Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) KE SMK LEMBAH BIDONG

Pada 20 Mac 2013, satu lawatan penanda aras (bench-marking) ke SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu telah dijalankan oleh pelajar semester 5 pengajian Rekabentuk dan Teknologi 2 (RBT2). Ini adalah salah satu siri Bina Insan Guru (BIG) yang merupakan item wajib bagi mana-mana guru pelatih yang mengikuti kursus Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Tujuannya ialah menimba pengalaman melalui lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah cemerlang di seluruh Malaysia. Antara rasional pemilihan SMK Lembah Bidong ini adalah kerana sekolah ini memiliki pakej kecemerlangan selaku sekolah kluster kecemerlangan. Seramai 19 orang pelajar dari unit RBT2 bersama seorang tutor peribadi telah mengikuti lawatan ini. Ketibaan rombongan yang menaiki sebuah van IPG ini disambut mesra oleh beberapa guru dan wakil murid SMK Lembah Bidong. Mereka menerima baik kunjungan kami ke sana. Setelah itu, kami terus dibawa ke bilik mesyuarat SMK Lemboh Bidong. Kami mendengan taklimat ringkas dari guru yang bertugas untuk mengiringi kami sepanjang lawatan ini dijalankan. Seterusnya, kami juga mendengar ucapan dari tutor dan wakil pelajar unit RBT2. Slot taklimat yang pertama lebih berbentuk taklimat dan penerangan daripada pihak sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara sistematik yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga mendapat pengiktirafan yang tertinggi dalam pencapaian sesebuah sekolah setakat ini. Selain itu, penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi isi penerangan daripada pihak sekolah. Setelah mendengar penerangan daripada pihak sekolah maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG Kampus Sultan Mizan dengan pihak sekolah.

Selepas sesi pengenalan ringkas, pelajar dan tutor peribadi dibawa untuk menikmati hidangan sarapan pagi sebelum sesi taklimat bermula. Seterusnya kami dibawa melawat sekitar kawasan sekolah setelah selesai sesi taklimat oleh pihak sekolah.

Lawatan pertama kami ialah melawati Bilik Aeronautic. Bilik Aeronautic adalah bilik yang sangat dinantikan untuk dilawati oleh kami kerana ia adalah bilik yang menonjolkan kelainan dan kehebatan LeBEST sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Dalam bilik ini ditempatkan kapal-kapal terbang mini yang dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar di sini di bawah bimbingan guru Kelab Aeronautic. Selain itu, di dalam bilik tersebut juga menempatkan segala hasil kerja murid. Kami juga menyaksikan pertunjukkan menaikkan kapal terbang mini oleh pihak sekolah.

Setelah kami menyaksikan pertunjukkan tersebut, guru yang bertugas menyerahkan urusan mengiringi kami ke seluruh kawasan sekolah kepada beberapa wakil murid SMK Lembah Bidong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan segala urusan lawatan. Kami dibahagikan kepada 5 orang dalam satu kumpulan. Kami diiringi oleh 4 orang murid SMK Lembah Bidong. Tempat kedua yang kami lawati ialah bilik Muzik. Melalui lawatan ini kami dapat melihat bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh murid dari SMK Lembah Bidong. Segala infrastruktur yang disediakan kepada murid SMK Lembah Bidong dalam bilik muzik ini lengkap untuk kemudahan murid sekolah tersebut. Kami sendiri juga mencuba salah satu alat muzikyang disediakan.

Setelah itu, kami dibawa ke bilik pengurusan Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Segala kemudahan yang disediakan dalam bilik ini sesuai untuk aktiviti murid. Selain itu, di dalam bilik tersebut juga terdapat segala hasil kerja murid seperti baju yang dijahit sendiri oleh murid SMK Lemboh Bidong semasa amali, hasil kerja lipatan napkin dan sebagainya. Kami juga diberi penerangan serba sedikit mengenai bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh murid SMK Lemboh Bidong dengan memenangi pertandingan memasak. Bilik Pengurusan ERT ini sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur.

Seterusnya, kami dibawa ke makmal fizik dan biologi untuk melihat infrastruktur yang terdapat dalam bilik tersebut. Segala peralatan disusun dengan kemas dan teratur. Hal ini untuk memudahkan urusan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kami juga sempat bertemu dan berbincangan mengenai penggunaan makmal fizik dan biologi oleh murid SMK Lembah Bidong. Kami juga sering diberi panduan oleh murid yang mengiringi kami sepanjang lawatan tersebut. Seterunya, kami dibawa melawati perpustakaan SMK Lembah Bidong. Kami melihat sendiri beberapa murid yang dibahagikan kepada beberapa aras kebolehan.

Terdapat dua aras keboleh yang berbeza. Bagi sekumpulan murid pertama mereka mempelajari bahasa jepun manakala kumpulan murid yang kedua mempelajari bahasa Inggeris. Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri murid SMK Lembah Bidong menggunakan percakapan jepun. Infrastruktur yang disediakan di dalam perpustakaan juga lengkap. Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan pada suatu sudut di perpustakaan. Di samping itu, terdapat beberapa pingat bagi penghargaan nilam kepada murid SMK Lembah Bidong. Persekitaran perpustakaan Lembah Bidong juga kondusif dan selesa. Setelah itu, kami dibawa ke satu bilik yang melaksanakan aktiviti dalam kelas. Di dalam kelas tersebut murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Mereka boleh untuk memilih permainan seperti dam, saidina dan sebagainya. Kami juga sempat mengadakan perbincangan bersama guru dalam kelas tersebut.

Kemudian, kami dibawa ke bengkel Kemahiran Hidup. Hal ini adalah kerana Kemahiran Hidup merupakan matapelajaran major kami. Bengkel ini diuruskan oleh beberapa guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel ini mempunyai 8 buah meja kerja berserta 40 buah kerusi, sebuah meja guru dan peralatan bengkel yang lain. Semua peralatan bengkel telah dibeli dengan wang peruntukan sekolah. Bengkel ini terletak betul-betul menghadap kedataran perhimpunan sekolah. Kedudukan yang strategik dan sentiasa menarik perhatian orang yang melaluinya. Apabila masuk sahaja ke dalam bengkel, benda pertama yang menarik perhatian adalah panel alatan tangan yang terlekat di dinding. Bengkel ini mempunyai kemudahan peralatan yang serba lengkap. Ini termasukklah peralatan untuk bahan bantu mengajar. Apa yang menariknya,peralatan tersebut dipaparkan di sudut bengkel dan membolehkan pelajar melihatnya dengan jelas. Selain itu, kemudahan ICT juga disediakan dalam bengkel ini bagi memudahkan guru menyampikan ilmu selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin moden.

Kami juga dibawa melawat bilik seni. Di dalam bilik ini terdapat segala peralatan seni dan hasil kerja murid yang begitu kreatif. Terdapat juga beberapa lukisan murid di dinding bilik seni.

Kami berpeluang memerhati proses pengajaran dan pembelajaran sambil memerhati infastruktur dan infostruktur yang lain. Kemudahan-kemudahan asas dari segi infrastruktur yang terdapat di sekolah ini ialah seperti bilik guru, pusat sumber, kelas, tandas dan makmal sains, bilik komputer, asrama, dewan makan, dewan perhimpunan, koperasi, kantin, surau dan lain-lain lagi. Kemudahan-kemudahan asas dari segi infostruktur pula ialah papan informasi, sudut-sudut matapelajaran, sudut berita terkini, papan pengumuman, mural dan papan maklumat pelajar. SMK Lembah Bidong mempunyai kemudahan infastruktur dan infostruktur yang serba lengkap sesuai dengan status sekolah yang cemerlang dalam pendidikan. Walaupun pelajar di sini mempunyai prestasi yang tinggi dalam kurikulum, namun mereka tidak menyisihkan kokurikulum. Lawatan kami berakhir pada pukul 2.00 petang apabila hampir seluruh kawasan SMK Lembah Bidong kami lawati. Secara keseluruhannya, semua pihak terutamanya pihak sekolah memberikan sokongan dan kerjasama yang begitu baik kepada kami dalam melaksanakan program Bina Insan Guru ini. Sememangnya lawatan kami pada semester ini tidak menghampakan dan ia juga telah banyak menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada kami dan ia boleh dijadikan panduan kepada kami apabila mengajar di sekolah rendah kelak. Sebelum pulang kami sempat mengambil beberapa gambar kenangan bersama wakil murid yang mengiringi kami sepanjang lawatan.

Anda mungkin juga menyukai