Anda di halaman 1dari 1

Per : Aduan Tentang Guru Besar dan Pengurusan Sekolah

Merujuk kepada perkara di atas kami guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Masai ingin
meluahkan perasaan tidak puas hati dengan pengurusan sekolah yang dilaksanakan
oleh guru besar.

2. Guru-guru pagi didesak untuk balik lewat iaitu pada jam 2.30 petang dan guru-guru
petang dikehendaki datang lebih awal pada pukul 12.00 tengah hari. Guru-guru petang
tidak dibenarkan untuk membuat kerja masing-masing seperti menanda buku,
menyediakan bahan bantu mengajar ataupun pengurusan kelas, malah kami
dikehendaki untuk mengawasi murid-murid di dewan.

3. Guru besar sentiasa mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang dengan guru-
guru lain tentang tarikh sesuatu majlis ataupun aktiviti sekolah. Beliau juga sentiasa
mengumumkan tarikh tersebut pada masa yang sangat terdekat. Sekiranya guru-guru
mempunyai tugas persendirian, beliau tidak akan menerima alasan dan memaksa kami
untuk menghadirkan diri kerana keputusan beliau adalah muktamad.

4. Kami guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Masai tidak berpuas hati dengan
pengurusan sekolah dan berasa tertekan untuk menjalankan tugas. Kami juga tidak
suka dengan kerenah guru besar dan harap dapat menukarkan beliau ke sekolah lain.

Kami berharap pihak tuan dapat menerima aduan ini dan mengambil tindakan yang
sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai