Anda di halaman 1dari 11

Penyimpan rahsia besar Rasulullah s.a.

Biodata
Dipanggil Abu Abdullah. Nama lengkapnya Huzaifah bin Hasal bin Jabir bin al-Absy. Ayahnya, al-Yaman, berasal dari Mekkah dari bani Abs. Beliau dimusuhi oleh kaumnya. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib (Madinah) dan berkahwin dengan wanita daripada suku kaum Bani Al-Ashal dan lahirlah Huzaifah.

Dalam peperangan..

Perang Khandak
Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakannya itu memberi bantuan besar untuk umat Islam mendapatkan kejayaan dalam peperangan tersebut.

Perang Nihawand

Ketika zaman pemerintahan Umar AlKhattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.

Penyimpan Besar Rahsia Nabi.

Rahsia orang-orang munafik

Umar al-Khattab tidak mahu turut menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan tentang ilmu batin, dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak Umar al-Khattab juga pernah bertanya kepada Huzaifah tentang orang munafik di dalam struktur pemerintahannya dan dijawab oleh Huzaifah dengan mengiakan kewujudan orang munafik itu namun tetap tidak memberitahu siapa orangnya.

Keburukan-keburukan amalan

Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain daripada tuan, dari mana tuan memperolehnya? Jawabnya : Rasulullah S.A.W telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah S.A.W dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahatjahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya. Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. Demikian kata Huzaifah AlYaman.

Ilmu Tasauf
Madrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasahmadrasah Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan pengetahuanpengetahuan mengenai Tsauf telah tersiar. Rasulullah telah mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh Huzaifah al-yaman.

Sumbangan
Menurut catatan sejarah, sahabat Rasulullah s.a.w yang mula-mula menjadikan sesuatu ibadah secara tarekat ialah sahabat yang bernama Huzaifah al-Yaman. Beliau merupakan pelopor kepada ilmu yang pada hari ini dikenali sebagai ilmu Tasauf.

Mencadangkan Khalifah Uthman supaya al-Quran dibukukan sekali lagi mengikut satu bacaan iaitu mengikut loghat Arab Quraisy kerana al-Quran diturunkan dalam loghat itu.

Anda mungkin juga menyukai