Anda di halaman 1dari 4

Era Keselamatan Jentera 1914 hingga 1952

Pada 1 Januari 1914 enakmen-enakmen dandang stim di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery Enactment of 1913.
Dengan berkuatkuasanya enakmen 1913 pemeriksa tidak hanya membuat pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera lain, termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan jentera auxiliary yang bersangkutan.

Pada masa yang sama jawatan Inspector of Boiler juga dimansuhkan dan diganti dengan Inspectors of Machinery and Assistant Inspector of Machinery.
Pada tahun 1932, Machinery Enactment of 1913 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery Enactment of 1932. Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan telah dikuatkuasakan.

Ketika itu Pemeriksa-pemeriksa Jentera adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian, iaitu di bawah cawangan Machinery.
Ini adalah kerana pada ketika itu jenterajentera kebanyakannya tertumpu di sektor perlombongan yang mana merupakan perusahaan utama pada waktu itu.

Anda mungkin juga menyukai