sambil menanggalkan pedang-pedang Zubair yang telah dirampasnya setelah melakukan kejahatan tersebut. Tetapi Ali berteriak demi mengetahui bahwa di muka pintu ada pembunuh Zubair yang minta izin masuk dan memerintahkan orang untuk mengusirnya, katanya: "Sampaikan berita kepada pembunuh putera ibu Shafiah itu, bahwa untuknya telah disediakan api neraka!" Dan ketika pedang Zubair ditunjukkan kepada Ali oleh beberapa shahabatnya, ia mencium dan lama sekali ia menangis kemudian katanya: "Demi Allah, pedang ini sudah banyak berjasa, digunakan oleh pemiliknya untuk melindungi Rasulullah dari bahaya.

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


6. Ubaid b Bisyr

-SAR-

Selepas peperangan keturunan Nadhir, berlaku satu lagi peperangan iaitu peperangan yang diberi nama "Peperangan Zat alRiqa". Peperangan ini berlaku pada bulan Jamadilawal iaitu bulan ke-5 pada tahun keempat Hijrah. Ini berlaku kerana suku Ghafatan bersiap sekali lagi untuk menyerang Madinah. Ghafatan adalah suku terbesar di Najd. Rasulullah s.a.w sendiri bersiap memimpin tentera Islam menuju ke suku Ghafatan sebelum mereka bergerak ke Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Ghafatan, rupa-rupanya Ghafatan sudah bersedia dengan bilangan tentera yang berlipat kali ganda daripa jumlah tentera Islam. Apabila kedua-dua pasukan tentera bertemu, masing-masing menunggu siapa yang mahu memulakan peperangan. Walaupun bilangan mereka besar, namun merekatakut dengan keberanian dan kehandalan tentera Islam. Oleh itu, mereka tidak berani memulakannya. Allah mencampakkan rasa gerun ke dalam hati mereka walaupun pada mulanya mereka yang mahu menyerang Madinah. Berhari-hari lamanya kedua-dua tentera berhadapan, namun Ghafatan tidak berani memulakan peperangan. Akhirnya, mereka terfikir menyerang orang Islam semasa orang Islam sedang sembahyang. Mereka bersiap m enyerang pada waktu sembahyang yang terdekat selepas itu. Pada masa itu, Allah turunkan cara sembahyang khauf iaitu sembahyang semasa perang. Tentera Islam terus mempraktikkan hukum ini. Sebahagiannya sembahyang bersama Rasulullah dan sebahagiannya mengawal. Apabila kumpulan pertama selesai sembahyang, mereka pula mengawal dan kumpulan yang mengawal tadi pula sembahyang. Melihat keadaan itu, terbatal niat tentera Ghafatan untuk menyerang tentera Islam semasa mereka sembahyang. Mereka melihat tentera Islam sembahyang dengan senjata dan dikawal. Melihat apa yang berlaku, tentera Ghafatan bertambah gerun dan membuat keputusan untuk berundur meninggalkan tempat kediam an ke bukit. Rasulullah dan tentera Islam terus menawan kediaman dan pulang ke Madinah selepas beberapa hari disitu. Sepanjang barada di situ, mereka berdakwah secara lisanul hal iaitu konsep berdakwa melalui perbuatan. Mereka dapat melihat cara hidup Islam yang indah dan tersusun. Disamping itu, dalam tempoh ini juga Rasulullah terus mendidk para sahabat kerana bagi beliau, yang lebih penting lagi adalah membina insan, iman dan takwa dalam peribadi setiap sahabat beliau. Semasa tentera Islam bergerak pulang ke Madinah, ada seorang tentera Ghafatan keluar mengejar tentera Islam. Dia bersumpah tidak akan pulang selagi tidak berjaya membunuh atau menumpahkan darah salah seorang tentera Islam. Tentera Islam berjalan terus sehingga berhenti berkhemah di suatu tempat. Pada malam itu giliran Ammar bin Yasir dan Abbad bin Bisyr berjaga malam dan mengawal tentera Islam. Sampai suatu masa, Ammar tertidur dan Abbad sedang sembahyang malam. Abbad berada di kawasan paling tinggi di situ supaya dia dapat melihat sebarang pergerakan ke arah tentera Islam. Dalam senyap-senyap dan kegelapan malam itu, lelaki Ghafatan tadi telah sampai ke jarak memanah dengan Abbad. Dia memanah Abbad yang sedang khusyuk sembahyang. Anak panah itu terkena bahu Abbad. Abbad yang sedang khusyuk sembahyang tidak mahu memotong sembahyangnya. Dia mencabut anak panah dan terus sembahyang. Lelaki Ghafatan tadi berasa pelik. Abbad tidak bergerak-gerak. Tidak pernah panahanannya pada jarak itu meleset. Dia pun memanah sekali lagi. Abbad mencabut panah dan terus sembahyang, tidak bergerak-gerak lagi. Lelaki Ghafatan itu hairan dan memanah buat kali yang ketiga. Pada masa itu, Abbad takut dia dibunuh dan berlaku perkara yang tidak baik kepada tentera Islam. Dia turun sujud dan mengejutkan Ammar. Ammar terkejut melihat kecederaan Abbad, "Kenapa tidak dikejutnya dari awal?". Abbad berkata, "Aku sedang membaca surah yang aku tidak mahu berhenti dari surah ini. Kalaulah bukan kerana takutkan keselamatan Rasulullah dan tentera Islam, nescaya aku tidak akan berhenti dari sembahyangku". Si Ghafatan tadi, apabila tiga kali dia memanah Abbad dan melihat panahannya tidak m emberikan kesan sedangkan dia pakar memanah dan tidak pernah panahannya meleset, Allah mencampakkan rasa gerun kedalam hatinya. Terus dia berundur senyap-senyap pulang ketempat sukunya. Inilah dia "Peperangan Zat al-Riqa' ". Dinamakan Zat al-Riqa' kerana tentera Islam yang berjalan kaki terlalu jauh sehingga koyak kasut mereka dan sampai luka-luka kaki mereka. Akhirnya mereka terpaksa membalut kaki dengan kain sebagai ganti kasut. Dari situlah dinamakan "Peperangan Zat al-Riqa' ".

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


7. Thabit al Qais

-SAR-

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyedari. Thabit bin Qais r.a. am at terkesan dengan firman Allah s.w.t. ini. Beliau terkenal sebagai seorang yang bersuara lantang. Kerana itu, setiap kali solat berjemaah di Masjid Nabi, beliau akan mengelak daripada bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Beiau khuatir, suaranya yang lantang dan tinggi daripada suara Rasulullah s.a.w. akan menyebabkan amalannya terhapus dan menjadi ahli neraka. MasyaAllah, hebat betul keimanan Thabit bin Qais r.a. Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling baik akhlaknya. Baginda ambil berat, kasih, sayang sahabat-sahabatnya. Baginda hairan kerana sudah lama baginda tidak bertemu dengan Thabit bin Qais r.a. Lalu Baginda Rasulullah bertanya pada sahabat-sahabat yang lain, "Ke manakah Thabit ibn Qais? Sudah lama aku tidak bertemu dengannya." Sahabat-sahabat baginda menjawab, Thabit bin Qais r.a. mengelak untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. kerana takut meninggikan suara dan bersuara kasar dengan Nabi. Kerana itu, Thabit akan menjadi ahli neraka. Rasulullah s.a.w. berkata "Sesungguhnya dia (Thabit) ialah ahli syurga. Bukan ahli neraka."Thabit ibn Qais r.a berperanan sebagai pemidato dan jurucakap bagi Rasulullah s.a.w. Suaranya yang lantang dan pandai berpidato menjadikan beliau sesuai menggalas tugas tersebut. Kita lihat bagaimana sahabat Rasulullah s.a.w mempunyai taqwa yang tinggi. Mereka begitu patuh dengan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Lihatlah, Thabit ibn Qais r.a. Beliau sanggup meminggirkan diri daripada bertemu kekasih Allah, kerana takut menjadi ahli neraka. Kedua, lihat bagaimana Rasulullah begitu sayangkan sahabatsahabat baginda. Baginda ambil berat sahabat-sahabatnya. Tidak kelihatan lam a, Rasulullah tanya. Rasulullah prihatin. Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Thabit bin Qais r.a. mati syahid sepertimana yang Rasulullah janjikan kepada beliau. Thabit ibn Qais r.a. syahid dalam peperangan memerangi Musailam ah al-Kazzab semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. Beliaulah satu-satunya sahabat yang memberikan wasiat setelah beliau meninggal dunia. Beliau mendatangi sahabat yang lain melalui mimpi dan menyampaikan wasiatnya.

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


8. Suhail bin Amr

-SAR-

Sewaktu kaum muslimin belum berhijrah ke Madinah mereka selalu mendapat perlakuan kejam dari Kaum kafir Quraisy. Terutama orang orang yang lemah dan miskin. Mereka diintimidasi dan di tekan agar meninggalkan ajaran islam. Seorang Quraisy yang paling getol menentang islam adalah Suhail bin Amr.Dia seorang ahli pidato dan sastra kenamaan.Hobinya menghasut orang orang agar membenci Rasulullah SAW dan pedangnya selalu dibawa guna menakut nakuti agar penduduk Mekkah tidak mengikuti ajakan Rasulullah SAW. Sewaktu Suhail bin Amr tertawan pada waktu perang Badar Umar bin Khattab r.a segera menuju kearahnya dan hendak mematahkan giginya agar tidak bisa lagi berorasi untuk menghasut dan menebar fitnah tapi Rasulullah SAW mencegahnya dan bersabda, Biarlah. Mungkin suatu ketika gigi itu akan membuatmu senang. Akhirnya Suhail bin Amr dibiarkan hidup dan masih terus memerangi kaum Muslimin. Sewaktu Perjanjian Hudaibiyah berlangsung yang m enyebabkan Rasulullah SAW dan para sahabatnya batal melakukan umroh dari pihak Quraisy yang diutus sebagai delegasi adalah Suhail bin Amr. Pesan dari para pembesar Qurasy kepada Suhail adalah agar ia mengajak Rasulullah dan kaum muslimin berdamai dan hendaklah mereka kembali ke Madinah dan jangan sampai bangsa Arab beranggapan kalau mereka masuk tahun ini, dan kaum Qurasy telah dikalahkan. Waktu berlalu dan tibalah Fathul Makkah terjadi. Peristiwa besar ini berlangsung dengan damai. Rasulullah SAW memasuki Baitullah. Beliau istirahat bersama sahabat sahabatnya, tiba tiba Suhail bin Amr datang. Rasulullah SAW bertanya Apa yang akan kalian katakan?, berkatalah Suhail bin Amr: Kami hanya mengatakan yang baik, dan menyangka sesuatu yang baik. Engkau saudara yang mulia, putra saudara yang mulia dan anda menang. Rasulullah menyahut Saya hanya katakan kepada kalian sebagaimana ucapan Nabi Yusuf kepada para saudaranya yaitu Tiada celaan atas kalian pada hari ini. Pergilah. Kalian semua bebas. Mendengar kalimat yang penuh damai dari Rasulullah SAW luluhlah hati Suhail bin Amr dan teman temannya. Mereka terpesona dengan akhlak Nabi SAW yang agung maka hati mereka mulai condong kepada Islam. Lidah sudah tidak mampu berbicara. Mengingat berbagai pertentangan yang dulu ia lakukan kini ia telah dimaafkan begitu saja oleh Rasulullah. Kemudian Suhail bin Amr pergi m endatangi putranya yang telah masuk islam Abu Jandal agar meminta jaminan keam anan kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW pun memberikan jaminannya. Terjadilah perang Hunain yang hebat dan kaum muslimin memperoleh kemenangan yang besar. Mereka pulang dengan ghanimah yang banyak. Hampir semua ghanimah dibagi bagikan kepada pembesar pembesar Qurasy yang hatinya mulai tertarik kepada islam dan Suhail bin Amr mendapat seratus ekor onta. Suhail bin Amr r.a telah menjadi seorang muslim. Kini ia menyadari kesalahan kesalahan yang dulu ia buat, terror yang pernah ia lancarkan dan berbagai makar yang pernah ia gunakan untuk mengahasut kaum muslimin. Ia merasa menyesal dan makin sadar betapa jauhnya ia dari Allah. Maka ketika tabir iman telah terbuka dan kerasnya hati telah berubah menjadi lembutnya hati. Hati yang telah diisi dengan iman.Kini ia telah tobat dan mengisi harinya dengan ibadah. Beberapa sahabat dan orang-orang yang datang sesudah mereka mempersaksikan: Tidak ada satu pun pembesar Quraisy yang belakangan masuk Islam, lalu masuk Islam ketika Fathul Makkah, yang lebih banyak shalatnya, puasanya, dan sedekahnya daripada Suhail. Bahkan tidak ada yang lebih semangat terhadap hal-hal yang mendukung kepada akhirat dibandingkan Suhail bin Amr. Waktu berlalu dan berita kesedihan terbesarpun menimpa kaum muslimin, Rasulullah SAW pengi meninggalkan para sahabat untuk selamanya. Beberapa kabilah mulai murtad dan sebagian warga Mekkah mulai goyah maka bangkitlah Suhail bin Amr sebagai orator ulung menyeru kepada kaumnya Wahai penduduk Makkah. Kalian adalah manusia yang paling akhir masuk ke dalam Islam, maka janganlah kalian menjadi orang pertama yang keluar darinya Siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad sudah wafat. Siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Hidup, tidak akan pernah mati. Kini Um ar bin Khattab r.a bisa tersenyum dan baru menyadari hikmah dibalik larangan Rasulullah SAW ketika ia hendak mematahkan gigi Suhail bin Amr sewaktu jadi tawanan perang Badar. Suhail tetap istiqomah dalam islam, makin memperbanyak sholat, puasa dan sedekahnya. Pernah ia berkata, kata yang akan terus kita kenang Demi Allah. Saya tidak akan biarkan satu tempat pun yang di situ saya berada bersama kaum musyrikin melainkan saya berada di sana bersama kaum muslimin seperti itu juga. Tidak ada satu pun nafkah yang dahulu saya serahkan bersama kaum musryikin melainkan saya infakkan pula kepada kaum muslimin yang serupa dengannya. Mudah-mudahan urusanku dapat menyusul satu sam a lainnya. Pada penghujung umurnya ia ditugaskan sebagai Gubernur dinegeri Kurdus, tapi ia memilih bertugas di pos perbatasan. Ia menghabiskan waktunya bertugas sebagai khirosah di perbatasan sampai ia meninggal karena penyakit thaun. Nabi SAW pernah bersabda Wabah thaun adalah syahid setiap muslim. Inilah akhir kehidupan yang khusnul khatimah. Allah telah mengganti keburukan keburukan yang dilakukan Suhail bin Amr r.a dengan kebaikan kebaikan. Sungguh ketika Iman telah terhunjam dalam hati ia ibarat akar pohon yang kuat masuk kedalam tanah dan mampu bertahan terhadap badai godaan yang besar sekalipun.

10

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


9. Al-Barra bin Malik Al-Anshari

-SAR-

Rambutnya kusut dan berdebu, tubuhnya kurus dan tulang-tulang menonjol, kerempeng dan kulitnya cukup hitam. Orang memandang leceh kepadanya dan segan bertemu dengan dia. Tetapi walaupun begitu, dia telah membuktikan keberaniannya sanggup menewaskan ratusan orang musyrik dalam beberapa kali perang tanding satu lawan satu. Belum termasuk yang ditewaskannya dalam perang berkecamuk. Sesungguhnya dia pemberani yang pantang mundur. Khalifah umar bin Khattab pernah menulis surat kepada para panglima, supaya tidak mengangkat Al-Barra bin Malik menjadi komandan pasukan, karena dikhawatirkan dengan keberaniannya yang luar biasa itu akan membahayakan bagi tentara muslimin. Al-Barra bin Malik adalah saudara kandung Anas bin Malik, khadam Rasulullah. Kisah ini terjadi tidak berapa lam a sesudah Rasulullah wafat, iaitu ketika beberapa kabilah Arab murtad dari agama Islam secara beramai-ramai, sebagaimana tadinya mereka masuk Islam beram ai-ramai. Akhirnya tinggal dalam Islam hanyalah para penduduk Makkah, Madinah, Thaif, dan beberapa kelompok yang terpancar-peancar di sana sini. Mereka orang-orang yang teguh dan mantap imannya. Khalifah Abu Bakar menghendaki agar ancam an terhadap eksistensi Islam ditanggulangi sampai tuntas. Maka dibentuknya sebelas pasukan tentera, terdiri dari kaum Muhajirin dan kaum Anshar. Lalu dikirimnya ke seluruh jazirah Arab, untuk mengembalikan orang-orang yang murtad dan atau memerangi siapa yang membangkang. Kelompok orang-orang murtad yang paling jahat dan besar ialah kelompok Banu Hanifah yang dipimpin Musailamah Al-Kadzdzab. Jumlah mereka tak kurang dari empat puluh ribu orang, terdiri dari prajurit-prajurit tangguh dan berpengalam an perang. Kebanyakan mereka murtad dan mengakui Musailamah kerana fanatik kesukuan, bukan karena percaya kepadan kenabian Musailamah. Tentera muslimin yang pertama datang menyerang Musailamah dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahal. Pasukan Ikrimah dapat dikalahkan tentera Musailamah, sehingga lari kucar-kacir dan Ikrimah sendiri tewas sebagai syahid. Sesudah itu dikirim oleh Khalifah Abu Bakar pasukan kedua di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Dalam pasukan Khalid ini terdapat pahlawan-pahlawan Anshar dan Muhajirin. Di antara m ereka terdapat Al-Barra bin Malik Al-Anshary, dan beberapa pendekar muslim lainnya. Pasukan Khalid bertemu dengan pasukan Musailamah di Yamamah. Pertempuran segera terjadi tidak dapat dihindari. Belum lama kedua pasukan itu bertempur, ternyata pasukan Musailamah lebih unggul. Mereka dapat mendesak mundur pasukan Khalid dari posisinya, hingga pasukan Musailamah berhasil menyerbu sampai ke perkem ahan Khalid bin Walid dan menghancurkan perkemahan itu. Bahkan isteri Khalid nyaris terbunuh ketika itu, seandainya tidak sempat diselamatkan pengawal. Melihat situasi yang tidak menguntungkan, Khalid m elompat ke tengah-tengah pasukannya dan mengubah susunan pasukan. Al-Barra bin Malik Al-Anshari sangat merindukan kematian sebagai syahid. Dia kecewa karena gagal memperolehnya di kebun maut. Maka sejak itu dia selalu menceburkan diri dalam peperangan untuk mencapai cita-cita besarnya, dan kerana rindu hendak segera bertemu dengan nabinya yang mulia. Ketika perang penaklukan kota Tustar di Persia, tentara Persia berlindung dalam sebuah puri. Puri itu merupakan benteng yang kokoh bagi tentara Persia. Temboknya tinggi, besar, pintu-pintunya kuat dan kokoh. Kaum muslimin mengepung Puri dengan ketat. Setelah mereka terkepung begitu lama, akhirnya mereka mendapat kesulitan. Mereka mengurkan kait-kait besi yang panas membara dari puncak pilar untuk mengait tentara kaum muslimin. Tentara muslimin yang terkait mereka angkat ke atas, adakalanya langsung tewas atau pingsan. Mujur bagi Anas bin Malik, dia terkait oleh pengait berapi itu. Kemudian Al-Barra saudaranya melompat ke dinding benteng dan melepaskan pengait dari tubuh saudaranya. Tangan Al-Barra terbakar dan melepuh memegang pengait yang panas membara. Tetapi dia tidak peduli asal saudaranya lepas dari pengait itu. Kemudian dia berhasil turun dengan jari-jari tangannya tanpa daging. Dalam perang Tustar ini dia mendoa kepada Allah semoga diberi rezeki sebagai syuhada. Allah memperkenankan doanya. Dia syahid menemui Allah dengan senyum bahagia. Semoga Allah menjadikan wajahnya gemerlapan di surga, dan menyejukkan pandangannya menemani nabinya, Muhammad SAW dalam ridha-Nya. Amiin. [sumber: Kepahlawanan Generasi Shahabat Rasulullah SAW terjemah Suwarun min Hayaatis Shahabat]

