Anda di halaman 1dari 1

Laporan lawatan sambil belajar

SJK( C ) Liat Choon telah mengadakan lawatan sambil belajar pada 20 Disember 2009.Tujuan mengadakan lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid. Seramai 36 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Bayaran untuk seorang peserta adalah sebanyak RM98. Pada 20hb November, murid-murid telah berkumpul di sekolah pada pukul 6.30 pagi. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, kami pun menaiki bas persiaran dan bertolak menuju ke destinasi iaitu Genting Highlands. Lebih kurang pukul 9:45pagi, kami pun sampai di Taman Strawberry, Genting Highlands. Udara di Genting Highlands amat nyaman, murid-murid tertarik akan tanaman strawberry. Selepas ini, kami pun pergi ke restoran untuk makan tengahari secara buffet. Selepas makan, kami pun diberi 1jam untuk berjalan-jalan dan mengenali barangan dan benda-benda yang luar biasa di Muzium Ripley. Di dalam Muzium Ripley, kami ternampak benda yang luar biasa seperti gambar dalam gambar, orang yang tertinggi di dunia, perempuan yang dapat mengulungkan lidah, masjid Russia yang berwarna-warni dan sebagainya. Kami juga melawati ke Snow House, murid-murid sangat suka akan suasana dan udara dingin di dalam Snow House, dapatlah mereka menghayati iklim sejuk yang hanya terdapat di negara 4 musim. Pada waktu 2:30 petang, murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diiringi oleh seorang guru. Kita memasuki ke Outdoor Themepark untuk bersuka ria disana dan memain pelbagai permainan kawalan mesin. Selain itu, kami juga telah melawati ke kedai jualan cokcolat Berlys. Reka cipta dalaman di dalam kedai sungguh cantik dan menarik. Murid-murid dan guru juga menangkap gambar di depan pintu kedai Berlys. Lawatan kali ini menyeronokkan kerana adalah pengalaman baru yang sebelum ini kami tidak pernah merasai. Kami juga bergambar di setiap destinasi sebagai kenangan manis selama-lamanya. Lawatan sambil belajar perlu diadakan setiap tahun supaya membolehkan murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan di samping melancong. Disediakan oleh, _________________ Cik Pua Swee San Guru Penasihat Pelancongan SJK ( C ) Liat Choon Disahkan oleh, _________________ Cik. Look Kam Lin Guru Besar SJK ( C ) Liat Choon

Anda mungkin juga menyukai