Anda di halaman 1dari 1

Penutup

Kemahiran berbahasa merupakan perkara penting yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Hal ini kerana ia melibatkan kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebagai seorang guru, kita telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar murid-murid supaya menguasai kemahiran berbahasa ini. Oleh itu, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi membolehkan murid menguasai kesemua kemahiran tersebut. Pada peringkat ini, murid perlu digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti sama ada mendengar, bertutur, membaca atau menulis. Dalam satu sesi pengajaran, guru perlu menetapkan sasaran kemahiran yang menjadi fokus utama. Kemudian guru perlu menetapkan tajuk dan merancang aktiviti yang berkaitan dengan fokus utama. Selain itu, guru perlu mengenal pasti aspek kelemahan setiap murid agar program pemulihan dapat dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai