Anda di halaman 1dari 1

Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini . 1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik . 2.

Tiang itu condong kerana dilanggar lori . 3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan . 4. Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu. 5. Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya. 6. Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut. 7. Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit. 8. Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis. 9. Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid. 10. Pakaian yang tersidai itu masih lembap. Pilih dan garisi kata hubung yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini . 11. Sebelum tidur,dia minum segelas teh (tetapi,ketika,atau) secawan susu. 12. (Sebelum,Walaupun,Sejak) ke pejabat, dia membaca surat khabar. 13. Roslan akan naik darah (jika,atau,agar) kamu mengganggunya. 14. Dia membasuh tangan (serta,manakala,lalu) bersarapan. 15. Dia tidak sempat menjawab soalan itu (tetapi,sementara,kerana) masa sudah suntuk. 16. Kamu boleh ke situ dengan bas (manakala,atau,sambil) teksi. 17. Mereka membaca buku dengan senyap (melainkan,sebelum,serta) guru mereka memasuki bilik darjah. 18. Kami membaca buku cerita (manakala,agar,sementara) menunggu bas tiba. 19. (Sungguhpun,Sambil,Tentang) badannya kurang sihat,dia masih pergi bekerja. 20. Bangunan itu akan siap dibina pada bulan ini (dan,atau,serta) bulan depan. Garislah kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. 21. Susan teringat akan adiknya. 22. Dila bermain di tengah padang. 23. Kami membaca buku di bilik. 24. Kunci kereta itu sudah kau ambil? 25. Ibu memasak bubur di dapur. 26. Amin jatuh kerana amat letih. 27. Buku itu sudah kubaca. 28. Dia diberi wang oleh ayahnya. 29. Baju baru itu akan saya pakai besok. 30. Razali memperkenalkan kawannya kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai