Anda di halaman 1dari 1

Minggu Kokurikulum

Sekolah Bestari
Oleh : Tham Ru Jie

Minggu kokurikulum dilangsungkan sekali lagi pada 20 Februari hingga 24 Februari 2012. Sepanjang minggu ini, pelbagai program telah diadakan untuk memberi peluang kepada semua pelajar supaya melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat menimba pelbagai pengalaman dan pengetahuan untuk perkembangan mental, malah dapat menanamkan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif dalam diri seseorang. Pada 20 Februari, pengetua sekolah kita, Puan Ashimah binti Ahmad telah merasmikan minggu kokurikulum. Beliau membuat hasrat supaya pelajar-pelajar dapat memberikan tumpuan ketika menjalani aktiviti-aktiviti minggu kokurikulum. Pelajar-pelajar juga diseru oleh beliau agar menghayati dan mendalami kelestarian sekolah supaya sekolah kita dapat muncul sebagai sekolah bestari. Majlis perasmian diakhiri dengan penanaman dan penyiraman pokok oleh pengetua. Sepanjang minggu ini, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat mengamalkan nilai-nilai murni semasa pertandingan dijalankan, malah berpeluang untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti minggu kokurikulum yang dianjurkan amat dihargai oleh para pelajar kerana terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh.

Anda mungkin juga menyukai