Anda di halaman 1dari 8

Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahannya : Ikan - ikut suka Garam Kunyit Daun pisang/aluminium foil - saya suka guna daun kunyit. Cuba la... baunya menyentap sukma. Wangi sampai luar rumah

Caranya : Perap ikan dengan garam dan kunyit. Balut dengan daun / aluminium foil. Bakar atas kuali. Hidang dengan air asam / air kicap / budu - ikut suka

Resepi Air Kicap Ikan Bakar

Bahan-bahannya : Cili padi Belacan - jika suka Bawang merah Limau nipis Tomato - jika suka Garam - jika perlu Gula

Caranya : Patah-patahkan cili padi Bakar belacan menggunakan api / bakar dalam oven hingga naik bau Tumbuk belacan dan bawang merah Masukkan garam ( jika perlu ) dan gula secukup rasa Masukkan tomato yang dipotong dadu Masukkan kicap, perahan jus limau Siap!

Ikan Siakap Bakar Tomyam


Resipi asal: Buku Senangnya memasak ikan bersama Chef Hanieliza sumber: Ady/Noorsha/Zai Bahan A y 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) y 2 sudu besar pes tomyam y 5 helai daun limau purut y 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi y 1 biji tomato (potong 6) y Aluminium foil & daun pisang - ni mama tambah

Bahan B (Dikisar) y 2 biji cili merah- mama gunakan cili kering dlm 10-15 biji y 5 biji cili api y 3 batang serai y 3 ulas bawang merah - ltk dlm 1 1/2 biji y 2 ulas bawang putih - 3 ulas y sedikit gula dan fish sos

Cara Membuat:1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin) 2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas. 3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit. 4. Perahkan limau semasa menghidang.

Ikan Bakar & Sambal Air Asam


Menu for lunch semalam aku masak Ikan Bakar & Sambal Air Asam.Kali nie aku bakar dgn menggunakan Ikan Bream.Erm,ala2 ikan talapia ler kot kalo kat Msia.Senang jer aku bakar ikan nie.Lumurkan ikan dgn kunyit+garam.Pas2,balut dgn aluminium foil dan bakar atas grill.Resepi nie aku belajar dari arwah mak aku.Mudah sajakan....

Untuk sambal Air Asam lak,tumbuk bawang putih+bawang merah+cili padi yg dihiris.Kemudian,bancuh air asam jawa dan gaulkan dgn bahan yg ditumbuk tadi.Perasakan dgn garam & gula. Bawang merah dan tomato dipotong dadu dan disatukan kedalam bancuhan sambal air asam tadi.Perahkan sedikit limau kasturi.Siap!!!

Asam Pedas Ikan Pari

bahan 500 gm ikan pari [bersihkan] 10 biji bendir 1 biji buah tomato [belah 4] 1/2 cawan jus asam jawa 5 tangkai daun kesum 4 s/b minyak masak garam bahan mesin 20 tangkai cili kering 1 labu bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 s/k kunyit serbuk 3 cawan air Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi. 2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh. 3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi. 4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir. 5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut. 6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin

Ikan Masak Merah


Menu nie aku masak 2 hari lepas.Tapi terlupa lak nak upload resepi.Nie gara2 terlupa nak transfer gambar dari camera ke PC.Erm,aku pilih Ikan Salmon utk ikan masak merah kali nie.Kat sini ikan banyak gak,cuma pilihan aku agak terhad. Nie sbb ada gak ikan2 yg pelik yg aku sendiri tak tau jenis ikan tu & tak tau nak masak apa.Ikan2 kat sini berbeza skit compare Msia.Jom layan resepi lak.Resepi aku belajar dari arwah mak aku.Layan!!!

Bahan-bahan
y y y y y y y y y y y y y y

ikan (disiang,dibersih dan digoreng bersama garam & kunyit) cili kering (dikisar) bawang merah (dikisar) bawang putih (dikisar) halia (dikisar) serai (dikisar) jintan manis jintan putih kayu manis & bunga lawang buah pelaga sos cili dan sos tomato gula & garam air air asam jawa

y y y

minyak untuk menumis capsicum (kalau suka) bawang besar (dipotong bulat)

Cara-cara 1. Bersih dan siang ikan.Gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga masak dan ketepikan. 2. Panaskan minyak.Tumis bahan kisar. Kalau nak lagi sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ikan tadi. 3. Kemudian, masukkan kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing. 4. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato sesedap rasa. Kacau hingga pekat.Kemudian masukkan gula dan garam. 5. Masukkan pula bawang besar yang dipotong bulat dan juga capsicum. 6. Masukkan sedikit air dan kacau. 7. Kemudian masukkan ikan goreng tadi.Kacau hingga ikan sebati bersama kuah. 8. Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur bahan hias di atasnye. Siap utk dimakan.

Anda mungkin juga menyukai