Anda di halaman 1dari 20

Nebula

Apakah itu nebula?


Daripada perkataan latin bermaksud awan. Kepulan awan yang mengandungi debu, gas hidrogen, gas helium dan lain-lain gas yang terion. Pada asalnya, nebula adalah nama umum bagi semua objek astronomi, termasuklah galaksigalaksi yang ada (sebelum penemuan galaksi oleh Edwin Hubble).

Nebula pada kebiasaannya adalah kawasan pembentukan bintang-bintang, seperti yang dilihat pada Nebula Helang. Dalam kawasan tersebut, pembentukan gas, debu dan bahan-bahan lain bergumpal sehingga jisim bertambah. Kemudiannya, bahan-bahan asing lain tertarik jisimnya cukup untuk membentuk bintang. Bahan-bahan lain yang tinggal selepas pembentukan bintang dipercayai menjadi planet dan objek-objek lain dalam sistem planet.

Eagle Nebula in Serpens

Bermulanya sejarah nebula


Sekitar 150 AD, Ptolemy merekodkan dalam bukunya Almagest, terdapat lima bintang yang kelihatan samar-samar (nebulous). Beliau juga mendapati sebuah kawasan yang samar-samar di antara buruj Beruang Besar (Ursa Major) dan buruj Singa (Leo) yang tidak berkaitan dengan mana-mana bintang.

Nebula yang pertama, yang dapat dibezakan dengan mana-mana bintang, disebut oleh seorang ahli falak dari Parsi iaitu Abd Ar-rahman As-sufi (dikenali ilmuwan barat sebagai Azophi) di dalam bukunya, Book of Fixed Star pada 964 AD. Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan A Little Cloud yang sebenarnya adalah Galaksi Andromeda. Dalam bukunya, beliau juga menerangkan mengenai gugusan Omicron Velorum sebagai bintang samar dan objek samar yang lain sebagai satu gugusan yang kini dikenali sebagai Gugusan Brocchi.

Pada awal abad ke 19, kerja-kerja pengkategorian nebula telah dimulakan oleh William Huggins melalui kajian spektrum cahaya.

Pembentukan Nebula
Kebanyakan nebula terbentuk apabila keruntuhan graviti gas berlaku. Bintang besar terbentuk di tengah-tengah runtuhan dan sinaran ultraungu mengion gas di sekitar bintang tersebut. Gelombang optik yang terhasil boleh diukur. Contoh: Nebula Undan

Pelican Nebula in Cygnus

Sesetengah nebula terbentuk selepas letupan supernova, di ambang kematian bintangbintang. Bahan-bahan yang tercampak keluar hasil letupan yang kuat terion oleh tenaga dan apa-apa objek yang terhasil. Contoh : Nebula Ketam pada buruj Lembu Jantan (Taurus)

Crab Nebula in Taurus

Lain-lain nebula boleh juga terbentuk sebagai nebula planet. Hal ini berlaku apabila bintang menghampiri peringkat terakhir yang mana bintang ini kehilangan lapisan luarnya menjadi kerdil putih. Sekiranya hal tersebut berlaku, suhu bintang meningkat dan sinaran ultraungunya boleh mengion nebula yang terhasil daripada lapisan luar bintang itu.

Jenis-jenis nebula
Nebula sebaran (diffuse nebulae)
tanpa sempadan tetap 1. Nebula pancaran (emission nebulae)
mengandungi gas terion (kebiasaannya Hidrogen) yang menghasilkan garis spektrum cahaya memantulkan cahaya daripada bintang-bintang berdekatan

2. Nebula pantulan (reflection nebulae)

3. Nebula gelap (dark nebulae)

menyerupai nebula sebaran tetapi tidak menghasilkan garis spektrum cahaya menghalang cahaya bintang dan nebula lain

EMISSION NEBULA

Omega Nebula in Sagittarius

REFLECTION NEBULA

Witch Head Nebula in Orion

DARK NEBULA

Horsehead Nebula in Orion

Nebula planet (planetary nebulae)


hasil evolusi bintang kepada kerdil putih

Nebula protoplanet (protoplanetary nebulae)


hasil pertengahan dalam evolusi bintang kepada kerdil putih sebelum nebula planet terhasil, nebula protoplanet terhasil dahulu selepas proses penyingkiran lapisan luar bintang.

Sisa letupan supernova (supernova remnants)


hasil letupan supernova.

PLANETARY NEBULA

Cats Eye Nebula in Draco

PROTOPLANETARY NEBULA

Red Rectangle Nebula in Monoceros

SUPERNOVA REMNANT

Large Magellanic Cloud

Anda mungkin juga menyukai