11

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


10. Miqdad Bin Amr R.a

-SAR-

"Orang yang pertama memacu kudanya dalam perang sabil ialah Miqdad ibnul Aswad". Dan Miqdad ibnul Aswad yang m ereka maksudkan itu ialah tokoh kita Miqdad bin Amr ini. Di masa jahiliyah ia menyetujui dan membuat perjanjian untuk diambil oleh al-Aswad 'Abdi Yaghuts sebagai anak hingga namanya berubah menjadi Miqdad ibnul Aswad. Tetapi setelah turunnya ayat mulia yang melarang merangkaikan nama anak angkat dengan nama ayah angkatnya dan mengharuskan merangkaikannya dengan nama ayah kandungnya, maka namanya kembali dihubungkan dengan nama ayahnya yaitu 'Amr bin Sa'ad. Miqdad termasuk dalam rombongan orang-orang yang mula pertama masuk islam, dan orang ketujuh yang menyatakan keIslamannya secara terbuka dengan terus terang, dan menanggungkan penderitaan dari am arah murka dan kekejaman Quraisy yang dihadapinya dengan kejantanan para kesatria dan keperwiraan kaum Hawari. Perjuangannya di medan Perang Badar tetap akan jadi tugu peringatan yang selalu semarak dan takkan pudar. Berkatalah Abdullah bin Mas'ud yakni seorang shahabat Rasulullah: "Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi shahabatnya daripada segala Isi bumi ini. Pada hari yang bermula dengan kesuraman itu yakni ketika Quraisy datang dengan kekuatannya yang dahsyat, dengan semangat dan tekad yang bergelora, dengan kesombangan dan keangkuhan mereka. Pada hari itu Kaum Muslimin masih sedikit, yang sebelumnya tak pernah mengalami peperangan untuk mempertahankan islam, disinilah peperangan pertama yang mereka terjuni. Abu Bakar Shiddiq telah mulai bicara, dan baik sekali buah pembicaraannya itu, hingga hati Miqdad menjadi tenteram kerananya setelah itu Umar bin Khatthab menyusul bicara, dan buah pembicaraannya juga baik. Maka tampillah Miqdad, katanya: "Ya Rasulullah! Teruslah laksanakan apa yang dititahtan Allah, dan kami akan bersama anda! Demi, Allah kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan Bani Israil kepada Musa: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, sedang kami akan duduk m enunggu di sini. Tetapi kami akan mengatakan kepada anda: Pergilah anda bersam a Tuhan anda dan berperanglah, sementara kami ikut berjuang di samping anda. Demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran! Seandainya anda m embawa kami melalui lautan lumpur, kami akan berjuang bersama anda dengan,tabah hingga mencapai tujuan, dan kami akan bertempur di sebelah kanan dan disebelah kiri anda, di bagian depan dan di bagian belakang anda, sampai Allah memberi anda kemenangan. Kata-katanya itu mengalir tak ubah bagai anak panah yang lepas dari busumya. Dan wajah Rasulullah pun berseri-seri kerananya, sementara mulutnya komat-kamit,mengucapkan do'a yang baik untuk Miqdad. Serta dari kata-kata tegas yang dilepasnya itu mengalirlah semangat kepahlawanan dalam kumpulan yang baik dari orang-orang beriman, bahkan dengan kekuatan dan ketegasannya, kata-kata itu pun menjadi contoh teladan bagi siapa yang ingin bicara, menjadi semboyan dalam perjuangan.' Sungguh, kalimat;kalimat yang diucapkan Miqdad bin 'Amr itu mencapai sasarannya di hati orang-orang Mu'min. "Maka hati Rasulullah pun penuhlah dengan kegembiraan, lalu sabdanya kepada shahabat-shahabatnya:" Berangkatlah dan besarkanlah hati kalian" Dan kedua pasukan pun berhadapanlah. Anggota pasukan islam yang berkuda ketika itu jumlahnya tidak tebih dari tiga orang, yaitu Miqdad bin 'Amr, Martsad bin Abi Martsad dan Zubair bin Awwam; sementara pejuang-pejuang lainnya terdiri atas pasukan pejalan kaki; atau pengendara-pengendara unta.Pada suatu hari diangkat oleh Rasulullah sebagai amir disuatu daerah. Tatkala ia kembali dari tugasnya, Nabi bertanya: "Bagaimanakah pendapatmu menjadi amir?" Maka dengan penuh kejujuran dijawabnya: "Anda telah menjadikan daku menganggap diri diatas semua m anusia sedang mereka semua dibawahk. Demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran, sem enjak saat ini saya tak berkeinginan menjadi pemimpin sekalipun untuk dua orang untuk selama-lam anya. Dipegangnya jabatan sebagai amir, hingga dirinya diliputi oleh kemegahan dan puji-pujian. Kelem ahan ini disadarinya hingga ia bersumpah akan menghindarinya dan menolak untuk menjadi amir lagi setelah pengalaman pahit itu. Kemudian ternyat a baru ia menepati janji dan sumpahnya itu hingga semenjak itu ia tak pernah menerima jabatan amir. Miqdad selalu mendendangkan Hadits yang didengarnya dari Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam, yakni: "Orang yang berbahagia , ialah orang yang dijauhkan dari fitnah!" Oleh kerana jabatan sebagai amir(pemimpin) itu dianggapnya suatu kemegahan yang menimbulkan atau hampir menimbulkan fitnah bagi dirinya, maka syarat untuk mencapai kebahagiaan baginya, ialah menjauhinya. Dalam percakapan yang disampaikan kepada kita oleh salah seorang shahabat dan teman sejawatnya seperti di bawah ini, filsafatnya itu menonjol sebagai suatu renungan yang amat datam, katanya: "Pada suatu hari kami pergi duduk-luduk ke dekat Miqdad. Tiba-tiba lewatlah seorang laki-laki, dan katanya kepada Miqdad: Sungguh berbahagialah kedua mata ini yang telah melihat Rasulullah saw.! Demi Allah, andainya kami dapat melihat apa yang anda lihat, dan menyaksikan apa yang anda saksikan.!" Miqdad pergi_menghampirinya katanya: "Apa yang mendorong kalian untuk ingin menyaksikan peristiwa yang disembunyikan Allah dari penglihatan kalian, padahal kalian tidak tahu apa akibatnya bila sempat menyaksikannya? Bukankah tidak mustahil orang yang menginginkan hidup pada masa-masa tersebut Kecintaannya kepada Rasululiah menyebabkan hati dan ingatannya dipenuhi rasa tanggungjawab terhadap keselamatan yang dicintainya, hingga setiap ada, kehebohan di Madinah, dengan secepat kilat Miqhad telah berada di ambang pintu rumah Rasulullah menunggang kudanya, sambil menghunus pedang atau lembingnya. Sedang kecintaannya kepada Islam menyebabkannya bertanggungjawab terhadap keamanannya, tidak saja dari tipudaya musuh-musuhnya, tetapi juga dari kekeliruan kawan-kawannya sendiri. Pada suatu ketika ia keluar bersama rombongan tentera yang sewaktu-waktu dapat dikepung oleh musuh. Komandan mengeluarkan perintah agar tidak searang pun mengembalakan hewan tunggangannya. Tetapi salah seorang anggota pasukan tidak mengetahui larangan tersebut hingga melanggarnya dan sebagai akibatnya ia menerima hukuman yang rupanya lebih besar daripada yang seharusnya, atau mungkin tidak usah sama sekali. Miqdpd lewat di depan hukuman tersebut yang sedang menangis berteriak-teriak. Ketika ditanyainya ia mengisahkan apa yang telah terjadi. Miqdad meraih tangan orang itu, dibawanya kehadapan amir atau lalu dibicarakan dengannya keadaan bawahannya itu hingga akhirnya tersingkaplah kesalahan dan kekeliruan amir itu. Maka kata Miqdad kepadanya: "Sekarang suruhlah ia membalas keterlanjuran anda dan berilah ia kesempatan untuk melakukan qishas!" Sang amir tunduk dan bersedia, hanya si terhukum berlapang dada dan memberinya maaf. Penciuman Miqdad yang tajam mengenai pentingnya suasana, dan keagungan Agam a yang telah memberikan kepada m ereka kebesaran ini hingga seakan-akan berdendang: "biar saya mati asalkan Islam tetap jaya."

12

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


11. Mus'ab bin Umair

-SAR-

Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lem ah lembut, suka berpakaian kem as, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya. Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah m enganut Islam. Sejarah mencatat, Perjalanannya dalam memeluk Islam tidaklah mudah. Sang Ibunda Khunnas bint Maalik adalah musuh utama akan keyakinan barunya ini. Untuk menghindari pertengkaran, maka ia mula-mula tidak memberi tahu ibunya bahwa dia telah memeluk Islam. Akan tetapi, berita bahwa ia sering datang mengunjungi Daar Al-Arqam akhirnya sampai ke telinga Sang Ibunda. Ibunya yang terkenal sebagai seorang penyembah berhala yang kukuh memerintahnya untuk kembali ke agama berhala dan bertaubat, meninggalkan Islam. Ia imenolak dan akhirnya dikunci di salah satu sudut rumahnya. Rindu akan bertemu dengan Sang Nabi dan para sahabat membuatnya melarikan diri dari penjara sang ibunda dan para penjaganya. Ia pun bergabung dengan muslimin kemudian hijrah ke Abyssinia. Tak lama berselang, Ia pulang ke Makkah untuk hirah kedua kalinya bersama Rasulullah SAW ke Yastrib. Mengetahui berita tersebut, Ibunya berusaha memenjarakanya kembali. Namun ia bersumpah akan membunuh siapa yang akan berusaha menangkap dan mempenjarakannya. Tahu akan keras dan teguhnya pendirian anaknya, Ibunya berikrar bahwa Mus'ab tidak diakui lagi menjadi anaknya. Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya m emeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya m enambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya. Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sam a sekali. Apa lagi lemahlah si ibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja m encari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya. Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau sem akin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu m enimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat: Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila ibu Musab mendapat tahu m engenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul. Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Musab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada Uhud. Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air m atanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu. Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rum ah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Musab telah m enjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutam akan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

13

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


12. Huzaifah b Yaman

-SAR-

Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abs. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini. Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah. Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi. Menurut catatan sejarah, di antara sekalian sahabat Nabi, yang pertama sekali menjadikan ibadah secara satu Tarekat yang khusus, adalah sahabat Nabi S.A.W yang bernama Huzaifah Bin Al-Yaman, seorang sahabat nabi yang mulia dan terhormat. Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu-ilmu yang kemudian hari kita kenal dengan Tasauf dan beliaulah yang membuka jalan serta teori-teori untuk ini. Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh akannya? Jawabnya : Rasulullah S.A.W telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah S.A.W dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya. Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. Demikian kata Huzaifah Al- Yaman. Dalam keterangannya yang lain tersebut : Banyak orang yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : Ya Rasulullah, apa pahala mengerjakan ini dan itu ? Mereka menanyai Rasulullah S.A.W darihal fadhilat-fadhilat amalan, tetapi selalu berkat a kepada Rasulullah S.A.W : Apa yang merosakkan amal ini dan amal itu, Seraya menanyakan pelbagai perosak-perosak yang akan merosakkan amalan-amalan. Kata seorang ulama Tasauf, Abu Talib Al- Makki : Huzaifah bin Al-Yaman telah di tentukan m enpunyai ilmu mengenai orang munafik. Dia sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan yang tersembunyi di antara sahabat-sahabat Nabi S.A.W. Misalnya Umar Al-Khattab tidak mahu turut menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan tentang ilmu batin, dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak Demikianlah, pada masa hidupnya, di sekeliling Huzaifah Bin Al-Yaman, telah berdiri suatu madrasah kecil yang terdiri dari sebahagian sahabat-sahabat, misalnya Wasibah, yang terkenal dalam suatu riwayat, yang mengatakan : Saya telah mendatangi Rasulullah S.A.W. Saya tidak hendak membiarkan sesuatu kebaikan atau kejahatan melainkan saya akan tanyai Nabi dalam hal tersebut. Saya langkahi orang banyak untuk sampai ke tempat Nabi S.A.W. Sahabat-sahabat mengatakan, Jauhlah engkau, hai Wasibah dari Rasulullah S.A.W Tetapi saya katakana pada mereka : Biarkanlah saya mendekati beliau, kerana beliaulah manusia yang paling saya cintai. Kemudian Rasulullah berkata kepada Wasibah : Hai Wasibah, saya datang mengkhabarkan kepada engkau mengenai maksudmu datang ini atau engkau yang akan menanyakannya kepada saya? Jawab Wasibah: Tuanlah Rasulullah yang mengkhabarkannya kepada saya . Kata Nabi S.A.W. : Engkau datang hendak menanyakan apakah kebaikan itu dan apakah dosa itu. Benar, ya Rasulullah, jawab Wasibah. Lalu Nabi mengumpulkan sekalian ank jarinya dan menggaru-garu dada saya dengan anak jari beliau itu, seraya berkata, tanyalah hatimu, hai wasibah, kerana yang baik itu yang tenang di dalam hati dan yang dosa itu selalu pulang balik di dalam dada manusia, walaupun orang ramai memberi fatwa kepada engkau dan engkau pun memberi fatwa kepada orang ramai. Hadis yang di atas tersebut, termasuk salah satu tiang dari Ilmu Tasauf, kerana Tasauf itu sebahagian besar ianya mengenai lapangan-lapangan perasaan hati manusia.Akan tetapi m adrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasah-madrasah Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan pengetahuan-pengetahuan mengenai Tsauf telah tersiar.Benar, madrasah kecil dari Huzaifah itu sendiri akan menghasilkan hasilnya pada abad depannya, di mana murid-muridnya terus mengembanglan pengetahuannya sehingga tersiar luas. Walaupun demikian, Imam Sufi yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Al-Hasanul Basri. Seorang ulam a besar Tabiin, adalah murid beliau dan keluaran madrasah ini. Sabda Rasulullah: :

14

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid

-SAR-

Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orangorang yang menyeru atau mengajak m anusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, m aka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin m ereka. Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

15

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


13. Thalhah b Ubaidillah

-SAR-

Talhah bin Ubaidillah dilahirkan 28 tahun sebelum Hijrah. Beliau memeluk Islam semasa umurnya 18 tahun. Beliau terkenal sebagai seorang saudagar yang kaya raya. Menurut Ibnu Khaldun dalam muqaddimah, diera Usman, kemasukan harian Talhah dari penjuru Iraq berjumlah lebih kurang 1,000 dinar emas setiap hari. Pada zaman nabi, beliau turut serta dalam Perang Uhud disamping peperangan yang lain selepas itu. Beliau tidak dapat menyertai Peperang Badar disebabkan pada masa itu beliau berada di Syam. Talhah mati dibunuh dalam perang Jamal pada tahun 36 hijrah sewaktu berusia 63 tahun. Setiap tersebut nam a Thalhah, pastilah disebut orang nama Zubair! Begitu pula setiap disebut nama Zubair, pastilah disebut orang pula nama Thalhah. Maka sewaktu Rasulullah shallallahu alaihi wasalam mempersaudarakan para shahabatnya di Mekah sebelum Hijrah, beliau telah mempersaudarakan antara Thalhah dengan Zubair. Sudah semenjak lama Nabi shallallahu alaihi wasalam memperkatakan keduanya secara bersamaan, seperti kata beliau: "Thalhah dan Zubair adalah tetanggaku di dalam surga''. Dan kedua mereka berhimpun bersama Rasul dalam kerabat dan keturunan. Adapun Thalhah bertemu asal-usul turunannya dengan Rasul pada Murrah bin Ka'ab. Sedang Zubair bertemu pula asal-usulnya dengan Rasulullah pada Qusai bin Kilab, sebagaimana pula ibunya Shafiah, adalah saudara bapak Rasulullah Thalhah dan Zubair, kedua mereka banyak persamaan satu sama lain dalam aliran kehidupan. Antara ciri-ciri unggul yang ada pada Talhah adalah sifat beraninya sem asa berada didalam medan perjuangan. Sifat ini terserlah semasa Perang Uhud pada tahun ke 3 Hijrah. Semasa tentera kafir Quraisy melakukan serangan mengejut nabi telah tercedera dan pada ketika itu sahabat yang pertama berada disisi nabi bagi melindungi baginda adalah Talhah bin Ubaidillah. Beliau menjadikan badannya sebagai perisai semasa menghadapi serangan musuh yang dating bertubi-tubi bagi membunuh nabi. Akhirnya badannya dipenuhi lebih kurang 70 kesan luka, jari-jari tangannya juga putus. Justeru kerana keberaniannya itu nabi pernah bersabda Siapa yang ingin melihat seorang syahid berjalan dimuka bumi maka lihatlah pada Talhah bin Ubaidillah. Begitulah keperibadian seorang yang unggul kerana pengorbanan dan perjuangan menjadi keutamaan di dalam membela agama.

16

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


14. Zayd ibn Harithah
Riwayat hidup beliau

-SAR-

Nama penuh beliau ialah Zaid bin Harithah bin Syurahil Al-Ka'biy. Ketika Zaid masih kecil iaitu semasa berumur 8 tahun, beliau dibawa keluar oleh ibunya Sa'diy binti Tha'labah untuk menziarahi kaumnya Bani Ma'n. Semasa mereka di dalam perjalanan iaitu ketika hampir sampai kepada kaum mereka, mereka diserbu oleh pasukan berkuda Bani Al-Qain, kemudian pasukan tersebut merampas harta, unta dan menawan kanak-kanak. Sepanjang tempoh kehilangan Zaid, air mata ibu beliau tidak pernah kering, tidak pernah berhenti dari mengalir dan keresahan ibu beliau tidak pernah hilang serta hatinya tidak pernah tenang.

Kisah beliau dijual Zaid dipamerkan di pasar Ukaz untuk dijual. Ukaz adalah merupakan pasar yang dibina oleh bangsa Arab di Mekah pada bulan-bulan haram sebagai tempat untuk menjalankan urusan jual-beli dan mengalunkan syair. Lalu beliau dibeli oleh salah seorang pembesar Quraisy iaitu Hakim bin Hizam bin Khuwailid, anak saudara Khadijah binti Khuwailid r.a yang kemudiannya menjadi isteri Rasulullah s.a.w. Setelah itu Hakim memberikan Zaid kepada emak saudaranya iaitu Khadijah. Apabila Khadijah diberikan penghormatan untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, Khadijah memberikan pula Zaid kepada baginda sedangkan pada masa tersebut Rasulullah s.a.w masih belum dibangkitkan menjadi Rasul. Zaid terlalu gembira tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w malah beliau terlalu menyayangi baginda, begitu juga Rasulullah s.a.w terlalu menyayangi beliau. Beliau memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah daripada kembali ke pangkuan bapa beliau.

Kedudukan Zaid di Mekah telah diketahui oleh bapa beliau, Harithah bin Syurahil. Lalu bapa beliau musafir ke Mekah dengan membawa sejumlah harta untuk menebus Zaid sambil diiringi oleh adik-beradik bapa beliau yang bernama Kaab. Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mahu menerima harta dan baginda juga tidak mahu menerima barangan yang lain sebaliknya baginda bersabda kepada mereka berdua: "Bukankah kamu memiliki sesuatu yang lebih baik daripada tebusan?"

Mereka berdua berkata: "Apakah itu?" Lalu baginda bersabda: "Kita serahkan sahaja kepadanya, sekiranya dia memilih untuk bersama dengan kamu, dia akan menjadi milik kamu tanpa tebusan dan sekiranya dia memilih aku, demi Allah aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang tidak suka apabila dia dipilih." Kemudian mereka berdua menjawab: "Kamu telah memberikan pilihan yang sangat tepat." Tetapi Zaid telah memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w menyebabkan ayah dan bapa saudara beliau terkejut lantas bapa beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu wahai Zaid! Adakah kamu memilih kehidupan menjadi hamba daripada bapa dan ibu kamu?!" Lantas Zaid menjawab: "Sesungguhnya aku mendapati orang ini memiliki sesuatu yang tidak boleh sam a sekali aku berpisah daripadanya." Sebaik sahaja Zaid mengucapkan kata-kata tersebut, Rasulullah s.a.w terus menarik tangan Zaid kemudian keluar ke Masjidilharam seterusnya baginda berdiri di atas batu sambil memegang Zaid lalu berkata kepada pembesar Quraisy: "Wahai bangsa Quraisy! Saksikanlah bahawa kanak-kanak ini adalah anak aku, dia akan mewarisi harta aku dan aku akan mewarisi hartanya". Ketika itu hati bapa dan bapa saudara beliau menjadi tenang kemudian mereka berdua meninggalkan Zaid tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w seterusnya mereka berdua pulang dengan hati yang tenang. Bermula peristiwa tersebut Zaid dikenali dengan Zaid bin Muhammad sehinggalah tiba seruan Islam yang mengharamkan penggunaan bin bagi anak angkat kepada bukan bapanya dengan turunnya firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri. Setelah itu Zaid digelar dengan Zaid bin Harithah. Perjuangan beliau pada jalan Allah Selepas Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, Zaid adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang terawal memeluk Islam, beliau pernah dilantik menjadi panglima tentera bagi beberapa utusan dan pertempuran baginda dan beliau pernah menjadi wakil kepada Rasulullah s.a.w di Madinah ketika baginda keluar berperang.

Kematian beliau Pada tahun kelapan Hijrah, Zaid bin Harithah keluar ke peperangan Mu'tah sebagai seorang panglima tentera Islam. Beliau memimpin seram ai 3,000 bala tentera. Ketika tentera Islam sampai di Ma'an (Jordan sekarang), tiba-tiba mereka diserang oleh Heraclius Raja Rom yang mengetuai seramai 100,000 bala tentera yang kemudian dia dibantu pula oleh 100,000 bala tentera daripada musyrikin Arab yang bergabung dengannya. Di dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah gugur syahid kemudian Jaafar bin Abu Talib menjadi panglima tentera menggantikan beliau, tetapi dia juga turut terkorban. Selepas itu Abdullah bin Rawahah pula menjadi panglima tentera, walau bagaimanapun dia juga turut terkorban. Seterusnya umat Islam memilih Khalid bin Al-Walid yang kemudiannya beliau mengundurkan tentera dan menyelam atkan mereka dari turut menjadi mangsa terkorban. Rasulullah s.a.w terlalu sedih di atas kem atian Zaid sebagai seorang teman baginda malah baginda juga banyak menangis di atas kehilangan Zaid, orang yang sangat baginda sayangi.

17

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


15. Zaid Al-Khattab

-SAR-

Nama lengkapnya Zaid bin Khattab bim Nufail bin Abdul Uzza al-Adqiyyu. Beliau adalah saudara Um ar bin Khattab dari pihak ayah. Beliau lebih tua dari Umar bin Khattab. Nama panggilannya Abu Abdurrahman. Dikalangan para sahabat beliau termasuk golongan muhajirin yang pertama kerana beliau lebih dulu masuk Islam daripada saudaranya. Beliau berbadan tinggi, tegak, kulitnya agak coklat, kalau berjalan berwibawa dan punya pendirian kuat. Beliau termasuk penunggang kuda yang hebat di kalangan sahabat. Pada waktu Rasulullah perintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah kerana adanya tekanan dan siksaan dari musyrik Quraisy, beliau bersama saudaranya Umar, keluarganya dan juga kaumnya ikut berhijrah. Kerana perawakannya yang tinggi dan gagah, beliau ditugasi untuk mengawal dan menjaga orang-orang yang lem ah yang ikut berhijrah ke Madinah. Sesampainya di Madinah, Rasulullah mengenalkan beliau dengan Ma'n bin Adwy al-Anshory. Beberapa tahun kemudian Rasulullah mengizinkan umat Islam untuk berperang melawan orang-orang yang menentang dan menyiksa umat Islam. Dengan penuh keikhalasan, beliau orang pertama yang menyambut perintah Rasulullah untuk berperang. Dirinya merasa terpangil untuk menyumbangkan kem ampuannya demi tegakknya ajaran Islam. Hal ini didasarkan pada keimanan, ketakwaan dan akidah yang tertanam dalam hatinya dan mengharapkan keredhaan dari Allah. Pada waktu perang Badar, beliau ikut berperang. Beliau diantara tentera hasil didikan Rasulullah yang dengan ikhlas sanggup berkorban untuk tegaknya kedamaian di muka bumi. Perang itu dimenangkan oleh umat islam. Setelah itu datang perang Uhud. Beliau dengan segenap kemampuannya menyambut panggilan suci itu. Dengan gagah berani beliau maju ke gunung Uhud, tempat terjadinya perang. Seolah-olah dunia tidak lagi dihiraukan. Yang ada dalam dirinya adalah ibadah kepada Allah. Umar m endatangi beliau sambil membisikkan, "Ambil baju perangku, untuk menjaga tubuhmu dari tujahan panah." Dengan cerianya beliau menjawab, "Saya ingin mati syahid seperti kamu juga." Diantara peristiwa-peristiwa penting yang beliau ikuti adalah perang Khandaq, sumpah setia (Bai'ah) di Hudabiah. Beliau bersumpah setia dihadapan Rasulullah hingga wafatnya untuk membela Islam. Dan semua peperangan yang lainnya beliau ikut. Setelah wafatnya Rasulullah, diantara umat Islam waktu itu yang mencuba keluar dari Islam. Bahkan ada yang mendakwa sebagai nabi setelah kenabian Muhammad. Muncul keragu-raguan dan kemunafikan di sebagian umat Islam. Suasana ini dimanfaatkan oleh orang-orang yang membenci Islam untuk menghancurkan nilai-nilai dan ajaran Islam. Maka untuk mengembalikan keaslian ajaran Islam sebagaimana diamanahkan Rasulullah, Umar bin Khattab menyuruh umat Islam untuk menyerang kelompok yang mencuba keluar dari Islam. Khalid bin al-Walid sebagai panglima perang bersam a tentera yang lain datang ke Yamamah. Zaid bin Khattab tidak ketinggalan ikut dalam peperangan itu. Beliaulah yang membawa bendera perang dari kaum Anshor. Dalam perang inilah beliau membunuh Rojjal bin Anwafah (dulunya masuk Islam kemudian bersekutu dengan nabi palsu, Musailamah al-Kazzab untuk menyesatkan umat Islam). Kematiannya melem ahkan kelompok orang-orang murtad. Cita-citanya mati syahid terpenuhi. Setelah terjadi peperangan sengit, beliau terbunuh dalam perang itu oleh Abu Maryam al-Hanafy. Setelah perang selesai, Um ar bin Khattab mendengar bahwa saudaranya mati syahid di medan perang. Umar pun berkata, "Zaid bin Khattab telah mendahuluiku dalam dua kebaikan; beliau lebih dulu masuk Islam dan mati syahid." Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, maukah kalian aku tunjukkan suatu tijaroh (niaga/perdagansgan) yang dapat menyelamatkan kalaian dari siksaan yang pedih. (hendaklah) kalian beriman kepada Allah dan Rasulullah, berjihad di jalan Allah dengan hartamu dan dirimu (nyawamu). Yang demikian itu jauh lebih baik bagi kalian jika kalian tahu."(al-Qur'an, surah as-Shof;10-11). "Diantara manusia ada yang menjual dirinya (berkorban dengan jiwanya) untuk mencari ridho Allah."(al-Qur'an, al-Baqoroh; 207).

18

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


16. Abdullah bin Zubbair

-SAR-

Nama lengkapnya Abdullah bin az-Zubair bin al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bi Qushai. Beliau adalah anak dari bibi Rasulullah. Ibunya bernama Asma binti Abu Bakar as-Siddiq. Pangilannya Abu Bakar. Gelarnya Aidzullah (yang berlindung pada Allah). Ayahnya az-Zubair bin al-Awwam adalah termasuk pengikut setia (hawariy) Rasulullah dan salah satu dari sepuluh sahabat yang dikhabarkan akan masuk surga. Mengenai kelahirannya, Asma (ibunya) bercerita bahwa suatu hari ketika sedang hamil tua keluar rumah. kira-kira kandungan itu sudah berumur sembilan bulan. Ibunya pergi ke Madinah dan berhenti di Quba ketika dirinya merasa bayinya hendak keluar. Firasatnya itu betul. Tak lama setelah berhenti sejenak di Quba, bayinya lahir. Setelah ibunya membawa bayi itu ke tempat Rasulullah agar didoakan. Rasulullah pun mengunyah kurma hingga lembut kemudian menyuapkan kepada bayi itu sambil berdoa. Jadi pertama-pertam a yang masuk di kerongkong bayi itu adalah suapan Rasulullah. Bayi itu diberi nama Abdullah. Itulah awal kelahiran bayi muslim dalam Islam setelah terjadi peristiwa hijrah ke Madinah yang langsung disuapi dan dinam ai Rasulullah. Kelahirannya disambut meriah dan riang gembira oleh umat Islam yang ada di Madinah. kenapa demikian? Konon ceritanya bahwa orang-orang Yahudi telah menyihir hingga umat Islam tidak melahirkan bayi. Beruntunglah Abdullah mendapatkan didikan langsung dari Rasulullah sejak kecil. Maka tidak hairan jika pada umur 7 atau 8 tahun memberikan sumpah setia kepada Rasulullah untuk tegaknya ajaran Islam. kehadirannya disambut Rasulullah dengan senyum ketika dirinya menyatakan diri untuk memberikan sumpah setia (baiah) (lihat Sohih Bukhri; 2146). Sejak dirinya memberikan sumpah setia (baiah), waktunya digunakan untuk m enimba ilmu langsung dari Rasulullah. Seakanakan tidak ada jalan melainkan jalan ke rumah Rasulullah yang dituju. Apalagi Aisyah, isteri Rasulullah, adalah bibinya yang baik hati. Sehingga dirinya merasa benar-benar seperti anaknya. Maka tidak menghairankan jika beliau diantara para sahabat yang banyak meriwayatkan hadits dari Rasulullah langsung. Dan juga dari ayah, paman (Abu Bakar), ibu dan bibinya (Aisyah). Dalam masalah ibadah beliau juga sangat tekun dan istiqomah serta penuh khusyu. Mujahid berkata, Ibn Zubair jika sedang solat badanya seperti tiang (khusyuk). Seperti halnya Abu Bakar. Tsabit al-Banany bercerita, Suatu hari saya lewat di samping Ibn Zubair yang berada di belakang tempat sedang solat. Dirinya seperti kayu yang ditancapkan; tidak bergerak (karena khusyuk). Dari Utsmanbin Tholhah berkata, Ada tiga perkara yang tidak dapat dikalahkan dari Ibn Zuabair; dalam keberanian, ibadah dan kepandaian balaghoh. Dari ibunya berkata, Ibn Zubair selalu solat malam dan berpuasa di siang hari. Dari Muslim bin Niyaqb berkata; Ibn Zubair suatu hari ruku. Waktu itu kami membaca surah al-Baqaroh, Ali Imran, an-Nisa dan al-Maidah. (Hingga surah itu selesai dibaca) beliau belum mengangkat kepalanya. Tidak m enghairankan jika di kalangan sahabat beliau dikenal dengan sebutan Hamam al-Masjid(merapati masjid). Kurang lebih 8 tahun 4 bulan beliau bergaul dekat dengan Rasulullah. Setelah beliau ditinggal Rasulullah menghadap sang Khalik. Suatu hari beliau sedang bermain dengan anak-anak seusianya. Peristiwa itu terjadi pada waktu khalifah Umar bin Khattab. Ketika Umar datang, kawan-kawannya itu lari menjauh sementara dirinya masih berdiri di tempatnya. Umar bertanya, Kenapa tidak ikut lari bersama kawan-kawanmu? beliau menjawab, Saya tidak berbuat jahat dan dosa, kenapa harus lari. Dan jalan pun tidak sempit hingga aku beri jalan untukmu. Mendengar jawab itu, Umar pun kemudian pergi melewati jalan itu. Mengenai keberaniannya, Mushab bin Abdullah berkata, Ayahku bercerita padaku dan juga az-Zubair bin Hubaib. Suatu hari Ibn az-Zubair berkata. Kelompok Jurjair dengan jumlah tentera 120 ribu orang menyerang kami. Kemudian mereka mencuba mengepung kami yang jumlahnya cuma 20 ribu. Dalam riwayat Hisyam bin Urwah diceritakan bahwa pada waktu perang Jamal, Ibn az-Zubair diambil di tengah-tengah orang-orang yang terbunuh (beliau masih hidup). Tubuhnya terkena luka parah akibat terkena 70 lebih pukulan dan tusukan. Setelah wafatnya Muawwiyah bin Abu Sufyan, kekholifahan digantikan anaknya, Yazid. Yazid menyuruh beliau untuk memberikan sumpah setia atas kekholifahannya itu. Hanya saja beliau enggan memenuhi permintaannya. Beliau lebih memilih pergi jauh ke Mekkah. Sikapnya itu membuat Yazid marah. Tapi apa hendak dikata. Beliau memang enggan. Beberapa tahun kemudian akhirnya Yazid wafat. Maka beliau dibaiah untuk mengantikan khilafah itu. Beliau pun menerima. Beliau memerintah di Mesir, Hijaz, Yaman, Iraq, Khurosan dan sebagian besar Syam. Semua penduduk patuh dan taat kepada beliau. Madinah Munawaroh dijadikan sebagai ibu kota pemerintahannya. Masa kekhalifahanaya hingga tahun 9 Hijriah. Diantara projek pembangunan yang beliau lakukan adalah pembaharuan dan renovasi Kabah dengan tidak membuah tiangtiang penting yang diletakkan nabi Ibrahim. Prestasi lain iaitu beliau orang pertama yang membuat mata uang dirham berbentuk bulat. Uang dirham itu di salah satu sisinya bertulis Muhammad Rasulullah. Dan pada sisi lainnya, Amrullah bil fawa wal adl. Selama hidupnya dalam perjuangan menegakkan Islam, beliau telah meriwayatkan kurang lebih 32 hadits. Pada tahun 73 Hijriah beliau wafat di Mekkah setelah terbunuh oleh al-Hajaj bin Yusuf dalam peperangan dengan orang-orang Umawiyah. Hari wafatnya adalah hari Selasa, Jumadil Awwal tahun 73. waktu itu beliau berumur 72 tahun. Dikuburkan di Madinah. Kuburannya sekarang di masjid Nabawi bersampingan dengan Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Beberapa hari kemudian ibunya, Asma, meninggal dunia.

19

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


17. Kisah Hidup Abu Ayyub al Ansari

-SAR-

Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Najjar adalah seorang sahabat yang gemilang di dalam lipatan sejarah generasi pertama. Ia adalah seorang sahabat yang amat karib dengan Rasul SAW. Kerana anaknya Ayyub, ia dikenali sebagai Abu Ayyub. Di kalangan penduduk Madinah Abu Ayyub ialah seorang yang amat dihormati oleh kaum Ansar kerana keakrabannya dengan Rasulullah SAW... Dalam detik-detik bersejarah ketibaan Rasul SAW di Madinah dalam hijrahnya, beliau telah di beri sambutan yang hangat oleh penduduk Madinah. Mereka mencurahkan seluruh jiwa raga dan kecintaan mereka kepada manusia kecintaan Allah yang memilih untuk tinggal bersama mereka. Seolah-olahnya menyambut pemimpin besar yang baru pulang dari perantauan malah bukan setakat itu sahaja, manusia agung ini juga disambut dengan penuh kecintaan seolah-olah sebagai kekasih hati yang telah lama berpisah. Perhentian pertama Rasul SAW di Quba membawa Rasulullah SAW tinggal di situ beberapa hari. Di sinilah masjid pertam a dibina seperti yang diabadikan Allah di dalam al-Quran sebagai masjid yang dibina di atas asas taqwa. Unta Rasulullah berjalan terus m elintasi rumah demi rumah sambil diikuti oleh setiap tuan rumah yang dilintasi dengan rasa kecewa sedangkan mereka yang masih di jalanan unta terus menaruh harapan yang tinggi kerana unta Rasulullah yang mulia memilih untuk terus berjalan. Unta Rasulullah terus berjalan diikuti oleh penduduk Madinah hinggalah ia berhenti sambil enggan berjalan lagi di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Rasulullah tidak turun dari unta sambil melepaskan tali unta. Selepas beberapa ketika menanti, unta Baginda bangun dan berjalan lagi. Namun selepas beberapa ketika unta tersebut pulang kembali menelusuri jalan asalnya ke rumah Abu Ayyub. Alangkah gembiranya Abu Ayyub sambil berlari menyambut Rasulullah dan membawa barangan Rasulullah ke rumahnya seolah-olah ia sedang mengangkat harta yang paling berharga di dunia... Abu Ayyub mengosongkan tingkat atas rum ahnya dan meminta Rasulullah tinggal di tingkat atas. Rasulullah SAW menolak dan meminta untuk tinggal di tingkat bawah. Malam tiba dan Rasulullah SAW masuk berehat. Abu Ayyub naik ke tingkat atas dan terus berkata kepada isterinya dengan penuh kegugupan, celakalah kita !! apa yang telah kita lakukan? Rasulullah di bawah dan kita lebih tinggi darinya? Sanggupkah kita berjalan di atas Rasulullah? Adakah kita akan berada di antara Rasulullah dan Wahyu? Jika demikian pastilah kita akan celaka !! Pasangan tersebut amat gusar dan tidak tahu apa lagi yang dapat mereka lakukan. Sepanjang malam mereka hanya berjalan di bahagian tepi bangunan yang tidak berada tepat di atas Rasulullah SAW. Di pagi harinya, Abu Ayyub berkata kepada Rasul SAW, Demi Allah aku dan Ummu Ayyub tidak tidur semalam an ! kenapa tidak Abu Ayyub?, Tanya Rasulullah. Abu Ayyub menyatakan rasa hatinya kepada Rasulullah SAW dan kegusarannya berada di kedudukan yang lebih tinggi dari Rasulullah SAW dan kebimbangan bahawa mereka akan mengganggu turunnya wahyu. Rasulullah SAW yang amat penyayang tersenyum sambil berkata Jangan bimbang Aku memilih tingkat bawah kerana ramainya manusia yang datang melawat kami. Abu Ayyub berkata Aku tunduk kepada kehendak Rasulullah SAW sehinggalah pada suatu malam yang dingin kendi air kami pecah dan airnya m embasahi ruang atas. Ummu Ayyub dan aku melihat dengan bimbang. Kami hanya memiliki sehelai kain sutera yang kami gunakan sebagai selimut. Lantas kami menggunakannya untuk mengeringkan air tersebut kerana takut ia akan menyerap turun dan mengenai Rasulullah SAW. Di waktu paginya aku pergi kepada Rasulullah dan menyatakan kami tidak suka berada di atas engkau ya Rasulullah !, sambil aku menceritakan apa yang berlaku. Barulah Rasulullah SAW menerima permohonanku dan kami pun bertukar paras. Rasulullah SAW tinggal bersama Abu Ayyub selama hampir 7 bulan sehingga masjid yang dibina siap di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub. Rasulullah berpindah ke masjid tersebut dan menjadi jiran kepada Abu Ayyub. Abu Ayyub amat mengasihi Rasulullah SAW begitu juga Rasulullah amat mencintai Abu Ayyub. Mereka begitu akrab sehingga Rasulullah SAW sentiasa menganggap rumah Abu Ayyub sebagai rumahnya sendiri. Kisah berikut menggambarkan bagaimana karibnya Rasulullah SAW dan Abu Ayyub sebagai jiran. Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar R.A keluar meninggalkan rumahnya di waktu rembang tengahari ketika matahari panas terik menuju ke masjid. Sayidina Umar m elihat lantas bertanya, Ya Abu Bakar ! apakah yang telah membawa kamu keluar pada waktu begini? Abu Bakar menyatakan bahawa ia telah meninggalkan rumahnya kerana kelaparan yang amat sangat. Sayidina Umar lantas menyatakan bahawa dia juga sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang sama... Maha suci Allah yang mempertemukan mereka dengan Rasulullah SAW. Rasulullah melihat mereka berdua lantas bertanya soalan yang sama, Apakah yang telah mengeluarkan kamu dari rumah kamu pada masa begini? mereka menjelaskan kepada Rasulullah keadaan mereka. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa Demi Allah yang nyawa ku berada di tangan Nya, hanyalah kelaparan yang telah juga mengeluarkan aku dari rumah ku, mari bersama ku . Rasulullah SAW amat memahami ke manakah tujuan yang amat disenanginya... mereka menuju ke rumah Abu Ayyub AlAnsari. Sebagai wanita Mukminah yang terdidik dengan didikan iman kepada Allah dan hari akhirat, isteri Abu Ayyub membuka pintu lantas menyambut mereka dengan katanya Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya . Di mana Abu Ayyub? Rasulullah SAW bertanya seolah-olah seperti saudara rapat yang amat memahami satu sama lain. Abu Ayyub yang sedang bekerja di kebun tamar berhampiran mendengar suara Rasulullah lantas bergegas datang mendapatkan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya lantas mengalu-alukan Rasulullah dengan ucapan penuh kemesraan dan kerelaan hati menyambut jirannya yang mulia Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya . Abu Ayyub yang amat memahami Rasulullah SAW menyapa Ya Rasulullah, ini bukan masa yang biasa engkau selalu ke m ari sebenarnya Abu Ayyub sem emangnya selalu menyediakan sedikit makanan kepada Rasulullah setiap hari dan jika Rasulullah SAW tidak datang mengambilnya pada masa-masa tertentu, ia akan menghantarnya kepada keluarga Baginda. Engkau benar...wahai Abu Ayyub . Maha suci Allah yang maha pemurah yang menjadikan Rasulnya yang mulia dan para sahabatnya yang gemilang sebagai contoh jiran terbaik yang pernah wujud dalam sejarah kem anusiaan...

Abu Ayyub lantas keluar menuju ke kebun tamarnya lalu memotong serumpun tamar yang bercampur antara tamar yang masak dan separa masak. Rasulullah SAW menegurnya Aku tidak mahu kamu mengambil yang ini, tidakkah kamu hanya mengambil yang masak sahaja? ( Rasulullah tidak mahu Abu Ayyub mengambil semuanya hingga yang separa masak- hadis

20

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid

-SAR-

lain menunjukkan Rasulullah sebenarnya gemar memakan tamar yang separa masak ). Abu Ayyub berkata, Ya Rasulullah, makanlah dari kedua-duanya yang masak dan yang separa masak. Aku akan menyembelih seekor ternakan ku untuk mu juga Rasulullah SAW menyebut jika engkau akan menyembelih, jangan menyembelih ternakan yang sedang mengeluarkan susu . Abu Ayyub akhirnya menyembelih seekor kambingnya yang muda, memasak separuh darinya dan memanggang separuh yang lain. Apabila makanan telah dihidangkan di hadapan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, Rasulullah SAW mengambil sepotong daging dan meletakkannya di dalam roti lalu berkata kepada Abu Ayyub bawalah ini kepada Fatimah, dia telah beberapa hari tidak merasakan makanan sebegini . Setelah makan dan merasa puas, Rasulullah SAW lantas bersabda Roti, daging, busr dan Rutab...! lantas baginda menangis hingga mengalir air mata nya. Rasulullah menyebut ini ialah rahmat dari Allah yang akan ditanya ke atas kamu di hari akhirat nanti. Jika rezeki sebegini datang kepada mu, letakkan tangan kamu padanya dan bacalah Bismillah dan setelah kamu habis, sebutlah Alhamdulillah hilazi huwa ashbana wa an-ama alaina. Inilah yang terbaik . Inilah sekilas dari kehidupan Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah SAW yang terkenal ketika m asa damainya, Abu Ayyub juga sebenarnya adalah mujahid yang telah meninggalkan kisah hebat yang menjadi tauladan sepanjang zaman. Sesungguhnya Abu Ayyub telah menghabiskan kebanyakan dari detik hidupnya berperang di jalan Allah. Dikatakan bahawa Abu Ayyub tidak pernah meninggalkan mana-mana medan peperangan yang dilibati oleh kaum Muslimin sejak dari zaman Rasulullah hinggalah ke zaman Muawiyyah melainkan dia ketika itu sedang terlibat di dalam peperangan yang lain pada masa yang sama. Kempen peperangan terakhir Abu Ayyub ialah di zaman Muawiyyah dalam peperangan ke atas Konstentinopel. Abu Ayyub ketika itu berumur sekitar 80 tahun. Sesungguhnya ketuaan yang sebegitu tidak menghalang Abu Ayyub dari menyertai pasukan tentera menyeberangi lautan di jalan Allah SWT. Walau bagaimanapun selepas masa yang singkat, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa dibawa keluar dari medan. Yazid bin Muawiyyah sebagai panglima perang datang kepadanya lalu bertanya; Adakah engkau memerlukan apa-apa wahai Abu Ayyub? . Abu Ayyub, di ketika detik-detik terakhir kehidupannya di medan juang meninggalkan pesan yang menjadi ibrah kepada setiap Mujahidin selepas daripadanya. Dia menjawab; Sampaikan salam ku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka, Abu Ayyub menggesa kamu untuk menyerang jauh ke dalam perbatasan musuh semampu kamu. Kamu mesti membawanya ( Abu Ayyub ) bersama dan kamu mengebumikannya di bawah kaki-kaki kamu di tepi dinding kubu Konstentinopel !!. Abu Ayyub akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di medan peperangan dengan penuh kemuliaan seorang pahlawan yang terbilang dan Mujahidin fisabililLah. Tentera Muslimin telah memenuhi kehendaknya. Mereka menyerang pasukan musuh dalam serangan demi serangan hingga mereka sampai ke dinding kota Konstentinopel. Di situlah Abu Ayyub telah dikebumikan. ( Pasukan Muslimin telah mengepung kubu tersebut selama 4 tahun tetapi terpaksa berundur selepas mengalami kehilangan yang besar sehinggalah Konstentinopel di buka semula pada zaman sultan Muhammad al-Fatih dari Uthmaniyyah, Turki ). Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen)

21

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


18. Amr b Jamuh

-SAR-

AMR BIN JAMUH adalah salah seorang pemimpin Yatsrib masa jahiliyah. Dia ketua suku yang dihormati dari Bani Salamah. Seorang penduduk Madinah yang sangat pemurah dan memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi. Sudah menjadi adat bagi para bangsawan jahily menempatkan patung di rumah mereka m asing untuk pribadi mereka. Pertama, supaya mereka dapat mengambil berkat dan m emuja patung tersebut setiap pagi dan petang. Kedua, untuk memudahkan mereka meletakkan kurban suci di altar pada waktu-waktu tertentu. Ketiga, supaya mereka dapat mengadukan keluhan-keluhan mereka setiap waktu diperlukan. Patung di rumah Amr bin Jamuh bernama M a n a t. Patung itu terbuat dari kayu. Buatannya indah dan mahal harganya. Guna perawatannya Amr bin Jamuh perlu mengeluarkan biaya yang tidak sedikit. Patung itu selalu dibersihkan dan diminyakinya dengan wangi khusus dan mahal. Tatkala cahaya iman mulai merambat di Yatsrib dari rumah ke rumah, usia Amr bin Jamuh sudah lewat enam puluh tahun. Tokoh dawah Islamiah yang pertama-tama aktif di Yatsrib ialah Mushab bin Umair. Tiga orang putera Amr bin Jamuh, iaitu : Muawwadz, Muadz dan Khallad, serta seorang kawan sebaya m ereka, iaitu Muadz bin Jabal, telah masuk Islam di tangan Mush ab bin Umair. Bersama ketiga putera Amr Islam pula ibu mereka Hindun. Amr tidak mengetahui kalau putera putera dan isterinya telah masuk Islam. Hindun, isteri Amr bin Jamuh, mengetahui bahwa Islam telah menjadi agama penduduk Yatsrib. Para bangsawan dan ketu-ketua suku telah ram ai masuk Islam. Yang belum masuk Islam hanya suaminya dan beberapa orang lain yang jumlahnya tidak seberapa. Hindun mencintai suaminya dan hormat kepadanya. Dia kuatir kalau suaminya mati kafir lalu masuk neraka. Tetapi sebaliknya Amr selalu pula kuatir keluarganya akan m eninggalkan agama nenek moyang mereka. Dia takut putera-puteranya terpengaruh oleh dawah yang dilancarkan Mushab bin Umair. Kerana dalam tempoh singkat Mushab berhasil merubah agama ramai orang dan menjadikan mereka muslim. Kerana itu Amr berkata kepada isterinya, Hai, Hindun! Hati-hatilah menjaga anakanak, agar mereka jangan sampai bertemu dengan orang itu (Mush ab bin Umair)! Jawab isterinya, Adinda patuhi nasihat kakanda. Tetapi pernahkah kakanda mendengar putera kakanda Mu adz bercerita mengenai orang itu? Celaka ! Apakah si Muadz telah masuk agam a orang itu? tanya Amr gusar. Wanita yang saleh itu kasihan melihat suaminya yang sudah tua. Tidak! Bukan begitu! Tetapi si Muadz pernah hadir dalam majlis orang itu, dia ingat kata-katanya, jawab isterinya menenteramkan hati Amr.panggillah dia kemari! kata suaminya. Ketika MuadZ hadir di hadapan bapaknya, Amr berkata, Cuba baca kata-kata yang pernah diucapkan orang itu. Bapak ingin mendengarkannya. Muadz membacakan surat Al-Fatihah kepada bapaknya. Alangkah bagus dan indahnya kalimat itu, kat a Amr. Apakah setiap ucapannya seperti itu? tanya Armr. Bahkan lebih bagus dari itu. Bersediakah Bapak baiat dengannya? Rakyat Bapak telah baiat semuanya dengan dia, kata Muadz. Orang tua itu diam sebentar. Kemudian dia berkata, Saya tidak akan melakukannya sebelum musyawarah lebih dahulu dengan Manat. Saya menunggu apa yang dikatakan Manat. Bagaimana Manat boleh menjawab? Bukankah itu benda mati tidak bisa berpikir dan tidak bisa berbicara? kata Muadz. Saya katakan kepadamu, saya tidak akan mengambil keputusan tanpa dia! kata Amr menegaskan. Amr bin Jamuh menyembah Mamat di altar tempat dia biasa memuja. Dipujinya patung itu dengan puji-pujian setinggi Kemudian dia berkata, Hai, Manat! Saya tidak ragu, engkau tentu tahu mengenai seorang Dai yang datang dari Makkah. Dia tidak bermaksud jahat kepada siapa pun, melainkan kepada engkau sendiri. Dia datang kemari, melarang kami menyembah engkau. Sekalipun saya terpesona mendengarkan kalimat-kalimatnya yang indah, saya tidak mahu melakukan baiat dengannya sebelum bermusyawarat dengan engkau. Kerana itu berilah saya petunjukmu. Sudah tentu Manat tidak menjawab apa-apa. Dia diam seribu bahasa seperti biasa, dan akan terus diam. Kata Amr, Mungkin engkau marah kepada saya. Padahal saya tidak pernah menyakitimu selam a ini. Tetapi tidak apalah. Engkau akan saya tinggalkan beberapa hari sampai marahmu hilang. Putera-putera Amr tahu benar bila waktunya bapa mereka memuja berhala itu. Mereka juga tahu iman bapaknya telah goyang terhadap Manat. Kerana itu mereka berusaha hendak mencabut Manat dari hati yang telah goyang itu sampai tuntas. Itulah jalan satu-satunya menuju iman yang benar. Pada suatu malam putera-putera Amr dan kawan mereka Muadz bin Jabal pergi ke altar tempat Manat berada. Mereka mengambil Manat, lalu mereka bawa ke lubang kotoran Bath Salamah dan mereka lemparkan ke sana. Tidak seorang pun yang mengetahui dan melihat perbuatan mereka. Setelah hari Subuh, Amr pergi ke altar hendak memuja. Tetapi alangkah terkejutnya Amr ketika dilihatnya Manat tidak ada di tempatnya. Celaka Kemana Tuhan kita? Siapa yang mengambilnya tadi malam? tanya Amr. Tidak seorang pun yang menjawab. Amr mencari Manat ke mana-mana. Dia marah-marah. Akhirnya patung itu ditemukannya ke comberan dalam keadaan terbalik, kepalanya kebawah dan kakinya ke atas. Manat diambilnya, lalu dim andikan dan diminyaki dengan minyak wangi. Sesudah itu diletakkannya kembali ke tempat semula. Demi Allah! Seandainya saya tahu siapa yang menganiaya engkau, nescaya saya hukum dia! kata Amr kepada Manat. Malam kedua anak-anak remaja itu bertindak pula seperti yang dilakukan mereka kemaren. Setelah Subuh tiba, Amr mencari Manat dan menemukannya dalam lobang comberan bergelimang kotoran. Amr mengambil Manat, lalu dibersihkannya, kemudian diminyakinya dengan harumharuman. Sesudah itu diletakkannya pula kembali ke tempat pemujaan. Begitulah remaja-remaja itu memperlakukan Manat setiap malam. Akhirnya habislah kesabaran Amr. Maka diambilnya pedang, kemudian digantungkannya di leher patung Manat. Kata Amr, Hai, Manat! Demi Allah! Sesungguhnya saya tidak tahu siapa yang menganiaya engkau. Seandainya: engkau memang sanggup, cobalah lawan orang yang menganiayamu itu. ini pedang untukmu `Kemudian orang tua itu pergi tidur. Setelah putera-putera Amr yakin ayahnya telah tidur pula, mereka pergi ke tempat Manat. Mereka ambil pedang yang tergantung di leher Manat, kemudian Manat mereka bawa ke luar. Sesudah itu Manat mereka ikat jadi satu dengan bangkai anjing lalu mereka lemparkan ke comberan Bani Salamah. Setelah orang tua itu bangun, dilihatnya Manat tidak ditempatnya. Amr pergi mencari-cari dan ditemukanr dalam comberan. Muka Manat menghadap ke tanah bersatu dengan bangkai anjing. Pedangnya tidak ada. Sekarang Manat tidak diambilnya, tetapi dibiarkannya tercampak dalam comberan.

22

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid

-SAR-

Kata Amr, Kalau benar engkau Tuhan, nescaya engkau tidak mahu masuk comberan bersam a dengan bangkai anjing. Tidak lama kemudian Amr masuk Islam. Amr bin Jamuh merasakan bagaimana manisnya iman. Dia menyesali dosa-dosanya selama dalam kemusyrikan. Maka setelah Islam, diarahkannya seluruh hidupnya, hartanya, dan anak.anaknya dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. Tidak berapa lama kemudian terjadi perang Uhud. Amr bin Jamuh melihat ketiga puteranya bersiap.siap hendak memerangi musuh-musuh Allah. Mereka bersemangat dan tangkas bagaikan singa jantan. Dalam hati mareka bergelora keinginan hendak mati syahid dan memperoleh ridha Allah. Apa yang dilihat Amr berbekas di hatinya dan membakar semangat dan tekadnya untuk turut berperang bersam a.sama dengan Putera-puteranya di bawah bendera Rasulullah saw. Tetapi putera-putera Amr sepakat melarang bapak mereka turut berperang Dia sudah tua dan berjalan terpincang Allah telah memberi kelonggaran baginlya kerana sudah uzur dan cacat. Putera berkata kepada Amr, Wahai Bapak kami! Sesungguhnya Allah telah membebaskan Bapak dari kewajiban berperang. Mengapa Bapak harus memaksakan diri. Bukankah Allah telah memaafkan Bapak?Orang tua itu m arah mendengar keberatan putera puteranya. Dia pergi menemui Rasulullah mengadukan mereka kepada beliau. Wahai Rasulullah! Putera-putera saya melarang saya berbuat baik. Mereka keberatan saya turut berperang kerana saya sudah tua dan pincang. Demi Allah! Walaupun saya sudah tua dan pincang, saya tidak ingin bersantai santai untuk mendapatkan surga. Sungguh pun saya pincang, saya pengendara kuda yang tangkas! kata Amr mengadu kepada Rasulullah. Maka bersabda Rasulullah kepada putera-puteranya, Biarkanlah ayah kalian! Mudah-mudahan Allah memberinya rezki surga. Putera-putera Amr membiarkan bapaknya turut berperang, kerana patuh kepada perintah Rasulullah. Ketika waktu berangkat sudah tiba, Amr bin Jamuh m eminta izin kepada isterinya mengucapkan salam perpisahan. Berpisah untuk tidak bertemu lagi. Kemudian dia m enghadap ke kiblat sambil menadahkan kedua tangannya ke langit. Dia mendoa, Wahai Allah! Berilah saya rezeki sebagai syuhada. Janganlah saya dikembalikan kepada keluarga saya dengan kecewa Sesudah mendoa dia berangkat diiringi ketiga orang puteranya dan pasukan besar kaumnya, Bani Salam ah. Ketika pertempuran telah berkecamuk, tentara muslimin terpancar-pancar, banyak yang meninggalkan Rasulullah. Amr bin Jamuh berada di barisan depan pasukan berkuda. Dia jatuh terbanting dari kudanya. Dia bangun dan menyerang musuh terpincangpincang sambil berteriak, Saya tertarik ke surga Saya tertarik ke surga Saya tertarik ke surga ! Amr selalu didampingi puteranya Khallad. Kedua beranak itu melindungi Rasulullah dengan menebaskan pedang mereka kepada musuh-musuh yang mendekat. Namun akhirnya kedua beranak itu tewas di medan tempur sebagai syuhada dalam waktu hampir bersam aan. Selesai pertempuran, Rasulullah m emeriksa korban korban yang syahid untuk menyaksikan mayatmayat mereka. Beliau memerintahkan kepada para sahabat, kuburkan mereka dengan pakaian mereka yang berlumuran darah. Saya menjadi saksi bagi mereka, bahwa mereka syahid kerana Allah. Tidak seorang pun muslim yang terluka dalam perang fi sabilillah, melainkan darahnya mengalir di hari kiamat menjadi za faran dan baunya seperti kasturi. Kuburkan Amr bin Jamuh satu kuburan dengan Khallad bin Amr. Keduanya saling mencinta dan berada dalam satu barisan di dunia. http://dakwah.info/buku-tarbiyyah/amr-bin-jamuh/

