Anda di halaman 1dari 9

1

SISTEM KAWALAN 1.0 PENGKELASAN DAN PENJENISAN Sistem kawalan masa kini banyak menjurus kepada Sistem Kawalan Automasi. Kemana saja kita pergi, kita dikelilingi oleh sistem ini contohnya di rumah, di jalan, di dalam kenderaan dan di bangunan-bangunan. Di industri pula, Sistem Kawalan Automasi ini sangat diperlukan kerana ianya dapat meningkatkan kualiti dan menambahkan produktiviti. Boleh dikatakan sistem kawalan automasi ini banyak mempengaruhi cara hidup masa depan.

1.1

KEPERLUAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI DI INDUSTRI Sistem Kawalan Automasi ialah sistem yang berupaya mengawal suatu proses dengan pertolongan insani yang minima atau tanpa insani dan mempunyai keupayaan untuk memulakan, melaras, bertindak memapar atau mengukur pembolehubah di dalam proses dan memberhentikan proses dalam usaha mendapatkan keluaran yang diperlukan. Tujuan utama Sistem Kawalan Automasi digunakan di dalam industri adalah untuk meningkatkan produktiviti dari segi : Meningkatkan kuantiti keluaran. Memperbaiki kualiti keluaran. Mengawal kos perbelanjaan.

1.2

PENGKELASAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI Sistem Kawalan Automasi boleh dikelaskan kepada DUA (2) bahagian iaitu : 1.2.1 Automasi Tetap (Fixed Automation / Hard-Wire Control) Sistem kawalan ini direka untuk melakukan satu tugas yang khusus. Fungsi litar kawalannya adalah tetap dan kekal. Kerja akan menjadi rumit jika kita ingin melakukan kerja lain selain dari tugas yang telah sedia ada pada sistem kawalan jenis ini. 1.2.2 Automasi Boleh Aturcara / Automasi Bolehlentur (Flexible Automation / Programmable Control System) Automasi Boleh Aturcara atau Automasi Bolehlentur adalah sistem kawalan yang kompleks yang dapat melakukan berbagai tugas. Fungsi litar kawalannya diaturcarakan oleh pengguna dan boleh diubahsuai. Apabila tugas yang perlu dilakukan oleh mesin bertukar, perubahan cuma perlu dilakukan dengan melakukan pengubahsuaian pada aturcara kawalan mesin tersebut.

1.3

PERBANDINGAN ANTARA AUTOMASI TETAP DENGAN AUTOMASI BOLEH ATURCARA

AUTOMASI TETAP Kegunaan Kemudahan membuat perubahan / penambahbaikan Penyelenggaraan Khusus Sukar

AUTOMASI BOLEH ATURCARA Berbagai Mudah

Mudah Bergantung kepada rekabentuk dan pembuatan Laju Sesuai untuk sistem yang kecil

Sukar

Keupayaan Kelajuan Kecekapan dari segi ekonomi

Sangat tinggi Perlahan Sesuai untuk semua jenis sistem

Contoh 1.3.1 Kawalan Tetap

S1

S2

mentol

VBbB

Kawalan Boleh Aturcara


S2 00000 00001 10000 ATURCARA LD AND OUT END (01) 00000 00001 10000

PLC
P

I O N U T U P T U T mentol

S1 S2
COM

COM VB VB

Contoh 1.3.2 Kawalan Tetap


S1 mentol S2 VBB

Kawalan Boleh Aturcara


Litar kawalan 00000 10000 ATURCARA LD 00000 OR 00001 OUT 10000 END (01)

S2 00001

PLC
P

I N T U T

O U P U T mentol

S1 S2
COMM

COM

Vb Vb 1.4 JENIS-JENIS SISTEM KAWALAN Terdapat TIGA (3) jenis sistem kawalan yang berasaskan kepada sumber bekalan.

Sistem-sistem tersebut adalah seperti berikut: i. ii. iii. Sistem kawalan pneumatik. Sistem kawalan hidraulik. Sistem kawalan elektrik.

1.5

SISTEM KAWALAN PNEUMATIK Sistem kawalan pneumatik ialah satu sistem yang menggunakan udara yang di mampatkan untuk menghasilkan daya / tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem pneumatik banyak di dapati dalam sistem perindustrian seperti industri makanan, petrokimia dan industri yang menggunakan robotik. Secara amnya sistem pneumatik memerlukan i. Bekalan udara mampat

ii. iii.
iv.

Injap kawalan Tiub penghubung Pemindaharuh (Transducer)

Sistem kawalan pneumatik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.5a dan Rajah 1.5b.
Insani

Penapis

Pemampat

Injap kawalan

Tiub Penghubung

Isyarat keluaran

Rajah 1.5a : Gambarajah blok asas sistem kawalan pneumatik secara insani

PLC

Penapis

Pemampat

Injap kawalan

Tiub Penghubung

Isyarat keluaran

Rajah 1.5b : Gambarajah blok asas sistem kawalan pneumatik secara automatik dengan menggunakan PLC 1.6 SISTEM KAWALAN HIDRAULIK Sistem kawalan hidraulik ialah satu sistem yang menggunakan bendalir untuk menghasilkan daya / tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem hidraulik banyak di gunakan di dalam industri automobil seperti sistem kuasa, sistem brek, kren, jek kereta, satelit dan sebagainya. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak. Secara amnya sistem hidraulik memerlukan : i. ii. iii. Bekalan Bendalir Hidraulik Injap kawalan Silinder

Sistem kawalan hidraulik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.6a dan Rajah 1.6b.
Bekalan Hidraulik

Silinder
Injap pelega

Pemacu

Pam

Injap kawalan

Penapis

bendalir

Manual

Rajah 1.6a : Gambarajah blok sistem kawalan hidraulik secara insani

Bekalan Hidraulik

Silinder
Injap pelega

Pemacu

Pam

Injap kawalan

Penapis

PLC

bendalir Rajah 1.6b : Gambarajah blok sistem kawalan hidraulik secara automatik

dengan menggunakan PLC 1.7 SISTEM KAWALAN ELEKTRIK Sistem Kawalan Elektrik ialah satu sistem kawalan yang menggunakan arus elektrik samada arus terus (AT) atau arus ulang alik (AU) sebagai sumber bekalan. Secara amnya Sistem Kawalan Elektrik memerlukan: i. ii. iii. iv. Bekalan elektrik (AT) atau (AU) Elemen masukan (Suis, penderia, pemindaharuh, injap, komponenkomponen elektronik dan sebagainya) Elemen keluaran ( Motor, lampu dan sebagainya) Kabel penyambung

Sistem Kawalan Elektrik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.7a dan Rajah 1.7b.
Suis

VB

Lampu

Rajah 1.7a : Litar sistem kawalan elektrik secara insani


Suis

Lampu PLC

VB

VB

Rajah 1.7b : Gambarajah blok sistem kawalan elektrik secara automatik dengan menggunakan PLC 1.8 PERBANDINGAN ANTARA SISTEM KAWALAN PNEUMATIK, SISTEM KAWALAN HIDRAULIK DAN SISTEM KAWALAN ELEKTRIK Sistem kawalan pneumatik Sistem pemasangannya mudah. Rekabentuk sistemnya ringkas. Menggunakan udara mampat sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.

Sistem kawalan hidraulik Sistem pemasangannya rumit. Menggunakan bendalir seperti minyak sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja. Jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kekotoran.

Sistem kawalan elektrik Sistem yang mudah. Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.

Penggunaannya meluas.

Anda mungkin juga menyukai