23

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


19. Abdullah b Amr b Haram
ABU JABIR, ABDULLAH BIN AMR BIN HARAM SEORANG YANG DINAUNGI OLEH MALAIKAT

-SAR-

Sewaktu orang-orang Anshar yang 70 orang banyaknya itu, mengangkat baiat kepada Rasulullah saw. pada baiat Aqabah II, maka Abdullah bin Amr bin Haram, (Abu Jabir bin Abdullah) termasuk salah seorang di antara mereka. Dan tatkala Rasulullah saw. memilih di antara perutusan itu beberapa orang wakil, juga Abdullah bin Amr terpilih sebagai salah seorang di antara wakil-wakil mereka, ia diangkat oleh Rasulullah sebagai wakil dari kaum Bani Salamah.Dan setelah ia kembali ke Madinah, maka jiwa raga, harta benda dan keluarganya, dipersembahkannya sebagai baktinya terhadap Agama Islam. Apalagi setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, maka Abu Jabir menemukan nasib bahagianya dengan selalu bertemankan Nabi, baik Siang maupun malam. Di perang Badar, ia turut menjadi pejuang dan bertempur sebagai layaknya kesatria. Dan di perang Uhud sebelum Kaum Muslimin berangkat perang, telah terbayang-bayang juga di ruang matanya bahwa ia akan jatuh sebagai korban. Suatu perasaan kuat meliputi dirinya bahwa ia takkan kembali, menyebabkannya bagaikan terbang karena suka cita. Maka dipanggilnya putranya Jabir bin Abdullah, seorang shahabat Nabi yang mulia, lalu pesannya: Ayahanda merasa yakin akan gugur dalam peperangan ini, bahkan mungkin menjadi syahid pertamaDi antara Kaum Muslimin. Dan demi Allah, ayahanda takkan rela mencintai seorang pun selain Rasulullah lebih besar dari anakanda! Selain itu sebetulnya ayahanda ini mempunyai utang, maka bayarkanlah oleh anakanda, dan pesankanlah kepada saudara-saudara anakanda, agar mereka suka berbuat baik! Pagi-pagi keesokan harinya Kaum Muslimin berangkat hendak menghadapi orang-orang Quraiay, yakni orang-orang Quraiay yang datang dengan pasukan besar, dengan tujuan hendak m enyerang kota mereka yang aman tenteram. Pertempuran sengit pun terjadilah. Pada mulanya Kaum Muslimin memperoleh kemenangan kilat, yang sedianya akan dapat meningkat menjadi kemenangan telak, seandainya pasukan panah yang diperintahkan Nabi agar tetap berada di tempat dan tidak meninggalkannya selama peperangan masih berlangsung, terpedaya melihat kemenangan terhadap Quraiay ini, hingga mereka meninggalkan kedudukan mereka di atas bukit, lalu berlumba-lumba m engumpulkan harta rampasan dan merebutnya dari musuh yang kalah. Tetapi demi dilihat musuh bahwa garia pertahanan Kaum Muslimin terbuka lebar, musuh yang mulanya mengalami kekalahan itu, segera menghimpun siaa-siaa kekuatan mereka, kemudian secara tidak terduga menyerang Kaum Muslimin dari belakang, hingga kemenangan mereka sebelumnya sekarang berubah menjadi kekalahan.Dalam pertempuran yang amat dahsyat ini, Abdullah bertempur dengan gagah berani, ia menghabiskan segala kemampuannya dalam membela Agama Allah. Pertempuran ini bagi Abdullah merupakan pertempuran terakhir dalam mencapai syahidnya. Tatkala perang telah usai dan Kaum Muslimin meninjau para syuhada, Jabir bin Abdullah pergi mencari ayahnya, hingga ditemukannya di antara para syuhada itu. Dan sebagai dislami oleh pahlawan-pahlawan lain, mayatnya telah dicincang oleh orang-orang musyrik. Jabir dan sebagian keluarganya berdiri menangisi syahid Islam Abdullah bin Amr bin Haram. Dan sem entara mereka menangisinya itu lewatlah Rasulullah saw. maka sabdanya: Kalian tangisi ataupun tidak, para Malaikat akan tetap menaunginya dengan sayap-sayapnya.Keimanan Abu Jabir merupakan keimanan yang teguh dan cemerlang. Kecintaan bahkan kegemarannya terhadap mati di jalan Allah, adalah puncak keinginan dan cita-citanya.Setelah Abu Jabir wafat, Rasulullah saw. pernah menceritakan suatu berita penting yang melukiskan kegemaran Abu Jabir untuk mati syahid ini. Kata Rasulullah pada suatu hari kepada putranya, bernama Jabir: Hai Jabir! Tidak seorang pun yang dibawa berbicara oleh Allah, kecuali dari balik tabir. Tapi Allah telah berbicara secara langsung dengan bapakmu. Firman-Nya kepadanya: Hai hamba-Ku, mintalah kepada-Ku, pasti Kuberi . . . !Maka ujarnya: Ya Tuhanku! kumohon kepada-Mu agar aku dikembalikan ke dunia, agar aku dapat mati syahid sekali lagi ! Firman Allah padanya: Telah terdahulu ketentuan daripada-Ku, bahwa mereka tidak akan dikembalikan lagi . . . ! Kalau begitu oh Tuhan mohon sampaikan kepada orang-orang di belakangku, nimat karunia yang Engkau limpahkah kepada karni ! Hadits Qudsi. Matra Allah Taala pun menurunkan ayat: Dan janganlah halian mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi sesungguhnya mereka itu hidup dan diberi rizqi di sisi Tuhan mereka. Mereka bersuka ria dengan karunia yang diberikan Allah kepada mereka dan menyampaikan berita gembira kepada orangorang di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa mereka tidah merasa takut dan tidah pula berdukacita! (Q.S. 3 Ali Imran: 169 170) Tatkala Kaum Muslimin berusaha mengenali syuhada m ereka yang budiman setelah usainya perang Uhud . .. , dan tatkala keluarga Abdullah bin Amr telah mengenali mayatnya, maka isterinya menaikkannya ke atas untanya berikut dengan mayat saudaranya yang juga menemui syahid, dengan maksud akan m embawanya ke Madinah untuk dimakamkan di sana. Demikian pula dilakukan oleh sebagian Kaum Muslimin terhadap keluargakeluarga mereka yang tewas. Tetapi seorang juru bicara Rasulullah saw. menghubungi mereka dan menyampaikan perintahnya: Makamkan oleh kalian para korban di tempat mereka tewas!Maka kembalilah mereka dengan membawa syahid masing-masing, dan Nabi saw. pun berdiri mengawasi pemakaman para shahabatnya yang telah syahid, yang telah memenuhi apa yang mereka janjikan kepada Allah dan mengorbankan nyawa mereka yang berharga demi bakti mereka kepada Allah dan RasulNya.Dan tatkala datanglah giliran pemakarnan Abdullah bin Haram, Rasulullah saw. pun menyerukan: Kuburkan Abdullah bin Amir ibnul jarah di satu liang! Selagi di dunia mereka adalah dua orang sahabat yang saling sayang menyayangi. Dan sekarang sementara orang menyiapkan makam keramat untuk menyambut kedua syuhadah yang mulia itu, marilah kita layangkan pandangan kepada syahid yang ke dua yaitu Amr Ibnul Jarah.

24

20 Sahabat Rasulullah Yang Syahid


20. Habib Bin Zaid

-SAR-

Pada peristiwa Baiat Aqabah ke-2, yang beberapa kali telah saya sebutkan, 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Madinah telah berjanji setia kepada Rasulullah. Di antara 70 orang lelaki tersebut termasuklah Habib bin Zaid dan ayahnya (Zaid bin Ashim). Sedangkan 2 orang wanita itu adalah ibunya (Nusaibah binti Ka'b) dan makciknya. Habib merupakan seorang mukmin yang sejati. Keimanan telah m endarah daging pada dirinya. Semenjak Nabi berhijrah ke Madinah, beliau tidak pernah tertinggal walaupun satu peperangan dan tidak pernah menolak tugas yang diberikan. Pada suatu ketika, di selatan jazirah Arab muncul dua pembohong besar yang mengaku sebagai Nabi dan mengajak pada kesesatan. Seorang di Shan'a, iaiyu Aswad bin Ka'b aI-Ansi dan seorang lagi di Yam amah, iaitu Musailamah aI-Kadzdzab. Keduanya menghasut para pengikutnya untuk memusuhi orang yang masih beriman kepada Nabi Muhammad saw serta utusannya yang datang untuk berdakwah kepada mereka. Mereka melecehkan kenabian dan menebar kerosakan dan kesesatan di muka bumi. Pada suatu hari, Rasulullah didatangi seorang utusan Musailamah dengan membawa sepucuk surat. Kata-kata Rasulullah saw bagai cahaya pagi yang membuka aib si pembohang dari bani Hanifah itu. Ia telah keliru ketika menganggap kenabian seperti kerajaan, hingga menuntut separuh wilayah kekuasaan dan separuh jumlah penduduk. Jawapan Rasulullah saw itu dibawa oleh utusan Musailamah dan diberikan kepada Musailam ah. Membaca surat itu, Musailamah tidak menjadi insaf, tetapi semakin sesat dan menyesatkan. Sang pembohong itu masih menyebarkan kebohongan dan kepalsuannya, gangguan dan hasutan terhadap orang-orang beriman semakin menjadi-jadi. Lalu, Rasulullah mengirimkan surat peringatan agar kebodohan itu dihentikan. Habib bin Zaid terpilih sebagai pengantar surat itu kepada Musailamah. Habib sangat gembira menerima tugas itu. la berharap Musailamah sedar sehingga secara automatik beliau mendapat pahala besar karena turut terlibat dalam menyedarkan Musailamah. Habib tiba di tempat tujuan. la sampaikan surat itu kepada Musailamah. Musailamah membaca dengan cermat. Namun, cahaya hidayah yang terpancar dari surat tersebut tidak mampu memberi kebaikan kepadanya, sehingga dia semakin hanyut dalam kesesatan dan kepalsuannya. Kerana Musailamah tidak lebih dari seorang pembohong besar dan penipu ulung, maka sifat yang dimiliki hanyalah sifat sang pembohong dan penipu. Ia sama sekali tidak menghormati etika yang berlaku. Tanpa rasa malu, ia membunuh utusan penghantar surat, padahal membunuh utusan adalah tindakan tercela bagi bangsa Arab saat itu. Musailam ah sang pembohong itu mengumpulkan kaumnya pada hari yang telah ditentukan. Dia memanggil Habib bin Zaid yang penuh bekas siksaan. Dengan siksaan itu, mereka berharap Zaid mengubah akan pendiriannya. Menurut penilaian Musailamah, Habib sudah menyerah dan tidak akan menolak jika diminta untuk mengakui kenabiannya di depan orang ramai. Dengan demikian, seakan-akan itu adalah mukjizat yang diberikan kepadanya, dan kaumnya yang selam a ini ditipunya akan semakin tertipu. Musailamah bertanya kepada Habib, ''Apakah kamu bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah?" Habib menjawab, "Ya, aku bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah." Wajah Musailamah langsung pucat. Musailamah kembali bertanya, "Apakah kamu juga bersaksi bahwa aku adalah utusan Allah?" Dengan mencibir, Habib menjawab, "Aku tidak mendengar." Wajah Musailamah semakin m erah padam. Rancangan jahatnya sama sekali gagal. Siksaan yang begitu berat tidak mengubah pendirian Habib. Dalam usaha untuk mempertontonkan mukjizat palsunya di depan umum, dia mendapat tamparan keras yang membuatnya tercampak kelembah kehinaan. Musailamah menjadi terlalu marah.lalu ia perintahkan suruhannya untuk membunuh Habib. Tubuh Habib dicincang sepotong demi sepotong. Namun bibir Habib tidak pernah lepas dari ucapan, "La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah." Seandainya waktu itu Habib menyelam atkan dirinya dengan berpura-pura mengikuti keinginan Musailamah, dengan tetap beritikad keimanan dalam hatinya, itu sam a sekali tidak mengurangi kualiti keimanannya dan tidak menggugat keislamannya. Akan tetapi, Habib adalah seorang lelaki yang turut serta dalam Baiat Aqabah bersama ayah, ibu, saudara, dan makciknya. Sejak saat itu, ia sudah mengenggam tanggungjawab baiat dan keimanan secara sempurna, tanpa memikirkan nasib diri dan nyawanya. Baginya, kesempatan ini adalah kesempatan terbaik untuk mencapai puncak tertinggi dari kehidupannya. la ingin merasakan nikmatnya ketegaran, kepahlawanan, pengorbanan, dan kesyahidan dalam mempertahankan kebenaran. Sebuah kemenangan yang lebih indah dari semua kemenangan duniawi. Berita kesyahidan Habib akhirnya sampai kepada Rasulullah. Baginda tabah dalam menghadapi takdir Allah. Baginda telah melihat nasib sang pembohong itu, bahkan melihat tempat kematiannya. Adapun Nusaibah binti Ka'ab, ibunda Habib, ketika mendengar berita kematian anaknya, menahan kemarahan cukup lama, lalu bersumpah menuntut bela. la bertekad menancapkan sendiri tombak dan pedang ke tubuh Musailamah. Langit menjadi saksi kekecewaan, kesabaran dan ketabahan wanita ini. Sejak saat itu, ia bertekad untuk berada di samping wanita itu untuk melaksanakan sumpahnya. Waktu pun bergerak dengan cepat dan terjadilah pertempuran Yamam ah. Khalifah Abu Bakar menyiapkan pasukan besar yang akan dikirim ke Yamamah. Nusaibah turut serta dalam pasukan itu, kemudian turut berjuang di medan perang. Pedang di tangan kanannya dan tombak di tangan kirinya. Sedangkan bibirnya selalu meneriakkan, "Di mana musuh Allah, Musailamah?" Tatkala Musailamah terbunuh dan pengikutnya berguguran bagai daun kering berjatuhan dari pepohonan, bendera Islam makin berkibar tinggi. Nusaibah yang badannya penuh luka dengan sebatab pedang dan tombak berdiri tegak di sana. Ia mengingat wajah anaknya tercinta. Ia seakan melihatnya memenuhi semua ruang dan waktu. Setiap kali ia memandang bendera kemenangan yang berkibar, ia melihat wajah anaknya ikut berkibar dan tersenyum penuh kemenangan.

25

Anda mungkin juga menyukai